zaba

Upload: osman-zakaria

Post on 11-Jul-2015

1.202 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 5/11/2018 zaba

    1/13

    PendahuluanSejak dahulu lagi para ilmuan bahasa seperti RO Winstedt, Marsden, Zainal AbidinB. Ahmad (Zaba) dan kini Asmah Hj Omar, Abdullah Hasssan dan Nik Safiah Karim,telah lama memperkatakan tentang frasa, sebagai lanjutan daripada perbincangan-perbincangan awal iaitu penggolongan kata. Frasa atau disebut oleh Zaba sebagai rangkaikata ini, adalah salah satu daripada cabang ilmu linguistik yang penting,selain daripadafahaman fonem, morfem, kata klausa dan ayat. Frasa ini juga boleh digolongkan dibawah perbincangan sintaksis yang mengkaji ayat dan unsur-unsur yang terdapat didalamnya, jenis-jenisnya bentuk dan ragam ayat. Manakala cabang lain adalah fonologiyang mengkaji tentang bunyi-bunyi bahasa, morfologi yang menekankan kajianpembentukan kata morfem ( termasuk imbuhan ) dan semantik yang mengkaji tentangtentang makna.Dalam hal ini, frasa kerja dengan adverba sebagai keterangan, telah menimbulkanreaksi yang pelbagai daripada pengkaji-pengkaji bahasa. Ada pihak yang bersetujudengan kewujudan "adverb a" sementara yang lain " berhabis-habisan" menyangkalkewujudannya. Beberapa pengkaji seperti Asmah Haji Omar, C.A MEES, Sutan TakdirAlisjbana dan Za'ba sendiri meyakini kewujudan kata keterangan perbuatan (sifat kataoleh Za'ba). Manakala Nik Safiah dan rakan-rakan dalam Tatabahasa Dewan tidakmemperakui kenyataan ini hatta kerana alasan yang dilihat wajar dan rasional. Sekalipuntatabahasa Inggeris yang "lebih lama" menerangkan adverba dalam frasa kerja, namunkemusykilan ini terus wujud.

    Frasa kerja dengan keterangan adverba, sering menimbulkan pro dan kontra ataupersepsi yang berbeza di kalangan pengkaji-pengkaji bahasa. Nik Safiah Karim dan et.al(Tatabahasa Dewan,2002,:xiii) melihat keterangan dengan adverba ini, tidak sesuaisebagai keterangan dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana konsep adverba hanya sesuaiuntuk menerangkan perbuatan, sebagaimana dalam bahasa Inggeris yang mempunyai satustruktur frasa predikat iaitu frasa kerja. (Ibid:iv).

    Nik Safiah Karim and et.al (2002 : xiv) berpendapat bahawa istilah "keterangan"lebih sesuai kerana "Keterangan"ini dapat menerangkan empat struktur frasa predikatdalam bahasa Melayu iaitu kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama atau kata nama.Sebaliknya keterangan dengan adverba hanya boleh menerangkan kata kerja.

    Contoh: Dia berjalan pantas.Kata pantas dalam ayat tersebut menjadi unsur keterangan kata kerja iaitu adverb a

    ( Tatabahasa Dewan 2002: xiv). Selain itu frasa kerja (adverb a) dikatakan tidak mampumenerangkan frasa adjektif keadaan. Contoh:

    a. Pegawai itu sibuk selalu.b. Mereka dengan segera ke Kota Bharu.Ayat d atas tidak mungkin dapat diterangkan dengan konsep adverb a kerana kata

    kerja tidak wujud dalam ayat. Berasaskan tiga faktor di atas, Nik Safiah Karim and et al.(ibid: xiv) bersepakat menyangkal kewujudan frasa kerja (adverba) kerana sifat adverbayang terlalu khusus dan tidak mampu menerangkan empat struktur frasa predikat yamgmempunyai ruang lingkup keterangan yang lebih luas.

    1

  • 5/11/2018 zaba

    2/13

    Bagaimanapun Asmah Haji Omar mempunyai pandangan yang berbeza denganmeletakkan sekurang-kurangnya 29 subgolongan frasa adverba. Konsep adverba itu pulaboleh digunakan oleh frasa kerja sebagai keterangan (Asmah Haji Omar.1993: hal 285).Dalam hal ini Za'ba meletakkan enam adverba yang berfungsi menerangkan kata kerjasementara empat pula adverba menerangkan sifat nama. Namun Asmah tidak mempunyaipembahagian khusus terhadap fungsi adverb a sebagaimana yang dibuat oleh Za'ba.Penggunaan frasa kerja dengan keterangan (adverba) ini amat penting untuk mengelaskanberapa, apa, siapa, kenapa dan bagaimana perbuatan itu berlaku. lni dapat dijelaskan olehfrasa kerja waktu yang boleh menerangkan bila perbuatan itu berlaku. Sebagai contoh:"pergi sekarang" "datang esok" dan "bermula hari ini". perkataan "sekarang/esok danhari ini" dalam frasa kerja waktu (adverba waktu) di atas dapat menerangkan waktu ataumasa yakni bila datang? Jawapannya datang esok ; bila pergi? Pergi sekarang ; inibermakna perkataan adverba waktu itu dapat menerangkan perbuatan "datang, pergi danbermula".

    Selain itu, adverba ini juga dapat menjelaskan frasa kerja kekerapan yakni beberapakali sesuatu perbuatan ini di lakukan. Contoh frasa; "makan sekali,minum dua kali"masing-masing dapat menjelaskan kekerapan perbuatan "makan atau minum" oleh sipelaku. Demikian juga halnya dalam frasa kerja Durasi, yang dapat menerangkan carabagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contohnya; "berjalan sepanjang malam" dan"bekerja dua hari" dalam frasa-frasa yang dipaparkan itu, frasa kerja ialah "berjalan danbekerja". Adverba yang bertangunjawab menjelaskan cara bagaimana perbuatanberturutan atau berterusan, manakala "dua hari" juga merupakan adverba yangmenerangkan perbuatan "bekerja " secara berterusan selama "dua hari".

    Pada dasarnya adverba yang menyusul selepas perbuatan dalam frasa-frasa yangdiberi dalam contoh di atas, sangat penting bagi memberi maklumat lanjut perbuatanpelaku. Dengan penyertaan adverba waktu, maka waktu atau masa perbuatan dilakukanakan dapat diketahui dengan jelas. Demikian juga adverb a yang menerangkan kata kerjakekerapan, iaitu dapat diketahui jelas kadar kekerapan sesuatu perbuatan itu dilakukanoleh subjek.

    Bagaimanapun fenomena pengguguran adverba dalam frasa yang dipaparkan di atasmungkinjuga tidak akan menjejaskan makna pada frasa atau ayat berkenaan, kerana frasatersebut masih lagi mempunyai makna yang lengkap walaupun tanpa keterangan(adverba). Contoh ; "pergi sekarang" atau "awak pergi sekarang". Pengguguran adverb a"sekarang" tidak menjejaskan maksud ayatlfrasa "pergi/awak pergi". lni kerana ujarantersebut dibuat di hadapan "dilawan bercakap". Lawan bercakap pengujar dapatmemahami kalimat yang para pengujar dan pendengar saling bertentangan (Asmah HajiOmar). Namun tanpa "dilawan" bercakap di hadapan pengujar, perkataan "pergi"mungkin menjadi ayat tidak bermakna. Begitu juga pengguguran adverba bagisesetengah jenis frasa kerja (adverb a) boleh membawa kesan yang "teruk" terutamanyadalam frasa kerja adverba (frasa preposisi) dalam frasa kerja (adverba).Contoh "Saya kekamar mandi untuk berwuduk dan bersolat" atau "Saya melangkah menuju ke kakisajadah" (Shahon Ahmad: Ranjau Sepanjang Jalan). Kehilangan preposisi "ke"mencacatkan makna dan kegramatisan ayat-ayat tersebut. Preposisi pada kebiasaannyamenggunakan kata depan "dengan/ untuk /seperti / ke / di dan seumpamanya". Frasakerja manfaat (adverba) misalnya; membaca pengguguran kata depan ''untuk'' pada frasa; "membaca untuk dia bertanding negara", " memasak untuk dia" , "bertanding untuk

    2

  • 5/11/2018 zaba

    3/13

    negara , memasak untuk tetamu menyebabkan maksud frasa agak terjejas. Frasa tanpaperkataan "untuk" telah menjadikan makna frasa (predikat) menjadi longgar dan salahdaripada kegramatisan ayat/frasa (Asmah Haji Omar : Nahu Melayu Muktahir).Penggunaan adverba dengan kata depan (preposisi) dan pengwujudan frasa kerja(adverba keadaan) dapat menyangkal tanggapan dari tatabahasa dewan yang sebelum iniadverba tidak dapat menjelaskan ayat yang tidak mempunyai kata kerja. Zainal AbidinAhmad, (2002) menjelaskan bahawa kata kerja/frasa kerja mungkin tidak dapatmenerangkan kata (keadaanl kecantikanl kepanasan dan seumpamanya) malah tidakdapat dimasukkan dalam mana-mana Genis perbuatanlsifat/sendi/seruan) kerana beliauterpengaruh dengan nahu Bahasa Inggeris Tradisional (Za'ba: xxiii). Untuk mengatasimasalah ini Za'ba telah memasukkan perkataan "keadaan" dalam definisinya.

    Dengan ini Za'ba dikatakan dapat membebaskan diri daripada nahu BahasaInggeris Traditional yang hanya dapat menjelaskan atau menerangkan kata keteranganuntuk kata kerja melalui " A verb is a word which denotes action" (Nel xxiii).Pengubahsuaian nahu Bahasa inggeris mengikut acuan bahasa melayu yang dibuat olehZaba ini dapat mengatasi keraguan Nik Safiah Karim (Tatabahasa Dewan, 2002: xiv)yang menyatakan adverba ini hanya sesuai untuk bahasa inggeris yang mempunyaistruktur predikat frasa kerja. Oleh kerana itu, maka wujudlah frasa kerjamusabab/adverba yang boleh menjawab pertanyaan (mengapa/,apa dan kenapa). Melaluiadverba musabab yang menggunakan kata depan ( kerana, sebab, oleh sebab/, olehkerana ) maka masalah atau kemusykilan dalam Tatabahasa Dewan itu telah berjaya diatasi. Contoh; "oleh terlalu sibuk" dan "mereka dengan segera ke Johor Baharu".Perkataan "sibuk dan dengan segera" dapat menj elaskan keadaan atau situasi sesuatukeadaan (Asmah Haji Omar: Nahu Melayu Muktahir). Berdasarkan beberapa contoh danpenjelasan di atas, dapat dinyatakan bahawa frasa kerja (adverba) ini mempunyaipelbagai fungsi, yang menjurus kepada memberi keterangan lanjut mengenai perbuatanatau keadaan, tetapi tidak menunjukkannya untuk menjadi cerita.

    Meskipun Za'ba, Asmah haji Omar dan Abdullah Hassan melihat tentangwujudnya perbezaan ketara dari segi jumlah frasa kerja dengan keterangan (adverba)namun pihak-pihak berkenaan dapat melihat persamaan dari segi fungsi adverba yangada. Malahan mereka secara tidak langsung dapat memperlihatkan "keterangan katamelalui frasa adjektif' semata-mata menimbulkan banyak kekeliruan tentang fungsi kataatau frasa dalam struktur ayat. Sebagai contoh "baju itu merah". Menurut TatabahasaDewan, perkataan "merah" adalah sifat "baju" yang sememangnya "merah" dan bukan"kuning" atau warna-warna lain. Setakat ini keterangan frasa adjektif masih jelas dantidak mengelirukan. Tetapi dalam ayat, "baju itu merah sekali". Dalam ayat yang keduaini perkataan "baju" masih merupakan kata nama yang diterangkan dan keterangannyaialah "merah sekali" . maknanya peranan "sekali" yang ditambahkan ke atas perkataansifat "merah", tidak dikhususkan fungsinya. Frasa "merah sekali" dijelaskan sebagai kataketerangan secara sekaligus. Tidak seperti dalam frasa kerja adverb a yang ditekankanperanan "sekali" sebagai kata penguat yang tergolong didalam frasa kerja (adverba darjahatau kadar) ( Za'ba,2002). Setakat ini timbul persoalan mengapa jumlah subgolonganadverba sebagai keterangan frasa kerja ini tidak sarna. Mengapa kewujudannya sebagaisalah satu daripada golongan kata.

    3

  • 5/11/2018 zaba

    4/13

    Definisi Frasa Kerja (Adverba)Frasa kerja

    Abdullah Hassan (2002:233) menyatakan bahawa frasa ialah sekumpulanperkataan. Tetapi, bolehjuga didapati dalam satu perkataan. Za'ba menyebut frasa inisebagai rangkaikata. Contoh; rumah, burung, sekolah, ketua, makan, main dan cantikadalah rangkaikata atau frasa satu perkataan. Manakala; dua buah rumah besar, tiga ekoranak burung gagak dan dua buah sekolahjenis kebangsaan adalah frasa dalam bentuksekumpulan perkataan. (Abdullah Hassan:20021 233-234). Ini bermakna frasa kerja ialahrangkaikata (sarna ada terdiri daripada satu perkataan atau sekumpulan perkataan) yangmempunyai inti daripada golongan kata kerja. Abdullah Hassan (2002:173) menjelaskanfrasa ialah serangkai perkataan yang menceritakan perbuatan. Oleh itu, frasa kerja mestimengandungi kata kerja didalamnya. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataanatau lebih. Dalam frasa kerja ini terdapat inti iaitu perkataan kata kerja. Perkataan-perkataan lain, selain kata kerja itu juga disebut sebagai penerang kata kerja. Penerangkata kerja ini pula ialah sebahagian daripada frasa kerja (Abdullah Hasan, 246-247).Contoh Frasa kerja; datang lambat, sudah balik, bekerja kuat. perkataan "lambat,sudahdan kuat" adalah penerang kata kerja yang termasuk sebagai frasa kerja. Asmah HajiOmar (1986 : 285) menjelaskan bahawa frasa kerja boleh terdiri dari frasa eksosentrikatau endosentrik. Beliau menyarankan bahawa frasa kerja endosentrik minimal terdiridaripada kata bantu atau kerja utama. Manakala frasa kerja endosentrik bukan minimalterdiri daripada inti yakni wajib ada sekurang-kurangnya satu keterangan inti dalam frasakerja serta boleh terdiri dari satu atau dua unsur. Andai terdapat dua unsur maka wujudlahpula inti nukleas dan bukan nukleas, kedua-dua inti ini diwakili oleh gabungan kata kerjabantu atau kata nafi dan kata kerja utama. Pemilihan nukleas jatuh pada inti yangmempunyai tekanan yang paling keras. Jadi inti pula boleh terdiri dari kata kerja bantuatau kata kerja utama.Keterangan boleh terdiri dari kata kerja, kata nama, karta sifat atau adverba. Dalamkonteks ini pengkaji akan memfokuskan penyelidikan dari aspek keterangan oleh kataatau adverba. Nik Safiah Karim and et al. (2002:365) berpendapat bahawa frasa kerjaialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialahkata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata katakerja transitif. Kata kerja tak transitifboleh hadir bersendirian atau diikuti satu atauderetan perkataan. Manakala kata kerja transitifmesti diikuti oleh objek serta unsur-unsurlain. Dalam hal ini unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh hadir dalam frasa kerjadan tentunya membawa fungsi-fungsinya yang tersendiri. (Nik Safiah Karim and et al.:366). Selain itu, Za'ba melihat frasa kerja itu sebagai perkataan perbuatan yangmempunyai dua subgolongan utama. laitu perbuatan yang melampau atau kata kerjatransitif dan perbuatan tidak melampau (kata kerja tidak transitif). Menurut Za'ba,perbuatan melampau itu ialah yang mengenai maknanya kepada benda lain, tidak terhentipada diri pembuatnya sahaja. Sebagai contoh; "baca surat dan baca tulisan". Benda yangkena oleh perbuatan melampau itu dinamakan "penyambutnya" iaitu, "surat dan tulisan".Beliau juga menekankan bahawa setiap perbuatan itu sentiasalah berkehendakanpenyambut. Sementara itu, perbuatan tidak melampau itu ialah yang akan terhenti

    4

  • 5/11/2018 zaba

    5/13

    maknanya dengan diri pembuatnya itu sahaja. Contohnya; "sayajatuh dan kucing itutidur". "tidur danjatuh" dalam ayat tidak mengenai orang lain melainkan pembuat yakni"saya dan kucing" itu sendiri. (Za'ba,2000:132).ADVERBA

    Menurut Asmah Haji Omar (1986: 178) adverba ialah kata yang berfungsi padaanjung ayat dalam struktur subjek - predikat - objek - anjung (kedudukan adverba).Dikatakan bahawa adverba ini boleh diwujudkan oleh kata selapis atau kata berlapis.Kata selapis adalah seperti sarna, situ, sini, tadi dan sekarang. Manakala kata berlapisditandai oleh awalan dan akhiran. Lazimnya imbuhan "se - an". Adverba ini pula bolehdihadiri oleh kata nama, kata kerja utama, kata kerja bantu dan kata sifat.

    Menurut Asmah juga, adverba ini mempunyai subgolongan yang agak banyak yakni29 golongan(1986:183). Apa yang pasti adverba ini dilihat sebagai penerangan lanjutselepas inti ayat atau frasa yakni kata kerja, kata sifat dan seumpamanya.Berbeza denganZa'ba (2000:161), yang menjelaskan bahawa perkataan sifat itu terbahagi kepada duayakni satu daripadanya menerangkan nama atau gantinya dinamakan sifat nama, satu lagimenerangkan dari hal perkataan-pekataan lain daripada nama atau gantinya, dinamakan"sifat kata". Dalam hal ini sifat kita dilihat lebih hampir kepada kehendak konteks iaituketerangan kata kerja (adverba). Mungkin ini disebabkan Za'ba banyak mencendoktatabahasa Inggeris yang menjelaskan "adverba" sebagai keterangan kata kerja yangmenjadi struktur tunggal di dalam ayat predikat bahasa ini (Bahasa Inggeris).Bagaimanapun Za'ba telah mengubahsuai sifat kata Bahasa Melayu ini hingga bukansahaja dapat menerangkan perbuatan tetapi juga sifat atau keadaan sesuatu perbuatan ataunama (Za'ba:2000/161). Za'bajuga telah membuat pembahagian yangjelas mengenaiperbuatan sifat ini. Sifat nama dibahagikan kepada 4 subgolongan berasaskan kepadafungsi yang pertama menerangkan sifatjati, menerangkan banyak, menjadi petunjuk danmenjadi pencerai (Za'ba: 164-165).

    Manakala sifat kata terbahagi kepada enam yakni menerangkan gaya atau caraperbuatan dilakukan, menerangkan nama, dengan tiga subgolongan, menerangkan tempatberlakunya perbuatan, menerangkan sebab atau tujuan, menerangkan darjah sifat ataudarjah perkataan dan menerangkan keadaan sesuatu perbuatan atau sifat yakni benar atausebaliknya (Hal: 170-172). Pada Za'ba, sifat kata wujud selepas kata kerja dan sifat namaselepas kata nama.Walaupun Za'ba menjelaskan sifat nama juga tidak hanya terbataskepada kata sifat (sifat nama) tetapi juga meliputi kata adverb a (Za'ba,2000: xxix). NikSafiah karim et al. (2002:xiv) menerangkan bahawa adverba itu membawa pengertianbentuk kata yang berfungsi menerangkan kata kerja dalam predikat.Misalnya:

    1-Dia berjalan cepat.2-Air sungai mengalir dengan tenangnya.Perkataan seperti "cepat dan tenang" dan sebagainya menjadi unsur keterangan kepadakata kerja. Namun mereka memikirkan bahawa adverba ini belum sesuai menggantikanfrasa adjektifyang sedia ada dan lebih bersifat menyeluruh (2002:xiv). ManakalaSulaiman Masri et al. (2002: 19) menerangkan bahawa adverba ialah kata yang digunakanuntuk memberi penjelasan kepada kata kerja, kata sifat dan kata adverba itu sendiri.

    5

  • 5/11/2018 zaba

    6/13

    Perkataan adverba ini boleh digunakan bagi menunjukkan bagaimana, di mana, bila,berapa kerap atau sejauh mana sesuatu perbuatan dilakukan. Contoh ayat; "Ali tidurdengan nyenyak di atas tilam spring". Perkataan "nyenyak" menunjukkan bagaimanaAlitidur dan "di atas tilarn" menunjukkan di mana Ali tidur. Kedua-dua perkataan tersebutialah adverba. Perkataan tersebut memberi maklumat berkenaan atau menjelaskanperbuatan kata kerja "tidur". (Ibid: 19). Pada dasarnya adverba ini boleh ditempatkan dipelbagai kedudukan dalam ayat.Sulaiman Masri and et al.(2002:2l) menjelaskan penempatan adverba dalam ayatdapat berlaku pada kedudukan depan, kedudukan tengah dan kedudukan akhir.contohayat; "kelmarin pekerja kilang itu mogok" ( adverba "kelmarin" pada kedudukan depan)."ahli politik itu selalu sibuk" ( selalu adalah adverba pada kedudukan tengah), "adikterpaksa berjalan kaki semalam" (semalam adalah adverba yang di letakkan padakedudukan belakang).

    Tegasnya adverb a ini adalah kata keterangan sarna ada perbuatan (kata kerja), katasifat dan kata adverb a itu sendiri. Berfungsi untuk menerangkan pelbagai situasi, ataukeadaan perbuatan (kata kerja), sifat benda dan sifat keadaan. Kedudukan adverb a inipula boleh berada di hadapan (sebelum kata kerja atau sifat), di tengah ayat (biasanyanadverba sendi: narna atau sendi kata) dan di belakang ayat (selepas kata kerja atau katasifat). Di dalam kes-kes tertentu adverba boleh diletakkan di antara kata kerja dan katadepan seperti contoh berikut; "pegawai itu mendengar dengan sabar terhadap rungutanpenduduk kampung". (Sulaiman Masri and et al.:2002:2l). Namun begitu perkaitanantara frasa kerja dengan adverba ialah adverba sering di lihat sebagai penerang khususkepada kata kerja.

    MalahAsmah Haji Omar (1986) menerangkan bahawa kesemua adverba itu bolehdiambil oleh frasa kerja sebagai kata keterangan. Frasa kerja (adverba) dalam konteks iniadalah frasa kerja yang mempunyai keterangan (kata penerang) darijenis adverba.

    Penghuraian Frasa Kerja (Adverba)Frasa kerja (adverb a) ini dapat dihurai berdasarkan jenis dan fungsinya di dalarn ayat.Ahli bahasa seperti Za'ba, Asmah Haji Omar, Abdullah Hassan dan Nik Safiah Karimmempunyai cara sendiri dalam membicarakanjenis dan fungsi frasa kerja (adverba)berkenaan.Menurut Asmah Haji Omar (1986) frasa kerja ini dibahagikan kepada tigakategori iaitu frasa kerja endosentrik selapis, frasa kerja kompleks tak setara atau berlapisdan frasa kerja kompleks setara dan majmuk. Dalam frasa kerja endosentrik selapis,beliau menjelaskan tentang kewujudan kata kerja bantu atau kata kerja utarna dalarn frasaminimal. Manakala frasa bukan minimal mempunyai sekurang-kurangnya satu inti dansatu keterangan sarna ada dari kata kerja, kata nama dan kata sifat adverba. Asmah HajiOmar (Nahu Melayu Muktakhir: 1986) juga berpendapat frasa kerja boleh mengambilsemua adverba sebagai keterangan (hal:285). Beliau menghuraikan frasa kerja (adverba )berdasarkan fungsi berikut:1.Menerangkan kadar frasa kerja adverba kekerapan atau beberapa kali perbuatandilakukan. Seperti: "sekali, dua kali, beberapa kali, seringkali, selalu, kadang-kadang,jarang,banyak kali, berulangkali".

    6

  • 5/11/2018 zaba

    7/13

    2.Menerangkan tempat berlakunya perbuatan (frasa kerja adverb a tempat) kata depan; ditepi pantai, di bandar, di seberang, di tempat itu, di rumah itu, di Kuala Lumpur, di luar,di sana, didalam, di situ, di sini, di atas, di bawah, di depan, di belakang, di sisi, di tepi,pada saya, pada orang itu, pada fikiran saya"

    3.Menerangkan gaya perbuatan dilakukan (frasa kerja adverba gaya) dengan kata depan"dengan". "dengan cepat, dengan tersedu-sedu, dengan keras,dengan rancak".Keterangan boleh dibuat secara berganda "dengan cepat-cepat, bekerja kuat-kuat".4. Menerangkan perbuatan bersama iaitu adverba penyertaan melalui kata depan. Seperti;"dengan" (dengan dia, dengan Minah), "bersama" (bersama adik awak)Menerangkan sifat perbuatan perbandingan (frasa kerja adverba kiasan) melalui katadepan. Seperti; laksana, umpama, seolah-olah, seakan-akan, semacam, bagaikan, tidurayam, jinak merpati, pekak badak dan tobat nasoha.5. Menerangkan perbuatan kepada siapa (frasa kerja adverba manfaat) dengan katadepan; kepada (kepada adiknya) dari (dari persatuan guru)"untuk" (untuk dia, untuknegara)6. Menerangkan dengan apa sesuatu perbuatan itu dilakukan (adverba alat). Dijelaskandengan kata depan "dengan". (dengan pisau, dengan keretapi, dengan tangan)7. Menunjukkan cara atau kaedah perbuatan dilakukan (adverba cara) dengan kata depan"dengan". (Dengan berbisik, dengan memekik) atau sikap perbuatan seperti; "kahwinlari, serang hendap". Atau "begini, begitu, demikian"8. Menerangkan arah perbuatan itu dilakukan (adverb a arah)dengan kata depan; dari,melalui, ke dan kepada. (dari rumah, dari hulu, dari arah itu, kepada ibu, kehilir, ke arahkami, ke utara)9. Menerangkan masa perbuatan dilakukan (adverba waktu) seperti; (sekarang, tadi ,kini,semalam) atau ditandai kata penghubung seperti; (apabila, bila, ketika,tatkala, manakala,pada,masa, pada waktu, semasa, sewaktu) atau dengan kata depan "se" (sekembali,sepulang, setiba, sepergi, sebelum, sesudah) atau (hari ini, minggu lalu, bulan depan,pukul sepuluh pagi, pada minggu ketiga, pada masa itu, dalam tahun ini, pada bulansafar)10. Menjawab pertanyaan dari apa (adverba muasal) dengan menggunakan katadepan;"Dari" ( dari marmar, dari kulit, dari kayu, dari rumput.)11. Menerangkan perbuatan terus-menerus (adverba durasi) seperti; (sentiasa, sebentar,sekejap) atau kata depan "se" (sehari-hari, semalam-malaman) atau keadaan sepanjang(sepanjang tahun, sepanjang hayat, sepanjang hari,) atau "selagi dan selama" (selagi kitatinggal di sini, selagi kita bekerja keras)

    7

  • 5/11/2018 zaba

    8/13

    12. Menjelaskan batas atau had perbuatan (adverba perbatasan) iaitu; (hanya, Cuma,sahaja, hanya dengan sahaja)13. Menerangkan tempat atau waktu bermula dan berakhir bagi sesuatu perbuatan(adverba perhinggaan) contoh; (sampai, hingga) atau menerangkan perhinggaan waktu)contoh (dengan kata depan - hingga akhir bulan, hingga pukul dua, hingga habis cutinya,sampai tetamu tiba), perhinggaan tempat (hingga ke jalanraya, sampai ke hospital),perhinggaan daya (mati-matian, habis-habisan)14. Menerangkan kebenaran serta kesungguhan perbuatan (adverba kesungguhan)seperti; (langsung, betul-betul, benar-benar, sarna sekali)15. Menerangkan permulaan peristiwa atau perbuatan (adverb a permulaan) seperti;"sejak,mula,semenjak" (sejak perang dulu, mula dari pagi, semenjak dia keci1lagi)16. Menerangkan tujuan untuk apa perbuatan dilakukan (adverba tujuan) seperti;"supaya, agar, agar supaya, untuk" (supaya lekas naik pangkat, agar selamat sejahtera,agar supaya tidak didengar orang, membawa orang sakit ke hospital) atau buat apaperbuatan dilakukan, "gemar, benci, suka, ingin, pergi, masuk"17. Menerangkan perbuatan bersyarat (adverba syarat) seperti; "jika, kalau, jikalau,andaikata, seandainya, sekiranya" (kalau tidak mahu datang, jika keadaan kewanganmengizinkan, andaikata hujan tidak turun)18. Menerangkan dua keadaan yang saling bertolak ansur (adverb a tolak ansur) seperti:"sungguhpun, meskipun, walaupun" (sungguhpun hari sedang hujan, walaupun badannyakurus, meskipun majlis keramaian belum selasai) atau tambah gandaan "setinggi-tinggi,sepandai-pandai, sekaya-kaya" (setinggi-tinggi bangau terbang, sepandai-pandai tumpaimelompat)19. Memastikan suatu perbuatan dengan (adverba pemastian) dengan kata; "pasti, tentu,tentu sekali" (pasti lulus, tentu hadir)20. Menerangkan ukuran atau kata bilangjauh (adverb a kejauhan) seperti; (dua batu, limakilometer)21. Menerangkan sebab-musabab keadaan atau perbuatan berkenaan berkeadaansedemikian sekaligus menjawab pertanyaan "mengapa, kenapa, apa sebab", denganiringan kata penghubung "sebab, kerana, oleh sebab, oleh kerana" (cerai mati, meninggalkerana sakit, demam panas berusaha kerana nama)22. Menerangkan perkembangan perbuatan (adverb a permakinan) seperti; "makin dansemakin" (semakin membesar, semakin cepat)23. Menjadi inti pertanyaan (adverba pertanyaan) bagi sifat

    8

  • 5/11/2018 zaba

    9/13

    a)Tempat (di mana)b)Waktu (bila, pukul berapa)c)Arah (ke mana, dari mana)d)Muasal ( dari apa )e)Penyertaan (dengan siapa)f)Gaya (bagaimana, macam mana)g)Cara (bagaimana, macam mana dan dengan cara bagaimana)h)Musabab (mengapa,kenapa,apa sebab, sebab apa, apa pasal, hingga mana?)i)Perhinggaan ( sejak bila, hingga bila, sampai mana, hingga mana)j)Permulaan (sejak bila, dari bila)k)Tujuan (untuk siapa, buat apa)I)Manfaat (untuk siapa, dari siapa)m)bilangan (berapa, berapa orang, berapa ekor)n)kejauhan atau jarak ( berapa jauh)o)durasi (berapa lama)p)ukuran ,saiz dan kapasiti (berapa besar, berapa berat)24.Menerangkan perbuatan yang masih tertangguh atau perbuatan sampingan (adverbamentara) seperti; "sementara, sambil" (sementara menunggu kedatangan pengantin,sambil berbual-bual).25.Menerangkan tempat merujuk (adverba rujukan) seperti; (menurut, mengikut,berhubung dengan, merujuk kepada, berdasarkan, berdasarkan kepada, berkenaandengan) atau dengan kata berlapis iaitu "sekehendak, semahu, sesuak" (semahunya,sesuka, sekehendak hati kita)26.Menjelaskan siapa pelaku perbuatan (adverba agentif) dengan kata depan "oleh" (olehAhmad, oleh tukang kayu)27.Menerangkan kata kerja atau kata sifat dalam ayat yang mendukungnya tanpa merujukayat lain. Atau merujuk pernyataan yang terdapat dalam ayat sebelumnya (adverbaAnafora).Adverba anafora ini pula boleh menjelaskan:-musabab seperti (oleh itu, oleh, kerana itu, oleh sebab itu, sebab itu, dari itu)-cara seperti (dengan itu, dengan demikian, dengan demikian itu, oleh yang demikian,dengan hal yang demikian)-waktu seperti (kemudian, sesudah itu, sebelum itu, lalu, pada masa itu, ketika itu, tatkalaitu)-kebarangkalian seperti (barangkali, boleh jadi, agaknya, mungkin)-tolak ansur seperti (bagaimanapun juga, walaubagaimanapun juga, sungguhpundemikian, sungguhpun begitu, meskipun demikian, namun, namun demikian, namunbegitu)-syarat seperti (jika demikian, jika begitu, jikalau demikian, jikalau begitu)tokokan seperti (tambahan lagi, tambahan pula, lagi pula, lagipun, Iebih-lebih lagi, apalagi, di samping )-akibat seperti "jadi, maka, alhasil, akibatnya" (loceng berbunyi kerana, maka murid-

    9

  • 5/11/2018 zaba

    10/13

    murid pun, jadi polispun ...)-perlawanan seperti satu preposisi seperti (sebaliknya) ayat ada kata nati

    Frasa adverba kompleksAdverba jenis ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu frasa adverb a kompleks tak setaradan frasa adverba kompleks setara.Dalam frasa adverba kompleks tak setara, frasa eksosentrik berlapis atau frasa preposisibegitu dominan penggunaannya dengan kata depan seperti " di, untuk dan seperti" padadasamya frasa adverba ini lebih kepada menerangkan frasa sifat (adjektif) daripadamenerangkan frasa kerja.Frasa adverba kompleks setara pula terbahagi kepada dua subgolongan iaitu:Frasa adverba kompleks setara dengan kata penghubung boleh berfungsi menerangkanfrasa sifat dan juga frasa kerja. Lazimnya adverbajenis ini menggunakan kata seperti(dan, atau, tetapi) untuk mewujudkan frasa adverba kompleks setara dengan katapenghubung. Selain itu, prasa preposisi digunakan dan ini dapat di terangkan dengan kataseperti (kadangkala, selalu, hari ini, esok) yang kebiasaannya bergabung dengan katahubung ganti (hari ini dan esok, kadangkala atau selalu dan seumpamanya).Frasa adverba kompleks setara tanpa kata penghubung mempunyai tiga subgolonganiaitu:Frasa adverba kompleks arah yang mana ia boleh menerangkan frasa kerja dan frasa sifatdengan kata depan "ke" iaitu (ke mari, ke sana, ke hulu, ke hilir).Frasa adverb a kompleks setara waktu yang boleh menerangkan waktu bila perbuatanberlaku seperti (besok lusa, tulat).Adverba kekerapan waktu dengan menggunakan keterangan seperti (kadangkala). Za'bajuga dilihat menghuraikan frasa kerja (adverba) atau disebut rangkaikata perbuatan (sifatkata) berdasarkan fungsinya di dalam ayat. Ini mungkin boleh dikaitkan dengankenyataan, "sesuatu perkataan itu boleh jadi sifat nama pada satu temp at dan sifat katapada tempat yang lain pula; iaitu mengikut kerjanya sarna ada menerangkan nama ataulain daripada nama" (Za'ba :1965: 153).Menerangkan tempat berlakunya perbuatan (keterangan tempat) dengan menggunakankata (dahulu atau kemudian) dan (jauh, hampir,dekat) atau keterangan dengan gabungansendi nama dan nama atau gantinya iaitu ("di, ke, dari" - di mana,ke mana, dari mana, disini, ke sana, dari situ ).Menerangkan sebab atau tujuan bagi menjawab pertanyaan mengapa atau kenapa. Inidapat di lihat fungsinya dengan menggunakan rangkaikata atau partikel asal (kerana,oleh, sebab).Menerangkan darjah atau kadar sifat atau perbuatan seperti (hampir, lebih, kurang, cukup,beberapa, sedikit, sekali-kali) atau menerangkan sangat kurang, lebih, lebih kurangseperti; (amat, sekali, sangat, benar, terlampau, sungguh, betul, hanya, paling, terlalu,tersangat, sahaja, lagi, pula, juga) atau Atau (lebih kurang) atau menerangkan kadarperbuatan dengan gandaan "kali" seperti (kali-kali, berkali-kali, tidak sekali-kali).Menjelaskan keadaan sesuatu perbuatan (sifat kata penentu) sarna ada benar atau itudengan perkataan seperti (tentu, ia, bukan, tidak, tiada, jangan, entah, sungguh,sesungguhnya, sekiranya, barangkali, agaknya)

    10

  • 5/11/2018 zaba

    11/13

    Menerangkan bilakah berlakunya sesuatu perbuatan (sifat kata masa) denganmenggunakan perkataan seperti (lama, sekejap, sentiasa, berkadang) terdapat empatsubgolongan iaitu:a)menentukan bila berlaku perbuatan dengan perkataan seperti (sekarang, tadi, baru,dahulu, kemudian, semalam, kelmarin, esok, bila, apabila, tatkala, manakala, telah,setelah, sudah, tengah, sedang, masa, belum, akan, kelak)b)menentukan lama atau sekejap sesuatu perbuatan atau sifat dengan perkataan seperti(sebentar, sekejap, sejurus, seketika, sentiasa, semalam-malaman, sehari-harian, segera,selama-lamanya)c)menentukan perkataan berulang dengan perkataan seperti (sekali, sekali-kali, kerapkali,selalu, jarang-jarang, kadang-kadang, terkadang-kadang)menerangkan sifat kata gaya atau cara sesuatu perbuatan. Ini dapat dilakukan denganmenggunakan perkataan seperti (begini, begitu, betapa, lambat, elok-elok, perlahan-lahan.).Apa yangjelas, kata keterangan frasa kerja (sifat kata) dalam buku Za'ba amat ringkastetapi berfokus yakni wujud pembahagian kata keterangan di antara sifat nama (adjektif)dan sifat kata (adverba yang menerangkan sifat perbuatan sebagaimana yang disebutkandi atas). Menurut Za'bajuga setiap sifat kata boleh menerima "darjah atau pangkat" sarnaada pangkat biasa, sarna, berpangkat lebih atau kurang, dan pangkat penghabisan. (Za'ba:1965: 171-173)Sementara itu Abdullah Hassan (2002:247-248) menyatakan frasa kerja mempunyaipenerang seperti objek, pelengkap, kata penguat, nama, kata bantu, kata sendi, dan sifatkerja. Sifat kerja ini dilihat sebagai adverba, bagaimanapun Abdullah Hassan tidakmembuat penghuraian khusus mengenai adverba di dalam frasa kerja. Nik Safiah Karimand et al. (Tatabahasa Dewan: 2002: xiii-xiv) pula telah menegaskan bahawa golongankata adverba "belum dapat diterima", mala mereka dengan tegas berpendapat bahawagolongan kata adverba ini "tidak perlu dan tidak tepat bagi Bahasa Melayu". Beberapaalasan yang dikemukakan oleh Nik Safiah Karim and et al. untuk menyangkal golongankata adverba ini iaitu kata adverba ini hanya sesuai dengan bahasa seperti BahasaInggeris yang mempunyai Cuma satu struktur frasa predikat iaitu frasa kerja dalam ayat.Oleh kerana kata adverba dilihat hanya mampu menerangkan frasa yang mengandungikata kerja, maka mana-mana frasa atau kata dalam struktur ayat yang tiada kata kerja,kata adverba ini gagal berfungsi.Contohnya dalam ayat :-Pegawai itu selalu sibuk.-Mereka dengan segera ke Kota Bharu".Dalam ayat di atas perkataan "selalu" dan "dengan segera" yang menjadi inti cerita bukansatu kata kerja. Oleh itu, kata adverb a tidak dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya(Ibid: xiv). Dalam hal ini Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, melihat kata adjektiflebihpraktikal kerana kata keterangan (kata adjektif) lebih bersifat menyeluruh (luas) sertaboleh berfungsi (menerangkan) kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, atau kata nama.Malah unsur keterangan yang wujud dalam Tatabahasa Dewan, cuma terdiri daripadafrasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama. (Nik Safiah Karim; 2002: xiv)

    11

  • 5/11/2018 zaba

    12/13

    12

  • 5/11/2018 zaba

    13/13

    KesimpulanTatabahasa Melayu sukar diterima oleh satu pihak yang lain. Penggunaan adverba

    sebagai kata keterangan frasa atau kata kerja dalam buku Hikayat Abdullah menunjukkanadverba dengan beberapa subgolongan amat penting untuk memberi maklumat lanjutmengenai sesuatu perbuatan atau keadaan dan seumpamanya. Contohnya ialahpenggunaan frasa dari kata bantu "mesti" dan "harus"(Hikayat Abdullah). Berdasarkanketerangan Asmah Haji Omar (Nahu melayu Muktakhir: 2002) perkataan "mesti" adalahperkataan daripada golongan kata bantu aspek yang dilihat sebagai satu perbuatan sertaberfungsi sebagai kata keterangan. Manakala perkataan "hams" dianggap sebagaiadverba pemastian. Za'ba pula menyebutnya sebagai kata depan dan merupakan sifat katapenentu.

    13