asaskomputer-bahagian4

Upload: lienassk

Post on 28-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    1/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 1 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    KandunganSistem Pengendalian Komputer .............................................................................................................. 2

    Fungsi Sistem Pengendalian ................................................................................................................. 3

    Kuiz ................................................................................................................................................................ 6

    Antara Muka Windows 8 ........................................................................................................................ 7

    Kuiz .............................................................................................................................................................. 10

    Skrin Mula Windows 8 .......................................................................................................................... 11

    Kuiz .............................................................................................................................................................. 15

    Tahniah ....................................................................................................................................................... 16

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    2/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 2 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Sistem

    PengendalianKomputer

    Sistem Pengendalian Komputer

    Sistem pengendalian melaksanakan empat fungsi utama. Ia mengurus dan mengawal

    perkakasan yang disambungkan kepada komputer. Ia membantu aplikasi lain yang

    berjalan pada komputer untuk menggunakan perkakasan. Ia membantu anda menyusun

    dan mengurus fail dan folder pada komputer. Ia menyediakan antara muka pengguna

    yang membolehkan anda berinteraksi dengan perkakasan, sistem pengendalian itu

    sendiri dan aplikasi lain.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    3/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 3 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Fungsi Sistem Pengendalian

    Sistem pengendalian mengawal cara

    aplikasi bekerja antara satu sama lain

    dan cara aplikasi berinteraksi dengan

    perkakasan komputer. Ia juga

    mewujudkan sistem fail yang

    menentukan cara data anda disimpan

    dalam peranti storan.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    4/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 4 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Fungsi sistem pengendalian

    Komputer anda dilengkapi sistem yangmembolehkan anda berinteraksi dengan

    program dan fail anda dengan

    memberikan arahan untuk

    menyelesaikan tugas.

    Ini dilakukan menerusi antara muka

    pengguna sistem. Pada masa kini,

    sistem lebih mudah dikemudi

    berbanding sebelum ini disebabkan

    oleh jubin (tiles)yang dipermudah, serta

    ikon dan grafik yang mengakses

    program dan tugas dengan hanya

    mengklik tetikus atau memetik jari.

    Sistemjuga menyediakan utiliti untuk

    menambah sambungan Wi-Fi,

    mengurus ruang dalam cakera keras,

    serta membuat sandaran (backup) fail,

    muzik dan gambar secara automatik.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    5/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 5 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Program berkomunikasi dengan sistem,

    yang seterusnya bekerja dengan CPU

    komputer anda atau perkakasan lainuntuk menyelesaikan tugas dengan

    cepat.

    Sistem pengendalian juga

    membolehkan anda melindungi dataperibadi anda dengan menyediakan

    kawalan pengesahan pengguna. Ini

    biasanya melibatkan penciptaan nama

    pengguna dan kata laluan yang

    mengehadkan akses kepada orang yang

    diberi kebenaran untuk menggunakan

    komputer anda.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    6/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 6 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Kuiz

    Sistem pengendalian mengawal cara aplikasi bekerja antara satu sama lain.o Betul

    o Salah

    Menambah sambungan Wi-Fi, mengurus ruang cakera keras, dan sandaran automatik

    ialah contoh

    o Sistem Pengendalian

    o Utiliti

    o Antara Muka Pengguna

    o Pengesahan

    Jawapan

    #1 Betul. Sistem pengendalian mengawal cara aplikasi bekerja antara satu sama lain.

    #2 Sistem pengendalian menyediakan utiliti seperti menambah sambungan Wi-Fi,

    mengurus ruang cakera keras, dan sandaran automatik.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    7/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 7 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Antara Muka Windows 8

    Antara muka untuk Windows 8

    termasuk peningkatan prestasi dan

    peningkatan keselamatan.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    8/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 8 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Antara muka Windows 8

    Sistem pengendalian Windows 8

    menjadikan antara muka komputer andalebih mudah berbanding sebelum ini.

    Contoh dalam kursus ini menunjukkan

    antara muka Windows 8.1. Jika anda

    menggunakan versi Windows 8 yang lain,

    antara muka akan kelihatan serupa.

    Permulaan skrin dipenuhi dengan jubinyang memaparkan maklumat dan

    pelancaran aplikasi yang dipasang pada

    komputer anda. Sebagai contoh, anda

    boleh memuat turun filem dengan

    mengklik jubin Videountuk membuka

    aplikasi XBox Video.

    Anda boleh menyesuaikan jubin

    mengikut pilihan anda sendiri dengan

    menjadikannya lebih kecil bagi aplikasi

    yang jarang anda lancarkan dan lebih

    besar bagi aplikasi yang kerap anda

    gunakan.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    9/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 9 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Dengan meletakkan tetikus anda pada

    sudut kanan atas atau bawah skrin, anda

    boleh mengakses bar tugas. Ini akan

    memberi anda akses kepada pilihanSearch(Cari), Share(Kongsi), Start

    (Mula), Devices(Peranti) dan Setting

    (Seting).

    Dari skrin Mula, anda membuka desktop

    dengan mengklik jubin Desktop. Padadesktop, anda membuka skrin Mula

    dengan mengklik butang Muladi sudut

    kiri bawah.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    10/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 10 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Kuiz

    Antara yang berikut, yang manakah boleh anda lakukan dengan jubin Livepada skrinMula Windows 8?

    o Menukar susunan jubin Live

    o Menukar saiz jubin Live

    o Membuang jubin Live

    o Kesemua di atas

    Bagaimanakah anda memaparkan butang capaian Windows dengan menggunakan

    tetikus?

    o Anda tidak boleh mengakses butang capaian dengan tetikus anda

    o Meletakkan tetikus anda di penjuru kanan atas atau kanan sebelah bawah skrin

    o Mengklik kanan

    Jawapan

    #1 Anda boleh mengubah susunan atau saiz jubin pada skrin Mula Windows 8, atau

    membuangnya.

    #2 Tuju pada penjuru atas kanan atau kanan sebelah bawah skrin untuk memaparkan

    charms.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    11/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 11 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Skrin Mula Windows 8

    Skrin permulaan Windows 8.1 membolehkan tahap pemperibadian (personalization)

    baharu. Pada skrin permulaan, anda akan dapat menyesuaikan keutamaan peribadi

    anda sendiri. Anda boleh pin aplikasi kegemaran anda, laman web, rakan-rakan, faildan folder pada skrin permulaan. Anda juga boleh mengubah latar belakang dan

    warna mengikut kehendak anda.

    Memperibadikan

    latar belakang

    desktopanda.

    Skrin permulaan membolehkan anda membuat penyesuaian dengan

    cara yang lebih anda gemari. Anda boleh mengubah tema, warna latar

    belakang, warna aksen dan gerakan latar belakang skrin permulaan.

    Bagi memperibadikan komputer anda, anda mesti mengakses butang

    capaian. Anda boleh mendapatkan butang capaian dengan

    menggerakkan kursor anda ke sudut kanan atas atau sudut kanan

    bawah skrin. Butang capaian akan memaparkan lima seting yang

    berbeza: Search (Cari), Share (Kongsi), Start (Mula), Devices (Peranti)dan Setting(Seting). Klik Setting, kemudian klik Personalize. Kini,

    anda akan dapat melihat tab Personalizeyang membolehkan anda

    memilih daripada tema, warna latar belakang dan warna aksen yang

    berbeza.

    Menambah

    aplikasi

    Apabila menambah aplikasi, sistem pengendalian Microsoft Windows

    8.1 biasanya akan mewujudkan satu jubin pada skrin Mula. Dalam

    sesetengah kes, anda perlu menambah sendiri jubin tersebut. Bagi

    menambah jubin, anda mesti berada pada Skrin Mula Windows 8, dan

    kemudian klik kiri pada butang All Appsyang terletak di sudut kanan

    bawah. Butang All Appsakan mendedahkan senarai semua aplikasiyang dipasang. Alihkan kursor anda ke aplikasi yang anda ingin

    munculkan pada skrin Mula, dan kemudian klik kanan pada aplikasi

    tersebut. Panel akan muncul di bahagian bawah, memberi anda pilihan

    yang berbeza. Pilihan ini termasuk: Pin to Start(Pin pada Mula), Pin to

    taskbar(Pin pada bar tugas), Open new window (Buka tetingkap

    baharu), Run as administators (Jalankan sebagai pentadbir), dan Open

    file location (Buka lokasi fail). Klik Pin to Start. Sekarang, aplikasi yang

    dipilih akan ditambah pada skrin Mula. Setelah anda menambah

    aplikasi, anda akan dibawa kembali ke skrin Mula secara automatik

    untuk melihat lokasi senarai aplikasi baharu.

    Menyusun jubin Sekarang, anda mungkin mahu menyusun jubin pada Skrin Mula anda.Anda boleh menyusun jubin ke dalam kategori tertentu, bergantung

    pada tujuannya atau mengikut kehendak anda. Bagi menggerakkan

    jubin, anda mesti mengklik pada jubin tertentu dan jangan lepaskan.

    Sekarang, anda dapat mengheret jubin ke mana-mana bahagian skrin.

    Untuk menyusun pelbagai jubin ke dalam satu kumpulan, anda perlu

    mengheret satu jubin ke ruang terbuka. Apabila bar kelabu muncul,

    lepaskan jubin tersebut. Anda boleh mula mengheret lebih banyak jubin

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    12/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 12 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    ke dalam kumpulan itu. Satu lagi cara untuk membuat kumpulan adalah

    dengan mengklik kanan pada semua aplikasi (atau jubin) yang anda

    mahu kumpulkan. Selepas mengklik kanan pada jubin yang anda mahu

    kumpulkan, anda perlu mengklik kiri pada salah satu jubin yang dipilih

    dan menggerakkannya ke lokasi yang dikehendaki.

    Mengubah saiz

    jubin

    Satu lagi cara untuk memperibadikan skrin Mula anda adalah dengan

    mengubah saiz jubin pada skrin Mula. Windows 8.1 menawarkan empat

    saiz: kecil, sederhana, lebar dan besar. Anda boleh mengeset aplikasi

    kegemaran anda atau aplikasi yang paling banyak digunakan, laman

    web, rakan-rakan, fail dan folder pada skrin permulaan anda. Dengan

    cara ini, anda boleh mengaksesnya dengan mudah. Setelah semua

    aplikasi yang anda inginkan berada di tempat yang betul pada Skrin

    Mula, anda akan dapat mengubah saiz jubin. Bagi mengubah saiz jubin,

    anda perlu mengklik kanan pada aplikasi yang saiznya anda ingin ubah.

    Panel akan muncul di bahagian bawah skrin anda, memberi anda

    pilihan yang berbeza. Pilihan ini mungkin termasuk Unpin from Start,

    Uninstall, Resizedan Turn live tile off. Klik butang Resize. Ia akanmemberi anda pilihan untuk menukar semula saiz jubin anda, iaitu kecil,

    sederhana, lebar dan besar. Beberapa pilihan ini tidak akan muncul,

    bergantung pada aplikasi itu.

    Mengunakan

    beberapa aplikasi

    Anda mungkin mahu menggunakan pelbagai aplikasi pada satu-satu

    masa. Windows 8.1 membolehkan anda menggunakan sehingga empat

    aplikasi, bergantung pada resolusi skrin anda. Semasa menjalankan

    aplikasi ini, anda boleh mengambil gambarnya, maknanya, anda boleh

    melaraskan saiz setiap aplikasi yang dipaparkan pada skrin. Sebagai

    contoh, kini anda boleh membuka e-mel sambil menonton video, dan

    menyiapkan tugasan kerja. Ini menjadikan banyak tugas dapatdilaksanakan dengan lebih mudah.

    Menukar gambar

    akaun anda

    Di sudut kanan atas, anda mungkin melihat nama akaun anda dan

    gambar akaun asas. Anda boleh menyesuaikannya untuk mengisi

    maklumat peribadi anda. Bagi menukar gambar anda, klik kanan pada

    nama atau ikon gambar asas anda, ia akan memberikan pilihan seperti:

    change account picture (tukar gambar akaun), lock(kunci), sign out

    (log keluar) dan switch account(tukar akaun). Jika terdapat beberapa

    log masuk akaun yang didaftarkan, anda akan diberi pilihan untuk log

    masuk akaun yang anda mahu. Anda akan dibawa kembali ke menu

    Akaun anda. Di sini, anda akan diberi pilihan untuk menyambung ke

    akaun Microsoft anda, menukar gambar akaun, atau membuat gambarakaun. Di bawah seksyen Account picture(Gambar akaun), sepatutnya

    terdapat pilihan yang dipanggil Browse(Semak seimbas). Jika anda

    menyimpan gambar dalam PC anda, anda boleh mencarinya dengan

    menggunakanBrowse. Sebaik sahaja anda mengklik Browse, folder

    gambar anda akan dipaparkan secara automatik. Klik gambar yang

    dikehendaki, atau cari gambar yang anda mahu dalam folder lain.

    Selepas menemui gambar yang anda ingin gunakan, klik Choose

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    13/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 13 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    image (Pilih imej). Anda juga boleh membuat gambar akaun di bawah

    seksyen yang dipanggil Create an account picture (Buat gambar

    akaun). Ia memberi anda pilihan Camera (Kamera) dan People

    (Orang). Pilihan Cameradigunakan apabila terdapat kamera web

    dipasang pada komputer anda. Anda boleh membuat gambar akaun

    dengan mudah seperti ini atau anda juga boleh membuat video untuk

    digunakan selain gambar. Untuk melakukannya, tekan pilihan Camera;

    anda akan dibawa ke aplikasi kamera yang dipasang. Ini membolehkan

    anda mengambil gambar atau merakam video yang kemudiannya akan

    menghasilkan gambar asas anda. Pilihan Peoplemembolehkan anda

    menyelaraskan gambar anda dan semua maklumat lain daripada akaun

    Microsoft anda.

    Menggunakan

    butang capaian

    Search

    Butang capaian Searchdisediakan dalam Windows 8.1. Butang ini

    memberikan hasil carian global yang berkuasa dalam Binguntuk

    mencari jawapan terbaik bagi pertanyaan anda. Ia mencari dalam PC

    setempat dengan menggunakan aplikasi, seting dan fail, dan kemudian,

    ia memberi anda carian dari World Wide Web (WWW)jika andadisambungkan ke Internet.Kini, anda dapat membuat carian di Internet

    tanpa perlu membuka pelayar (browser). Microsoft 8.1 versi Biru (Blue)

    telah menambah ciri ini untuk menyelesaikan sesuatu dengan lebih

    mudah dan cepat. Sebagai contoh, kini anda boleh mencari kumpulan

    artis kegemaran anda, dan capaian Searches akan memberikan

    maklumat tentang diri mereka, album, lagu, nama album, imej, video

    dan laman web yang berbeza yang mempunyai istilah carian anda. Bagi

    mengakses capaian Searches, anda boleh mengklik kekunci Windows

    + F atau menggerakkan kursor anda ke sudut kanan atas atau bawah.

    Anda akan dapat melihat butang capaian anda; klik pada capaian

    Searches.

    Butang Start Salah satu ciri utama yang dibawa balik oleh Microsoft dalam Windows8.1 ialah butang Start. Anda boleh mengakses skrin Mula dengan cepat

    dengan menggerakkan kursor anda ke sudut kiri bawah skrin dalam

    Windows 8.1 atau dengan mengklik ikon Windows yang terletak pada

    papan kekunci anda. Apabila anda mengklik kanan pada butang Start,

    anda akan dapat melihat seting PC. Windows 8.1 menawarkan ciri

    Settingsyang telah dikemaskinikan. Ini bermakna, anda tidak perlu

    pergi ke Control Panel (Panel Kawalan). Anda mempunyai akses

    kepada Application and Features( Aplikasi dan Ciri), Power Options

    (Pilihan Kuasa), System(Sistem), Task Manager(Pengurus Tugas),

    Computer Management(Pengurusan Komputer), Search(Cari), ShutDown(Tutup) dan sebagainya. Apabila anda mempunyai satu aplikasi

    yang terbuka, tindakan mengklik butang Start membolehkan anda

    kembali ke skrin Mula.

    Windows 8.1 menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk

    mengakses aplikasi anda dari skrin Mula. Anda boleh memilih untuk

    mencari aplikasi ini secara terus dari desktopatau dari skrin Mula yang

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    14/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 14 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    berbeza. Anda boleh menukar skrin Mula Windows 8.1 dengan pergi ke

    desktop. Untuk pergi ke desktop, tekan aplikasi yang tertera Desktop

    atau anda boleh mencarinya melalui Apps. Sebaik sahaja anda berada

    pada skrin desktop, klik kanan pada bar tugas Windows 8.1, dan

    kemudian pilih Properties. Klik pada tab Navigation(Navigasi),

    kemudian di bawah seksyen skrin Mula, anda boleh melihat pilihan

    yang boleh anda pilih. Pilihan ini lazimnya merangkumi: Go to the

    desktop instead of Start when I sign in (Pergi ke desktopdan bukannya

    Mula apabila saya log masuk), Show my desktop background on Start

    (Tunjukkan latar belakang desktopsaya pada Mula), Always show Start

    on my main display when I press the Windows logo key(Sentiasa

    tunjukkan Mula pada paparan utama saya apabila saya menekan

    kekunci logo Windows), Show the Apps view automatically when I go

    to Start(Tunjukkan pandangan Apps secara automatik apabila saya

    pergi ke Mula), Search everywhere instead of just my apps when I

    search from the Apps view ( Cari di mana-mana, bukan hanya dalam

    aplikasi saya sahaja, apabila saya mencari dari pandangan Apps), dan

    List desktop apps first in the Apps view when its sorted by category(Senaraikan aplikasi desktopterlebih dahulu dalam pandangan Apps

    apabila ia diisih mengikut kategori). Jika anda ingin dibawa ke skrin

    Mula, klik pada kotak di sebelah Go to the desktop instead of Start

    when I sign indan klik Apply. Apabila digunakan, anda akan dibawa

    terus ke paparan desktopsetiap kali anda menghidupkan komputer

    anda.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    15/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 15 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Kuiz

    Apakah kesan mengklik kanan pada butang StartWindows 8.1?

    o Menu Mula dipaparkan

    o Skrin Mula dipaparkan

    o Seting PC dipaparkan

    Bagaimanakah anda menggerakkan jubin pada skrin Mula Windows 8?

    o Klik dan heret

    o Leret untuk memaparkan semua aplikasi dan heret

    o Gunakan panel kawalan

    Jawapan

    #1 Tindakan mengklik kanan butang Startmemaparkan seting PC.

    #2 Untuk menggerakkan jubin, anda mesti klik pada jubin tertentu dan jangan

    lepaskan. Sekarang, anda dapat mengheret jubin ke mana-mana bahagian skrin.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian4

    16/16

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 16 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Tahniah

    Tahniah kerana berjaya menamatkan

    pelajaran ini!

    Kini, anda seharusnya boleh:

    Menerangkan fungsi biasa sistem

    pengendalian.

    Mengenal pasti komponen

    antara muka Windows 8.

    Menjelaskan pilihan yang boleh

    didapati dalam menu Mula

    Windows 8.

    Bekerja dengan antara muka

    Windows 8 dalam aplikasi.

    Mengurus fail dan folder dalam

    Windows Explorer.

    Menjalankan operasi fail asas

    dalam sistem pengendalian

    Windows 8.