assignment teknologi pendidikan

22
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF3103 PRINSIP- PRINSIP DALAM TEKNOLOGI PENGAJARAN TAJUK TUGASAN Sediakan dan huraikan rancangan pengajaran berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE Pusat belajar: Pahang Learning Centre JAN 2011

Upload: rozita-yaacob

Post on 23-Jan-2015

3.304 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment teknologi pendidikan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3103

PRINSIP- PRINSIP DALAM TEKNOLOGI PENGAJARAN

TAJUK TUGASAN

Sediakan dan huraikan rancangan pengajaran berpandukan setiap langkah

yang dinyatakan dalam model ASSURE

Pusat belajar: Pahang Learning Centre

JAN 2011

Page 2: Assignment teknologi pendidikan

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2

Tarikh : 2 April 2011

Masa : 7.40 – 8.40 pagi

Kelas : 2 Mahir

Bilangan pelajar : 25 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu (LITERASI)

Tema : Makanan

Tajuk : Suku kata tertutup ‘ng’

Pengetahuan sedia ada : Semua murid telah biasa melihat jenis-jenis makanan berdasarkan

respon yang diberikan semasa benda maujud dan gambar ditunjukkan.

Kemahiran :

Fokus Utama:

1.13 : Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng”.

3.5 : Membaca dan memahami frasa yang mengandungi suku kata tertutup”ng”.

Fokus Sampingan:

2.13 : Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng”.

4.5 : Membina dan menulis frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng”.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :

Kumpulan A dan B

1. Mengeja, membaca dan memahami semua perkataan yang mengandungi suku kata

tertutup ‘ng” dengan betul.

2. Membaca dan memahami frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng” dengan

betul.

Page 3: Assignment teknologi pendidikan

Kumpulan A

1. Melengkapkan ayat dengan frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng”

dengan tepat.

Kumpulan B

1. Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng”

dengan betul.

Sistem Bahasa :

i. Kata nama

ii. Sebutan dan intonasi : Ayat penyata

iii. Kosa kata : Terung, jagung, kentang, pisang, udang, bawang

Pengisian Kurikulum :

i. Kemahiran Bernilai Tambah :

Kemahiran Berfikir : Menjana idea

Bahan bantu Mengajar :

i. Gambar

ii. Kad perkataan

iii. Lembaran kerja

Media Pengajaran :

i. Visual : Gambar dan kad perkataan

ii. Media cetak : Lembaran kerja

Nilai Murni : Bekerjasama, rajin

Page 4: Assignment teknologi pendidikan

Langkah -langkah pengajaran

Langkah/

Kemahiran

Aktiviti Catatan

Set induksi

( 5 minit )

-Guru menunjukkan benda maujud dan murid

menyebut makanan yang ditunjukkan.

-Guru meminta murid mengambil gambar yang

dipamerkan dan meletakkan gambar di sebelah

benda maujud yang ditunjukkan.

-Benda maujud:

-bawang, pisang,

udang, kerang,

terung, jagung

Langkah 1

( 10 minit )

Membaca dan

memahami

perkataan yang

mengandungi

suku kata tertutup

“ng”

Kumpulan Adan B

1.Murid mengeja dan membaca perkataan

berdasarkan gambar dan kad perkataan.

2.Guru membimbing murid mencerakinkan per-

kataan berdasarkan gambar yang diberi.

3.Murid membaca perkataan yang dicerakinkan

secara kelas dan individu dengan berulang-

ulang.

Kad gambar

udang

Kad perkataan

u Dang

Lampiran 1

Langkah 2

( 10 minit )

Membaca dan

memahami frasa

yang ada suku

kata tertutup “ng”

Kumpulan A dan B

1. Murid dibimbing membina frasa dari perka-

taan yang dibaca.

2.Murid membaca frasa yang mengandungi suku

kata tertutup “ng” berdasarkan gambar dan

kad perkataan.

3.Murid mengeja dan membaca frasa secara

latih tubi.

Contoh:

bawang Merah

Lampiran 2

Page 5: Assignment teknologi pendidikan

Langkah 3

( 10 minit )

Membina dan

menulis perkata-

an yang ada suku

kata tertutup “ng’

Kumpulan B

1. Berpandukan gambar murid diminta

memadamkan suku kata tertutup “ng”

menjadi perkataan yang betul.

2. Murid menulis perkataan berdasarkan suku

kata yang dicantumkan.

3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan

yang ditulis.

Contoh:

Lampiran 3

Langkah 4

( 15 minit )

Membina dan

menulis frasa

yang

mengandungi

suku kata tertutup

“ng’

Kumpulan A

1.Murid diminta membaca frasa dan ayat

tunggal yang mengandungi suku kata tertutup

“ng”.

2.Murid melengkapkan frasa dalam ayat dengan

tepat.

3.Murid dibimbing membaca ayat tunggal

yang telah dilengkapkan.

Lampiran 4

Penutup

( 5 minit )

1. Guru bertanya murid mengenai pelajaran yang

telah dipelajari hari ini.

2.Murid diminta menyebut dan membaca nama-

nama makanan yang mengandungi suku kata

tertutup “ng” sekali lagi berdasarkan gambar

ditunjukkan.

Page 6: Assignment teknologi pendidikan

Pengenalan

Definisi Teknologi Pengajaran

Teknologi Pengajaran ialah bidang yang mengkaji aplikasi pembelajaran manusia, media dan

teknologi kepada perkembangan pengajaran. Bidang ini merangkumi segala teknologi

tradisional dan terkini dalam mempertingkatkan penyampaian pengajaran. Teknologi

pengajaran terbahagi kepada dua komponen utama:

- reka bentuk pengajaran & media yang terlibat   dengan   aplikasi teori dan hasil

penyelidikan pembelajaran manusia kepada amalan perancangan  pengajaran. Juga

ditekankan ialah penggunaan media dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran.

- komputer & telekomunikasi yang merupakan peralatan, kemudahan dan perisian

yang digunakan untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran

Definisi Rancangan Pengajaran

Rancangan pengajaran ialah satu perancangan untuk memastikan keberkesanan

pengajaran yang disampaikan oleh guru serta objektif yang dicapai oleh pelajar. Untuk

menyediakan rancangan pengajaran, guru-guru perlu mengambil kira tahap atau aras

kebolehan murid. Guru-guru juga perlu menetapkan kemahiran yang sesuai mengikut aras

kebolehan murid. Jika rancangan pengajaran disediakan dengan lengkap, penggunaan media

yang menarik minat murid serta aktiviti-aktiviti dijalankan dengan tersusun ia membolehkan

objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai sepenuhnya.

Dalam penyediaan rancangan pengajaran mengikut model ASSURE, guru perlu

mengenalpasti kesediaan pelajar, menyatakan objektif dengan tepat, memilih media yang

sesuai, merancang bagaimana sesuatu media digunakan, memerhati penglibatan pelajar dan

membuat penilaian diakhir pengajaran dijalankan.

Rancangan Pengajaran Mengikut Model ASSURE

Model ASSURE telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1982). Assure

bermaksud “memastikan sesuatu berlaku”. Langkah-langkah yang terdapat dalam model

ASSURE terdiri daripada :

Page 7: Assignment teknologi pendidikan

A- Analyse Learner ( Analisis pelajar )

a) Ciri-ciri umum pelajar

Murid-murid dalam kelas 2 Mahir terdiri daripada pelajar tahap satu yang berumur

lapan tahun. Semua pelajar dalam kelas ini adalah pelajar LITERASI iaitu pelajar yang belum

menguasai sepenuhnya kemahiran asas seperti membaca, menulis dan memahami ayat

tunggal serta ayat majmuk. Latar belakang kehidupan murid-murid kelas ini adalah daripada

keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan ibu mereka tidak bekerja dan bapa mereka

bekerja sebagai buruh, nelayan dan bekerja sendiri. Mereka tinggal di penempatan yang tidak

tersusun walaupun penempatan mereka tidak jauh dari pusat bandar. Masalah kehadiran

menjadi salah satu sebab murid-murid lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Ramai murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Keadaan ini menyebabkan murid

banyak ketinggalan dalam kemahiran yang diajar di sekolah. Seterusnya mengakibatkan

murid lambat menguasai sepenuhnya kemahiran membaca dan menulis.

b)Kompetensi khusus peringkat masuk

Murid-murid dalam kelas 2 Mahir dikenalpasti menghadapi masalah pembelajaran

iaitu kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka mengikuti saringan Literasi untuk

menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun. Murid-murid yang masuk

ke dalam kelas ini terdiri daripada murid-murid yang tidak melepasi konstruk 8. Semua murid

dalam kelas ini terdiri daripada murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran

asas membaca dan menulis.

Murid-murid di ajar mengikut peringkat demi peringkat dengan menggunakan modul

yang telah disediakan. Guru akan tukar kepada konstruk seterusnya apabila murid telah

menguasai konstruk yang telah diajar. Kebanyakan murid-murid dalam kelas ini boleh

memahami pelajaran yang diajar dengan bantuan dan bimbingan guru. Namun begitu, mereka

tidak dapat mengingat perkara atau tajuk yang diajar dalam masa yang lama. Segelintir

pelajar tidak dapat membaca ayat tunggal dan ayat majmuk tanpa bimbingan guru.

Page 8: Assignment teknologi pendidikan

c) Stail pembelajaran

Gaya pembelajaran murid semasa guru menyampaikan pengajaran adalah aktif. Pada

set induksi, murid-murid berebut untuk keluar ke hadapan kelas untuk memegang benda

maujud serta gambar makanan. Begitu juga pada langkah yang pertama dan langkah kedua.

Murid-murid melibatkan diri secara aktif iaitu ramai murid yang mengangkat tangan untuk

mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan pada kad perkataan.

Terdapat segelintir daripada murid yang hanya mendiamkan diri. Mereka akan

menjawab pertanyaan guru setelah diulang soalan beberapa kali. Namun, tidak kurang juga

yang menunjukkan minat yang ketara untuk menjawab apabila diajukan soalan. Walaupun

kebanyakan murid tidak dapat membaca perkataan dan ayat dengan lancar tetapi mereka

menunjukkan minat yang baik dengan mengikuti apa yang diajar oleh guru dengan perhatian

sepenuhnya.

S- State Objective ( Nyatakan objektif )

Objektif pengajaran difokuskan kepada pencapaian murid seperti murid dapat

mengeja, membaca dan memahami perkataan serta frasa yang mengandungi suku kata

tertutup “ng” seperti perkataan bawang, jagung, pisang, udang, kerang dan terung. Apabila

murid memahami perkataan yang dieja dan dibaca, guru akan membimbing murid membina

frasa. Contohnya, dari perkataan bawang dijadikan frasa bawang merah, jagung dijadikan

frasa jagung manis serta lain-lain frasa.

Pada langkah ketiga objektif yang perlu dicapai adalah murid dapat memadamkan

suku kata supaya menjadi perkataan yang betul. Murid dibimbing mencantumkan suku kata.

Murid dibimbing menulis suku kata yang dicantum supaya menjadi perkataan yang betul.

Seterusnya pada langkah keempat, murid perlu melengkapkan ayat dengan frasa yang

mengandungi suku kata tertutup dengan betul. Sekiranya murid memahami perkataan dan

frasa yang telah dieja dan dibaca, murid akan dapat melengkapkan ayat dengan frasa yang

betul.

Page 9: Assignment teknologi pendidikan

S- Select method, media and material ( Pilih kaedah, media dan bahan )

Kaedah kelas

Kaedah ini telah dijalankan semasa set induksi, langkah satu, langkah dua dan

semasa membuat rumusan. Kaedah ini dimulakan dengan cara guru menunjukkan benda

maujud. Murid-murid diminta menyebut benda-benda yang ditunjukkan serta menamakan

kumpulan benda itu.

Selepas itu, beberapa orang murid diminta memegang benda maujud dan memegang

gambar. Murid-murid yang memegang gambar mencari pasangan dengan murid yang

memegang benda maujud. Seterusnya, guru telah menerangkan tajuk yang akan dipelajari

oleh semua murid pada hari itu. Pada langkah satu dan langkah dua, guru telah membimbing

murid mengeja dan membaca perkataan dan frasa secara kelas. Murid-murid juga mengeja

dan membaca perkataan dan frasa secara kelas. Selain dari itu, murid dipilih secara rawak

untuk mengeja dan membaca perkataan serta frasa.

Kaedah ini digunakan kerana guru perlu mendapat perhatian daripada semua murid

bagi memulakan pengajaran dan menerangkan tajuk pelajaran yang akan diajar. Murid-murid

juga perlu mendengar, memerhati dan memahami apa yang sedang diterangkan oleh guru.

1Jika murid memahami peringkat awal pengajaran, murid-murid akan dapat melakukan

aktiviti pada langkah pengajaran seterusnya dengan baik. Kaedah ini juga dipilih semasa

aktiviti penutup bertujuan untuk memastikan semua murid dapat menguasai pelajaran yang

diajar pada hari tersebut.

Kaedah modul

Kaedah modul dijalankan kerana murid-murid didalam kelas ini mempunyai tahap

kebolehan yang berbeza. Kaedah ini dijalankan dengan cara guru telah mengasingkan aktiviti

iaitu bagi Kumpulan B murid memadamkan suku kata tertutup “ng” dan menulis suku kata

menjadi perkataan yang betul. Bagi Kumpulan A, murid ditugaskan melengkapkan ayat

dengan frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng” dengan betul. Murid-murid dari

Kumpulan A juga di bimbing untuk membaca ayat yang telah dilengkapkan.

Kaedah ini dipilih kerana murid-murid dalam kelas ini adalah murid Literasi iaitu

murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya asas membaca dan menulis. Guru

Page 10: Assignment teknologi pendidikan

menjalankan pengajaran mengikut tahap penguasaan murid dalam pelajaran. Dengan

menggunakan kaedah ini, murid-murid diberikan latihan mengikut aras kebolehan mereka.

Media dan bahan

Media yang dipilih dalam rancangan pengajaran ini terdiri daripada media visual iaitu

gambar dan kad perkataan serta media cetak iaitu lembaran kerja. Gambar digunakan bagi

menjelaskan lagi pemahaman murid selain ditunjukkan kad perkataan. Semasa murid

mengeja dan membaca perkataan dengan bantuan kad perkataan, gambar dapat membantu

murid memahami perkataan yang dieja dan dibaca. Manakala lembaran kerja pula dapat

mengesan kefahaman murid. Guru dapat melihat samada murid dapat menguasai atau tidak

mata pelajaran yang diajar melalui lembaran kerja yang diberikan kepada murid.

Menurut Smaldino et.al., (2005) media dianggap sebagai media pengajaran untuk

membantu proses komunikasi dan pembelajaran. Pengunaan media bertujuan membantu

pemahaman murid terhadap pelajaran yang diajar. Contohnya penggunaan gambar dapat

membantu murid lebih mengingati dan memahami perkataan yang dieja berdasarkan kad

perkataan.

Selain dari itu, media juga dapat mendorong pembelajaran menjadi lebih dekat kerana

alat bantu mengajar dapat ditunjukkan kepada pelajar. Contohnya jenis-jenis makanan yang

diajar tidak terdapat di dalam kelas. Namun begitu, dengan penggunaan gambar murid-murid

mendapat gambaran yang lebih jelas. Dengan penggunaan alat bantu mengajar dan media,

objektif pengajaran akan lebih mudah tercapai.

U- Utilize media and materials ( Gunakan media dan bahan)

Pada permulaan pengajaran iaitu set induksi, benda maujud telah digunakan. Murid-

murid menyebut nama makanan berdasarkan benda maujud yang ditunjukkan. Murid-murid

begitu tertarik apabila ditunjukkan benda maujud seperti terung, jagung, kentang, pisang,

udang dan bawang.

Pada langkah pertama, media visual iaitu gambar telah ditunjukkan. Gambar yang

ditunjukkan mempunyai warna yang terang. Ini telah menarik minat murid untuk memberi

Page 11: Assignment teknologi pendidikan

tumpuan semasa guru mengajar. Murid juga menyebut perkataan berdasarkan gambar yang

ditunjukkan. Seterusnya, murid ditunjukkan kad perkataan. Murid mengeja, menyebut serta

memahami perkataan yang dieja dengan bantuan gambar. Murid juga dibimbing cerakinkan

perkataan berpandukan perkataan yang dieja dan di baca.

Pada langkah kedua murid-murid dibimbing membina frasa dari perkataan yang

tunjukkan dengan menggunakan kad perkataan. Guru menunjukkan contoh frasa yang dibina

dengan menggunakan gambar dan kad perkataan. Beberapa orang murid menbina frasa

berpandukan contoh yang telah diberikan.

Langkah ketiga dan keempat murid-murid diedarkan lembaran kerja. Murid-murid

dari kumpulan B perlu memadamkan suku kata tertutup “ng” supaya menjadi perkataan yang

betul. Kemudian murid akan menulis semula perkataan daripada suku kata yang

dicantumkan. Murid-murid dari kumpulan A melengkapkan ayat dengan frasa yang betul.

Berpandukan lembaran kerja, murid dibimbing untuk membaca ayat tunggal secara berulang-

ulang. Murid membaca ayat yang telah lengkap secara kelas dan secara individu.

R- Require learner participation ( Dorong penglibatan pelajar)

Pada permulaan pengajaran atau set induksi, guru telah meminta beberapa murid

memegang gambar dan benda maujud. Murid-murid yang memegang benda maujud dan

memegang gambar akan mencari pasangan berdasarkan jenis makanan yang sama. Apabila

murid-murid dapat mencari pasangan berdasarkan jenis makanan yang sama, guru akan

memberikan peneguhan dengan memberikan pujian serta meminta semua murid yang ada di

dalam kelas memberikan tepukan.

Pada langkah yang pertama, guru membimbing murid mengeja dan membaca

perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng”. Semua murid mengeja dan menyebut

perkataan secara kelas berulang-ulang. Seterusnya, guru memilih beberapa orang murid untuk

mengeja dan menyebut perkataan. Apabila murid dapat mengeja dan menyebut perkataan

dengan betul, guru akan memberikan sebatang pensel sebagai peneguhan.

Seterusnya pada langkah kedua, murid-murid dibimbing membina frasa daripada

perkataan yang dieja dan dibaca pada langkah pertama. Ramai murid cuba membina frasa

dengan tepat. Murid dipilih secara rawak untuk mengeja dan membaca frasa yang

Page 12: Assignment teknologi pendidikan

mengandungi suku kata tertutup ‘ng’ dengan betul. Beberapa orang murid mengeja dan

menyebut frasa dengan berulang-ulang. Guru meminta semua murid di dalam kelas

memberikan tepukan kepada pelajar yang mengeja dan membaca frasa dengan betul.

Murid-murid dibimbing memadamkan suku kata tertutup “ng” dan menulis semula

suku kata supaya menjadi perkataan yang lengkap pada langkah ketiga. Murid-murid juga

diminta membaca frasa dan ayat tunggal serta melengkapkan ayat dengan frasa yang betul

pada langkah yang keempat. Semua murid terlibat secara aktif semasa menyiapkan tugasan

yang diberikan. Pujian diberikan kepada murid-murid yang dapat memadamkan suku kata

dengan betul dan murid yang dapat melengkapkan ayat dengan tepat. Bagi murid-murid yang

dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa ada kesalahan akan diberikan sebatang

pensel pada keesokan harinya sebagai pengukuhan.

E- Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Langkah akhir dalam penyediaan rancangan pengajaran mengikut model ASSURE

ialah dengan membuat penilaian dan menyemak semula pengajaran dari aspek persembahan,

kaedah yang digunakan dalam pengajaran, media dan bahan yang digunakan serta tahap

penglibatan pelajar.

Penilaian dari aspek persembahan pengajaran sesuai dengan kumpulan murid Literasi

yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Murid-muri diajar dari peringkat yang

senang kemudian kepada peringkat yang lebih susah. Contohnya, guru mengajar murid-murid

mengeja dan membaca perkataan kemudian mengeja dan membaca frasa.

Begitu juga dengan kaedah yang digunakan dalam penyediaan rancangan pengajaran.

Kaedah yang digunakan sesuai dengan kumpulan murid Literasi iaitu kaedah kelas dan

kaedah modul. Kaedah kelas melibatkan murid dengan satu aktiviti yang seragam disediakan.

Manakala kaedah modul digunakan mengikut tahap kebolehan murid.

Media visual seperti gambar dan bahan kaku digunakan dalam pengajaran ini sesuai

dengan tahap umur murid. Murid-murid biasa melihat benda maujud dalam kehidupan harian

murid. Selain dari itu, murid-murid juga tertarik dengan benda-benda maujud dan gambar

berwarna yang ditunjukkan. Murid-murid begitu berminat dan menumpukan perhatian yang

penuh semasa pengajaran yang disampaikan. Pada langkah ketiga dan keempat, guru

Page 13: Assignment teknologi pendidikan

menggunakan lembaran kerja untuk menilai sejauh mana pemahaman murid dengan

pengajaran yang telah disampaikan. Murid memadamkan suku kata menjadi perkataan yang

betul dan melengkapkan ayat dengan frasa yang betul. Murid telah memahami perkataan dan

frasa yang telah dieja dan dibaca. Murid dapat menulis jawapan dengan betul.

Tahap penglibatan murid dilihat begitu aktif. Bermula dengan set induksi, langkah

satu dan langkah dua, murid-murid dipilih secara rawak untuk memegang gambar,

memegang benda maujud dan mencari pasangan berdasarkan jenis makanan yang sama. Pada

langkah ketiga dan keempat, semua murid terlibat iaitu murid menyiapkan latihan dengan

menggunakan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.

Refleksi

Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tugasan subjek Prinsip Teknologi Pengajaran

pada masa yang ditetapkan. Tutor telah banyak memberi panduan yang penting bagi saya

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan yang boleh saya

gunakan dalam pengajaran harian. Tugasan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan alam

persekolahan dan banyak mendedahkan dengan kaedah-kaedah yang boleh praktikkan

semasa mengajar anak murid saya.

Berkaitan dengan penyediaan rancangan pengajaran harian berdasarkan model

ASSURE yang saya siapkan, saya boleh menggunakan informasi yang berguna seperti cara

untuk menggalakkan penglibatan murid supaya lebih berkeinginan untuk belajar.

Saya juga telah memahami, untuk mencapai objektif saya perlu mempunyai

kemahiran iaitu merancang kaedah yang menarik, penggunaan media atau bahan yang

bersesuaian dan galakkan penglibatan murid dalam pengajaran saya. Saya harap dengan

pengetahuan yang saya dapat semasa menyiapkan tugasan ini dapat saya gunakan dalam

pengajaran saya di sekolah.

2755 perkataan

Page 14: Assignment teknologi pendidikan

BIBLIOGRAFI

Chin Yoon Poh, 2009, Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kumpulan Budiman

Sdn Bhd, Subang Jaya .

Choong Lean Keow PhD, 2008, Murid dan Alam Belajar, Kumpulan Budiman Sdn Bhd,

Subang Jaya.

Ee Ah Meng, 2005, Sekolah dan Bilik Darjah, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,

Noriyati A. Rashid, 2009, Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit Fajar

Bakti Sdn Bhd, Shah Alam.

Prof Madya Dr Wan Zah W. Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr Rosini Abu, 2011,

Prinsip Teknologi Pengajaran, Meteor Doc Sdn Bhd, Serdang .

Shahabudin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2005, Pedagogi Strategi dan

Teknik Mengajar dengan Berkesan, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Bentong.

Yusup Hashim, 1998, Teknologi Pengajaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam.

Page 15: Assignment teknologi pendidikan