isu pengangguran

21
Pengenalan Menurut Slamon, J. (1999) di dalam buku Economics (Edisi Keempat), definasi penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walau pun berusia di dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa. Di England, definasi ini ditambah dengan mereka yang sedia bekerja dalam masa 2 minggu dan sedang aktif mencari pekerjaan atau menunggu temujanji kerja. Secara global, isu pengangguran mengikut satu kitaran (cyclical) turun-naik persis seperti ekonomi dunia dan kedua-duanya saling berhubung kait di antara satu sama lain.Pada awal 80-an, kadar pengangguran meningkat akibat resesi (recession) yang melanda dunia ketika itu. Tetapi pada pertengahan 80-an, kadar pengangguran kembali turun, hasil daripada perkembangan (expansion) ekonomi dunia. Kitaran ini berulang lagi apabila dunia mengalami resesi pada awal tahun 90-an dan disusuli dengan perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan 90-an. Tentunya kita masih teringat dengan krisis matawang Asia pada akhir tahun 90-an yang mengakibatkan ekonomi Asia jatuh dengan teruknya. Kini, pada awal abad ke-20 ini, kita kembali pula kepada fasa perkembangan ekonomi yang pesat. Dalam konteks domestik pula, halaman web Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri iaitu www.epu.jpm.my , telah menerangkan dengan secara terperinci mengenai perubahan bentuk serta fasa-fasa perkembangan ekonomi negara Malaysia sejak tahun 1957.

Upload: jass-lloyd-azliezan

Post on 25-Jul-2015

404 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Pengangguran

Pengenalan

Menurut Slamon, J. (1999) di dalam buku Economics (Edisi Keempat), definasi penganggur

ialah mereka yang tidak bekerja walau pun berusia di dalam lingkungan umur orang bekerja

tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa. Di England, definasi ini

ditambah dengan mereka yang sedia bekerja dalam masa 2 minggu dan sedang aktif mencari

pekerjaan atau menunggu temujanji kerja. Secara global, isu pengangguran mengikut satu kitaran

(cyclical) turun-naik persis seperti ekonomi dunia dan kedua-duanya saling berhubung kait di

antara satu sama lain.Pada awal 80-an, kadar pengangguran meningkat akibat resesi (recession)

yang melanda dunia ketika itu.

Tetapi pada pertengahan 80-an, kadar pengangguran kembali turun, hasil daripada

perkembangan (expansion) ekonomi dunia. Kitaran ini berulang lagi apabila dunia mengalami

resesi pada awal tahun 90-an dan disusuli dengan perkembangan ekonomi dunia pada

pertengahan 90-an. Tentunya kita masih teringat dengan krisis matawang Asia pada akhir tahun

90-an yang mengakibatkan ekonomi Asia jatuh dengan teruknya. Kini, pada awal abad ke-20 ini,

kita kembali pula kepada fasa perkembangan ekonomi yang pesat. Dalam konteks domestik pula,

halaman web Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri iaitu www.epu.jpm.my , telah

menerangkan dengan secara terperinci mengenai perubahan bentuk serta fasa-fasa perkembangan

ekonomi negara Malaysia sejak tahun 1957.

Seperti turun naiknya ekonomi global, pertumbuhan ekonomi negara turut terjejas akibat

krisis minyak dunia pada tahun 1979. Kejatuhan kodomiti utama negara seperti getah dan bijih

timah, telah memburukkan lagi keadaan. Beberapa pendekatan serta pengubahsuaian besar di

dalam dasar-dasar ekonomi negara telah dijalankan oleh kerajaan untuk menangani krisis

tersebut. Ekonomi negara pulih pada tahun 1987 dan kembali berkembang. Pada sekitar 1988

– 1990, ekonomi negara mencatitkan pertumbuhan sebanyak 9.3 %, yang tertinggi sejak

kemerdekaan. Pendapatan per kapita negara turut bertambah, kewangan negara menjadi stabil,

beban hutang luar negara dapat dikurangkan, tahap kemiskinan juga berkurang dan peluang

pekerjaan bertambah.

Page 2: Isu Pengangguran

Negara membangun dengan pesat di sekitar 1991 hingga 1997 dengan GDP sebanyak 8.5

% sehinggalah berlakunya krisis matawang Asia pada tahun 1997 yang turut menjejaskan

prestasi keseluruhan ekonomi negara. GDP jatuh kepada 7.4% pada tahun 1998, inflasi

bertambah, nilai matawang ringgit berkurang dan kadar pengangguran meningkat. Tetapi, seperti

krisis ekonomi tahun-tahun sebelumnya, Malaysia bangun kembali dan berjaya mengatasinya.

Penubuhan NEAC pada 7hb Januari 1998 dan perlaksanaan 6 dasar pemulihan yang terkandung

di dalam plan NERP yang dilancarkan pada 23hb Julai 1998 telah berjaya mengongkong kesan

negatif akibat Krisis tersebut. Malah, kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada tahun 2000.

Jika kita perhatikan, pendekatan serta pengubahsuaian dalam dasar-dasar ekonomi negara telah

berjaya mengharungi resesi dunia dalam tahun 80-an, krisis matawang Asia dalam tahun 90-an,

isu SARS dan juga peperangan di Iraq pada awal abad ke-20. Dalam erti kata yang lain, kadar

pengangguran dapat diminimakan, tidak timbul rasa tidak puas hati serta pemberontakan rakyat

terhadap kerajaan yang mentadbir negara dan kita dapat mengembeleng tenaga serta usaha dalam

atmosfera yang kondusif dan tenteram.

Di Malaysia isu pengganguran yang selalu diketengahkan di media cetak dan elektronik

ialah isu pengangguran dalam kalangan graduan. Meskipun telah mempunyai kelayakan ijazah

ramai graduan di Malaysia belum mempunyai pekerjaan. Di mana silapnya? Adakah silap

graduan kerana terlalu memilih pekerjaan? Kursus yang ditawarkan di universiti banyak yang

tidak relevan dengan pekerjaan? Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan.

Lebih memburukkan lagi apabila lebih banyak IPT swasta diluluskan untuk menawarkan

pelbagai program. Jumlah graduan hasil daripada IPT swasta saban tahun meningkat dengan

banyak dan ramai beranggapan universiti-universiti dan kolej-kolej swasta dalam tempoh 10

tahun ini laksana industri kilang menghasilkan tenaga kerja yang melebihi daripada permintaan

oleh industri pekerjaan.

Bagi mereka yang berhenti kerja dan cuba mendapat pekerjaan baru juga turut mengalami

masalah ini. Ada penganggur yang berhenti kerja pada 3 tahun lepas tetapi masih gagal sehingga

hari ini mendapat pekerjaan tetap meskipun mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas

dalam bekerja. Malah ada yang mempunyai ijazah Sarjana atau Master.

Page 3: Isu Pengangguran

Oleh kerana pihak majikan tidak mampu membayar permintaan gaji yang tinggi oleh

golongan-golongan ini, majikan telah melihat bahawa lebih baik mengambil graduan yang lebih

muda dan yang pentingnya dengan gaji yang lebih rendah semata-mata untuk mengurangkan kos

operasi. Nasib baiklah situasi berkenaan masih boleh membantu pengangguran di kalangan

graduan tetapi golongan pekerja berpengalaman atau mahir terus dipinggirkan semata-mata isu

gaji meskipun mereka ini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada industri dengan

pengetahuan dan pengalamannya. Sewajarnya, pihak majikan perlu nampak bahawa mereka

tidak memerlukan banyak wang untuk melatih graduan-graduan muda yang diambil bekerja jika

mereka mengrekrut pekerja-pekerja mahir ini.

Walaubagaimanapun, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu menumpukan lebih

perhatian untuk mengurangkan kadar pengangguran tidak rasmi yang dihuraikan di atas. Oleh

kerana para graduan muda ini adalah antara yang terbabit, pastinya usaha kerajaan untuk

mendapatkan mereka pekerjaan adalah satu benda penanda aras atau KPI. Mereka tidak mahu

kerajaan terus menyalahkan mereka kerana terlalu memilih pekerjaan. Bagi mereka, mereka

tidak memilih tetapi mahukan pekerjaan yang sesuai dengan ilmu yang mereka perolehi. Mereka

mahukan kerajaan supaya nampak jika ada graduan muda yang terpaksa memohon pekerjaan di

dalam PDRM sebagai konstabel, ini sudah nampak sangat bahawa kerajaan telah gagal.

Mereka mungkin lebih suka memohon pekerjaan di dalam PDRM setidak-tidaknya

sebagai Cif Inspektor ataupun ASP supaya ilmu yang dipelajari tidak disia-siakan. Mereka juga

percaya jika mereka memenuhi kesemua pekerjaan Konstabel di dalam PDRM, bagaimana pula

dengan orang muda yang hanya lulus Diploma, STPM dan SPM? Adakah jawatan yang lebih

rendah lagi dari Konstabel untuk ditawarkan kepada mereka ini? Inilah kebingungan sosial yang

melanda industri sumber manusia.

Page 4: Isu Pengangguran

Isu Pengangguran di Malaysia

Utusan Malaysia-30/06/2010. Seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas

enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Menteri

Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, statistik Kementerian Pengajian Tinggi itu

menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu sebanyak 21,760

berbanding lelaki seramai 10,240 orang.

"Antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka kurang

mendapat permintaan daripada pihak majikan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang mahu kerajaan

menyatakan jumlah graduan menganggur, peratusan mereka mengikut jantina, kumpulan

pendapatan keluarga rendah dan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional (PTPTN) serta sebab mereka tidak diambil bekerja serta cadangan untuk mengatasi

masalah itu.Subramaniam berkata, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan pembiayaan

untuk pinjaman PTPTN kepada 1.5 juta pelajar dengan jumlah RM32.62 bilion sehingga 30

April lalu. Dalam pada itu katanya, trend pengambilan pekerja masa kini yang tidak

menumpukan perhatian kepada kelulusan calon semata-mata boleh membantu mengatasi

masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini.

Berdasarkan kajian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2009 dan maklum balas

industri, enam perkara dikenal pasti sebagai antara faktor utama graduan terpaksa menganggur

berikutan gagal memasuki pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Timbalan Menteri

Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, sebahagian besar faktor itu membabitkan

graduan sendiri seperti kurang permintaan terhadap bidang pengajian dimiliki graduan,

kekurangan kemahiran berkomunikasi, kelemahan menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

“Selain itu ada graduan enggan berhijrah dari kampung halaman dan terlalu memilih

tempat bekerja manakala sebahagian lagi mengharapkan gaji tinggi. Pada masa sama,

kebanyakan majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai satu syarat pengambilan.

Page 5: Isu Pengangguran

Berita Harian 12 Jun 2012 -Dasar baru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang

membenarkan calon yang memiliki ijazah Sarjana Muda memohon jawatan pada peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak. Pada satu

sudut, ia mampu meningkatkan keupayaan guna tenaga sektor awam kerana diharapkan tahap

akademik yang lebih tinggi ini akan mampu melonjakkan mutu perkhidmatan serta

profesionalisme penjawat awam. Pada sudut lain, ia adalah jalan penyelesaian singkat terhadap

isu lambakan graduan yang masih tidak mendapat pekerjaan.

Anak muda ini harus dimasukkan ke pasaran kerja seberapa awal yang mungkin supaya

potensi dimiliki boleh dimanfaat sebaiknya. Kesukaran graduan dapatkan pekerjaan kini

dirumitkan lagi dengan suasana ekonomi yang sederhana” Khabarnya, dasar baru SPA ini

mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada graduan yang sememangnya berharap

dapat menamatkan kemarau kerjaya sejak berkonvokesyen. Namun, beberapa persoalan penting

harus kita fikirkan secara mendalam berikutan hal ini. Bercakap soal belia, tumpuan kita

seharusnya meluas kepada kelompok berusia 15 hingga 40 tahun keseluruhannya. Semua pihak

harus mengakui bahawa peluang kerja buat belia kita semakin mengecil dan kompetitif.

Dalam sektor awam, keputusan kerajaan melanjutkan tempoh persaraan wajib secara

langsung mengecilkan jumlah pemegang ijazah sarjana muda untuk memegang jawatan dan

mengembangkan kerjayanya. Hal ini amat jelas terjadi dalam bidang pendidikan apabila ada

ramai bakal guru tersadai tidak dipanggil untuk penempatan. Antara puncanya ialah kerana

tempat yang sepatutnya kosong masih diduduki kerana guru senior tidak jadi bersara. Penulis

sejak awal lagi bertegas bahawa melanjutkan tempoh persaraan kakitangan awam bukanlah

langkah yang tepat dalam perancangan sumber manusia negara. Sekiranya alasan prestasi dan

kemahiran menjadi ukuran, ia seolah-olah satu prejudis terhadap kemahiran dan keupayaan anak

muda ini, sekali gus ia seolah-olah memperkecilkan keseluruhan institusi pengajian tinggi serta

badan latihan profesional yang kita sendiri kawal dan wujudkan.

Page 6: Isu Pengangguran

Anak muda ini harus dimasukkan ke pasaran kerja seberapa awal yang mungkin supaya

potensi dimiliki boleh dimanfaatkan sebaiknya. Kesukaran graduan kita mendapatkan pekerjaan

kini dirumitkan lagi dengan suasana ekonomi yang sederhana dengan kebanyakan majikan

mengehadkan pengambilan pekerja baru. Kini, apabila peluang pekerjaan peringkat lepasan SPM

dibukakan kepada graduan, dengan sendirinya masalah pengangguran ini beralih kepada belia

lepasan SPM yang tidak berkemampuan memegang skrol ijazah. Sebenarnya, usaha melayan

dan menangani kerenah kumpulan lebih rumit dan menyukarkan. Kumpulan belia lepasan SPM

yang tidak berjaya masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi atau kolej pada kebiasaannya

disebut sebagai belia tercicir dan jauh daripada arus perdana kehidupan.

Memandangkan sistem pendidikan di negara kita berdasarkan merit pencapaian akademik

dan kokurikulum, maka sudah pasti kumpulan ini berada pada ‘kelas hujung-hujung’, iaitu sejak

awal persekolahan mempunyai tahap pencapaian akademik yang agak rendah. Dilihat dari sudut

psikologi dan kognitif, berkemungkinan besar mereka memiliki ‘esteem’ diri yang rendah serta

mudah terjebak kepada suasana hidup yang negatif. Data daripada Unit Pusat Universiti (UPU),

Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan ada 468,808 orang calon lepasan SPM pada 2011.

Daripada jumlah itu hanya 171,590 orang yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi

awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), manakala kira-kira 80,000 orang

memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta

(ILKS).

Ini bermakna ada kira-kira 217,278 belia lepasan SPM pada 2011 yang kini sama ada

berada pada pasaran kerja atau menganggur, berkahwin atau berada dalam pusat serenti atau juga

penjara. Sudah pasti peluang pekerjaan untuk sektor awam hampir tertutup rapat kerana

kumpulan ini terpaksa bersaing dengan rakan yang lebih berketerampilan dan bergelar graduan.

Adalah amat membimbangkan sekiranya kita membiarkan kelompok ini tanpa perhatian yang

mendalam. Dalam konteks pergerakan belia, semua pertubuhan belia sedaya upaya mendekati

kumpulan belia tercicir dengan memberikan mereka info berkaitan kerjaya serta latihan

kemahiran khususnya yang berkonsepkan latihan kemahiran peluang kedua.

Page 7: Isu Pengangguran

Namun, jawapan akhir kepada persoalan belia kita ialah dengan menyediakan mereka

peluang kerja yang bersesuaian dengan keupayaan serta mampu menyediakan masa depan.

Bernstein (2004) menyatakan ada empat faktor yang menyumbang kepada kegembiraan dan

kesejahteraan hidup kebanyakan orang iaitu kesihatan, status ekonomi, pekerjaan dan hubungan

kekeluargaan. Justeru, aspek sosioekonomi generasi muda ini perlu kita cari penyelesaian segera

untuk mengelakkan mereka terus tertekan dan terjebak kepada sisi negatif kehidupan.

Harian Metro 18 Mei 2012. Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada

masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini

bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.Pengangguran merupakan satu

penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan

dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah,

berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan

peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi,

apakah punca-punca yang medorong isu ini berlaku.

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum.

Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang

pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh

kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi

dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama

untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai

kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun

ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangn kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu,

berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat.

Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang

tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Page 8: Isu Pengangguran

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang

hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat.

Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap

pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah

terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan

akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Datuk Dr. Zainal Aznam dari Majlis Ekonomi Nasional yang ditubuhkan oleh kerajaan

baru-baru ini melaporkan bahawa kadar pengangguran di dalam negara akan mencapai tahap 6%

yang merupakan kadar tertinggi yang dicapai oleh negara sejak 20 tahun lalu. Meskipun ekonomi

berasaskan pembuatan sejak setahun lalu menampakkan sedikit pertumbuhan, namun kadar

pengangguran ini masih tidak dapat dielakkan. Dengan pemulihan ekonomi dan peluang

pekerjaan buruh kasar yang agak murah, banyak negara pelabur asing mula memandang negara-

negara seperti Vietnam, Indonesia, Kemboja dan China untuk dijadikan tempat melabur.

Kemasukan pelaburan terus asing atau FDI ke dalam negara-negara ini sejak ekonomi sedunia

mulai nampak pulih setahun lepas telah melenyapkan beberapa harapan penggerak dana serantau

negara kita di dalam memperolehi modal baru antarabangsa.

Para pelabur luar berasa bimbang dengan situasi dan melabelkan Malaysia sebagai negara

tidak selamat memandangkan iklim politiknya tidak stabil dan isu-isu seperti hak sosial, hak

maklumat dan kelambatan transformasi proses demokrasi di dalam negara. Meskipun begitu,

keadaan huru-hara politik di Thailand kurang memberi impak kepada para pelabur asing untuk

membuka perdagangan mereka di sana. Ini adalah kerana kos perniagaan dan kos buruh adalah

jauh lebih rendah daripada di Malaysia.

Sungguhpun demikian, syarikat-syarikat dari Malaysia pula semakin banyak menceburi

usahasama perdagangan dengan negara luar. Syarikat-syarikat Malaysia sanggup menghabiskan

lebih banyak wang syarikat untuk melabur di luar negara dengan alasan yang sama iaitu kos

buruh yang rendah. Mungkin kerajaan perlu berbuat sesuatu supaya mereka ini pulang membuka

kilang-kilang di Malaysia dengan insentif tempatan yang lebih baik bagi mengisi kilang-kilang

yang ditinggalkan oleh pelabur asing. Walaupun Malaysia memberikan infrastruktur dan

Page 9: Isu Pengangguran

pelepasan duti-duti yang agak menarik, namun keadaan sosial dan politik semasa menggerunkan

para pelabur.

Selain itu, mengapa ramai graduan yang menganggur adalah kerana percambahan pusat-

pusat pengajian tinggi yang menawarkan program sijil,diploma dan ijazah sama ada kerajaan dan

swasta. Dengan pengambilan kemasukan pelajar yang nampak mudah tidak seperti 15 tahun lalu,

ramai mereka yang sekadar lulus SPM tidak menghadapi masalah untuk memperolehi diploma

atau pun sijil. Yang membezakan mereka hanyalah sama ada mereka adalah graduan universiti

awam ataupun swasta. Jika 12 tahun lalu, untuk insitusi pengajian tinggi kerajaan, negara hanya

mempunyai 10 universiti awam tetapi hanya dengan sekelip mata dan 3 tahun berikutnya, jumlah

itu bertambah lebih sekali ganda. Bukan itu sahaja, jumlah pengambilan setiap tahun semakin

bertambah. Kesan daripada kehadiran graduan-graduan ini tidak nampak pada pertengahan tahun

2000. Ini adalah kerana peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta mampu menerima

graduan-graduan ini.

Tetapi pada tahun 2007, apabila ekonomi negara dan serantau mengalami kemelesetan,

kesan ini mula ternampak dan diakui apabila ramai graduan terbaru sukar mendapat pekerjaan di

saat industri sedang memberhentikan pekerja kerana tiada sumber dan peluang perniagaan. Ada

yang menganggap segalanya bermula apabila geraf kelulusan pelajar di dalam keputusan SPM

dipermudahkan atau direndahkan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa saban tahun tahap

lulus SPM meningkat. Hasilnya lebih ramai pelajar yang diciptakan ’pintar’ boleh mengisi ruang

kosong kemasukan ke dalam IPT terutamanya IPT-IPT swasta.

Berita Harian 9 Mei 2012. Lebih 70,000 siswazah masih menganggur menurut

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kira-kira 76,200 siswazah

masih menganggur kerana tiada kemahiran mencari pekerjaan. Beliau berkata, berdasarkan

kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal JobStreet Malaysia ke atas 1,994 responden, 77.14

peratus menyatakan mereka perlu mentor atau pembimbing dalam usaha mencari kerja. "Melalui

bancian itu juga kita dapati hanya 42.59 peratus bersetuju menyatakan sepatutnya lepasan

universiti tidak menghadapi masalah dalam mencari kerja, berbanding 57.41 peratus yang

mengakui bermasalah untuk mencari kerja.

Page 10: Isu Pengangguran

"Ini jelas menunjukkan tiada kemahiran untuk mendapat maklumat dan membuat carian

pekerjaan menyumbang kepada kegagalan lepasan universiti untuk mendapat pekerjaan,"

katanya ketika menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang di Dewan Negara, di sini, hari ini.

“Selain itu, sikap siswazah yang terlalu bergantung kepada orang lain untuk menyampaikan

maklumat mengenai peluang kerja serta tidak tahu bagaimana untuk memohon juga

menyumbang kepada pertambahan kadar pengangguran,” katany

Cara- cara mengatasi masalah pengangguran

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan

perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan

ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka

di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan

ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api

Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan petrumbuhan ekonomi negara selain

mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan

belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut

kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan atu

sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi.

Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur

asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada

golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman

peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah

drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan

menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak

bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Page 11: Isu Pengangguran

“Bagi mengatasi masalah ini, KPT menganjurkan Program Kebolehpasaran Graduan dan

Program Graduan Menganggur yang dilaksanakan dengan pelbagai agensi manakala

Kementerian Sumber Manusia (KSM) melaksanakan pelbagai program termasuk Pendaftaran

dan Penempatan Pekerjaan melalui portal JobsMalaysia, mewujudkan JobsMalaysia Center dan

Karnival Kerjaya,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (BN-Sepang)

yang ingin penjelasan mengenai peratus graduan tempatan yang belum mendapat pekerjaan

selepas satu hingga lima tahun menamatkan pengajian serta punca mereka gagal mendapat

pekerjaan.

Seramai 40,460 siswazah telah menyertai Program Sangkutan dan Latihan Dikalangan

Siswazah Menganggur sehingga 28hb Februari 2005. Pokoknya, segala perancangan serta

pengubahsuaian kerangka negara perlu dilakukan agar kadar pengangguran dapat diminimakan

pada masa hadapan.

Realitinya, sesebuah negara mempunyai corak kadar pengangguran yang akan bertambah

apabila negara tersebut bertambah maju dari sebelumnya. Contohnya ialah negara England di

mana kadar pengangguran pada tahun 60-an dan 70-an ialah sekitar 5 %, meningkat kepada 10 %

pada tahun 80-an dan 8.4 % pada tahun 90-an (Sloman, J (1999)). Corak peningkatan tersebut

turut dialami oleh kebanyakan negara maju di dunia pada hari ini. Kerangka negara yang

diubahsuai, perlu dapat merancang bentuk dan keperluan tenaga kerja (labor force) dengan lebih

sistematik dan terkawal agar dapat disalurkan ke bidang-bidang yang diperlukan di dalam

ekonomi negara, hari ini dan juga masa hadapan.

Maka, perancangan hendaklah bermula di tahap persekolahan dan pengajian tinggi.

Realitinya, dasar-dasar dan segala program ilmiah di dalam sekolah dan institusi-institusi

pengajian adalah program yang sistematik dan terkawal. Apabila kita mempunyai program yang

boleh dikawal, manipulasi sepatutnya boleh dilakukan ke atas program-program yang sedia ada

supaya tenaga kerja yang bakal dibekalkan oleh pihak institusi tinggi, berguna dan praktikal

sepenuhnya selaras dengan keperluan masa tersebut.

Justeru itu ianya dapat mengurangkan kesan-kesan sampingan yang wujud seperti

pengangguran dan memilih pekerjaan.Sebenarnya, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi

Page 12: Isu Pengangguran

tidak boleh dianggap sudah matang, berdikari dan pandai membentuk masa depan sendiri.

Mereka masih mentah dan tidak dapat untuk menilai evolusi dan corak keperluan dan ekonomi

Malaysia pada masa depan. Mereka tidak boleh dibiarkan memilih sendiri kursus-kursus yang

diambil kerana titik noktahnya bukan sampai disitu sahaja.Malah pemilihan kursus-kursus

tersebut memerlukan setiap bimbingan serta perincian tepat dan kalkulatif, yang perlu

berlandaskan pasaran pekerjaan pada 5 hingga 10 tahun ke depan dari masa pembelajaran

mereka.

Para ekonomis, cendekiawan, penggubal-pengubal dasar, pelabur-pelabur dan ahli-ahli

politik boleh memberi input, idea-idea dan maklumbalas yang konkrit kerana merekalah yang

bertanggungjawab di dalam menjana dan mencorakkan ekonomi serta keperluan tenaga kerja di

Malaysia pada masa hadapan. Maklumbalas itu kemudiannya digunakan sebagai rangkakerja di

dalam penyusunan kepentingan bidang-bidang pengajian di dalam institusi tinggi. Di sini

institusi pengajian memainkan peranan penting di dalam menjayakan matlamat tersebut.

Seperti sedia maklum, wujud bidang-bidang pengajian yang lebih popular daripada yang

lain di IPT. Sikap ini bukan kerana prejudis tetapi lebih berpijak di bumi nyata yang

berpandukan kepada realiti supply & demand pasaran pekerjaan di negara ini. Tetapi jika

pengambilan pelajar di dalam bidang tersebut terlampau ketat dan terhad, maka terjadi fenomena

pengambilan bidang ilmu secara tangkap muat oleh pelajar-pelajar yang tidak berjaya serta tidak

berlandaskan cita rasa mereka dan keperluan negara pada masa hadapan .

Kita perlu sedar bahawa ekonomi adalah sesuatu yang dinamik. Untuk berjaya, ilmu dan

tenaga kerja perlu juga dinamik dan boleh dikembangkan sejajar dengan masa sekarang dan

hadapan. Ilmu-ilmu di dalam institusi pengajian adalah suatu yang mulia dan perlu pendokongan

yang kukuh. Di masa yang sama, ianya tidak boleh rigid dan terlalu konservatif kerana ilmu-ilmu

yang dipelajari adalah simbiosis dan saling memanfaatkan di antara satu sama sendiri. Bidang-

bidang pengajian yang kononnya tidak popular, perlu diberi nafas baru dan perlu menggabungi

segala aspek ilmu dan teknologi tinggi di dalamnya agar selari dengan keperluan dan permintaan

semasa dan masa hadapan.

Dengan cara ini, masa tidak dibazirkan untuk mempelajari sesuatu yang baru selepas

tamat pengajian semata-mata kerana tidak secocok dengan alam pekerjaan ketika itu. Jika ilmu

Page 13: Isu Pengangguran

yang dipelajari di dalam institusi tinggi cukup lengkap merangkumi segala keperluan ilmu dan

tenaga kerja negara, kadar graduan menganggur dapat dikurangkan lagi.

Kesimpulan

Isu pengangguran ini sebenarnya merupakan isu yang tidak pernah selesai kerana setiap tahun

akan lahir beribu-ribu graduan yang akan mencari pekerjaan. Sebenarnya, masalah pengangguran

ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan

kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang

sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup

mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Page 14: Isu Pengangguran

Rujukan

Abdul Kadir M.Y . 2003. Ekonomi Makro.Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Bernstein (2004). Makroekonomics in Perspective. London

Ghazali M. 2002. Politik Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamal A. 2003. Ekonomi Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka KL.

Jomo. Ks dan Ishak. 2003. Makroekonomi. Utusan Publication Sdn Bhd.

Slamon, J. (1999) Economics (Edisi Keempat),Prentice Hall.

www.bharian.com.my

www.utusanonline.com

www.hmetro.com.my