ekosistem

44
TG30203 PENGURUSAN EKOSISTEM PERSEKITARAN

Upload: fizharon

Post on 12-Dec-2014

111 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

slide ekosistem

TRANSCRIPT

Page 1: ekosistem

TG30203PENGURUSAN EKOSISTEM

PERSEKITARAN

Page 2: ekosistem

OBJEKTIF KURSUS Menerangkan konsep-konsep asas ekologi dan ekosistem

Menyatakan komponen utama ekosistem serta fungsinya

Memberi contoh-contoh khusus yang menerangkan konsep

rantaian makanan dan siratan makanan serta jenis aliran

tenaga yang wujud

Menjelaskan konsep kitaran hidrologi dan imbangan air

Mengenalpasti semua elemen biotik dan abiotik yang

berinteraksi dari segi rantaian makanan dan siratan makanan

dalam ekosistem kolam/tasik, bandar, tanah lembap, tanah

tinggi, daratan dan lautan

Menyenaraikan semua aktiviti manusia yang merosakkan

ekosistem serta langkah-langkah pemeliharaan dan

pemuliharaan ekosistem persekitaran

Menjalankan kajian luar sistem ekologi di peringkat mikro

Page 3: ekosistem

SUKATAN PELAJARAN:

1. Konsep Ekologi Dan Ekosistem

2. Komponen Dan Fungsi Ekosistem

3. Kitar Hidrologi

4. Air Permukaan Bawah Tanah

5. Sejatan Dan Sejat Peluhan

6. Iklim Dan Kerpasan

7. Pintasan Dan Aliran Batang

TOPIK

Page 4: ekosistem

TOPIKSUKATAN PELAJARAN (samb..):

8. Infiltrasi

9. Kandungan Air Atmosfera

10. Imbangan Air

11. Taburan Tumbuhan Semula Jadi Dan Fauna

12.Pemuliharaan & Pemeliharaan Alam Sekitar

Page 5: ekosistem

PENILAIAN:

Tugasan Individu : 20%

Tugasan Kumpulan/Pembentangan 20%Peperiksaan Pertengahan Semester: 20%

Peperiksaan Akhir: 40%

Page 6: ekosistem

RUJUKAN

Atkinson, J.H., & Bransby, P.L. 1991. Mekanik Tanah: Pengenalan Mekanik Tanah Peringkat Genting. KL: DBP

Begon, M., Harper, J.L. and Townsend, C.R. 1996. Ecology: Individuals, Populations and Communities. 3rd Edition. Blackwell Science.

De Santo, R.S. 1990. Konsep Ekologi Gunaan. KL: DBP.Hogarth, P. J. 1999. The Biology of Mangrove. Oxford University

Press. 228p. Kaufman, M.S. 2003. Reefs and Rain Forests. Reefs and Rain

Forests Publications, Singapore. 239p. Mastaller, M. 1997. Mangroves: The Forgotten Forest Between

Land and Sea. Tropical Press Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. 200p.

Page 7: ekosistem

RUJUKAN (Samb…)

Meffe, G.K. and Carroll, C.K. 1997. Principles of Conservation Biology. 2nd Edition. Sinauer Associates, Inc. Publishers.

Odum, E.P. 1953. Fundamentals of Ecology. W.B. Saunders. Richards, P.W. 1996. The Tropical Rain Forest. 2nd Edition.

Cambridge University Press. Sani, S. 1998. The Encyclopedia of Malaysia: The Environment.

Archipelago Press, Singapore. 144p. Whitmore, T.C. 1998. An Introduction to Tropical Rain Forests.

2nd Edition. Oxford University Press.

Page 8: ekosistem

KONSEP EKOLOGI & EKOSISTEM

Page 9: ekosistem

Ekologi

• Perkataan Yunani “Oikos” = “rumah @ tempat tinggal”.

• Mengkaji ttg rumah @ tempat tinggal organisma2.

• Ekologi yang mengkaji saling kaitan antara benda hidup dengan persekitarannya.

• Konsep ptg Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam persekitarannya.

9

Page 10: ekosistem

Ekosistem

• Ekosistem merupakan unit yang dikaji oleh ahli-ahli ekologi.

• Bumi kita boleh dianggap sebagai satu Ekosistem yang besar.

10

Page 11: ekosistem

Konsep Ekosistem:

Kombinasi antara konsep ekologi dengan sistem. Pecahan unit-unit kecil yang dikaji dalam sistem ekologi (Transley, 1935)

Contoh:

• Ekologi merujuk kpd rumah, manakala sistem merujuk kpd saling kaitan antara organisme yg menghuni rumah tersebut.

Konsep Ekologi & Ekosistem

Page 12: ekosistem

Konsep Ekosistem:

• Kajian ekosistem bersifat mikro (sub-sub ekologi)

• Tidak ada suatu sempadan yang nyata mengenai saiz sesebuah ekosistem (bersifat abritari) bergantung kpd sesuatu maksud kajian

• Terdapat 3 skala utama:

(a) Skala meso

(b) Skala mikro

(c) Skala makro

Konsep Ekologi & Ekosistem

Page 13: ekosistem

Konsep Ekosistem:

• Kajian bertumpu kpd populasi & komuniti

• Populasi terhasil melalui individu-individu spesies yang berkumpul

• Komuniti merujuk kpd perkumpulan populasi yang berlainan spesies, contoh:

(a) Hutan

(b) Padang rumput

(c) Burung

(d) Ikan

Konsep Ekologi & Ekosistem

Page 14: ekosistem

Konsep Ekologi & Ekosistem

• Ekosistem ialah suatu sistem di mana dua komponen, iaitu komponen biotik dan komponen abiotik saling bertindak balas.

• Kajian Ekosistem berkaitan dengan pola interaksi antara komponen biotik dan komponen abiotik dalam sesuatu kawasan atau unit ruang.

14

Page 15: ekosistem

Komponen-komponen Ekosistem

15

EkosistemAbiotik

Biotik

Pengguna •haiwan

Pengeluar •Tumbuh-tumbuhan

Tenaga

Persekitaran Fizikal

Unsur-unsur Kimia

Page 16: ekosistem

16

Page 17: ekosistem

Komponen Biotik

17

• Biotik merupakan komponen-komponen organisma yang hidup.

• Komponen-komponen yang hidup ini terdiri daripada semua tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan manusia, termasuk haiwan seni.

Page 18: ekosistem

• Kumpulan Pengguna diklasifikasikan berdasarkan 3 peringkat:

(a) Pengguna Primer (?)

(b) Pengguna Sekunder (?)

(c) Pengguna Tertier (?)

• Kumpulan Pengurai (pereput) diklasifikasikan kpd:

(a) Bakteria

(b) Kulat

(c) Protozoa

Komponen Biotik

Page 19: ekosistem

Fungsi mikroorganisme:

Menguraikan bahan-bahan organik yang telah mati & reput untuk menghasilkan nutrien-nutrien bukan organik yang amat berguna kepada pengeluar seperti nitrogen, fosforus, karbon dan potassium.

Rajah ringkas dalam sebuah ekosistem tumbuh-tumbuhan

Proses makan-memakan ini akan terus berkitar dalam satu kitaran yang dikenali sebagai rantaian makanan yang di dalamnya juga berlangsung kitar tenaga.

Komponen Biotik

Page 20: ekosistem

Komponen Abiotik• Abiotik merupakan komponen-komponen

persekitaran fizikal.

• Komponen-komponen persekitaran ini terdiri daripada unsur-unsur udara, cahaya, air, dan tanah.

20

Page 21: ekosistem

21

Page 22: ekosistem

Komponen Air:

• Unsur utama dalam kelangsungan sesebuah ekosistem

• Sifat air unik iaitu berkemampuan menyerap masuk & membebaskan keluar tenaga haba dengan lebih mudah berbanding medium lain.

• Menstabilkan suhu agar hidupan akuatik dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran ekosistemnya

Komponen Abiotik

Page 23: ekosistem

Komponen Air:

• Berfungsi sebagai pelarut semula jadi yang paling berkesan menukar bahan-bahan organik yang larut di dalam air menjadi nutrien-nutrien.

• Komponen utama untuk membolehkan bahan organik & bukan organik mengalir dari komponen abiotik ke komponen biotik dalam sesebuah ekosistem

Komponen Abiotik

Page 24: ekosistem

Komponen Tanah:

• Pembentukan tanah

• Penting dalam sesebuah ekosistem untuk menyediakan bahan-bahan nutrien yang akan digunakan oleh tumbuhan sebagai zat-zat galiannya dalam proses pertumbuhan & pembesaran.

• Menentukan kesuburan melalui simpanan (storan) nutrien atau zat galian.

• Ciri-ciri tanah akan menentukan/ mempengaruhi kuantiti dan jenis hidupan yang ada dalam sesebuah ekosistem

Komponen Abiotik

Page 25: ekosistem

Komponen Udara:

• Lapisan atmosfera khususnya troposfera memainkan peranan penting dalam sesebuah ekosistem

• Gas-gas yang wujud:

i. Nitrogen (78%)

ii. Oksigen (21%)

iii.Karbon dioksida (0.03%)

iv.Gas-gas nadir spt helium & neon (1%)

• Mengandungi wap air yang boleh berubah menjadi titisan hujan & membekalkannya untuk keperluan ekosistem

Komponen Abiotik

Page 26: ekosistem

Komponen Bahan-bahan Nutrien/ Kimia:

• Contoh:

i. Karbon

ii. Fosforus

iii. Nitrogen

iv. Sulfur

Komponen Abiotik

Page 27: ekosistem

Pendekatan:

i. Pendekatan Fungsional

ii. Pendekatan Struktural

(a) Bahan bukan hidup

(b) Organisme autrotof

(c) Organisme heterotropik

(d) Organisme pereput

Analisis Sesebuah Ekosistem:

Page 28: ekosistem

Contoh Ekosistem

Daratan: Hutan Tropis, Hutan Konifer, Gurun Pasir, Savana, Lahan Pertanian.

Perairan (Akuatik): Danau, Sungai, Laut.

Peralihan Antara Daratan Dan Perairan: Lahan Basah (Rawa, Hutan Bakau Pesisir).

Page 29: ekosistem

Ekosistem semulajadi

• mengalami proses-proses perubahan secara alami tanpa campur tangan manusia.

CONTOH EKOSISTEM

Ekosistem Binaan •memerlukan pengelolaan dan penambahan tenaga oleh manusia agar dapat dipertahankan dalam kkedudukannya.

Ekosistem juga dapat dibezakan kepada:A. Ekosistem Semulajagi , danB. Ekosistem Bianaan (kota, desa,

kawasan pretanian

By: Elia Godoong, Lecturer/Researcher, Institute for Tropical Biology and Conservation (ITBC), Universiti Malaysia Sabah (UMS), 2009

Page 30: ekosistem

Perbincangan

Jelaskan komponen dan fungsi ekosistem yang ditunjukkan

gambar ini !

Page 31: ekosistem
Page 32: ekosistem

KONSEP EKOLOGI

• Hubung kait dan kepentingan di antara komponen-komponen ekosistem ini harus dipertahankan dalam keadaan yang stabil dan seimbang.

• Perubahan terhadap salah satu komponen akan mempengaruhi komponen lainnya.

By: Elia Godoong, Lecturer/Researcher, Institute for Tropical Biology and Conservation (ITBC), Universiti Malaysia Sabah (UMS), 2009

MANUSIA

HAIWANTUMBUHAN*

TANAH AIR

UDARA

faktor biotik

faktor abiotik

Page 33: ekosistem
Page 34: ekosistem

34

Ekosistem Hutan Hujan Tropika

Komponen Biotik dalamHutan Hujan Tropika

• tumbuh-tumbuhan berbunga• burung• manusia • ular• serangga• pelbagai jenis haiwan

Komponen Abiotik dalamHutan Hujan Tropika

• unsur-unsur iklim• tanah-tanih• mineral

Page 35: ekosistem

35

• Di dalam sebuah hutan hujan tropika, tumbuh-tumbuhan adalah pengeluar. Contoh: pokok tualang, meranti, cengal, bunga-bungaan hutan, pokok renek, dan pokok yang memanjat seperti rotan yang sentiasa bersaing untuk mendapat punca tenaga iaitu cahaya matahari.

• Hasil hutan seperti buah, daun, bunga, atau kayu akan menjadi sasaran kepada pengguna primer seperti ulat, rama-rama, labah-labah, tupai, dan banyak lagi.

• Pengguna primer juga dikenali sebagai herbivor.

Cont…

Page 36: ekosistem

36

• Seterusnya, pengguna primer akan menjadi mangsa kepada pengguna sekunder.

• Pengguna sekunder terdiri daripada haiwan seperti ular, harimau, dan burung helang.

• Seterusnya, agen pengurai atau pereput berperanan dalam mengurai dedaun dan haiwan yang telah mati. Agennya seperti semut, anai-anai, kulat, dan bakteria.

• Agen-agen pereputan ini akan menguraikan dan mengembalikan nutrien-nutrien seperti karbon dan nitrogen ke dalam tanah, udara, dan air.

Cont…

Page 37: ekosistem

37

• Setiap tahap memerlukan tenaga. Contohnya dalam ekosistem hutan tenaga diperolehi daripada matahari.

• Komponen bukan hidup seperti air, udara, tanah, matahari, dan nutrien akan digunakan oleh pengeluar dalam proses fotosintesis.

Cont…

Page 38: ekosistem

38

Rantaian Makanan• Merupakan kaedah

pemakanan komponen hidup yang berperingkat-peringkat.

• Proses aliran tenaga berlaku melalui rantaian makanan.

Page 39: ekosistem

39

Siratan Makanan• Kebanyakan ekosistem mempunyai beberapa

rantaian makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain.

• Rantaian-rantaian makanan yang bertindih lapis ini dikenali sebagai siratan makanan.

Page 40: ekosistem

40

Siratan Makanan

Page 41: ekosistem
Page 42: ekosistem

42

Piramid Makanan

Page 43: ekosistem

43

Keseimbangan Ekosistem

• Ekosistem dalam keadaan semula jadi wujud dalam keadaan yang seimbang.

• Sekiranya terdapat kekurangan pada mana-mana satu komponen, komponen-komponen lain dalam sistem itu akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

Page 44: ekosistem

44

Keseimbangan Ekosistem

• Ekosistem hutan hujan tropika yang seimbang dapat menghasilkan makanan secukupnya untuk menampung keperluan sebilangan besar hidup-hidupan liar sebagai penggunanya.

• Kehadiran manusia dalam sesuatu ekosistem telah membawa bersama perubahan-perubahan yang nyata kerana sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan masing-masing.

• Ini telah mengubah keadaan persekitaran semula jadi.