assignment hbhe2103 pk

11

Click here to load reader

Upload: carmen-leong

Post on 06-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan PK

TRANSCRIPT

AbstrakAmalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah dan diperkukuh seerta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat. Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu bersih malah mesti berfungsi dan selamat.Sekolah yang bersih ialah sekolah yang ceria, indah dan wangi tanpa contengan, sampah, sawang, berbau busuk, berhabuk dan berlumut.Pada waktu yang sama, kemudahan sekolah perlu juga dijaga dan diselenggarakan dengan baik agar terus berfungsi. Sekolah perlu selamat dan tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak. Bagi membudayakan amalan kebersihan, pihak sekolah perlu merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi memastikan kebersihan di bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas seperti pusat sumber, makmal, bilik sakit, stor, parit, taman dan padang sekolah.Justera untuk memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah, Program Bersepadu Sekolah Sihat diwujudkan dengan tujuan untuk menyepadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah.

1. Program Bersepadu Sekolah SihatRancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan sejak Tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat yang sihat dan produktif. Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan professional kesihatan dan anggota kesihatan professional bersekutu di sector awam dan swasta. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ).

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan di kalangan warga sekolah. Justera, PBSS mengandungi satu program yang terancang dan bersepadu, fleksible, inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui kerjasama dan penglibatan komuniti.Antara Program PBSS yang dilaksanakan di sekolah ialah Program 3K, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Sekolah Larangan Merokok, Sekolah Bebas Denggi, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan PROSTAR, mengadakan program bebas dadah, kempen carahidup sihat dan Perkhidmatan Pergigian.Objektif utama PBSS adalah untuk memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah. Kerjasama antara masyarakat dan sekolah menggalakkan penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktiviti kesihatan.

Untuk menjayakan aktiviti dan program PBSS, pemantauan dan penilaian PBSS perlulah dititikberat dan dijalankan oleh pihak jawatankuasa PBSS.

1.1 Pemantauan dan PenilaianUntuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Pemantauan yang dijalankan adalah berjadual dan mengikut keperluan. Selepas pemantauan dibuat, penilai perlu mengisi boring penilaian untuk dinilai tahap kesihatan sekolah. Aspek-aspek yang dapat meningkatkan tahap penilaian sekolah adalah dengan mengadakan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang dicadangkan untuk dilaksanakan ialah gotong royong ria.

1.2 Program Gotong Royong Ria

Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini perlu disemarakkan kembali kerana banyak manfaatnya kepada masyarakat. Di kawasan sekolah, ia boleh mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta selamat kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Projek Gotong Royong Ria dalam tahun 2013 ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan , keceriaan dan keselamtan warga sekolah. Murid-murid juga akan dapat memupuk semangat bantu-membantu dan tolong-menolong terutamanya ketika menghadapi kesusahan. Daripada gotong royong ini juga, ia akan mewujudkan sikap sayang-menyayangi dan semangat muhibah di antara pelajar. Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah. Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.

1.2.1 Tujuan

1.0 2.0 Membentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan serta masyarakat setempat bagi meningkatkan tahap kebersihan, kesihatan dan keselamatan warga sekolah.

1.2.2 Nama Program

Projek Gotong Royong 1 Sebiew 2013

1.2.3 Tema Program

Sekolah Kita Tanggungjawab Kita 1.2.4 Matlamat

Melahirkan murid-murid yang mempunyai peribadi mulia dan bermotivasi dengan memupuk nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah, di samping menjadikan mereka sebagai murid yang berilmu, berdisiplin, berketrampilan dan berkeyakinan serta mampu memartabatkan nama sekolah.1.2.5 Objektif i.Membasmi penularan wabak-wabak penyakit di kalangan warga sekolah melalui aspek amalan pengurusan kesihatan dan kebersihan.ii.Menerapkan amalan budaya sekolah bersih dan selamat selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat sihat dan selamat.iii. Menyemai mengamalkan budaya kerja sihat dan sejahtera semasa melaksanakan pekerjaan dan pembelajaran di samping mengukuhkan hubungan silaturahim sesama warga sekolah.iv. Menyemarakkan dan memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar untuk menjaga kebersihan sekolah dan persekitarannya. v.memastikan sekolah sentiasa bersih dan selamat untuk pembelajaran dan pengajaran pelajar dan guruvi.Meningkatkan keprihatinan, kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kebersihan dan kesihatan sekolah.

1.2.6 Format Pelaksanaan

BilPelaksanaan TugasTindakan

1Penyediaan kertas kerja program. Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan asas dari pihak-pihak penganjur dan pelaksana program melalui mesyuarat dan bersemuka. ( Mesyuarat Kali Pertama)Setiausaha Program

2Pelantikan AJK Program secara rasmi dan bermesyuratSetiausaha Program

3Mengeluarkan surat jemputanSetiausaha Program

4Menyediakan peralatan untuk gotong royong.AJK Persiapan Tempat/Peralatan

5Pengumpulan bahan / fotografi / rakaman video untuk pendokumentasian.AJK Fotografi / Dokumentasi

1.2.7 penganjuranJawatankuasa Kokurikulum , Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) dan PIBG SJK Sebiew Chinese Bintulu1.2.8 Jawatankuasa pelaksanaanJAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK GOTONG ROYONG PERDANA 2013SJK SEBIEW CHINESE BINTULU

PENASIHATPuan Chieng Sai LengGuru Besar SJK Sebiew Chinese Bintulu

PENGERUSIPuan Tan Cheow MoeyPenolon Kanan HEMTIMBALAN PENGERUSIEncik Ling Lee Ann ( Penolong Kanan 1)Puan Goh Pey Yu (Penolong Kanan KK)Puan Ling How Ging (Penolong Kanan Petang)

SETIAUSAHAPuan Thai Chew Fung

FOTOGRAFI / DOKUMENTASIPuan Ngui Cha Sia

AHLI JAWATANKUASASemua guru dan kaki tangan sekolah

1.2.9 TARIKH19 Januari 2013 (Sabtu)

1.2.10 TEMPAT/kawasan SasaranKawasan sekitar SJK Sebiew Chinese Bintulu. Menumpu perhatian pada tepi pagar sekolah stor dewan tandas murid taman sekolah

1.2.11PENYERTAAN KUMPULAN SASARANSemua warga SJK Sebiew Chinese Bintulu iaitu ibu bapa / penjaga, komuniti setempat, murid-murid , guru-guru dan semua kakitangan sekolah.

2.0 Laporan Pemantauan dan penilaian

2.1 PELAKSANAAN

Pada 20 Februari satu gotong-royong telah diadakan di SK Pendidikan Khas Taiping.Matlamat gotong-royong ini adalah mendedahkan kepada komuniti sekolah tentangkepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.Program ini telah mendapat sokongan dari ibu bapa serta kakitangan sekolah.Program ini juga dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama dikalangan warga sekolahdan ibubapa dalam menjayakan keceriaan sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan,antaranya ialah mengecat bangku, mengecat taman ilmu dan taman bestari, membersihkankolam ikan, menanam pokok bunga, mengemas bilik guru serta menceriakan zoo mini.Kepuasan jelas terpancar pada raut wajah semua komuniti sekolah yang telahbertungkus lumus menjayakan program ini apabila melihat suasana di kawasan sekolahtelah bertukar wajah dan menjadi lebih ceria hasil dari kreativiti komuniti sekolah.

Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la bertujuan untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran. Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu Polisi Kesihatan Sekolah,Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat, Penglibatan Keluarga dan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

Pemantauan dan penilaian

10. PENUTUP

Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.