full of pentaksirn

Upload: nordinjamaliah

Post on 08-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    1/40

    1

    PENGENALAN

    Pentaksiran merupakan susuatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada

    Pemulihan Khas. Segala keputusan yang dibuat di dalam Pemulihan Khas berkait rapat

    dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Secara umumnya,

    pentaksiran didefinikan sebagai suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk

    menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperoleh oleh seseorang individu.

    Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang pentaksiran iaitu

    David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003,

    pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat

    atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan

    interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas,

    beliau menyarankan pentaksiran juga disebut sebagai pengukuran dan penilaian.

    Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, seseorang guru

    boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Proses pengukuran

    berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus

    markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan

    orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada

    dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran

    pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz dan

    senarai semak (check list).

    Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan,

    takulan dan pemerhatian. Sebagai analogi, seseorang guru boleh mengetahui ukuran

    atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa

    mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau

    maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa

    menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh

    tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana

    seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut

    keadaan.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    2/40

    2

    1.0)Pengertian dan

    Konsep

    pentaksiran pengujian penilaian

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    3/40

    3

    2.0 PENTAKSIRAN

    2.1) Definisi/ konsep

    y Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan

    seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentangproduk sesuatu proses pendidikan.

    y Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod

    dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,

    mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi

    maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu

    tujuan.

    y Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan

    gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam

    sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran

    dijalankan secara berterusan.

    2.2) Tujuan Pentaksiran

    y Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang

    dalam pembelajaran

    y Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

    pembelajaran

    y Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran

    dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

    y Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun

    dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

    y Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas

    secara efektif.y Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang

    berkesan.

    y Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    4/40

    4

    y Aspek-aspek utama dalam pentaksiran

    ialah:-

    i. Instrumen

    ii. Kumpulan yang ditaksiriii. Respon

    iv. Kumpulan yang menaksir

    v. Skor

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    5/40

    5

    2.3)Aspek-

    aspekutama

    dalam

    pentaksiran

    Skor

    Respon

    InstrumenKumpulan

    yang ditaksir

    Kumpulanyangmenaksir

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    6/40

    6

    2.4)Prinsip

    Pentaksiran

    pengujian

    pengukuran

    penilaian

    PENTAKSIRAN

    Rajah 1 : Kaitan antara pentaksiran, pengujian,

    pengukuran dan penilaian

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    7/40

    7

    2.4.1) PENGUJIAN.

    2.4.1.1.) Definisi

    Pengujian ialah proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur

    pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian

    ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

    Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang

    piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur

    yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang

    individu atau pelajar.

    Menurut Cronbach (1970)

    Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau

    tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala

    bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

    definisipengujian

    kepentingan

    pengujian

    tujuanpengujian

    Pembinaan Pengujian

    Yang Baik

    PENGUJIAN

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    8/40

    8

    2.4.1.2) Tujuan pengujian

    i. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai

    ii. Mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasilpembelajaran yang lain

    iii. Mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid.

    2.4.1.3) Kepentingan pengujian

    i. Penggerak dan mendorong murid untuk terus belajar bagi menguasai

    sesuatu pembelajaran

    ii. Menggerakkan murid untuk melakukan ulangkaji sebelum ujian

    dilaksanakan

    iii. Pengujian juga penting sebagai latihan formal untuk membantu murid

    memperkukuhkan konsep atau kemahiran yang telah dipelajari.

    iv. Keputusan atau hasil yang diperolehi melalui pengujian digunakan

    sebagai kriteria untuk menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai

    (streaming)

    v. Selain itu, keputusan yang diperolehi juga digunakan sebagai rekod

    prestasi dan rekod profil murid. Seterusnya boleh digunakan untuk

    membuat penilaian ke atas murid.

    2.4.1.4) Pembinaan Pengujian yang Baik.

    Pengujian yang baik mempunyai beberapa cirri pembinaan item ujian

    yang merangkumi kesahan dan kebolehpercayaan serta memunyai ciri

    pentadbirannya. Jika semua aspek telah memenuhi syaratnya, maka

    pengujian yang dilaksanakan akan memberi manfaat kepada penilaian

    yang dijalankan terhadap program, bahan pembelajaran ataupun

    pencapaian pelajar.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    9/40

    9

    y Kesahan.

    Soalan ujian hendaklah dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Terdapat

    beberapa kesahan ujian yang perlu dilaksanakan:

    i. Kesahan isi kandungan mata pelajaran mengikut tujuan dan aras

    yang ditentukan. Jadual penentuan ujian perlu dibina terlebih dahulu

    yang menyatakan kemahiran dan pengetahuan bagi mata pelajaran

    yang berkenaan.

    ii. Kesahan gagasan: kesahan yang menunjukkan kemamuan ujiann

    mengukur tingkah laku dan mental manusia berdasarkan andaian.

    iii. Kesahan ramalan: kemampuan ujian meramal keupayaan pelajardalam tugas akan datang.

    iv. Kesahan serentak: Pencapaian calon dalam sesuatu ujian selaras

    dengan pencapaian ujian sebelum.

    y Kebolehpercayaan

    Pencarian pelajar tekal jika mereka mengambil ujian beberapa kali dalam satu

    jangka masa misalnya dalam seminggu. Sesuatu item ujian mempunyai

    kebolehpercayaan yang tinggi jika pelajar dapat menjawab soalan seperti

    dalam ujian ertama. Kebolehpercayaan sukar ditentukan kerana faktor emosi,

    temapt ujian, kesihatan dan latihan menjawab soalan yang lalu.

    Kebolehpercayaan boleh ditingkatkan dengan membina bilangan soalan yang

    berpatutan untuk mengurangkan tekanan.

    y Keobjektifan.

    Ciri ini menerangkan tentang ketepatan seseorang pemeriksa menilai jawapan

    calon. Keobjektifan ini juga tinggi jika pemeriksaan memberi markah yang

    sama mengikut skema pemarkahan. Ciri keobjektifan yang rendah terdapat

    pada ujian subjektif apabila respons bebas adalah banyak dan pemeriksa

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    10/40

    10

    memberi penilaian yang berbeza-beza. Namun begitu, keobjektifan dapat

    ditingkat dengan menyediakan skema pemarkahan dan penyelarasan sebelum

    dan seleas ujian dijalankan.

    y Kemudahtafsiran.

    Sesuatu pengujian ini hendaklah dilihat sejauh mana hasil pencapaian calon

    dapat ditafsirkan dengan cara memberi maklumat jelas mengikut objektif

    penilaian. Antaranya objektif itu munkgkin berhubung dengan pencapaian

    pelajar, kekuatan dan kelemahan pengajaran dan kesesuaian strategi

    pengajaran. Kemudahtafsiran ujian itu tinggi jika data daripada keputusan ujian

    mudah dikumpul dan ditukar kepada bnetuk statistik, jadual dan graf.

    y Kebolehtadbiran.

    Sesuatu pengujian itu perlu dilaksanakan dengan lancar, misalnya dalam bilik

    darjah. Antara perkara yang diberi perhatian ialah penyediaan bilik darjah,

    keteatan memula dan menamatkan pengujian, iaitu penilaian formatif, sumatif,

    enematan dan diognastik.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    11/40

    11

    Soalan ujian hendaklah dapat mengukur apa yang

    sepatutnya diukurKesahan.

    Pencarian pelajar tekal jika mereka mengambil ujianbeberapa kali dalam satu jangka masa misalnya dalamseminggu

    Kebolehpercayaan

    Ciri ini menerangkan tentang ketepatan seseorangpemeriksa menilai jawapan calonKeobjektifan.

    Sesuatu pengujian ini hendaklah dilihat sejauh mana hasilpencapaian calon dapat ditafsirkan dengan cara memberimaklumat jelas mengikut objektif penilaian

    Kemudahtafsiran.

    Sesuatu pengujian itu perlu dilaksanakan dengan lancar,misalnya dalam bilik darjahKebolehtadbiran.

    Pembinaan Pengujian Yang Baik

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    12/40

    12

    2.4.2) PENGUKURAN

    2.4.2.1) Definisi

    Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti

    atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Alatpengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal

    selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran ini adalah

    terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau

    membuat keputusan.

    2.4.2.2) Tujuan Pengukuran

    Tujuan pengukuran dapat dillihat dari segi pengajaran dan pentadbiran.

    Dari segi pengajaran, fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti berikut:

    i. Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh

    ii. Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh

    iii. Mengesan kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek

    pembelajaran yang lain

    iv. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

    Dari segi pentadbiran, fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti berikut:

    i. Bagi mendapatkan maklumat untuk pengaliran atau pengumpulan

    (penempatan murid kepada jurusan yang sesuai)

    ii. Bagi mendapatkan maklumat untuk bimbingan

    iii. Bagi mendapatkan maklumat tentang tahap kecekapan guru

    iv. Bagi mendapatkan maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil murid

    dan kemudian dibekalkan sebagai maklum balas kepada murid dan ibu

    bapa.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    13/40

    13

    2.4.3) PENILAIAN.

    2.4.3.1) Definisi

    Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk

    menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat

    didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat

    pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi

    maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

    Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    14/40

    14

    2.4.3.2) Tujuan penilaian.

    a) Diagnosis

    Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat

    memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajarterhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini

    juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar

    dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan

    seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan,

    memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

    Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar

    yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang

    lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat

    keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih

    bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan

    menggunakan strategi yang baru.

    Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran

    dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap

    pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu,

    penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir

    Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan

    untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian

    pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi

    sijil kepada pelajar. .

    b) Pemilihan dan Penempatan

    Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula

    kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai

    pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya,

    seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    15/40

    15

    bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran

    manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata

    dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam

    menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

    Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk

    memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya,

    keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan

    ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid

    berkenaan.

    c) Bimbingan dan kaunseling

    Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunselingkepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai

    motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi

    daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar

    disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh

    pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke

    peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat

    pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti

    dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru

    besar.

    2.4.3.3) Tujuan lain Penilaian Ujian

    y Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

    y Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar

    dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang

    lain.

    y Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut

    dengan pencapaian dalam subjek lain.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    16/40

    16

    y Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah

    keupayaannya dan lemah pencapaiannya

    y Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi

    pelajar yang berkenaan.

    y Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakatpelajar terhadap pembelajaran.

    y Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah

    pengajaran mereka.

    y Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha

    meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

    y Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran

    atau bidang dan segera memperbaikinya.

    2.4.3.4) Jenis penilaian

    Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif .

    I. Penilaian formatif

    Penilaian jenis formatif bertujuan untuk membantu proses pengajaran dan

    pembelajaran disamping mengesan perkembangan semasa proses

    pembelajaran berlaku. Perkembangan yang dimaksudkan mungkin merupakan

    perkembangan positif atau perkembangan negatif.

    Sekiranya perkembangan itu merupakan perkembangan positif, maka guru

    akan memberikan pengayaan kepada murid-muridnya. Jika murid-murid

    menunjukkan perkembangan negatif, maka guru perlu memberikan pemulihan

    kepada murid-muridnya. Melalui cara ini, guru berpeluang memperbetul

    kelemahan pelajar(pengajaran pemulihan ).

    Penilaian formatif ini dilaksanakan secara tidak formal. Contohnya,

    dilaksanakan melalui pemerhatian dan kerja latihan yang diberikan guru kepada

    murid-murid.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    17/40

    17

    Kesimpulannya, keputusan yang diperolehi melalui penilaian formatif ini bukan

    untuk memberi gred, markah atau perbandingan antara pelajar.

    II. Penilaian Sumatif

    Penilaian jenis sumatif ini bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh tarafpencapaian murid-murid pada penghujung sesuatu program. Penilaian jenis

    ini dilaksanakan untuk memberi gred, markah, dan membandingkan

    pencapaian pelajar.

    Penilaian ini juga haruslah berhubung rapat dengan topik, isi, dan kemahiran yg

    terkandung dalam program pelajaran.

    Penilaian sumatif ini dilaksanakan secara formal. Contohnya, melalui ujian

    soalan esei, soalan objektif dan kemahiran amali.

    2.4.3.5) Program Penilaian Dalam KBSR

    Dalam program KBSR penilaian dalam bilik darjah hendaklah mengutamakan

    penilaian formatif (serta merta). Penilaian sumatif dilakukan di beberapa

    peringkat kritikal. Penilaian formatif pula haruslah dilakukan lebih secara

    informal supaya tidak menimbulkan perasaan gementar dalam kalangan pelajar

    apabila mereka dinilai.

    Keputusan suatu penilaian atau ujian boleh ditaksirkan berdasarkan dua cara

    iaitu penilaian rujukan kriteria dan penilaian rujukan norma.

    i. Penilaian rujukan kriteria

    Penilaian rujukan kriteria ini dibentuk berdasarkan isi kandungan kursus serta

    pencapaian yang diharapkan dan bukan untuk membandingkan tahap pelajar.

    Selain itu, penilaian rujukan kriteria ini tidak membayangkan peringkat atau

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    18/40

    18

    sebaran kesukaran ujian. Penilaian rujukan kriteria ini digunakan dalam

    penilaian formatif.

    ii. Penilaian rujukan norma

    Dalam penilaian rujukan norma, item soalan disusun secara berperingkat iaitusoalan mudah kepada soalan yang susah. Biasanya penilaian ini digunakan

    dalam penilaian sumatif.

    Nisbah soalan adalah seperti di bawah:

    Mudah:sederhana:sukar=(25%:50%:25%)

    Melalui penilaian rujukan norma, kedudukan murid-murid dapat ditentukan.

    Seterusnya dapat memudahkan pengagihan murid-murid kepada kelas terbaik,

    sederhana dan lemah.

    Secara keseluruhannya, matlamat utama penilaian adalah untuk

    memaksimumkan hasilan kurikulum atau untuk mencapai matlamat dalam

    matapelajaran tertentu.

    PENILAIAN

    PEMBELAJARAN

    PENGAJARAN

    MATLAMAT

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    19/40

    19

    Sistem penilaian baru yang dianggap sesuai untuk KBSR haruslah dapat

    memainkan peranan berikut:

    i. Menghasilkan data dan maklumat yang berguna untuk perkembangandan mengubahsuaian kurikulum.

    ii. Maklumat balik yang berpunca daripada program penilaian untuk

    pembentukan rancangan pemulihan dan pengayaan

    iii. Kelemahan pelajar tidak terhimpun

    iv. Guru dapat menilai aspek-aspek pengajarannya supaya yang baik dapat

    diteruskan atau merancang perubahan jika sebaliknya

    v. Guru dapat peluang menggubal, mentadbir, dan memeriksa program

    penilaian yang bercorak pelbagai bentuk

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    20/40

    20

    Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif

    1. Maklum balas kepada

    pelajardan guru: kemajuan dankelemahan.

    fungsi 1. Pensijilan atau

    penggredan

    2. Sepanjang pengajaran masa 2. Pada akhirunit/kursus

    3. Kognitif, psikomotor dan

    afektif

    penekanan 3.Kognitif

    4. Terhad kepada tugasan sifat 4. Beraneka jenis

    5. Berubah-ubah kesukaran 5. Senang sukar

    6. Dibentuk khas alat 6. Peperiksaan akhirtahun

    7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma

    Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    21/40

    21

    5.0 PERBEZAAN ANTARA PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

    TAKRIF

    HASIL

    FOKUS

    CARA

    MASA

    DIBERI

    FUNGSI

    PENGUJIAN PENILAIANPENGUKURAN

    Teknik mengukur

    perubahan

    tingkah laku

    individu

    Mengesan hasil

    pembelajaran

    yang diperoleh

    Sebelum,

    semasa dan

    selepas

    en a aran

    Sebelum, semasa

    dan selepas

    pengajaran

    Membantu

    pentaksiran tentang

    pencapaian murid

    untuk tujuanpemulihan atau

    penggredan

    Sebelum, semasa

    dan selepas

    pengajaran

    Proses memperoleh

    nilai kuantitatif bagi

    menentukan

    pencapaian

    pembelajaran

    individu

    Proses mentaksir

    perubahan tingkah

    laku berdasarkan

    data kuantitatif dan

    kualitatif

    Mengesan hasil

    pembelajaran, jenis-

    jenis kemahiran dan

    kemajuan

    Melalui item

    (soalan-soalan)

    ujian

    Satu-satu unit

    pembelajaran

    atau beberapa

    unit pembelajaran

    Melalui ujian dan

    alat-alat lain seperti

    soal selidik, rekodanekdot, senarai

    semak

    Berbagai-bagai cara

    memperoleh data

    kuantitatif

    Menunjukkan

    pencapaian murid

    dalam segmen yang

    diiukur

    Satu-satu unit

    pembelajaran atau

    beberapa unit

    pembelajaran

    Menunjukkan

    pencapaian dan

    tingkah laku murid

    secara keseluruhan.

    Menunjukkan

    pencapaian murid

    dalam satu atau

    beberapa unit

    pembelajaran

    Berdasarkan

    maklumat pengujian

    dan data kuantitatif

    darinpemerhatian,

    soal selidik atau

    senarai semak

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    22/40

    22

    (3.0)

    Jadual Spesifikasi

    Ujian

    (JSU)

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    23/40

    23

    JADUAL PENENTU UJIAN TAHUN 4

    Matapelajaran/Kod:Bahasa Melayu-012 Jen

    Bil. Bentuk soalan Jam Objektif ( %) Jumlah

    Struktruk ( %) Jum Esei ( lah

    Kemahiran Kognitif Kognitf Kogniti

    Kandungan(Bidang/Topik) 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4

    1. Tatabahasa

    y Kata Kerja 1 1

    y Kata Seru 1 1

    y Simpulan Bahasa 1 1

    y Peribahasa 1 1

    y Kata Adjektif 1 1

    y Kata terbitan 1 1

    y Pilih Ayat Betul 1 1 1 3

    y Pilih Ayat Bergaris Betul 1 1

    y Pilih Kata Betul 1 1

    y Ayat Sama Maksud 1 1

    1. Pantun 1 1 1 3

    1. Gambar (TBT) 1

    2. Sambung ayat (TBT)

    3. Ransangan (TBL)

    Jumlah Soalan ikut Aras 2 2 2 2 2 2 1 1 1 1

    Jumlah SoalanObjektif

    12 Jumlah SoalanStruktur

    3 Jumlah Soala

    Jumlah Jam Jumlah Markah Soalan

    Objektif

    Jumlah Markah Soalan

    Struktur

    Jumlah Markah

    Esei

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    24/40

    24

    (4.0)

    Soalan semua aras Taksonomi

    Bloom

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    25/40

    25

    UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2010 BULAN SEPTEMBER

    TAHUN 4

    BAHASA MELAYU 021

    I jam/ 60 minit

    NAMA :

    KELAS: .

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, bahagian B

    dan Bahagian C.

    2. Jawabsemuasoalan.

    3. BagiBahagian A, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu

    A, B, CdanD. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan

    jawapan kamu pada kertas objektif yang disediakan.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

    Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

    5. BagiBahagian B dan Bahagian C, jawapan hendaklah ditulis pada

    ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak

    mencukupi, sila dapatkan kertas tambahan daripada pengawas

    peperiksaan.K

    ertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan

    dihantar bersama-sama buku soalan.

    Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    26/40

    26

    BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

    Soalan 1 12

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1 Kata kerja merupakan satu golongan kata. Berapakah bilangan golongan

    kata kerja yang utama?

    (A) 2

    (B) 3

    (C) 4

    (D) 5

    (Aras Pengetahuan)

    2 Apakah maksud bagi kata seru?

    (A) Perkataan yang digunakan untuk menyoal sesuatu.

    (B) Bentuk kata yang hadir di bahagian hadapan ayat.

    (C) Perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan.

    (D) Bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan.

    (Aras Pengetahuan)

    3 Apakah maksud simpulan bahasa bagi besar kepala?

    (A) Degil

    (B) Cerdik

    (C) Peramah

    (D) Kedekut

    (Aras Kefahaman)

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    27/40

    27

    4 Peribahasa yang berbunyi Kaduk naik junjung bermaksud

    _____________.

    (A) Kemiskinan yang amat sangat.

    (B) Mengalami kerugian atau kecurian.(C) Orang hina tetapi merasa dirinya mulian.

    (D) Orang yang tidak berguna tetapi amat lama hidupnya.

    (Aras Kefahaman)

    5 Pak Zubair mengasah parang yang _____________ itu sebelum ke

    kebunnnya.

    (A) kekal

    (B) keras

    (C) tajam

    (D) tumpul

    (Aras Aplikasi)

    6 Ibu memasukkan sedikit serbuk _____________ ke dalam masakannya.

    (A) terasa

    (B) berasa

    (C) perasa

    (D) perasaan

    (Aras Aplikasi)

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    28/40

    28

    Soalan 7

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    7 i. Dia ialah seorang yang kuat makan.

    ii. Siti menjerit kuat hatinya apabila digigit seekor lintah.

    iii. Masyarakat Melayu masih berpegang kuat dengan tradisilama.

    iv. Nelayan itu bekerja kuat untuk menyara keluarganya yang

    besar.

    (A) i dan ii

    (B) i dan iv

    (C) i, ii, dan iv

    (D) ii,ii dan iv

    (Aras Analisis

    Soalan 8

    Berdasarkan ayat-ayat di bawah, pilih jawapan yang mengandungi jawapan

    yang mengandungi ayat tunggal.

    8 i Polis dan tentera sedang berlatih

    ii Dia membaca buku di bilik bacaan

    iii Abang membeli beberapa cucuk sate

    iv Kamu mahu membeli jagung atau tembikai.

    (A) i dan ii

    (B) ii dan iii

    (C) ii dan iv

    (D) iii dan iv

    (Aras Analisis)

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    29/40

    29

    Soalan 9 berdasarkan petikan di bawah

    9 Berdasarkan ayat penyataan di atas , peribahasa yang sesuai untuk

    mengelaskan pernyataan tersebut ialah

    (A) Melentur buluh biar dari rebungnya.

    (B) Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

    (C) Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

    (D) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.(Aras Sintesis)

    Soalan 10 berdasarkan petian di bawah.

    10 Berdasarkan ayat-ayat di atas, apakah jenis kata yang sesuai bagi

    mengelaskan ayat-ayat tersebut.

    (A) Kata seru

    (B) Kata tanya

    (C) Kata perintah

    (D) Kata penguat

    ( Aras Sintesis)

    Perompak yang bersenjata api itu akhirnya dapat juga diberkas oleh

    pihak polis. Benar kata pepatah

    Amboi, comelnya bayi itu!

    Aduh, sakitnya kakiku!

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    30/40

    30

    Soalan 11

    Pilih jawapan yangpaling sesuai bagi soalan yang berikut.

    11 Mengapakah kamu tidak menelefon Alia?

    (A) Telefon saya telah di pinjam kepadanya.(B) Saya tidak mempunyai nombotr telefonnya.

    (C) Alia telah membeli sebuah telefon baru kelmarin.

    (D) Rumah Alia terletak di sebelah rumah saya.

    (Aras Penilaian)

    Soalan 12

    Pilih ayat yangsama maksud dengan ayat yang diberi.

    12 Guru meminta semua murid tidak meniru.

    (A) Kata guru,semua murid diminta meniru.

    (B) Kata guru,semua murid sedang meniru.

    (C) Kata guru,semua murid diminta jangan meniru.

    (D) Kata guru,semua murid diminta meniru murid.

    (Aras Penilaian)

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    31/40

    31

    BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF

    Soalan 1- 3

    Baca pantun dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut

    Pulau Pandan jauh ketengah,

    Gunung Daik bercabang tiga,

    Hancur badan di kandung tanah,

    Budi yang baik dikenang juga.

    Anak ayam turun sepuluh,

    Mati seekor tinggal Sembilan

    Bangun pagi sembahyang subuh,

    Minta doa kepada tuhan.

    Pisang emas di bawa berlayar,

    Masak sebiji dia atas peti,

    Hutang emas dibawa berlayar,Hutang budi di bawa mati.

    Buah cempaka di luar pagar,

    Ambil galah tolong jolokkan,

    Kami budak baru belajar,

    Kalau salah tolong tunjukkan.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    32/40

    32

    1. Berdasarkan pantun di atas, nyatakan jenis pantun tersebut ?

    ______________________________________________________

    ( 1Markah )

    (Aras Pengetahuan)

    2. Terjemahkan makna ayat pada baris yang berbunyi Budi yang baik

    dikenang juga.

    ______________________________________________________

    ______________________________________________________

    (2 Markah)(Aras Kefahaman)

    3. Terangkan tiga cara menjadi insan yang mulia berdasarkan pantun

    nasihat di atas?

    (i) ______________________________

    (ii) ______________________________

    (ii) ______________________________

    ( 3 Markah)

    (Aras Aplikasi)

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    33/40

    33

    BAHAGIAN C : SOALAN ESSEI

    Bahagian C- 1 [ masa yang dicadangkan :15 minit ]

    [ 10 markah ]

    1 Tulis lima ayat yang lengkap tentang punca yang boleh menyebabkan

    berlakunya kejadian banjir seperti di atas?

    __________________________________________________________

    __________________________________________________________

    __________________________________________________________

    __________________________________________________________

    __________________________________________________________

    (Aras Analisis)

    10

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    34/40

    34

    Bahagian C- 2 [ masa yang dicadangkan :20 minit ]

    [ 15 markah ]

    2 Sambungkan ayat di bawah supaya menjadi sebuah karangan yang

    panjangnya tidak lebih daripada 80 patah perkataan

    Pada hari ini, aku baru pulang dari sekolah. Apabila samapi di pertengahan

    jalan, hujan turun dengan lebatnya. Tiba-tiba

    (Mulakan karangan anda dengan Tiba-tiba.)

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    (Aras Sintesis)

    15

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    35/40

    35

    Bahagian C- 3 [ masa yang dicadangkan: 15 minit ]

    [ 20 markah ]

    3 Hasilkan karangan berdasarkan soalan dibawah. Panjang karangan tidakmelebihi daripada 125 patah perkataan.

    Membaca buku jambatan ilmu. Cogan kata ini menunjukkan betapapentingnya amalan membaca untuk menjadi seorang yang berilmupengetahuan.

    Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menanam sikap suka

    membaca dalam kalangan murid-murid pada hari ini.

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    (Aras penilaian)

    20

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    36/40

    36

    PENUTUP

    Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan

    seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu

    proses pendidikan.

    Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam

    proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,

    merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran

    seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses

    untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam

    sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara

    berterusan.

    Bidang pentaksiran terbahagi kepada kebolehan pembelajaran asas,

    kemahiran sosial dan tingkah laku, kemahiran lisan, bacaan, menulis, dan juga

    matematik. Komponen-komponen yang terkandung di dalam kebolehan

    pembelajaran asas adalah komponen pengamatan yang terbahagi kepada

    penglihatan, pendengaran, kinestatik, taktil dan haptic, konsepsualisasi dan

    organisasi dan juga komponen kepantasan pemprosesan maklumat.

    Secara ringkasnya, pentaksiran ini merupakan antara proses yang boleh

    digunakan oleh guru untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang

    dalam pembelajaran di samping menilai aktiviti yang dijalankan semasa

    pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran juga penting bagi seorang guru

    mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

    pembelajaran untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran seterusnya

    merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik

    bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Selain itu, pentaksiran jugamemberi peluang kepada guru untuk cuba melibatkan semua atau sebahagian

    besar murid dalam kelas secara efektif dan seterusnya merancang dan

    melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    37/40

    37

    REFLEKSI

    Nama : Solehah binti Ibrahim

    Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana

    dengan berkatnya saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Pentaksiran

    Bahasa Melayu (PBM) ini dengan jayanya bersama rakan sekumulan saya,

    Cristy Maikol dan Syarifah Azreen. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan

    terima kasih kepada semua pensyarah PBM, terutamanya En. Azaha bin

    Ibrahim. Tidak lupa juga kepada semua rakan yang banyak membantu

    kumpulan saya.

    Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, banyak cabaran dan dugaan

    yang telah saya tempuhi bersama rakan. Namun, semua cabaran dan dugaan

    tersebut dapat kami atasi berkat kesabaran, kerjasama serta usaha padu saya

    dan rakan. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan sekumpulan saya atas

    usaha padu dan kerjasama yang telah diberikan.

    Berkaitan tugasan ini pula, saya dapat memahami pentaksiran dengan

    lebih jelas lagi. Peluang menganalisis aras soalan bersama rakan membantu

    saya memahami dan mengenalpasti aras- aras soalan. Selain itu, saya

    berpeluang membina soalan yang sesuai untuk murid darjah 6 berdasarkan

    aras Taksonomi Bloom. Pengalaman dan pengetahuan ini amat berharga bagi

    saya bukan sahaja pada hari ini tapi pada masa akan datang.

    Hasil daripada tugasan ini, saya menyedari bahawa topik pentaksiran

    amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Topik ini akan membantu

    guru menganalisis hasil pembelajaran murid seterusnya dapat merancang

    pembelajaran yang lebih sistematik untuk memaksimumkan hasil

    pembelajaran.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    38/40

    38

    RELFEKSI

    Nama : Nabiha binti Nordin

    Saya pelajar PISMP semester 4 PEM(BM)/ MT bersyukur kerana dapat

    menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya mengikut ketetapan masa yang

    dikehendaki.Pada mulanya, saya berasa tugasan ini amat sukar kerana banyak

    perkaraperkara baru yang saya perlu diterokai dan dipelajari dalam

    Pentaksiran Dalam Bahasa Melayu disamping kekangan masa dalam

    menyiapkan tugasan lain pada masa yang sama. Namun begitu, selepas

    mendapat bahan rujukan dari pusat sumber, bimbingan pensyarah dan rakan-

    rakan, tugasan ini dapat diselesaikan dengan lebih mudah.

    Walaubagaimanapun, semasa membuat tugasan ini, banyak perkara

    yang menarik ditemui seperti dalam membina soalan-soalan berdasarkan 6

    Aras Taksonomi Bloom yang sangat mencabar dan boleh diaplikasikan dalam

    kehidupan pada masa akan datang terutamanya dalam profesion perguruan

    yang bakal saya tempuhi setelah tamat pengajian sebagai guru pelatih. Kerja

    kursus ini juga telah mengajar saya berfikiran secara kritis dan kreatif dalam

    pencipta pandangan sendiri dari sudut pendidikan untuk menyalurkannya

    dalam bentuk soalan yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak di sekolah

    rendah.

    Selain itu, semasa saya membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) barulah

    saya mengetahui bahawa sebenarnya bukan mudah untuk menentukan

    sesuatu aras dalam membina soalan bagi sesuatu subjek. Kita perlulah

    mengikut silibus serta merujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran agar JSU yang

    dibina bersesuaian dan releven untuk dibina. Bagi saya, pengalaman membina

    JSU amatlah berharga kerana sebelum ini saya hanya tahu menjawab soalan

    sahaja tetapi tidak mengetahui bagaimanakan soalan dibuat. Walaupun

    prosesnya agak rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi, tetapi setelah

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    39/40

    39

    JSU telah siap dibina, saya berasa amat seronok dan tidak serik untuk

    membuatnya lagi.

    Apa yang lebih menggembirakan, kini, apabila saya membaca sesuatu

    soalan, saya sudah tahu aras soalan tersebut dan ianya telah memudahkah diri

    saya dalam proses membuat jawapan. Sebagai contoh, sekiranya saya

    bertemu dengan soalan yang ringkas seperti soalan aras pengetahuan, saya

    tidak perlu memberi jawapan bersertakan huraian kerana bagi soalan aras

    soalan seperti ini tidak memerlukan huraian tetapi hanya memerlukan jawapan

    seperti konsep, makna dan sebagainya mengikut ketetapan soalan.

    Akhir kata, tugasan ini amat sesuai dilakukan oleh guru pelatih seperti

    saya kerana banyak perkara yang boleh diikuti dan diaplikasikan dalam

    kehidupan sebagai seorang guru kelak.

    Sekian ,terima kasih.

  • 8/7/2019 fUlL of pEntAksirn

    40/40

    RUJUKAN

    Ahmad Rafaai Ayudin (1994). Kaedah Pengajaran Berkesan. Kuala

    Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood

    (2008). Tatabahasa Dewan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka

    Juriah Long, Raminah Hj Sabran, Sofia Hamid (1990). Perkaedahan

    Pengajaran Bahasa Malaysia. Selangor : Fajar Bakti Sdn.bhd.

    Pusat Perkembangan Kukurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

    (2003). Huraian Sukatan pelajaran Bahasa melayu SK Tahun 2: Kuala

    Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.

    http://azizeeamin-bmm.blogspot.com/

    file:///C:/Users/user/Documents/bmm%20en%20rosli/tajuk-5-jenis-jenis-penilaian-

    bahasa.html

    file:///C:/Users/user/Documents/bmm%20en%20rosli/minggu-2-1112-januari-tajuk-2-

    taksonomi.html

    file:///C:/Users/user/Documents/NOTA%20PENTAKSIRAN/nota%20bm.htm