kesusasteraan
DESCRIPTION
Kesusasteraan MelayuTRANSCRIPT
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Sastera ialah karya seni kreatif hasil ciptaan manusia. Bahasa yang indah digunakan.
Halus dan menarik serta memberi kesan kepada yang membaca dan menghayatinya. I
merupakan hasil pemikiran seni yang berkualiti yang diterjemahkan sama ada dalam
bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi. Naratif dan non-naratif. Karya sastera itu sendiri
berbeza-beza dengan hasil-hasil penulisan akademiknatau non-akademik lain kerana tidak
mempunyai variasi bahasa serta kesan langsung dan tidak langsung kepada pembaca atau
pun penonton.
Sastera juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sosio-ekonomi,
pengetahuan bahkan politik sekaligus dalam masyarakat kita. Kebanyakkan golongan elit
berpendapat bahawa dengan adanya pendidikan sastera sebagai cabang seni halus dalam
diri masyarakat, akan dapat meresapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam wadahnya.
Melalui bahasa dan karya mereka, maka perkembangan dari segi psikologi dan
pengetahuan am dapat dijalin dengan begitu kemas dalam diri mereka.
Tidak dinafikan bahawa kesusasteraan dan masyarakat mempunyai hubungan yang amat
erat. Sesebuah karya kesusasteraan dibina oleh persoalan-persoalan yang dipetik daripada
rencamnya kehidupan sesuatu masyarakat. Pengarang atau pencipta akan menjalin
persoalan-persoalan daripada kehidupan masyarakat tersebut hingga menjadikannya satu
rantaian peristiwa yang mempunyai kesenimbungan antara satu sama lain dan akhirnya
membentuk sebuah karya. Dalam usaha memasukkan persoalan-persoalan itu, pengarang
secara langsung turut memasukkan gambaran latar masyarakat untuk menjadikan setiap
persoalan itu signifikan dan relevan serta nampak realistik. Kesusasteraan ialah
manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada
hakikatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan
oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2.0 Tokoh Sastera
Dalam fortfolio ini, saya telah memilih seorang tokoh sastera negara yang dianggap amat
bijak menggarap perwatakan dalam karyanya secara halus, namun dapat dihayati oleh
pembaca dengan sepenuh hati. Tokoh ini juga amat berkebolehan dalam memaparkan
pelbagai isu besar yang merangkumi politik, sosial, agama dan falsafah hidup sebagai
tema yang memaparkan kepelbagaian sikap manusia. Tokoh sastera yang saya maksudkan
ialah Sasterawan Negara 2009 iaitu Datuk Dr Anwar Ridhwan.
2.1 Biodata Tokoh Sastera
Mohd. Anwar Ridhwan merupakan
Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga
merupakan seorang penulis novel Malaysia.
Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam
keluarga petani yang berasal dari Perak yang
kemudiannya menetap di Sungai Besar,
Selangor. Pada 11 Ogos 2009, beliau
diumumkan sebagai Sasterawan Negara
Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di
pejabatnya di Putrajaya.
Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam,
Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti
Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau
menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah
bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 2
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
PROFIL
DATO’ DR. HAJI MOHD ANUAR BIN RETHWAN
PENSYARAH
FAKULTI PENULISAN
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)
Pendidikan
Sekolah Rendah - Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor (1956-1962)
Sekolah Menengah - Sekolah Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor (1963-1967)
Pra-Universiti - Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1968-1969)
Universiti Malaya, Kuala Lumpur (Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1970/71 – 1972/73)
Universiti Malaya, Kuala Lumpur (Sarjana Sastera) (1983)
Universiti Malaya, Kuala Lumpur & School Of Oriental And African Studies, Universiti
London.
(Penyelidikan Dan Bimbingan Prof. Dr. Ulrich Kratz), (Ijazah Doktor Falsafah) (1998)
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 3
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
Kerjaya
Pegawai Penyelidik (Sementara), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Februari-April 1973
Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia. 1 Mei 1973 – 4
Ogos 2005 (Bersara Wajib)
Profesor Pelawat, Jabatan Kajian Malaysia, Tokyo University of Foreign Studies, Jepun.
April 1997 – Mac 2000
Dekan, Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),
Kursus Penulisan & Profesional
Kursus Profesional - Management & Book Publishing, New York University, USA
(September – Disember 1982).
Kursus Penulisan - International Writing Program, University of Iowa, USA (September –
Disember 1986).
Karya (Dalam Bentuk Buku Sahaja)
i. CERPEN (Kumpulan)
Anwar Ridhwan, Parasit. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
Anwar Ridhwan, Sesudah Perang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1978.
Anwar Ridhwan, After The War and Other Stories. Adibah Amin (Pent.). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar Ridhwan, Sangkar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,1986.
Anwar Ridhwan, Dunia Adalah Sebuah Apartment. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2006.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 4
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
ii. DRAMA
Anwar Ridhwan, Orang-orang Kecil. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1993.
Anwar Ridhwan, Yang Menjelma dan Menghilang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1995.
Anwar Ridhwan, “Pulang” dalam Amilah Ab. Rahman (Peny). Antologi Drama
Asean MALAYSIA. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.
[Dipentaskan di MATIC, Kuala Lumpur, 5-8 Disember 1995].
iii. NOVEL
Anwar Ridhwan, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1979.
Anwar Ridhwan, The Last Days of An Artist. Harry Aveling (Pent). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar Ridhwan, Arus.Kuala Lumpur:Pustaka Cipta, 1982.
Anwar Ridhwan, Le Autre Rive (Arus). Fancois Rene Daillie. Paris: Federop.
Anwar Ridhwan, Di Negeri Belalang.Shah Alam : Marwilis Publisher, 1989.
Anwar Ridhwan, Naratif Ogonshoto. Kuala Lumpur: Matahari, 2001.
Anwar Ridhwan, Tales of Ogonshoto. Solehah Ishak (Pent.) Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar Ridhwan [Naratif Ogonshoto dalam bahasa Mandarin, Pent. Lim Chuan
Boon, diterbitkan di Malaysia].
Anwar Ridhwan [Naratif Ogonshoto dalam bahasa Rusia, Pent. Victor Pogadaev,
diterbitkan di Moscow]
iv. PUISI (Kumpulan)
Anwar Ridhwan, Tercipta dari Tanah. Petaling Jaya: Media Intelek, 1984.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 5
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
v. KAJIAN SASTERA
Anwar Ridhwan, Sudut Pandangan dalam Cereka.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1985.
Anwar Ridhwan, Jati Diri Pasca Asas ’50. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996.
Anwar Ridhwan, Ahmad Kotot : Pengarang Novel Hikayat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.
vi. PENYELENGGARA DAN KARYA BERSAMA (ANTOLOGI) CERPEN:
Tinta Pena. Kuala Lumpur : Persatuan Penulis Nasional Malaysia, 1981.
Utara. (Peny. Bersama Hamzah Hamdani). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1983.
Menunggu Ratu Adil. Kuala Lumpur : Adabi, 1984.
Angin Pulau. Kuala Lumpur : Teks Publishing, 1985.
Dongeng Merdeka. Petaling Jaya : Fajar Bakti, 1985.
Alun Menggulung Perlahan. Petaling Jaya : Fajar Bakti, 1986.
PUISI:
Kuala Lumpur .(Peny). Kuala Lumpur : Gapena, 1975.
Kuntum Pertiwi I, Kuntum Pertiwi II, dan Kuntum Pertiwi III. (Peny. Bersama
Rahman Shaari).
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
Puisirama Merdeka. Kuala Lumpur : PENA, 1986.
Sinaran Permata (Peny. Bersama Rahman Shaari). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1987.
Puisi Bahasa Melayu 1961-1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1990.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 6
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
KAJIAN:
Mendekati Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.
Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (Peny). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
Dokumentasi Kesusasteraan Malaysia (Peny. Bersama Rohani Rustam). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Novel-novel Malaysia dalam Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1982.
Nasionalisme dalam Persuratan (Peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1985.
Kamus Nama Samaran dan Nama Pena (peny. Bersama Sarah Sadon). Kuala
Lumpur: 1980.
[Karya ANWAR RIDHWAN pernah diterbitkan di Indonesia, dan diterjemahkan
(beberapa buah puisi, beberapa buah cerpen, dan tiga buah novelnya) ke dalam
bahasa-bahasa berikut : Arab, Belanda, Hungari, Inggeris, Jepun, Jerman, Korea,
Makedonia, Mandarin, Perancis, Rusia, Tamil, Thai, Urdu, dan Vietnam.]
Hadiah & Anugerah
1971: Hadiah Karya Sastera Malaysia (cerpen “Perjalanan Terakhir”)
1973: Hadiah Karya Sastera Malaysia (cerpen “Dunia Adalah Sebuah Apartmen”)
1976: Hadiah Karya Sastera Malaysia ( cerpen “Sesudah Perang”)
1979: Hadiah Pertama Gapena - Yayasan Sabah untuk novel Hari-hari Terakhir
Seorang Seniman.
1982/83: Hadiah Karya Sastera Malaysia ( cerpen “Sasaran”, “Sahabat” dan
“Menjadi Tua”)
1984/85: Hadiah Karya Sastera Malaysia (novel Arus)
1990: Hadiah Drama Esso – Gapena II (drama Orang-orang Kecil)
1990: Hadiah Utama Yayasan Seni – Berita Harian (drama Yang Menjelma dan
Menghilang)
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 7
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
1992/93: Hadiah Karya Sastera Malaysia ( drama Yang Menjelma dan
Menghilang)
1992/93: Hadiah Pertama Peraduan Cerpen DBP – Maybank (cerpen “ Dari Kijev
ke Moskva”)
2002: SEA Write Award (Bangkok)
2002: Hadiah Sastera Perdana ( novel Naratif Ogonshoto)
2002: Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara ( novel Naratif Ogonshoto)
2002: Anugerah kebesaran Dato‟ Paduka Mahkota Selangor (DPMS).
2009: Anugerah Sastera Negara ke-10 (dikurniakan pada 20.10.2009)
Aktiviti Luar Negara
1. Struga World Poetry Reading, Yugoslavia (Ogos 1988).
2. Tetamu, Persatuan Penulis Soviet, USSR (September – Oktober 1988).
3. International Workshop HANS OVERBECK (kertas kerja “ Adventure
Into The Soul of The Early 20th Century Malays : Collection of Malay
Pantuns Hans Overbeck”) Universitat Bremen, Germany, 18 -19 Ogos
1994.
AKTIVITI/NGO
1. Pengasas bersama „Ikatan Sastera Universiti Malaya‟ (ISUM), 1971
2. Setiausaha 1 GAPENA (1974 1976)
3. Setiausaha, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV‟ (Kuala
Lumpur, 7 – 10 Disember 1984).
4. Naib Pengerusi, Persatuan Persahabatan Malaysia-China (2005 – 2007)
5. Timbalan Presiden, Dewan Industri Buku Melayu Malaysia (2006 – 2009)
6. Timbalan Presiden, Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (2005 -
Kini)
7. Ketua Satu, Persatuan Penulis Selangor (2007 – 2010)
8. Ketua Dua, Nadwah Persuratan Islam Malaysia (2005 – Kini)
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 8
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
3.0 HASIL KARYA
Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan yang pernah
bertugas sebagai Profesor Lawatan di Universiti
Tokyo pada tahun 1997 hingga 2000, mendapati
karya Barat mempunyai elemen kebebasan menulis
seperti berkenaan seks, berkesedudukan, anak luar
nikah, homoseksualisme dan sebagainya. penulis ini
terikat dengan tanggungjawab sosial, moral, etika dan
agama. Penulis ini tidak boleh mengabaikan semua ini
semata-mata untuk menghangatkan jalan cerita.
Novel pertama beliau yang paling popular pernah dialih bahasa dalam pelbagai bahasa
seperti Urdu, Inggeris, Jepun dan Perancis, manakala Naratif Ogonshoto, sebuah fiksyen
moden pula membawa pelbagai gelaran, anugerah dan hadiah. Tarikan terbaharu beliau
ialah “Penyeberang Sempadan” yang diusahakan sejak setahun lalu dengan bantuan
beberapa orang. Ini adalah kerana ia bukan sahaja melibatkan sejarah dan budaya sesuatu
kawasan tetapi, sebahagian kisahnya berkisar kepada kisah benar yang pernah berlaku
semasa zaman penjajahan yang belum pernah didokumentasikan.
Ianya merupakan sebuah novel yang kompleks kerana menyelitkan zaman sebelum
kemerdekaan. Namun ianya berkaitan berkisar mengenai pencarian jiwa yang benar dan
mutlak. Ia satu proses yang sulit, mencampur aduk soal psikologi, carian ketuhanan dan
latar belakang sejarah negara. Tokoh ini sebenarnya mahu memberikan satu keanehan
yang tidak terdapat dalam novel lain. Dalam karya yang sama Anwar memberitahu, beliau
menyelitkan pelbagai teknik penyampaian baharu misalnya ciri magis realisme, elemen
sinematografi bagi setiap adegan dan kepekatan budaya si pembawa kisah itu. Novel ini
sudah diterbitkan bersama Utusan Publications & Distributors (UP&D) di mana Anwar
turut memenangi tempat pertama Hadiah Sako 3 bagi novel itu.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 9
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
Naratif Ogonshoto telah diterbitkan pada tahun 2001,
buku yang mungkin terbaik dari semua karya yang
pernah ditulis beliau. Buku yang bergaya tradisional
dan moden sekaligus, buku dari sastera Malaysia
tetapi sudah bertaraf antarabangsa. Karya ini
menunjukkan bahawa untuk Anwar Ridhwan tidak
ada yang tidak mungkin. Dia berhasil mengubah
sastera daripada jalan cerita yang rumit sahaja
menjadi drama pencarian intelektual bila susah
menentukan di mana mainan intelektual berakhir dan
pengalaman mistik bermula dan sebaliknya.
Karya ini mendedahkan pendekatan bila seseorang tidak menghadkan fantasi dan aliran
mindanya. Setiap bahagian cerita ini mencerminkan salah satu segi kehidupan di
kepulauan khayalan Ogonshoto itu. Dan pemaparan cerita begitu padat dan bernas dengan
gagasan-gasanan yang tersirat (namun dalam bahasa yang sederhana dan jelas) sehingga
saya misalnya membaca buku itu sedikit demi sedikit yakni tak lebih daripada satu bab
sekali.
Karya yang memaparkan kehidupan di Kepulauan Ogonshoto yang kecil dan terletak jauh
dari dunia lain. Berkat bakat penulis telah menjadikan wilayah ini, di mana segala masalah
yang dihadapi umat manusia seperti masalah demokrasi dan kediktatoran, masalah
kemiskinan, masalah ekologi dan sebagainya. Wilayah khayalan itu seakan-akan menjadi
pratanah air metafizik, tekanan luar pemikiran orang yang dari asalnya sudah ditakdirkan
kehancurannya kerana atur cara kehidupan orang di sana penuh berdosa dan bertentangan
dengan pedoman Tuhan. Seakan-akan Tuhan menyatakan bahawa Ogonshoto itu tidak
diperlukan lagi dan mencampakkannya ke pinggir dunia di mana bandar-bandar dan
kampung-kampung yang tidak berguna untuk umat manusia lagi, terbuang.
Kekejaman maharajalela di sana selain dari banyak kejadian ajaib yang meniadakan batas
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 10
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
antara realiti dan imaginasi, antara yang mungkin dan yang tidak mungkin. Di sana segala-
galanya boleh berlaku. Keterlaluan menjadi norma kehidupan sehari-hari, keajaiban dan
kejadian luar biasa meresap kehidupan manusia dan menjadi sebahagian daripada realiti
seperti kekejaman atau kebuluran.
Keunggulan novel itu ialah bahawa segala-galanya di dalamnya termasuklah peristiwa
yang berlaku, latar belakang, simbolisme dan ilmu sihir, firasat dan mitos berakar pada
realiti dunia, termasuk rantau Melayu, disuburi oleh realiti itu dan dalam bentuk yang
dirobah oleh khayalan penulis mencerminkannya dengan tepat dan tajam. Kehidupan di
kepulauan Ogonshoto itu bukan sahaja magik, mimpi, fantasi dan pesta pora erotik malah
perseteruan terpendam antara golongan yang berkuasa dan yang papa kadang-kadang
meletus menjadi pertentangan ketara yang mengakibatkan perlumuran darah orang yang
tak berdosa. Di kepulauan Ogonshoto itu, di tanah di mana segala-galanya adalah
mungkin, namun tidak ada perpaduan dan persefahaman antara orang. Kesedihan yang
kekal tetap meresapi semua kelakuan dan mimpinya, selalu terasa bakal kegagalan dan
malapetaka. Di tanah penuh keajaiban itu segala-galanya patuh kepada hukum yang tak
ketara dan yang tak boleh dikuasai penduduk Ogonshoto itu. Hukum itu menggerakkan
kelakuan manusia sehingga tak ada seorang pun yang bebas daripadanya di situ.
4.0 PANDANGAN TOKOH-TOKOH NEGARA TERHADAP DR MOHD ANWAR
RIDHWAN
Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad sendiri menganggap Dr Anwar sebagai
pengarang yang menyerlah dalam menghubungkan konsep falsafah yang amat
difahaminya seperti dalam Arus yang membawa visi hidup berlandaskan Islam. Imej
Islam yang dibawanya bukan sekadar hiasan fizikal, malahan menjadi dasar visi perutusan
pengarang. Beliau juga menyifatkan bahawa Dr Anwar bijak menggunakan konsep
falsafah Islam, sama ada gambaran zahir mahupun gambaran berdasarkan pandangan
hidup bersifat Islamiah untuk memperlihatkan proses penyucian jiwa individu watak
Muslim sebagai lambang orang Islam.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 11
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM,
Mohamad Nazri Ahmad pula menyifatkan Dr Anwar sebagai pengarang yang mempunyai
gaya dan rentak penulisan tersendiri seperti dapat dikesan dalam drama “Yang Menjelma
dan Yang Menghilang”. Dalam naskhah drama itu, Dr Anwar memilih teknik yang tidak
terfikir oleh dramatis lain. Beliau mengemukakan skrip dramanya dengan memaparkan
tiga lapisan watak yang membawa peradaban dan ruang berlainan dalam satu masa iaitu
masyarakat dewa, tokoh metafizik dan manusia biasa. Karyanya menunjukkan Dr Anwar
seorang dramatis yang tidak berkarya semata-mata kerana keghairahan untuk
menghasilkan teksnya, tetapi berusaha memperlihatkan fenomena sosial semasa.
Dr Anwar juga didakwa mempunyai kekuatan dalam mengupas pemikiran dan kesedaran
sosial yang baik melalui karyanya yang mengadun fenomena sosial di seluruh negara,
meskipun masyarakat yang dipaparkan hanya sekelompok kecil. Dengan penyaluran
karyanya ini, kesedaran sosial terutama sekali unsur hukum karma sudah terhapus.
Kerangka surrealisme yang menunjukkan ketidakmampuan golongan bawahan dalam
mengubah nasib mereka memaparkan cara dan misi pengarang dalam mencapai
hasratnya.
Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr Tengku Intan
Marlina Tengku Mohd Ali, pula menganggap Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman karya
Dr Anwar sebagai paparan realiti konflik jiwa dan pemikiran yang membelenggu seniman.
Beliau berkata bahawa meskipun novel “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman” sering kali
diperkatakan, namun sorotan kejiwaan watak belum dibicarakan secara khusus. Misalnya
watak Pak Hassan penuh dengan konflik jiwa daripada awal sehingga akhir cerita dan
konflik ini adalah suatu perkara yang menarik untuk dianalisis dengan menggunakan teori
psikoanalisis Freud. Teori Freud menyatakan bahawa personaliti individu mengandungi
tiga sistem yang sentiasa berinteraksi dalam diri iaitu pengenalan diri, ego dan superego.
Ketiga-tiga sistem ini berperanan penting dalam membentuk dan menghasilkan tingkah
laku manusia seperti represi yang berlaku dalam perwatakan Pak Hassan dalam karya ini.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 12
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
5.0 SUMBANGAN DR MOHD ANWAR RIDHWAN DALAM KESUSATERAAN
Dr Mohd Anwar Ridhwan merupakan seorang penulis fiksyen Melayu yang banyak
memperlihatkan potensinya. Beliau menceburi semua genre termasuklah kreatif dan non
kreatif. Beliau telah menyerlah dalam beberapa cerpen dan novel. Neliau berpendapat
bahawa menceburi penulisan kreatif, genre cerpen lebih menarik perhatiannya. Kemudian
barulah puisi. Walau bagaimanapun, oleh sebab pada masa itu wadah penerbitan terhad,
maka secara perbandingannya sesebuah puisi yang baik lebih cepat tersiar berbanding
sesebuah cerpen yang juga baik dari segi kualitinya. Puisi beliau telah terlebih dahulu
disiarkan sebelum cerpennya. Namun begitu beliau seterusnya lebih banyak menghasilkan
cerpen berbanding puisi. Beliau mengakui bahawa novel menyediakan wadah yang lebih
luas untuk mengekspresikan sesuatu pemikiran kerana ia lebih banyak perenungan,
penceritaan dan pemikiran yang dapat dijalin di dalamnya.
Sesunggunya kehadiran tokoh ini telah memberikan sumbangan yang amat bermakna
dalam penulisan kreatif tanah air. Cerpen beliau “Perjalanan Terakhir” yang disiarkan
dalam majalah Dewan Masyarakat pada tahun 1971 telah memenangi Hadiah Karya
Sastera 1971. Kumpulan cerpen “Sesudah Perang” pula diterjemahkan ke dalam Bahasa
Inggeris oleh Adibah Amin pada tahun 1991. Manakala kumpulan cerpen “Naratif
Ogonshoto” telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2000/2001
sekaligus melayakkan beliau dipilih sebagai penerima S.E.A. Write Award pada tahun
2002 yang dianugerahkan oleh kerajaan Thailand. Pada September 2003 pula kumpulan
cerpen beliau telah menerima Hadiah Sastera MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara).
Manakala novel pertamanya iaitu “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman” memenangi
hadiah pertama Sayembara Mengarang Novel anjuran GAPENA-Yayasan Sabah pada
tahun 1979. Novel ini telah mendapat perhatian pengkaji sastera antarabangsa dan
kemudiannya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Harry Avelling dengan
berjudul “The Last Day Of An Artist”. Ianya sekali lagi diterjemahkan ke dalam bahasa
Urdhu sempena lawatan Presiden Bangladesh ke Malaysia. Kemudian ia terus
diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun dan Perancis.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 13
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
Anwar juga telah menghasilkan tulisan-tulisan ilmiah yang digunakan secara meluas oleh
para pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pengkaji sastera. Selain itu
terdapat juga tulisan-tulisan tentang Anwar Ridhwan yang ditulis oleh sarjana sastera
tanah air yang dimuatkan dalam buku “Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan malaysia
1957-1971 (DBP, 1976). Kamus nama samaran dan nama pena (DBP,1980), Dokumentasi
Kesusasteraan Malaysia (DBP, 1980). Sementara itu, entri Anwar Ridhwan dimuatkan
dalam Ensaiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu (DBP, 1999). Dan “Jati Diri Pasca
Aras 50” (DBP, 1999) merupakan himpunan tiga kuliah yang beliau sampaikan di tiga
buah kota raya di Jepun dalam acara “The Fifth Kaiko Takeshi Memorial Asian Writers
Lecture Series”.
Ternyata dalam bidang sastera secara umumnya dan bidang penulisan karya kreatif
khususnya, Anwar mempunyai misi dan visi yang cukup besar dan berat. Diskusi dan
kritikan yang baik dianggapnya sesuatu yang membantu. Walau bagaimana pun menurut
beliau, selebihnya tetap terpulang kepada penulis untuk memperhalusi kemahiran
mengarang, menguasai bahasa kreatif yang berkesan, mempertajamkan wawasan serta
pandangan dunia terhadap pelbagai gejala kontemporari, teknik yang sentiasa
berkembang, serta keupayaan untuk berkarya secara profesional.
6.0 KESIMPULAN
Karya kesusasteraan akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai
keperibadian dan kenegaraan yang tinggi. Walaupun negara kita telah dijajah oleh bangsa
asing lebih ratusan tahun, namun jati diri dan semangat nasionalisma masih menebal
dalam diri kita. Sejarah yang diungkapkan melalui karya-karya kesusasteraan telah
mengikat kehidupan kita supaya sentiasa bersatu padu. Dasar mewujudkan bangsa
Malaysia yang berteraskan pendidikan wajar diteruskan. Sebagai rakyat Malaysia, kita
tidak boleh berharap perpaduan akan terbentuk dengan sendirinya. Konsep perpaduan
yang terbentuk atau diasaskan melalui karya kesusasteraan perlu diperkayakan lagi agar
hasrat kerajaan membentuk sebuah masyarakat yang bersatu dapat direalisasikan.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
6.0 RUJUKAN
Anwar Ridhwan, (2009). Anugerah Sastera Negara Hanya Untuk Karya dalam Bahasa
Kebangsaan Malaysia. Diadaptasi pada 22 Jun 2012 dari laman web
http://1anwarridhwan.blogspot.com/2009/11/anugerah-sastera-negara-hanya-untuk.html
Anwar Ridhwan, (2010). MPH dan Buku-Buku Melayu. Diadaptasi pada 10 Jun 2012 dari
laman web http://1anwarridhwan.blogspot.com/
BERNAMA, (2009). Anwar Ridhwan Penerima Sastera Negara. Diadaptasi pada 20 Mei
2012 dari laman web http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=431875
Cakra Sastera, (2009). Anwar Ridhwan SN (10). Diadaptasi pada 10 Jun 2012 dari laman
web http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com/2009/08/11/anwar-ridhwan-sn-ke-10/
Uthaya Sankar, (2010). Dr Anwar Ridhwan. Diadaptasi pada 20 Mei 2012 dari laman web
http://uthayasankarsb.blogspot.com/2010/03/dr-anwar-dhwan.html?zx=98a5b1042f32f60d
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 15