asas_insurans_takaful

Upload: aida3651

Post on 07-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    1/24

    17

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    2/24

    K a nd u n g a n

    Halaman

    PengenalanApakah itu insurans?Apakah itu takaful?

    Kenapa membeli insurans atau menyertaiskim takaful?

    Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya

    perlukan?

    Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?

    Bagaimanakah untuk mengetahui sama adasesebuah pengendali takaful mematuhiprinsip Syariah?

    Prinsip-prinsip insurans/ takaful

    Di manakah saya boleh memperoleh pelan

    insurans/ takaful?

    Membuat perbandingan harga

    Senarai Semakan:

    Mendapatkan pelan insurans/ takaful

    Apakah fakta penting?Membayar premium/ caruman

    Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya sayamempunyai pelan insurans/ takaful?

    Soalan-soalan lazim

    Glosari

    1

    3

    4

    7

    8

    10

    11

    12

    13

    14

    16 20

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    3/24

    1

    Pengenalan

    Buku panduan ini akan membantu anda memahami

    insurans dan takaful. Ia mengandungi maklumattentang jenis produk insurans dan takaful yangterdapat dalam pasaran serta prinsip-prinsip asasinsurans dan takaful.

    Apakah itu insurans?

    Anda membeli insurans untuk memindahkan risikokerugian kepada syarikat insurans dan denganitu mengurangkan beban kewangan ketika anda

    mengalami kerugian. Sebagai contoh, sekiranyakenderaan bermotor anda yang telah diinsuranskanterlibat dalam kemalangan, syarikat insurans andaakan membayar kos pembaikan tersebut. Andamembeli insurans dengan membayar premium kepada

    syarikat insurans anda.

    Apakah itu takaful?

    Takaful ialah satu skim insurans berlandaskan prinsip

    Islam iaitu saling menjamin, apabila sekumpulan pesertabersetuju untuk saling menjamin sesama merekaterhadap kerugian tertentu. Sekiranya anda menyertaiskim takaful, anda bersetuju menderma sebahagiandaripada caruman ke dalam kumpulan wang takaful

    bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yangmengalami mana-mana kerugian tertentu.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    4/24

    2

    Bergantung pada terma dalam sijil takaful, seseorangpeserta juga boleh berkongsi lebihan kumpulan wangtakaful sekiranya beliau tidak pernah membuat tuntutansepanjang tempoh takaful. Sesiapa sahaja bolehmenyertai skim takaful tanpa mengira kepercayaan

    agama seseorang itu.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    5/24

    Kenapa membeli insurans atau menyertai skimtakaful?

    Tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untukmengurangkan beban kewangan anda apabila berlakunyakerugian atau kemalangan. Ini bertujuan agar aktiviti harian

    anda dan keluarga tidak terganggu. Walau bagaimanapun,pelan insurans/ takaful hanya melindungi anda bagikerugian yang dinyatakan dalam pelan. Oleh itu, sekiranyaanda ingin mendapatkan insurans/ takaful, anda perlumemastikan pelan tersebut meliputi kerugian yang andaperlu lindungi.

    Apakah jenis produk insurans/ takaful yang sayaperlukan?

    Keperluan insurans/ takaful anda bergantungpada keadaan, umur dan gaya hidup anda. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa jenis insurans/ takafulyang diwajibkan oleh undang-undang; contohnya jika

    anda memiliki kenderaan bermotor, undang-undangmewajibkan anda memiliki perlindungan untukmembayar ganti rugi atas liabiliti yang disebabkan olehanda kepada orang lain.

    3

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    6/24

    4

    Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?

    Anda boleh membeli jenis insurans/ takaful yangberbeza untuk melindungi harta benda, nyawa,kesihatan dan persaraan anda. Terdapat pelbagai

    jenis produk yang boleh memenuhi keperluananda. Jenis insurans/ takaful yang biasa didapati

    ialah:

    Insurans hayat/ takaful keluarga, yangselalunya digunakan sebagai satu cara untukmemberikan bantuan kewangan kepada

    tanggungan anda sekiranya anda meninggaldunia. Anda juga boleh menabung atau melaburmelalui insurans hayat/ takaful keluarga. Terdapat

    juga sesetengah insurans hayat/ takaful keluargayang memberikan pampasan sekiranya andatidak mampu bekerja disebabkan penyakit atauketidakupayaan. Contoh produk insurans hayat/ takaful keluarga ialah insurans hayat seumur hidup/ endowmen, pelan keluarga biasa dan insurans/ takaful berkaitan pelaburan.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    7/24

    5

    Jika anda ingin mendapatkaninsurans/ takaful, pastikan pelantersebut meliputi kerugian yanganda perlu lindungi

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    8/24

    6

    Insurans/ takaful motor, yang akanmemberikan pampasan bagi kerugian tertentu

    disebabkan kerosakan pada kenderaan anda akibatkemalangan. Ia turut memberikan pampasanuntuk kerugian pihak lain yang diakibatkanoleh kenderaan bermotor anda dalam sesuatukemalangan.

    Insurans/ takaful empunya/ isi rumah, yangakan membayar pampasan bagi kerugian tertentuapabila rumah atau harta peribadi anda musnahakibat kejadian seperti kebakaran, banjir, paip pecahdan sebagainya. Anda juga boleh dilindungi daripadatuntutan pihak ketiga yang dibuat berikutan kejadiantersebut.

    Insurans/ takaful perubatan dan kesihatan, yangmembayar pampasan bagi pelbagai jenis perbelanjaanhospital dan perubatan yang anda mungkin tanggungsekiranya anda sakit atau mengalami kecederaan.Pampasan ini termasuk bayaran bilik dan makanan di

    hospital, perkhidmatan profesional serta keperluan danperkhidmatan perubatan.

    Insurans/ takaful kemalangan diri, yang akanmembayar sejumlah wang sekiranya anda hilang upayadisebabkan kemalangan atau meninggal dunia.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    9/24

    7

    Bagaimanakah untuk mengetahui sama adasesebuah pengendali takaful mematuhi prinsip

    Syariah?Jawatankuasa Syariah telah ditubuhkan oleh semuapengendali takaful bagi memastikan operasi takafulmereka sejajar dengan prinsip Syariah. Bank NegaraMalaysia juga telah menubuhkan Majlis PenasihatSyariah yang berfungsi sebagai pusat rujukan bagihal-hal berkaitan perbankan Islam dan takaful diMalaysia.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    10/24

    8

    Prinsip-prinsip insurans/ takaful

    Produk insurans/ takaful anda tertakluk kepadaempat prinsip utama yang diamalkan secara umumiaitu kepentingan boleh insurans/ kepentingan bolehlindung, penuh percaya, indemniti dan sumbangan.

    Untuk mendapat perlindungan insurans, anda mestimempunyai kepentingan boleh insurans terhadapbarang atau hayat yang diinsuranskan. Kepentinganboleh insurans biasanya wujud melalui hubunganpertalian dengan seseorang atau hak milik terhadapsesuatu harta benda. Sebagai contoh, seseorang ituakan mempunyai kepentingan boleh insurans atasnyawa dirinya atau anaknya, rumah atau kenderaanbermotornya.

    Pada asas yang sama, untuk takaful, anda mestimempunyai kepentingan boleh lindung sebelum andaboleh menyertai skim takaful. Sesebuah pelan insurans/ takaful tanpa kepentingan boleh insurans/ kepentingan

    boleh lindung adalah seumpama kontrak perjudian dimana tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untukmemperoleh keuntungan daripadanya.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    11/24

    9

    Penuh percaya bermaksud anda mesti menyatakansemua fakta penting apabila membeli polisi insuransatau menyertai skim takaful. Ini bertujuan untukmembolehkan syarikat insurans/ pengendali takafulmembuat keputusan sama ada untuk memberikanperlindungan insurans/ takaful tersebut kepada anda

    dan menentukan amaun premium/ sumbangan takafuldaripada anda.

    Sekiranya anda tidak mematuhi keperluan ini, polisiinsurans/ sijil takaful anda boleh menjadi tidak sah, dansyarikat insurans/ pengendali takaful berhak menolaktuntutan pampasan oleh anda.

    Prinsip indemniti dan sumbangan hanya terpakai untuk

    insurans/ takaful bagi harta benda anda sahaja. Apabilaanda mengalami kerugian, prinsip indemniti hanya akanmembenarkan anda memperoleh amaun yang akanmengembalikan keadaan anda sama seperti sebelumberlakunya kerugian. Di bawah prinsip sumbangan,

    semua syarikat insurans/ pengendali takaful yangmemberikan perlindungan kepada sesuatu harta yangsama akan berkongsi membayar pampasan untukkerosakan terhadap harta tersebut. Dengan cara ini,seseorang itu tidak boleh memperoleh keuntungandengan membeli lebih daripada satu polisi atau pelantakaful untuk harta yang sama.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    12/24

    10

    Di manakah saya boleh memperolehpelan insurans/ takaful?

    Anda boleh membeli polisi insurans/ menyertai pelantakaful:

    pengendali takaful;

    broker berlesen; dan

    pengurusan bankasurans dengan syarikat insuransatau pengurusan banktakaful dengan pengendalitakaful.

    Seseorang ejen insurans atau takaful bertindak bagipihak syarikat insurans atau pengendali takafuldan menjual polisi insurans atau pelan takaful yangditawarkan oleh syarikat insurans atau pengendalitakaful itu sahaja. Seseorang broker insurans atautakaful pula bertindak bagi pihak pelanggan danmemberikan nasihat kepada pelanggannya tentangpelan yang ia mungkin perlukan. Seseorang penasihatkewangan ialah pihak berkecuali yang menawarkanpelbagai perkhidmatan perancangan kewangan,termasuk insurans/ takaful kepada pelanggannya.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    13/24

    11

    Membuat perbandingan harga

    Ada faedahnya jika anda membuat perbandingan hargabagi sesuatu pelan yang memenuhi keperluan anda.Anda boleh membandingkan premium, terma danbutiran mengenai apa yang sebenarnya dilindungi danapa yang dikecualikan oleh pelan. Polisi yang berbezamungkin mempunyai terma dan syarat, kadar dan

    klausa pengecualian yang berbeza. Dapatkan penjelasansekiranya terdapat keraguan mengenai mana-manaterma supaya anda betul-betul jelas tentang polisiinsurans/ pelan takaful anda.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    14/24

    12

    Senarai Semakan: Mendapatkan pelan insurans/

    takaful

    Berikut ialah senarai semakan yang boleh dijadikanpanduan semasa membeli pelan insurans/ takaful:

    berdaftar/ broker berlesen atau secara terus dengansyarikat insurans atau pengendali takaful.

    sebut harga daripada beberapa syarikat insurans/

    pengendali takaful dan/ atau ejen.

    kekurangan dan pengecualiannya.

    caruman untuk perlindungan tersebut.

    daripada mempunyai perlindungan yang terlalubanyak atau terlalu sedikit.

    lengkap, maklumat yang diberikan adalah tepat dansemua fakta penting didedahkan sepenuhnya.

    mungkin.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    15/24

    13

    Apakah fakta penting?

    Fakta penting ialah mana-mana fakta berkaitananda atau objek yang ingin dilindungi yang perludiketahui oleh syarikat insurans/ pengendali takaful,supaya ia dapat membuat keputusan sama adauntuk memberikan perlindungan kepada anda atautidak, jumlah premium yang perlu dibayar dan termayang akan dikenakan. Syarikat insurans/ pengendalitakaful lazimnya akan memperolehi maklumatini daripada borang permohonan anda. Oleh itu,

    sekiranya timbul sebarang keraguan tentang mana-mana soalan dalam borang permohonan, anda harusmendapatkan penjelasan dan bukannya meneka ataumembiarkan sahaja ruangan jawapan tersebut kosong.Bagi insurans hayat/ takaful keluarga, fakta penting

    lazimnya termasuk pekerjaan, status kewangan, sejarahperubatan keluarga, tahap kesihatan dan gaya hidup.

    Membayar premium/ caruman

    Apabila anda membayar premium/ caruman melaluiejen, pastikan cek anda dikeluarkan atas nama syarikatinsurans/ pengendali takaful anda. Jika tidak, usahakanuntuk membayar premium anda terus kepada syarikatinsurans/ pengendali takaful anda. Terdapat banyak cara

    pembayaran premium/ caruman anda seperti melaluiperkhidmatan autodebit daripada akaun bank anda,perbankan Internet, kad kredit dan perbankan telefon.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    16/24

    14

    Anda harus mendapatkan resit bagi pembayaranpremium/ caruman anda. Selain itu, hubungi syarikat

    insurans/ pengendali takaful anda sekiranya anda tidakmenerima polisi anda dalam tempoh satu bulan daritarikh pembelian.

    Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya sayamempunyai pelan insurans/ takaful?

    Polisi insurans/ sijil takaful ialah dokumen yang sah disisi undang-undang. Oleh itu, anda perlu memberikanperhatian kepada terma-terma polisi/ sijil supaya pelan

    anda kekal sah. Anda haruslah:

    menerimanya. Berbincanglah dengan syarikatinsurans/ pengendali takaful anda sekiranya terdapatpercanggahan dengan apa yang telah dipersetujuisebelum ini.

    pemegang polisi/ peserta pelan takaful.

    pembayaran premium/ caruman anda supaya tidakberlaku kekurangan dalam perlindungan anda.

    penting kepada syarikat insurans/ pengendali takafulanda.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    17/24

    15

    syarikat insurans/ pengendali takaful supaya anda

    dapat menerima notis pada setiap masa.

    anda secepat mungkin apabila terdapat tuntutanyang hendak dibuat.

    daripada kerugian selanjutnya setelah aset tersebutmengalami kerosakan seperti dalam kemalangan,kerana kerugian tersebut tidak akan dilindungi oleh

    insurans/ pelan takaful anda.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    18/24

    16

    Soalan- soalan lazim

    S: Apakah perbezaan antara insurans dengantakaful?

    J: Kedua-dua insurans dan takaful memberikanperlindungan terhadap risiko. Namun begitu,

    takaful ialah skim insurans yang berlandaskanprinsip Syariah iaitu seseorang yang menyertaiskim takaful akan memeterai kontrak (aqad) untuk bersetuju membantu peserta lain dalamskim apabila mereka mengalami kerugian atau

    kemalangan yang ditetapkan.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    19/24

    17

    S: Bagaimanakah saya dapat memastikan

    pihak yang saya berurusan ialah pihak yangdiberikan kuasa untuk menjual produkinsurans atau takaful?

    J: Pastikan pihak tersebut dapat membuktikan yangia merupakan pihak yang berdaftar atau dilesenkan

    untuk menjual produk insurans/ takaful. Sila ambilperhatian bahawa:

    hayat berdaftar dengan Persatuan InsuransNyawa Malaysia.

    am berdaftar dengan Persatuan Insurans AmMalaysia.

    berdaftar dengan Pendaftar Pengantara Takaful.

    dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia di bawahAkta Insurans 1996.

    Bank Negara Malaysia di bawah Akta Takaful1984.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    20/24

    18

    S: Bagaimanakah saya mengetahui apa faktapenting?

    J: Fakta penting ialah mana-mana maklumat yangdiperlukan oleh syarikat insurans/ pengendalitakaful untuk membuat keputusan sama adahendak menerima atau tidak permohonan andauntuk membeli insurans atau takaful. Lazimnya,

    borang permohonan yang digunakan oleh syarikatinsurans atau pengendali takaful telah direkauntuk mengumpulkan fakta yang diperlukan. Andaharus menjawab semua soalan dalam borangpermohonan dengan betul dan tepat. Sekiranya

    anda mempunyai sebarang kemusykilan, andaharus merujuk kepada ejen insurans/ takaful atausyarikat insurans/pengendali takaful anda.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    21/24

    19

    S: Saya membayar premium insurans hayat/ caruman takaful keluarga secara tetap melaluiejen insurans saya. Walau bagaimanapun,apabila saya membuat tuntutan baru-baruini, syarikat insurans/ pengendali takafulsaya memaklumkan bahawa polisi saya telahluput kerana saya tidak membayar premium/

    caruman yang dikenakan. Apakah yang harussaya lakukan?J: Anda harus mengemukakan aduan rasmi kepada

    syarikat insurans/ pengendali takaful anda supayapenyiasatan dapat dibuat. Kemukakan semua

    dokumen kes anda termasuk salinan resit dannama ejen yang terlibat kepada syarikat insurans/ pengendali takaful anda. Sekiranya anda mempunyaidokumen yang berkaitan, syarikat insurans/ pengendali takaful akan bertanggungjawabterhadap tuntutan anda. Namun, sekiranya andatidak mempunyai sebarang dokumen atau bukti lain,syarikat insurans/ pengendali takaful anda mungkinmenolak permohonan tuntutan anda.

    Bagi melindungi diri anda, sekiranya andamempunyai insurans/ pelan takaful, sentiasa pastikanbayaran premium/ caruman dibuat atas namasyarikat insurans/ pengendali takaful anda. Dapatkan

    resit rasmi daripada syarikat insurans/ pengendalitakaful sebagai bukti pembayaran dan pastikansemua surat termasuk kontrak polisi/ sijil takaful danresit difailkan dengan betul.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    22/24

    20

    Glosari

    Indemniti

    Meletakkan pemegang polisi dalam kedudukan kewanganyang sama seperti sebelum berlakunya kerugian denganserta-merta melalui pembayaran, pembaikan ataupenggantian.

    Kepentingan boleh insuransSatu prinsip asas insurans yang memerlukan seseorang yangmembeli insurans untuk mempunyai kepentingan bolehinsurans terhadap perkara yang hendak diinsuranskan ataunyawa yang diinsuranskan, iaitu sekiranya kehilangan ataukerosakan berlaku pada perkara atau kemalangan padanyawa yang diinsuranskan akan menyebabkan kerugiandari segi kewangan kepada pemegang polisi. Dalam takaful,keperluan ini dikatakan sebagai kepentingan boleh lindung.

    Fakta pentingMana-mana maklumat yang relevan kepada keputusansyarikat insurans/ pengendali takaful sama ada untukmenerima risiko tertentu serta kadar dan terma yang akan

    dikenakan.

    Penuh percayaSatu keperluan untuk seseorang yang membeli produkinsurans atau takaful untuk menyatakan semua butiranyang berkaitan di dalam borang permohonan yangdikemukakan kepada syarikat insurans/ pengendali takafulsupaya permohonan tersebut dapat dipertimbangkandengan sewajarnya.

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    23/24

  • 8/6/2019 asas_insurans_takaful

    24/24