assignment pendidikan

28
HBEF3103 ISI KANDUNGAN Isi Kandungan 1 Soalan 1 1.0 Pengenalan Konsep Teknologi Pengajaran 2 1.1 Peranan Visual dalam Reka Bentuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) 2 1.2 Prinsip Reka Bentuk Seni Visual 3 (a) Simplisiti 4 (b) Dominan 4 (c) Pola 5 (d) Seimbang 6 (e) Variasi 6 (f) Harmoni 7 1.3 Kesimpulan 8 Soalan 2 2.1 Pengenalan Kemahiran Berfikir 9 2.2 Ciri Reka Bentuk yang dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir 11 (a) Bahasa yang jelas dan tepat 11 1

Upload: norazian-binti-taat

Post on 21-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

oum 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Pendidikan

HBEF3103

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan 1

Soalan 1

1.0 Pengenalan Konsep Teknologi Pengajaran 2

1.1 Peranan Visual dalam Reka Bentuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) 2

1.2 Prinsip Reka Bentuk Seni Visual 3

(a) Simplisiti 4

(b) Dominan 4

(c) Pola 5

(d) Seimbang 6

(e) Variasi 6

(f) Harmoni 7

1.3 Kesimpulan 8

Soalan 2

2.1 Pengenalan Kemahiran Berfikir 9

2.2 Ciri Reka Bentuk yang dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir 11

(a) Bahasa yang jelas dan tepat 11

(b) Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid 13

(c) Mempunyai kualiti teknikal yang baik 15

(d) Menggalakkan penglibatan murid 17

2.3 Kesimpulan 18

Rujukan 19

1

Page 2: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Soalan 1

1.0 Pengenalan Konsep Teknologi Pengajaran

Visual merupakan alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit (maujud)

yang lebih baik daripada pernyataan lisan atau bertulis. Fungsi utama visual adalah untuk

meningkatkan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ( PdP). Justeru, peranan

visual amat penting dalam reka bentuk bahan PdP yang berbantukan komputer.

1.1 Peranan Visual dalam Reka bentuk Bahan Bantu Mengajar(BBM)

Mengikut Model Gardner (1983), setiap individu mempunyai kesemua lapan

kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. Salah satu kecerdasan yang

terdapat dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner ialah Kecerdasan Visual Ruang. Menurut

Gardner (1983), “kecerdasan visual ruang yang ada pada manusia membolehkan manusia

mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual, peka terhadap warna, garis, bentuk

dan ruang”.

Ribot (2004) menyatakan pengalamannya menggunakan Kecerdasan Pelbagai dalam

mengajar Bahasa Inggeris. Beliau melaporkan keputusan yang agak memuaskan. Bagi

kecerdasan imej visual, beliau telah memperkenalkan satu aktiviti kepada murid-murid beliau

iaitu "My city in a box" yang merupakan satu pembelajaran koperatif. Murid-murid diminta

untuk membina bangunan yang mereka pernah lawati dengan menggunakan kadbod, kotak

kecil dan kertas warna. Selesainya aktiviti tersebut, beliau mengatakan bahawa “saya amat

terkilan melihat murid-murid telah berjaya mencipta objek-objek tambahan seperti perabot,

pintu dan jendela. Ini telah memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan lebih

banyak kosa kata pada hari tersebut” (ms. 52)

Quinn (1993) dan Palinscar (1995) misalnya telah mendapati bahawa

penggunaansimulasi berkomputer di dalam proses pembelajaran mampu meningkatkan

kemahiran pelajaruntuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan dengan berkesan.

Simulasi berkomputer juga mampu meningkatkan motivasi, mengurangkan berlakunya salah

konsep dalam pembelajaran, mengintegrasikan informasi dengan berkesan serta

meningkatkan peluang berlakunya pembelajaran yang bermakna (Mayes, 1992).

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik , elektronik dan grafik.

Fotografik dan video (sebagai satu contoh bahan elektronik) menyediakan ilustrasi melalui

2

Page 3: Assignment Pendidikan

HBEF3103

gambar , sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu

menyerupai sesuatu objek atau situasi yang sebenar. Bahan grafik pula menyediakan

ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia terdiri daripada dua kategori visual iaitu visual

analogik dan visual organisasi.

“Penggunaan visual adalah merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi

membantu dan meningkatkan proses pembelajaran. Cara ini adalah dijalankan dengan

berpandukan pelbagai jenis bahan-bahan visual yang bergerak ataupun tidak bergerak.”

(Ahmad Nazir Muhammad Ali, 2006), Penyelidkan tentang pembelajaran visual dalam

mempertingkatkan pemahaman murid.)

Media berbantukan komputer ialah dengan menggunakan perkakasan dan peralatan

komputer secara terus samada melalui perisian persembahan elektronik seperti powerpoint

atau penggunaan CD-ROM atau secara atas talian melalui internet.

1.2 Prinsip Reka Bentuk Seni Visual

Prinsip reka bentuk visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-

elemen grafik supaya visual yang dihasilkan adalah menarik dan berkesan. Terdapat enam

prinsip grafik yang akan dibincangkan berdasarkan bahan bantu mengajar (BBM) yang

diperoleh daripada laman web berformat Microsoft PowerPoint berikut iaitu :

http://www.calstatela.edu/faculty/mchen/433/Cell%20Biology.ppt

BBM yang berkesan mempunyai reka bentuk yang memenuhi prinsip-prinsip seperti

simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan harmoni.

3

Page 4: Assignment Pendidikan

HBEF3103

(a) Simplisiti

Struktur Sel Haiwan

Simplisiti merujuk kepada gambarajah ataupun lukisan yang jelas dan mudah dibaca.

Visual yang ditunjukkan perlu Nampak mudah bagi mengelakkan murid daripada merasa

tertekan untuk memahami apakah maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. Visual

hendaklah dihadkan kepada satu elemen, jelas dan terang. Elemen yang banyak dalam satu

visual boleh mengelirukan.

Prinsip simplisiti dapat ditunjukkan pada visual ini kerana rekaannya memberi

kefahahaman yang cepat dan jelas serta menarik. Murid dapat mengenalpasti bahagian

struktur sel haiwan dengan jelas.

(b) Dominan

Membran sel

4

Page 5: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Dominan dalam reka bentuk visual bermaksud pusat penumpuan atau minat. Objek utama

dalam sesuatu visual mesti ditonjolkan agar dapat dilihat dan difahami maksudnya oleh

murid.

Melalui rekaaan visual di atas, didapati objek atau item utama (key element) dapat

ditonjolkan dengan jelas agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh murid dengan mudah.

Seterusnya ia dapat mencapai dominan kerana :

i) Rekabentuknya menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) iaitu

bagaimana manusia menyaring sesuatu visual.

ii) Warna dan bentuknya yang kontras

iii) Saiz yang lebih besar

iv) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama

v) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar (tona warna).

(c) Pola

Tekanan Hidrostatik

Reka bentuk pola berkaitan dengan soal susunan item-item dalam

sesuaturekaanvisual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat:

(i) Menarik penglihatan mata murid ke arah item yang utama iaitu pergerakan

molekul air;

(ii) Menggerakkan penglihatan mata murid kepada keseluruhan visual dalam arah

yang betul mengikut anak panah;

(iii) Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran pergerakan air

sampai kepada titik akhir.

5

Page 6: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Jadi, prinsip pola dalam reka bentuk visual bermaksud elemen-elemen visual

disusun sebegitu rupa supaya dapat mengekalkan perhatian muridserta memandu

mereka melihat maksud yang terkandung dalam visual.

(d) Seimbang

Pengangkutan Molekul Sel

Reka bentuk visual ini mempunyai elemen grafik yang disusun seimbang agar

mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang. Rekaan ini dibuat

berbentuk seimbang formal bermakna pembahagian yang sama bahagi antara dua

bahagian visual; iaitu bahagian atas dan bawah. Jenis seimbang formal mudah

dicapai, kesannya masih menarik walaupun agak kurang dinamik jika dibandingkan

dengan seimbang tidak formal, murid dapat membuat perbandingan dengan jelas dua

keadaan molekul yang masuk dan keluar.

(e) Variasi

6

Page 7: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Pengangkutan Aktif

Reka bentuk visual ini menggunakan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi yang dapat

menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.Elemen yang dipelbagaikan

ini digunakan supaya dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat kepada muriddi

mana prinsip ini menyokong prinsip pola kepada reka bentuk sebelum ini.

(f) Harmoni

Ciri-ciri Osmotik Sel

7

Page 8: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Rekaan grafik ini menggabungkan kesemua elemen untuk menunjukkan

kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran murid mengikuti

perkembangan keseluruhan visual. Justeru, prinsip harmoni memberi keyakinan dan

kepastian kepada murid kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah

aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej iaitu bagaimana proses osmosis sel

berlaku mengikut keadaan sel darah merah. Pergerakan air semasa proses ini berlaku dapat

ditunjukkan semasa persembahan powerpoint. Murid dapat melihat dengan jelas apa

sebenarnya yang berlaku secara harmoni.

1.3 Kesimpulan

Murid sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang berbeza daripada

kaedah tradisional yang sering digunakan oleh guru. Visual yang baik merupakan alat yang

dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran. Ini seterusnya

menyumbang kepada peningkatan pencapaian dan minat murid terhadap palajaran.

8

Page 9: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Soalan 2

2.1 Pengenalan Kemahiran Berfikir

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman

terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat

pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan

seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.( Som Hj Nor

dan Dahalan Mohd Ramli ,1998).

Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan demi menghasilkan

generasi yang berupaya menangani masalah dan cabaran yang dihadapi. Model kemahiran

berfikir yang telah dicipta oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dikenali sebagai Kemahiran

Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Dalam model ini, kemahiran berfikir

dikategorikan kepada empat kategori yang saling berkait antara satu sama lain iaitu

Pemikiran Kreatif, Pemikiran Kritis, Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah.

Setiap murid mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu

diperkembangkan.Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur

hidup.

Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut di atas dengan pendekatan

penyerapan. Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan dengan isi

kandungan mata pelajaran dapat dikembangkan. Murid perlu juga tahu akan jenis kemahiran

berfikir yang digunakan serta langkah-langkah dalam proses berfikir. Dalam perkembangan

kemahian berfikir, guru harus juga menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam

kemahiran berfikir itu.

Menurut Howard Gardner, seseorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan

kecerdasan iaitu bahasa, logik matematika, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal,

intrapersonal dan naturalistik. Guru harus mengenal pasti murid yang pintar cerdas atau

berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan

aktiviti pengayaan. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang

berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa PdP.Perkembangan penggunaan

internet dalam pendidikan menyediakan peluang ke arah pembelajaran secaraelektronik. E-

pembelajaran atau ditaksirkan sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran

yangmenggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan isi

9

Page 10: Assignment Pendidikan

HBEF3103

kandungan,interaksi ataupun pemudahcaraan (Agatha Patris, 2005). Bahan pengajaran dan

pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, animasi, simulasi, audio

dan video.

Terdapat suatu laman web yang dikenalpasti ternyata mempunyai ciri reka bentuk

yang direka sebegitu rupa supaya dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan

murid.

http://www.e-learningforkids.org/index.html

Paparan muka hadapan laman web

“Programs are designed for children ages 5 through 12, developed by leading e-

learning vendors and qualified instructional designers, and reviewed by members of

our Advisory Board and Quality Assurance teams. Schools can incorporate our tested

online courses into their curriculum; teachers can work with their students on specific

skills; and children can access the self-paced programs independently. Our programs

are designed to engage children at the level where they can perform successfully”.

(Nick Van Dam, Ph.D., Founder and Chairman of e-learning for Kids).

10

Page 11: Assignment Pendidikan

HBEF3103

E-learning for Kids bukan hanya untuk kanak-kanak, malahan ia merupakan laman web di

mana:

Ibubapa dapat lebih memahami pendidikan anak-anak

Pendidik dan bijakpandai dalam bidang e-pembelajaran menyumbangkan

pengetahuan mereka tentang bagaimana kanak-kanak dapat belajar dengan lebih baik

Pendidikan komersial dan perekacipta permainan dapat memberi sumbangan kepada

generasi seterusnya

Koperasi dan pertubuhan menyalurkan usaha tanggungjawab sosial

Individu berjiwa pendidik mampu membuat perubahan

Setelah diteroka , saya mendapati e-pembelajaran ini cukup berkualiti tinggi dan boleh

diakses secara percuma oleh sesiapa sahaja yang merangkumi bidang mata pelajaran Bahasa

Inggeris, Matematik , Sains serta cabangnya dan kemahiran komputer. Murid juga boleh

memilih aktiviti yang akan diikuti berdasarkan tahap umur masing-masing serta aras

pemikiran yang bersesuaian. Sekiranya murid ingin mencabar pemikiran berfikir diri sendiri,

mereka boleh mencuba pada tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh disampaikan melalui media yang

tersedia ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks,grafik, animasi, simulasi, audio dan

video. Empat ciri reka bentuk yang difokuskan di sini supaya dapat meningkatkan

kemahiran berfikir iaitu:

2.2 Ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir

(a) Bahasa yang jelas dan tepat

Kaedah penyampaiannya adalah terancang dengan baik dan disediakan secara

profesional supaya pedagogi yang asas diambil kira. Isi pelajaran disampaikan secara animasi

dan simulasi yang cukup memberikan kesan kepada murid. Ayat yang digunakan adalah

ringkas dan padat di samping penggunaan warna yang cantik dan sesuai dapat membantu

murid mengingat dan menghafal informasi selain mampu menarik tumpuan murid terhadap

aktiviti yang diberikan. Manakala nota yang dibekalkan adalah jelas dan istilah yang

digunakan adalah tepat. Untuk memantapkan lagi kemahiran berfikir, murid dibekalkan

soalan pengukuhan beserta jawapan penyelesaian bagi setiap topik. Namun apa yang lebih

penting muridjuga boleh memilih masa yang disukai, bidang pembelajaran yang

diminati,serta mengikut kesesuaian aras pemikiran iaitu aras rendah, sederhana dan tinggi.

11

Page 12: Assignment Pendidikan

HBEF3103

http://www.e-learningforkids.org/Courses/Liquid_Animation/Feelings_and_Worries/Stress/

stress.html

Sebagai contoh, dalam pautan ini, bentuk persembahannya adalah paparan bergambar,

di mana memerlukan murid membaca sendiri informasi yang diberikan. Sekiranya

digunakan dalam PdP, guru boleh meminta murid membaca dalam kelas untuk melatih

mereka membaca dengan bacaan yang betul dan dalam masa yang sama dapat menguji

memahami teks dengan cepat. Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami. Murid akan

terdorong menggunakan kesemua kemahiran berfikirnya iaitu kemahiran berfikir secara

kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran

menyelesaikan masalah iaitu dapat menilai kewajaran sesuatu idea, kecekapan menggunakan

minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, keupayaan minda untuk memilih sesuatu

yang terbaik dan langkah –langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah dalam

kes di sini.

12

Page 13: Assignment Pendidikan

HBEF3103

(b) Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid

Suasana pembelajaran berbentuk e-pembelajaran itu sendiri akan memaksa murid

menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pembelajaran

dilakukan murid itu sendiri. Murid bebas mencari maklumat kerana pencarian maklumat

tidak terbatas dan terkini iaitu bidang pembelajaran boleh dipilih sendiri oleh murid seperti

dalam paparan. Murid tidak perlu berasa malu untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman

mereka sebelum ke tajukpelajaran yang lain. Peruntukan masa adalah fleksibel dan kurang

tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja selain dari masa PdP,asalkan ada

kemudahan internet dan komputer. Bagi aktiviti kuiz misalnya, sekiranya murid tidak

mencapai skor tertinggi , murid tidak perlu malu untuk bertanya dan berpeluang untuk belajar

tajuk yang sukar difahami berulangkali sehingga pemahaman mereka tercapai. Pengurusan

e-pembelajaran ini dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan secara sistematik

untuk rujukan pelajar, guru dan ibubapa.

Selain dari itu, terdapat maklum balas serta merta atau dari laman web ini mengenai

kesalahan yang dilakukan dengan sedikit penjelasan kenapa jawapan yang dipilih itu salah.

Manakala jawapan yang sebenar akan dipaparkan. Di situ murid mendapat idea baru atau

dapat memperbetulkan konsep yang salah sebelum ini.

http://e-learningforkids.org/Courses/EN/M1108/index.html

13

Page 14: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Di sini salah satu pautan yang ada dalam web ini yang berkaitan dengan mata

pelajaran Matematik, isi pelajaran disampaikan dalam bentuk tutorial, murid cuma perlu klik

pada bahagian tutorial untuk mendengar penjelasan audio dan visual beranimasi dengan

penggunaan bahasa yang jelas dan menarik, diselang-seli dengan soalan untuk menguji

kefahaman terhadap sesuatu konsep. Sekiranya jawapan adalah salah akan ada penjelasan

untuk memperbetulkannya. Apabila selesai tutorial, sekiranya murid telah faham isi

kandungan konsep tersebut mereka boleh klik bahagian latihan untuk menjawab soalan yang

berkaitan.

http://e-learningforkids.org/Courses/EN/global_warming/course/shell.html

Pautan ini menggunakan teknik simulasi yang cukup menarik dan dapat membawa

murid meneroka ke beberapa tempat dalam dunia yang mengalami kesan pemanasan global.

Penerokaan ini seolah-olah membawa murid dengan menaiki helikopter dan dibawa oleh

seorang juruterbang sebagai jurupandu yang akan bercerita di sepanjang perjalanan tersebut.

Murid akan terangsang untuk berfikir sejak awal lagi tetapi dengan cara yang

14

Page 15: Assignment Pendidikan

HBEF3103

menyeronokkan. Informasi ini sangat jelas kerana animasi ini digabungkan dengan tempat

sebenar yang dilawati. Akhir sekali murid akan menjawab soalan kuiz yang menggabungkan

kesemua kemahiran berfikir iaitu kritis, kreatif, membuat keputusan dan penyelesaiaan

masalah. Sekiranya pautan ini digunakan semasa PdP guru boleh menambahkan soalan yang

berbentuk penyelesaian masalah.

(c) Mempunyai kualiti teknikal yang baik

Teknikal yang berkesan amat penting kerana ia akan menjadi set induksi yang akan

memfokuskan perhatian pelajar untuk memulakan sesi pengajaran.

http://e-learningforkids.org/Courses/EN/Reading_Comprehension/course/shell.html

15

Page 16: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Ini merupakan salah satu pautan yang berkaitan bidang bahasa, animasi yang

disediakan dalam web ini amat menarik dan hidup dan seolah-olah berlaku di depan mata.

Ini dapat menimbulkan keasyikan belajar seperti mana permainan biasa yang merugikan

masa tetapi tidak merangsang pemikiran yang terarah kepada memperoleh ilmu. Murid

akan terasa seolah-olah berada dalam perpustakaan, bagi reading comprehension ini, murid

berpeluang memilih buku yang hendak dibaca. Semasa memilih buku ini seolah kita sedang

mencapai buku dari rak yang dipenuhi dengan buku-buku. Apabila selesai membaca, murid

akan diberi soalan kefahaman. Sebenarnya kemahiran berfikir bermula sejak awal lagi

sehinggalah tamat sesi ini.

http://e-learningforkids.org/Courses/EN/Science_Elements/base.htm?

cs_value=1&mastery_score=0

16

Page 17: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Manakala bagi pautan yang berkaitan bidang Sains pula, murid akan merasai seolah-

olah berada dalam makmal sains. Ada guru sedang mengajar seperti PdP sedang

dilaksanakan, iaitu memulakan pengajaran dengan memperkenalkan hasil pembelajaran.

Teknik guru memperkenalkan konsep cukup menarik untuk memberikan kefahaman yang

jelas kepada murid. Murid perlu menjawab semasa sesi ini berjalan. Situasi ini mendorong

perasaan ingin tahu yang tinggi serta dapat merangsang kesemua kemahiran berfikir murid.

(d) Menggalakkan penglibatan murid

http://www.e-learningforkids.org/Courses/EN/L0702/course.html

17

Page 18: Assignment Pendidikan

HBEF3103

Semua pautan yang dibekalkan tentunya menggalakkan penglibatan murid

sepenuhnya kerana ia bersifat interaktif. Butang-butang arahan disediakan supaya murid

dapat klik dan meneruskan aktiviti pembelajaran. Didapati, sekiranya murid tidak menjawab

soalan-soalan yang dikemukakan sesi tersebut akan berhenti di situ dan tidak dapat

diteruskan. Bahan yang disediakan bukan sebagai bahan bacaan/informasi semata-mata

tetapi turut menggalakkan pembelajaran konstruktivisme.

2.3 Kesimpulan

Dalam era globalisasi ini, guru perlu mempelbagaikan cara dalam aspek pengendalian

PdP dalam bilik darjah. Penggunaan teknologi pendidikan dalam proses PdP akan

menjadikan ianya lebih bermakna. Tidak dapat disangkal lagi, pengajaran yang menggunakan

teknologi akan dapat meningkatkan lagi prestasi murid. Teknologi komputer boleh dijadikan

sebagai satu alternatif kepada kaedah pengajaran. Aplikasi pembelajaran berasaskan

multimedia berupaya untuk memberikan pelbagai contoh yang sebenar kepada murid dengan

gabungan teks, muzik, imej, video dan animasi serta bentuk simulasi. Gabungan kesemua

unsur ini akan membentuk satu persembahan yang menarik dan menjadikan proses

penyampaian maklumat lebih efisien, berciri interaktif dan penglibatan murid yang

menggalakkan. Pemilihan strategi ini juga berkait rapat dengan pelbagai gaya pembelajaran

murid. Murid yang bercirikan visual lebih berminat pada gambar objek, video, bahan 3D

dan sebagainya yang dapat dilihat untuk memenuhi keperluan mereka ketika belajar.

Seterusnya dapat mencapai objektif bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis,

kreatif, berkemahiran membuat keputusan dan dapat menyelesaikan masalah.

( 2600 patah perkataan)

18

Page 19: Assignment Pendidikan

HBEF3103

RUJUKAN

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah & Dr Rosini Abu.

(2013), Prinsip Teknologi Pengajaran. Seri Kembangan: Penerbit Open University

Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapa& Ahmad Subki Miskon.(2010). Guru dan Cabaran Semasa.

Ipoh: Cipta Printing & Publishing (M) Sdn., Bhd.

ONLINE:

http://www.calstatela.edu/faculty/mchen/433/Cell%20Biology.ppt

http://www.e-learningforkids.org/index.html

http://www.elearningforkids.org/Courses/Liquid_Animation/Feelings_and_Worries/Stress/

stress.html

http://e-learningforkids.org/Courses/EN/M1108/index.html

http://e-learningforkids.org/Courses/EN/global_warming/course/shell.html

http://e-learningforkids.org/Courses/EN/Reading_Comprehension/course/shell.html

http://e-learningforkids.org/Courses/EN/S0602/launch.html

19