kajian sain sri

22
KAJIAN TINDAKAN : KRS 3023 201 3 PPGPJJ SEMESTER 4 SESI 2012/2013 KRS 3023 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH KUMPULAN EL – UPSI03 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON SYARANI BINTI MD SARIFF [email protected].!"u.#$ D%0&&%054865 0&'6'%(()0 NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADA DR. A!D LATIF !IN HJ GAPOR [email protected] TARIKH SERAH* %4 NO+EMBER %0&' Sri Prakash a/l Parchieappan & Roziah B !oha"a# 0 PEMARKAHAN 1. Kajian(30%) JUMLAH TUGASAN 2

Upload: sri-prakash-parchieappan

Post on 08-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

harap dapat membantu anda.

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKAN : KRS 3023

KAJIAN TINDAKAN : KRS 30232013

PEMARKAHAN

1. Kajian(30%)

JUMLAH

PPGPJJ SEMESTER 4 SESI 2012/2013KRS 3023KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINSSEKOLAH RENDAH

KUMPULAN

EL UPSI03 (A112PJJ)DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. IDNO. TELEFON

SYARANI BINTI MD SARIFF

[email protected]

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN HJ GAPOR [email protected] SERAH: 24 NOVEMBER 2013ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1. Penghargaan

2

2. Abstrak

33. Metadologi dan Latar belakang kajian

44. Pernyataan Masalah

55. Objektif Kajian

56. Kumpulan Sasaran

67. Jadual Pelaksanaan Kajian

78. Pelaksanaan Kajian

89. Penilaian dan Refleksi Keseluruhan

2010. Bibliografi

21PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada tuhan, dapat kami (Sri Prakash a/l Parchieappan 811207065581)( Roziah Bt Mohamad 770103115072) menyiapkan Laporan Kajian Tindakan bagi mata pelajaran Sains. Dikesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan laporan ini. Terutamanya kepada Guru Penolong Kanan SJKT Jalan San Peng, Pn.Letchumy atas keprihatinan pihak pentadbiran sepanjang kami menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada PK HEM dan Ketua Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 di atas kerjasama baik yang diberikan. Selain itu, ucapan terima kasih ini juga dihulurkan kepada penasihat-penasihat kajian saya iaitu Pn.Vijaya, Pn.Thanavalli dan En. Ramu serta murid-murid Tahun 5 SJKT Jalan San Peng yang menjadi responden Kajian Tindakan Kami ini.

Kalungan penghargaan ini juga ditujukan khas kepada Kirkkby International College kerana memberi peluang kami menimba ilmu khususnya Kajian Tindakan dari ilmu dan kepentingannya. Pengalaman dan bahan yang diperolehi membantu kami membuat Kajian Tindakan untuk sepanjang semester pembelajaran ini. Selain itu, untaian penghargaan ini ditujukan juga kepada guru-guru matematik atas bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan Laporan Kajian Tindakan ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea untuk menyiapkan laporan ini samada secara eksplisit mahupun implisit.

Sekian, terima kasih.

Sri Prakash a/l Parchieappan 811207065581(SJKT JALAN SAN PENG)

Roziah Bt Mohamad 770103115072(SK TAMAN MELAWATI 2)MASALAH PEMBELAJARAN SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR

Oleh:

Sri Prakash a/l Parchieappan - SJKT JALAN SAN PENGRoziah Bt Mohamad - SK TAMAN MELAWATI 2ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana minat murid-murid terhadap pembelajaran sains di sekolah. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji tentang sikap murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan San Peng, terhadap pembelajaran sains. Seramai 30 orang murid Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan San Peng dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Saya telah melakukan proses pengumpulan data dengan menemubual beberapa orang murid. Markah ujian murid membantu data kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan menggunakan Ujian Pra sebagai indikator. Guru juga menggunakan kaedah lain iaitu kaedah kaedah pemerhatian dan edaran borang soal-selidik. Saya berminat menjalankan kajian ini kerana merasakan minat dan sikap merupakan salah satu elemen yang penting bagi memastikan seorang pelajar berjaya dalam matapelajaran tersebut atau ujian yang diduduki nanti. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, kekurangan minat dan sikap yang negatif terhadap sesuatu pembelajaran merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam ujian. Ini dibuktikan melalui kajian yang dibuat di sekolah ini. Selain itu,Ujian-Pos juga dilaksanakan bagi membuat penilaian akhir keberkesanan tindakan yang telah diperkenalkan dalam pelaksanaan kajian. Jelas menunjukkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran-pembelajaran yang berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi penekanan terhadap kesepaduan domain kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Ramai di kalangan guru masih menggunakan kaedah tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998). Guru masih menggunakan papan hitam dan banyak memberi syarahan di mana pelajar disogok dengan fakta tanpa memahaminya (Azizah, 1999). Dengan kata lain, pelajar tidak diberi peluang terlibat secara aktif untuk merancang aktiviti amali yang bakal dilakukan. Pembelajaran sains haruslah menekankan kepada kemahiran sains. Ini bermakna setiap sesi pembelajaransains haruslah ada aktiviti yang membuatkan murid-murid bergerak. Aktiviti yang dilakukan haruslah menimbulkan minat untuk membolehkan seseorang murid faham apa yang ingin disampaikan. Guru yang menekan proses mengingat tidak akan berjaya kerana murid tidak akan berminat mengikuti pembelajaran yang tidak difahaminya. Guru mendapati pelaksanaan tindakan yang dijalankan selama lebih kurang sebulan ini amat memuaskan dan berjaya mengubah sikap bosan kepada sikap seronok dan minat kepada mata pelajaran Sains. Diharap, dapatan kajian ini dapat menyorot sedikit pengalaman, mengintai teladan dan berkongsi keilmuan tentang keinginan meningkatkan minat murid terhadappembelajaran sains. Kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.METADOLOGI DAN LATAR BELAKANG KAJIANLatar Belakang Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan San Peng Kuala Lumpur, merupakan sekolah gred B yang terletak di Bandar. Sekolah ini mempunyai 16 orang guru dan 3 orang staf bukan akademik. Bilangan murid sekolah ini lebih kurang 220 orang. Majoriti murid-murid terdiri daripada orang India. Dari segi ekonomi, 15% daripada murid sekolah ini berasal daripada keluarga yang agak mewah dan berkerja di kawasan Bandar manakala 70% sederhana dan 15% susah.Pencapaian akademik murid-murid sekolah ini agak memuaskan iaitu lebih kurang 82% yang menguasai semua matapelajaran dalam peperiksaan UPSR 2012. Peratusan kelulusan UPSR, menunjukkan subjek sains kedua terendah berbanding matapelajaran yang lain selepas Bahasa Malaysia. Latar Belakang Subjek Kajian

Subjek kajian saya adalah murid-murid tahun 5 yang terdiri daripada 30 orang murid. Seramai 18 orang pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Dari segi pencapaian akademik, 12 orang berpencapaian sederhana dan selebihnya lemah. Terdapat sebuah kelas Tahun 5. Murid-murid kelas ini pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains tetapi apabila berada di luar kelas sangat nakal dan aktif. Murid Tahun 5 agak lemah menguasai pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan daripada mereka kurang motivasi untuk belajar. Hanya sebahagian kecil sahaja yang nampaknya ada minat dan potensi untuk maju dalam mata pelajaran Sains. Hasil pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat murid yang menunjukkan reaksi malas, pasif dan hilang fokus semasa belajar. Perasaan sedih dan kecewa terdetik dihati di atas kegagalan ini kerana guru telah berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid. Guru berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Oleh itu, satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap mata pelajaran sains, guru perlu membuat sesuatu pembaharuan. Pernyataan Masalah

Saya merupakan seorang guru matematik. Saya tidak pernah mengajar subjek sains. Selama ini saya tidak pasti penerimaan pelajar terhadap matapelajaran sains. Pada peringkat awal pemerhatian ketika saya jalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati sebahagian pelajar memberi tumpuan, sebahagian hanya mendengar dan sebahagian kecil seolah-olah berangan. Setelah seminggu saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati masalah utama yang dihadapi murid-murid ialah kurang berminat dengan matapelajaran sains.Masalah kurang minat dalam pembelajaran sains telah menimbulkan permasalahan. Majoriti murid didapati senyap apabila ditanya, hanya beberapa orang sahaja memberi jawapan dan ada sebahagiannya tidak menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Keadaan sedemikian menyebabkan prestasi murid-murid Tahun 5 tidak begitu memuaskan. Menurut guru yang telah mengajar mereka, hanya 2 hingga 3 orang murid sahaja yang dapat menguasai kemahiran Sains dengan baik.

Oleh yang demikian saya cuba mencari faktor-faktor yang menghalang minat murid meminati mata pelajaran sains. Saya telah menjalankan pembelajaran berasaskan inkuiri penemuan, saya telah memberi murid permasalahan dan dengan bimbingan mereka berjaya menyelesaikannya. Saya juga telah menjalankan pembelajaran koperatif, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan telah menggunakan media sebagai medium pengajaran. Dengan membantu murid-murid menyukai matapelajaran sains, masalah pembelajaran sains dalam kalangan pelajar dapat diatasi. Hal ini seterusnya diharapkan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas Matematik UPSR. Guru yakin jika guru dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikap negatif dan pencapaian murid Tahun 5 yang rendah ini akan dapat diperbaiki.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

Objektif Am

Meningkatkan peratus kelulusan Sains Tahun 5Objektif Khusus

1. Mencari faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak minat terhadap pembelajaran sains.2. Mengkaji sikap-sikap pelajar terhadap pembelajaran sains.3. Mewujudkan situasi belajar yang menggalakkan pembelajaran sains serta meningkatkan lagi minat pelajar terhadap matapelajaran sains melalui kaedah dan teknik belajar yang berkesan serta menyeronokkan.

KUMPULAN SASARAN

Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri daripada murid Tahun 5 SJKT Jalan San Peng. Kumpulan ini seramai 30 orang murid yang terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Murid-murid dalam Tahun 5 mempunyai pelbagai tahap kecerdasan, tetapi berdasarkan taburan data Ujian-Pra didapati bahawa tahap pencapaian kumpulan sasaran bersifat Homogenous, maka guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala aktiviti P&P. Berikut adalah data taburan Ujian-Pra.

Carta 1 : Taburan Data Ujian-Pra

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BilAktiviti/TugasanTarikh

1.Mengenalpasti masalah yang akan dikaji6/10/2013-10/10/2013

2.Mengumpul eviden mengenai masalah yang akan dikaji10/10/2013-15/10/2013

3.Membuat tinjauan masalah melalui semakan latihan, soal selidik dan Ujian-Pra.15/10/2013-20/10/2013

4.Maklum kepada Pihak Pentadbir tentang Kajian Tindakan dan membuat perbincangan.21/10/2013

5.Menyediakan proposal Kajian Tindakan.22/10/2013-30/10/2013

6.Melaksanakan Kajian Tindakan.1/11/2012-20/11/2013

7.Mengumpul data & analisa data hasil tindakan yang dilaksanakan21/11/2013-26/11/2013

8.Menulis refleksi dan menyiapkan laporan kajian tindakan26/11/2013-29/11/2013

9.Menyerahkan Laporan Kajian30/11/2013

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan masalah telah dilakukan untuk mengenal pasti punca dan masalah murid dalam pembelajaran sains. Tinjauan masalah yang dijalankan adalah berdasarkan kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik dan Ujian-PraTinjauan Masalah

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majoriti murid mempamerkan ekspresi muka keliru. Selain daripada keliru, murid-murid juga menjadi bosan dan hilang fokus semasa belajar kerana kemungkinan mereka kurang faham apa yang diajar ataupun tidak berminat untuk belajar. Selain daripada pemerhatian semasa P&P dijalankan, guru juga membuat semakan latihan murid dan didapati majoriti murid tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi.TemubualSaya telah menjalankan temubual dengan beberapa orang pelajar di sekolah. Kemudian saya menyemak kembali maklumat yang diperolehi hasil daripada temubual. Hasilnya saya mengenalpasti maklumat penting dan dapat membuat kesimpulan dapatan yang diperolehi.Contoh-contoh soalan dalam sesi temubual adalah seperti berikut:

1. Adakah anda minat belajar semasa subjek sains?

2. Adakah anda rasa subjek sains susah untuk lulus?Soal Selidik

Satu borang soal-selidik diedarkan kepada murid murid. Borang soal-selidik ini terdiri daripada 8 soalan yang mudah. Murid hanya perlu menanda bahagian Ya atau Tidak sahaja dan mengisi bahagian tertentu berkaitan dengan nilai tempat dan nombor tiga digit yang telah mereka pelajari semasa di Tahap 1. Kutipan data daripada borang soal selidik ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti punca permasalahan murid dalam pembelajaran sains. Kategori sikap murid berdasarkan pemnerolehan skor yang dikira.Senarai SemakSenarai semak digunakan oleh guru untuk menilai keberkesanan pengajaran matapelajaran sains dalam kalangan pelajar. Pemerhatian dapat dibuat semasa p & p dijalankan.Analisa Tinjauan Masalah

Hasil daripada tinjauan masalah melalui empat kaedah iaitu pemerhatian, temubual, soal selidik dan senarai semak, didapati bahawa murid-murid tahun 5 bukan tidak meminati mata pelajaran Sains tetapi majoriti murid-murid tertanam dalam minda mereka bahawa matapelajaran sains susah menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran.Kaedah-kaedah:Untuk kajian ini saya telah menggunakan beberapa cara untuk mendapatkan maklumat seperti:

1. Pemerhatian

2. Temubual

3. Borang kaji selidik

4. Senarai semakTemubual1. Adakah kamu selalu berangan-angan semasa sesi pembelajaran?

a) Ya

b) Tidak

2. Adakah kamu lebih suka belajar Matematik daripada Sains?

a) Ya

b) Tidak

3. Kamu berasa bosan semasa pengajaran sains?

a) Ya

b) Tidak

4. Adakah kamu rasa matapelajaran sains senang untuk lulus?

a) Ya

b) Tidak

5. Adakah kamu rasa Matapelajaran Sains susah untuk gagal?

a) Ya

b) Tidak

6. Kamu rasa aktiviti sains sangat bosan?a) Ya

b) Tidak

7. Adakah kamu belajar sains kerana untuk lulus peperiksaan?

a) Ya

b) Tidak8. Adakah kamu berasa seronok melakukan aktiviti kumpulan bersama-sama?

a) Ya

b) Tidak

ANALISA BORANG SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %

BILITEMSBLMSLPSSBLMSLPSSBLMSLPS

YAKADANG-KADANGTIDAK

1. Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran sains

2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat membosankan.

3. Makmal sains yang sangat jauh daripada kelas.

4. Matapelajaran sains sangat susah untuk lulus.

5. Bahan untuk pembelajaran sains yang tidak cukup di sekolah.

6. Murid-murid lebih suka corak pembelajaran sains yang berasaskan aktiviti eksperimen dan gerak kerja berkumpulan.

7. Murid-murid hanya belajar untuk peperiksaan.

8. Murid minat pembelajaran kerana meminati guru.

9. Sains tidak seronok seperti mata pelajaran lain

10. Penerangan guru kurang jelas

Borang Senarai Semak Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Sains

Nama:

Kelas:

Arahan:

Baca setiap pernyataan dengan teliti. Lengkapkan ruanag di bawah dengan memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap pernyataan berdasarkan skala berikut.

SS

(Sangat setuju)S

(Setuju)TP

(Tidak Pasti)TS

(Tidak setuju)STS

(Sangat tidak setuju)

54321

BILITEMSSSTPTSSTS

1.Saya lebih berminat belajar matapelajaran lain seperti muzik.

2.Saya dapat menyiapkan banyak tugasan jika saya melakukannya bersama murid lain.

3.Saya lebih suka belajar bersendirian

4.Saya lebih suka belajar secara berkumpulan

5.Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya sendiri

6.Saya berasa sangat takut apabila menjalankan eksperimen terutama berkaitan dengan mengkaji serangga.

7.Matapelajaran yang sangat susah untuk lulus

8.Terlalu banyak jawapan dan sukar menetukan jawapan yang tetap.

9.Banyak yang perlu diingati semasa sesi pembelajaran sains.

10.Saya sangat susah memahami istilah sains

11.Matapelajaran yang menghiburkan

12.Matapelajaran senang untuk lulus

PERINGKAT PERTAMA

TINJAUAN AWAL

Kaedah:

1. Pemerhatian

2. Temubual

3. Senarai semak

Peringkat Permulaan

Sebagai guru baru, saya telah masuk ke kelas ini dengan membawa watak yang tegas. Saya dapati murid berada dalam keadaan diam. Murid tidak mendatangkan masalah dari segi pengawalan kelas pada peringkat awal. Murid-murid hanya duduk diam di dalam kelas. Apabila disoal hanya beberapa orang murid yang menjawab soalan yang diutarakan. Seperti biasa saya bertanyakan markah ujian terdahulu. Hanya 6 orang yang melepasi peringkat lulus. Ini bermakna 20% orang murid menguasai kemahiran sains. Saya bertanyakan kepada murid secara tidak langsung tentang minat mereka terhadap subjek sains. Majoriti daripada mereka tidak menyukai subjek sains. Saya mendapati hanya 10% orang murid yang betul-betul menyukai matapelajaran sains.Keputusan PemerhatianSejak minggu pertama, saya melihat subjek kajian saya merupakan murid yang cergas apabila berada di luar kelas. Mereka akan bertindak pasif apabila berada di dalam kelas. Saya melihat subjek kajian saya berada di luar kelas untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Saya mendapati mereka sangat aktif dan terlibat sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dilaksanakan guru Pendidikan Jasmani. Saya juga melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas Bahasa Tamil. Saya mendapati murid juga aktif mengeluarkan idea yang bernas apabila diminta. Keadaan ini sebaliknya berlaku masa patapelajaran sains.

TemubualSaya telah menebual beberpa orang murid untuk bertanya tentang minat mereka. Saya memilih 5 orang subejk untuk ditemubual. Setiap pelajar yang dipilih terdiri daripada kategori baik, sederhana, lembap, sangat lembap dari segi pencapaian akademiknya. Hasil yang diperolehi hanya seorang pelajar yang menyukai matapelajaran sains, dua orang kadang-kadang dan manakala selebihnya tidak menyukai langsung mata pelajaran sains.

Senarai Semak

Saya telah meberikan senarai semak kepada setiap murid untuk diisi oleh mereka pada minggu kedua iaitu sehari sebelum memulakan sesi pengajaran saya di dalam kelas.

Ujian Pra

Sikap murid menjadi satu fokus kajian kerana selain daripada edaran borang soal selidik, pemerhatian melalui semakan latihan dan pemerhatian semasa P&P dilaksanakan sebelum ini, guru juga telah menjalankan satu Ujian-Pra. Berikut merupakan tahap pencapaian dan peratus pencapaian Ujian-Pra:

Carta 2 : Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian-Pra

Carta 3 : Peratus Tahap Persepsi murid terhadap pembelajaran sains Bagi Ujian-Pra

Berdasarkan Kedua-dua carta di atas didapati bahawa perlu guru mengambil satu tindakan bagi mengatasi masalah tersebut kerana jelas menunjukkan bahawa terdapat 16 orang iaitu 53.3% murid yang menganggap matapelajaran sains susah. Ujian-Pra yang terdiri daripada 6 soalan yang meminta murid menanda ruangan yang paling sesuai yang menjadi punca utama mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran sains. Manakala hanya 3 orang ataupun 10% sahaja murid yang berminat matapelajaran sains. Ini menunjukkan satu jurang yang perlu diatasi dari awal. Selain itu juga, jawapan murid dalam Ujian-Pra juga menunjukkan kekeliruan murid.

Rumusan KajianMelalui kajian saya peringkat pertama, saya mendapati kebanyakkan murid tidak meminati matapelajaran sains di sekolah. Melalui temubual secara tidak formal, mereka lebih meminati matapelajaran lain. Ada juga menyatakan bahawa mereka tidak meminati matapelajaran sains kerana takut guru yang mengajar matapelajaran tersebut. Daripada markah peperiksaan lalu jelas menunjukkan mereka amat tidak menyukai matapelajaran tersebut. Hanya 20% daripada murid kelas ini yang lulus 40% keatas dalam ujian bulanan. Ini menunjukkan mereka sangat lemah dalam matapelajaran sains. Secara pemerhatian, saya mendapati murid sangat pasif apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui senarai semak, jelas menunjukkan minat dan sikap terhadap pembelajaran sains di dalam kelas. Hampir 75% orang murid tidak menyukai atau memandang negatif matapelajaran sains. Hasil soal selidik dan temubual yang dijalankan, saya berasa sedih dan kecewa kerana kebanyakkan murid tidak menyukai matapelajaran sains. Namun begiru, saya menganggap ini sebagai cabaran.PERINGKAT KEDUA

KAJIAN KEDUA

TINJAUAN AWAL

Kaedah:

1. Temubual

2. Borang Senarai semak

3. Borang Analisis sebelum dan selepas kajian

4. Ujian Pos

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL MENGATASI MASALAH PADA KAJIAN PERTAMA1. Pembelajaran berasaskan inkuiri2. Pembelajaran berasaskan masalah

3. Pembelajaran Kooperatif

4. Pembelajaran masteri

5. Pembelajaran kontekstual

6. Penggunaan mediaPembelajaran berasaskan inkuiri

Masalah kurang minat dalam mata pelajaran sains telah menimbulkan masalah dalam pembelajaran. Saya menggunakan pendekatan inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Penumpuan diberikan kepada penggunaan dan pembelajaran isi kandungan sebagai satu kaedah untuk membangunkan pemprosesan maklumat dan kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajaran berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator. Pembinaan pengetahuan melalui penglibatan aktif murid-murid. Murid mencari kebenaran, maklumat dan pengetahuan dengan bimbingan guru.Pembelajaran berasaskan masalah

Saya cuba merekabentuk satu siri siasatan secara gerak kerja mengenai masalah dalam dunia sebenar. Senario masalah tidak distrukturkan dengan baik. Murid-murid dalam pasukan akan menggunakan proses penyelesaian masalah dengan mencari, menganalisis, dan menyelesaikan masalah yang diutarakan. Murid akan terlibat secara langsung dan masalah pembelajaran boleh diatasi.Pembelajaran Kooperatif

Murid-murid akan membentuk pasukan untuk meneroka suatu persoalan penting atau merekacipta suatu projek. Murid berkerjsama dalam kumpulan kecil sewaktu menjalankan aktiviti berstruktur. Murid-murid berkongsi kekuatan dan juga dapat mengembangkan kemahiran mereka yang lemah.

Pembelajaran masteri

Saya menganggap semua murid boleh belajar jika disediakan keadaan-keadaan pembelajaran yang sesuai. Saya tidak akan meneruskan pembelajaran yang berikutnya selagi murid tidak menunjukkan kecekapannya dalam pelajaran sekarang. Murid yang tidak menguasai akan diberi latihan tambahan manakala yang menguasai diberi latihan pengayaan.Pembelajaran kontekstual

Bagi mengekalkan ingatan murid-murid tentang sesuatu kensep, saya menggunakan strategi pembelajaran kontekstual. Pembelajaran berlaku apabila murid memproses maklumat baru atau pengetahuan dengan cara yang ia dapat memberi permaknaan kepada mereka dalam dunia mereka sendiri iaitu ingatan. Hubungan yang bermakna antara idea abstrak dan penggunaan yang praktikal dalam konteks dunia sebenar melalui proses penemuan, pengukuhan dan membuat kaitan.Penggunaan media

Media adalah perantara yang membawa maklumat dari penyampai ke penerima. Penggunaan media mampu meningkatkan kefahaman dan menyokong pembelajaran pelajar. Media menarik minat pelajar untuk terus memberi perhatian dan tumpuan. Murid akan berminat mengikuti pembelajaran sains dan masalah pembelajaran akan dapat diatasi. Saya boleh menggunakan gambar, bahan bercetak, radio, rakaman audio, televisyen, rakaman video, Cd, internet dan komputer. PEMERHATIAN

Saya telah menjalankan aktiviti pembelajaran secara koperatif. Saya telah membawa murid keluar kelas. Walaupun kelas agak bising semasa aktiviti dijalankan, namun hasilnya amat memberansangkan. Murid telah berkerjasama untuk mendapatkan jawapan yang tepat mereka berasa gembira dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

TEMUBUAL

Saya telah menemubual semula murid yang telah disoal oleh saya semasa kajian peringkat pertama. 60% daripada mereka menyatakan mereka amat gembira dan seronok pada sesi matapeljaran sains. Ada juga murid yang menyarankan sayan terus mengajar mereka. Ini bermakna saya berjaya menarik minat mereka dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains.

SENARAI SEMAK

Saya telah memberikan senarai semak kepada setiap murid untuk diisi oleh mereka. Ini untuk mengetahui sejauh mana minat merea terhadap pembelajaran subjek sains.

ANALISIS SEBELUM DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKANSEBELUM

Sebelum kajian boleh dikatakan bahawa kelas tidak sesuai untuk sesi p & p. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru terdahulu mungkin tidak menarik minat murid untuk belajar. Bahan yang tidak mencukupi di sekolah merupakan bukan cara penyelesaian dalam memupuk minat murid terhadap pembelejaran sains.

SELEPAS

Selepas kajian saya mendapati secara kasar bahawa sesi pengajaran terdahulu tidak sesuai dijalankan. Murid suka dengan suasana baru. Penglibatan aktif mereka telah menarik minat untuk belajar. Mereka mengalami dan cuba memberi makna dengan dunia sebenar.ANALISA BORANG SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %

BILITEMSBLMSLPSSBLMSLPSSBLMSLPS

YAKADANG-KADANGTIDAK

1. Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran sains609035357

2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat membosankan.70702025105

3. Makmal sains yang sangat jauh daripada kelas.453025503020

4. Matapelajaran sains sangat susah untuk lulus.15555253070

5. Bahan untuk pembelajaran sains yang tidak cukup di sekolah.50704520510

6. Murid-murid lebih suka corak pembelajaran sains yang berasaskan aktiviti eksperimen dan gerak kerja berkumpulan.20806052015

7. Murid-murid hanya belajar untuk peperiksaan.80151051080

8. Murid minat pembelajaran kerana meminati guru.60503540510

9. Sains tidak seronok seperti mata pelajaran lain703020301040

10. Penerangan guru kurang jelas

502530252050

Bagi membuat penilaian akhir, satu Ujian-Pos telah dijalankan dan berikut adalah dapatan daripada Ujian-Pos:

Carta 4 : Analisa Tahap Pencapaian Ujian-Pra dan Ujian-Pos

Carta 5 : Analisa Peratus Ujian-Pra Dan Ujian-Pos

Berdasarkan keputusan tersebut, didapati terdapat peningkatan minat murid tehadap pembelajaran sains. Disimpulkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dimana pada Ujian-Pra terdapat 3 orang murid sahaja yang berminat mata pelajaran sains. Pada Ujian-Pos terdapat seramai 18 orang murid yang meminati matapelajaran sains. Fakta ini dikuatkan lagi dengan keluk peratus di Carta 5 yang mana keluk peratus Ujian-Pos kajian ini.

1.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHAN

Bersyukur saya kerana saya dapat menyiapkan kajian tindakan ini walaupun menghadapi pebagai masalah dan kekangan masa. Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Namun, terdapat juga beberapa kelebihan dan kelemahan dalam kajian ini:

Kelebihan Saya berpuashati kerana pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan berjaya meningkatkan kemahiran murid. Saya juga telah cuba mengajar dengan mengambilkira kebolehan, pengalaman dan minat murid. Perancangan aktiviti p&p yang teliti mengalakkan proses pembalajaran yang memberangsangkan. Aktiviti yang bermakna, seronok dan mencabar akan meninggalkan kesan dalam diri murid-murid.

Kelemahan Walaupun secara keseluruhannya analisis telah menunjukkan hasil yang baik, namun saya masih tidak berpuas hati. Ini memandangkan masih lagi terdapat murid yang keliru, tidak faham, bosan dan tidak minat mata pelajaran sains. Justeru itu saya perlu memikirkan satu cara untuk mengatasi masalah dengan mempraktikkan amalan pengajran yang sesuai.CadanganMempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran contohnya pembelajaran koperatif, masteri, kontekstual , penyelesaian masalah dan penggunaan media di dalam pengajaran sainsagar dapat menarik minat murid. Murid dapat mengaitkan sains dengan dunia sebenar. Persekitaran pembelajaran juga hendaklah diwujudkan. Makmal boleh digunakan untuk tempat pembelajaran. Murid juga boleh dibawa sekitar kawasan sekolah untuk tujuan pembelajaran. Masalah pembelajaran sains dikalangan pelajar dapat diatasi sekiranya guru berjaya menarik minat pelajar terhadap pembelajaran sains. Tanggapan pelajar sains adalah subjek yang susah harus diubah. Wujudkan situasi bahawa sains menyeronokkan. Pelajar dapat meneroka, mengkaji dan mengetahui sesuatu melalui aktiviti yang dijalankan. Mereka dapat memberi makna dan mengaplikasi yang dipelajari dalam konteks kehidupan sebenar. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir boleh diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.BIBLIOGRAFIAbu Hassan bin Kassim (2001). Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. UTM, Skudai.

Denny, M. (1986). Science practicals: What do pupils thingk ? European Journal of Science Education. 8 (3), 325-336.

Fusco, D. and Barton, A. C. (2001). Respresenting students achievements in science. Journal of Research ini Science Teaching. 38 (3), 337-354.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Yang Disemak Semula. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kuhn, D. (1993). Science as argument implications for teaching and learning scientific thinking. Science Education. 77 (3), 319-337.

Lee, O., Eichinger, D., Anderson, C., Verkheimer, G. and Blakeslee, Y. (1993). Changing middle school students conception of matter. Journal of Research in Science Teaching. 30, 249-270.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2001). Analisis SPM 1996 2000: Prestasi Bumiputra dan Bukan Bumiputra Mengikut Mata Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Roadrangka, V., Muhd Nor bin Ahmad and Said Manap. (1996). Science process skills performance among students in Malaysia, the Philippines and Thailand. Penang: SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics.

Tobin, K. G. dan Capie, W. (1982). Relationship between formal reasoning ability, focus of control, academic engagement and integrated process skills achievement. Journal of Research Teaching. 19, 113-121.

Zurida bte Ismail. (1998). Penguasaan kemahiran proses sains pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Jurnal Kurikulum, Pusat Perkembangan Kuarikulum, Kuala Lumpur.

TUGASAN 2

Minat tidak kurang bosan keliru susah

faham jelas

Minat tidak kurang bosan keliru susah

faham jelas

Minat tidak kurang bosan keliru susah

faham jelas

Minat tidak kurang bosan keliru susah

faham jelas

Sri Prakash a/l Parchieappan & Roziah Bt Mohamad 21