dasar 60 40 stem
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
1/50
DASAR 60:40 SAINS DAN SASTERA : SEJAUH MANA TERCAPAI
KRITERIA PEMILIHAN PELAJAR, HALANGAN DAN INTERVENSI
PENYELESAIAN , DASAR DAN
PELAKSANAAN.
(PPPM
2013
-
2025
)/STEM
FAKULTI PENDIDIKAN
Facul ty of Education
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
2/50
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 KONSEP
3.0 KAJIAN KEPUSTAKAAN / SOROTAN
LITERATUR
4.0 ISU, CABARAN & INTERVENSI
5.0 KESIMPULAN
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
3/50
FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN
Misi KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara Malaysia.
Matlamat Pendidikan
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat, setia dan bersatupadu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan
sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan
negara.
Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
4/50
Jawatankuasa Perancangan
Pelajaran Tinggi (1967)
Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, Sains dan Teknologi merupakan
teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi
yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan
dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya
sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi
perindustrian moden (Wawasan 2020).
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi (1967) telah menetapkan
peralihan nisbah unjuran enrolmen pelajar dalam bidang sains/teknikal
kepada sastera secara beransur-ansur mulai tahun 1970 dari nisbah 45
peratus pelajar dalam bidang sains/teknikal dan 55 peratus pelajardalam bidang sastera kepada 60 peratus pelajar dalam sains/teknikal
dan 40 peratus dalam sastera mulai tahun 1980. Jawatankuasa tersebut
telah mengesyorkan supaya unjuran enrolmen pelajar terutama di
peringkat pendidikan menengah atas dan peringkat tinggi mengikut
nisbah 60 peratus dalam sains dan teknikal dan 40% dalam bidang
sastera. (Hussin dan Zakuan, 2009).
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
5/50
PENGENALAN
Dasar 60 : 40
Sains dan Sastera/Pengukuhan STEM
Apakah perspektif pertama
anda mengenai frasa ini?
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
6/50
KUALA LUMPURKementerian Pendidikan
menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 melaksanakan:
pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM)
dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalambidang itu untuk kepentingan negara.
Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan
berkata antara strategi itu termasuk:
meningkatkan minat murid melalui pendekatan
pembelajaran yang baharu,
pemantapan kurikulum serta
menggabungkan kemahiran berfikir aras tinggi.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
7/50
.
Inisiatif lain ialah meningkatkan
kemahiran guru termasuk melatih merekadi sekolah rendah dan menengah
untuk mengajar kurikulum yang disemak
semula selain
meningkatkan kesedaran ibu bapa
berkenaan STEM,
katanya dalam sesi soal jawab di DewanRakyat hari ini.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
8/50
Kamalanathan berkata inisiatif pengukuhan STEM
merupakan satu daripada 100 inisiatif utama dalam
PPPM 2013-2025 dan mengambil kiraLaporan Strategi
Mencapai Dasar 60:40iaitu AliranSains/Teknikal:Sastera.
Dari sudut pelaksanaan kurikulum pula, beliau berkata
kementerian mengambil beberapa langkah antaranya
menambah bilangan soalan yang memerlukan
kemahiran aras tinggi dalam peperiksaan mulai tahun
2013.
Selain itu penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi meluas dalam bilik darjah, menambah
bilangan waktu mengajar mata pelajaran Sains Tulendaripada empat waktu kepada lima waktu serta
memperuntukkan satu waktu seminggu untuk guru
Sains dan Matematik berkongsi amalan terbaik
pengajaran, katanya.BERNAMA
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
9/50
Kepentingan dasar 60:40
menjayakan matlamat dasar sains dan teknologi iaitu
memastikan pembangunan saintifik bagi
menyokong dan mengekalkan kadar per tumbuhan
ekonom i yang t inggi , mempercepat pembangunan
perin du st r ian secara menyeluruh dan menyediakan
asas bag i mewu judkan masyarakat yang maju dari
seg i sains dan tekn o log i menjelang tahu n 2020
untuk melahirkan lebih banyak para saintis, jurutera, doktordan juruteknik yang berkepakaran tinggi bagi
pembangunan pelbagai sektor ekonomi dan sosial,
sejajar dengan pertambahan penduduk dan kualiti hidup
masyarakat.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
10/50
Cetusan awal paradigma
Dasar 60:40 ini adalah
memperkatakan
tentang penetapan
bilangan penyertaanpelajar dalam bidang
Sains dan Teknologi
berbanding bidang
sastera.
Dasar ini telah
diwujudkan sejak tahun1967 ..aspirasi
wawasan 2020 untukmencapai taraf Negara
maju.
,
melahirkan lebihbanyak saintis,
jurutera, doktor dan
juruteknik yangberkepakaran tinggi
bagi pembangunan
pelbagai sektorekonomi dan sosial,
sejajar denganpertambahan
penduduk dan kualitihidup masyarakat.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
11/50
Dasar PendidikanKebangsaan
Dasar Pendidikan Menengah
Dasar 60 : 40
Memperluas Tingkatan 6
Pengambilan murid SBP Pembinaan modal insan
..Dasar Pendidikan Teknik dan Vokasional
Mewujudkan golongan murid yang berorientasikankemahiran teknik dan vokasional bagi memenuhi
keperluan guna tenaga negara
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
12/50
Education in Malays ia: Towards Excellence, KPM
(2009: 39)
The provision of science and technology education
is part of a continuing effort to create a scientific,
progressive and knowledgeable society as well as
critical, creative and competent students. Pedagogical innovations such as the
implementations of F1 Technology Challenge and
Robotics programmes were introduced to attract
more students
i i if d k
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
13/50
Inisiatif mendapatkan
nisbah 60:40
10 buah Sekolah Menengah Sains telah dibina (Jabatan
Pendidikan Teknik, 1996) untuk menampung pelajar aliran
sains
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) (BPPDP, 2000)
sekolah diperuntukkan RM30 setiap tahun bagi setiap orangpelajar yang memilih satu matapelajaran elektif sains
(BPPDP, 2000) ~dikaji semula menjadi RM14 per kapita per
matapelajaran (KPM, 2010)
menempatkan pelajar yang mendapat C6 dan ke atas dalam
SRP dan PMR ke dalam aliran sains secara mandatori biasiswa kepada pelajar cemerlang aliran sains untuk
melanjurkan pelajaran ke luar negara
bilangan makmal sains tulen ditambah ~ Dasar Pendidikan
Kebangsaan (KPM, 2004b)
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
14/50
Isu berkaitan & faktor pencapaian yang
belum mencapai target dalam menjayakan
dasar 60:40
1. Faktor bajet,
2. masalah prasarana di sekolah luar
bandar,3. kesan PPSMI dan
4. kecenderungan pelajar dalam kursus
Sains dan Teknologi.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
15/50
2.0 KONSEP
Menurut Phang et. al (2010), polisi nisbah 60:40 (sains :
sastera) telah diamalkan dalam sistem pendidikan negara
dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, perkara 4.9,
apabila sebuah jawatankuasa di Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) (1962),
melakukan kajian ke atas hala tuju pembangunan
sumber manusia.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
16/50
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi (1967)
melaporkan bahawa 4% daripada pelajar sekolah
bakal meneruskan ke peringkat pengajian tinggi.
Oleh yang demikian, untuk memastikan negara
mempunyai sumber manusia dalam bidang sains, 60
peratus pelajar sekolah harus mengikuti aliran sains.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
17/50
Kementerian Pelajaran mengelaskan
seseorang pelajar (Tingkatan 4 dan Tingkatan
5) sebagai pelajar jurusan sains atau sastera
adalah mengikut klasifikasi yang ditetapkan
BPPPD berikut :
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
18/50
1. Dua kumpulan mata pelajaran Sains dan Teknologi
digolongkan sebagai murid Sains dan Teknologi.
2. Dua kumpulan matapelajaran itu ialah mata
pelajaran teras (sains teras) dan mata pelajaran
elektif (kumpulan Vokasional dan teknik, Kumpulan
Sains dan Teknologi Maklumat).
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
19/50
Pemilihan pelajar ke atas aliran-aliran ini turut
dipengaruhi oleh polisi nisbah 60:40 yang
telah diamalkan dalam sistem pendidikan
negara sejak 48 tahun yang lalu sehinggalah
hari ini.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
20/50
Polisi ini adalah berdasarkan dasar yang telah
diwujudkan oleh kerajaan dalam LaporanJawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1967
yang dikenali sebagai Dasar 60:40
(Sains:Sastera).
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
21/50
Kerajaan telah menetapkan matlamat dasar ini
bagi melahirkan lebih ramai sumber manusia yang
berkepakaran tinggi dalam bidang Sains dan
Teknologi sebagaimana yang diilhamkan dalam
Wawasan 2020 iaitu Malaysia mencapai taraf
sebuah negara maju menjelang tahun tersebut.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
22/50
Menurut Hussin dan Zakuan (2009) dalam Razali
Hassan et. al. (2013), Jawatankuasa Perancangan
Pelajaran Tinggi (1967) telah menetapkan peralihan
nisbah unjuran enrolmen pelajar dalam Aliran Sains
dan Aliran Sastera secara beransur-ansur.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
23/50
Unjuran Enrolmen ini turut disyorkan oleh
jawatankuasa tersebut di peringkat pendidikan
menengah atas dan di peringkat pengajian tinggi.
Ini seperti yang termaktub dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan, perkara 4.9, menyatakan bahawa
sekolah menengah perlu mencapai nisbah tersebut.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
24/50
Pelaksanaan dasar ini mampu membantu negara
melahirkan lebih ramai rakyat yang membudayakan
sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.
Ini secara tidak langsung akan mewujudkan
kesedaran tentang kepentingan sains dan
teknologi selaras dengan cabaran ke-6
Wawasan 2020.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
25/50
Dewasa ini, dapat dilihat bahawa pendidikan
sains semakin penting kerana ia mampu
membantu negara dalam mencapai status
sebagai negara maju.
Apabila lebih ramai tenaga mahir dan kepakaran
dapat dibentuk, Malaysia mampu membina
kekuatan untuk berdaya saing setaraf dengan
negara-negara maju yang lain.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
26/50
Usaha untuk menguasai sains dan teknologi
bukan sahaja terus dipergiat malahan ia sering
menjadi agenda utama dalam belanjawan sektor
pendidikan bagi negara-negara seperti Amerika
Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Jepun
yang telah jauh kehadapan dalam bidang Sains
dan Teknologi.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
27/50
Ini menunjukkan betapa negara-negara tersebut
menyedari penguasaan dalam bidang sains dan
teknologi ini membolehkan mereka menerokai,
menguasai dan bahkan memonopoli pelbagai
disiplin ilmu dan kekayaan alam.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
28/50
Tambahan lagi, menurut Azmi Zakaria (1999)
dalam Razali Hassan et. al. (2013) pada era
ledakan teknologi maklumat dunia tanpa
sempadan ini, dengan kehidupan yang serba
canggih dan mencabar, penguasaan dalam
bidang sains dan teknologi seringkali menjadi satu
kayu ukur kepada ketinggian martabat sesuatu
negara bangsa.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
29/50
Bagi mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020, kuantiti dan kualiti tenaga kerja yang
menguasai dan mampu menyesuaikan diri dalam
bidang sains dan teknologi terkini amatlah
dititikberatkan.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
30/50
Oleh yang demikian, dengan adanya dasar
60:40 ini dijangka mampu untuk mengatasi
masalah kekurangan sumber manusia dalam
kepakaran bidang sains dan teknologi di negara
Malaysia.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
31/50
3.0 Kajian Kepustakaan
Kajian berkaitan permasalahan:
1. Minat, sikap, persepsi dan kerisauanpelajar
2. Pengajaran dan pembelajaran
3. Pemilihan bidang kajian 4. Persekitaran makmal dengan tahap
kepuasan pembelajaran pelajar
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
32/50
kajian berkaitan minat, persepsi dan
kerisauan pelajar
Kajian mendapati pelajar yang layak tetapi tidak menyertaialiran sains adalah : Faktor berkaitan persepsi dan kerisauan terhadap
pencapaian yang rendah dan kesukaran menguasai
konsep sains.
Pengaruh rakan sebaya dan ibubapa yang tidak kondusifterhadap sains dan matematik.
Tanggapan bahawa peluang melanjutkan pelajaran diperingkat tertiari yang lebih kecil bagi pelajar aliran sains.Kajian ( syed Abd Hakim 2007 ; Ghandiswari 2009; TIMSS 2007 dalam Phang(2012)
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
33/50
Kajian berkaitan pembelajaran dan pengajaran -
konsep
Amalan penyoalan lisan guru dalam proses
pengajaran masih berada pada tahap kognitif
yang agak rendah. (Daniel 1999 ; Noor Rohana
Mansor 2009 ;Nor Razah & Zamri 2007 ;
Zanaton et. al 2012)
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
34/50
Keadaan ini boleh mengakibatkan pemahaman
terhadap sesuatu tajuk belum dikuasai kerana
pemahaman konsep asas masih lemah.
Oleh itu, kekurangan pemahaman terhadap
konsep asas pada peringkat rendah boleh
membawa kepada berlakunya salah konsep
diperingkat berikutnya (Zanaton et. al 2012)
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
35/50
Classen et al (2009):
menegaskan bahawa strategi pengajaran yang
paling berkesan dalam menggerakkan pelajar
berfikir , mencetuskan kreativiti dan
pemikiran aras tinggi adalah soalan -soalan
yang diberi oleh pengajar.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
36/50
Kajian pemilihan bidang kajian
Kajian ke atas pelajar matrikulasi yang
mendalami bidang Fizik, Sains Hayat, Teknikal
dan Perakaunan yang menunjukkan faktor
minat (34%) untuk meneruskan pengajian
dalam bidang kejuruteraan berbanding
bidang perniagaan.(Norbahiah Misran 2012). Pemilihan jurusan
merupakan penentu hala tuju kerjaya mereka
e
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
37/50
kajian kemudahan pembelajaran di makmal
sains
Dapatan kajian menujukkan pelajar tidak diberi
kebebasan untuk pelajar menjana dan mengeluarkan
pendapat sendiri (Rodziah 2004) . Aktiviti amali hanya
untuk mengesahkan teori sahaja. Pelajarmempersepsikan persekitaran pembelajaran makmal
kurang memberi peluang menjana idea, kekurangan
bahan sokongan seperti yang mereka harapkan
(Santiboon 2006).Persepsi pelajar terhadappersekitaran pembelajaran psikososial mempunyai
hubungan langsung dengan tahap kepuasan pelajar
terhadap PdP dalam makmal sains.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
38/50
Kajian menunjukkan kepuasan mempengaruhi
tahap motivasi pelajar (Chute, Thompson &
Hancock 1999) , yang mana merupakan
faktor psikologi yang penting dalam kejayaan
akademik. Tahap kepuasan mempengaruhi
kadar ingatan (Astin 1993) dan merupakan
faktor utama dalam menentukan kejayaansesebuah program (Askar & Altun 2008)
dalam (Che Nidzam et.al 2010).
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
39/50
Rumusan
Semua pihak terlibat dalam penyertaan
pelajar dan pencapaian dasar 60:40 .
Faktor yang mempengaruhi adalahsaling berkait dan telah dibuktikan
melalui kajian kajian yang telah
dijalankan.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
40/50
4.0 DASAR PENDIDIKAN DAN
KEPERLUAN SEMASA
4.1 ISU PENCAPAIAN DASAR
1. Teori perkembangan modal insan
2. Kejayaan pendidikan dan negara bukan semata-mata
bergantung kepada nisbah bilangan
3. Kepentingan menyusun disiplin penting dalam pendidikan
untuk mencapai kemajuan negara
4. Struktur kursus dan latihan dalam pendidikan dalam
menjana kemajuan pelajar, pendidikan dan mencapai
negara maju
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
41/50
4.2 Transformasi Pendidikan
1. Transformasi dalam pendidikan dalam
membangunkan pelajar dan negara
2. Kaedah pengukuran tahap pelajar
3. PPPM dan perkembangan potensi
pelajar
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
42/50
4.3 CABARAN
1. Membina asas kukuh untuk pelajar
2. Kurang faham kepentingan kewujudan
sekolah teknik dan vokasional
3. Isu kebolehan dan prestasi guru
4. Perkembangan teknologi yang pesat
5. Memahami situasi semasa dan saingannya
6. Menjadikan pelajar lebih kreatif, kritis daninovatif
7. Kekurangan infrastruktur
8. Penyertaan pelajar sains selepas
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
43/50
4.4 Intervensi Penyelesaian
1. Menyusun pelan tindakan
2. Penglibatan Kementerian dan Badan
Kerajaan yang lain
3. Penglibatan pihak swasta dan industri
4. Pertambahan bilangan dan kualiti
pusat latihan( pusat penyelidikan
untuk melahirkan saintis eg Lembah
Bio )
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
44/50
5.0 KESIMPULAN
Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains
yang semakin kritikal mencetuskan satu
polemik baru dunia pendidikan negara
yang selama ini mensasarkan hala tujusebuah negara maju.
Pelajar drastik menukar corakpemilihan pengajian.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
45/50
Faktor kemerosotan aliran sains:
Menganggap aliran sastera
mempunyai lebih peluang dalamkejayaan akademik.
Rasa ingin bebas daripada belenggualiran sains yang sukar.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
46/50
Nilai prestij aliran tidak memainkan
peranan penting sebaliknya jaminan
yang mampu diberikan menjadi faktor
tarikan utama.
Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan
Teknologi 2020 mensasarkan 60 peratuspelajar aliran sains malangnya ia
merosot dengan bidang sains dan
matematik hanya 37 peratus dan 29
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
47/50
Melalui kajian, didapati ramai pelajar
lebih berminat menjadi ahli perniagaan,
usahawan, petani, kontraktor, bidang
perkhidmatan dan bidang hospitaliti.
Jumlah pelajar aliran sains di institusi
pengajian tinggi tempatan kini hanya
sekitar 35,000 orang setahun
berbanding sasaran 100,000 pelajar
setahun.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
48/50
Malaysia memerlukan sekurang -
kurangnya 500,000 tenaga kerja dalam
aliran sains dan teknologi menjelang
2020 untuk mencapai status negaramaju berpendapatan tinggi.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
49/50
Sekian, terima kasih....
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
-
7/23/2019 Dasar 60 40 Stem
50/50
Bincangkan dalam kumpulan
Sejauh mana isu perlaksanaan nisbah 60:40 ini
berjaya dalam menggerakkan negara ke arah
pencapaian taraf negara maju menjelang tahun
2020?