xcmen kaub sem 4

21
Analisis tugasan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar memberi latihan yang konsisten menilai tahap pencapaian murid. Langkah-langkah Penyediaan Analisis Tugasan : memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan huraikan secara ringkas kemahiran yang dipilih kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan murid guru menjalankan analisis tugasan guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiran yang diajar membuat penambahan dan perubahan dimana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar KESIMPULAN Merupakan satu prosedur yang membahagikan sesuatu tugasan kepada komponen yang lebih kecil. Guru perlu mengenalpasti komponen yang belum ada dan memberikan pengajaran yang sepatutnya. Membantu guru mencapai objektif RPI oleh Dr Lee Lay Wah Analisis tugasan merupakan proses yang penting dalam perancangan dan pengajaran murid berkeperluan khas. Proses ini bertujuan untuk memecahkan sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada langkah-langkah

Upload: miszety

Post on 23-Jun-2015

369 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Xcmen Kaub Sem 4

Analisis tugasan

proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid.

membantu guru menyusun atur kemahiran

yang hendak diajar

memberi latihan yang konsisten

menilai tahap pencapaian murid.

Langkah-langkah Penyediaan Analisis

Tugasan :

memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan

huraikan secara ringkas kemahiran yang dipilih

kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil

buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan murid

guru menjalankan analisis tugasan

guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiran yang diajar

membuat penambahan dan perubahan dimana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar

KESIMPULAN

Merupakan satu prosedur yang membahagikan sesuatu tugasan kepada komponen yang lebih kecil.

Guru perlu mengenalpasti komponen yang belum ada dan memberikan pengajaran yang sepatutnya.

Membantu guru mencapai objektif RPI

oleh Dr Lee Lay Wah

Analisis tugasan merupakan proses yang penting dalam perancangan dan pengajaran murid berkeperluan khas. Proses ini bertujuan untuk memecahkan sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada langkah-

Page 2: Xcmen Kaub Sem 4

langkah kecil yang ringkas. Langkah-langkah tersebut kemudian diorganisasi mengikut urutan yang bersesuaian. Pengajaran dilaksanakan mengikuti langkah-langkah kecil yang lebih ringkas. Hal ini bermaksud bahawa murid berkeperluan khas akan diajar langkah demi langkah sehingga mereka menguasai keseluruhan kemahiran sasaran. Kecekapan guru pendidikan khas adalah dalam menganalisiskan tugasan tersebut supaya bersesuaian dengan  tahap keupayaan murid berkeperluan khas mereka.

Proses melaksanakan analisis tugasan diringkaskan sebagai berikut: 

1. Nyatakan dengan jelas tugasan pembelajaran atau isi kandungan 2. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil

yang diperlukan untuk mempelajari kemahiran sasaran. 3. Letakkan langkah-langkah tersebut mengikut urutan pengajaran

yang logikal 4. Uji secara tidak formal untuk menentukan langkah-langkah yang

sudah dikuasai oleh pelajar 5. Mulakan pengajaran mengikut urutan analisis tugasan

1. Kaedah penanaman hidroponik

Definisi hidroponik.

Hidroponik berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos yang

bermaksud bekerja. Ia adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar

pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini hanya

menggunakan air dan larutan nutrien atau baja khas sebagai agen utama untuk

pertumbuhan. Kaedah hidroponik sangat mudah dan menyenangkan serta tidak

memerlukan kos yang tinggi untuk penyelengaraan. Hidroponik adalah kaedah

tanaman yang tidak melibatkan pengeluaran peluh malahan dengan kos yang

rendah pengguna dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli sayur dari

pasar yang tidak diketahui jaminannya.

Peralatan asas hidroponik

Page 3: Xcmen Kaub Sem 4

Takung hidroponik (43x35x15cm) – sama ada siap dipasang di kedai alat

perkebunan atau dibeli secara berasingan dari kedai plastik atau alatan.

Penutup takung (polystreen) – tebal lebih kurang 2 cm.

Baja hidroponik – cecair atau ketul

Cawan penyukat baja (250 ml)

Media pertumbuhan – benang / span / rockwool.

Bakul media – bekas plastik.

Biji benih

Jenis tanaman yang sesuai digunakan kaedah hidroponik.

Tanaman sayur – sayuran seperti Bayam, Kangkung dan Salad.

Sayuran jenis buah dan kekacang seperti Tomato, Timun, Cili dan Terong.

Tanaman jenis hiasan atau bunga – bungaan seperti Ros dan Kekwa.

Cara - cara penanaman hidroponik

1. Tuangkan 20 liter air atau paras 3 suku ke dalam takung hidroponik (paras air

kira-kira 1 inci dari atas takung)

Page 4: Xcmen Kaub Sem 4

2. Tutup takung dengan penutup polisterin

3. Potong Benang media dan gumpalkan (lihat gambar) dan masukkan ke dalam

setiap bakul media dan tarik untuk membuat sumbu(lihat gambar). Pastikan

lubang bakul media tertutup sepenuhnya (lihat gambar).

4. Rendam kesemua bakul media di dalam air paip (lihat gambar). Kemudian

letakkan kelapan-lapan bakul media pada lubang polisterin.

Page 5: Xcmen Kaub Sem 4

5. Semaikan tiga biji benih ke dalam tiap-tiap bakul media. Oleh kerana jangka

masa matang adalah berlainan, hanya satu jenis benih bagi setiap takung.

6. Masukkan air ke dalam bekas dengan kira-kira 20 cawan penyukat.

7. Keluarkan semua baja dan baja cecair dan masukkan ke dalam satu bekas

Page 6: Xcmen Kaub Sem 4

8. Gaulkan kesemua baja dan air sehingga rata

9. Masukkan 2 cawan baja cecair tersebut ke dalam setiap takung hidroponik

10. Gaulkan bancuhan air baja hidroponik di dalam takung hidroponik

Page 7: Xcmen Kaub Sem 4

11. Tutup baki bancuhan baja hidroponik dan simpan di tempat yang tertutup untuk

kegunaan seterusnya.

12. Pada hari ke-7, cabutkan satu daripada benih yang telah bercambah dan biarkan

dua tumbuhan bagi setiap bakul.

2. Kaedah penanaman polybag

Apa itu kaedah polybag?

Polybag merupakan satu kaedah penanaman yang dilakukan di dalam bekas.

Antara jenis tanaman yang biasa dilakukan menggunakan polybag ialah

tanaman cili. Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi

masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut

kaedah penanaman yang betul.

Cara menanam menggunakan kaedah polybag.

Page 8: Xcmen Kaub Sem 4

1. Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah satu

bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. Isikan

polybag dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan

polybag.

2. Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam polybag sedalam 2 hingga 5 cm.

Tinggalkan hanya sepokok setiap satu atau dua minggu selepas menanam.

3. Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari

hujan.

4. Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap

minggu.

5. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok

sebagai kompos semulajadi.

6. Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam.

Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram

sepokok.

3. Kaedah penanaman fertigasi

Takrif fertigasi

Sistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentak

kepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam teknik fertigasi adalah

sabut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. Pokok mendapat

nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secara berkala.

Kebaikkan Pertigasi:

Page 9: Xcmen Kaub Sem 4

Kaedah ini memudahkan penyelengaraan disamping dapat menentukan kadar

pembajaan dan pengairan yang lebih teratur dan dapat dikawal pada kadar yang

sempurna. Ini juga menyumbang kepada produktiviti sesuatu kawasan pertanian.

Ia dapat mengelak masalah berkaitan kesuburan dan kesesuian tanah dan

nutrien dapat dibekalkan secara berkala dan mengikut keperluan asas tanaman

bagi jenis. Kaedah penanaman yang teratur dan terlindung ini juga dapat

menghindari daripada serangan penyakit. Ia juga memudahkan kerja

penyelengaraaan dan pengasingan terhadap tanaman yang di serang penyakit

atau bermasalah. Malah kurang atau tida masalah merumput. Maka pengunaan

racun rumpai dan perosak dapat dikurangkan. Dari itu sistem penanaman secara

fertigasi ini berupaya memberi hasil pengeluaran yang lebih tinggi dan bermutu.

Cabaran:

Penanaman secara fertigasi memerlukan modal permulaan yang agak tinggi bagi

menyediakan peralatan pengairan dan penyediaan media. Malah penggunaan

baja yang banyak menyebabkan kos yang tinggi. Tenaga buruh yang intensif

diperlukan untuk meneliti aspek tanaman dan pengairan, disamping memerlukan

pengetahuan dalam kesesuian pembajaan dan penjagaan rapi dan teliti terhadap

tanaman. Sistem ini memerlukan kualiti air yang baik disamping media, suhu dan

kelembapan yang perlu dipantau mengikut kesesuaian tanaman.

Cara menanam menggunakan kaedah fertigasi :

Page 10: Xcmen Kaub Sem 4

Penyediaan biji benih

1. Gunakan dulang semaian.

2. Basahkan cocopeat

3. Isi cocopeat ke dalam dulang tanaman.

4. Kambus semua biji benih.

5. Memeram biji benih yang disemai.

6. Pindahkan anak benih ke takung yang besar.

7. Siram dan beri baja mengikut keperluan.

Cara pembajaan dalam sistem fertigasi

1. Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air.

2. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok

daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah.

3. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium nitrat,

Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat,

Page 11: Xcmen Kaub Sem 4

Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan

Natrium molibdat).

4. Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang

berlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya

mendakan.

5. Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air

bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja

yang dialirkan ke dalam polybag

Cara penjagaan pokok cili dalam sistem fertigasi

1. Pokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk mengelakkan

pokok daripada tumbang jika angin kuat.

2. Selain daripada itu, kayu sokongan juga diperlukan untuk mengikat dahan

daripada melentur dan patah jika buah lebat pada sesuatu dahan.

3. Pokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yang

tersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja.

4. Kaedah penanaman batas

Kaedah penanaman batas merupakan satu kaedah penanaman yang mudah

dilakukan terutama untuk menanam tanaman sayur – sayuran berdaun seperti

sawi, bayam atau sayuran jenis buah seperti petola, tomato dan sebagainya.

Tanaman lain seperti jagung dan cili juga boleh ditanam dengan menggunakan

kaedah penanaman di atas batas.

Page 12: Xcmen Kaub Sem 4

Cara penanaman di atas batas :

1. Gemburkan tanah dengan menggunakan jentera.

2. Ratakan permukaan batas.

3. Membuat alur untuk menyemai.

4. Kemudian rawat biji benih dengan racun kulat atau racun serangga.

5. Siram tanah sebelum menyemai.

6. Semai biji benih di dalam alur dan tutup dengan tanah halus.

7. Letak sungkupan pada batas yang telah disemai.

8. Siram dua kali sehari pada pagi dan lewat petang.

5. Kaedah penanaman aeroponik

Definisi aeroponik

Aeroponik berasal dari perkataan aero yang membawa maksud udara dan

ponos yang bermaksud daya atau kerja. Aeroponik disimpulkan sebagai

kaedah memberdayakan udara. Aeroponik merupakan suatu sistem

Page 13: Xcmen Kaub Sem 4

hidroponik yang menggunakan udara sebagai media utama dan

mendapatkan nutrisi & air melalui kabut (mist/fog) buatan.

Teknik ini menempatkan tanaman dimana akar diposisikan tergantung di

udara dan di tampung oleh styrofoam. Nutrisi diberikan dengan cara

pengkabutan secara merata di daerah sistem perakaran. Akar tanaman

yang tergantung akan menyerap larutan nutrisi tersebut.

Pertumbuhan tanaman dalam sistem aeroponik menghasilkan tanaman

yang bersih, pertumbuhan yang lebih efektif dengan kadar pertumbuhan

yang lebih cepat. Tanaman boleh di tanam dan di tuai dalam satu sistem

bagi setiap tahun tanpa sebarang gangguan bakteria dan pencemaran

dari tanah.

Selain daripada itu, sistem tanaman aeroponik ini juga mempunyai

kelebihan di mana anak benih yang di gunakan semasa penanaman tidak

akan mudah pecah apabila akar mula keluar dan tanaman lebih mudah

mengalami proses percambahan tanpa menghadapi risiko petumbuhan

terbantut.

Page 14: Xcmen Kaub Sem 4

Kaedah penanaman aeroponik sebenarnya dapat membantu

mengurangkan penggunaan air sebanyak 98%  disamping

memaksimumkan kadar pertumbuhan tanaman. Tumbuhan yang di tanam

menggunakan sistem aeroponik selalunya mengandungi kandungan

mineral dan vitamin yang tinggi, membuatkan tanaman aeroponik lebih

berkhasiat dan bernutrisi tinggi untuk di makan.

Jika di bandingkan dengan sistem tanaman hidroponik, kedah tanaman

aeroponik lebih bergantung kepada sistem akar dimana kaedah ini tidak

memerlukan akar tanaman tersebut direndam ke dalam mana-mana

takungan air. Ianya menggunakan semburan jet micro yang bertekanan

tinggi yang dapat memberikan semburan air dan nutrient yang sempurna

pada sistem akar.  disebabkan oleh sistem akar tanaman terdedah kpada

kandungan udara yang beroksigen tinggi, ianya membantu

mempercepatkan kadar pertumbuhan tanaman hampir 50%. 

Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan (pressure) yang

dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang saluran akan

menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Permasalahan utama untuk

teknik aeroponik pada umumnya adalah tekanan yang dihasilkan di

selang saluran adalah kurang tinggi sehingga butiran air yang terbentuk

adalah kasar. Semakin kecil butiran air maka permukaan butiran air

semakin luas dan meyebabkan kandungan udara semakin banyak.

Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap air, maka

kemungkinan penambatan O2 oleh butiran air semakin meningkat.

Cara penanaman menggunakan kaedah aeroponik

1. Baja khas disembur kabus selang 2-3 minit pada akar pokok.

2. Akar tergantung dlm gelap supaya algae tidak tumbuh

3. Akar pokok perlu sentiasa lembab

Page 16: Xcmen Kaub Sem 4

Bil Aktiviti Dengan bimbingan guru

Sebahagian dengan bimbingan guru

Tanpa bimbingan guru

Penilaian 1= sangat lemah2= lemah3=sederahana4=baik5=cemerlang

Tarikh mula

Tarikh mula

Tarikh mula

Tarikh Skor

1. Pergi ke kawasan kebun

2. Ambil pasu yang kosong

3. Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5cm dari permukaan pasu.

4. Ambil penyedok tanah

5. Gemburkan tanah di dalam pasu dengan menggunakan penyedok tanah.

6. Ambil biji benih.

7. Keluarkan biji benih daripada plastik.

8. Semai terus tiga atau empat biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5cm.

9. Pastikan setiap biji benih tidak terlalu rapat.

10.l

Letakkan pasu yang berisi biji benih di tempat yang terdapat cahaya matahari.

11. Siram pokok pada waktu awal pagi dan lewat

Page 17: Xcmen Kaub Sem 4

petang.

12. Simpan semula penyedok.

Peralatan yang diperlukan semasa menanam biji benih.

Page 18: Xcmen Kaub Sem 4

Biji benih

Cara – cara menanam biji benih

Ambil pasu kemudian isikan pasu dengan

tanah campuran.

Page 19: Xcmen Kaub Sem 4

Biji benih yang telah disemai.

Gembur tanah di dalam pasu.

Ambil biji benih dan semai di dalam pasu.