assignment bm3101

37
PENGENALAN Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang apa yang harus dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus pada strategi bilik darjah yang paling berkesan agar murid menguasai hasil tersebut. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevandan berkesan. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Terdapat dua hasil pembelajaran dalam kurikulum Bahasa Melayu, iaitu Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil PPG201119236146 1

Upload: roslan-suraji

Post on 22-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Assignment BM3101

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang apa yang harus dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus pada strategi bilik darjah yang paling berkesan agar murid menguasai hasil tersebut. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevandan berkesan. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Terdapat dua hasil pembelajaran dalam kurikulum Bahasa Melayu, iaitu Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus. Hasil pembelajaran utama dapat dicapai dengan menguasai hasil pembelajaran khusus.

KEMAHIRAN BAHASA

PPG201119236146 1

Merujuk kepada penulisan blog Hanif Zinaldin, 2008 kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. (Hanif, 2008)

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur merujuk keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, sertaidea yang kritis dab kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif. (Hanif, 2008)

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PPG201119236146 2

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah murid dapat:

i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal;

ii. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;

iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;

vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan

x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan Negara.

PENEKANAN KONSEP 5P

PPG201119236146 3

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

a. Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

b. Penyerapan

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.Huraian Sukatan Pelajaran

c. Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan, bahan aktiviti dan kosa kata boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

d. Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

PPG201119236146 4

e. Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikanjenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MEMBACA)

PPG201119236146 5

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 3 Cerdik

Bil. Murid : 30 orang

Tema : Sukan Permainan

Tajuk : Senaman

Tarikh : 4 Ogos 2011

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:

1) Murid dapat menyatakan 3 jenis aktiviti senaman pada kadar sekurang-kurangnya 80% sebutan dan intonasi yang betul. [2.1 Aras 1 (i)]

2) Membaca petikan “Senaman Oh Senaman” secara imbasan untuk menyatakan 3 fakta mengenai senaman secara lisan [6.5 Aras 1 (i)]

3) Menulis 5 ayat tentang “Teknik Memanaskan Badan” berdasarkan petikan yang dibaca. [9.2 Aras 1 9(i)]

Fokus Utama

Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.

Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang dikehendaki daripada teks.

Fokus Sampingan

Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1 (i) Merekodkan maklumat tentang sesuatu perkara.

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

PPG201119236146 6

Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Sistem bahasa : Kosa kata: teknik, aktiviti, betis, bahu, melonggarkan

Ilmu : Pendidikan Jasmani, Sains

Nilai : Kerjasama, keberanian

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea.

Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang aktiviti bersenam

Alat Bantu Mengajar : Komputer, sambungan Internet, gambar-gambar aktiviti senaman, movie maker.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PPG201119236146 7

ISI PELAJARAN PEMBELAJARAN CATATAN

Gambaran mengenai tajuk pembelajaran iaitu “Senaman Aerobik”

Pepatah:

Pantang ajal sebelum undur

Set Induksi (5min)

1. Guru menunjukkan murid video klip ‘Senaman Aerobik’

2. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran.

KB : Menghubungkaitkan , mencirikan

BCB: Mendengar aktif

BBB: Video klip “Senaman Aerobik”

Ilmu:

Pendidikan Jasmani

Bercerita mengenai aktiviti senaman

i. Apakah yang kamu dapat perhatikan dalam gambar tersebut?

ii. Di manakah individu selalu bersenam?

iii. Grafik:

Borang penilaian

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru meminta murid duduk secara pasangan.

2. Murid mengklik pautan web pembelajaran yang disediakan.

3. Guru akan memberikan soalan panduan kepada murid.

4. Seorang murid akan bercerita mengenai aktiviti yang boleh dilakukan ketika bersenam.

5. Pasangan murid tersebut akan merakamkan

KB: Mengimbas kembali, menghubungkaitkan

BCB: Bercerita dan berbincang

BBB: Gambar aktiviti senaman, Movie Maker

KP: verbal-linguistik,

Interpersonal.

Nilai: Kerjasama, Keberanian

Ilmu:

Pendidikan Jasmani.

PPG201119236146 8

cerita dengan menggunakan Movie maker.

6. Aktiviti yang sama diteruskan bagi pasangan tadi.

7. Murid diminta mendengar semula rakaman, dan menilainya bersama guru.

Membaca petikan “Senaman Oh Senaman” dan membuat peta minda

Morfologi

-Kata kerja

-Kata adjektif

Langkah 2 (20 minit)

1. Guru meminta murid duduk secara berkumpulan.

2. Murid akan mengklik petikan “Senaman Oh Senaman”

3. Setiap ahli akan membacakan petikan dengan bacaan mentalis dan mencatatkan isi-isi penting.

4. Ahli kumpulan akan membanding beza jawapan yang diperoleh seterusnya

KB : Membanding beza, menilai

BCB : Bercerita dan berbincang

BBB : Petikan “Senaman Oh Senaman, Peta Minda.

KP: Intrapersonal

Nilai: kerjasama, keberanian

Ilmu:

Pendidikan Jasmani

PPG201119236146 9

membuat peta minda.

5. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil di hadapan kelas.

6. Guru akan menyemak jawapan (sebutan) murid

Membina ayat tentang “Teknik memanaskan badan”

Perbendaharaan kata:

Teknik

Aktiviti

Melonggarkan

Betis

Bahu

Langkah 3 (15 minit)

1. Murid akan membaca dan menghayati petikan “Teknik memanaskan badan”.

2. Murid memberi tumpuan kepada pengertian perkataan yang berwarna kuning.

3. Murid diminta untuk menghasilkan ayat mengenai teknik senaman berdasarkan perkataan yang diberikan.

KB: Mengimbas kembali, menghubungkaitkan, penjanaan idea

BCB : Berbincang, inkuiri penemuan

BBB : Petikan “Teknik memanaskan badan” gambar aktiviti regangan, kamus.

KP: Interpersonal

Nilai : Keberanian

Ilmu:

Pendidikan Jasmani

PPG201119236146 10

4. Murid mengelik pautan untuk mendapatkan gambaran mengenai pembinaan ayat.

5. Guru membetulkan ayat murid yang salah.

Penutup kognitif

Membuat rumusan isi pelajaran

Penutup social

Memberi pujian dan motivasi

Penutup (5 min)

1. Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari.

2. Guru menyimpulkan pelajaran.

3. Guru memberi pujian dan dorongan depada murid supaya berusaha membaiki pembacaan.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (BERTUTUR)

PPG201119236146 11

Tarikh : 8 Julai 2011

Hari : Jumaat

Tahun : 3 Cerdik

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Makanan Untuk Kesihatan

Tajuk : Makanan Seimbang

Bilangan murid : 38 orang

Masa : 08.05 – 09.05 pagi

Fokus Utama : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 1 (i) : Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul

Fokus Sampingan : 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

Aras 1 (i) : Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan

menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.

Objektif Pelajaran :

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat,

PPG201119236146 12

1. Bercerita tentang gambar rajah Makanan Seimbang dengan menggunakan ayat yang betul. [2.1, Aras 1(i)].

2. Memberitahu contoh-contoh makanan dalam kelima-lima kelas makanan dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas. [2.2, Aras 1(i)].

Kemahiran Bahasa : Kemahiran Mendengar Bertutur dan Kemahiran Membaca.

Sistem Bahasa : Kosa Kata: karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral

Pengisian Kurikulum

i. Ilmu : Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik

ii. Nilai : Keberanian, Kerjasama, Kerajinan

iii. Kemahiran Bernilai Tambah :

a. Kemahiran Berfikir : Menjanakan Idea, Mengkategorikan, Meramal

b. Kemahiran Belajar Cara Belajar : Kemahiran Mendengar Aktif, Kemahiran Membaca, Kemahiran Mengingat

c. Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan verbal-linguistik, Kecerdasan visual-ruang, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan Kinestetik

Pengetahuan Sedia Ada : Semua murid pernah makan pelbagai jenis makanan.

Bahan Bantu Mengajar :

BIL BAHAN JUMLAH

1. Papan putih 1

2. Gambar rajah Makanan Seimbang 38

3. Pen Marker 1

4. Komputer Riba 1

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

CATATAN

PPG201119236146 13

PEMBELAJARAN

• Menyayikan lagu Makan Apa?

• Soalan :

- Apakah yang kamu jangka mengenai tajuk yang akan dipelajari pada hari ini?

• Jawapan :

- Sayur-sayuran

- Buah-buahan

- Makanan

- Pemakanan Sihat

- Makanan Seimbang

Set Induksi (5 minit)

1. Guru masuk ke kelas dan menulis lirik lagu Makan Apa? di papan putih.

2. Guru menyanyikan lagu tersebut sebagai contoh kepada murid.

3. Guru dan murid menyanyikan lagu bersama-sama sambil melakukan pergerakan yang sesuai.

4. Guru menghubungkaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu Makanan Seimbang

KB : Menjanakan idea

Kecerdasan Pelbagai :

Kecerdasan Muzik, Kinestatik

BBB : Papan putih, pen marker

Nilai : Keberanian, kerjasama

• Bercerita berdasarkan gambar rajah Makanan Seimbang.

• Menyatakan maklumat yang terdapat dalam gambar

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru mengedarkan gambar rajah Makanan Seimbang kepada murid.

2. Murid diberi masa untuk meneliti dan memahami gambar rajah tersebut.

3. Guru meminta

KB : Menjanakan idea

Kecerdasan Pelbagai :

Kecerdasan Interpersonal,Kecerdasan Visual-Ruang

BCB : Kemahiran

PPG201119236146 14

murid untuk bercerita kepada kelas mengenai gambar rajah yang dilihat.

4. Murid lain diminta untuk menilai jawapan murid yang bercerita.

5. Guru dan murid membincangkan ketepatan jawapan yang dikemukakan oleh setiap murid.

Mendengar Aktif,

BBB : gambar rajah makanan seimbang

Nilai : Keberanian, Keyakinan

• Megetahui 5 jenis kelas makanan.

• Memberikan contoh-contoh bagi setiap kelas makanan dengan menggunakan ayat yang betul.

Langkah 2

1. Guru menerangkan kepada murid tentang 5 jenis kelas makanan yang terdapat dalam gambar rajah.

2. Guru memberikan beberapa contoh makanan yang sesuai mengikut kategori.

3. Murid diminta untuk memberikan contoh makanan yang lain dengan bimbingan guru.

4. Murid diminta untuk menyatakan setiap contoh dengan

KB : Mengkategorikan, Meramal

Kecerdasan Pelbagai :

Kecerdasan verbal-linguistik

Nilai : Keberanian, Kerajinan

PPG201119236146 15

menggunakan ayat yang betul.

5. Guru dan murid membincangkan ketepatan jawapan

• Membuat latihan pengukuhan yang terdapat di dalam Buku Latihan dan Aktiviti murid.

Langkah 3 (Aktiviti Pengukuhan & Pengayaan)

1. Murid diminta untuk menjawab soalan yang terdapat dalam buku latihan dan aktiviti.

2. Guru membimbing murid untuk mencari jawapan yang tepat.

3. Guru berbincang dengan murid tentang ketetapatan setiap jawapan. KB : Menjanakan idea

BCB : Perbincangan

BBB : Buku Latihan & Aktiviti

Nilai : Kerajinan

•Rumusan Isi Pelajaran

Bercerita mengenai gambara rajah Makanan Seimbang dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Memberitahu contoh-contoh yang tepat

Penutup ( 5 minit )

Kognitif

1. Guru bertanya kepada murid-murid tentang apa-apa yang telah diperoleh dan dipelajari pada hari ini.

2. Murid memberi respons masing-masing.

KB : Menjanakan Idea

Kecerdasan Pelbagai :

Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Muzik

PPG201119236146 16

menerangkan kelima-lima kelas makanan dengan menggunakan sebutan dan bahasa yang betul.

Menyanyikan lagu

Makan Apa?

Ucapan tahniah guru.

3. Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan.

Sosial

1. Murid-murid diminta untuk menyanyikan semula lagu Makan Apa? sambil melakukan pergerakan sesuai.

2. Guru mengucapkan tahniah kepada murid di atas pencapaian murid pada hari ini.

3. Guru memberikan pujian kepada murid.

Ilmu : Pendidikan Jasmani, Muzik

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) - (PENULISAN)

PPG201119236146 17

Tarikh : 20.01.2010

Hari : Isnin

Masa : 8.00-9.00 pagi

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 3 Cerdik

Bilangan Murid : 38 Orang murid

Tema : Sentiasa berhemat kita selamat

Tajuk : Pencemaran Air

Hasil pembelajaran:

Fokus utama : Kemahiran menulis

8.5 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 1 (1) Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

(2) Membina 10 perkataan daripada perkataan PENCEMARAN

Fokus sampingan : Kemahiran membaca

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 (1) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik

Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :

1) Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

PPG201119236146 18

2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

3) Membina 10 perkataan daripada perkataan PENCEMARAN

Pengisian kurikulum :

1) Ilmu -Kajian tempatan Geografi

2) Nilai - Kerjasama

3) Kewarganegaraan - Mencintai negara yang aman dan selamat

4) Kemahiran Bernilai Tambah :

a) Kemahiran berfikir -Menjana idea

b) Belajar cara belajar -Belajar berkumpulan

c) Pembelajaran kontekstual -Berkerjasama

d) Pembelajaran konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar - Slaid ikan duyung, petikan teks, kad soalan, kertas sebak, kad perkataan, teka silang kata.

Alat Bantu Mengajar - LCD

Pengetahuan Sedia ada - Pelajar pernah melihat tragedi pencemaran air atau sungai yang berlaku di kawasan perumahan mereka.

Langkah Set induksi ( 5 minit)

Sedutan filem "Duyung"

PPG201119236146 19

Mengisahkan seorang lelaki yang dilakonkan oleh Apek Senario bersama sahabatnya Orex yang dilakonkan oleh Yassin Senario bekerja untuk membersihkan kawasan sungai di tempat mereka. Mereka mengatakan bahawa sekiranya sungai dan laut ini bersih maka ikan duyung akan wujud di dalam kawasan sungai mereka. Ini mengukuhkan lagi kerajinan yang ada di dalam diri Apek senario dan rakannya Orex.

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Soalannya :

1) Apa yang sedang dilakukan oleh Apek Senario bersama sahabatnya Orex?

2) Apakan pandangan Apek Senario sekiranya sungai itu bersih ?

Murid melihat tayangan sedutan filem " Duyung"

Murid bersoal jawab mengenai filem yang diaparkan dengan bantuan guru

KB : Menghubungkait, inferens

BCB: Menonton dengan aktif

BBB: Power point

Guru memberi teks cerita yang berkaitan dengan pencemaran air melalui power point.

Aktiviti Pemulihan:

Memberikan kad kepada pelajar

Langkah 1 ( 20 minit )

Petikan teks (pencemaran air )

1) Murid diberikan petikan teks " pencemaran air" oleh guru.

2) Murid membaca teks dengan betul mengikut intonasi dan sebutan yang betul dan kuat di dalam kelas secara berkumpulan dan individu mengikut perenggan di dahului oleh bacaan bersama guru.

KB: Membuat inferens

BCB:

i) Membaca dengan intonasi yang betul

ii) Mendengar dengan aktif

BBB: Teks cerita, power point

PPG201119236146 20

3) Setiap kumpulan diberikan satu kad soalan berkenaan dengan pencemaran air.

4) Murid menulis tiga jawapan setiap soalan yang diberikan di atas kertas yang diberikan oleh guru.

5) 2 orang wakil pelajar setiap kumpulan dikehendaki membaca jawapan yang telah di cari.

6) Kumpulan yang cepat dan lengkap bersama jawapan akan diberikan ganjaran.

Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point

Langkah 2 ( 20 minit)

1) Murid mendapat penerangan daripada guru tentang ayat tunggal dan ayat majmuk

2) Ketua kumpulan dikehendaki mengambil kertas arahan daripada guru

3) Ketua kumpulan membaca arahan dan didengari oleh ahli

KB : Menghubungkaitkan, menjana idea

BCB: Memproses maklumat dan melaporkan maklumat

KP: Verbal linguistic, visual, intrapersonal, interpersonal

Nilai: Kerjasama, hormat-menghormati

PPG201119236146 21

kumpulan yang lain

4)Setiap kumpulan dikehendaki mencari dan menyenaraikan 5 ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat di dalam petikan " pencemaran air" di dalam kertas sebak yang diberikan oleh guru

5) Wakil pelajar setiap kumpulan menampalkan hasil kerja kumpulan di papan tulis. Ketua kumpulan dikehendaki membaca jawapan yang telah di cari

6) Murid-murid lain memastikan sama ada betul atau ayat tunggal dan ayat majmuk yang telah disenaraikan oleh setiap kumpulan secara rawak

BBB: Power point

Guru memberi latihan kepada murid-murid

Langkah 3( 10 minit )

Perkataan PENCEMARAN

1) Murid melihat perkataan PENCEMARAN yang telah ditampalkan oleh guru di papan tulis.

2) Murid dikehendaki

KB: Menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens

BCB: Mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat KP

Intrapersonal;

PPG201119236146 22

membina 10 perkataan daripada perkataan PENCEMARAN di dalam borang pengurusan grafik (PG)

3) Murid yang dapat menyenaraikan lebih daripada sepuluh perkataan dan pantas akan diberikan ganjaran

interpersonal, visual, verbal-linguistik

Nilai: bekerjasama, menghargai,

BBB: Kertas latihan

Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.

Guru juga menanyakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penutup( 5 minit)

Menyatakan nilai-nilai murni

Murid merumuskan pelajaran pada hari ini dengan menyatakan nilai-nilai murni

1) Kebersihan adalah separuh dari iman

2) Menjaga kebersihan sungai adalah amalan kita semua

3) Kita perlu menjaga sungai kita daripada tercemar bagi mengelakkan hidupan laut mati begitu sahaja.

Refleksi/Ulasan

Sesi pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang

ingin dicapai. Selain itu, pembelajaran ini mudah dilakukan kerana murid

PPG201119236146 23

mempunyai pengalaman yang sedia ada. Dengan penerapan nilai yang ditegaskan

oleh guru membuatkan murid dapat kesedaran sivik secara langsung seperti

pencemaran air dan udara.

SUMBER RUJUKAN

Buku

PPG201119236146 24

Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman.

Kuala Lumpur: Longman Malaysia Snd. Bhd.

Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Pendidikan Rendah Pengajian Tahun 4. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd.

Kullanz Salleh (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Noriati Arashid, Boon Pong Ying (2009) Murid dan Alam Belajar (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Internet

http:/hanif.zinaldin.blogspot.com/teknik.htm

PPG201119236146 25