assignment ariesa

38
Skyline Parkway Motel di Rockfish Gap, Amerika Syarikat selepas dibakar dengan sengaja pada 9 Julai 2004. Introduction Pembakaran sengaja

Upload: c-sal-deboyswanted

Post on 27-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

erm..

TRANSCRIPT

Skyline Parkway Motel di Rockfish Gap, Amerika Syarikat selepas dibakar dengan sengaja pada 9 Julai 2004.

Introduction

Pembakaran sengaja

-Pembakaran sengaja, juga dikenali dalam bidang perundangan sebagai arson[1] merupakan satu bentuk jenayah membakar harta-benda, struktur, bangunan serta kawasan hidupan liar.[2] Ia boleh dibezakan daripada punca kebakaran lain seperti pembakaran spontan serta kebakaran hutan semula jadi. Arson

boleh juga ditakrifkan sebagai membakar harta-benda orang lain ataupun harta-benda sendiri secara sengaja untuk menuntut pampasan insurans.[3][4]

Di Malaysia, pesalah yang didakwa atas kesalahan arson boleh didakwa di bawah Seksyen 435, 436 dan 438 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 7 hingga 20 tahun serta denda jika sabit kesalahan.[4]

Pembakaran sengaja atau arson didefinisikan sebagai "pembakaran kediaman orang lain dengan berniat jahat"[5] menurut common law.

Unsur yang terlibat ialah:

Pembakaran

kediaman

orang lain

dengan berniat jahat

Pembakaran - menurut common law, membakar mana-mana bahagian kediaman sudah memadai untuk memenuhi syarat unsur ini. Tiada taksiran kerosakan signifikan yang diperlukan. Sementara itu, perubahan warna asap tidak memadai. Sebaliknya, kerosakan sebenar pada struktur binaan diperlukan.[6] Kerosakan pada penutup permukaan seperti permaidani dan kertas dinding tidak memadai.[6] Arson tidak terhad kepada pembakaran struktur kayu. Sebarang kelemahan atau kerosakan struktur yang berpunca daripada pendedahan kepada haba atau api sudah memadai.

kediaman - kediaman bermaksud bangunan berpenghuni. Kemusnahan pada bangunan yang tidak didiami tidak dianggap sebagai arson, "memandangkan arson mencakupi tempat tinggal, pembakaran rumah tidak berpenghuni tidak mewakili arson." Menurut common law, sesebuah struktur tidak dianggap sebagai kediaman sehingga terdapat penghuni yang mendiaminya dan hilang tarafnya sebagai kediaman jika penghuninya meninggalkan premis tanpa sebarang niat untuk terus tinggal di situ.[7] Kediaman tidak terhad kepada rumah sahaja. Pembakaran bangsal turut dianggap sebagai arson jika ia didiami sebagai sebuah kediaman.

orang lain - pembakaran kediaman sendiri tidak mewakili arson menurut common law. Walau bagaimanapun, bagi tujuan arson common law, status milikan serta berpenghuni atau tidak dan bukannya gelaran yang menentukan siapa pemilik kediaman bagi struktur tersebut.[8] Oleh itu, penyewa yang membakar rumah sewanya sendiri tidak dianggap sebagai bersalah di bawah undang-

undang arson common law,[8] sementara tuan rumah yang membakar rumah yang disewakannya pula dianggap sebagai bersalah.

dengan niat jahat - bagi tujuan undang-undang arson common law, "niat jahat" bermaksud perbuatan menimbulkan risiko besar terhadap kebakaran. Defendan tidak perlu bertindak secara sengaja atau sukarela bagi tujuan pembakaran kediaman.

Selain itu, "pembakaran kediaman sendiri untuk menuntut insurans tidak mewakili arson common law. Di England pada zaman terawalnya adalah dianggap bahawa seseorang mempunyai hak di bawah undang-undang untuk memusnahkan hartanya sendiri mengikut apa jua cara yang dipilihnya."[9]

1. Belukar sengaja dibakar

Wartawan Sinar Harian

April 29, 2014

Belukar sengaja dibakar

Hasmadi ketika memadam kebakaran di kawasan belukar Padang Baloh dibantu anggotanya.

BESUT - Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab sengaja membakar belukar di kawasan Paya Rawa dan kawasan lain di daerah ini sehingga menyebabkan kebakaran besar amat dikesali.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata, pihaknya mengesyaki kejadian kebakaran belukar di Paya Rawa dan Padang Baloh dekat Kampung Raja, di sini, dilakukan pencari kayu bakau di kawasan berkenaan.

Menurutnya, mereka dikatakan sengaja membakar semak bagi dijadikan laluan menebang dan mengambil kayu bakau.

“Pihak bomba amat kesal dengan perbuatan tersebut kerana tindakan individu tidak bertanggungjawab ini menyebabkan kebakaran merebak dan kemudian udara tercemar, berjerebu serta membahayakan penempatan berhampiran,” katanya.

Hasmadi berkata, selain dua lokasi tersebut, dua lokasi lain yang turut berlaku kebakaran hutan ialah di Renek dan Tembila yang turut membabitkan kawasan kebun.

Katanya, seramai 16 anggota termasuk anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jertih serta anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Besut bertungkus lumus memadam kebakaran di Padang Baloh dan Paya Rawa, kelmarin.

“Dua jentera bomba dan dua unit pam air bergerak digunakan untuk memadam kebakaran tersebut,” katanya.

Kata Hasmadi, buat masa ini bomba memberi keutamaan memadam kebakaran di kawasan belukar yang boleh merebak ke kawasan penempatan atau premis, sementara di kawasan belukar terbakar yang jauh daripada penempatan pihaknya hanya akan melakukan pemantauan.

2. Bomba kesan 240 kes sengaja dibakar

NORHASRAM MOHAMAD

16 Oktober 2012

PASIR PUTEH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerusi Bahagian Penyiasatan Kebakaran mengesan 240 kes sengaja dibakar dari Januari hingga Ogos Tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Noor Ibrahim berkata, kes-kes kebakaran berkaitan jenayah akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, walaupun tidak ramai anggota bomba terlibat dalam bahagian penyiasatan kebakaran, kualiti kerja terus membantu sehingga hasil siasatan diterima mahkamah.

“Bidang ini diperkenalkan sejak tahun 2008 dan kita melihat ianya sebagai perkembangan baik kerana kita dan mangsa perlu mengetahui punca kebakaran.

“Ada kes membabitkan perbuatan khianat, untuk tuntut insurans atau untuk menutup kes jenayah, semua itu disiasat dengan teliti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Penolong-penolong Pengarah Negeri dan Pegawai

Makmal Bahagian Penyiasatan Kebakaran di Tok Aman Bali Resort di sini, semalam.

Turut hadir, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Edwin Galan Teruki dan Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman.

Wan Noor berkata, seramai 451 pegawai makmal dan pegawai siasatan menjayakan kes-kes kebakaran yang disiasat di seluruh negara.

Katanya, pegawai makmal di sembilan makmal di seluruh negara termasuk pegawai daripada Jabatan Kimia menganalisis sampel yang diambil dari tempat kejadian.

Beliau juga berkata, 30 peratus kes kebakaran bangunan di seluruh negara berpunca daripada elektrik.

“Jumlah itu cukup besar dan bomba hanya dapat menasihati orang ramai memberi perhatian kepada masalah itu seperti menukar pendawaian lama dan sentiasa memeriksa perkakas elektrik,” katanya.

3. Dibakar hidup-hidup kerana dendam

AHMAD ISMADI ISMAIL

9 Januari 2014

Kontena di parkir kereta yang terbakar, awal pagi semalam. Gambar kecil: Warga Myanmar rentung dibakar hidup-hidup. Foto: Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Angkara dendam seorang penjaga parkir warga Myanmar rentung setelah dibakar hidup-hidup dalam sebuah kontena, di Jalan Tiong Nam, Off Jalan Raja Laut, di sini, awal pagi semalam.

Sungguh tragis kerana ketika kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa bersama rakannya sedang nyenyak. Bagaimanapun, rakan mangsa hanya melecur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, siasatan menemui dua tong plastik mengandungi minyak tanah di tempat kejadian.

"Pemeriksaan juga menjumpai sebatang kayu pencucuh dipercayai digunakan untuk memulakan api,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.35 pagi berhubung sebuah kontena terbakar dan 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hang Tuah bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Api sedang marak ketika kami tiba di lokasi kejadian, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dan hanya melecur pada kulit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya percaya terdapat unsur khianat dan jenayah dalam kejadian itu.

“Kita percaya kejadian kebakaran itu sengaja dengan niat membunuh. Kita ada petunjuk positif berhubung kes itu dan akan melakukan tangkapan terhadap individu terbabit dalam masa terdekat.

“Kita percaya motif kejadian adalah berkaitan pungutan parkir di kawasan itu,” katanya.

Menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

4. Polis buru suspek bakar wanita

GOKINA MORGANAN

28 Jun 2013

GEORGETOWN - Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai terlibat dengan  kes membakar isterinya di Bukit Mertajam, tiga hari lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata suspek menghilangkan diri dan tidak berjaya dikesan sejak hari kejadian.

"Lelaki yang mempunyai dua anak tidak mempunyai pekerjaan dan pernah mempunyai rekod kesalahan lampau kerana sengaja mencederakan isterinya tahun lalu.

"Alamat terakhirnya ialah 59 Lorong Bayu Mutiara 4, Taman Bayu Mutiara Bukit Mertajam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Menurutnya, polis sudah merekodkan rakaman percakapan empat saksi termasuk dua anak mangsa berusia lapan dan 10 tahun.

Beliau berkata mangsa masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.

"Polis belum dapat merekodkan apa-apa percakapan daripada mangsa kerana keadaannya masih kritikal."Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.

5. Abang ugut bakar siber kafe adik kerana enggan beri RM10

RUBIAH OMAR

5 Julai 2012

Mohd Rosdi dipenjara 12 bulan mengaku salah mengugut adiknya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

< 1 / 1 >

KUALA TERENGGANU - “Kalau mung dok wi pitis, aku bakor kedai mung” dan “kalau mung tamboh mati, mung keluor dari kedai, aku nok bakar kedai”.

Demikian ugutan seorang abang yang mahu membakar kafe siber yang menjadi tempat adiknya bekerja, dalam satu kejadian ugut di Kampung Batu Hampar, Lorong Padang Paloh, Jalan Telemong, Manir, di sini, Jun lalu. ‘Si abang’  tergamak mengeluarkan kata-kata ugutan sebegitu setelah ‘naik hantu’ apabila adiknya enggan memberikan wang RM10 yang diminta sebelum itu.

Bagaimanapun, perbuatan biadap si abang, Mohd Rosdi Ibrahim, 34, menerima balasan setimpal setelah Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku dengan sengaja telah merosakkan harta benda di dalam kedai serta mendatangkan kecederaan terhadap Mohd Ros Kamaruddin, 23, di Hazida  Cafe, Kampung Batu Hampar, Jalan Telemong, Manir, di sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari, 20 Jun lalu.

Dengan itu dia yang bekerja sebagai pemandu jentera berat itu mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Rosdi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, Mohd Rosdi datang berjumpa adiknya yang bekerja sebagai pembantu kedai kafe siber di premis berkenaan dan meminta RM10 daripada mangsa.

Pada awalnya, mangsa memaklumkan kepada Mohd Rosdi yang tidak mempunyai wang tetapi disebabkan geram melihat Mohd Rosdi yang langsung tidak berganjak dari situ, mangsa menyuruh rakannya mengambil RM5 daripada kaunter lalu menyerahkan wang itu kepadanya.

Bagaimanapun, tertuduh enggan mengambil wang berkenaan sebaliknya masuk ke dalam premis sebelum mengamuk dengan menendang komputer selain menyerang adiknya dengan mencekik leher mangsa.

Dalam masa sama, dia turut mengugut mahu membakar kedai berkenaan jika adiknya tidak memberikan wang seperti mana yang diminta dan disebabkan ketakutan, mangsa terpaksa memberikan RM10 kepadanya.

Susulan kejadian, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis sebelum tertuduh yang turut memiliki rekod jenayah lampau ditahan di kediaman mereka kira-kira jam 8.20 pagi, 25 Jun lalu. 

6.

White collar crime

Recent Cases of White Collar Crime 6

White collar crime is defined by the Federal Bureau of Investigation as "illegal acts

characterized by deceit, concealment or violation of trust, which are not dependent upon

the application or threat of physical force or violence." The FBI goes on to state that in

cases of white collar crime, "individuals and organizations commit these acts to obtain

money, property or services; to avoid the payment or loss of money or services; or to

secure personal or business advantage."

Cases of white collar crime involve a number of different criminal activities, including, but

not limited to, embezzlement, fraud (i.e. insurance, bank, tax, telemarketing, health care),

money laundering, forgery and counterfeiting. The majority of cases of White collar crime

involve fraud of some kind.

You can't turn on the news today without hearing about another top business executive

with legal trouble stemming from some kind of business-related criminal activity. The

most high profile case of White collar crime of late involves domestic queen Martha

Stewart, who was recently convicted of four counts of conspiracy, obstruction of justice

and lying to the government about her sale of more 3,900 shares of ImClone stock, worth

$250,000, in December 2001. Stewart's guilt stems from a tip she received from friend

and ex-broker Peter Bacanovic, who also received similar white collar crime convictions.

These convictions come on the heels of a number of other recent cases of white collar

crime that have shaken the corporate world. In one of the largest cases of corporate

corruption in the nation's history, Dennis Kozlowski and Mark Swartz, two chief executives

from Tyco International, a manufacturer of health care, fire and security, plastics and

electronics products, have been accused of stealing $600 million by selling artificially

inflated stock, taking unauthorized bonuses and forgiving loans.

In two other recent cases of white collar crime, John Rigas, founder of Adelphia

Communications, his two sons and a former executive are on trial for stealing from the

company and hiding $2 billion in debt. Bernie Ebbers, former CEO of WorldCom, has been

accused of participation in an $11 billion accounting fraud.

High profile as these defendants may be, these recent cases of white collar crime do not

come without punishment. At Stewart's June 2004 sentencing, she is expected to receive

at least a year in prison. Her crimes carry sentences of up to five years in prison and fines

of $250,000 per count. As for Kozlowski and Swartz, if convicted, both face prison terms of

up to 30 years. Although judges often lessen the sentences for cases of white collar crime,

they certainly are not above handing down the maximum sentence. In the 2001 case of

Kansas City pharmacist Robert R. Courtney, for example, conviction for diluting

chemotherapy drugs (an example of health care fraud), resulted in a sentence of between

17 ½ and 30 years in prison, the forfeiting of all of his property and full disclosure of his

white crime activities and the criminal activities of all of his associates

2.definition of white collar crime

Recent Cases of White Collar Crime 6

White collar crime is defined by the Federal Bureau of Investigation as "illegal acts

characterized by deceit, concealment or violation of trust, which are not dependent upon

the application or threat of physical force or violence." The FBI goes on to state that in

cases of white collar crime, "individuals and organizations commit these acts to obtain

money, property or services; to avoid the payment or loss of money or services; or to

secure personal or business advantage."

Cases of white collar crime involve a number of different criminal activities, including, but

not limited to, embezzlement, fraud (i.e. insurance, bank, tax, telemarketing, health care),

money laundering, forgery and counterfeiting. The majority of cases of White collar crime

involve fraud of some kind.

You can't turn on the news today without hearing about another top business executive

with legal trouble stemming from some kind of business-related criminal activity. The

most high profile case of White collar crime of late involves domestic queen Martha

Stewart, who was recently convicted of four counts of conspiracy, obstruction of justice

and lying to the government about her sale of more 3,900 shares of ImClone stock, worth

$250,000, in December 2001. Stewart's guilt stems from a tip she received from friend

and ex-broker Peter Bacanovic, who also received similar white collar crime convictions.

These convictions come on the heels of a number of other recent cases of white collar

crime that have shaken the corporate world. In one of the largest cases of corporate

corruption in the nation's history, Dennis Kozlowski and Mark Swartz, two chief executives

from Tyco International, a manufacturer of health care, fire and security, plastics and

electronics products, have been accused of stealing $600 million by selling artificially

inflated stock, taking unauthorized bonuses and forgiving loans.

In two other recent cases of white collar crime, John Rigas, founder of Adelphia

Communications, his two sons and a former executive are on trial for stealing from the

company and hiding $2 billion in debt. Bernie Ebbers, former CEO of WorldCom, has been

accused of participation in an $11 billion accounting fraud.

High profile as these defendants may be, these recent cases of white collar crime do not

come without punishment. At Stewart's June 2004 sentencing, she is expected to receive

at least a year in prison. Her crimes carry sentences of up to five years in prison and fines

of $250,000 per count. As for Kozlowski and Swartz, if convicted, both face prison terms of

up to 30 years. Although judges often lessen the sentences for cases of white collar crime,

they certainly are not above handing down the maximum sentence. In the 2001 case of

Kansas City pharmacist Robert R. Courtney, for example, conviction for diluting

chemotherapy drugs (an example of health care fraud), resulted in a sentence of between

17 ½ and 30 years in prison, the forfeiting of all of his property and full disclosure of his

white crime activities and the criminal activities of all of his associates

CAUSES OF WHITE-COLLAR CRIME 

According to Dr. Yusof Nook (1993) and Joseph Eby Ruin (1996), there are 3 main causes of white-collar crime: 

1. Opportunities to commit crime, 2. Situational pressures on the individuals, and 

3. Issues pertaining to integrity. 

A decision to commit fraud is known to be influenced by the interaction of all these three

causes. Opportunities include increasing individual knowledge of a company’s operations,

advancing to a position of trust, and becoming the only individual who knows a particular

procedure (for example, correcting or modifying a computer programme). An organization

could also provide opportunities for its staff to commit fraud by having a complex structure,

allowing related party transactions; condoning weak internal control systems policies and

procedures; or by frequently 

switching its legal or accounting firms. 

Situational pressures refer to the immediate pressures a person experiences within his

environment, and the most overwhelming of all situational pressures are the unusually high

personal debts or financial losses. Situational pressures might also be generated by official

directives from leaders in the organization to achieve unrealistic performance objectives at

any cost, or even by strong peer group influences. There are times when situational

pressures encourage people to perpetrate fraud for their corporation rather than against

their corporation such as the threat of losing a business license, delisting from the stock

exchange, loss of employment or a cash shortage. 

Personal integrity factors refer to each individual’s personal code of ethics. While this

element appears to be a straightforward determination of a person’s honesty, the issue is

actually more complex than it seems. A person ought to acquire a general definition of

honest and dishonest 

behaviour, and know which principles to adopt when developing a general trait of honesty.

On top of that, a person needs to be consistently reinforced for honest behaviour before

internalizing a standard of honesty and being intrinsically rewarded for honest conduct. 

Pegawai tinggi polis disyaki rasuah, wang haram

IZWAN ROZLIN

26 Disember 2013

.

SHAH ALAM – Seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan rasuah.

Menurut sumber yang dipercayai, pegawai tinggi berusia lingkungan 50-an yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) itu ditahan sepasukan anggota SPRM di rumahnya di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Pegawai tinggi polis itu ditahan serta-merta berikutan penemuan wang dengan jumlah yang agak banyak disimpan di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota SPRM,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang tunai yang disimpan di rumah pegawai polis itu.

Kata sumber itu lagi, hasil siasatan SPRM juga mendapati pegawai berkenaan turut miliki simpanan wang di dalam akaunnya yang berjumlah jutaan ringgit.

"Punca wang itu juga agak meragukan dan akan disiasat lebih lanjut," katanya.

Berikutan penemuan bukti itu, beliau kemudiannya dibawa ke SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan dan dipercayai akan direman sedikit masa lagi bagi membantu siasatan.

Sumber itu memberitahu, aktiviti pegawai tinggi tersebut telah pun diintip selama enam bulan sebelum penahanan dibuat.

Difahamkan siasatan awal mendapati selain rasuah, pegawai kanan berkenaan dipercayai turut terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Kes ini masih disiasat dan ianya dikategorikan sebagai kes berprofil tinggi,” katanya.

Sementara itu Ibu Pejabat SPRM ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai tinggi berkenaan bagi membantu siasatan.

Difahamkan beberapa pegawai polis lain juga dipercayai akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pada Oktober lalu, bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Don, 59, didapati bersalah oleh mahkamah tinggi selepas dituduh menerima suapan RM60,000 daripada seorang ahli perniagaan sebagai sebahagian bayaran untuk mempercepatkan pengesahan visa 4,337 warga Bangladesh untuk memasuki negara ini

2. 55 penjawat awam dikenal pasti terlibat rasuah12 November 2013

Datuk Razali Ibrahim

< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR - Seramai 55 pegawai telah dikenal pasti terlibat dalam rasuah oleh jawatankuasa khas yang dibentuk untuk menyiasat salah laku penjawat awam setakat 28 Oktober lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, bilangan itu adalah hasil siasatan ke atas 24 kes yang melibatkan 11 kementerian dan agensi.

"Bagi kes yang disyaki ada unsur rasuah dan penyelewengan, sebanyak 15 kertas siasatan melibatkan projek dan perolehan di tujuh agensi telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

"Kesemua laporan siasatan itu telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan kerajaan negeri yang terlibat bagi membolehkan mereka meneliti, dan mengambil tindakan syor berkenaan, termasuk surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan (kembali) kepada jawatankuasa siasatan dalam masa 21 hari," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semasa perbentangan Bajet 2014 bulan lepas bagi menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam susulan pelbagai teguran yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 pada 1 Oktober lepas, sejumlah 319 teguran dibuat, melibatkan 81 perkhidmatan awam persekutuan, 21 badan berkanun serta 217 negeri.

"Sebanyak 94 teguran diterima melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan tugas," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abd Wahid Omar berkata, kurang penyertaan daripada sektor swasta adalah antara faktor menyumbang kepada kegagalan Dasar Ekonomi Baru dalam mencapai matlamat merapatkan jurang ekonomi rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, sektor swasta seharusnya bekerjasama dan memainkan peranan penting dalam memastikan matlamat Model Baru Ekonomi dan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera tercapai dan tidak hanya meletakkan peranan itu di bahu kerajaan semata-mata.

"Sektor swasta kurang memainkan peranan dalam pelaksanaan DEB, sedangkan sektor itu menyumbang 58 peratus kepada pertumbuhan ekonomi berbanding sektor awam hanya 42 peratus. Kalau hanya kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) menjalankan dasar ini memanglah lambat untuk mencapai sasaran.

"Sekiranya sektor swasta bersama sektor awam bekerjasama mencapai matlamat dasar ini, ia akan lebih berkesan," katanya ketika menjawab pencelahan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat, semalam. - Bernama

3. Pegawai penjara didakwa terima suapanMOHAMAD FAKHRI MOHD ALI16 Jun 2014

Muhammad Hafizal ketika tiba dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.

< 1 / 1 >

ALOR SETAR - Seorang pegawai penjara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menerima suapan pada dua tahun lalu.

Muhammad Hafizal Che Dan, 32, yang bertugas di Penjara Pokok Sena mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan membabitkan suapan berjumlah RM2,800.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank dekat Jitra pada Januari 2012 hingga Februari 2013.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa menurut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Hafizal kemudiannya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.

Dia juga meminta supaya wang jaminan dikurangkan kerana terpaksa menanggung tiga orang anak,

serta isteri dengan pendapatan bulanan lebih RM1,000.

Hakim, Azhar Mokhtar membenarkan dia diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 14 Julai ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mukhriz 

4. Rasuah: Tiga anggota polis didakwa terima suapan20 September 2013

IPOH - Tiga anggota polis dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan termasuk menerima suapan sebagai dorongan untuk melepaskan seorang lelaki yang memiliki dan menjual mercun serta rokok seludup.   Inspektor Mohd Shahrul Nizam Kaswadi, 29, Lans Koperal Mohd Daniel Chris Iman Raynold, 31, dan Lans Koperal Mohamad Hijan Ismail, 25 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca di hadapan Hakim Madihah Harullah.   Kesemua anggota polis itu, yang bertugas di Cawangan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah didakwa bersama-sama meminta suapan daripada Rosnizal Badri Shah sebanyak RM3,000, untuk tidak mengambil tindakan ke atas Rosnizal yang memiliki dan disyaki menjual mercun serta rokok seludup.   Mereka juga didakwa bersetuju untuk menyetujui terima suapan sebanyak RM2,200 daripada Rosnizal supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki dan disyaki menjual mercun serta rokok seludup.   Bagi pertuduhan ketiga, kesemua anggota polis itu didakwa setuju untuk menerima suapan daripada Rosnizal sebanyak RM2,200 untuk tidak mengambil tindakan ke atas Rosnizal yang melakukan kesalahan memiliki dan disyaki menjual mercun serta rokok seludup.

Mereka didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di premis Jejawi Maju Interprise, Kampung Sungai Jejawi, Teluk Intan antara pukul 9 malam hingga 9.30 malam pada 7 Ogos 2012 dan dituduh mengikut beberapa seksyen Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).   Madihah membenarkan mereka masing-masing diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 23 Oktober untuksebutan kes.   Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM A. Hafiizh Abu Bakar dan Pegawai SPRM Yang Ah Lay.  – Bernama

5. Polis rasuah RM200 didenda RM30,000WARTAWAN SINAR HARIAN1 Mac 2014

IPOH – Bekas anggota polis dari Balai Polis Trong, Konstabel Rozaidi Mohd Nordin, 27, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM30,000 selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM300 dan RM200, empat tahun lalu.

Tertuduh juga bakal menghadapi hukuman penjara tambahan selama enam bulan setelah gagal menjelaskan denda tersebut, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh hanya dikenakan penjara enam bulan setelah Hakim Julie Lack Abdullah memerintahkan ketiga-tiga pertuduhan itu dijalankan serentak di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam semua tuduhan yang dihadapi, bapa kepada dua anak itu meminta dan menerima suapan daripada individu sama iaitu pemandu teksi, Hamdan Din yang disyaki membawa dua pendatang tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh meminta suapan berjumlah RM300 sebagai dorongan tidak men gambil tindakan terhadap Hamdan di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Trong pada jam 12.50 tengah hari, 7 September 2008.

Tertuduh juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu berkenaan pada lokasi, tarikh dan masa yang sama untuk pertuduhan kedua.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, Rozaidi juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu sama di Surau Khairiah, Batu 10, Trong pada jam 4 petang, 8 September 2008.

Tertuduh yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam pasukan polis melakukan di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi pertuduhan pertama dan Seksyen 11(a) akta yang sama bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Semua hukuman dijatuhkan menerusi Seksyen 16 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000.

Pada masa sama, Julie Lack juga membenarkan permohonan tertuduh menerusi peguamnya, Ahmad Zuhari Ahmad Zubair menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dengan syarat rayuan berkenaan difailkan hari ini sebelum jam 4 petang.

IPOH – Bekas anggota polis dari Balai Polis Trong, Konstabel Rozaidi Mohd Nordin, 27, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM30,000 selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM300 dan RM200, empat tahun lalu.

Tertuduh juga bakal menghadapi hukuman penjara tambahan selama enam bulan setelah gagal menjelaskan denda tersebut, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh hanya dikenakan penjara enam bulan setelah Hakim Julie Lack Abdullah memerintahkan ketiga-tiga pertuduhan itu dijalankan serentak di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam semua tuduhan yang dihadapi, bapa kepada dua anak itu meminta dan menerima suapan daripada individu sama iaitu pemandu teksi, Hamdan Din yang disyaki membawa dua pendatang tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh meminta suapan berjumlah RM300 sebagai dorongan tidak men gambil tindakan terhadap Hamdan di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Trong pada jam 12.50 tengah hari, 7 September 2008.

Tertuduh juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu berkenaan pada lokasi, tarikh dan masa yang sama untuk pertuduhan kedua.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, Rozaidi juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu sama di Surau Khairiah, Batu 10, Trong pada jam 4 petang, 8 September 2008.

Tertuduh yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam pasukan polis melakukan di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi pertuduhan pertama dan Seksyen 11(a) akta yang sama bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Semua hukuman dijatuhkan menerusi Seksyen 16 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara

maksimum 20 tahun dan denda RM10,000.

Pada masa sama, Julie Lack juga membenarkan permohonan tertuduh menerusi peguamnya, Ahmad Zuhari Ahmad Zubair menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dengan syarat rayuan berkenaan difailkan hari ini sebelum jam 4 petang.

6.Segera siasat kes rasuah 2 pegawai tertinggi polisNIZAM ZAIN12 June 2014

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyegerakan siasatan ke atas dua kes salah laku rasuah didakwa melibatkan pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan mendakwa sehingga kini, dua pegawai berjawatan tinggi itu masih bertugas seperti biasa sedangkan kertas siasatan ke atas mereka telah dibuka sejak lebih dua minggu lalu.

"Sehingga kini SPRM tidak menghubungi saya tentang perkembangan siasatan itu walaupun banyak bukti telah saya berikan kepada mereka.

"Saya harap SPRM segera bertindak dan memanggil dua pegawai polis berjawatan tinggi itu supaya memberi keterangan salah laku rasuah dan penyelewengan kuasa mereka," katanya kepada Sinar

Harian Online, hari ini.

Pada 22 Mei lalu, MyWatch mendakwa anak lelaki seorang pegawai kanan polis memiliki aset melebihi RM2 juta.

Menurut Sanjeevan, kekayaan lelaki berusia 30-an itu menimbulkan tanda tanya kerana dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Antara aset lelaki itu yang diragui sumbernya ialah dua kereta mewah jenis Audi A5 dan Jaguar XF yang dibeli secara tunai, selain turut mempunyai enam akaun peribadi yang kesemuanya berjumlah melebihi RM500,000.

Selain itu, MyWatch juga mendakwa seorang pegawai kanan polis di sebuah pusat peranginan didakwa campur tangan dalam dua kes jenayah dengan bertujuan melindungi beberapa sindiket Cina.

Ini termasuklah menerima suapan sebanyak RM15,000 untuk melindungi pemilik sebuah pusat hiburan di sebuah pusat peranginan di negara ini.

Mengulas lanjut, Sanjeevan turut mempersoalkan sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang masih membiarkan pegawai terbabit bertugas seperti biasa.

"Apa guna Unit Tatatertib di bawah urusetia KPN, Tan Sri Khalid kalau pegawai yang disiasat itu masih bertugas seperti biasa.

"Sepatutnya KPN kena memandang serius kes ini termasuk menggantung tugas atau memberi mereka cuti sehingga siasatan selesai," katanya

7. Pegawai polis ditahan SPRM kerana disyaki terlibat kes rasuah25 mac 2014

KUANTAN - Seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh ditahan dipercayai terbabit dengan kesalahan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas.

Penahanan itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Menurutnya, pegawai polis berkenaan ditahan dua hari lepas sebelum dijamin RM5,000 oleh seorang penjamin.

"Betul (pegawai polis berkenaan) dalam penyiasatan SPRM dan pihak kita akan turut menyiasat bagaimana penglibatannya dalam kes berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sharifuddin berkata kes berkenaan masih dalam siasatan dan pegawai berkenaan juga telah bercuti bagi menyelesaikan kes terbabit.

Sementara itu menurut sumber SPRM, pegawai polis berkenaan dipercayai terlibat dengan rasuah rumah urut tanpa lesen di Mentakab. – Bernama

8. Penolong penguasa, inspektor polis dituduh rasuah28 Februari 2014

IPOH - Dua anggota polis masing-masing berpangkat penolong penguasa dan inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah dua tahun lepas.

Shuib Abdl Samad @ Zainul, 51, yang bertugas sebagai penolong penguasa Polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menghadapi tiga pertuduhan melibatkan rasuah berjumlah RM1,100.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Madihah Hairullah.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM500 secara bulanan daripada Tan Tiong An untuk mengelak daripada gangguan terhadap kerja nombor ekor haram yang dijalankan oleh Tan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Dila Tomyam, No 5, Gerai MPKK Medan Selera, Stesen Keretapi, Jalan Raja Idris, Kuala Kangsar pada  kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 5 Julai 2012.

Bagi pertuduhan kedua Shuib didakwa bersetuju untuk menerima RM300 secara bulanan daripada Tan untuk tujuan yang sama pada tempat dan tarikh yang sama.

Shuib juga menghadapi tuduhan menerima suapan RM300 daripada Tan dengan tiada balasan berikutan Tan telah ditahan pada 12 Jun 2012 kerana disyaki sebagai penagih dadah.

Dia didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bagi dua pertuduhan dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaaan.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Hilmi Suaib, 44, yang turut bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuala Kangsar, menghadapi dua pertuduhan rasuah melibatkan RM2,500.

Dia didakwa meminta RM1,500 daripada Tan untuk tidak memasukkan Tan dalam lokap kerana disyaki sebagai penagih dadah.

Hilmi didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik KPL Detektif Narkotik, Pejabat Detektif, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Kangsar pada pukul 12.30 tengah hari, 12 Jun 2012 dan dituduh di bawah) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Tertuduh turut didakwa bersetuju menerima RM1,000 daripada Tan untuk tujuan yang sama pada tempat dan waktu yang sama.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya A. Hafiizh Abu Bakar dan sebutan semula bagi semua kes ditetapkan pada 27 Mac. - Bernama

9. Padah rasuah anggota polisWARTAWAN SINAR HARIAN9 April 2014

KOTA BHARU - Akibat cuba memberi suapan RM1,900 kepada anggota polis, seorang buruh kampung dikenakan penjara dua minggu dan denda RM10,000 oleh mahkamah sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, Khalauddin Hussain, 41, dituduh memberikan wang rasuah RM1,900 kepada ejen kerajaan iaitu Inspektor Eddyusman Abu Bakar yang bertugas di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.

Rasuah itu sebagai dorongan kepada Eddyusman untuk melakukan sesuatu yang berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya iaitu tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh kerana kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 13 Februari lalu antara jam 6.10 sehingga 7.10 petang di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Pasir Puteh.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shahidah Muslimah Roslan.

Khalauddin didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24, akta yang sama, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM100,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Khalauddin yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan merayu hukumannya diringankan dan mengakui telah insaf atas perbuatannya serta berjanji tidak mengulanginya.

Terdahulu, peguam bela, Karmazubi Shaary memohon hukuman seminimum mungkin dikenakan terhadap anak guamnya kerana kesalahan tersebut memberikan kesan kepada keluarga dan tertuduh.

Hakim, Adli Abd Ghalib kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara jika gagal jelaskan denda.

10. Sarjan didakwa terima rasuahNIK AMIRULMU'MIN NIK MIN1 Ogos 2012

KUANTAN- Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyan Kuantan semalam atas tuduhan menerima suapan RM800 daripada seorang penagih dadah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan dan menutup kes lelaki terbabit setelah ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh, Ismail Che Ngah dari Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Nor Azman Mohd Jaya di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Berdasarkan pertuduhan, Ismail didakwa menerima suapan itu kira-kira jam 1.50 petang, di KM1, Simpang Karayong, Bera, 7 Jun lalu dan ditahan pada masa serta tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana jumlah yang paling tinggi.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon supaya jaminan ke atasnya ditetapkan sebanyak RM2,000 memandangkan dia terpaksa menyara keluarga serta dua anak yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT).

Menurutnya, dia juga perlu menyediakan keperluan keluarga menjelang sambutan hari raya akan datang justeru sekiranya mahkamah meletakkan jumlah jaminan yang tinggi akan membebankan dirinya.

“Saya juga berdepan tindakan tatatertib oleh jabatan dan kemungkinan kehilangan pekerjaan,” katanya dalam rayuan itu.

Mengambil kira tuduhan dan rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin manakala 30 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Tertuduh difahamkan membayar wang jaminan dan dibebaskan sementara menunggu tarikh sebutan nanti.