laporan big 2
DESCRIPTION
big 2 pismp jan 13TRANSCRIPT
Biodata Pelajar
Nama : Ahmad Safwan Bin Roslan
Jantina : Lelaki
Nombor kad pengenalan : 930812-13-6693
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Status perkahwinan : Bujang
Alamat : 9H,Lorong Angsana Utara 1, Jalan Angsana Utara,
96000, Sibu, Sarawak
Nombor telefon : 014-8944078
Kumpulan : PISMP BI (SK) 1 Ambilan Januari 2013
Semester : Semester 2
Institut : Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Kuching, Sarawak
Waris terdekat : Roslan Bin Putit
Hubungan : Bapa
Nombor telefon : 019-8483782
Pengenalan
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang wajib dijalankan
oleh semua guru pelatih kursus pengajian Program Ijazah Sarjana Perguruan
Malaysia di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program ini dilaksanakan
oleh bahagian Unit Kokurikulum di semua Institut Pendidikan Guru di seluruh
Malaysia, dan merupakan salah satu keperluan kepada semua guru pelatih sebelum
melangkah ke alam perguruan.
Program ini diadakan untuk membina sahsiah perguruan kepada semua guru
pelatih yang menyertai program Bina Insan Guru ini. Selain itu, program Bina Insan
Guru ini juga dijalankan untuk memupuk sifat kepimpinan di setiap guru pelatih
selain menguji tahap fizikal guru pelatih yang menyertai Program Bina Insan Guru
ini. Program Bina Insan Guru ini juga meningkatkan hubungan antara guru pelatih
yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Selain itu, sifat kerohanian juga turut
disertakan di dalam program ini. Senang kata, program ini meningkatkan ciri-ciri
perguruan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS) kepada setiap guru pelatih yang menyertai program Bina Insan Guru ini.
Program Bina Insan Guru ini direalisasikan melalui satu aktiviti samaada
dilakukan di luar dan di dalam kampus. Program ini dijalankan sepanjang enam
semester semasa guru pelatih menjalani pengajian di Institut Pendidikan Guru di
seluruh Malaysia. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal
diri,pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharapkan
dapat melahirkan guru-guru yang memiliki sahsiah yang mantap, taraf profesional
yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dalam arus globalisasi.
Matlamat
Terdapat tiga matlamat utama yang ingin dicapai untuk mencapai objektif bagi
program Bina Insan Guru 2 ini:-
1. Peserta-peserta dapat belaja rmengenai cara-cara untuk beretika di dalam
pelbagai situasi.
2. Membina insan guru yang bersopan dan beretika secara keseluruhan dan
mempunyai nilai-nilai seorang guru.
3. Melahirkan guru yang berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
ObjektifAktiviti
Objektif program Bina Insan Guru 2 adalah seperti berikut:
1. Memupuk kesediaan berbakti secara sukarela kepada komuniti.
2. Memupuk kerjasama dan semangat kerja berpasukan.
3. Membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti setempat.
4. Melatih pelajar-pelajar menjadi lebih peka kepada realiti persekitaran, budaya,
taraf hidup serta keperluan pemdidikan komuniti.
Laporan Aktiviti Program Bina Insan Guru
Program Bina Insan Guru Siri 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang telah dijalankan pada 13 Julai 2013, iaitu pada hari Sabtu. Program ini telah
dilakukan di Gim Ballang Lasung di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Program Bina Insan Guru Siri 2 ini wajib disertai oleh semua guru pelatih yang
mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sebagai salah satu syarat lulus
pengajian tersebut. Seramai 42 orang peserta dari dua kelas pengajian yang
berbeza, iaitu PISMP BI (SK) 1, dan PISMP BI (SK) 3 telah menyertai program ini.
Sebelum kami memulakan aktiviti Program Bina Insan Guru 2, kami
dikehendaki berkumpul di hadapan Gim Ballang Lasung pada pukul 7 pagi. Kami
dikehendaki memastikan samaada semua rakan sekelas kami hadir pada hari
tersebut. Setelah hadir, kami berkumpul pula di dalam gim untuk upacara nyanyian
lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, dan lagu rasmi Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang. Setelah upacara nyanyian selesai, kami diberi taklimat pula oleh penyelaras
program Bina Insan Guru, iaitu Encik Michael Tarang, tentang aktiviti yang akan
kami lakukan pada program Bina Insan Guru 2 ini.
Berdasarkan
taklimat yang disampaikan
Gambar 1 : Sesi taklimat yang dijalankan
oleh beliau, kami mengetahui bahawa aktiviti yang akan dijalankan dalam program
Bina Insan Guru 2 ini ialah aktiviti khidmat masyarakat. Tugas yang diberikan
kepada kami ialah mengemas, mencuci, dan mengecat gim. Sebelum kami
memulakan aktiviti tersebut, kami berbincang bagaimana untuk membuat tugasan
yang telah diberikan. Kami bercadang untuk mengemas stor di dalam gim terlebih
dahulu sebelum menyuci dan mengecat gim.
Gambar 2 & 3 : Sesi pemindahan barang dari stor lama PJK ke stor dalam gim
Selepas itu, kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk membuat dua
tugas yang berlainan, iaitu mencuci gim dan mengecat gim. Kami membahagikan
tugas tersebut untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja.
Gambar 4 : Sesi mencuci gim Gambar 5 : Sesi membuang bekas
simen sebelum
mengecat
Setelah kerja kami siap,kami diminta untuk berkumpul semula di dalam gim
tersebut untuk majlis penutupan program Bina Insan Guru 2 ini. Kami telah diberi
penerangan dan penghargaan dari Encik Dana Raja atas kerjasama kami
mengemas, membersihkan dan mengecat Gim Ballang Lasung Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang. Setelah upacara penutupan program Bina Insan Guru 2
ini selesai, kami diberi makanan yang disediakan dan bersurai pada pukul 3 petang.
Refleksi Kendiri
Program Bina Insan Guru 2 yang telah dijalankan pada 13 Julai yang lepas
sememangnya telah memberikan banyak manfaat yang berguna kepada sifat
peribadi saya sendiri. Dengan aktiviti yang bermanfaat itu, saya dapat meng yang
dijalankan sepanjang program Bina Insan Guru 2 ini, saya dapat mengenal pasti
kelebihan serta kekurangan yang ada pada diri saya sepanjang saya menjalani
program ini.
Melalui program ini, kekurangan utama yang saya dapat kenal pasti dalam diri
saya sepanjang menjalankan aktiviti ini ialah saya merupakan seorang yang cuai
dan selalu melalukan sesuatu kerja dengan tidak betul. Sepanjang menjalankan
aktiviti program Bina Insan Guru 2 ini, saya banyak melakukan salah dan silap
terutamanya dalam mengecat. Saya banyak tertumpah cat dan banyak mengecat di
bahagian yang tidak patut dicat. Sebelum ini saya pernah mengecat di rumah,
namun saya tahap kecuaian saya lebih tinggi jika berada di kalangan rakan-rakan
saya.
Selain itu, saya juga sedar yang saya mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Disebabkan keyakinan diri yang rendah ini saya cuai dalam membuat sesuatu
pekerjaan. Saya selalu berfikir samaada saya melakukan sesuatu kerja itu dengan
betul atau tidak, dan saya berasa amat kurang yakin dengan kebolehan saya sendiri
dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Saya juga mudah berasa kurang yakin dengan
diri saya sendiri jika saya melakukan sesuatu kerja dengan salah, dan ini telah
mewujudkan rasa putus asa dalam melakukan sesuatu kerja.
Walaupun rasa putus asa mudah ada jika saya melakukan kesalahan dalam
melakukan kerja, saya juga mudah bangkit dan terus membetulkan kesalahan yang
saya buat dalam sesuatu pekerjaan. Ini merupakan satu kelebihan yang saya sedar
saya ada sepanjang menjalani program Bina Insan Guru 2 ini. Sebagai contoh,
apabila kami mengemas stor PJK lama, saya secara tidak sengaja terjatuhkan kayu
hoki yang telah disusun. Saya terus menyusun balik kayu hoki yang berterabur
disebabkan kecuaian saya sendiri.
Saya sedar yang kekuatan serta kelebihan diri saya boleh dimanfaatkan
dalam kehidupan seharian dan terhadap kerjaya saya sebagai seorang guru di masa
hadapan. Berdasarkan program Bina Insan Guru 2 ini, saya juga sedar yang saya
mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Saya sedar yang saya mempunyai sikap
yang penyabar apabila seseorang melakukan sesuatu kesalahan. Saya juga amat
bertoleransi apabila tedapat perselisihan faham atau percanggahan idea di antara
saya dengan rakan-rakan saya.
Disini dapatlah saya simpulkan bahawa terdapat banyak kelebihan dan
kekurangan diri saya sendiri yang dapat dikenalpasti melalui aktiviti program Bina
Insan Guru 2 yang telah dilaksanakan. Saya sedar bahawa kekurangan dan
kelemahan diri tidak semestinya menjadi penghalang di dalam kehidupan saya, ia
juga dapat dijadikan sebagai pendorong untuk berusaha menjadi insan yang lebih
baik.Ma nakala, kelebihan diri pula dapat dijadikan sebagai faktor keyakinan dalam
membentuk keperibadian seorang guru yang berkualiti dan berguna.
Penilaian Kendiri
Program Bina Insan Guru yang dilaksanakan oleh seluruh Institut Pendidikan
Guru di seluruh Malaysia mempunyai matlamat yang hendak dicapai, iaitu untuk
melahirkan warga pendidik di masa hadapan yang seimbang dari segala aspek.
Pelbagai aktiviti Program Bina Insan Guru telah dijalankan bagi memastikan
matlamat tersebut tercapai. Berdasarkan aktiviti program Bina Insan Guru 2 yang
dijalankan pada 13 Julai 2013 di Gim Ballang Lasung Institut Pendidikan Guru
kampus Batu Lintang, kami mengetahui bahawa aktiviti yang dijalankan dalam
program Bina Insan Guru 2 ini ialah khidmat masyarakat.
Aktiviti ini telah menyedarkan saya bahawa tugas seorang guru tidak
semestinya melibatkan murid dan alam persekolahan, tapi guru juga mempunyai
peranan di dalam masyarakat. Dengan aktiviti khidmat masyarakat, kami memahami
kami perlu memjadi seorang guru yang serba boleh dalam hampir semua perkara.
Program Bina Insan Guru 2 ini sedikit sebanyak menyumbangkan banyak input yang
berkaitan dengan sahsiah perguruan kepada kami sebagai guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Sebagai kesimpulannya di sini, pelbagai manfaat telah diperolehi daripada
pelaksanaan program Bina Insan Guru yang berlangsung selama sehari ini.
Manfaat yang diperoleh bukan sahaja dapat amat berguna kepada kami bagai
seorang bakal pendidik, malah ia dapat sedikit sebanyak membentuk jati diri saya.
Pada pendapat saya, aktiviti yang telah dijalankan banyak memberikan manfaat
yang berguna kepada saya sendiri dan dalam pembinaan sahsiah perguruan di
dalam diri saya sendiri.
Penutup
Konklusinya di sini, Program Bina Insan Guru amat penting demi melahirkan
guru yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, atau lebih
dikenali sebagai JERIS. Sepadan dengan nama program tersebut, Program Bina
Insan Guru amat sesuai bagi membina sahsiah perguruan kepada guru pelatih
seperti kami selain memupuk sifat kemasyarakatan kepada guru pelatih. Sudah
terbukti bahawa program ini merupakan satu program yang wajib dijalani oleh guru
pelatih di seluruh Institut Pendidikan Guru di seluruh Malysia. Program ini
merupakan satu langkah persediaan yang pertama bagi kami sebelum kami
melangkah ke alam perguruan dan program ini memberikan kami pelbagai
pengetahuan yang berguna setelah kami berada di alam perguruan nanti.
Lampiran
Jawatankuasa Kelas:
Pengerusi: Lizabeth Bt Linus
Naib Pengerusi: Leoforster Ruben
Setiausaha:Esther Enjawa Ak Munjie
Naib Setiausaha: Karen Reenai Hillson
Bendahari: Aaron Lee Hsien Liang
Naib Bendahari: Ummirul Farah BtKamarul
Senarai guru pelatih yang terlibat dalam program Bina Insan Guru 2
Bil. Nama Jant. No. KP
1 AARON LEE HSIEN LIANG L 930423105543
2 AHMAD SAFWAN BIN ROSLAN L 930812136693
3 AMANDA RENDI ANAK ENTINGGIP
930511135638
4 ELLA JAIN P 931219127010
5 ESTHER ENJAWA ANAK MUNJIE P 930407135320
6 HABIB SAYYID AZZIM BIN HABIB IDRIS L 931116146083
7 INTAN NURMARINI BT MOHAMED NORIMAN P 930813136644
8 JOCELYN CHUA CHIEW KIOK P 930421136194
9 KAREN REENAI HILLSON P 931221135490
10 LEOFORSTER RUBEN ANAK UPOM L 910812135991
11 LIZABETH BINTI LINUS P 920601125450
12 MUHAMMAD ALI IMRAN BIN ROSLI L 920906035501
13 MUHAMMAD FIKRI BIN MOSLEH L 920117045619
14 MUHAMMAD RIDHWAN BIN MOHD NOR L 930211045139
15 NGO JUN ZIE L 930912136279
16 NOR AIRAH AZIRAH BINTI NIMING P 931123125766
17 NURUL FALAHANI BINTI SHAMSULBAHRI P 930831135418
18 STEPHANIE HUBAT P 930827135714
19 UMMIRUL FARAH BINTI KAMARUL P 930124136198
20 WENDY INGGU P 931023126120
Gambar-gambar lain