topic 3 olahraga
TRANSCRIPT
-
39OUM
TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
HASIL PEMBELAJARAN:
Setelah mengikuti topik ini, anda akan
dapat:
x Memahami mengenai pelaksanaan acara lempar cakera dan peluru
x Mencirikan perbezaan dalam teknik lontaran cakera dan peluru
x Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam lempar cakera dan peluru
x Mempraktikkan semua teknik yang telah dibincangkan dengan berkesan
TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
PENGENALAN
Acara lempar cakera adalah acara
lontaran yang mula-mula dicipta sebagai
acara sukan. Acara ini juga
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik
Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang
digunakan adalah jauh lebih besar dan
lebih berat daripada cakera yang
digunakan pada hari ini. Acara lempar
cakera mula dipertandingkan dalam
Sukan Olimpik pada tahun 1896. Acara
lontar peluru tidak mempunyai sejarah
yang lama jika dibandingkan dengan
acara merejam lembing dan melempar
cakera. Mengikut sejarah, aktiviti
melontar batu telah dijadikan
pertandingan bermula pada abad ke-19.
Orang Scotland dan Ireland telah
dianggap sebagai golongan pertama
yang mencipta acara lontar peluru,
berdasarkan pertandingan melontar batu
yang mereka lakukan ketika itu.
Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak
dapat diterima sebagai acara sukan di
kedua-dua buah negara ini.
RINGKASAN TOPIK
Pengenalan
3.1 Melempar Cakera
3.1.1 Fasa Pergerakan Melempar Cakera
3.1.2 Teknik Pegangan Cakera
3.1.3 Teknik Melempar Cakera Gaya Berdiri
3.1.4 Teknik Melempar Cakera Gaya Berpusing
3.1.5 Peraturan Asas Acara Lempar Cakera
3.1.6 Ukuran Cakera
3.1.7 Kawasan Lemparan Cakera
3.1.8 Cara Mengukur Jarak Lemparan Cakera
3.2 Lontar Peluru
3.2.1 Fasa Pergerakan dalam Lontar Peluru
3.2.2 Gaya Lontar Peluru
Rumusan
Topik 1: Sukan Olahraga
Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat Jauh
Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar
Peluru
Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat
Tinggi
Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan
Lari Berganti-ganti
Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan Jarak
Jauh
Topik 7: Perancangan Pengurusan
Kejohanan Olahraga
Topik 8: Perancangan Pengurusan
Kejohanan Olahraga (Teknikal)
Topik 9: Persediaan Sebelum Kejohanan
Olahraga
Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas
Kejohanan Olahraga
-
40OUM
TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
3.1 MELEMPAR CAKERA
Rajah 3.1: Fasa penuh lempar cakera
Objektif utama dalam acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera seberapa jauh
yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan
peserta dikehendaki membuat cubaan melempar dari dalam bulatan dengan
mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan.
Antara keperluan lain yang boleh membantu ialah kemampuan fizikal seseorang peserta.
Keperluan tersebut adalah terdiri daripada kekuatan, kuasa, koordinasi dan serta ritma
yang baik. Antara faktor-faktor lain yang boleh membantu ialah dari aspek mekanikal juga
perlu diambil perhatian untuk keberkesanan dalam acara melempar cakera.
Empat faktor yang mempengaruhi teknik lemparan adalah:
(a) Ketinggian
(b) Kelajuan
(c) Sudut pelepasan cakera
(d) Sifat aerodinamik(bentuk cakera)
3.1.1 Fasa Pergerakan Melempar Cakera
Terdapat empat fasa pergerakan melempar cakera. Fasa-fasa adalah seperti berikut:
(a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
(b) Fasa hayunan awalan
(c) Fasa lemparan
(d) Fasa ikut lajak dan pemulihan
-
41OUM
TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
3.1.2 Teknik Pegangan Cakera
Dalam acara melempar cakera faktor utama yang turut mempengaruhi balingan cakera
ketika di udara ialah berpandukan bagaimana cakera tersebut dipegang ketika dan
dilempar. Pastikan ketika memegang cakera anda melakukannya dengan keadaan yang
selamat, selesa dan sesuai dengan keluasan tapak tangan.
Rajah 3.2: Teknik asas pegangan cakera
Tekapkan keseluruhan tapak tangan kanan atau kiri ke bahagian paling atas muka cakera,
kemudian ruas hujung jari anda dibengkokkan dan melekap dengan erat di tepi bahagian
simpai logam. Rehatkan ibu jari di atas muka cakera. Periksa jarak antara jari-jari yang
memegang di bahagian tepi simpai itu direnggangkan dengan anggaran jarak yang hampir
sama.
Semak Kendiri 3.1
1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi lontaran dalam acara
lempar cakera
2. Terangkan teknik yang betul memegang cakera.
-
42OUM
TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
3.1.3 Teknik Melempar Cakera Gaya Berdiri
Rajah 3.3: Melempar cakera dari gaya berdiri
Teknik ini yang juga dikenali dengan gaya 90 sesuai bagi mereka yang baru dalam acara
ini. Latihan membaling dengan gaya berdiri perlu diamalkan bagi membantu mewujudkan
prinsip ansur maju dalam latihan melempar cakera. Berikut adalah langkah-langkah bagi
fasa ini:
(a) Fasa 1: Persediaan
(i) Anda perlu berdiri dengan gaya menghalakan bahu kiri (tangan bebas) ke arah
kawasan cakera akan mendarat. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan
kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.
(ii) Cakera dipegang dalam tangan kanan dan kemudian badan mula direndahkan.
(b) Fasa 2: Hayunan Awalan
(i) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan
menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri akan mula
memberi sokongan kepada cakera.
(ii) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan
dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Periksa berat badan yang berubah
dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan.
(iii) Semasa hayunan ke belakang, rendahkan bahagian badan sedikit sambil
membengkokkan lutut dan seterusnya gunakan badan tadi untuk mengilas ke
belakang sambil berdiri dengan menggunakan bahagian atas hujung kaki.
(c) Fasa 3: Lemparan
(i) Ekoran dari hayunan belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan),
kilaskan badan ke hadapan. Didahului dengan siku kiri dan kepala
didongakkan.
(ii) Cakera digerakkan dengan cepat dan pantas ke hadapan dengan
menggunakan tangan yang lurus. Lempar ke hadapan secara menaik apabila
ianya sudah mencapai aras bahu kanan. Sudut lemparan 30 35 adalah sudut
pelepasan cakera yang dianggap bersesuaian.
-
43OUM
TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
(d) Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan
(i) Ketika sedang melempar, gunakan pula kedua dua belah kaki untuk menolak
permukaan tanah dan kemudian diluruskan sehingga badan terangkat.
Tindakan kaki ini dapat membantu menambah daya kepada lemparan yang
dibuat.
(ii) Lemparan cakera yang cepat dan pantas itu tadi akan memudahkan kaki kanan
terangkat ke belakang yang bertujuan mengimbangi badan yang sedang
condong ke hadapan.
3.1.4 Teknik Melempar Cakera Gaya Berpusing
Rajah 3.4: Gaya berpusing dan melempar
Teknik ini agak sukar dilakukan bagi anda yang mempunyai kelemahan dalam
mengkoordinasi pergerakan dan mereka yang tidak menguasai sepenuhnya teknik asas
melempar dengan gaya berdiri. Berikut adalah pecahan fasa bagi gaya berpusing dan
melempar:
1. Fasa Persediaan
Dalam teknik ini ketika fasa bersedia anda perlu memulakannya dengan berdiri
sambil membelakangkan kawasan lemparan dengan kedudukan anda hampir dengan
bahagian belakang bulatan. Gunakan teknik pegangan cakera seperti dalam gaya
berdiri dan sambil menjarakkan kaki seluas sebidang bahu.
2. Fasa 1, 2: Hayunan Awalan
Rendahkan badan anda ketika sedang memulakan hayunan di peringkat awal. Cara
hayunan masih mengekalkan teknik hayunan gaya berdiri. Berikan tumpuan utama
anda kepada kilasan badan yang akan dibuat diselaraskan dengan mengikuti
hayunan tangan yang sedang memegang cakera.
3. Fasa 3-7: Pergerakan Pusingan
(a) Setelah hayunan akhir telah selesai dilakukan, anda perlu terus mengilas
badan ke kiri dengan menumpukan dirian diletakkan ke atas kaki kiri. Badan
dibiarkan berpusing secara mudah dengan memulakan langkah pusingan jam
-
44OUM
TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
dengan kaki kanan sehingga anda telah menghadap kawasan pendaratan
cakera.
(b) Seterusnya pastikan kaki kiri anda mula melangkah ke bahagian belakang
sambil disusuli dengan pusingan badan. Tumpuan diri menggunakan kaki kiri.
Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga
anda berhadapan dengan kawasan pendaratan.
4. Fasa 8-10: Pelemparan
Apabila anda telah hampir selesai mengilaskan badan dan mula menghadap
kawasan lemparan, hayun tangan yang sedang memegang cakera hingga sama
dengan aras bahu tangan.
5. Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan
Setelah cakera dilempar, tangan yang sudah melempar itu dibiarkan terus bergerak
sambil menyilang badan sama aras leher dan seterusnya dibengkokkan di akhir
pergerakan. Dalam masa yang sama, pastikan kaki kanan anda telah mula berada di
depan bulatan dan kaki kiri telah berada dalam keadaan terangkat ke belakang. Anda
seterusnya hendaklah mengimbangkan badan sambil memerhati cakera hingga ia
mendarat.
Semak Kendiri 3.2
1. Apakah perbezaan yang terdapat dalam gaya dirian dan berpusing?
2. Cuba praktik kedua-dua teknik ini dan kemudian jelaskan kelebihan
yang anda alami bagi setiap gaya yang anda telah cuba.
3.1.5 Peraturan Asas Acara Lempar Cakera
Berikut adalah peraturan-peraturan yang diikuti dalam disiplin lempar cakera:
x Cakera yang digunakan perlu dilempar dari dalam bulatan yang telah ditetapkan. Peserta perlu membuat lemparan dari pendirian yang statik dan perlu berada dalam
bulatan
x Jika peserta sudah berada dalam bulatan dan telah melakukan pergerakan lemparan seorang peserta akan dikira batal jika didapati tersentuh dari mana-mana anggota
badannya berada di luar kawasan bulatan atau berada atau terpijak mana-mana
bahagian atas hujung bulatan ataupun dia telah terlepas cakera dari pegangannya
ketika membuat percubaan.
x Satu lemparan itu dikira sah apabila cakera yang dilempar mendarat atau jatuh dalam kawasan pendaratan yang dibenarkan
x Setelah peserta selesai melempar peserta tidak dibenarkan beredar terus dan keluar dari bulatan sehingga cakera telah menyentuh bumi. Seterusnya peserta perlu beredar
dari bulatan menerusi bahagian belakang bulatan dalam posisi berdiri.
x Peserta tidak dibenarkan menggunakan sarung tangan ketika lemparan hendak dibuat. x Untuk membantu peserta dalam mengemaskan pegangan kepada cakera,
penggunaan bahan-bahan pelekat yang diletakkan ke atas tangan adalah dibenarkan.
-
45OUM
TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
x Jika berlaku ketika kejohanan terdapat penyertaan yang melebihi lapan orang peserta apa yang perlu dilakukan ialah memastikan setiap peserta hanya dibenarkan untuk
membuat tiga kali percubaan sahaja.
Setelah kesemua peserta melengkapkan kesemua balingan mereka hanya lapan peserta
yang terbaik dalam catatan lemparannya akan diberi peluang membuat tiga lagi
percubaan untuk menentukan pemenang.
Sekira terdapat sebarang keputusan seri di tempat kelapan, para pengadil perlu
mengabaikan keputusan tersebut itu dan peserta berkenaan akan bersama sama dengan
yang layak membuat tiga percubaan itu. Dalam pada itu jika hanya lapan atau kurang
daripada itu peserta yang mengambil bahagian, setiap peserta akan diberi peluang
membuat enam kali percubaan.
3.1.6 Ukuran Cakera
Rajah 3.5: Cakera
Terdapat perbezaan di antara peserta cakera lelaki dan wanita. Berikut adalah jadual
perbezaan:
Jadual 3.1: Perbezaan di antara Peserta Cakera Lelaki dan Wanita
Lelaki Wanita
Diameter luar 219 221 mm 180 182 mm
Pusat cakera (tinggi) 44 46 mm 3 7 3 9mm
Pusat cakera (diameter) 50 57mm 50 57mm
Berat 2kg 1 kg
-
46OUM
TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
Cakera yang digunakan perlu menepati ciri-ciri dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh
IAAF( Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa), antaranya ialah seperti:
(a) Ianya diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan sejenis yang sesuai
(b) Keliling cakera dibalut dengan simpai atau "rim" yang diperbuat dari logam (besi atau
tembaga)
(c) Permukaan tengah cakera ada piring logam.
Rajah 3.6: Bahagian-bahagian utama Cakera
3.1.7 Kawasan Lemparan Cakera
Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan
akan sama bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan
saiz bulatan balingan. Sila lihat gambar rajah yang di bawah tentang kawasan lemparan
cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru.
Rajah 3.7: Bulatan Lempar cakera kawasan lemparan
Berdasarkan peraturan rasmi, untuk menjamin keselamatan para pegawai, penonton dan
juga peserta yang menunggu gilirannya, lemparan cakera perlu dilakukan melalui satu
-
47OUM
TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
kurungan keselamatan. Rupa bentuk kurungan ini yang diperbuat dari pagar besi dan
berbentuk seperti huruf "C". Ianya bukan hanya dibina untuk acara lempar cakera sahaja
tetapi digunakan juga bagi acara membaling tukul besi. Kebiasaannya ketika lemparan
dibuat para pegawai teknik dan peserta yang menunggu giliran akan berada bahagian di
belakang pagar keselamatan.
3.1.8 Cara Mengukur Jarak Lemparan Cakera
Rajah 3.8: Cara mengukur jarak
Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh peserta cakera adalah sama
dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.
Satu lemparan yang sah dikira berdasarkan jarak lemparan yang diukur dengan
mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga
garis bulatan di bahagian hadapan.
Pita ukur yang digunakan hendaklah dalam diletakkan keadaan lurus dan diukur bermula
dari kesan cakera sehingga penanda pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan
diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian hadapan
bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.
-
48OUM
TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
Semak Kendiri 3.3
1. Bincangkan komponen penting peraturan acara lempar cakera.
2. Apakah perbezaan yang terdapat pada cakera yang digunakan oleh
peserta lelaki dan wanita.
3. Terangkan apakah kaedah yang digunakan untuk mengukur jarak
lemparan.
3.2 LONTAR PELURU
Dalam acara lontar peluru ini ianya bukan hanya berharap kepada kekuatan semata-mata
tetapi ianya merupakan gabungan di antara kekuatan dan juga kemahiran yang baik
dalam acara ini. Lontaran yang dilakukan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja di
samping disokong oleh penggunaan teknik yang betul dan berkesan.
3.2.1 Fasa Pergerakan dalam Lontar Peluru
Rajah 3.9: Fasa penuh lontaran peluru
Fasa dalam lontar peluru terdiri daripada fasa-fasa seperti berikut:
(a) Fasa Pegangan Peluru (Grip)
-
49OUM
TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
(i) Cara memegang peluru boleh dibahagikan kepada dua.
(ii) Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang
peluru.
(iii) Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah.
Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.
(b) Fasa Lakuan Sedia (Preparation)
Tujuan utama fasa ini adalah untuk persediaan memasuki fasa lungsuran.
(c) Lungsuran (Glide)
Tujuan fasa ini adalah untuk membantu mewujudkan daya tolakan yang kuat dan
menyediakan posisi badan untuk fasa lontaran di peringkat paling akhir.
-
50OUM
TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
(d) Lontaran (Delivery Phase)
Rajah 3.10: Contoh fasa lontaran bahagian 1
Dalam fasa lontaran yang pertama ini ianya membantu mengekal kelajuan lontaran
dan menyediakan posisi untuk lontaran.
Rajah 3.11: Contoh fasa lontaran bahagian 2
Dalam fasa lontaran kedua ini pula objektif utamanya ialah untuk memindahkan daya
kelajuan yang dihasilkan oleh pelontar ke sasaran.
Rajah 3.12: Contoh fasa lontaran bahagian 3
Dalam fasa ini objektif yang sama seperti di bahagian dua di mana dalam fasa ini
pelontar melengkapkan pergerakan tangan hingga selesai
-
51OUM
TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
(e) Pulihan (Recovery)
Rajah 3.13: Contoh fasa pulihan
Dalam fasa ini tujuan utama pergerakan akhir pelontar ialah untuk menstabilkan
posisi dirian setelah lontaran dibuat. Fasa pulihan ini juga membantu mengelak
pelontar dari terbatal.
Semak Kendiri 3.4
1. Kenal pasti apakah fasa yang terlibat dalam acara lontar peluru
2. Apakah teknik yang boleh digunakan untuk memegang peluru.
3.2.2 Gaya Lontar Peluru
Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu:
1. Gaya Lontar Berdiri
-
52OUM
TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
2. Gaya Lungsur Selangkah
3. Gaya Parry OBrien
Terdapat persamaan dalam fasa-fasa tertentu bagi ketiga-tiga teknik yang telah
diketengahkan. Kaedah bagaimana untuk melakukan ketiga-tiga yang ditunjukkan seperti
dalam jadual di bawah:
-
53OUM
TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
FASA LONTAR BERDIRI LUNSUR
SELANGKAHPARRY OBREIN
Pegangan (Grip) x Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru.
x Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.
Lakuan Sedia
(Preparation)
Berdiri di bahagian depan
bulatan.
Bahu kiri dihadapkan ke
arah lontaran.
Peluru diletak hampir
leher dan di bawah
telinga.
Lengan tangan diangkat
hampir mendatar dan
siku ke luar.
Berdiri di bahagian
belakang bulatan dan
membelakangi
kawasan lontaran.
Peluru diletak hampir
leher dan di bawah
telinga.
Lengan tangan
diangkat hampir
mendatar dan siku ke
luar.
Seperti Gaya
Lungsuran Selangkah
Lungsuran
(Glide)
Tiada Alihkan berat badan
pada kaki kiri, kaki
kanan digerakkan ke
bahagian tengah
bulatan dan dalam
masa yang sama kaki
kiri disilangkan.
Condongkan badan,
kaki kanan
dibengkokkan dan kaki
kiri ditendang ke
hadapan bulatan.
Gerakkan kaki kanan
ke bahagian tengah
bulatan.
Lontaran
(Delivery)x Rendahkan kaki kanan. x Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan
sambil menyilangkan badan.
x Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki.
x Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.
Pulihan
(Recovery)
Kedudukan kaki depan
belakang seperti semasa
lontaran
Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan
pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke
belakang.
-
54OUM
TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU
Semak Kendiri 3.5
1. Apakah teknik yang sering digunakan dalam acara lontar peluru dan
cuba perhatikan kelainan yang ada dalam setiap gaya lontaran.
2. Cuba praktik kesemua gaya bagi acara lontar peluru dan catatkan
kelemahan dan kelebihan yang telah anda temui.
RUMUSAN
x Objektif utama dalam acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan.
x Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki membuat cubaan melempar dari dalam bulatan dengan mengarahkan cakera ke kawasan sektor
yang bersudut 40 di hadapan bulatan.
x Terdapat empat fasa pergerakan melempar cakera iaitu fasa persediaan, hayunan awalan, lemparan dan ikut lajak serta pemulihan.
x Dua teknik yang sering digunakan dalam acara lempar cakera iaitu melempar cakera gaya berdiri dan melempar cakera gaya berpusing.
x Lima fasa yang terlibat dalam teknik lontar peluru iaitu pegangan, lakuan sedia, lungsuran, lontaran dan pulihan.
x Tiga jenis teknik lontaran yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu gaya lontar berdiri, gaya lungsur selangkah dan gaya Parry OBrien.
RUJUKAN
Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.
Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Selangor: Junjuara Publication.
Teng Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Kuala Lumpur: Longman.
Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga: Kursus Diploma Perguruan
Malaysia. Selangor: Pearson Education.