abahasa_muzik1

10
1 BAHASA MUZIK PENGENALAN Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membaw a kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. 1. KONSEP-KONSEP MUZIK 1. Irama, melodi dan ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti. 2. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di baw ah konsep-konsep utama tersebut. Konsep Utama Konsep Berkaitan Irama Det ik Meter Tekanan Tempo Corak irama Tempoh masa (Nilai not) Melodi Pic Skel Frasa Har moni Warna ton Tekstur Bentuk Ekspresi Mud Dinamik http://bahandidik.blogspot.com

Upload: sureshmathi78

Post on 15-Apr-2016

217 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

use

TRANSCRIPT

Page 1: abahasa_muzik1

1

BAHASA MUZIK

PENGENALAN

Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara

yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik,

konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik,

dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara

tersebut seterusnya membaw a kepada kemahiran membaca, menulis,

menganalisis dan menilai karya muzik.

1. KONSEP-KONSEP MUZIK

1. Irama, melodi dan ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti.

2. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di baw ah

konsep-konsep utama tersebut.

Konsep Utama

Konsep Berkaitan

Irama

Detik Meter Tekanan Tempo Corak irama Tempoh masa (Nilai not)

Melodi

Pic Skel Frasa Harmoni Warna ton Tekstur Bentuk

Ekspresi

Mud Dinamik

http://bahandidik.blogspot.com

Page 2: abahasa_muzik1

2

1.1 IRAMA Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan

tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

1.1.1 Detik

Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan

berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik.

Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik

seperti dalam carta 1, 2 dan 3.

1.1.2 Meter

Secara konvensionalnya, detik dihimpukan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan

seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.

Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan

dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar.

Angka di sebelah baw ah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik

berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya.

Meter diklasif ikasikan meter lazim dan meter tak lazim

(a) Meter lazim

Meter , dan dikenali sebagai meter lazim.

Dalam meter lazim duaan , setiap bar mengandungi dua detik krocet ( q ).

Setiap detik krocet bersamaan dengan nilai dua kuaver ( ).

2 3 4 6 3 2 4 4 4 4 8 8 2 2

2 4

3 4

4 4

2 4

q = e e

http://bahandidik.blogspot.com

Page 3: abahasa_muzik1

3

(b) Meter Tak Lazim

Meter merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik mempunyai

persamaan nilai masa tiga kuaver. Dalam sesuatu bar terdapat dua detik

asas yang dinotasikan sebagai Setiap krocet bertitik ( ) mew akili tiga

kuaver ( ). Contoh:

1.1.3 Tekanan

Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali

terdapatdetik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan

yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu

diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ̂ dan > ) digunakan

sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.

Contoh:

1.1.4 Tempo

Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah

lagu. Sesetengah lagu boleg dicipta dalam tempo cepat, lambat atau

sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti

Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk

digit mengikut sukatan metronome dan ditulis seperti berikut:

= 114 ;

= 80 ;

= 60

6 8

q . q . q . e e e

q q . h

http://bahandidik.blogspot.com

Page 4: abahasa_muzik1

4

1.1.5 Corak Irama

Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun

menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata.

Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai

panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik

yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.

Contoh :

Pengumpulan not mengikut nilai perlu difahami bagi kekeliruan antara meter

seperti dan .

( a ) Corak Irama Rentak

Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk

mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identit i kepada sesebuah

lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau

dan Joget. Beberapa contoh corak irama rentak tersebut adalah seperti

berikut :

i) Rentak Mac

atau

ii) Rentak Waltz

3 4

6 8

http://bahandidik.blogspot.com

Page 5: abahasa_muzik1

5

iii) Rentak Inang

iv) Rentak Masri

v) Rentak Zapin

vi) Rentak Joget

vii) Rentak Sumazau

( b ) Corak Irama Ostinato

Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental

berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai ir ingan dan

harmoni.

http://bahandidik.blogspot.com

Page 6: abahasa_muzik1

6

1.1.6 Tempoh Masa Dan Nilai Not

Panjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk

seperti . Masa senyap ( period of silence ) dilambangkan

dengan tanda rehat pelbagai bentuk seperti

Carta 1

Nama not

Lambang Not Lambang Rehat

Persamaan Nilai Krocet

Semibrif

4 krocet

Minim

2 krocet

Krocet

1 krocet

Kuaver

½ krocet

Nilai sesuatu not dapat dipanjangkan dengan meletakkan satu tit ik di tepi not tersebut.

Tit ik tersebut mew akili separuh daripada not asal.

Carta 2

Nama not

Lambang Not

Lambang Rehat

Persamaan Nilai

Krocet

Minim bertitik h

3 Krocet

Krocet bertitik q .

1½ krocet

x e q h w gw

h

e q

.

http://bahandidik.blogspot.com

Page 7: abahasa_muzik1

7

Perkaitan nilai antara not dan tanda rehat dapat dilihat secara grafik seperti berikut.

Carta 3

Not & Tanda

Rehat

Perbandingan Nilai Masa

w

h

q

e

Ikon boleh digunakan untuk mew akili not dan tanda rehat.

Contoh: boleh diw akili lambang

boleh diw akili lambang

1.2 MELODI

Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun

atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek

yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic

dan not diubah.

Contoh melodi:

Lenggang Kangkung

h q

4 bit

2 bit

1 bit

1bit 2

http://bahandidik.blogspot.com

Page 8: abahasa_muzik1

8

1.2.1 Pic Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah.

Contoh:

Pic rendah Pic tinggi

Pic bergerak secara bertangga, melompat dan mendatar.

(i) Pergerakan bertangga

1.2.2 Skel

Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun

mengikut jeda tertentu dan mew ujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam

muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major

dan skel minor (harmonik).

(i) Skel Major menaik

(ii) Skel minor menaik

q Q

(iii) Pergerakan mendatar

(ii) Pergerakan melompat

&

http://bahandidik.blogspot.com

Page 9: abahasa_muzik1

9

1.2.3 Frasa Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik

yang signif ikan atau satu keratan lagu. Dalam penulisan skor muzik, frasa

ditanda dengan simbol berikut:

Contoh:

1.2.4 Harmoni

Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau

lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melodi yang terdiri

daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan

ostinato.

Contoh :

1.2.5 Warna ton Warna ton merupakan karekter atau kualit i bunyi yang dihasilkan oleh

sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan.

Contoh :

i) Dram bes - bunyi berat ii) Kastanet - bunyi ringan

http://bahandidik.blogspot.com

Page 10: abahasa_muzik1

10

1.2.6 Tekstur

Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam

sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada

bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

1.2.7 Bentuk

Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik.

Segmen muzik ini boleh terdir i daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-

segmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk

sesebuah karya muzik.

1.3 EKSPRESI

Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan f ikiran yang ditonjolkan

oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan f ikiran ini dapat

disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

1.3.1 Mud

Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu

dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud

lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.

1.3.2 Dinamik

Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang

dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat

dan istilah seperti beransur lembut ( ) dan beransur kuat

( ).

http://bahandidik.blogspot.com