laporan big [completed]
TRANSCRIPT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
LAPORAN
PROGAM KHIDMAT MASYARAKAT
BINA INSAN GURU (BIG)
SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN
HUSSEIN ONN
2013/ 1434H
ANJURAN:
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN PENGAJIAN AGAMA 2
SESI 2012/2013
TARIKH:
23 FEBRUARI 2013
12 RABIULAKHIR 1434H
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 1
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
1)PENGENALAN
Sebagai warga IPG, Program Bina Insan Guru (BIG), menjadi suatu
kewajipan yang perlu dilaksanakan bagi tujuan pembentukan ciri-ciri
seorang bakal guru yang berkualiti dari aspek jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial. Sehubungan dengan itu, pada semester kali ini kami
telah diamanahkan untuk menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat IPGKTHO 2013.
Majlis sambutan Maulidurrasul ini diadakan adalah bertujuan untuk
mengingati perjuangan baginda Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan
risalah dan meninggi syiar Islam.
2) RASIONAL
Program ini dilaksanakan :
2.1 Program khidmat masyarakat ini dirangka bertujuan untuk
menjadikan bakal guru pelatih agr lebih bersistematik dan
bersemangat dalam proses pembinaan sebagai seorang modal insan
guru pada masa hadapan.
3) OBJEKTIF
o Membentuk sahsiah dan keperibadian guru pelatih.
o Membentuk hubungan kemasyarakatan dalam diri guru pelatih
dalam menjayakan sambutan Maulidurrasul ini.
o Menerapkan nilai-nilai murni yang dianjurkan dalam kehidupan
seorang muslim.
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 2
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
o Menggalakkan warga kampus untuk sama-sama menyambut
kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W dan memperbanyakkan
selawat ke atas baginda.
o Menyemarakkan semangat beribadah di di dalam kampus.
4) ANJURAN
Pelajar PISMP Pengajian Agama 1 & 2 Ambilan Januari 2012 dan kerjasama
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral IPG Kampus Tun Hussein Onn
5) LOKASI
Dewan Sri Budiman IPG Kampus Tun Hussein Onn
6) NAMA PROGRAM
Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru
7) MASA
Gotong-royong / Rewang : 22 Feb. 2013, bermula jam
3.00 pm.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul : 23 Feb. 2013, 7.30 am –
1.45 pm.
8) KUMPULAN SASARAN
Semua guru pelatih lelaki dan perempuan IPTHO yang beragama islam
9) TENTATIF PROGRAM
Seperti pada lampiran “A”
10)STRUKTUR ORGANISASI
Seperti pada lampiran “B”
11) PENGISIAN PROGRAM
a) Jam 7.30 pagi
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 3
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
Semua staf dan pelajar berkumpul di pintu gerbang IPTHO. Pada masa
yang sama juga, ketibaan pengarah IPTHO yang diiringi oleh Ketua-Ketua
Jabatan, dan Ketua-Ketua Unit. Mereka berkumpul menepati masa yang
telah ditentukan tanpa melengahkan masa atas sebab untuk
menyegerakan dan memudahkan aturcara program.
b) Jam 8.00 pagi
Bermulalah perarakan secara berjemaah dari pintu gerbang IPTHO hingga
ke Dewan Sri Budiman. Perarakan diiringi dengan laungan Selawat dan
Marhaban kepada Rasulullah S.A.W yang juga diketuai oleh Abdul Hannan
bin Abdul Aziz. Para pelajar berarak mengikut kelas masing-masing serta
membawa sepanduk hasil karya sendiri hingga ke dewan. Perarakan
dilakukan dengan penuh semangat dan kesyumulan.
c) Jam 8.30 pagi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah beserta dengan doa.
Kemudian, bacaan Al-Quran oleh wakil pelajar KPLI yang mengalunkan
suaranya dengan baik. Seterusnya, bacaan rawi untuk berzanji dan
marhaban oleh wakil-wakil pensyarah seramai 4 orang. Ketika marhaban,
semua warga IPTHO di dalam dewan berdiri dan bersama-sama
melakukan marhaban dengan penuh semangat. Sesudah marhaban, Puan
Pengarah IPTHO memberikan ucapan aluan serta ucapan perasmian majlis
ini.
d) Jam 9.30 pagi.
Ketika ini merupakan persembahan pembukaan yang juga merupakan
persembahan daripada wakil pelajar yang pertama. Persembahan yang
berupa alunan suara sahaja oleh barisan kumpulan nasyid IPTHO yang
diketuai oleh Mohd Azmi, wakil pelajar opsyen MATH semester 3 PISMP.
Persembahan mereka merupakan persembahan yang mampu
mengingatkan kepada kita akan kesedaran untuk mendapatkan cinta
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 4
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
daripada Rasulullah S.A.W. Sungguh mantap apabila mereka diberikan
tepukan gemuruh daripada para hadirin.
e) Jam 9.45 pagi.
Diteruskan lagi perjalanan program dengan persembahan daripada
kumpulan pelajar perempuan. Mereka pula terdiri daripada campuran
beberapa opsyen. Ternyata persembahan mereka sungguh menyentuh
hati para hadirin yang berada di dalam dewan.
f) Jam 10.00 pagi.
Terdapat tayangan video yang merupakan sebagai selingan di antara
aktiviti pementasan. Video ini direka khas berdasarkan tema Maulidur
Rasul pada tahun ini iaitu Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah.
g) Jam 10.10 pagi.
Aktiviti diteruskan lagi dengan persembahan drama yang terdiri daripada
para pelajar opsyen TESL, yang juga daripada Program PISMP semester 1.
Selepas itu, peserta diberikan peluang untuk mengulas serba sedikit
tentang persembahan mereka. Persembahan drama mereka sungguh
menarik dan menambat hati para penonton serta Puan Pengarah IPTHO
turut terhibur melihat persembahan mereka itu. Kemudian diteruskan
majlis dengan persembahan drama yang kedua iaitu daripada opsyen
TESL juga, daripada Program PISMP semester 3. Tidak kurang hebatnya
juga pementasan yang dilakukan oleh mereka.
h) Jam 11.10 pagi.
Persembahan qasidah burdah yang dibawa oleh wakil pelajar daripada
pelbagai opsyen. Persembahan ini cukup menarik hati dan menjiwai para
penonton terhadap rasa kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. Ini
merupakan persembahan selingan yang pertama bagi kumpulan qasidah
ini. Persembahan mereka menyusul semula pada Jam 11.50 pagi.
i) Jam 11.20 pagi.
Sebelum acara memasuki kepada persembahan qasidah yang kedua,
sekali lagi paparan video ditayangkan. Video kali ini telah direka dan
dipersembah oleh para pelajar Pengajian Agama 1 dan Pengajian Agama
2. Masing-masing memaparkan video bagi kelas masing-masing.
j) Jam 12.10 pagi.
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 5
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
Sedikit perkongsian tsunami di Acheh yang disyarahkan oleh Ustaz Isa bin
Man, wakil pensyarah JAPIM. Ini boleh dianggap sebagai suatu motivasi
kepada kita sebagai orang Islam. Tazkirah ini disampaikan secara ringkas,
tetapi mempunyai pengisian yang sangat bermakna kepada para hadirin.
k) Jam 12.45 pagi.
Penyampaian hadiah atau cenderahati kepada para peserta oleh Puan
Pengarah IPTHO yang juga diiringi oleh Ustaz Isa bin Man selaku ketua
JAPIM. Hadiah yang diberikan sangat lumayan dan berharga kepada para
peserta yang memberikan sepenuh tenaga dan perhatian mereka
sepanjang perjalanan majlis.
l) Jam 1.00 petang
Segala aktiviti yang dianjurkan telah pun selesai dengan jayanya tanpa
sebarang aral yang melintang. Tiba masanya para hadirin menikmati
jamuan yang telah disediakan. Mereka menikmati makanan yang dimasak
hasil rewang secara beramai-ramai oleh warga IPTHO pada 22 Februari
2013, Jumaat. Makanan yang dihidangkan melalui dulang itu sungguh
menyelerakan dan cukup mengisi kekosongan perut para hadirin. Para
hadirin berpuas hati dan memuji masakan yang dilakukan.
m) Jam 1.20 petang
Para pelajar bergotong-royong bagi membersihkan semula sampah-
sampah makanan serta membersihkan barang-barang yang digunakan.
Segala barang-barang yang dipinjam untuk kegunaan majlis dipulangkan
semula dalam keadaan baik serta cukup sifatnya.
12) PENUTUP
Program yang dilaksanakan ini telahpun berjaya mencapai objektif dan
memberikan manfaat kepada guru pelatih dan kumpulan sasaran dalam
memantapkan jati diri dan keutuhan asas kerohanian dalam diri. Secara
tidak langsung pengalaman dalam menganjurkan Sambutan Maulidur
Rasul ini dapat memberi panduan dalam mengadakan sesuatu program
yang lebih baik akan datang kelak.
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 6
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
LAMPIRAN A
TENTATIF PROGRAM
Tempat : Dewan Sri Budiman IPG Kampus Tun Hussein Onn
Tarikh : 23 Februari 2013
7.30 pagi : Staf dan Pelajar Berkumpul Di Pintu Gerbang.
Ketibaan pengarah, Ketua-ketua Jabatan, dan Ketua-
ketua Unit.
8.00 pagi : Perarakan ke Dewan Sri Budiman.
8.30 pagi : Bacaan Al-Quran
: Bacaan Rawi dan Marhaban
: Ucapan Aluan Puan Pengarah IPTHO.
9.30 pagi : Persembahan pembukaan – Nasyid
9.45 pagi : Persembahan kumpulan pelajar perempuan.
10.00 pagi : Selingan (Video Wasatiyah 1)
10.10 pagi : Persembahan Drama (TESL PISMP Sem 1)
10.25 pagi : Selingan (Video Wasatiyah 2)
10.40 pagi : Persembahan Drama (TESL PISMP Sem 3)
11.10 pagi : Selingan (Qasidah Burdah 1)
11.20 pagi : Persembahan Video (PA2 PISMP Sem 3)
11.40 pagi : Persembahan Video (PA1 PISMP Sem 3)
11.50 pagi : Selingan (Qasidah Burdah 2)
12.10 pagi : Perkongsian Tsunami Di Aceh
12.30 pagi : Sajak Penutup
12.45 pagi : Penyampaian Hadiah / Cenderahati
1.00 petang : Jamuan
1.45 petang : Gotong-royong Pembersihan
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 7
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
LAMPIRAN B
Jawatankuasa Pelaksana Program
Penyelaras : Ustaz Ibrahim bin Mohamad
Pensyarah Penasihat BIG : Ustaz M.Asrar bin Sidon
Pengerusi : Khuraim Assadi bin Samsudin
Naib Pengerusi 1 : Muhamad Hafizuddin bin Hassan
Naib Pengerusi 2 : Siti Atikah binti Omar
Setiausaha : Fateen Nasuha binti Zakaria
Naib Setiausaha : Siti Zulaikha binti Baharuddin
Bendahari : Muhammad Aizat bin Mohd Rasid
Naib Bendahari : Nur Kamillya binti Md Yusof
AJK Rewang : Abdul Hannan bin Abdul Aziz
: Fatin Farahana binti Mohd Jalil
: Siti Haziqa binti Ahmad
AJK Masakan/ Hidangan : Zunnurain Fahmi bin Md Sadakah
: Saidatul Masitah binti Shahriddin
AJK Air : Mohd Anwar bin Mohd Nor
AJK Persembahan : Muhammad Shahril Nazri bin
Ahmad Jailani
: Muhamad Alif Haikal bin Mordani
: Khairul Abha bin Azmi
: Nur Husna Khalisah binti Azman
: Nuraini binti Salim
AJK Tempat/Backdrop : Amil Firdaus bin Zulkifli
: Mohd Fadhil bin Jasmi
: Siti Nur Farhana binti Zolkifli
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 8
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
AJK Peralatan : Muhammad Iqbal Syafaat bin
Mohd Amin
: Muhammad Arif bin Masri
: Wafahudin bin Jumaat
AJK Siaraya : Muhammad Sharizan bin Abd
Razak
: Abdul Razak bin Sahal
AJK Hadiah : Siti Nur Iklimah binti Sazali
: Nurul Ain Anisha binti Mohd Ali
AJK Dokumentasi : Mohamad Aimullah bin Mohamad
: Abu Ubaidah bin Tomiran
: Halimatus Sa’diah binti Firdaus Tay
: Nur Syuadah binti Zolkiefli
AJK Sambutan : Muhammada Fitri bin Ateh
: Faten Fazira binti Mohd Noor
: Nurul Auni binti Jasni
AJK Protokol/ Buku Program : Nur Syahirah binti
Morshid
AJK Kebersihan : Nur Azreena binti Hamdi
: Siti Mahfuzah binti Sujud
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 9
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
LAMPIRAN C
Berikut adalah gambar-gambar suasana ketika Maulidur Rasul :-
Gambar di atas adalah suasana ketika rewang.
Gambar ketika pemasangan backdrop, mengemas bahagian dewan
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 10
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
Gambar ketika perarakan bersama-sama sepanduk kelas
Gambar Puan Pensyarah bersama para pelajar dalam perarakan.
Aktiviti Dalam Dewan
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 11
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 12
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
Kami pelajar pengajian agama 1 telah mendapat sepanduk tercantik selam 2 tahun berturut-
turut .
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 13
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BIG 2013
Disediakan oleh,
…………………………………………………FATEEN NASUHA BINTI ZAKARIASetiausaha PA 1, BIG, IPG KTHO 2013
Disemak oleh,
………………………………………KHURAIM ASSADI BIN SAMSUDINPengerusi BIG, IPG KTHO 2013
Disahkan oleh,
………………………………………USTAZ M. ASRAR BIN SIDONPensyarah Penasihat,Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru
Disokong oleh,
................................................EN MOHD NAHAR BIN MOHAMAD WAZIRKetua Unit KokurikulumIPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
PENGAJIAN AGAMA 1 DAN 2 14