tugasan epm233(model n strategi pedagogi)
TRANSCRIPT
TUGASAN
JANUARI 2013 SEMESTER
KOD KURSUS : EPM 233
NAMA KURSUS : MODEL DAN STRATEGI PEDAGOGI
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR : AHMAD SHAHRUL AMIN B MAT YUSOF
NO. MATRIK : E30209120620
FASILITATOR : AKADEMIK
PUSAT PEMBELAJARAN :
TAJ INTERNATIONAL COLLEGEIPOH PERAK
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
BAHAGIAN A
a) Sejauh manakah pengajaran di sekolah anda masih berpusatkan guru?
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang
berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar
atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab
sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran
dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam
pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka
bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses
dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat
murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan
kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan
pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.
Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran boleh berada di mana-mana dalam
kontinum tersebut
Pemerhatian yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa
Kuala Kangsar, mendapati proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
lebih kepada berpusatkan guru.Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di
dalam kelas,Ilmu yang disampaikan lebih berbentuk hafalan dan pelajar lebih
banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang
diajar.Walaubagaimanapun,terdapat juga proses pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid sepenuhnya terutama untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu,Pendidikan Jasmani, Sains, Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Seni
Visual.Murid memainkan peranan aktif dalam menjayakan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan
MQA101 1
Pembelajaran Berpusatkan Guru Pembelajaran Berpusatkan Murid
Objektif,tugasan dan sumber Objektif,tugasan dan sumberPembelajaran ditentukan oleh Pembelajaran ditentukan oleh Guru. Murid.
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
pelajar , pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau
kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan
mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. Semasa
proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan
guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan
satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang
dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain
perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para
pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,Langkah yang terakhir dalam
pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan.Ini
menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.
b) Bagaimana anda telah melibatkan murid “secara aktif dan menyeronokkan
dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai” dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
Pengenalan
Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi
pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey
menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini.
Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif kepada pengajaran aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti
dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk
melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif.
Maksud Pembelajaran Aktif
Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi
dengan bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali,
memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers
dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian: (1)
pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif dan (2) murid yang
berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.
MQA101 2
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk
berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka
memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan
secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi
fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.Namun begitu, untuk
menjayakan pembelajaran aktif ini seseorang guru perlu mahir menggunakan
medium pembelajaran khususnya pelbagai media pengajaran bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Penggunaan media yang dapat memudahkan pemahaman murid.
Ciri authentics multimedia ini membantu pemahaman pelajar dengan lebih
berkesan. Oleh itu, sebagai contoh CD-ROM boleh memuatkan segala isi mata
pelajaran yang hendak disampaikan oleh para guru. Ia juga boleh dijadikan
sebagai pengganti buku teks. Perisian CD-ROM boleh dimuat turunkan dengan
objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan interaktif, galeri
multimedia, e-ujian,e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan atau
capaian internet. Aktiviti interaktif yang disediakan dalam perisian ini meliputi
aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki,
teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti
pelajar dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif
memberikan mereka latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu
konsep yang telah dipelajari dalam buku teks (Rozinah Jamaludin, 2005). Kadang
kala terdapat tajuk-tajuk para aras tinggi yang agak sukar bagi pelajar untuk
memahaminya. Dengan adanya CD-ROM dan multimedia yang pelbagai ini, ia
sedikit sebanyak dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk sekaligus
dapat meningkatkan lagi minat mereka menguasai tajuk berkenaan. Selain itu, ia
dapat menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian kursus yang
digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan dalam
visual yang ditayangkan (Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak, 2003). Hal ini
sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap tajuk
yang dipelajari khususnya dalam tajuk yang mengandungi banyak fakta seperti
tajuk Hari Kemerdekaan untuk Bahasa Melayu Tahun 2. Untuk tajuk ini beberapa
MQA101 3
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
peristiwa berkaitan kemerdekaan dijelaskan dengan simulasi bagi memastikan
sesuatu pengajaran itu kekal dalam ingatan pelajar. Penggunaan video juga sangat
membantu. Penggunaan dan video dapat menyampaikan isi pelajaran dengan skop
yang lebih luas lagi, iaitu dengar dan lihat. Filem bergerak pula membantu
memberi pandangan yang jelas tentang sesuatu perkara. Filem slaid pula
dimasukkan suara iaitu dengan cara mensinkronikannya. Semasa tayangan, guru
boleh memberhentikan dari satu filem ke satu filem untuk memberi ulasan dan
keterangan.Media pendidikan digunakan bertujuan untuk menambahkan
kelancaran perhubungan antara guru dengan pelajar dan sebaliknya, pelajar
sesama pelajar dan membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Penggunaan bahan yang dapat meningkatkan kreativiti dan menggalakkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid.
Perisian berbentuk penyelesaian masalah yang boleh meningkatkan motivasi
pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah berbantukan
komputer yang boleh dikaitkan dengan aktiviti pembelajaran aktif. Perisian
permainan ini merangkumi penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dipelajari untuk mengatasi sesuatu situasi dalam bentuk permainan (Abdul Ghafar
Mohd. Din, 2003). Mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan banyak kaedah
penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, penggunaan multimedia secara
langsung melalui latihan atau langkah-langkah akan dapat membantu pelajar
memperoleh kemahiran mengatasi masalah dengan melihat sendiri langkah-
langkah bagi mengatasi sesuatu masalah. Guru juga boleh menayangkan langkah-
langkah yang salah dalam membuat urutan cerita atau ayat dan pelajar akan
mengkaji serta memberi pendapat mereka berhubung dengan permasalahan yang
diberi.Aktiviti ini sering melibatkan aktiviti penulisan pada aras 3 untuk murid
Tahun 6.Guru haruslah kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik
minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru untuk mewujudkan
kreativiti di dalam bilik darjah adalah amat penting. Leonard M.S et al (1996, m.s.
47) telah menyatakan bahawa;
MQA101 4
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid
supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan
pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik
darjah ialah:
1. Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar.
2. Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain.
3. Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan
anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda.
Berdasarkan pernyataan itu, ternyatalah betapa pentingnya bagi guru-guru Bahasa
Melayu untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi
pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. Ini akan lebih mencabar.
Kepentingan bantuan media pengajaran terkini multimedia dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam menempuh situasi pembelajaran
masa kini. (Abdul Rahman, 1997, m.s. 254). Media pengajaran merupakan alat
yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan
sumber untuk pembelajaran. Jadi, peranan media pengajaran ialah untuk
memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi,
menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi
pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan
kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s,287).Murid yang dapat berfikir secara kreatif
dan kritis akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak aktif.
Penggunaan media yang menarik minat murid.
Media pengajaran bukan cetak merupakan peralatan yang digunakan untuk
membantu guru mengajar dan juga boleh mewujudkan rangsangan, minat dan
keinginan pelajar untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang
hendak dipelajari pelajar. Penggunaan media pengajaran yang sesuai dan menarik
dengan tajuk pembelajaran akan menjadikan pembelajaran akan lebih menarik
dan berkesan.Media pengajaran adalah penyumbang faktor terpenting dalam
menentukan kejayaan proses pembelajaran, mewujudkan rangsangan keinginan
MQA101 5
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran
lebih menyeronokkan, menarik dan dapat memotivasikan mereka
Bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan, penggunaan media
pengajaran yang bersesuaian akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses
pembelajaran yang menyeronokkan, seterusnya dapat membantu pelajar mencapai
objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang. Minat boleh dianggap sebagai
daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada
seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman
yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Dalam konteks
pengajaran Bahasa Melayu ,keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan
keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa.
Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai
media pengajaran digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980, m.s. 165).
CD-ROM contohnya, adalah satu multimedia interaktif yang mengandungi teks,
animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk
menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. Konsep yang khusus dan
abstrak dalam buku teks dapat disampaikan secara konkrit kepada murid melalui
elemen multimedia dalam CD-ROM Aktiviti interaktif yang disediakan dalam
perisian ini meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi,
permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana
keputusan semua aktiviti pelajar dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak.
Latihan interaktif memberikan mereka latih tubi yang menarik dan bermakna
tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks (Rozinah Jamaludin,
2005)
Penggunaan media yang merangsang pendengaran dan penglihatan murid.
Di samping itu, dengan menggunakan multimedia di dalam pembelajaran para
pelajar, ia dapat membantu merangsang deria pendengaran dan penglihatan
mereka.Bahan berasaskan multimedia ini mengandungi perisian berbentuk
simulasi yang boleh digunakan dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa
Melayu. Contohnya dalam mempelajari tajuk Kraftangan Tradisional , guru boleh
MQA101 6
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
menayangkan visual yang menunjukkan seseorang sedang menghasilkan
kraftangan. Dalam visual tersebut, mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana
kraftangan labu sayong dihasilkan. Mereka dapat melihat keadaan ketika tanah
liat dijemur, ditumbuk, diuli dan ditempa atau dibentuk sehingga proses akhir
pembuatan labu sayong. Apabila murid dapat menyaksikan tayangan tersebut,
mereka akan menguasai kemahiran tertentu dan mempraktikkannya walaupun
hasilnya tidak sama seperti visual. Kaedah demonstrasi melalui tayangan visual
ini juga akan dapat menyediakan secara langsung objek, proses atau cara
melakukan sesuatu (Ahmad Mohammad Salleh, 2004).Menurut penyelidikan
yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan
pengetahuan yang diperolehi oleh manusia 75% adalah diperolehi melalui deria
pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada
deria rasa, 3% daripada deria bau (Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1986).
Oleh yang demikian, pengunaan bahan bantu mengajar terutamanya melibatkan
pancaindera pandang dan dengar memainkan peranan yang penting dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran pelajar dan sudah tentu pembelajaran secara aktif
dapat dijalankan.
Penggunaan media yang dapat menjadikan pendidikan lebih produktif.
Penggunaan pelbagai media sama ada cetak dan bukan cetak akan dapat
menjadikan pendidikan lebih produktif dengan membawa konsep kehidupan yang
sebenar kepada murid. Mereka dapat mengimaginasikan tayangan video atau
grafik di dalam multimedia itu dalam kehidupan mereka. (Jamaludin Harun &
Zaidatun Tasir, 2003). Contohnya bagi tajuk Pelancongan, berkemungkinan
terdapat pelajar yang pernah mengikuti rombongan atau bercuti bersama keluarga
dan mungkin ada yang tidak pernah mengalaminnya. Oleh yang demikian, dengan
adanya multimedia yang mengandungi pelbagai video, audio, dan grafik di dalam
akhbar atau majalah, tempat-tempat menarik ini, ia dapat memberi pengalaman
sebenar dan pengetahuan secara langsung kepada pelajar dalam mempelajari tajuk
tersebut.Seterusnya, menurut Yusup Hashim (1998), CD-ROM akan dapat
membantu pelajar belajar secara kendiri. Media pengajaran yang digunakan dalam
MQA101 7
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
sistem ini dihasilkan oleh pihak lain atau mungkin guru Bahasa Melayu itu sendiri
dan boleh digunakan oleh murid tanpa bantuan guru. Pelajaran boleh dijalankan di
mana-mana walaupun guru dan pelajar tidak dapat bertemu secara bersemuka
sepanjang masa. Latihan pengukuhan juga dapat dilakukan pada bila-bila masa
tanpa terikat dengan jadual waktu serta masa penemuan bersama guru. Visual-
visual yang terdapat dalam CD-ROM tersebut juga boleh membantu mereka
melakukan pengulangan ketika berada di rumah. Ciri-ciri CD-ROM yang lebih
mesra, tidak jemu, tidak penat, tidak sakit hati dan sabar semasa menggunakan
program menjadikan ia sangat fleksibel sama ada bagi pelajar cerdas atau
sebaliknya.Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran guru. Contoh terkini ialah Projek 1
BestariNet Frog VLE yang akan memudahkan para guru mentransmisikan ilmu
pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan
pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat
menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya
dengan pelajar-pelajarnya. Guru-guru telah diberi pendedahan penggunaan
FrogVLE ini secara berperingkat dan sasaran kepada semua guru dan murid
apabila Persekitaran Pembelajaran Maya dijalankan. Guru-guru dapat memberi
tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat
menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE. Melalui FrogVLE,
pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa sama ada di
sekolah atau di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.(Frogasia Training
Trainer’s Guide v 2.0).Sudah tentunya proses sebegini dapat menggalakkan
pembelajaran aktif dalam kalangan murid di samping memudahkan tugasan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
MQA101 8
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
c) Bagaimana penaksiran adalah “berkonsepkan didik hibur”?
Nyanyian
Nyanyian merupakan kata-kata yang disampaikan melalui alunan suara. Iringan
muzik memberi impak pada nyanyian. Muzik juga boleh diganti dengan bunyi-
bunyian yang direka. Lagu yang dipilih oleh guru seharusnya bersesuaian dengan
maksud, bahasa dan juga penggunaan tatabahasanya. Melodi yang dipilih juga
seharusnya mudah diikuti dan yang hampir dengan pengalaman murid. Lagu juga
harus bersesuaian dengan tahap kesediaan dan pencapaian murid dan mempunyai
jalan cerita, pengajaran, nilai dan motivasi. Sebagai contoh penaksiran untuk
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR Bahasa Melayu Tahun 2 bagi B1
DL1 E1 menggunakan nyanyian sebagai bahan evidens. Senikata disediakan dan
murid diminta menyanyikan lirik lagu mengikut rentak lagiu Can Mali Can.
Penaksiran berdasarkan didik hibur ini dapat mewujudkan suasana yang lebih
seronok dan ceria serta membantu murid mengingati apa yang hendak dipelajari.
Selain itu juga dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi,
rima dan tekanan serta struktur ayat. Secara tidak langsung dapat mengukuhkan
aspek kefahaman berbahasa.
Sumber: Kursus Pemantapan Kurikulum dan pedagogi,JPN Perak
MQA101 9
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Bercerita
Penaksiran berkonsepkan didik hibur dapat dijalankan dengan aktiviti bercerita
yang dapat dijalankan bersesuaian dengan tahap murid. Cerita merupakan sesuatu
yang dicakap, dibual, diungkap secara langsung. Naluri semulajadi seorang
kanak-kanak amat gemar mendengar cerita dan bercerita. Cerita boleh
memberikan pengajaran, panduan, nilai murni dan juga menyuburkan imaginasi,
peralatan cerita yang menarik digunakan seperti tali, boneka, kertas, kain agar
penceritaan dapat disampaikan dengan menarik. Di dalam pentaksiran yang
dijalankan, slaid power point boleh digunakan untuk menunjukkan gambar watak
dan cerita serta murid boleh diuji bercerita secara lisan atau menyambung cerita
berdasarkan watak-watak yang diberi. Murid juga boleh menjawab soalan-soalan
pemahaman secara lisan atau bertulis berdasarkan cerita yang didengar atau
ditonton.
Sumber: http://kaswatihjtukino.blogspot.com/2012/10/cerita-sang-kancil-dan-
monyet.html
Lakonan
Kamus Dewan (2007) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu
drama, sandiwara dan sebagainya. Aktiviti lakonan juga merangkumi pergerakan
tubuh badan atau segala pelakuan manusia. Lakonan akan dilakonkan oleh watak-
MQA101 10
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
watak tertentu yang mencerminkan keadaan sebenar atau meniru gaya kegiatan
manusia dalam masyarakat. Penaksiran dapat dijalankan dalam bentuk lakonan
untuk menguji pertuturan murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi dan konteks
tertentu dengan cara yang betul dan membolehkan murid-murid bertutur
menggunakan bahasa yang kemas dan teratur. Penaksiran boleh dilakukan dengan
murid melakonkan dialog yang telah disediakan ataupun melakonkan adegan
berdasarkan diaolog atau skrip mudah dengan menggunakan perkataan sendiri.
Untuk menjadikan penaksiran lebih berkesan, guru boleh menyediakan alatan
maujud untuk persediaan lakonan.
Puisi
Di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),salah satu elemen didik
hibur yang diberi perhatian ialah pantun. Pantun merupakan bentuk puisi tradisi
lisan masyarakat melayu. Pantun mengambarkan atau merupakan refleksi minda
sosial, budaya dan kemasyarakatan melayu lama. Pantun adalah puisi berangkap.
Ada beberapa jenis pantun iaitu dua kerat,empat kerat, enam kerat dan lapan
kerat. Contoh Puisi bagi Bahasa Melayu Tahun 1, guru boleh memilih pantun
yang mudah dan murid diminta melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi
yang betul. Guru juga boleh memilih pantun yang mempunyai maksud yang
senang diingat, diucap dan mempunyai makna khusus.
BAHAGIAN B
Sumber: Kursus Pemantapan Kurikulum dan pedagogi,JPN Perak
MQA101 11
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Penggunaan Animasi dan Grafik
Penggunaan animasi dan grafik juga boleh diberi pemberatan di dalam membuat
pentaksiran berkonsepkan didik hibur. Watak-watak animasi dan kartun yang menjadi
kegemaran kanak-kanak seperti watak kartun Upin Ipin dijadikan animasi untuk salah
satu pentaksiran dalam mata pelajaran Matematik. Animasi dalam bentuk video dan
murid dikehendaki memerhati dan menjawab soalan-soalan secara interaktif dalam
bentuk santai dan didik hibur. Pentaksiran juga boleh dijadikan sebagai eviden
Penaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan band yang bersesuaian.
Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=_GuIDe34a0w
d) Pada pendapat anda, apakah isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran “secara aktif dan menyeronokkan”?
Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran aktif merupakan satu
pendekatan yang efektif. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, pembelajaran
aktif membolehkan murid mempelajari lebih banyak perkara, menyimpan
informasi lebih lama dan berasa seronok dalam bilik darjah. Pembelajaran aktif
menggalakkan murid mempelajari daripada guru dan murid lain dibandingkan
dengan cara tradisional yang melibatkan murid itu sendiri sahaja. Kajian juga
MQA101 12
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
telah menunjukkan bahawa penglibatan pasif secara umumnya membawa kepada
penerimaan pengetahuan yang terhad.Isu-isu yang dapat dikaitkan dengan
pembelajaran secara aktif ini adalah seperti di bawah.
Arahan berpusatkan murid
Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila
seseorang guru merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar
belakang murid dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada murid
untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Dalam
memastikan pembelajaran dapat dijalankan secara aktif,seseorang guru perlu
menyediakan media pembelajaran yang sesuai bagi menyokong pengajaran dan
pembelajaran yang hendak dilakukan.Pembelajaran secara aktif juga sering
tertumpu kepada aktiviti kumpulan. Murid secara individu mungkin akan
berhadapan dengan sesuatu masalah dan putus asa tetapi secara berkumpulan,
murid akan membantu antara satu sama lain. Dalam pembelajaran aktif, murid
akan terdedah kepada pelbagai strategi penyelesaian masalah. Mereka akan berani
mencuba strategi tersebut dalam keadaan “power sharing” dan “empowerment”.
Murid lebih yakin dalam menjawab soalan atau berdialog dengan guru secara
berkumpulan. Secara umumnya, murid belajar secara efektif dan interaktif apabila
mereka mengajar antara satu sama lain.
Konsep Didik Hibur
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan
(2007) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar,
manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya
didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya
terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-
lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam
mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan
bersistematik.Di antara ciri-ciri didik hibur,murid akan mengalami sesi
MQA101 13
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan,
ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Selain itu dapat juga
mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti
yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru
murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan
tertunggu - tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. Sesi
pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh
main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting,
arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk
menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.Objektif
aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian
cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau
dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa.
Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.Aktiviti
yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya
wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.Murid bebas bersuara,
mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan
satu persembahan yang menarik.Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi
dan sebagainya tetapi terkawal.Aktiviti didik hibur banyak menggunakan
komunikasi melalui bahasa tubuh.
Peranan guru sebagai fasilitator
Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang guru yang kreatif akan
membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi
fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan membawa makna
kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu. Tidak ada
satu cara mutlak atau pengajaran yang membantu semua murid belajar. Oleh itu,
guru perlulah menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti masing-
masing untuk memimpin dan menyokong pembelajaran murid mereka. guru
MQA101 14
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
berhadapan dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang
akan membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran
mereka. Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis panduan
bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti
kolaborasi. Guru menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi
kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan
mencapai kata sepakat. Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung
kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian autentik
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran aktif dan menghiburkan,
murid dinilai melalui pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif, tanggungjawab
untuk menilai juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan
penilaian rakan sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman
murid yang menjadikan pengajaran lebih bermakna. Penggunaan masalah autentik
seperti kajian kes adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif. Apabila
berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai satu cara
penyelesaian yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara
kritikal. Kemahiran tersebut akan mendalam apabila guru mengaitkan
pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dengan nilai atau konsep yang
diajar.
MQA101 15
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
BAHAGIAN B
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 5 Satria
Bilangan Murid 25 orang
Tema Kebudayaan
Tajuk Perayaan Di Malaysia
Tarikh 26 Februari 2013
Objektif Pada akhir pelajaran murid dapat:
a) Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka
menyambut perayaan secara lisan.
b) Membaca dan menyatakan isi penting secara lisan
mengenai perayaan di Malaysia.
c) Murid dapat menulis karangan pendek mengenai
pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing
dengan menggunakan ayat mejmuk yang betul.
Hasil
Pembelajaran
1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan
nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den
didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan
penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
MQA101 16
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal
dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bertutur,Menulis,Mendengar
Ilmu Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan
Nilai Kasih sayang,Kerjasama,Menghargai,Kesenian
Kemahiran
Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir
Menjana Idea dan Membuat perbezaan
Kemahiran Belajar
Menerima maklumat,memproses,melaporkan
Kecerdasan Pelbagai
Intrapersonal dan Interpersonal,Naturalis
Pengetahuan Sedia
Ada
Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka
mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara
berdiaolog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
Bahan Bantu
Belajar
Slaid Power Point,Pautan internet You Tube,Video,Lagu Selamat
Hari Raya
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Guru Murid
Set
Induksi
(5 min)
Nyanyian Lagu
‘Selamat Hari Raya’
dendangan
Allahyarhamah
Saloma dipaparkan
menerusi video pautan
You Tube
http://
www.youtube.com/
watch
1. Guru masuk ke
kelas sambil
mengucapkan
salam kepada
murid.
2. Guru membuka
video nyanyian
Saloma lagu
selamat Hari
Raya.
1. Murid memerhati
dan mendengar
dengan teliti
video yang
dipasang oleh
guru.
2. Murid bersoal-
jawab bersama
guru.
3. Murid
Bahan:
Video
Pautan You
Tube
KP:
Meng
hubungkait
dan
membuat
inferens
MQA101 17
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
3. Guru bersoal-
jawab bersama
murid dan
mengaitkan
tentang pelajaran
pada hari ini.
mendengar
dengan teliti
tentang pelajaran
pada hari ini.
4. Murid menyanyi
bersama-sama
lagu tersebut.
Nilai:
Bekerjasama
Langkah 1
(10 min)
Tayangan Slaid Power
Point
Jenis-jenis perayaan di
Malaysia
Slaid 1
(Kumpulan 1)
Hari Raya AidilFitri
Slaid 2
(Kumpulan 2)
Hari Raya Aidil Adha
Slaid 3(Kumpulan 3)
Tahun Baru Cina
1. Guru
memaparkankan
Slaid Power Point
jenis-jenis
perayaan di
Malaysia.
2. Guru meminta
setiap kumpulan
mengelik pautan
Slaid yang telah
disediakan untuk
kumpulan
tersebut.
3. Guru minta murid
berbincang di
dalam kumpulan
tentang slaid
tersebut dan
bercerita tentang
jenis perayaan
yang mereka
perolehi.
4. Guru merangsang
murid untuk
1. Murid respon
dan memberi
perhatian
terhadap dengan
slaid yang
dipaparkan oleh
guru.
2. Murid
mendengar
penjelasan guru.
3. Murid di dalam
kumpulan
mengelik pautan
slaid yang
dihantar oleh
guru.
4. Murid
berbincang
bersama rakan di
dalam kumpulan
tentang slaid
yang diterima
oleh kumpulan
mereka.
Bahan:
Slaid Power
Point
KP:
Menjana
idea
Nilai:
Kerjasama
Kolaborasi
MQA101 18
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Slaid 4(Kumpulan 4)
Deepavali
Slaid 5(Kumpulan 5)
Krismas
bercerita tentang
slaid tersebut.
5. Guru menyoal
beberapa soalan
yang berkaitan
dengan jenis-jenis
perayaan yang
terdapat di
Malaysia.
5. Murid bercerita
tentang jenis
perayaan yang
diterima oleh
kumpulan
mereka.
Langkah 2
(15 min)
Perbezaan antara
Perayaan di Malaysia
Carian Google
Carian Yahoo
Carian msn
Perbezaan dari segi:
-Pakaian
-Budaya
-Makanan
1. Guru meneruskan
aktiviti kumpulan
dan minta murid
di dalam
kumpulan
berbincang untuk
mencari
maklumat tentang
perbezaan antara
perayaan yang
terdapat di
Malaysia.
2. Guru minta murid
mencari
maklumat melalui
internet tentang
perbezaan yang
terdapat di antara
jenis-jenis
1. Murid di dalam
kumpulan
meneruskan
perbincangan
tentang
perbezaan
peryaan yang
terdapat di
Malaysia.
2. Murid
berbincang
tentang
perbezaan dari
sudut
makanan,pakaian
dan budaya
rakyat Malaysia.
3. Murid melayari
internet dan
Bahan:
Pautan
Carian di
Internet
KP:
Mencirikan
Mem-
Bandingbeza
Nilai:
Bekerjasama
Patriotisme
Kolaborasi
MQA101 19
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
perayaan
tersebut.
3. Guru memantau
dan membimbing
aktiviti
kumpulan.
4. Guru memilih
kumpulan murid
secara rawak
untuk
membentangkan
hasil pencarian
mereka dan
membandingkan
dengan
pengetahuan dan
pengalaman
mereka.
5. Guru minta murid
daripada
kumpulan lain
boleh memberi
pendapat
berdasarkan hasil
pencarian
kumpulan
mereka.
6. Guru bertindak
sebagai fasilitator
dan murid
berbincang secara
mencari
maklumat.
4. Perbincangan di
antara kumpulan
dan dipantau
oleh guru.
5. Murid di dalam
sesebuah
kumpulan dipilih
secara rawak
untuk
membentangkan
hasil pencarian
mereka dan
berkongsi
dengan murid
lain.
6. Murid
membentangkan
hasil pencarian
mereka di
internet dan
membandingkan
pengetahuan dan
pengalaman
mereka.
7. Murid yang
terdiri daripada
kumpulan lain
boleh memberi
pendapat
MQA101 20
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
aktif. bersesuaian
dengan hasil
pencarian
kumpulan
mereka.
8. Murid
berbincang
secara aktif.
Langkah 3
(5 min)
Penilaian
Aktiviti Pengayaan
Menulis karangan
pendek berdasarkan
tajuk yang diberi.
Aktiviti Pemulihan
Menyudahkan petikan
yang diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.
1. Guru terlebih
dahulu bertanya
kepada murid
sekiranya mereka
masih tidak
memahami tajuk
pengajaran pada
hari tersebut.
2. Guru memberi
latihan kepada
murid iaitu
membuat
karangan pendek
mengenai
perbezaan
perayaan di
Malaysia.
3. Guru
membimbing
kumpulan murid
yang memerlukan
pemulihan
dengan
1. Murid respon
terhadap latihan
yang diberi oleh
guru.
2. Murid membuat
latihan yang
disediakan oleh
guru.
Bahan:
Buku
Latihan
Penulisan
KP:
Menjana
Idea
Meneroka
Membuat
Inferens
Nilai:
Berdikari
Berdisiplin
Patriotisme
MQA101 21
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
menyediakan teks
cerita yang perlu
dilengkapkan
dengan mengisi
tempat kosong.
Penutup
(5 min)
Kesimpulan
- Kognitif
- Sosial
.
Penutup Kognitif:
1. Guru dan murid
membuat
rumusan isi.
Penutup Sosial:
1. Guru memuji
murid-murid
yang berjaya dan
memberi
semangat kepada
murid yang tidak
berjaya.
Penutup Kognitif:
1. Murid
membuat
rumusan isi.
2. Murid
memberitahu
apa yang
dipelajari
pada hari
tersebut.
Penutup Sosial:
1. Murid menerima
kata pujian dan
motivasi
daripada guru.
MQA101 22
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
RUJUKAN
Abu Bakar Abdul Majid & Siti Fatimah Abdul Rahman (1999). Multimedia Dan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Abdul Ghafar Md Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1988). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd.
Ab. Rahman Ab. Rashid (1995). Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abd. Rahman Daud (1999). Teknologi Pendidikan. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.
Abd. Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Abdul Rahim Mohd Saad (1996). Merancang Pengajaran Yang Efektif. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Adnan Isa (1999). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi Guru-Guru Tahap Dua Sekolah Rendah Harian di Daerah Hulu Terengganu. “Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan” Tanjung Malim: UPSI.
Ahmad Mohd Salleh (2004). Falsafah, sejarah & Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Amir Hamzah Suleiman (1981). Media Audio Visual Untuk Pengajaran, Penerangan dan Pengukuhan. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
Asmah Hj. Omar et. El (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atan Long (1997). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
MQA101 23
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan..
Fred Percival,Henry Ellington (Terjemahan Noran Fauziah Yaakub (1994).Buku Panduan Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(2012), Frogasia Training, Trainer’s Guide v 2.0
Giam Kah H(1999). Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan TIGAENF.
Heinich,R., Molenda, M. Dan Russell, JD(1993), Instructional Media and the New Technologies of Instruction, (edisi ke 5), Macmillan, New York
Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh (2005). Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah-Aspek-aspek Yang Berkaitan. Tanjung Malim: Quantum Books.
Ismail Zain (2002), Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Jamaluddin Harun dan Zaidatu Tasir (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications.
Juriah Long (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Bangi:Penerbit UKM
Kamaruddin Hj. Hussin (1998). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Abu dan Ee Ah Meng (1995) Guru dan Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairiah Ahmad (1980). Penggunaan Alatan Mengajar Dalam Bahasa Malaysia, Dalam Bengkel, Teknik Pengajaran Bahasa. Universiti Malaya.
Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.
Maria Damam (2002). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Jengka 18, Temerloh, Pahang. “Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan” Tanjung Malim: UPSI.
Meyers, C. & Jones, T. (1993). Promoting active learning: Strategies for the collegeclassroom. San Francisco, CA: Jossey-Bass. 5
MQA101 24
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak. (2003). Pendekatan Konsep Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Sorotan Kajian Ke Atas Pendidikan Tulisan Jawi Prasekolah. Jurnal YADIM
Mohd Azidan Abd. Jabar (1999). “Persepsi Guru Bahasa Arab Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar” dalam Dewan Bahasa 43: 10 Oktober. Hlmn: 912-928
Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti.
MQA101 25