ulasan jurnal

6
Tajuk Jurnal : Minat dan Budaya Membaca Mempengaruhi Kemahiran Berbahasa Pelajar Sumber : Penyelidikan Bahasa Melayu (2013 ) : 464-477 Penyelidik : Nor Hasimah binti Ismail dan Siti Hjh Khariah Mohd Zubir 1. PENGENALAN Jurnal ini menyatakan tentang kajian yang dijalankan di sebuah sekolah menengah di Malaysia berkaitan dengan kemahiran berbahasa pelajar yang dipengaruhi oleh minat dan budaya membaca. Dalam erti yang lain, pengkaji akan mengkaji berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar menghasilkan karangan berkualiti. Penyelidik ialah Muhammad Nor Hasimah binti Ismail dan Siti Hjh Khariah Mohd Zubir. Jurnal ini disiarkan dalam buku Penyelidikan Bahasa Melayu (2013 ) : 464- 477. Artikel ini dipilih kerana isu kemahiran berbahasa merupakan isu yang sering timbul dalam arena pendidikan Negara. Bukan itu sahaja, isu ini sinonim dengan saya yang merupakan guru Bahasa Melayu. Kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran lisan, membaca dan menulis merupakan elemen penting untuk dikuasai oleh seseorang pelajar. Namun begitu, artikel ini menumpukan kepada kemahiran menulis iaitu menghasilkan karangan yang berkualiti. Oleh itu, dalam 1

Upload: anis-izzati

Post on 09-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ULASAN JURNAL BAHASA MELAYU

TRANSCRIPT

Page 1: ULASAN JURNAL

Tajuk Jurnal : Minat dan Budaya Membaca Mempengaruhi Kemahiran

Berbahasa Pelajar

Sumber : Penyelidikan Bahasa Melayu (2013 ) : 464-477

Penyelidik : Nor Hasimah binti Ismail dan Siti Hjh Khariah Mohd Zubir

1. PENGENALAN

Jurnal ini menyatakan tentang kajian yang dijalankan di sebuah sekolah menengah

di Malaysia berkaitan dengan kemahiran berbahasa pelajar yang dipengaruhi oleh

minat dan budaya membaca. Dalam erti yang lain, pengkaji akan mengkaji

berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar menghasilkan karangan

berkualiti. Penyelidik ialah Muhammad Nor Hasimah binti Ismail dan Siti Hjh Khariah

Mohd Zubir. Jurnal ini disiarkan dalam buku Penyelidikan Bahasa Melayu (2013 ) :

464-477.

Artikel ini dipilih kerana isu kemahiran berbahasa merupakan isu yang sering

timbul dalam arena pendidikan Negara. Bukan itu sahaja, isu ini sinonim dengan

saya yang merupakan guru Bahasa Melayu. Kemahiran berbahasa yang terdiri

daripada kemahiran lisan, membaca dan menulis merupakan elemen penting untuk

dikuasai oleh seseorang pelajar. Namun begitu, artikel ini menumpukan kepada

kemahiran menulis iaitu menghasilkan karangan yang berkualiti. Oleh itu, dalam

menghasilkan karangan yang berkualiti dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor

yang dikenal pasti ialah minat dan budaya membaca mempengaruhi kemahiran

berbahasa pelajar terutamanya dalam membina karangan.

PERSOALAN

Kemahiran berbahasa terdiri daripada kemahiran lisan, membaca dan bertutur.

Namun begitu, permasalahan kajian ini dapat dilihat melalui kemahiran menulis iaitu

dalam penulisan karangan. Pelajar menunjukkan pencapaian yang tidak memuaskan

dalam kemahiran menulis. Hal ini kerana pelajar kurang mempunyai kesedaran

1

Page 2: ULASAN JURNAL

tentang tabiat atau budaya membaca. Mereka tidak menjadikan budaya membaca

sebagai satu tabiat atau amalan.

Justeru, saya bersetuju dengan persoalan yang diutarakan kerana melalui

penyelidikan ini beberapa faktor dapat dikenal pasti dalam kajian bagi menunjukkan

perkaitannya dengan minat dan budaya membaca pelajar.

2. METADOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual

berdasarkan ujian bulanan penulisan karangan. Pada pendapat saya, pengkaji telah

memilih metadologi yang sesuai dan relevan. Bukan sahaja, metadologi yang dipilih

dapat menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan dicapai dalam kajian ini. Ini

dibuktikan melalui kaedah soal selidik yang mengandungi 30 soalan yang meliputi

soalan berbentuk terbuka, tertutup dan terbuka. Soalan yang diutarakan merangkumi

beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran berbahasa pelajar iaitu latar

belakang keluarga, status sosioekonomi, sikap dan minat, kekerapan membaca

pelbagai bahan bacaan, jenis bahan bacaan yang dibaca serta persekitaran dan

dorongan.

Tambahan lagi, yang mengukuhkan lagi tahap kesahan dan

kebolehpercayaan kajian ini, tajuk yang ditemubualkan telah difokuskan berkaitan

dnegan tahap pencapaian pelajar dalam pelajaran khususnya dalam penulisan

karangan, tahap pembacaan dan penglibatan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Pengumpulan data pula dijalankan terhadap pelajar sekolah menengah

tingkatan 4 di Malaysia. Analisis data telah dibuat kepada beberapa bahagian iaitu

demografi, hobi dan kegemaran masa lapang, latar belakang keluarga, jenis bahan

bacaan yang dibaca, pendorong dan cara yang mendorong minat membaca.

Seterusnya kajian markah penulisan karangan dalam ujian bulanan.

Analisis kajian menggunakan program SPSS yang menggunakan statistik

deskriptif untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi

2

Page 3: ULASAN JURNAL

menerangkan persoalan kajian yang dikemukakan. Analisis kajian juga

menggunakan keputusan ujian bulanan yang menggunakan peratus dan gred.

Pada pendapat saya, pemilihan menggunakan program SPSS yang

menggunakan statistik deskriptif sesuai bagi menganalisis data hasil daripada kajian

soal selidik. Bukan itu sahaja, peratus dan gred sangat sesuai digunakan bagi

menunjukkan bukti perubahan bagi kemahiran membina karangan. Berdasarkan

kaedah analisis yang digunakan menunjukkan kajian ini menggunakan penyelidikan

secara kualitatif namun begitu kajian ini juga dijalankan secara kuantitatif apabila

kaedah temu bual digunakan. Penggabungjalinan penyelidikan secara kualitatif dan

kuantitatif dapat menunjukkan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

3. DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan faktor utama ialah minat dan budaya membaca

mempengaruhi kebolehan berbahasa murid. Perkaitannya dapat dilihat melalui

keputusan ujian bulanan responden yang mendapat markah yang baik. Markah

diperolehi ialah 70-79 (gred 2A). Justeru, minat dan budaya membaca yang

diamalkan dalam kehidupan pelajar dapat meningkatkan pencapaian dalam

pelajaran.

Pada pendapat saya, dapatan kajian ini releven dan boleh dipercayai kerana

analisis soalan kajian berkaitan minat dan budaya membaca responden dapat

membantu menghasilkan karangan yang baik (berkualiti). Oleh itu dapat dirumuskan

bahawa kemahiran berbahasa responden dipengaruhi oleh jenis bahan bacaan,

minat membaca dan kemahiran berbahasa responden dipengaruhi oleh latar

belakang keluarga respondem kemudahan tempat membaca di rumah, pendorong

serta cara dorongan yang merangsang minat membaca responden.

4. RUMUSAN

Pada pendapat saya, tajuk kajian adalah sangat jelas dan relevan kepada

perbincangan jurnal kerana minat dan budaya membaca dapat membantu pelajar

dalam menguasai kemahiran berbahasa. Bukan itu sahaja, minat dan budaya

membaca turut meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Penyelidik telah

3

Page 4: ULASAN JURNAL

membincangkan dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kemahiran

berbahasa. Hasil dapatan menunjukkan bahawa minat dan budaya membaca

menjadi faktor utama dalam mempengaruhi kemahiran berbahasa.

Saya bersetuju dengan dapatan penyelidik kerana melalui minat dan budaya

membaca dalam kehidupan seharian pelajar dapat meninggalkan impak yang besar

dalam penguasaan kemahiran berbahasa di samping menambah ilmu pengetahuan

dan informasi yang terkini diperolehi. Di samping itu, banyak pencerahan ilmu yang

diperolehi melalui kajian ini untuk membantu saya sebagai bakal penyelidik

menjadikan kajian ini sebagai panduan pada masa yang akan datang terutamanya

penyelidikannya secara kualitatif dan kuantitatif.

Akhir kata, jika diberikan peluang untuk melanjutkan kajian ini, saya ingin

melaksanakan kajian ini dalam bidang yang lain. Sebagai contoh, saya ini mengkaji

perbendaharaan kata dipengaruhi oleh minat budaya membaca yang terdapat dalam

diri pelajar. Ini menunjukkan artikel kajian ini dapat memberikan inovasi baharu

dalam bidang pendidikan terutamanya psikologi pendidikan dalam bidang Bahasa

Melayu.

5. BIBLIOGRAFI

Sanat Md. Nasir, Idris Mohd Radzi, Khairul Azam Bahari dan Anida Sarudin, 2013.

Penyelidikan bahasa melayu. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan

Idris.

4