a seminar

16
Keberkesanan Penggunaan Kaedah Multimedia Interaktif Dalam Menarik Minat Murid Belajar Tentang Kronologi Berkaitan Tajuk Kedatangan Kuasa Luar Ke Sarawak oleh Mohd Izzat Bin Norazam, Dr. Lawrence Aloysius Aeria, Encik Abdul Jalil Bin Hassan Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa ABSTRAK Kajian Tindakan ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah multimedia interaktif dalam menarik minat murid terhadap topik yang berkaitan kronologi sejarah dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Sungai Besar, Selangor. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada borang pemerhatian, skedul temu bual, borang soal selidik dan catatan jurnal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid lebih berminat terhadap pelajaran apabila kaedah multimedia interaktif digunakan berbanding dengan kaedah tradisional. Peningkatan dalam minat dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu keseronokan murid, tumpuan murid dan penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran teras wajib dipelajari murid tahap 2 sekolah rendah kebangsaan. Mata pelajaran ini telah menggantikan Alam dan Manusia yang telah diajar sebelum mata pelajaran ini diperkenalkan (Abdullah, 2005). Kajian Tempatan ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berpengetahuan tentang peranan mereka dalam masyarakat dan kawasan persekitarannya. Selain itu, mata pelajaran ini juga dapat memupuk apresiasi murid 0

Upload: mata-kaca

Post on 22-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kkkkk

TRANSCRIPT

Page 1: A Seminar

Keberkesanan Penggunaan Kaedah Multimedia Interaktif Dalam Menarik Minat Murid Belajar Tentang Kronologi Berkaitan Tajuk Kedatangan Kuasa

Luar Ke Sarawak

oleh

Mohd Izzat Bin Norazam, Dr. Lawrence Aloysius Aeria, Encik Abdul Jalil Bin Hassan

Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah multimedia interaktif dalam menarik minat murid terhadap topik yang berkaitan kronologi sejarah dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Sungai Besar, Selangor. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada borang pemerhatian, skedul temu bual, borang soal selidik dan catatan jurnal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid lebih berminat terhadap pelajaran apabila kaedah multimedia interaktif digunakan berbanding dengan kaedah tradisional. Peningkatan dalam minat dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu keseronokan murid, tumpuan murid dan penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran teras wajib dipelajari murid tahap 2 sekolah rendah kebangsaan. Mata pelajaran ini telah menggantikan Alam dan Manusia yang telah diajar sebelum mata pelajaran ini diperkenalkan (Abdullah, 2005). Kajian Tempatan ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berpengetahuan tentang peranan mereka dalam masyarakat dan kawasan persekitarannya. Selain itu, mata pelajaran ini juga dapat memupuk apresiasi murid terhadap warisan sejarah negara, alam sekitar serta kejayaan yang dicapai oleh negara. Seterusnya mata pelajaran Kajian Tempatan juga bertujuan untuk melengkapkan murid dengan bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi sebagai persediaan untuk peningkat sekolah menengah nanti. Ini kerana mata pelajaran ini menggabungkan tiga unsur iaitu sejarah, geografi dan sivik rendah (Nik Azis dan Noraini, 2008).

Mata pelajaran Kajian Tempatan juga banyak menekankan tentang interaksi hubungan manusia dan manusia dan manusia dan alam sekitar. Ini tidak menghairankan kerana mata pelajaran ini pada asalnya merupakan mata

0

Page 2: A Seminar

pelajaran yang berkaitan dengan alam dan manusia sebelum ditukarkan kepada Kajian Tempatan (Nik Azis dan Noraini, 2008). Kajian Tempatan juga merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam pemupukan nilai seperti semangat patriotik. Ini kerana, unsur isi pelajaran mengandungi nilai tersebut, contohnya mengenali asal-usul nama negeri dalam negara serta jenis-jenis kebudayaan. Melalui mata pelajaran ini, murid juga dapat memahami sejarah yang berlaku di Malaysia serta menghargainya.

Selain semangat patriotik, mata pelajaran Kajian Tempatan juga memupuk pelbagai nilai murni seperti bertolak ansur, berkerjasama, dan menghargai alam sekitar. Nilai sedemikian dipupuk semasa proses pembelajaran. Pemupukan nilai murni dalam diri setiap murid dapat membantu murid menjadi individu yang bermoral tinggi.

Kajian Tempatan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid. Ini kerana seperti yang dinyatakan terdahulu, mata pelajaran ini banyak mengkaji dan membicarakan tentang interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan alam persekitarannya. Kajian ini dilakukan melalui aktiviti kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, interaksi wujud dalam ruang lingkup yang amat luas dan merangkumi aspek sains sosial seperti ekonomi, antropologi, geografi, sejarah, sosiologi dan politik (Abdul Rahim, 2002).

Kaitan Kajian Tempatan dengan kehidupan seharian murid, dapat dilihat daripada sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut contohnya Tema Rumah sebagai Keperluan Asas Manusia membicarakan corak penempatan awal dan faktor pembinaan rumah. Topik seterusnya pula berkaitan dengan perihal kawasan setempat pada tema 2 yang membicarakan tentang jenis rumah, kepentingannya, identiti dan juga masyarakat setempat (PPK, 2001). Hal ini jelas menunjukkan bahawa mata pelajaran ini membincangkan topik yang berkaitan dengan kehidupan harian murid. Oleh itu, guru mudah memberi contoh untuk memahamkan murid. Misalnya, topik Bentuk Muka Bumi di Malaysia. Guru boleh mempamerkan contoh dengan meminta murid melihat pada persekitaran di luar kelas.

Bagi memastikan keberkesanan penyampaian isi kandungan mata pelajaran ini pelbagai strategi serta kaedah boleh dilaksanakan oleh guru, contohnya pembelajaran masteri, kemahiran berfikir dan sebagainya. Untuk melaksanakan kaedah dan strategi ini, kemahiran guru dalam mengaplikasikan kaedah dan strategi ini sangat penting. Ini kerana kelemahan guru dalam melaksanakan kaedah dan strategi tersebut akan menyukarkan proses penyampaian ilmu.

Apakah Isu Kajian Saya ?

Semasa saya berpraktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan tahun 5. Saya telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mengajar tiga kelas iaitu dua kelas bagi tahun 5 UM dan UITM dan satu lagi

1

Page 3: A Seminar

kelas bagi tahun 4. Perkara yang memberi cabaran kepada saya di sini ialah semasa saya mengajar murid tahun 5 UITM.

Semasa pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid kurang memberikan tumpuan dan seolah tidak berminat dengan pengajaran yang disampaikan oleh saya. Murid kelihatan lesu dan mengantuk lebih-lebih lagi apabila saya mengajar bahagian melibatkan Sejarah; sebagai contoh tajuk Pengasasan Melaka Kedatangan Kuasa Luar ke Sarawak. Murid kelihatan kurang berminat dengan pengajaran saya. Apabila saya meminta mereka menjalankan aktiviti secara berkumpulan, mereka kelihatan berdalih dan cuba untuk mengelak daripada melibatkan diri dalam aktiviti dijalankan. Ada juga yang tertidur. Ini mengakibatkan proses pembelajaran dalam kumpulan tidak berkesan.

Pada pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya berasa kurang berpuas hati dengan kerja kumpulan yang dilaksanakan. Ini kerana murid kurang memberikan tumpuan, tidak melibatkan diri dan ada yang tertidur.

(Catatan Jurnal No.20, 6 Mac 2014)

Selain itu, semasa penutup, murid tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh saya. Ini menunjukkan bahawa objektif pelajaran yang hendak disampaikan tidak tercapai, khususnya bagi pembelajaran yang berkaitan dengan sejarah. Peristiwa ini dipastikan waktu saya mengajar topik Pengasasan Melaka dan Kedatangan Kuasa Luar ke Sarawak. Ini menyebabkan saya berasa agak kecewa dengan diri sendiri kerana berasa gagal dalam menyampaikan ilmu kepada murid.

Pada pengajaran hari ini, saya telah mendapati murid gagal menjawab soalan yang diajukan berkaitan topik yang diajar pada hari ini. Perkara ini mengundang kekecewaan saya kepada murid.

(Catatan Jurnal No.24, 9 Mac 2014)

Seterusnya, masalah lain yang dihadapi oleh saya ialah murid tidak begitu aktif menyoal tentang pelajaran yang diajar. Murid bersikap pasif dan mendiamkan diri sewaktu pengajaran dijalankan. Ini menjadikan pengajaran saya satu hala sahaja iaitu guru kepada murid. Walaupun begitu, saya berpendapat punca masalah ini terjadi adalah kerana murid tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh saya.

Pada pengajaran kali ini, saya mendapati murid kurang mengajukan soalan mengenai topik yang diajar. Saya berpendapat bahawa murid memahami topik yang diajar pada hari ini. Namun, apabila saya mengajukan semula soalan pada murid di akhir sesi pengajaran hanya dua daripada enam orang yang mampu menjawab dengan tepat.

( Catatan Jurnal No. 25, 10 Mac 2014 )

2

Page 4: A Seminar

Selain itu, semasa aktiviti berkumpulan, ada kumpulan murid yang perlu diberi bimbingan oleh saya. Ini kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan tugasan yang diberi; sebagai contoh saya meminta mereka membuat satu carta kronologi mengenai kedatangan Parameswara ke Tanah Melayu dan huraikan peristiwa yang telah berlaku. Namun begitu, murid gagal berbuat demikian dan saya terpaksa membimbing satu persatu kumpulan ketika melaksanakan aktiviti ini. Ini telah mengakibatkan masa yang diperuntukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti dipanjangkan sehingga mengganggu perancangan aktiviti lain. Pada pendapat saya, situasi ini terjadi kerana murid kurang memberi perhatian semasa saya menerangkan kepada kelas keseluruhanya.

Pada pengajaran kali ini, murid tidak berjaya melaksanakan tugasan yang diberi. Tugasan pada hari ini adalah menghuraikan peritistiwa yang berlaku semasa kedatangan Parameswara ke Tanah Melayu.

(Catatan Jurnal No. 22, 8 Mac 2014)

Disebabkan pelajaran saya kurang menarik, saya juga telah menghadapi masalah kawalan kelas. Pada langkah pertama murid masih lagi memberikan tumpuan kepada pengajaran saya. Namun, apabila sudah memasuki ke langkah berikutnya murid sudah mula hilang tumpuan lebih-lebih lagi aktiviti yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan aktiviti berkumpulan. Ini menyebabkan situasi dalam kelas menjadi sedikit huru-hara dan memaksa saya meninggikan suara saya.

Pada hemat saya, semua masalah di atas berpunca daripada kegagalan saya untuk mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Mengikut Kounin, jika pengajaran kurang menarik banyak masalah disiplin boleh timbul (Charles, 2008). Kounin mencadangkan bahawa salah satu cara untuk menarik minat murid ialah jika aktiviti yang dijalankan itu ada kepelbagaian dan momentum aktiviti dikekalkan sehingga tamat aktiviti tersebut. Oleh itu, saya telah mengubah pengajaran saya menikut cadangan Kounin terutamanya dalam mengajar tajuk yang berkaitan dengan fakta. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), minat merupakan keinginan, kesukaan, atau kecenderungan kepada sesuatu. Ilmu yang diperoleh daripada merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya dan membentuk suatu sikap belajar dalam bilik darjah (Mohd Daud, 1990). Ini bermaksud sekiranya murid gagal memperoleh ilmu yang diajar, mereka akan kurang berminat untuk mempelajari ilmu selanjutnya dan mewujudkan satu generalisasi bahawa mata pelajaran yang dipelajari adalah susah dan membosankan. Perkara yang hendak saya kaitkan di sini ialah disebabkan saya gagal mengajar dengan berkesan, akibatnya murid kurang faham dengan pelajaran yang diajar, lalu mereka terus hilang minat untuk berusaha memahami pelajaran seterusnya yang diajar oleh saya.

Apakah Objektif Kajian Saya?

3

Page 5: A Seminar

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan kaedah multimedia interaktif dalam menarik minat murid tahun 5 untuk belajar tajuk berkaitan denga kronologi peristiwa sejarah dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Siapakah Kumpulan kajian saya?

Peserta kajian saya merupakan murid tahun 5, Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Sungai Besar iaitu seramai 30 orang. Kelas ini terdiri daripada 17 orang murid perempuan dan 13 orang murid lelaki. Manakala dari aspek kognitif murid, kelas ini terdiri daripada murid yang sederhana pandai kerana ia merupakan kelas pertengahan; dan dari segi tingkah laku pula murid kelas ini tidak banyak masalah . Semua murid kelas ini merupakan murid berbangsa Melayu yang tinggal di sekitar kawasan kampung berdekatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur.

Pada pemerhatian awal saya, saya dapati ada dalam kalangan murid di dalam kelas ini yang kurang memberikan tumpuan kepada pengajaran saya. Selain itu, saya kerap kali tepaksa menegur murid yang berada di belakang kelas, kerana mereka asyik berbual-bual sewaktu saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Juga, terdapat sebilangan pelajar yang mengambil sikap pasif dan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam pengajaran saya.

Bilangan murid yang ramai dalam kelas mungkin juga merupakan salah satu faktor yang mengakibatkan murid kurang memberikan tumpuan kepada saya selain daripada sebab-sebab yang dibincangkan terlebih dahulu. Saya tidak dapat memberikan perhatian kepada semua pelajar. Hal ini menyebabkan saya sering kali terlepas pandang terhadap sebilangan murid. Mungkin ini menyebabkan mereka merasa diri mereka dipinggirkan di dalam kelas.

Apakah tindakan saya?

Pada peringkat permulaan saya telah melaksanakan pengajaran secara tradisional dalam minggu pertama. Kaedah pengajaran tradisional ini melibatkan penggunaan dan penerangan daripada buku teks serta penulisan pada papan hitam. Semasa menjalankan pengajaran ini, saya telah meminta bantuan rakan untuk menjadi seorang pemerhati dalam kelas untuk melihat tindak balas murid.

Bagi pemilihan tajuk, saya telah menggunakan dua tajuk yang mempunyai persamaan iaitu kedua-dua pelajaran melibatkan kronologi peristiwa sejarah. Pada minggu pertama saya telah mengajar tentang Pengasasan Melaka yang menerangkan tentang kronologi Kedatangan Parameswara ke Tanah Melayu. Pada pelajaran minggu kedua saya telah mengajar kronologi Kedatangan Kuasa Barat ke Sabah dan Sarawak.

Pada permulaan set induksi pada minggu pertama saya telah menggunakan kertas sebak yang telah ditampal pada papan hitam. Bahan yang terkandung dalam kertas sebak tersebut adalah gambar yang dipetik dari sumber internet (Wordpress, n.d). Peruntukkan masa untuk set induksi adalah sebanyak lima minit. Apabila memasuki langkah berikutnya, saya telah meminta murid membuka buku teks Kajian Tempatan. Saya telah meminta murid untuk membaca secara senyap tajuk yang telah dipelajari. Kemudian, saya telah

4

Page 6: A Seminar

meminta mereka semula untuk membaca secara kuat bersama-sama mengikut iringan saya. Semasa saya menjalankan aktiviti ini saya mendapati seorang murid yang bernama Saifudin sedang sibuk mengganggu kawannya yang berada di sebelah kirinya. Saya menegur Saifudin dengan nada yang kuat dan keadaan ini telah mengganggu proses pengajaran saya. Namun, keadaan kembali terkawal selepas ini. Dalam pemerhatian saya, gangguan murid semasa pelajaran guru bukan sesuatu perkara yang luar biasa tetapi seorang guru perlu tahu tugas untuk menanganinya sebaiknya ingin mengawal kelas mengikut saranan Canter ( n.d ) dalam Haliza dan Joy (2009) beliau mengatakan bahawa, guru perlu menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid boleh mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Selepas itu, saya telah memberikan penerangan kepada tentang isi pelajaran yang dibaca mereka. Di akhir langkah ini saya telah menyoal lima orang murid secara spontan untuk menjawab soalan yang diajukan. Namun, hanya dua orang sahaja yang boleh menjawab soalan saya dengan jawapan yang tepat. Saya telah mengajukan soalan “Mengapakah Parameswara melarikan diri dari Temasik setelah membunuh pembesar di negara itu?”. Tiga daripada lima murid menjawab “Kerana Parameswara tidak suka tinggal disitu”. Manakala dua orang lagi yang berjaya menjawab dengan tepat iaitu “kerana Temasik berada dibawah naugan Siam”. Perkara ini amat mengecewakan saya kerana, kegagalan mereka menjawab soalan saya menunjukkan bahawa mereka tidak memberikan perhatian kepada penerangan saya.

Seterusnya langkah berikutnya saya telah menjalankan aktiviti koperatif iaitu dengan cara membahagikan murid kepada lima kumpulan. Setelah dibahagikan kepada kumpulan, saya menyediakan kertas sebak sebanyak satu keping kertas kepada setiap kumpulan. Aktiviti ini memerlukan murid untuk mengisi tempat kosong dalam kertas sebak supaya dapat menghuraikan kembali peristiwa yang berlaku secara kronologi tentang peristiwa kedatangan Parameswara ke Tanah Melayu. Apabila semua kumpulan sudah selesai melaksanakan aktiviti ini, saya telah meminta setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan dan membentangkan hasil kerja masing-masing. Masa yang diperuntukkan untuk tugasan ini adalah sebanyak 20 minit. Saya juga telah membuka peluang bersoal jawab bersama murid.

meminta murid untuk kembali ke tempat mereka sambil mengedarkan kepada mereka kertas lembaran yang mengadungi petak kosong mengikut urutan seperti dalam kertas sebak. Ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran murid menyenaraikan kronologi peristiwa seperti yang dilakukan dalam langkah sebelum ini. Aktviti ini telah mengambil masa sebanyak 15 minit. Saya juga telah membuka peluang kepada murid untuk bersoal jawab dengan saya tentang isi pelajaran. Namun begitu, murid kurang menunjukkan penglibatan aktif. Sebaliknya, mereka lebih mengambil sikap tidak endah dengan aktiviti yang dijalankan.

Pada pengajaran kali ini saya mendapati murid saya kurang melibatkan diri dalam pengajaran yang disampaikan. Hanya beberapa orang murid sahaja yang dilihat melibatkan diri sepenuhnya semasa aktviti kumpulan dilaksanakan. Ini kerana, ada sebilangan murid yang bersikap pasif apabila aktiviti berkumpulan dijalankan. Akibat daripada kelakuan tersebut, saya

5

Page 7: A Seminar

telah menegur murid untuk memaksa mereka membantu menyumbangkan idea semasa aktiviti pengajaran dilaksanakan.

(Catatan Jurnal No.13, 10 Julai 2014)

Setelah tamat menjalankan aktiviti ini, saya melaksanakan penutup dengan merumuskan kembali pengajaran dan menyoal murid semula tentang isi pelajaran yang telah dipelajari. Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan kepada setiap murid dalam kelas. Saya telah menerangkan item soal selidik satu demi satu agar murid faham dengan jelas setiap item tersebut.

Seterusnya pada minggu berikutnya saya telah menjalankan pengajaran saya berdasarkan kaedah yang dirancang dengan cara mengaplikasikan kaedah multimedia interaktif ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kali ini pula dijalankan dalam makmal sekolah.

Pada permulaan set induksi, saya telah melaksanakan pengajaran dengan menggunakan tayangan video. Masa yang diperuntukkan adalah 5 minit. Sumber pengajaran saya adalah dipetik daripada internet dan laman-laman yang berkaitan. Antara bahan yang terkandung dalam pengajaran set induksi tersebut adalah gambar dan muzik. Semasa menjalankan langkah induksi ini, saya mendapati murid tekun dalam memberikan perhatian terhadap paparan yang disiarkan pada skrin. Walaubagaimanapun saya terpaksa meringkaskan set induksi kerana kesuntukkan masa. Ini berpunca daripada murid yang bergerak lambat dari kelas ke makmal.

Seterusnya apabila memasuki langkah pertama saya telah mempamerkan satu nota yang berkaitan isi pelajaran yang dipersembahkan. Nota yang dipamerkan dalam paparan slaid ini juga dalam beberapa warna supaya murid dapat melihat isi penting dan mengingat perkara yang perlu difahami oleh mereka.

Paparan pada slaid ini juga saya turut memuatkan beberapa karekter kartun yang terdapat bunyi-bunyian dan rakaman suara. Murid terhibur apabila karekter yang terdapat dalam slaid tersebut boleh bercakap. Pada akhir langkah ini, dengan berdasarkan arahan yang diberi melalui bahan multimedia, murid dikehendaki menyalin semula isi penting dengan cara sendiri berdasarkan nota yang telah di pamerkan. Masa yang peruntukkan untuk keseluruhan langkah ini adalah 20 minit.

Selepas tamat aktiviti pengajaran pada langkah pertama, saya bersoal jawab secara ringkas tentang isi kandungan yang terdapat dalam persembahan multimedia yang dipamerkan dan saya juga mendapati mereka berjaya menghasilkan satu nota ringkas dengan baik. Saya berpandangan bahawa, mungkin warna yang terdapat dalam nota tersebut membantu murid menyalin nota tersebut dengan mudah dan ringkas. Semasa menjalankan aktiviti pada langkah ini juga, saya mendapati murid sangat teruja dengan apa yang dipamerkan pada langkah pertama.

Pada langkah kedua, saya telah membahagikan murid kepada lima kumpulan untuk aktiviti pop kuiz. Arahan membahagikan kumpulan sebenarnya

6

Page 8: A Seminar

diberi melalui bahan multimedia yang dipamerkan dengan menggunakan rakaman suara yang dimasukkan ke dalam persembahan multimedia tersebut. Setelah murid berada dalam kumpulan masing-masing, saya memberikan penerangan ringkas tentang peraturan aktiviti pop kuiz kepada murid. Selain itu, murid telah dipamerkan beberapa soalan pop kuiz yang terdapat dalam slaid berikutnya.

Setiap kumpulan yang berjaya menjawab soalan ini telah diberikan ganjaran. Saya juga membuka peluang bersoal jawab bersama murid. Semasa melaksanakan langkah pengajaran ini saya mendapati murid banyak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan. Terlintas dalam fikiran saya, mungkinkah ganjaran yang diberi menambah kepada keghairahan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dijalankan.

Pada langkah ketiga pula, berdasarkan arahan dari bahan multimedia, murid dikehendaki menngisi tempat kosong pada satu kad kronologi yang berkaitan dengan tajuk yang telah diajar. Kad ini telah disediakan oleh saya sendiri dan diedarkan kepada murid. Pelaksanaan aktiviti ini telah dibimbing oleh saya . Ini kerana semasa arahan diberikan oleh bahan multimedia interaktif terdapat beberapa orang murid yang terkeliru dengan arahan diberikan. Setelah siap menjalankan aktiviti ini saya telah memilih beberapa orang murid yang menyiapkan tugasan kad kronologi untuk dipamerkan kepada murid yang lain dan peneguhan positif juga turut diberikan kepada murid yang berjaya melaksanakan tugasan yang diberi. Tujuan pelaksanaan langkah ini adalah untuk mengukuhkan lagi keberkesanan aktiviti yang terdapat pada langkah kedua di samping saya membuka peluang kepada murid untuk bersoal jawab mengenai isi pelajaran yang dilaksanakan.

Pada bahagian penutup saya meminta murid untuk melihat sekali lagi tayangan video yang dimainkan pada bahagian set induksi dan saya merumuskan semula tentang pelajaran yang diajar kepada murid. Semasa menjalankan aktiviti akhir ini, saya telah menyoal lima orang murid bagi memastikan keberkesanan kaedah pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Kelima-lima murid yang disoal telah menjawab soalan yang diajukan dengan tepat. Sepanjang pengajaran yang dilaksanakan saya mendapati murid yang paling nakal iaitu Saidudin telah memberikan perhatian yang baik dan bersungguh-sungguh melibatkan dirinya dengan aktif pada setiap pengajaran yang diajar.

Saya berpuas hati dengan pengajaran yang telah dilaksanakan pada hari ini. Murid telah memberikan perhatian dengan baik walaupun masih terdapat lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Pada pengajaran kali ini juga murid yang sering menjadi tumpuan dalam kelas akibat kenakalannya, telah menunjukkan respon yang positif dengan melibatkan dirinya dengan aktif tanpa menganggu murid lain seperti pengajaran yang telah dijalankan sebelum ini.

(Catatan Jurnal No.20, 17 Julai 2014)

7

Page 9: A Seminar

Pada pelaksanaan kedua ini, saya juga meminta bantuan rakan untuk menjadi pemerhati semasa pengajaran dijalankan. Seterusnya saya juga mengedarkan borang soal selidik kepada setiap murid. Seperti pelajaran pertama, saya telah menerangkan setiap item dalam soal selidik agar murid faham setiap item dengan jelas. Selepas itu, seperti dalam pelajaran pertama, saya telah menemu bual beberapa orang murid.,.

Bagaimana saya mengumpul data?

Pengumpulan data merupakan perkara wajib dilaksanakan dalam kajian kerana data yang diperoleh menjadi bukti bagi menjawab soalan kajian. Dalam kajian ini, data yang diperoleh dapat menilai sejauh mana keberkesanan kaedah multimedia interaktif dalam menarik minat murid untuk belajar tajuk yang berkaitan dengan kronologi peristiwa sejarah.

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen kajian iaitu skedul temu bual, borang pemerhatian dan soal selidik. Saya juga telah menggunakan catatan jurnal saya sebagai data tambahan.

Pemerhatian

Pemerhatian bertujuan untuk menerangkan tingkah laku subjek yang diperhatikan oleh pemerhati (Malek, 2007). Oleh itu, sebarang tindak balas oleh murid akan dicatatkan dalam borang pemerhatian sebagai bahan bukti dan rujukan saya (Lampiran 1). Pemerhatian ini lebih berfokuskan pada minat murid dalam kelas semasa saya menjalankan pengajaran.

Borang pemerhatian yang telah digunakan dalam kajian ini dihasilkan daripada perbincangan dengan rakan dan pensyarah dan merupakan diadaptasi daripada kajian lepas (Akmal, 2011). Dalam borang tersebut telah disenaraikan beberapa tingkah laku yang berkaitan minat murid. Pemerhatian telah dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya telah meminta kerjasama seorang rakan untuk menjadi pemerhati bagi kajian ini.

Satu kelebihan menggunakan kaedah ini ialah kaedah ini dapat menghasilkan data yang lebih tepat berbanding laporan yang disediakan sendiri. Hal ini kerana data diperolehi secara langsung daripada sampel yang dikaji (Malek, 2007).

Borang Soal Selidik

Seterusnya kaedah kedua yang telah saya gunakan ialah dengan soal selidik (Lampiran 2). Saya telah membina borang soal selidik dengan membuat rujukan daripada buku contohnya (Azizi, 2006) dan juga daripada kajian lepas (Akmal, 2011). Sehubungan dengan itu, saya juga telah berbincang bersama rakan dan pensyarah bagi menjana idea dalam menyediakan item bagi soal selidik tersebut.

Tujuan saya memilih kaedah soal selidik ialah kerana soal selidik merupakan kaedah yang mampu meningkatkan ketepatan maklumat berdasarkan set soalan yang telah disediakan (Mohd Majid, 1993). Selain itu,

8

Page 10: A Seminar

penandaan respon soal selidik menggunakan kaedah skala likert seperti dalam soal selidik kajian ini dapat memudahkan responden memahami maklum balas (Azizi, 2006). Seterusnya, kaedah soal selidik sesuai kerana maklumat yang diperoleh tidak dipengaruhi oleh emosi.

Temu bual

Data temu bual dikumpul, menggunakan skedul temu bual (Lampiran 3). Transkripsi temu bual dihasilkan kemudian iaitu penulisan semula hasil temu bual melalui rakaman audio (Rosinah, 2013). Saya telah memilih tiga orang murid, dan menyoal mereka dengan soalan yang disediakan dalam skedul temu bual. Soalan yang dirangka dalam skedul temu bual adalah berdasarkan perbincangan dengan beberapa orang rakan dan pensyarah. Ini bertujuan bagi memastikan soalan yang dibina tersebut bersesuaian dengan objektif kajian. Saya juga telah merujuk kepada beberapa kajian yang lepas Muhammad Uzair, 2011; lagi untuk merangka soalan-soalan tersebut.

Tujuan saya memilih kaedah temu bual ialah ialah kerana kaedah temu bual ia mampu memperoleh maklum balas yang terperinci daripada murid. Kaedah ini juga mampu memberikan penerangan lanjut kepada respon murid daripada soal selidik.

Murid yang terpilih untuk temu bual terdiri daripada tiga kategori iaitu, pandai, lemah dan sederhana. Ini bertujuan memperoleh maklumat daripada murid yang berbeza tahap kognitif dalam kelas. Penglibatan murid juga telah berdasarkan persampelan bertujuan (purposive sampling). Ini bermaksud, saya telah memilih murid yang dapat maklumat yang paling banyak. Saya juga telah memilih bilangan murid sehingga mencapai titik tepuan (saturation point)

Apakah keputusan kajian saya?

Soal selidik

Semua data yang diperoleh daripada responden dikemaskini dan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Ini bertujuan bagi memudahkan penganalisisan data. Penggunaan skala Likert, pengiraan min dan peratusan akan digunakan. Min telah diperoleh berdasarkan skor pada bagi setiap item. Dalam kaedah soal selidik, saya telah membanding item perbezaan skor min antara kaedah tradisional dan kaedah multimedia interaktif. Perbandingan ini boleh dilihat dalam jadual 7.1 di bawah.

Jadual 1 Perbandingan Min Item Soal Selidik antara Kaedah Tradisional dan Bahan Multimedia Interaktif

Bil Item

Kaedah BezaMinKaedah

tradisionalKaedah

multimediainteraktif

1 Saya berminat dengan pelajaran 3.4 5.0 1.6

9

Page 11: A Seminar

Bil Item

Kaedah BezaMinKaedah

tradisionalKaedah

multimediainteraktif

Kajian Tempatan.

2 Kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengajar Kajian Tempatan pada hari ini menyeronokkan.

3.5 5.0 1.5

3

Saya tertarik dengan apa yang disampaikan dalam pelajaran Kajian Tempatan pada hari ini.

3.2 4.6 1.4

4

5

Saya berasa bosan dengan pelajaran Kajian Tempatan pada hari ini.

Saya berasa mengantuk semasa pelajaran Kajian Tempatan pada hari ini.

2.0

2.3

1.9

1.5

-0.1

-0.8

Bagi item 1, skor min bagi kaedah tradisional ialah 3.4. Manakala skor min bagi kaedah multimedia interaktif, ialah 5.0. Ini menunjukkan bahawa murid lebih berminat dengan kaedah pelajaran Kajian Tempatan apabila kaedah multimedia interaktif digunakan.

Bagi item 2, skor min bagi kaedah pengajaran tradisional ialah 3.5. Skor bagi kaedah penggunaan multimedia interaktif adalah lebih tinggi iaitu 5.0. Perbezaan min adalah sebanyak 1.5. Ini menunjukkan bahawa murid berasa lebih seronok belajar dengan kaedah multimedia interaktif berbanding kaedah tradisional.

Bagi item 3, skor min bagi kaedah tradisional ialah 3.2 manakala bagi skor min bagi kaedah multimedia interaktif 4.6. Ini menunjukkan bahawa murid lebih tertarik dengan pengajaran yang menggunakan kaedah multimedia interaktif berbanding kaedah tradisional. Dapatan ini adalah konsisten dengan keputusan untuk item 1 dan 2 yang menunjukkan bahawa kaedah multimedia interaktif membantu meningkatkan minat murid.

Bagi item 4, skor min bagi tradisional ialah 2.0. Skor min bagi kaedah multimedia interaktif adalah lebih rendah berbanding skor min bagi kaedah tradisional iaitu 1.9. Ini menunjukkan bahawa murid bersetuju bahawa pengajaran berasaskan multimedia interaktif kurang membosankan mereka. Walaupun pada perbezaannya tidak banyak.

10

Page 12: A Seminar

Seterusnya bagi item 5, skor min bagi kaedah tradisional ialah 2.3 manakala min bagi item 5 bagi kaedah multimedia interaktif ialah 1.5. Ini menunjukkan bahawa min bagi kaedah multimedia interaktif adalah lebih rendah berbanding kaedah tradisonal. Keputusan ini bermaksud murid kurang mengantuk semasa pelajaran Kajian Tempatan apabila kaedah multimedia interaktif digunakan.

Keputusan di atas disokong oleh dapatan daripada temu bual yang dijalankan. Salah satu soalan yang telah diajukan adalah “Adakah anda suka dengan aktiviti pengajaran yang cikgu jalankan hari ini?”. Antara respon murid adalah seperti berikut.

Kaedah Tradisional.

Murid A: Saya bosan, sebab tidak faham apa yang cikgu ajar.

Murid B: Saya tak suka cikgu ajar Kajian Tempatan hari ini.

Murid C: Saya berasa tidak seronok dengan cara cikgu mengajar.

Kaedah Multimedia Interaktif.

Murid A: Saya rasa, saya sangat suka kerana selepas semasa belajar saya dapat bermain.

Murid B: Saya sangat teruja dengan video yang cikgu pamerkan pada awal pengajaran cikgu tadi.

Murid C: Saya tertarik dengan apa yang guru ajar hari ini.

Respon yang positif daripada murid di atas juga konsisten dengan dapatan daripada pemerhatian yang dijalankan. Jadual 2 menunjukkan hasil analisis data pemerhatian.

Jadual 2 Perbandingan kekerapan bagi kaedah tradisional dan Kaedah Multimedia Interaktif

Bil.

Item

KaedahBeza

kekerapanTradisional Multimedia

Interaktif

1Murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

0 5 5

2Murid melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

3 12 9

11

Page 13: A Seminar

Bil.

Item

KaedahBeza

kekerapanTradisional Multimedia

Interaktif

3Murid tidak memberikan perhatian semasa guru sedang menyampaikan pengajaran.

10 3 7

4 Murid kerap keluar daripada kelas.

4 2 2

5Murid tidur semasa guru sedang mengajar dalam kelas.

3 0 3

Jadual 2 menunjukkan kekerapan bagi setiap item pemerhatian. Bagi item 1, kekerapan bagi kaedah tradisional ialah 0 manakala kekerapan bagi multimedia interaktif adalah 5. Perbezaan kekerapan antara kaedah tradisional dan multimedia interaktif ialah 5. Ini menunjukkan bahawa lebih ramai murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan semasa pelajaran kaedah multimedia interaktif berbanding kaedah tradisional.

Seterusnya, bagi item 2, kekerapan pada kaedah tradisional ialah 3 dan kekerapan bagi kaedah multimedia interaktif adalah 12. Perbezaan antara kekerapan kaedah tradisional dan multimedia interaktif adalah 9. Ini menunjukkan bahawa murid melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran semasa kaedah multimedia interaktif dilaksanakan berbanding kaedah tradisional.

Bagi item 3 pula, kekerapan pada kaedah tradisional ialah 10 manakala kekerapan bagi kaedah multimedia interaktif ialah 3. Perbezaan kekerapan antara kaedah tradisional dan multimedia interaktif ini ialah 7. Ini juga menunjukkan bahawa murid tidak memberikan perhatian kepada pengajaran guru adalah kurang berbanding kaedah tradisional.

Kemudian bagi item 4, kekerapan pada kaedah tradisional ialah 4 manakala kekerapan bagi kaedah multimedia interaktif adalah 2. Perbezaan antara kekerapan bagi kaedah tradisional dan kaedah multimedia interaktif ialah 2. Ini turut menunjukkan bahawa murid tidak kerap keluar ke tandas semasa kaedah multimedia interaktif dijalankan berbanding kaedah tradisional.

Akhir sekali, bagi item 4, kekerapan pada kaedah tradisional ialah 3. Bagi kaedah multimedia interaktif pula, angka kekerapannya adalah 0. Perbezaan kekerapan antara kaedah tradisonal dan kaedah multimedia interaktif ialah 3. Hal ini, menunjukkan lebih ramai murid tidur semasa guru melaksanakan pengajaran kaedah tradisional berbanding kaedah multimedia interaktif.

Kesimpulannya, berdasarkan analisis terhadap keputusan soal selidik, temu bual, pemerhatian dan catatan jurnal, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan multimedia berkesan dalam meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Kajian Tempatan bagi topik yang melibatkan sejarah.

12

Page 14: A Seminar

Perbincangan

Setelah melihat kepada kesemua instrumen kajian yang telah dijalankan, saya merasakan objektif kajian saya tercapai. Matlamat saya untuk menarik minat murid belajar dengan pelaksanaan kaedah pengajaran kaedah multimedia interaktif yang telah dilaksanakan akhirnya menunjukkan hasil yang positif. Oleh yang demikian, dapat saya nyatakan di sini bahawa kaedah pengajaran kaedah multimedia interkatif telah memberikan tindak balas yang memuaskan dan murid lebih aktif semasa belajar. Selain bermanfaat kepada murid, ianya juga mendatangkan manfaat kepada guru sendiri. Manfaat yang dimaksudkan adalah peningkatan daya kreativiti guru dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya berpendapat kaedah ini sangat sesuai dijalankan bagi menarik penglibatan aktif dan motivasi murid untuk belajar. Ini disokong oleh Baharom dan Ilyas (2010), yang menyatakan bahawa motivasi dalam diri murid tidak hadir secara sendiri tanpa disokong oleh kaedah pengajaran guru yang kreatif dan efektif.

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Guru sebagai pendorong dalam bilik darjah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Abdul Rashid. (2002). Pengajaran & pembelajaran sains sosial. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Akmal Hazimin Bin Nazeri. (2011). Keberkesanan penggunaan bahan maujud sebagai bantu mengajar dalam menarik minat murid tahun 5 terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Institiut Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa.

Cooze, A. (2006). 100 panduan bagi guru pelatih. Kuala Lumpur: Percetakan Info Meditasi Sdn. Bhd

Haynes, A. (2010). 100 ideas for lesson planning. New York : The Profesional and Higher Partnership 2007.

Azizi Hj. Yahya. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim. (2010). Pengajaran & pembelajaran. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Charles. C. M. (2008). Today’s best classroom management strategies.the University of Virginia : Pearson/Allyn and Bacon

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

13

Page 15: A Seminar

Hashim Andimori. (2000). Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jurusan kejuteraan awam di kalangan pelajar UTM. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan. UTM

Kauchak, D.P & Enggan, P.D. (1989), Learning And Teaching. Massachussest : Allyn and Bacon.

Kamus Dewan (Edisi ketiga). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Magisos, J.H. (1989).Vocational teacher education principles, practise, problem and promissingdirection.London : The Palmer Press.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrutors Sdn Bhd.

Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus khidmat bimbingan dan kauseling sekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Daud Hamzah. (1990). Dorongan dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Jonit Mohd Johari. (1993). Penggunaan puisi dalam pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting. (1993). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Razali Kamarudin. (2008). Syoknya belajar! Alaf 21. Selangor Darul Ehsan: Karya Bestari Sdn Bhd.

Muhammad Uzair Bin Mohamad. (2011). Keberkesanan tayangan video dalam membantu murid membuat hubungkait bagi tajuk implikasi kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Kuala Lumpur: Institiut Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa.

Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendi-dikan di Malaysia. Pengalaman 50 tahun merdeka. Kuala Lumpur :Utusan Publications &Distributor Sdn. Bhd.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Nurul Shamimi Ismail. (2010). Keberkesanan teknik nyanyian dalam mem-bantu pelajar untuk mengingati kedudukan ketua pentadbiran meng-ikut jawatan di peringkat negari Sabah. Tesis sarjana muda tidak di-terbikan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah

14

Page 16: A Seminar

rendah, Sukatan Kajian Tempatan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan pengajaran berkesan. Shah Alam: Karisma Publicatons Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin, (2013). Penyelidikan tindakan, kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas guru program pemulihan khas sekolah kebangsaan daerah Pontian. (n.d).Diperoleh: 14 Julai 2014 daripada http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf

Woolfolk, A. (2007). Educational psychology. United States: Pearson Education Malaysia Pte. Ltd.

Yahya Othman. (2006). Mengajar membaca. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

15