kaji selidik kpt6044_nor husniyah

21
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK. PENSYARAH: DR. JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT KURSUS: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRNIK DAN WEB (KPT6044) TUGASAN 4: KAJIAN TINJAUAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK. 1

Upload: husniyah-rashid

Post on 24-May-2015

1.452 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMIUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK.

PENSYARAH: DR. JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZATKURSUS: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRNIK DAN WEB

(KPT6044)TUGASAN 4: KAJIAN TINJAUAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA

KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.

NOR HUSNIYAH BT MOHD RASHID861004-38-5724M20112001081

MT19

1

Page 2: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 1

1.3 Objektif Kajian 2

1.4 Persoalan Kajian 2

1.5 Kepentingan Kajian 3

2.0 SOROTAN KAJIAN

2.1 Kajian Literatur 3

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian 5

3.2 Sampel Kajian 5

3.3 Instrumen Kajian 5

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Bahagian A: Latarbelakang Responden 7

4.2 Bahagian B: Tahap Kekerapan dan Penggunaan Komputer 8

Dalam Pembelajaran dan Pengajaran

4.3 Bahagian C: Masalah Penggunaan Media Komputer Dalam 9

Proses Pembelajaran dan Pengajaran

5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Cadangan 10

5.2 Penutup 10

Rujukan 11

2i

Page 3: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran

berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik

mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah menengah,

iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk

membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu

matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Menyedari kepentingan penggunaan ICT pada masa kini, maka guru digalakkan

mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Antara usaha untuk

membentuk satu proses pengajaran supaya pelajar memahami sesuatu konsep adalah dengan

mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar.

Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan mengintegrasikan teknologi

di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai

teknologi yang akan digunakan.

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI)

adalah terminologi yang digunakan secara meluas untuk menerangkan tentang

penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maier et al,

(1998), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bermaksud sebarang

penggunaan komputer secara terancang dan teratur bagi membantu mempertingkatkan

pengajaran dan pembelajaran. Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan

bahawa PBK amat berkesan berbanding dengan pendekatan tradisional.

1.2 Pernyataan Masalah

Dengan menjadikan teknologi sebagai bahan bantu mengajar secara langsung dapat

meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas, serta meningkatkan minat dan motivasi

pelajar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh membawa kepada

pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan prestasi pelajar (Garofalo et. al., 2000). Ini

1

Page 4: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

selaras dengan pendapat Shamatha, et. al., (2004) iaitu tranformasi teknologi adalah perlu

dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bermaksud inovasi dan penciptaan perisian

atau aplikasi teknologi terkini dapat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi

lebih aktif, bermakna dan mencabar. Komputer telah digunakan dalam pendidikan sejak

beberapa dekad yang lepas, dan sekarang ini ianya dapat diterima tanpa pertikaian atau tanpa

syarat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan (Yushau, 2006).

Memandangkan penggunaan alat bantu mengajar biasa seperti radio, televisyen, mesin

taip dan OHP tidak menghasilkan peningkatan yang ketara di dalam pencapaian

akademik pelajar, penggunaan komputer di dalam bilik darjah mempunyai potensi yang

besar dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan sains dan matematik

(Kelman,1983). Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan

sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran, antaranya seperti

video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet. Tanpa kemahiran mengendali dan

memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun perkakasan tersebut tidak

akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat

banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak

peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru

tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media komputer di kalangan guru

di sekitar kawasan Beruas, Perak. Objektif kajian adalah seperti berikut:-

1.3.1 Mengenalpasti kekerapan penggunaan media komputer oleh guru dalam

pembelajaran dan pengajaran

1.3.2 Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

1.3.3 Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut:-

2

Page 5: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

1.4.1 Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media komputer

dalam pengajaran mereka?

1.4.2 Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam

proses pembelajaran?

1.4.3 Apakah masalah penggunaan media komputer di dalam pembelajaran dan

pengajaran?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer

dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah Negeri Perak. Hasil kajian

ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawai

pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuat

perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru dengan kemahiran-kemahiran

yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini dengan lebih kerap dan efektif.

Kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individu-

individu yang terbabit secara langsung dalam pembangunan guru-guru di seluruh negeri

dalam cabaran dan impak globalisasi.

BAB 2: SOROTAN KAJIAN

2.1 Kajian Literatur

Kajian-kajian yang lalu menunjukkan guru kurang menggunakan peralatan di dalam

pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian Norhayati Abd Mukti (2000) ke atas 15 orang

guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar

belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap

penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan

menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran

dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih

kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara

masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa

3

Page 6: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan

masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.

Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah

Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran

dengan efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara tidak

langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan

boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu,

bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa-

beberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan

sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar adalah positif. Walau

bagaimanapun kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan

dipertingkatkan terlebih dahulu. Manakala kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-

din (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan

mendapati guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada

yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah

besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang

tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan

kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam

perkhidmatan.

4

Page 7: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media komputer dalam

pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah Negeri Perak. Rekabentuk kajian adalah

bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik.

3.2 Sampel Kajian

Responden dalam kajian ini terdiri dari 40 orang pelajar sekolah di Beruas, Perak.

Sebanyak empat buah dipilih iaitu SMK Raja Shahriman Beruas, SMK Changkat Beruas,

SK Beruas dan SK Gangga Beruas. Daripada jumlah tersebut pelajar lelaki adalah

sebanyak 20 orang dan pelajar perempuan adalah sebanyak 20 orang.

3.3 Instrumen kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang

soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A: maklumat latar

belakang responden, Bahagian B: bertujuan meninjau kekerapan dan penerimaan

responden terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

penggunaan komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran, Bahagian C: bertujuan

meninjau pandangan responden terhadap masalah penggunaan media komputer dalam

proses pembelajaran dan pengajaran. Responden-responden ini diambil secara rawak di

keempat-empat buah sekolah ini.

Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik. Dalam kajian ini, segala jawapan

responden akan diukur dengan menggunakan skala Likert. Skala Likert yan digunakan

dalam kajian ini adalah melibatkan lima pilihan. Soal selidik yang dibina adalah

berdasarkan kepada skala Likert yang mempunyai pemberatan seperti dalam jadual di

bawah ini:

5

Page 8: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

Jadual 3.1

Pemberatan Skala Likert

Pemberat Skor

Sangat Setuju (SS) 5

Setuju (S) 4

Tidak Pasti (TP) 3

Tidak Setuju (TS) 2

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Bagi menjawab persoalan kajian, melibatkan tahap penggunaan komputer dalam

kalangan pelajar, skala Likert yang diadaptasi daripada Mahat Ibrahim (1996) yang

membahagikan skala pengukuran seperti jadual di bawah ini, telah digunakan.

Jadual 3.2

Skala Pengukuran

Pilihan Skala Penerangan

Sangat Kerap (SK) [5]Menggunakannya dalam setiap kali pengajaran dan

pembelajaran.

Kerap (K) [4] Menggunakan sekali sahaja dalam setiap minggu.

Sederhana Kerap (KK) [3]Menggunakan sekali sahaja dalam setiap dua

minggu.

Kadang-kadang (SS) [2] Menggunakan sekali sahaja dalam tempoh sebulan.

Tidak Pernah (TP)[1]

Tidak pernah menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Data-data yang dikumpul dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif. Analisis

data akan dilakukan dengan bantuan perisian Statistical Packages for Social Science

(SPSS) versi 18.0. Kaedah analisis data yang telah digunakan ialah kaedah statistik

deskriptif. Kaedah peratusan dan skor min digunakan bagi menjawab soalan-soalan. Bagi

soalan di bahagian A, data telah dianalisis menggunakan format peratusan. Bagi soalan di

6

Page 9: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

bahagian B dan C pula, kaedah statistik deskriptif seperti pengukuran menggunakan skor

min dan sisihan piawaian telah digunakan bagi menganalisis data.

BAB 4: DAPATAN KAJIAN

4.1 Bahagian A – Latar Belakang Responden

Bahagian A meliputi latar belakang responden terdiri daripada 2 item iaitu sekolah dan

jantina.

4.1.1 Sekolah

Jadual 4.1

Taburan Bilangan Responden Mengikut Sekolah

Sekolah N Peratus (%)

SMK Raja Shahriman 10 25%

SMK Changkat Beruas 10 25%

SK Beruas 10 25%

SK Gangga Beruas 10 25%

Jumlah 40 100

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut sekolah. Hasil kajian

menunjukkan setiap sekolah diwakili 10 orang (25%) orang pelajar.

4.1.2 Jantina

Jadual 4.2

Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina

Jantina N Peratus (%)

Lelaki 20 50%

Perempuan 20 50%

Jumlah 40 100

7

Page 10: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut jantina. Hasil kajian

menunjukkan seramai 20 orang (25%) adalah pelajar lelaki dan 20 orang (25%) adalah

pelajar perempuan.

4.2 Bahagian B - Tahap Kekerapan dan Penggunaan Komputer Dalam

Pembelajaran dan Pengajaran

Bahagian B terdapat 11 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahap

kekerapan dan penggunaan komputer dalam pengajaran.

Jadual 4.3

Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan

Komputer dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran

Item Min Sisihan Piawai

Minat untuk belajar. 4.5 0.5064

Tidak megantuk dalam kelas. 4.5 0.5064

Boleh faham dengan baik. 4.4 0.4961

Jelas dengan penerangan guru. 4.5 0.5064

Yakin untuk belajar. 4.1 1.0115

Bersemangat untuk belajar. 4.5 0.5064

Juga akan menggunakan komputer untuk siapkan kerja sekolah.

3.2 1.3436

Suka dengan apa yang cikgu ajar. 4.4 0.4961

Tidak cepat bosan dalam kelas. 4.5 0.5063

Senang terima apa yang cikgu ajar. 4.2 0.6485

Guru kerap menggunakan media komputer di dalam kelas

2.6 0.0785

Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 4.1 0.6006

8

Page 11: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

4.3 Bahagian C – Masalah Penggunaan Media Komputer Dalam Proses

Pembelajaran dan Pengajaran

Bahagian C terdapat 6 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai kekangan

dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 4.4

Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Masalah Menggunakan Komputer Dalam Proses

Pembelajaran dan Pengajaran.

Item Min Sisihan Piawai

Tidak cukup masa untuk meneliti topik dan

menggunakan komputer

4.50 0.5064

Guru terpaksa membawa banyak alat seperti

laptop, LCD dll

4.50 0.5064

Alatan tidak berfungsi dengan baik 3.45 1.1972

Tiada kakitangan/pembantu terlatih untuk

membantu.

4.50 0.5064

Bilik darjah tidak mempunyai kelengkapan

peralatan yang cukup untuk penggunaan media

komputer dalam pengajaran.

3.45 1.2800

Tidak semua kelas yang dilengkapi dengan skrin

dan speaker dan bilik komputer terletak jauh dari

kelas.

4.50 0.5064

Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 4.15 0.7506

Secara keseluruhannya, bagi melihat penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer

semasa proses pengajaran dan pembelajaran, skor min keseluruhan menunjukkan nilai

yang paling tinggi. Ini membuktikan bahawa pelajar sememangnya menerima

penggunaan komputer semasa proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Dari hasil

tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru di sekolah sekitar negeri Perak menggunakan

media pengajaran jenis komputer dalam membantu mereka melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan.

9

Page 12: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

BAB 5: CADANGAN & KESIMPULAN

5.1 Cadangan

Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut.Antaranya ialah

pihak sekolah boleh menetapkan penggunaan computer di dalam kelas secara berjadual

sepanjang tahun, memperuntukkan untuk memperbanyakkan bekalan komputer serta

melantik pakar komputer di sekolah. Di samping itu, KPM (Kementerian Pelajaran

Malaysia) boleh, mewujudkan latihan tentang kemahiran komputer dalam waktu

persekolahan untuk guru dan mewujudkan kerjasama dengan IPTA (Institusi Pengajian

Tinggi Awam) dalam membina perisian-perisian kandungan pembelajaran untuk

kegunaan semua pelajar. Kesimpulannya, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah

mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam proses

pembelajaran dan pengajaran dalam mana-mana mata pelajaran di sekolah. Namun,

kekangan masa dan alatan tidak lengkap serta berfungsi dengan sempurna maka guru

tidak dapat menggunakan media pengajaran ini dengan kerap di dalam pengajaran

mereka.

5.2 Penutup

Penggunaan media komputer mempunyai potensi untuk menarik pelajar untuk lebih

berminat dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih menarik dan bermakna.

Dengan itu, guru-guru harus dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi

ini dalam pengajaran mereka agar sifat kreativiti dan kemahiran berfikir pelajar dapat

ditingkatkan. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan,

seharusnya ia tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Salah satu aspek yang perlu diingati adalah teknologi

hanya merupakan sebuah alat untuk membantu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dan ia sama sekali tidak dapat menggantikan kedudukan guru sebagai

seorang pendidik. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

10

Page 13: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

Rujukan

Baharom Mohamad, (2011) Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Dalam Program

Pendidikan Khas Aliran Teknik Dan Vokasional Di Malaysia, 41-58

Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher

education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43.

Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO

Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology.

3:50-54.

Fatimah Abu Bakar, (1980). Educational media in secondary schools: an examination of

existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis.

Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM.

Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley

Publication Company.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003

Artikel atas talian :

http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah

%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf

Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching and

learning. Stirling, USA: Kogan Page.

11

Page 14: Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background

Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13

Jurnal atas talian: The Electronic Journal on Information Systems in Developing

Countries

www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20

Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan

Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana

Universiti Putra Malaysia

Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di

Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004

Jurnal atas talian:

www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf

Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di

Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia.

12