buku_garis_panduan_insuranstakaful.pdf
Post on 09-Apr-2016
5 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
Tel : 03-8880 2000/2200/2400/2600
Faks : 03-8880 2440http://bpp.treasury.gov.my
Kandungan
PERKARABIL
1. Tujuan
2. Syarat Am
3. Had Umur Perlindungan
4. Pemeriksaan Kesihatan
5. Kuat kuasa Perlindungan
6. Bayaran Premium
7. Pampasan
8. Nilai Serahan Tunai (NST)
9. Premium Insurans Tambahan Bagi Kes
Penangguhan Arahan Potongan Gaji (APG)
10. Perlindungan oleh Panel Insurans / Takaful Yang
Sama Untuk Pinjaman Jenis VI dan Jenis VII
11. Refund Insurans Kerana Lebihan Perlindungan
(Refund Due To Over Insurance)
12. Laporan dan Data
13. Kod Etika Panel Insurans/Takaful
14. Pembatalan/ Penarikan Diri Sebagai Panel
Insurans/Takaful
15. Hak Pilihan Peminjam
16. Kuat Kuasa
1
1
2
2
3
4
4
6
7
7
8
8
8
9
10
10
MUKA SURAT
1. TUJUAN
1.1 Garis panduan ini adalah untuk menyediakan panduan dan
syarat yang perlu dipatuhi oleh panel Insurans/Takaful
Perbendaharaan Malaysia.
2. SYARAT AM
2.1 Panel perlu menjaga kerahsiaan maklumat peminjam.
2.2 Panel perlu menyediakan Insurans/Takaful Gadaijanji dan
Insurans/Takaful Pemilik Rumah Kediaman bagi melindungi
pinjaman.
2.3 Kadar premium yang akan dikenakan oleh panel baharu yang
dilantik tidak boleh melebihi kadar seperti mana yang
dikenakan oleh panel insurans/takaful sedia ada di Bahagian
Pinjaman Perumahan (BPP) atau mana-mana panel
pengendalian penanggungan risiko lain yang dilantik oleh
Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.
2.4 Skop perlindungan bagi Skim Insurans/Takaful Pemilik Rumah
Kediaman yang disediakan oleh panel baharu hendaklah tidak
berkurangan daripada skop perlindungan yang ditawarkan oleh
panel insurans/takaful sedia ada di BPP atau oleh mana-mana
panel pengendalian penanggungan risiko lain yang dilantik oleh
Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.
16. KUAT KUASA
16.1 Garis panduan ini berkuatkuasa mulai 2 Mei 2010.
15. HAK PILIHAN PEMINJAM
15.1 Pelantikan sebagai panel insurans/takaful Perbendaharaan
Malaysia tidak boleh dianggap sebagai memberikan apa-apa
jaminan di pihak Kerajaan Malaysia untuk sebarang
pengagihan fail peminjam kepada panel kerana dasar
Perbendaharaan Malaysia adalah memberikan kebebasan
kepada para peminjam untuk memilih mana-mana panel
insurans/takaful yang mereka inginkan.
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
Tarikh : 17 Ogos 2010
Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 1 Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 10
3. HAD UMUR PERLINDUNGAN
3.1 Had perlindungan hendaklah tidak kurang daripada umur
90 tahun.
2.5 Skop perlindungan bagi Skim Insurans/Takaful Gadaijanji yang
ditawarkan oleh panel hendaklah sekurang-kurangnya meliputi
kematian dan faedah keilatan kekal dan menyeluruh.
2.6 Perubahan kadar premium Insurans/Takaful hanya boleh
dibuat setahun sekali bermula dari tarikh pertukaran terakhir
dan BPP akan melaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan.
2.7 Panel tidak digalak mengadakan sebarang kerjasama dengan
mana-mana syarikat insurans/takaful, kecuali dengan panel
insurans/takaful BPP dengan terlebih dahulu mengemukakan
cadangan pelan perniagaan untuk kelulusan BPP.
4. PEMERIKSAAN KESIHATAN
4.1 Peminjam berumur kurang daripada 65 tahun ketika
mengemukakan permohonan hendaklah dikecualikan daripada
menjalani pemeriksaan kesihatan tanpa mengambil kira amaun
pinjaman yang diluluskan oleh BPP.
Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 2
14. PEMBATALAN/PENARIKAN DIRI SEBAGAI PANEL
INSURANS/TAKAFUL
14.1 Sekiranya pihak panel insurans/takaful gagal untuk
mematuhi mana-mana syarat yang disebutkan di atas atau
mana-mana syarat lain yang akan dikenakan oleh Kerajaan
Malaysia dari semasa ke semasa selepas dari ini dan/atau
jika terdapatnya apa jua sebab lain yang difikirkan perlu oleh
Kerajaan Malaysia untuk menamatkan perlantikan panel,
maka Kerajaan Malaysia mempunyai hak mutlak tanpa perlu
menyatakan sebarang sebab untuk menamatkan pelantikan
sebagai panel insurans/takaful Perbendaharaan Malaysia.
14.2 Pihak panel insurans/takaful boleh pada bila-bila masa
memberitahu pihak Kerajaan Malaysia melalui satu (1) bulan
notis secara bertulis menyatakan niatnya untuk menarik diri
dari menjadi panel insurans/takaful Perbendaharaan Malaysia.
14.3 Sekiranya pelantikan panel insurans/takaful ditamatkan oleh
Kerajaan Malaysia atau panel menarik diri daripada menjadi
panel Perbendaharaan Malaysia, segala komitmen yang
telah dibuat selaras dengan pelantikan ini, iaitu sebelum
berkuatkuasanya tarikh penamatan pelantikan dan/atau
penarikan diri, hendaklah kekal terpakai melainkan kedua-
dua pihak terlibat bersetuju secara bertulis memberhentikan
apa-apa komitmen yang berkaitan.
Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 9
5. KUAT KUASA PERLINDUNGAN
5.1 Insurans/Takaful Gadaijanji
5.1.1 Tempoh perlindungan berkuat kuasa dari tarikh
pinjaman diluluskan dengan syarat Borang E
ditandatangani oleh peminjam dan disah terima
semula oleh BPP;
5.1.2 Tempoh perlindungan bagi pembelian rumah yang
telah siap adalah selama tempoh pinjaman dengan
tambahan satu (1) tahun; dan
5.1.3 Tempoh perlindungan bagi pembelian rumah dalam
pembinaan adalah selama tempoh pinjaman dengan
tambahan dua (2) tahun.
5.2 Insurans/Takaful Pemilik Rumah Kediaman
5.2.1 Tempoh perlindungan berkuat kuasa apabila
bayaran pinjaman minimum 95% dikeluarkan; dan
5.2.2 Tempoh perlindungan adalah selama tempoh
pinjaman dengan tambahan satu (1) tahun.
Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 3
12. LAPORAN DAN DATA
12.1 Panel hendaklah menggunakan format yang ditetapkan oleh
BPP bagi laporan dan data dari semasa ke semasa.
11. REFUND INSURANS KERANA LEBIHAN PERLINDUNGAN
(REFUND DUE TO OVER INSURANCE)
11.1 Panel hendaklah menyerahkan lebihan perlindungan insurans
gadaijanji dalam bentuk refund terus kepada BPP bagi kes
penyelesaian sebahagian hutang atau sekiranya terdapat
pengurangan jumlah pinjaman berbanding pinjaman asal. Ini
bermakna polisi masih berkuatkuasa tanpa perlu dibatalkan.
13. KOD ETIKA PANEL INSURANS/TAKAFUL
13.1 Panel Insurans/Takaful BPP hendaklah sentiasa
mengutamakan kepentingan peminjam, telus, efisien dan
berintegriti.
Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 8
7. PAMPASAN
7.1 Pampasan Kematian
7.1.1 Panel perlu membayar pampasan dengan syarat
BPP telah menerima Surat Setuju Terima Pinjaman
(Borang E) sebelum tarikh kematian, walaupun
bayaran premium belum dibuat kepada panel;
7.1.2 Panel hanya menerima salinan sijil kematian yang
disahkan bagi tujuan pembayaran pampasan
kematian; dan
7.1.3 Panel perlu menyerahkan pampasan kepada BPP
bagi tujuan menyelesaikan baki pinjaman atau
pengeluaran bayaran kepada pemaju selewat-
lewatnya 14 hari bekerja dari tarikh makluman kematian
diterima.
6. BAYARAN PREMIUM
6.1 Insurans/Takaful Gadaijanji
6.1.1 Premium dibayar kepada panel setelah BPP menerima
Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) daripada
peminjam.
6.2 Insurans/Takaful Pemilik Rumah Kediaman
6.2.1 Premium dibayar kepada panel setelah bayaran
pinjaman minimum 95% dikeluarkan.
Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 4
9. PREMIUM INSURANS TAMBAHAN BAGI KES
PENANGGUHAN ARAHAN POTONGAN GAJI (APG)
9.1 BPP akan memaklumkan baki pinjaman bagi kes tangguh
APG untuk tujuan perkiraan tambahan premium
insurans/takaful. Panel dikehendaki memaklumkan semula
BPP jumlah premium tambahan tersebut dalam tempoh tiga
(3) hari bekerja.
9.2 Premium insurans tambahan yang dikenakan ke atas
peminjam atas sebab-sebab yang dipertimbangkan oleh BPP
akan dijelaskan terus oleh peminjam kepada panel.
9.3 Panel perlu memaklumkan BPP premium insuran tambahan
yang dibayar oleh peminjam dengan mengemukakan resit
pembayaran untuk tindakan BPP seterusnya (kelulusan
penangguhan bayaran balik dan pengeluaran APG baru).
10. PERLINDUNGAN OLEH PANEL INSURANS/
TAKAFUL YANG SAMA UNTUK PINJAMAN
JENIS VI DAN JENIS VII
10.1 Panel yang sama perlu meneruskan perlindungan ke atas
pinjaman membina rumah di atas tanah pinjaman BPP (Jenis
VI) dan ubahsuai rumah pinjaman BPP (Jenis VII).
Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 7
7.2 Pampasan Keilatan Kekal Dan Menyeluruh
7.2.1 Panel perlu membayar pampasan dengan syarat
BPP telah menerima Surat Setuju Terima Pinjaman
(Borang E), walaupun bayaran premium belum dibuat
kepada panel;
7.2.2 Panel perlu membayar pampasan selepas menerima
Laporan Lembaga Perubatan Kerajaan tertakluk
kepada pengesahan panel perubatan panel insurans/
takaful ; dan
7.2.3 Panel perlu menyerahkan pampasan kepada BPP
bagi tujuan menyelesaikan baki pinjaman atau
pengeluaran bayaran kepada pemaju selewat-
lewatnya 14 hari bekerja dari tarikh makluman
keilatan diterima.
7.3 Pampasan Insurans/Takaful Pemilik Rumah Kediaman
7.3.1 Sebanyak 15% atau minimum RM5,000.00 dari
jumlah pampasan insurans/takaful pemilik rumah
kediaman hendaklah diserahkan kepada peminjam
untuk memulakan kerja-kerja pembaikan; dan
7.3.2 Baki pampasan jika ada hendaklah diserahkan
kepada BPP selewat-lewatnya 14 hari bekerja dari
tarikh makluman kehilangan atau kerosakan ke atas
kediaman diterima. Baki pampasan akan dibayar
kepada peminjam mengikut peraturan BPP sedia
ada.
Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 5
8. NILAI SERAHAN TUNAI (NST)
8.1 Panel hendaklah membayar NST selewat-lewatnya 14 hari
bekerja selepas dimaklumkan oleh BPP bahawa peminjam
telah membatalkan pinjaman. Bayaran hendaklah dibuat
kepada BPP kecuali atas arahan BPP untuk dibayar kepada
peminjam. Walau bagaimanapun, NST bagi peminjam yang
telah menyelesaikan pinjaman boleh dibayar terus kepada
peminjam.
8.2 Panel hendaklah membayar NST selepas dimaklumkan oleh
BPP bagi pinjaman membina rumah di atas tanah pinjaman
BPP (Jenis VI).
7.4 Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu polisi
Gadaijanji dan Pemilik Rumah Kediaman, pampasan
hendaklah dibayar kepada BPP melalui dua (2) cek yang
berasingan.
7.5 Pembayaran pampasan adalah mengikut syarat-syarat yang
dinyatakan di dalam kontrak sijil.
Garis Panduan Panel Insurans/Takaful Perbendaharaan Malaysia 6
top related