tugasan interaksi 1 8.8.2014

12
Tugasan 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU / PPG AMBILAN JUN 2011 NAMA NO K/P NO MATRIK KUMPULAN PENGAJIAN MATEMATIK (PPG SEM 7) MTE4 KOD MATAPELAJARAN WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH JABATAN JABATAN KAJIAN SOSIAL TARIKH HANTAR 10 / 08 / 2014

Upload: ijat-ijat

Post on 10-Jul-2016

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Interaksi 1 8.8.2014

Tugasan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU / PPGAMBILAN JUN 2011

NAMA

NO K/P

NO MATRIK

KUMPULAN PENGAJIAN MATEMATIK (PPG SEM 7) MTE4KOD

MATAPELAJARAN

WAJ 3073SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA

PENSYARAH

JABATAN JABATAN KAJIAN SOSIALTARIKH HANTAR 10 / 08 / 2014

Page 2: Tugasan Interaksi 1 8.8.2014

Tugasan 1

Tugasan Interaksi 1SENI DALAM PENDIDIKAN

Terdapat 3 komponen seni yang terdiri daripada irama , warna dan ruang

membentuk keindahan estetik dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan irama

denyutan jantung, warna pakaian yang mempamerkan personaliti dan pergerakan

aktiviti seharian kita dapat mewujudkan keharmonian kepada kehidupan kita.

Memahami tiga komponen asas ini dapat memperkayakan proses

pembelajaran yang dapat membantu kita meluahkan pengetahuan asas seni.

Sebagai contoh, irama pergerakan hidup kita dan warna- warni yang dikaitkan

dengan pelbagai pilihan yang boleh dibuat dalam kehidupan kita. Manusia saling

bersosial dan bergerak. Apabila diberi pengetahuan tentang irama, warna dan

ruang , mereka akan lebih memahami bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan nilai

estetika dan kreativiti serta mempunyai pelbagai pilihan.

Menurut Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni

membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Ini bermakna

matlamat Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk

keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika

yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art

Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi

sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan

pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi

keperluan.

Page 3: Tugasan Interaksi 1 8.8.2014

Tugasan 1

GAMBAR 1

Aktiviti : detik dan ekspresi diri

Ahli kumpulan bergerak seiring dengan alunan muzik di atas garisan

yang disediakan.

Aktiviti : irama panjang dan pendek

Apabila muzik dihentikan, setiap kumpulan menuju ke arah rumah

masing-masing dan dikehendaki berdiri di dalam rumah masing-

masing dan tidak melebihi kawasan rumah mereka selama 5 saat.

Aktiviti : corak berulang

Helaian kertas berwarna perang dilipat semakin mengecil dan

permainan diulang sehingga ruang kertas menjadi lebih kecil.

Page 4: Tugasan Interaksi 1 8.8.2014

Tugasan 1

GAMBAR 2

Aktiviti : detik dan ekspresi diri

Setiap kumpulan diminta membaling dadu bagi menentukan giliran

mereka memulakan permainan.

Aktiviti : irama panjang dan pendek

i) Kumpulan pertama membentuk perkataan mereka berpandukan

tema yang diberi.

ii) Kumpulan kedua diberi masa selama dua minit untuk mereka

membentuk perkataan dengan menggunakan huruf-huruf yang

telah dicipta oleh kumpulan pertama.

iii) Kumpulan ketiga pula diberi masa selama dua minit untuk

mereka membentuk perkataan dengan menggunakan huruf-huruf

yang telah dicipta oleh kumpulan pertama dan kedua.

Aktiviti : corak berulang

Permainan diteruskan dengan mengulangi aktiviti (i), (ii) dan (iii)

berdasarkan tema berlainan seperti tema buah, nama tokoh, alat

tulis, tumbuh-tumbuhan, nama tempat dan lain-lain.

Page 5: Tugasan Interaksi 1 8.8.2014

Tugasan 1

GAMBAR 3

Aktiviti : detik dan ekspresi diri

Setiap wakil kumpulan ditunjukkan gambar dan mereka dikehendaki

untuk melakonkan watak yang terdapat di dalam gambar.

Aktiviti : irama panjang dan pendek

Rakan-rakan yang lain diminta untuk meneka watak yang dilakonkan

dalam masa 5 saat.

Aktiviti : corak berulang

Permainan ini diteruskan dengan mengulang langkah di atas

sehingga masa yang diperuntukkan tamat.

Page 6: Tugasan Interaksi 1 8.8.2014

Tugasan 1

GAMBAR 4

Aktiviti : detik dan ekspresi diri

Murid dikehendaki menggayakan pergerakan ombak menggunakan

tangan mereka dan kemudiannya menggunakan badan mereka.

Aktiviti : irama panjang dan pendek

Murid akan diperdengarkan dengan rakaman bunyi ombak yang

menghempas pantai. Kemudian murid akan menghuraikan

perbezaan bunyi ombak yang didengar.

Aktiviti : corak berulang

Murid akan menghasilkan corak lukisan ombak masing-masing pada

helaian kertas lukisan.

Page 7: Tugasan Interaksi 1 8.8.2014

Tugasan 1

GAMBAR 5

Aktiviti : detik dan ekspresi diri

Murid akan berlakon menjadi seorang bayi yang baru dilahirkan.

Aktiviti : irama panjang dan pendek

Murid akan diperdengarkan dengan rakaman bunyi beberapa bayi

yang baru dilahirkan sedang menangis. Kemudian murid akan

menghuraikan perbezaan bunyi tangisan yang didengar.

Aktiviti : corak berulang

Murid akan melukis corak silinder secara berulang yang

menggambarkan botol susu bayi tersebut.

Page 8: Tugasan Interaksi 1 8.8.2014

Tugasan 1

Contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam

pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema ialah :

Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat

Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants

Tema : Persekitaran pokok.

Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam

kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah

dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan

dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,

(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi,

rendah, berterbangan.

Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah

dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam

kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari

aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu untuk mengesan

bahagian-bahagian pokok (Sains), mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan

dengan persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan melalui sapuan berus

dengan warna yang berbeza-beza (seni visual) dan melakukan pergerakan

lokomotor (pendidikan jasmani)

Page 9: Tugasan Interaksi 1 8.8.2014

Tugasan 1

Bibliografi

Kenneth M.Lansing ( 1973 ), Art, Artist dan Art Education

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Program Pensiswazahan Guru (PPG), ModulSeni Dalam Pendidikan WAJ3107,

Institu Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Internet

Seni dalam pendidikan, laman web http://shydatulhushna.blogspot.com/ di ambil

pada 6 ogos 2014

Music’s world, laman web http://tsfui.blogspot.com/2011_12_01_archive.html

diambil pada 6 ogos 2014