Download - Edu (Autism)
AUTISTIK (AUTISM)
DISEDIAKAN OLEH:
NUR AIDA & SITI NORSHAHIRAH
Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang
bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang
hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo
Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan
pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon
yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri,
keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang
berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,&
Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause
Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan
penghidap autisme.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental
condition in which a person is unable to communicate or form
relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft
Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in
phycological development in which use of language, reaction to
stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships
are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat
disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap
perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial,
dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk
“Pencegahan Autis Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung
mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara
yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi
reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka
langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah
adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME
Komunikasi dan Bahasa
Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan
dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal
secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya
bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya,
mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi
dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan,
tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.
Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia
turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka.
Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006)
dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini
mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami
konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain.
Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri
untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila
mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil
mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka
ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka
menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran
dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk
memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu
mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan
mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.
Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami
masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa,
menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah.
Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama
apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.
Perangai dan Sikap
Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila
meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini
akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka
berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang
dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan
seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang
lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka
seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif
dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang
ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh
terhadap sesuatu perkara.
Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat
sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap
autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang
termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka
terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan
menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka
dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk
menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan.
Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.
IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak
autisme di sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal
pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah
komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk
mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau
perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan
perasaan.
Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To
Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan,
maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka.
Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya,
guru menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku
seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya
guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.
Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti
membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic
High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan
bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa
tetapi dalam bentuk gambar rajah.
Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam
memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya terlebih
dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan
kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.
Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian
walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh
diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya
melakukan sesuatu tugasan.
Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar
rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka.
Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan
perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif
seperti mencederakan diri atau orang lain.
STRATEGI PENGAJARAN KANAK-KANAK
AUTISTIK(AUTISM)
Terdapat beberapa jenis sistem pengajaran yang dapat diaplikasikan ke atas kanak-kanak autism.
Berdasarkan kajian para penyelidik, beberapa sistem pengajaran ini telah terbukti
keberkesanannya.
Antaranya ialah:
- Applied Behaviour Analysis (ABA)
- Applied Verbal Behaviour (AVB)
- Picture Exchange Communications Systems (PECS)
- Treatment and Education of Autistic and Related Communication Handicapped
Children (TEACCH)
- Terapi Integrasi Sensori (SI)
Applied Behaviour Analysis (ABA)
Diasaskan oleh Dr. Ivar Lovaas dalam tahun 1960.
Pengajaran yang amat sistematik dan dilakukan secara intensif.
Kaedah ini telah lama digunapakai, dimana pengajaran khusus diberikan kepada
kanak-kanak dengan memberikan tugasan yang dipecahkan kepada tugasan kecil.
Kanak-kanak diberikan penekanan berupa ganjaran jika mereka Berjaya dalam
tugasan yang diberikan.
Tiada denda dari segi fizikal dikenakan, cuma ia dijalankan secara ketat dan tegas.
Kanak-kanak dikira berjaya menyempurnakan tugasan seperti yang diarahkan
apabila perubahan dapat dilihat pada diri kanak-kanak tersebut.
Applied Verbal Behaviour (AVB)
Diasaskan oleh B.F Skinner.
Merupakan analisa tentang tingkah laku, bagaimana Bahasa berkembang
dan situasi tingkah laku verbal wujud.
Fokus utama- mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bahasa.
Contohnya: jika guru mengajar tentang konsep ‘buku’, maka haruslah
dipastikan kanak-kanak tersebut boleh menyebut ‘buku’, melabelkannya,
mengulangi perkataan ‘buku’ apabila dikemukakan soalan, mengecam
dengan menyentuhnya diantara barangan yang lain serta dapat
menjawab soalan yang berkaitan gambaran, serta fungsi ‘buku’.
Picture Exchange Communications Systems (PECS)
Memandangkan kanak-kanak autism mempunyai masalah untuk
berkomunikasi, kaedah PECS dapat membantu mereka menguasai Bahasa
asas disamping kanak-kanak yang tidak bercakap.
Kaedah ini menggunakan ganjaran apabila kanak-kanak berjaya
menyampaikan keinginan melalui gambar.
Berbeza dengan kaedah ABA dimana ganjaran diberikan apabila mereka
Berjaya melakukan tugasan yang diberi.
Treatment and Education of Autistic and Related Communication
Handicapped Children (TEACCH)
Kaedah ini berdasarkan ‘persekitaran harus disesuaikan dengan kanak-
kanak autism bukan sebaliknya’.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kaedah ini Berjaya membantu
kanak-kanak autism mempelajari sesuatu dengan lebih pantas.
Caranya adalah dengan mengurangkan arahan verbal tetapi menggunakan
kad bergambar seperti poster mahupun kad imbasan untuk menyampaikan
maksud. Kad tersebut haruslah mempunyai perkataan atau nombor.
Terapi Integrasi Sensori (SI)
Diasaskan oleh jurupulih Cara Kerja A. Jean Ayres.
Integrasi sensori wujud apabila otak menyusun maklumat yang diterima daripada deria.
Namun tidak semua kanak-kanak menerima proses ini seperti yang sepatutnya. Hal ini
kerana, bunyi dan penglihatan bercelaru dan mengganggu mereka.
Gangguan integrasi ini mewujudkan masalah imbangan dan koordinasi.
Pakar fisioterapi juga jurupulih cara kerja yang terlatih akan menyediakan pelbagai aktiviti
bagi membantu kanak-kanak untuk memproses maklumat yang diterima dari derianya ke
kaedah yang biasa.
Kanak-kanak perlu bermain dengan pelbagai tekstur seperti tanah liat, buaian mahupun
duduk diatas bola yang besar. Kaedah ini dapat membantu motor sensori juga kemahiran
motor halus serta kemahiran pengurusan diri.
Sekian, Terima Kasih