pppmsejarahtingkatan3

Upload: shahrizan-mohd-sapie

Post on 17-Oct-2015

3.100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PBS SEJARAH T3 2014

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH

    TINGKATAN 3

  • SEJARAH TINGKATAN 3

    2

    MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

    OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

    Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid: OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat

    serta mampu berdikari. OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan

    mempertahankan maruah bangsa. OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara. OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa. OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan. OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni. OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

  • SEJARAH TINGKATAN 3

    3

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mempunyai pengetahuan yang terhad tentang fakta sejarah .

    2 Memahami dan berupaya menjelaskan fakta sejarah.

    3 Menghuraikan fakta sejarah dan serta berupaya membuat rumusan yang mudah.

    4 Menunjukkan penguasaan yang menyeluruh terhadap fakta sejarah serta berupaya menganalisis fakta sejarah. Mengaplikasi kemahiran sejarah dan berupaya membuat rumusan yang bersesuaian dengan peristiwa sejarah.

    5 Membuat penilaian terhadap fakta sejarah negara dan dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

    6 Berupaya mengemukakan idea yang bernas dan rasional untuk menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara.

  • SEJARAH TINGKATAN 3

    4

    TEMA BAND DESKRIPTOR

    PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH

    KEMERDEKAAN

    TANAH AIR

    1

    Menyatakan maklumat secara ringkas berkaitan dengan:

    faktor British memperkenalkan Malayan Union

    keganasan Komunis di Tanah Melayu

    usaha ke arah mencapai perpaduan kaum

    faktor penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British

    2

    Menerangkan dengan jelas tentang:

    dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dalam aspek ekonomi, politik dan sosial.

    sebab orang Melayu menentang Malayan Union

    langkah British membanteras ancaman komunis pada zaman darurat

    usaha kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri di Tanah Melayu

    3

    Menghurai dan membuat rumusan mudah berserta contoh yang sesuai:

    kesan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dalam aspek ekonomi, politik dan sosial

    kesan zaman darurat dari aspek politik, ekonomi dan sosial

    usaha untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air secara kronologi

    4

    Mengenal pasti persamaan dan perbezaan secara sistematik serta membuat rumusan yang sesuai berkaitan dengan cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union dengan gerakan anti penyerahan Sarawak. Menganalisis kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu serta membuat rumusan yang sesuai.

    5

    Membuat penilaian yang berkaitan cara pemimpin Tanah Melayu mendapat kemerdekaan negara daripada British berdasarkan pelbagai sumber. Menganalisis iktibar yang diperoleh daripada peristiwa darurat daripada pelbagai aspek.

    6 Memberi pendapat yang bernas dan rasional tentang peranan warganegara untuk mengisi kemerdekaan agar negara gah di persada dunia.

  • SEJARAH TINGKATAN 3

    5

    TEMA BAND DESKRIPTOR

    PEMBENTUKAN

    PERSEKUTUAN

    MALAYSIA

    1

    Menyatakan beberapa tokoh yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

    2

    Menerangkan dengan jelas tentang matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia.

    3 Menghurai dan membuat rumusan mudah berserta contoh yang sesuai berkaitan langkah ke arah

    pembentukan Persekutuan Malaysia.

    4 Menganalisis reaksi terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia serta membuat rumusan yang

    sesuai.

    5 Membuat penilaian berkaitan tindakan pemimpin negara dalam menghadapi cabaran pembentukan Malaysia berdasarkan pelbagai sumber.

    6 Memberi pendapat yang bernas dan rasional untuk menjadi warganegara Malaysia yang boleh hidup bersama dengan aman dan harmoni.