tugasan berkumpulan politik.pdf
TRANSCRIPT
1
JKP101 / 4
JKP101TG1
PENGANTAR SAINS POLITIK
INTRODUCTION TO POLITICAL SCIENCE
Academic Session 2014/2015
TUGASAN TG1
Name ZULFAIZAL BIN ABD HALIM
G/16714
Matric No. JK/10556/14
I.C No. G/16714
Regional
Centre. KUALA LUMPUR
Phone No. House :
H/P: 019-7516714
Name NASRUL HAFZAN BIN MUHAMAD
811114036255
Matric No. JK/10404/14
I.C No. 811114036255
Regional
Centre. KUALA LUMPUR
Phone No. House :
H/P: 012-9198397
Name MOHD AZRI BIN MOHAMAD
ANUAR
RF/181894 Matric No. JK/10312/14
2
I.C No. RF/181894
Regional
Centre. KUALA LUMPUR
Phone No. House :
H/P: 017-2546695
Name SYAFIQ BIN MOHD SALLEH
870407295437
Matric No. JK/10527/14
I.C No. 870407295437
Regional
Centre. KUALA LUMPUR
Phone No. House :
H/P: 012-9678824
Name NOR AZMIZAM BIN AHMAD
NORDIN
840604065123
Matric No. JK/10422/14
I.C No. 840604065123
Regional
Centre. KUALA LUMPUR
Phone No. House :
H/P: 010-3621148
Name MOHD ZUHAIMI BIN AZAHA
RF/134389
Matric No. JK/10372/14
I.C No. RF/134389
Regional
Centre. KUALA LUMPUR
Phone No. House :
H/P: 013-2821188
NOTE :
3
1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.
AS : Please use blue colour cover
LR : Please use yellow colour cover
2. Complete all details.
3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.
4
JADUAL KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.1 PENGENALAN……………………………………………………………...1
1.2 KEDAULATAN DAN RELEVANSI DI MALAYSIA…………………....5
1.3 KEDAULATAN DAN KETINGGIAN PERLEMBAGAAN……………..7
1.4 KEDAULATAN DAN PENGIKTIRAFAN LUAR……………………….8
1.5 KEDAULATAN DAN PERPADUAN RAKYAT ………………………..10
1.6 KEDAULATAN DAN PENGEKALAN IDENTITI
BUDAYA BANGSA ………………………………………………………11
1.7 KEDAULATAN DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA…………….. 12
2.1 BAGAIMANA MENGEKALKAN KEDAULATAN RAKYAT…….. 13
2.1.1 Kedaulatan Dan Hubungan Antarabangsa…………………………. 14
2.1.2 Kontrak Sosial Dalam Konteks Kedaulatan Rakyat……………….. 15
2.1.3 Rukun Negara Sebagai Ideologi Kebangsaan……………………… 16
2.1.4 Konsep Gagasan Satu Malaysia……………………………………. 19
3.1 NEGARA DEMOKRASI: SISTEM PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA ………………………………20
3.2 AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA……… ..22
3.2.1 Perlembagaan……………………………………………………......23
3.2.2 Raja Berperlembagaan……………………………………………... 23
3.2.3 Badan Perundangan: Parlimen-Proses Penggubal…………………..24
3.2.4 Badan Pelaksana: Jemaah Menteri Dan Kementerian……………. ..25
3.2.5 Badan Kehakiman Mahkamah…………………………………… ..26
3.2.6 Pemerintahan Rakyat Melalui Pilihan Raya……………………... ..27
3.2.7 Parti Politik……………………………………………………….. .28
3.2.8 Pilihanraya………………………………………………………….28
4.1 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN…………………………………30
5.1 KESIMPULAN…………………………………………………………...35
BIBLIOGRAFI……………………………………………………………36
5
HURAIKAN MAKSUD KEDAULATAN RAKYAT. BINCANGKAN
MANIFESTASI KEDAULATAN RAKYAT DALAM POLITIK DAN
KEHIDUPAN HARIAN
1.1 PENGENALAN
Perkataan kedaulatan atau sovereignty bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh
sesebuah negara. Kemunculan konsep ini dipengaruhi oleh proses pertumbuhan negara
moden. Secara umumnya kedaulatan merupakan kuasa tertinggi yang dimiliki oleh
sesebuah institusi dalam masyarakat, politik untuk membuat keputusan tentang hal-hal
yang berhubung dengan pentadbiran dan politik. Ahli falsafah pertama yang memberi
pendapat tentang kedaulatan ialah John Bodin (1530-1596) dalam bukunya ‘Six Books
Cancerning The State’ menegaskan kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat
dalam sesuatu kesatuan negara iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat
wilayah itu. Kuasa tertinggi menurut beliau dimiliki oleh golongan raja atau pemerintah
yang memiliki kuasa daulat (mutlak) (Ainuddin, Izani dan Afifi, 2004).
John Bodin dan Thomas Hobbes menegaskan betapa perlunya satu kuasa yang padu
yang harus diterima oleh semua pihak dan tiada sesiapa pun yang harus melanggar
kedaulatan sebuah negara namun, perlu diterima dan dihormati oleh semua orang. Di
samping itu, tidak ada kumpulan atau individu yang boleh mempersoal atau
membangkang kuasa tertinggi ini kerana dengan tersebut, hak untuk kebebasan atau hak
sebagai rakyat akan ditetapkan. Kedaulatan negara hanya boleh kuasai secara holistic
oleh kuasa Tuhan yang sentiasa lebih berkuasa ke atas pemerintah. (Katni Kamsono
Kibat,1986 ). Apabila membincangkan tentang soal kedaulatan negara, ia secara tidak
6
langsung mempunyai kaitan dengan soal keselamatan negara. Sebagai unit-unit dalam
konteks negara, peranan rakyat dalam erti mempertahankan kedaulatan negara amat
penting kerana ia akan membawa implikasi terhadap memperkasa soal ketaatan yang
tak berbelah demi menjamin keselamatan terhadap negara. Peranan ini penting dalam
usaha membawa konsep perpaduan yang lebih jitu ke arah pembentukan sebuah
negarabangsa yang benar-benar utuh. Proses ke arah satu bangsa atau nation melibatkan
pembentukan sikap dan perasaan affinity, persetujuan untuk ke arah perkongsian,
kesayangan yang tulen atau apa-apa peranan dalam konteks membina sahsiah jatidiri
yang kuat.
Teori ini menyatakan bahawa kedaulatan tertinggi ada di tangan rakyat. Pemerintah
harus menjalankan kehendak rakyat. Ciri-cirinya adalah kedaulatan tertinggi berada di
tangan rakyat (teori ajaran demokrasi) dan konstitusi harus menjamin hak asasi
manusia. Beberapa pandangan pelopor teori kedaulatan rakyat J.J. Rousseau
menyatakan bahawa kedaulatan itu wujud dari kehendak umum dari suatu bangsa
merdeka yang mengadakan perjanjian masyarakat (social contract). Johanes Althuisiss
menyatakan bahawa setiap susunan pergaulan hidup manusia terjadi dari perjanjian
masyarakat yang tunduk kepada kekuasaan dan pemegang kekuasaan itu dipilih oleh
rakyat. John Locke menyatakan bahwa kekuasaan negara berasal dari rakyat, bukan dari
raja. Menurut beliau, perjanjian masyarakat menghasilkan penyerahan hak-hak rakyat
kepada pemerintah dan pemerintah mengembalikan hak dan kewajipan asasi kepada
rakyat melalui peraturan perundang. Montesquieu yang membahagi kekuasaan negara
menjadi kekuasaan legislatif, eksekutif dan yudikatif (Trias Politica).
7
Namun, pengertian kedaulatan rakyat berhubungan erat dengan pengertian perjanjian
masyarakat dalam pembentukan asal mula negara. Negara terbentuk disebabkan adanya
perjanjian masyarakat. Perjanjian masyarakat disebut juga dengan istilah kontrak sosial.
Ada beberapa ahli yang telah mempelajari kontrak sosial, antara lain Thomas Hobbes,
John Locke, dan Jean Jaques Rousseau. Kedaulatan rakyat bermaksud yang terbaik
dalam masyarakat ialah yang dianggap baik oleh semua orang yang merupakan rakyat.
Perkara yang membimbangkan pada masa kini ialah berkenaan dengan ancaman
globalisasi. Dunia mengalami gelombang perubahan yang ketara dalam dimensi
persekitaran ekonomi mahupun sosiopolitik. Konsep globalisasi agak sukar ditakrifkan
terutama dari segi kandungan ideologinya. Globalisasi merupakan satu fenomena yang
multidimensi yang banyak dipengaruhi oleh lanskap kapitalisme satu konotasi idealisme
yang telah lama wujud sejak berkembangnya era teknologi penciptaan terutamanya
dalam aspek pelayaran sekitar abad ke-14 yang membawa kepada implikasi
kolonialisme. Perkembangan yang pesat dalam pasaran bebas akhirnya membawa
kepada sistem pengeluaran global pada pertengahan abad ke-20 yang memperlihatkan
pengeluaran dalam kapasiti yang besar didominasi oleh perbadanan transnasional.
Walaupun terdapat pelbagai perspektif dalam menghuraikan tentang konsep dan
definasi globalisasi.
Giddens (1999) mengklasifikasikan globalisasi pada dua tahap dalam meneliti proses
globalisasi. Pertama, tempoh globalisasi meliputi awal kurun ke-16 hingga pertengahan
kurun ke-20. Dalam peringkat ini, proses modenisasi berkembang seterusnya
membentuk satu bangsa Eropah yang berkembang di seluruh dunia. Di samping itu,
perkembangan institusi negara bangsa seperti kapitalisma, industralisasi, keupayaan
8
kawalan negara serta kuasa ketenteraan turut menyokong kepada penyebaran dominasi
kuasa barat ke seluruh dunia. Dalam fasa kedua yakni penghujung abad ke-20,
globalisasi tidak sekadar berada dalam prisma ekonomi semata-mata tetapi ia telah
menular dalam institusi politik, teknologi dan budaya. Antara perubahan yang penting
dalam fasa kedua ini adalah impak globalisasi dalam konteks negarabangsa (nation-
states). Secara umumnya ungkapan globalisasi tidak mempunyai beza dengan terma
neo-kolonialisme yang bersifat „menjajah‟ dalam konsep yang baru. Apa yang
membimbangkan, globalisasi merupakan satu agenda pensejagatan manusia mengikut
terma dan norma kebaratan yang tiada batasan. Bangsa yang lemah dalam mental dan
spiritual akan mudah terjerumus dalam kancah kebinasaan. Manusia tiada lagi nilai-
nilai kesantunan dan keperibadian yang tinggi. Singnifikasinya membawa kepada
kelenyapan ketamadunan sebuah bangsa dan negara.
Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun turut melalui ujian gelombang
globalisasi yang agak getir. Masyarakat Malaysia yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum (multi racial) dan dirumuskan sedang menghadapi cabaran ke arah
pembentukan sebuah negara bangsa yakni bangsa Malaysia. Masyarakat dalam konteks
ini terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai budaya, agama, bahasa dan adat
resam yang tersendiri. Walaupun kaum yang berlainan berganding bahu di bawah satu
sistem politik yang sama, tetapi kehidupan mereka berasingan. Interaksi dalam kalangan
mereka juga agak kurang dan hubungan antara kaum agak terbatas dengan setiap kaum
mempunyai fungsi-fungsi ekonomi yang tersendiri. Persoalannya, generasi kini yang
mewarisi konsep masyarakat majmuk di negara ini masih menghadapi persoalan dan
dilema akibat impak segmentasi zaman kolonial British. Masyarakat kini belum
sepenuhnya menjiwai konsep bangsa Malaysia sebagaimana terkandung dalam cabaran
9
pertama Wawasan 2020 yang begitu prihatin terhadap soal perpaduan masyarakat di
Malaysia. Masalah perpaduan yang belum selesai ini dibayangi pula dengan arus
globalisasi yang cuba melenyapkan tamadun sesuatu bangsa mengikut kehendak Barat.
Hanya bangsa yang benar-benar utuh dapat menangkis serangan dan ancaman
globalisasi yang dianggap cuba mengubah darjah corak kehidupan masyarakat di negara
ini. Soal kepekaan yang agak longgar terhadap perkembangan semasa bukan saja
mengakibatkan negara amnya dan rakyat khususnya ketinggalan dengan arus
pembangunan tetapi ia turut memberi kesan terhadap pembentukan jatidiri seseorang
individu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa abad ke-21 merupakan era revolusi
teknologi maklumat dengan segala urusan dikendalikan oleh kepintaran buatan.
1.2 KEDAULATAN DAN RELEVANSI DI MALAYSIA
Oleh hal demikian, aspek ketahanan jatidiri yang berteraskan kepada kekuatan mental
dan spiritual akan menjadi benteng yang paling berkesan menangani serangan
globalisasi. Jati diri dalam ertikata sebuah bangsa yang memiliki ketinggian akhlak dan
keperkasaan tamadun mengikut acuan nilai-nilai kemasyarakatan. Kekuatan jatidiri
merangkumi aspek pertimbangan moral iaitu mempunyai daya pertimbangan yakni
membezakan antara yang benar dan palsu. Di samping itu, benteng jati diri seseorang
individu harus disulam dengan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam ertikata
mempertahankan kedaulatan negara serta memiliki nilai kesetiaan yang tak berbelah
bagi terhadap bangsa dan negara. Kekuatan dalaman perlu lahir dalam bentuk yang
paling mantap tanpa dipisahkan oleh faktor geografizikal, kepelbagaian kaum, umur,
gender dan sebagainya. Fenomena pembinaan jatidiri yang kukuh dalam kalangan
masyarakat khususnya di Malaysia sememangnya penting tatkala negara mengalami
masalah seperti „serangan‟ ekonomi oleh spekulator indeks yang sentiasa mencari ruang
10
dan peluang untuk menjatuhkan nilai matawang negara-negara membangun
termasuklah di rantau Asia Tenggara. Krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada
1997 merupakan yang paling buruk dalam dekad ini. Ia bukan sekadar melumpuhkan
aktiviti perdagangan malah ia telah menimbulkan masalah pengangguran yang agak
ketara serta pemberhentian kerja oleh pihak majikan terhadap pekerja. Fenomena ini
telah menyebabkan rakyat berada dalam keadaan yang kurang selesa dan sentiasa
berwaspada dengan prospek perkembangan ekonomi negara. Aliran kewangan menjadi
lembap dengan nilai saham di pasaran saham menjunam teruk, sementara itu nilai
matawang ringgit berada pada paras yang cukup membimbangkan. Kegawatan ekonomi
pada 1997 hampir menyerupai apa yang dialami pada tahun 1930-an dan 1980-an. Apa
yang menjadi perhatian dunia ialah kemampuan negara dalam menahan ancaman
globalisasi yang mengakibatkan keadaan yang tidak menetu dalam pasaran ekonomi.
Cabaran-cabaran negara dalam konteks mengharungi krisis ekonomi pada 1997
merupakan satu kajian yang menarik kerana ia melibatkan soal pengorbanan jiwa dan
raga seluruh warga Malaysia dalam usaha menangkis serangan spekulator.
Justeru itu, gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu dalam konteks menjaga
kedaulatan negara dari dibolosi oleh anasir-anasir luar yang boleh merobek kedaulatan
serta keharmonian adat dan budaya masyarakat di Malaysia. Rakyat perlu berganding
bahu dan bersatu hati dalam menjamin keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap
yang optima kerana kelekaan dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya
boleh membawa kepada neo-kolonialisme. Oleh hal demikian, soal mempertahankan
kedaulatan dan keselamatan negara merupakan tanggungjawab kolektif seluruh rakyat.
Antara bukti yang jelas tentang pengembelengan tenaga di antara rakyat dan negara
apabila krisis ekonomi berlaku dalam tahun 1997. Kerajaan di bawah pimpinan Datuk
11
Seri Dr. Mahathir Mohamad menyeru kepada semua pihak agar menentang spekulator
yang rakus merampas hak ekonomi dan kewangan negara, para rakyat bangkit menurut
segala strategi mahupun perancangan kerajaan tanpa wujud sebarang perbalahan.
Hasilnya seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang keturunan berganding tenaga
memulihkan aliran ekonomi negara yang kian meruncing. Setiap individu akur kepada
perancangan negara dalam usaha mengembalikan prospek ekonomi dengan penuh
tanggungjawab tanpa menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan dan pentadbiran
negara. Keupayaan negara memulihkan ekonomi dengan strategi tersendiri telah
membuka mata masyarakat antarabangsa khususnya International Monetary Fund (IMF)
yang sentiasa memasang
„jerangkap‟ kepada mana-mana negara di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur yang
dilanda krisis kewangan berikutan tindakan spekulator yang mengugat kestabilan
ekonomi.
1.3 KEDAULATAN DAN KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Kedaulatan rakyat turut dikaitkan dengan konsep ketinggian Perlembagaan. Ia
bermaksud undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan
dengan perlembagaan hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan. Perlembagaan
ditakrif sebagai kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi
kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah. Fungsi perlembagaan
adalah memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpadukan peraturan-
peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat. Negara Malaysia
mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu Parlimen yang memperoleh kuasa dari
perlembagaan. Ini bermakna undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk
kepada kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Umpamanya dalam bidang
12
perundangan, bidang kuasa parlimen hanya membuat dan menggubal undang-undang
mengikut peruntukan perlembagaan.
Manakala, dalam bidang kehakiman, mahkamah diberi kuasa mengistihar sesebuah
undang-undang sebagai tidak sah sekiranya undang-undang yang dibuat oleh Parlimen
itu berada di luar bidang kuasanya. Semasa melaksanakan fungsinya bagi memastikan
undang-undang dan tindakan kerajaan sah di sisi perlembagaan, kuasa kehakiman
adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa perlembagaan persekutuan disifatkan sebagai perlembagaan
tertinggi di Malaysia. Kedaulatan penting bagi memastikan keamanan negara dapat
dikekalkan. Rakyat dapat hidup dengan tidak diganggu, hak individu dihormati dan
tidak dicabuli, bebas memilih cara hidup ,tidak dizalimi ,bebas memberi pendapat
,bebas beragama dan berpersatuan ,bebas bergerak dan menikmati kehidupan yang
aman dan selesa .Oleh itu, pentingnya kedaulatan itu dalam sesebuah negara.
1.4 KEDAULATAN DAN PENGIKTIRAFAN LUAR
Selain itu kedaulatan rakyat juga penting untuk memperoleh pengiktirafan dari negara
luar. Pengiktirafan atau pujian tidak akan diperoleh sekiranya kedaulatan tidak wujud.
Dengan adanya kedaulatan, Malaysia dikenali di mata dunia. Perlantikkan Malaysia ke
Majlis Keselaman PBB merupakan kejayaan yang diperoleh dengan sokongan kuat dari
negara-negara yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia (Abu Hassan. A, 1994).
Dirasakan untuk terpilih ke Majlis Keselamatan itu pastilah memerlukan penghormatan
negara luar kepada negara kita. Yang paling membanggakan kita sebagai rakyat
Malaysia ialah perlantikkan Dato‟ Seri Dr . Mahathir sebagai pengerusi sebuah
jawatankuasa untuk mengkaji pertubuhan Komanwel ini dari segi peranan dan tanggung
13
jawabnya menempuh dekad 1990-an dan akan datang (Abu Hassan. A,1994).
Masyarakat antarabangsa juga sedar kewujudan dan kehebatan negara Malaysia yang
hampir setanding dengan negara-negara maju perindustrian dunia mula
menganggap Malaysia tergolong dalam negara-negara yang bakal mendominasi senario
abad ke-21 (Abu Hassan.A ,1994).
Kepentingan kedaulatan adalah untuk mengekalkan kewujudan negara bangsa. Hidup
sesuatu bangsa tidak hanya bergantung kepada bangsa itu sahaja. Demikian juga hidup
bangsa Melayu. Hidup Melayu bergantung kepada ketahanan dan sejauh mana kita
boleh mengukuhkan kedudukan dan bertahan daripada pengaruh luar yang boleh
meruntuhkan. Sebagai contoh, Negara Israel asalnya hak milik bangsa Palestin, bukan
hak Yahudi atau Zionis. Negara ini menjadi negara Israel kerana campur tangan asing
dan tinggallah bangsa Palestin hidup tanpa negara dan tanah air sendiri, berselerak di
merata-rata dunia. Sejarah bangsa Campa melalui pengalaman dan perubahan yang
sama. Mereka didesak oleh golongan Vietnam dan akhirnya berpecah menjadi identiti
baru. Bangsa Kemboja sendiri berpecah dua, satu golongan menjadi pelarian dan satu
golongan lagi terus menetap di Kemboja di bawah kuasa komunis dan Vietnam.
Malahan banyak lagi contoh bagaimana kelumpuhan sesuatu bangsa terjadi (A .Aziz
Deraman,2000). Selain itu, kepentingan kedaulatan adalah negara itu bebas dari
kongkongan atau ancaman luar. Negara yang berdaulat adalah negara yang bebas dari
sebarang kongkongan atau ancaman negara luar. Negara berdaulat tersebut memerintah
atas paksi sendiri. Oleh itu, rakyat dan negara melaksanakan apa jua kegiatan selagi
tidak bercanggah dengan undang-undang. Bebas daripada kongkongan negara luar akan
melancarkan perjalanan jentera pentadbiran. Oleh itu kedaulatan adalah penting untuk
negara bebas dari menjadi wilayah jajahan.
14
1.5 KEDAULATAN DAN PERPADUAN RAKYAT
Selain itu sikap bersatu padu juga harus dipupuk bagi mengekalkan kedaulatan rakyat.
Di negara kita, sikap bersatu padu dipupuk melalui kebudayaan kebangsaan. Hal ini
kerana, masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai etnik budaya bermatlamat ke arah
mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia (Aziz Deraman. A, 2000). Kedaulatan rakyat
juga menekankan perpaduan rakyat sendiri kerana hanya dengan perpaduan sahaja
kedaulatan dapat dikekalkan. Perpaduan masyarakat adalah prasyarat kepada
pembentukkan sebuah negara. Selain perpaduan rakyat, proses penjanaan generasi muda
sebagai persiapan di hari depan juga amat penting. Ini adalah kerana generasi muda
pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Justeru, kerajaan telah
memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam usaha melahirkan
generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Jika dianalisa, perlaksanaan PLKN bertitik tolak atas beberapa cabaran sama ada
bersifat psikologi mahupun politik. Cabaran-cabaran itu termasuk perubahan pemikiran
terhadap gagasan negara-bangsa dan konsep kenegaraan. Ledakan globalisasi
mengakibatkan generasi muda tidak begitu berminat dalam isu-isu kenegaraan. Faktor
modenisasi turut mempengaruhi generasi baru menjadi golongan yang lebih selesa
dengan bersikap pemusatan-kendiri (self-centered). Dalam hal ini, generasi muda lebih
selesa untuk mendapatkan kepuasan kehidupan sebagai individu manusia berbanding
pengorbanan untuk masyarakat dan negara. Selain itu, faktor urbanisasi atau
pembangunan di Malaysia juga menggalakkan kehilangan semangat berkomuniti,
sebaliknya menyuburkan semangat individualistik dalam kalangan rakyat khususnya
generasi muda. Justeru, PLKN dilancarkan oleh kerajaan bagi memastikan generasi
15
muda berada di landasan yang betul dan terarah. Jika dikaitkan dengan tiga cabaran
besar di atas, PLKN bertujuan melahirkan generasi muda yang meminati isu-isu
kenegaraan, mementingkan nilai bersama dan solidariti yang kukuh.
1.6 KEDAULATAN DAN PENGEKALAN IDENTITI BUDAYA BANGSA
Cara mengekalkan kedaulatan rakyat ialah dengan mempertahankan identiti bangsa
melayu melalui budaya sendiri. Identiti bangsa sendiri perlu dipertahankan dan
diperkenalkan. Manakala penularan budaya liar dan pengaruh budaya kuning perlu
dicegah kerana ia boleh membawa kehancuran budaya dan masyarakat negara kita. Di
negara membangun, pengaruh dan kesan budaya asing yang negatif sangat hebat. Satu
demi satu negara jatuh di bawah perangkap penjajahan budaya, sekalipun negara
berkenaan telah mencapai kemerdekaan. Masyarakat beradab adalah masyarakat yang
sedar di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Falsafah yang harus dijunjung
adalah perjuangan mengisi ikrar setia sebagai bangsa yang satu, warganegara yang
memiliki maruah dan jiwa besar dengan kecintaan dengan sumber ilhamnya kepada
sebuah negara Malaysia.
Matlamat akhir masyarakat berbudaya haruslah menjurus kepada kebanggaan negara
dan kedaulatan bangsa. Untuk itu bangsa Malaysia yang dinamik perlu mempunyai
identiti untuk mewujudkan bangsa yang bertamadun dan gemilang (Aziz Deraman. A,
2000).
1.7 KEDAULATAN DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
Kedaulatan juga dikekalkan dengan adanya hubungan antarabangsa. Malaysia berdaulat
kerana berupaya mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan mengadakan
hubungan luar atau polisi luar atau hubungan serantau melalui dasar luar. Dasar luar
16
ialah hubungan sesebuah negara dengan negara-negara lain. Malaysia mengamalkan
dasar luar dengan tujuan menjamin kedaulatan dan keselamatan negara. Sebagai sebuah
negara yang berdaulat, Malaysia mengutamakan semangat kerjasama dan berbaik-baik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Dari segi keselamatan, negara kita
perlu mengelak daripada sebarang ancaman dari negara-negara luar. Oleh itu, negara
kita memerlukan dasar luar yang dapat mengekalkan hubungan baik dengan semua
negara (K.Ratnam, 1999). Umumnya, dasar luar Malaysia merangkumi tindakan bagi
memastikan kemakmuran dan kestabilan negara disamping kedaulatan negara.
Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan unsur politik, sosial, ekonomi
dan budaya. Malaysia dari segi politik menjalin hubungan diplomatik dengan hampir
semua negara yang merdeka dengan melantik wakil-wakil khas dan menubuhkan
kedutaan serta mengadakan lain-lain hubungan politik
Dari segi ekonomi, Malaysia menyokong perdagangan bebas serta menyertai pakatan-
pakatan perjanjian ekonomi seperti Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan
(GATT) dan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan
Pembangunan (UNCTAD), Bank Dunia dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF).
Selain itu Malaysia juga mempromosi kebudayaan Nasional melalui aktiviti-aktiviti
pembangunan pelancongan dan pertukaran kebudayaan negara asing. Turut mendapat
perhatian dalam matlamat polisi luar Malaysia ialah kerjasama dari segi teknikal dengan
negara asing melalui bantuan-bantuan kepakaran yang diterima dari negara maju dan
yang dibiri kepada negara mundur lain. Malaysia juga tidak ketinggalan menjalin
hubungan di bidang pertahanan dengan negara luar. Hal ini membolehkan Malaysia
memperolehi kepakaran dan pengetahuan dari segi teknik dan teknologi terbaru bidang
ketenteraan untuk menghadapi sebarang ancaman dari luar negara.
17
Kedaulatan rakyat boleh dikekalkan melalui kebolehan yang ditunjukkan oleh negara
dan pemimpinnya. Melalui kebolehan yang ditunjukkan oleh negara kita kepada negara
luar akan menyebabkan negara luar hormat kepada negara kita. Rasa kehormatan ini
akan mengukuhkan lagi kedaulatan negara kita. Contohnya, pengiktirafan oleh Geoge
Bush terhadap kemajuan Malaysia di bawah pimpinan Dato‟ Seri Dr. Mahathir. Tidak
lama dahulu kita juga menjadi tuan rumah CHOGM yang pencapainnya agak berbeza
berbanding kebiasaan. Kesanggupan Malaysia khususnya kesediaan Dato‟ Seri untuk
menjadi tuan rumah ke persidangan negara-negara Komanwel mengejutkan banyak
negara (Abu Hassan. A, 1994). Kejayaan terbaru Malaysia menganjurkan dua
persidangan besar dunia iaitu OIC dan NAM pada tahun 2003 jelas membuktikan
bahawa negara semakin diiktiraf dari segi pencapaian dan peranan memimpin dunia.
2.1 BAGAIMANA MENGEKALKAN KEDAULATAN RAKYAT
Kedaulatan penting bagi memastikan keamanan Negara dapat dikekalkan. Rakyat dapat
hidup dengan tidak diganggu, hak individu dihormati dan tidak dicabuli, bebas memilih
cara hidup, tidak dizalimi, bebas memberi pendapat, bebas beragama dan berpesatuan,
bebas bergerak dan menikmati kehidupan yang aman dan selesa. Oleh itu, pentingnya
kedaulatan rakyat melihat kepada kedaulatan dalam sesebuah Negara.
Gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu dalam konteks menjaga kedaulatan
Negara dari dibolosi oleh anasir-anasir luar yang boleh merobek kedaulatan serta
keharmonian adat dan budaya masyarakat di Malaysia. Rakyat perlu berganding bahu
dan bersatu hati dalam menjamin keselamatan Negara sentiasa berada dalam tahap yang
optima kerana kelekaan dalam soal mempertahankan benteng Negara akhirnya boleh
membawa kepada neo kolonialisme. Negara yang berdaulat adalah Negara yang bebas
18
daripada sebarang konkongan atau ancaman Negara luar. Negara berdaulat tersebut
memerintah atas paksi sendiri. Oleh itu, rakyat dan Negara melaksanakan apa jua
kegiatan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. Bebas daripada kongkongan
Negara luar akan emlancarkan perjalanan jentera pentadbiran. Oleh itu, kedaulatan
adalah penting untuk Negara bebas daripada menjadi wilayah jajahan.
2.1.1 Kedaulatan Dan Hubungan Antarabangsa
Kedaulatan juga dikekalkan dengan adanya hubungan antarabangsa. Malaysia berdaulat
kerana berupaya mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan mengadakan
hubungan luar atau polisi luar atau hubungan serantau melalui dasar luar.
Seterusnya kedaulatan Negara boleh dikekalkan melalui kebolehan yang ditunjukkan
oleh Negara dan pemimpinnya. Melalui kebolehan yang ditunjukkan oleh Negara
kepada Negara kita. Rasa kehormatan ini akan mengukuhkan lagi kedaulatan Negara
kita. Contohnya pengiktirafan oleh George Bush terhadap kemajuan Malaysia dibawah
pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun memegang jawatan sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
Selain itu, sikap bersatu padu juga harus dipupuk bagi mengekalkan kedaulatan Negara.
di Negara kita, sikap bersatu padu dipupuk melalui kebudayaan kebangsaan. Hal ini
kerana masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai etnik budaya. Matlamatnya adalah
kea rah mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia. Kedaulatan rakyat menekankan
kedaulatan negara kerana melalui perpaduan sahaja kedaulatan dapat dikekalkan.
Perpaduan masyarakat adalah prasyarat kepada pembentukan sebuah Negara. Proses
penjanaan generasi muda sebagai persiapan di hari depan juga amat penting. Hal ini
adalah kerana generasi muda pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang.
19
Justeru itu, kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
dalam usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotism yang
tinggi.
2.1.2 Kontrak Sosial Dalam Konteks Kedaulatan Rakyat
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas
Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu
perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti
individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah
diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.
Dari segi bahasa pula, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan
syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen yang
mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan
dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila
diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan
yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di
sesebuah negara. Ia juga merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang
dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin
yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga
turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA
dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957
tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan
permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara Malaysia dan seterusnya
menentukan sifat sesebuah Negara.
20
2.1.3 Rukun Negara Sebagai Ideologi Kebangsaan
Sekitar tahun 1970 terutama semasa negara ditadbir oleh MAGERAN, langkah-langkah
untuk menformulasikan dasar-dasar kerajaan telah dilakukan dengan serius. Tujuannya
adalah untuk mengawal supaya masyarakat di negara ini tidak lagi terjebak dengan
konfl ik perkauman sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969. Pada tahun 1970
kerajaan telah memberikan “commissioned research and consultancy” mengenai
tema-tema tertentu kepada pakar-pakar luar negara. Satu daripada “commissioned
research and consultancy” ini diberikan kepada Harvard University Development
Advisory Service2 untuk melakukan “Social Science Research for National Unity”
(1970). Dapatan kumpulan penyelidik ini menasihatkan kerajaan supaya
memperkenalkan disiplindisiplin ilmu sains sosial di Universiti Malaya, Universiti
Sains, dan Universiti Kebangsaan (ketika itu Malaysia hanya memiliki tiga buah
universiti). Memberi latihan kepada tenaga manusia dalam bidang sains sosial, supaya
dapat menyumbangkan usaha-usaha murni untuk mewujudkan perpaduan kaum (Abdul
Rahman. E, 2010). Langkah ini dilakukan oleh kerajaan adalah untuk menggelakkan
daripada berulangnya peristiwa 13 Mei 1969. Kesedaran untuk mewujudkan perpaduan
kaum di negara berbilang kaum seperti di Malaysia ini adalah tanggungjawab yang
berat. Teras utama untuk mewujudkan perpaduan kaum adalah untuk menyedari bahawa
manusia itu dijadikan Allah SWT berbangsa-bangsa, berkaum-kaum, bersuku-suku dan
sebagainya. Hakikat kepelbagaian ini adalah sebenar-benarnya untuk menambahkan seri
kehidupan, saling mempelajari, saling berinteraksi dan saling bertolak ansur. Namun,
manusia akan menggunakan perbezaan untuk mencetuskan konflik. Oleh itu, Rukun
Negara yang dibentuk oleh pimpinan Malaysia adalah untuk mengatasi segala
perbezaan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Oleh itu,
21
unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak menampakkan hak milik
sesuatu kaum. Ia bersifat umum dan mencuba untuk membina lingkaran yang luas,
sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur tata kelakuan, mengendalikan, dan
memberi arah kepadakelakuan dan perbuatan yang sebenarnya bercirikan Malaysia.
Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan acuan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama. Prinsip-prinsip yang terbina
ini adalah bagi memperkukuhkan perpaduan kaum.
a) Kepercayaan kepada Tuhan
Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara. Pegangan yang
kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu daripada melakukan jenayah
dan juga kejahatan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masyarakat terhadap ajaran agama masingmasing, prinsip ini telah dipilih sebagai
prinsip pertama dalam Rukun Negara.
b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan sistem
beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri
yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambang perpaduan rakyat. Maka setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang
22
diPertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia
kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan
taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber
perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan
Negara.
d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di manasetiap rakyat sama tarafnya
di sisi undang-undang negara. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu
undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Tuntutan kepada prinsip keempat ini adalah supaya kita sama-sama
menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta
memelihara kedaulatannya.
e) Kesopanan dan Kesusilaan
23
Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah
amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai
murni.
2.1.4 Konsep Gagasan Satu Malaysia
Dalam pentadbiran Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini telah
memperkenalkan satu konsep yang menjurus kepada memperkukuhkan ketahanan
negara melalui perpaduan iaitu konsep Satu Malaysia yang membawa aspirasi untuk
memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin
perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendaki oleh prinsip rukun negara. Oleh itu,
semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana
segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah Negara kita di mana tidak
ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan
dan pembelaan daripada kerajaan.
3.1 NEGARA DEMOKRASI: SISTEM PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya
terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem raja Berpelembagaan dan
Republik. Salah satu ciri-ciri demokrasi berpalimen adalah lahir daripada perjuangan
berasaskan kedaulatan rakyat. Sistem raja berpelembagaan adalam sistem pemerintahan
24
yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri. Namun ia di
bantu oleh Perdana Menteri. Sejak 1957, Malaysia memilih dan mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berpalimen dan raja berpelembagaan. Menerusi demokrasi
berpalimen rakyat melibatkan diri dalam sistem perlembagaan Negara dan raja-raja
melayu menjadi lambing taat setia kepada rakyat. Memberi peluang kepada rakyat
membentuk kerajaan sendiri dan bebas memilih wakil rakyat. Rakyat berhak
menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan. Perlembagaan Malaysia menjadi
garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berpalimen di Negara kita. Pindaan
perlembagaan di buat bagi menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan
politik semasa.
Istilah Demokrasi sebenarnya berasal daripada dua perkataan Greek iaitu „Demos‟ dan
„Kratia‟. „Demos‟ bermaksud „Rakyat‟ dan „Kratia‟ bermaksud „Pemerintahan‟. Melihat
dari sejarah awal, konsep Demokrasi ini dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek
Purba pada abad ke – 4M. Konsep ini telah diperkembangkan oleh beberapa orang
cendekiawan Greek seperti Socrates, Plato, Aristotle, dan Pericle. Sebelum wujudnya
konsep pemerintahan demokrasi, kebanyakan negara telah mengamalkan sistem
pemerintahan Monarki atau Beraja. Tetapi pada zaman Renaissance (1400–1600 T.M)
konsep demokrasi telah diamalkan semula memandangkan sistem Monarki bersifat
menindas. Pada abad ke–19 dan 20, terbentuk pula demokrasi yang bercorak moden
disebabkan oleh berlakunya perkembangan teknologi yang akhirnya telah mengubah
corak ekonomi, politik dan sosial. Secara ideal demokrasi perlu memenuhi syarat
berikut;
pemerintahan hendaklah berdasarkan suara ramai
dasar awam dibuat oleh pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya
25
ketua negara dipilih melalui pemilihan umum dan bertanggungjawab ke atas
badan perundangan
tugas pemerintahan diamanahkan oleh pegawai yang dilantik berdasarkan
kelayakan dari semua rakyat.
Daripada huraian di atas, jelaslah demokrasi merupakan satu konsep yang amat
bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan individu dalam
menentukan pucuk kepimpinan negara. Frasa “daripada rakyat kepada rakyat” juga
boleh dikaitkan dengan konsep demokrasi itu sendiri. Bagi negara Malaysia, amalan
demokrasi berparlimen sudah tidak asing lagi. Malaysia mula mengamalkan sistem
demokrasi setelah negara ini diisytiharkan merdeka. Jika dilihat sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia adalah berasaskan sistem Demokrasi Wesminster,
England. Faktor ini disebabkan oleh Tanah Melayu pada masa sebelum kemerdekaan
adalah di bawah jajahan British. Mekanisme bagi mewujudkan dan mengukuhkan lagi
amalan demokrasi, lazimnya dibuat menerusi pilihan raya. Pilihan raya dan parlimen
merupakan saluran rasmi dan sah di sisi undang – undang bagi semua rakyat Malaysia
yang cukup syarat–syaratnya membuang undi. Amalan demokrasi berparlimen di
Malaysia dapat dijelaskan melalui Rajah 1.1 di bawah
26
Rajah 1.1: Amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
3.2 AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
Pemerintahan negara kita sekarang adalah berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu tahun 1957. Perkara yang terkandung dalam perjanjian ini telah mengalami
proses pindaan untuk disesuaikan dengan perkembangan politik semasa. Perlembagaan
menjadi garis panduan pemerintahan, sistem politik serta proses pentadbiran negara.
3.2.1 Perlembagaan
Perlembagaan adalah satu undang-undang dasar. Ia mengandungi prinsip-prinsip serta
peraturan yang menentukan bentuk kerajaan dan kuasa yang boleh digunakan.
Perlembagaan Negara telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri. Hal ini diperuntukkan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri
dan Senarai Bersama. Ini bermakna, perlembagaan menetapkan kuasa membuat
undang-undang sama ada oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Badan Perundangan:
Parlimen- Proses
Penggubal
3
3
Raja
Berpelembagaan
2
Badan
Pelaksana:
Jemaah Menteri
dan Kementerian
4
4
Badan
Kehakiman:
Mahkamah
5
5
Pemerintahan Rakyat
- Parti Politik
- Pilihanraya
6
Perlembagaan
1
AMALAN DEMOKRASI BERPALIMEN DI
MALAYSIA
27
3.2.2 Raja Berperlembagaan
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung sebagai ketua
Negara. Baginda dipilih memegang tampuk pemerintahan negara selama tempoh lima
tahun oleh Majlis Raja-Raja. Yang di-Pertuan Agung bertindak mengikut nasihat
Jemaah Menteri.
Antara kuasa Yang di-Pertuan Agung adalah dalam hal melantik Perdana Menteri, tidak
memperkenankan permintaan membubarkan Parlimen dan menitahkan perintah
mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara yang
melibatkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.
Perlembagaan juga memperuntukkan kuasa dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agung
melindungi orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah
kaum-kaum lain. Selain itu, baginda juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera
dan kuasanya itu dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera. Baginda juga mempunyai
kuasa pengampunan bagi kesalahan dalam Wilayah Persekutuan dan bertindak atas
nasihat Lembaga Pengampunan. Raja-Raja Melayu yang lain mempunyai kuasa
pengampunan di negeri mereka selaku ketua negeri masing-masing. Raja-Raja menjadi
ketua agama di negeri mereka manakala Yang di-Pertuan Agung menjadi ketua agama
bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan di
samping negeri baginda sendiri. Perlembagaan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan
Agung untuk mengisytiharkan darurat jika didapati keselamatan negara terancam dan
memperkenankan semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.
Sistem Raja Berperlembagaan bererti Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu
menjalankan pemerintahan negara dan negeri atas nasihat ketua kerajaan di mana
28
Perdana Menteri adalah ketua kerajaan di peringkat pusat manakala Menteri Besar atau
Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan negeri. Selain itu, Yang di-Pertuan Agung juga
melantik anggota Jemaah Menteri dan Hakim Mahkamah dengan nasihat Perdana
Menteri. Baginda terlibat dalam ketiga-tiga badan pemerintahan iaitu perundangan,
pelaksanaan dan kehakiman.
3.2.3 Badan Perundangan: Parlimen-Proses Penggubal
Parlimen adalah badan yang membuat undang-undang di peringkat persekutuan. Dari
segi perlembagaan, Parlimen sebenarnya terdiri daripada Yang di-Pertuan Agung,
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara atau Senat pada prinsipnya adalah
lebih tinggi daripada Dewan Rakyat tetapi pada amalannya, Dewan Rakyat menjadi
lebih utama berdasarkan keanggotaannya yang dipilih. Ahli kedua-dua Dewan itu
adalah sama tarafnya iaitu sebagai Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli
Jemaah Menteri.
Dalam proses penggubalan, menteri yang berkenaan perlulah berunding dengan Peguam
Negara sebelum sesuatu cadangan dan dasar itu dijadikan rang undang-undang. Setelah
diluluskan, barulah rang undang-undang itu digubal oleh Penggubal Undang-undang
yang biasanya berunding dengan menteri dan pihak lain yang berkaitan dengan rang
undang-undang tersebut. Rang undang-undang yang digubal itu perlulah dikemukakan
untuk persetujuan Jemaah Menteri. Setelah diluluskan, menteri berkenaan
memaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara tentang
hasratnya untuk mengemukakan rang undang-undang tersebut. Setiausaha Dewan
kemudiannya mengedarkan rang undang-undang tersebut kepada semua Ahli Parlimen.
29
Rang undang-undang itu mestilah melalui beberapa peringkat atau disebut baca sebelum
diluluskan oleh Dewan Rakyat. Bacaan pertama untuk memberitahu secara lisan
mengenai tujuan dan tajuk rang undang-undang itu manakala bacaan kedua adalah
untuk prinsip dan rang undang-undang itu dibahaskan di mana ini adalah peringkat yang
paling penting.
3.2.4 Badan Pelaksana: Jemaah Menteri dan Kementerian
Badan pelaksana undang-undang ialah Jemaah Menteri atau kabinet iaitu badan
penggubal dasar yang tertinggi di negara kita dan melaksanakan kuasa eksekutif di
peringkat persekutuan atau kerajaan pusat. Kabinet menjalankan tanggungjawab secara
bersama terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Menteri dipertanggungjawabkan
mengetuai sebuah atau beberapa kementerian bagi melaksanakan undang-undang,
perancangan serta dasar kerajaan.
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang juga
menjadi Setiausaha Jemaah Menteri. Ia adalah pegawai tertinggi dan mengawasi
perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Sesebuah kementerian biasanya
mempunyai bahagian dan jabatan-jabatannya di peringkat pusat, negeri dan daerah.
Terdapat juga kementerian yang mempunyai agensi yang bersifat autonomi yang
dikenali sebagai Badan Berkanun. Badan ini ditadbir oleh sebuah majlis atau Lembaga
Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan.
Bagi mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan disiplin pegawai dan
kakitangan perkhidmatan awam, beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan seperti
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan
30
Kehakiman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
dan Majlis Angkatan Tentera.
3.2.5 Badan Kehakiman Mahkamah
Mahkamah mempunyai kuasa yang lebih besar jika dibandingkan dengan badan
perundangan dan badan pelaksana. Kuasa mahkamah termasuklah kuasa mentafsir
perlembagaan, mentafsir dan menguatkuasakan undang-undang, kuasa mengisytiharkan
sebarang undang-undang sebagai sah dan kuasa mengisytiharkan sebahagian tindakan
kerajaan sebagai tidak sah atau bertentangan dengan undang-undang.
Ciri penting badan kehakiman selain tidak memihak, ia bebas daripada kawalan sama
ada badan perundangan dan badan pelaksana atau sesiapa pun. Yang di-Pertuan Agung
melantik Hakim dengan nasihat Perdana Menteri dan baginda juga boleh menggantung
perlantikan seseorang Hakim.
Terdapat dua kategori mahkamah iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Utama.
Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Penghulu, Mahkamah Majistret Kelas
Satu, Mahkamah Majistret Kelas Dua dan Mahkamah Seksyen. Terdapat Mahkamah
Anak Negeri di Sabah dan Sarawak tetapi terkeluar daripada hierarki mahkamah awam.
Mahkamah Utama terdiri daripada Mahkamah Agung dan dua mahkamah tinggi iaitu
Mahkamah Tinggi Malaya yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya dan Mahkamah
Tinggi Borneo yang diketuai oleh Hakim Besar Borneo yang berpusat di Kuching.
Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kerajaan dan bertindak sebagai
31
Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi pihak kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh
pegawai daripada Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.
3.2.6 Pemerintahan Rakyat Melalui Pilihan Raya
Asas utama sistem demokrasi berparlimen di Malaysia ialah penyertaan dan penglibatan
rakyat dalam proses pemerintahan negara melalui pilihanraya. Oleh itu, rakyat terlibat
dalam membuat keputusan terhadap penggubalan dasar dan pelaksanaannya. Oleh itu
terdapat dua elemen yang penting kepada rakyat, pertama parti politik yang mereka
anggotai dan proses pilihanraya yang diadakan di peringkat kawasan pilihanraya.
3.2.7 Parti Politik
Malaysia mengamalkan sistem parti politik yang diambil dari Britain iaitu sistem parti
politik pelbagai. Politik partisan bererti suatu perjalanan politik adalah berpihak kepada
parti yang menang atau memerintah. Sejak merdeka, terdapat satu parti yang memegang
tampuk pemerintahan iaitu Parti Perikatan dan sekarang Parti Barisan Nasional yang
mempunyai pelbagai lagi parti di dalamnya. Manakala parti-parti yang lain ialah Parti
Islam SeMalaysia (PAS), DAP, PBS dan beberapa buah parti lain. Selama lebih 40
tahun merdeka, hanya Parti Perikatan (Barisan Nasional) yang memegang tampuk
pemerintahan dan Perdana Menteri Malaysia adalah seramai 5 orang iaitu Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan kini Yang Berhormat Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sistem pelbagai parti adalah untuk membolehkan rakyatnya mempunyai peluang untuk
mentadbir walaupun hanya satu parti sahaja yang mendominasi negara. Tetapi dengan
kewujudan parti lain, parti yang menang tidak boleh suka-suka membuat pelbagai
32
perubahan yang menyusahkan rakyat dan menyeleweng kerana dengan ini mereka boleh
jatuh dengan mudah disebabkan semuanya bergantung kepada rakyat untuk mengundi.
3.2.8 Pilihanraya
Pilihanraya adalah satu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri melalui undi. Pilihanraya di negara kita adalah dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan. Pilihanraya bukan sahaja penting dari segi amalan demokrasi tetapi
penglibatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang
memerintah serta corak sistem dan proses keadilan sosial negara kita. Rakyat
menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya.
Proses pilihanraya melibatkan tiga pihak iaitu Suruhanjaya Pilihanraya, pengundi dan
calon. Bagi memastikan pilihanraya ini dijalankan dengan adil, perlembagaan
memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya ini adalah bebas daripada
kawalan kerajaan. Ianya diketuai oleh seorang Pengerusi dan empat orang ahli yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung. Dalam sesuatu pilihanraya, berbagai-bagai isu
dibangkitkan bagi menyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding. Isu
perkauman dan kepentingan negara adalah dua perkara penting yang mencorakkan
sejarah kempen pilihanraya di negara kita ini.
Terdapat banyak faktor yang mencorakkan keputusan pilihanraya, antaranya
termasuklah ketokohan calon, kekuatan parti politik, dasar parti atau kerajaan yang
memerintah. Di samping manifesto pilihanraya, strategi dan taktik memancing undi
juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengundi membuat keputusan.
Pilihanraya adalah penting kepada semua warganegara kerana merekalah yang akan
menentukan kerajaan. Oleh yang demikian, setiap warganegara perlulah melibatkan diri
33
dan mengambil tahu perkembangan politik semasa ataupun menyertai pertubuhan
politik.
Keputusan pilihanraya menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah
dan parti pembangkang. Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan
pengimbang kepada parti pemerintah. Dengan adanya pilihanraya, secara tidak langsung
rakyat terlibat dan ikut serta dalam proses demokrasi di negara Malaysia.
a) Perkara-perkara yang boleh dibuat mengikut budi bicara baginda, kebanyakannya
hanya melibatkan hal ehwal diraja, adat istiadat dan hal-hal agama Islam bagi menjaga
kepentingan orang Melayu. Yang Dipertua negeri pula boleh bertindak mengikut budi
bicara dalam hal melantik Ketua Menteri dan apabila tidak mempersetujui permintaan
untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
4.1 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan suatu dokumen yang paling tinggi letaknya dalam
pentadbiran sesebuah negara. Ia mengandungi peraturan asas dan undang-undang bagi
sesebuah negara. Perlembagaan adalah manifestasi sistem politik dan pentadbiran
kerajaan yang dipraktikkan dalam sesebuah negara. Perlembagaan juga menjamin
kedaulatan rakyat dalam sesebuah negara. Hal ini kerana pembentukan undang-undang
mesti selaras dan sesuai dengan semangat perlembagaan. Ia juga disesuaikan dengan
institusi tertinggi dunia iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam amalan biasa,
hanya hakim yang boleh mengintepretasi sesuatu klausa dalam perlembagaan. Ia
disebabkan perlembagaan adalah rumit dan kompleks. Kewujudan sesebuah
perlembagaan menggambarkan ketinggian pembentukan sesebuah tamadun masyarakat
34
(Kassim, T., Hamidah A.R. dan Suaibah, 2009). Untuk menjamin kestabilan sesebuah
Negara adalah dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Antaranya
i) Membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan dan keadilan
dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan.
ii) Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara,
menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini.
iii) Menjamin kerjasama kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara
kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
iv) Menjamin kedudukan hak istimewa orang melayu, bumiputera di Sabah dan
Sarawak tidak dipersoalkan.
Tema Hari Kemerdekaan yang ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila
salah satu baris lirik lagu Warisan, 'Malaysia. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang
dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan
Hari Kemerdekaan Ke-57. Ini amat releven dengan rundingan TPPA iaitu Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik di mana perjuangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
yang ingin mempertahankan kedaulatan negara daripada terjebak ke dalam perjanjian
rundingan perdagangan yang menguntungkan Amerika Syarikat (AS) dan negara maju
lain yang akan dimuktamadkan pada rundingan di Brunei pada Oktober nanti.
Sehubungan itu desakan NGO seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM),
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Rangkaian Dunia Ketiga (TWN) dan
beberapa Non-Goverment Individuals (NGIs) dan NGO lain telah membuka kesedaran
kepada rakyat tentang betapa pentingnya TPPA ini kepada negara kerana ia menyentuh
aspek kedaulatan. Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah menyuarakan
35
kebimbangan ini. Dalam hubungan dengan kedaulatan negara dan keselamatanya
seperti serangan Suluk ke atas Lahad Datu, Sabah, aspek kedaulatan rakyat harus
dipentingkan dan menjadi keprihatinan. Apalah erti negara tanpa rakyat dan salah satu
komponen utama negara adalah rakyat. Dalam konteks kedaulatan rakyat adalah penting
bagi kita untuk memahami kembali apa istilah "rakyat" itu. Hal ini kerana terdapat dua
makna yang signifikan untuk di bezakan. Apabila membicarakan mengenai kedaulatan
rakyat kita harus mengetahui rakyat sebagai pengundi pilihan raya yang lima tahun
sekali itu atau mengenai rakyat sebagai "pemegang kedaulatan" yang terdiri dari seluruh
penduduk negara ini.
Perkara ini semakin penting untuk difahami kerana kecenderungan polisi negara yang
mengutamakan "rakyat" iaitu rakyat diutamakan dalam setiap kegiatan politiknya. Oleh
itu, masalah genting dari demokrasi moden timbul sejauh manakah para pengundi dan
calon yang mereka undi untuk menjadi pemimpin dapat saja dianggap sebagai
mewakili rakyat. Ini kerana para pengundi dan yang diundi tidak berada pada taraf yang
sama. Perbezaan antara rakyat sebagai pengundi dan rakyat sebagai warganegara
pemegang kedaulatan perlu dibezakan pengertiannya untuk difahami. Maka para
pengundi dan pemimpin yang dipilih itu tidak dapat mendakwa bahawa kepentingan
mereka adalah sama dengan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
Dakwaan bahawa mereka (pemimpin) mewakili rakyat adalah adalah suatu pernyataan
hak yang palsu jika segala kepentingan rakyat tidak diutamakan seperti dalam
rundingan TPPA misalnya. Kebanyakan negara sedang membangun para pembuat dasar
dan ahli politik ini dapat digambarkan sebagai perampas kedaulatan rakyat di mana
sejumlah kecil elit pemerintah diberikan kuasa sewenang-wenangnya yang
36
mengutamakan rakyat tetapi tidak mewakili rakyat sesungguhnya. Disebabkan oleh itu,
banyak tindakan yang dilakukan lebih mengutamakan kepentingan kelompok dengan
menggunakan nama rakyat. Kemerdekaan negara ialah menjaminkan kedaulatan rakyat
dengan mengutamakan rakyat dalam segala tindakan dalam sistem demokrasi. Di
manakah hak rakyat dalam demokrasi jika kepentingannya diabaikan dan dipentingkan
hanya pada masa pengundian? Dengan demikian jelas bahawa yang dinamakan rakyat
itu bukan saja kumpulan daripada semua orang yang hidup yang mengundi dan yang
diundi. Rakyat itu juga adalah generasi-generasi yang saling berhubungan meskipun
terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Bahkan rakyat juga bukan sahaja terdiri
daripada mereka yang hidup akan tetapi juga dengan mereka yang telah meninggal dan
mereka yang akan dilahirkan. Rakyat itu adalah satu gabungan, suatu entiti yang dapat
dikatakan terus hidup meskipun individunya hidup dan mati. Bahkan walaupun tanpa
pemimpin, apabila kita tinjau dari sudut orang perseorangan secara individunya maka
apa yang disebut rakyat itu sebahagian besarnya tidak dapat diperhitungkan atau tidak
dapat didengar. Kekadang makhluk yang disebut rakyat, meskipun tidak dapat
dirasakan oleh pancaindera kita, tetapi secara emosionalnya ia mengikat manusia
kepada tanah airnya dengan "ikatan yang meskipun kelihatan longgar namun ia dapat
menjadi kuat seperti padatnya besi waja dengan struktur yang konkrit". Inilah yang
dinamakan tanah air tumpah darahku. Inilah daulatnya rakyat itu. Inilah sebabnya
kenapa rakyat rela berada di medan perang dan sanggup berdemontrasi tanpa senjata
dan sanggup mati ditembak dan bunuh pihak penguasa seperti di Mesir dan inilah juga
yang menyebabkan orang-orang tua kita yang berjuang memerdekakan negara ini tidak
dapat menikmatinya setelah gugur menentang penjajah. Rakyat yang tidak terlihat, tidak
terdengar, dan bahkan seperti lautan besarnya boleh saja membina gelombang besar
apabila dirasakan dan disedari mereka dizalimi, ditindas, ditipu dan tidak dibela.
37
Para pemerintah tidak seharusnya menzalimi rakyat dan menjangkakan rakyat itu lemah
dan sentiasa takut dan akan patuh dengan pihak berkuasa dan tentera. Hari kemerdekaan
bukan sahaja hari kemerdekaan negara dan kedaulatan negara tetapi ia adalah hari
kedaulatan rakyat. Dalam hal ini keberadaaan negara adalah wujud simbolik iaitu
manifestasi daripada daulat rakyat yang merupakan kumpulan manusia individu
berdaulat yang meletakkan kedaulatannya dalam bentuk negara. Oleh itu, keberadaan
negara berasal dari kumpulan daulat rakyat yang dalam realiti wujudnya menjadi
bahagian-bahagian atau organ-organ pelembagaaan negara. Sedangkan dewan rakyat
atau perwakilan rakyat itu menunjukkan adanya keberagaman manusia yang berdaulat.
Perwakilan inilah yang dilembagakan yang isinya terdiri dari kelompok-kelompok
rakyat yang terpolarisasi ke dalam lembaga-lembaga parti politik dalam sesebuah
negara yang di dalamnya adalah kekuasaan daripada penyerahan sebahagian kedaulatan
rakyat itu.
Pertarungan perebutan kekuasaan yang terdapat di dalam lembaga negara itu dilakukan
oleh parti-parti politik. Namun, haruslah diingat dan tidak harus dilupakan bahawa pada
dasarnya rakyat berdaulat itu adalah anggota komuniti yang berbeza perwujudannya
daripada lembaga-lembaga negara atau perwakilan. Ini kerana wujudnya lembaga-
lembaga negara atau perwakilan adalah berasal dari daulat rakyat. Namun, keberadaan
daulat rakyat bukanlah berpunca daripada kementerian atau kenegaraan atau perwakilan
tersebut. Ini kerana daulat rakyat itu secara alaminya sudah wujud dan berada dalam
bumi tercinta dan kekayaan alamnya.
38
Ini bererti bahawa rakyat berdaulat itu adalah pemilik alam yang alami dengan segala
kekayaan semulajadi dan fitrah itu. Pemimpin dan parti boleh datang dan pergi tetapi
rakyat tetap wujud. Rakyat berdaulat adalah sebagai sesuatu yang mutlak yang
memilih hak di atas segala sesuatunya yang berkaitan dengan alam dan kekayaan fitrah
alamnya. Inilah yang menjadi dasar kedaulatan itu. Ini kerana yang namanya rakyat
adalah mutlak memiliki hak-hak dasar yang tidak dapat dipadamkan begitu saja. Maka
dalam isu TPPA penguasa atau pemerintah yang merundingi atas nama negara
sebenarnya merundingi sebagai mewakili rakyat. Mereka tidak boleh merundingi secara
sewenang-wenangnya dan menjejaskan kedaulatan rakyat itu. Ini kerana hak-hak dasar
rakyat itu tidak sepatutnya diganggu gugat.
Maka kewajiban daripada pemerintah dan penguasa yang diberikan mandat oleh rakyat
sebahagian kedaulatan itu ialah untuk bekerja atas nama rakyat. Dalam hal ini pertama,
apa yang dinamakan kedaulatan rakyat adalah sesuatu yang berlaku secara lahiriah,
kedua, kedaulatan bukan kedaulatan parti atau kedaulatan dalam bentuk lain di luar
individu rakyat itu sendiri tetapi kedaulatan warganegara Malaysia. Ketiga,
perkembangan yang belaku sekarang kerana hilangnya kesedaran atau memang tidak
menyedari sama sekali bahawa kedaulatan itu mutlak berada di tangan rakyat itu
sendiri.
5.1 KESIMPULAN
Kedaulatan rakyat merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Kedaulatan amat
penting kerana ia dianggap satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan
negara untuk tidak terus dijajah atau di„jajah‟. Kewujudan sebuah negara bergantung
39
kepada kedaulatan rakyat atau adanya kekuasaan tertinggi yang tidak terbatas. Ikatan
persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak kepada kedaulatan
rakyat. Bagi mewujudkan kedaulatan rakyat yang utuh, seharusnya peka dengan kontrak
sosial di mana ia terbina daripada perjanjian pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu
generasi kita seharusnya peka dengan Rukun Negara dan menghayati erti yang
sebenarnya kewujudan Rukun Negara.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Embong berjudul „Wacana Globalisasi’ dalam Noraini Othman dan
Sumit K.Mandal, Malaysia Menangani Globalisasi : Peserta atau Mangsa,
Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000.
Abd Muis, Mujibu dan Hj. Hussin, Zaliha dan Mohamed@Bakar, Badrul. A,
(2010. Perubahan Generasi Dan Perkembangan Demokrasi Di Malaysia
Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12. In: Proceedings Seminar on
Nasional Organized by Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad's Thought
(IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Abu Hassan.A,. (1994). Menebus Maruah. Selangor: Kumpulan Rusa Sdn. Bhd.
Katni Kamsono Kibat. (1986). Asas ilmu politik. Selangor : Biroteks.
Aziz Deraman, A. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu. Kuala
Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Furnivall, J.S, Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and
Netherlands, Universiti of New York Press, New York.
Giddens, A. 1999. Runaway World : How Globalisation is Reshaping Our Lives.
London : Profile Books.
Ismail Yusof. (2001). Pengenalan Sains Sosial . UUM:Sintok
Kassim, T., Hamidah A.R. dan Suaibah (2009). Perlembagaan Malaysia Dalam
Perspektif Hubungan Etnik. Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori
Dan Praktik.
Ku Hasnita, K.S. dan Mohd Haizam, M.N. (2009). Semangat Patriotisme Dalam
Kalangan Mahasiswa Bukan Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi, Sekitar
Lembah Kelang. Akademika 75 (Jan-April) M/s 85-100.
40
Ratnam, K.(1999) .Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.
Selangor :Pustaka sarjana Sdn.Bhd.