krb3053 unit 5
DESCRIPTION
krbTRANSCRIPT
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1
UNIT 5
PENGAJARAN LISAN
DAN TEKNIK-TEKNIK MENGAJAR
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini anda akan dapat :
1. Menjelaskan aspek lisan dan kepentingannya
2. Menyenaraikan kepentingan-kepentingan aktiviti lisan
3. Menerangkan tujuan mengajar lisan
4. Menyenaraikan aspek-aspek penting dalam pengajaran lisan
5. Menjelaskan teknik-teknik pengajaran lisan
PENGENALAN
LISAN adalah aspek kemahiran bahasa, yang penting dan utama dan
merupakan kemahiran asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh
seseorang kanak-kanak yang normal sebelum ia mempelajari kemahiran
membaca dan menulis. Seseorang kanak-kanak yang mula masuk ke
sekolah biasanya sudah pun menguasai sekurang-kurangnya dua kemahiran
iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2
Ada di antara mereka yang telah mencapai empat kemahiran bahasa iaitu
selain daripada kemahiran mendengar dan bertutur, mereka juga sudah pun
tahu membaca dan menulis. Mereka telah kenal dan tahu menyebut
huruf-huruf tertentu, telah mengenal angka, telah dapat menguasai
perbendaharaan kata asas yang cukup dan mungkin juga ada di antara
mereka itu telah dapat menulis dengan baik.
ISI KANDUNGAN
Apakah aspek lisan dan kepentingannya?
Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan
dialaminya, dan dia cuba meniru dan menuturkannya berulang kali apa yang
didengar daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka inilah
yang menjadi model pembelajaran baginya. Jika model ini menggunakan
bahasa yang sama atau hampir-hampir sama dengan bahasa matlamat
(bahasa dan bentuk bahasa. yang digunakan di sekolah) maka keadaan ini
menguntungkan kanak-kanak itu. Jika di sebaliknya akan menyulitkan
mereka dalam pembelajaran yang seterusnya.
Semua pihak telah menyedari hakikat ini. Oleh yang demikian bahagian
kurikulum telah menyediakan peruntukan bagi aspek lisan dalam setiap
peringkat pembelajaran sama ada pada peringkat sekolah rendah, sekolah
menengah ataupun di institusi-institusi pengajian tinggi. Manakala
pusat-pusat latihan perguruan di seluruh Malaysia pula memberi penekanan
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3
yang banyak kepada kaedah mengajar lisan bagi mereka yang mengikuti
kursus pengajian bahasa..
Teori psikologi dalam pengajaran bahasa, menyatakan bahawa gerak kerja
lisan mesti diutamakan sebelum mengajar lain-lain aspek bahasa
terutamanya bacaan dan tulisan. Kemahiran dalam lisan memainkan
peranan penting dalam penguasaan bahasa. Manusia mencipta
lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan.
Dengan hal yang demikian kita harus mengutamakan gerak kerja lisan
sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4
AKTIVITI 5.1
Mengapakah gerak kerja lisan perlu diutamakan sebelum mengajar
kanak-kanak kemahiran membaca dan menulis
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5
Apakah kepentingan aktiviti lisan?
Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa
kanak-kanak mula mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya
bercakap. Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam
pengajaran bahasa. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu
baharulah kita kenalkan lambang-lambang tulisan. Dengan itu mudah bagi
mereka menginterpretasikan lambang-lambang yang tertulis itu kepada
lambang-lambang pertuturan.
Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan berani bergaul dengan
kanak-kanak lain. Mereka suka berkawan dan rajin berkenalan. Kanak-kanak
yang telah menguasai lisan akan mudah melahirkan perasaan dan
mengeluarkan pendapat. Teori ilmu jiwa mengatakan tentang adanya
perhubungan di antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan
lambang-lambang tertentu. Biasanya lambang-lambang ini ialah lambang-
lambang pertuturan. Jika ia tidak dapat menguasai perbendaharaan kata
yang luas, ia tidak dapat berfikir dengan jelas.
Bahasa Malaysia berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan.
Kebiasaan menggunakan bahasa ini akan dapat mengukuhkan pembinaan
bahasa yang baik. Bahasa yang hendak diajar itu hendaklah merapati
bahasa pertuturan iaitu bahasa yang dituturkan oleh orang-orang yang
mempunyai bahasa itu. Kanak-kanak belajar struktur ayat, pembinaan ayat
dan aspek-aspek tatabahasa secara tidak langsung. Kebiasaan
menggunakan tatabahasa yang betul secara lisan akan membina asas
bahasa yang kukuh.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 6
Kanak-kanak dilatih supaya banyak bertutur. Jika kanak-kanak selalunya
bercakap atau mendengar, maka akan bertambah perbendaharaan kata
kanak-kanak itu. Dengan itu kebolehan menggunakan bahasa itu bertambah
baik. Dengan mengetahui banyak perbendaharaan kata, ia, dapat
mempelajari mata-mata pelajaran lain dengan mudah.
Adakah anda terfikir tentang kepentingan aktiviti lisan dalam konteks
komunikasi.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 7
APAKAH TUJUAN MENGAJAR LISAN
Pengajaran lisan mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah:
(a) Untuk membolehkan seseorang murid itu menyebut sesuatu (perkataan,
ayat) dengan betul. Sebutannya jelas dan tepat serta dituturkan dalam
bentuk pertuturan yang biasa.
(b) Untuk melatih seseorang itu mendengar dan memahami pertuturan orang
lain dengan baik.
(c) Untuk membolehkan ia berhubung dengan orang lain secara tepat untuk
menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman serta mengutarakan.
pendapat dan pandangan yang jitu dan berkesan.
(d) Untuk membolehkan kanak-kanak itu bertutur dengan ayat ayat yang
tersusun, menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dan
perbendaharaan kata yang luas.
(e) Untuk membolehkan mereka menguasai lisan, kerana ia menjadi asas
kepada pelajaran aspek-aspek bahasa yang lain dalam pengajaran bahasa.
Kemahiran-kemahiran lain seperti bacaan, menulis, dan sebagainya dapat
dikuasai secara mudah.
AKTIVITI 5.2
Senaraikan kepentingan aktiviti lisan
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 8
(f) Untuk menyuburkan keyakinan dan kepercayaan diri sendiri di kalangan
kanak-kanak. Ini menjadikan. mereka berani bercakap, menyatakan
perasaan dan pendapat.
(g)- Untuk membolehkan kanak-kanak mendapat kemahiran: bercakap
dengan. tenang dan dalam gaya yang betul, bertutur dengan nada, intonasi,
tekanan yang betul
- mendengar, memahami, dan menghormati percakapan orang lain
- berbicara atau berbincang dengan lancar dan fasih - bercerita atau
melapor dengan gaya bahasa yang menarik dan betul
- mengiklankan atau membuat pengumuman dengan jelas dan tepat
- memberi arahan secara berkesan
- mengemukakan pendapat, fikiran atau pandangan secara bernas .
- boleh menggunakan bahasa dengan baik dalam satu-satu situasi
mengikut keperluan menggunakannya.
Adakah anda terfikir apakah tujuan mengajar lisan?
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 9
Apakah perkara penting dalam pengajaran lisan?
(a) Pertuturan yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan
inudah. Pertuturan yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi,
cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.
(b) Gunakan topik atau tajuk-tajuk yang ada dalam pengalaman murid.
(c) Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap
mengenai perkara-perkara tertentu.
(d) Semua pelajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
(e) Galakkan murid-murid mengeluarkan idea baru dalam pelajaran lisan.
Galakkan mereka memilih bahan-bahan mereka sendiri.
(f) Semasa penyampaian pelajaran ini, penekanan harus diberi kepada
dadah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu.
i. Tiap-tiap orang kanak-kanak hendaklah diberi peluang mengambil
bahagian.
ii. Hanya seorang sahaja bercakap dalam satu ketika.
iii. Tiap-tiap orang murid hendaklah mendengar apabila orang lain bercakap.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 10
AKTIVITI 5.3
Dalam ruang yang disediakan dibawah, bina peta minda bagi
menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengajaran lisan.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 11
Apakah aspek-aspek kemahiran lisan?
Lisan adalah salah satu aspek kemahiran bahasa yang di dalamnya
terangkum dua kemahiran asas iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua
kemahiran ini mempunyai integrasi yang rapat. Dalam kebanyakan
komunikasi lisan kedua-dua, kemahiran ini terlibat. Namun begitu, walaupun
kemahiran-kemahiran ini berhubung rapat, tetapi dia tetap merupakan
kemahiran-kemahiran yang berbeza. Guru-guru patut mempelajari
kemahiran-kemahiran ini secara berasingan.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan
ia berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat
menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat
mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan
dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang
didengar.
Konsep-konsep penting tentang pendengaran
(a) Pendengaran merupakan gabungan daripada segala yang didengar
difahami dan diingat.
(b) Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 12
(c) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada
kecerdasan otaknya.
(d) Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses
pendengaran.
(e) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan
berkesan.
(f) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.
(g) Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang
berpusatkan idea utama, hujah-hujah dan bukti-bukti.
(h) Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif
terhadap muzik, kesusasteraan dan lain-lain aspek seni dan estetika.
(i) Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap
bentuk dan isi.
PROSES MENDENGAR
Proses mendengar biasanya berlaku dalam empat peringkat:
(a) Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 13
(b) Memahami bunyi-bunyi tersebut
(c) Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan,
(d) Bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi
PRINSIP-PRINSIP MENGAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR
(a) Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran
lain. Murid-murid tidaklah diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa
tanpa memberitahu atau bertindak balas daripada apa yang didengar.
(b) Kemahiran mendengar adalah juga satu latihan yang juga dianggap
dinamik dan aktif. Oleh kerana itu, latihan-latihan yang dirancang hendaklah
berteraskan sesuatu tugasan yang boleh membawa kepada sesuatu aktiviti
tertentu.
(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajarkan haruslah difikirkan
dan dirancang dengan teliti dan dalam berbagai-bagai cara untuk
membolehkan murid-murid bertindak balas terhadapnya secara maksimum.
Mereka boleh menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa, atau melalui
aksi atau cara-cara lain yang berkesan.
(d) Setiap kemahiran yang hendak diajarkan mestilah dijalankan secara
berperingkat-peringkat, didahulukan dengan yang mudah-mudah.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 14
(e) Guru tidak semestinya terlalu ghairah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
mendengar sehingga boleh menyusahkan dan membebankan murid-murid.
(f) Motivasi adalah penting untuk memelihara dan meningkatkan minat
mendengar
di kalangan murid-murid.
(g) Adalah amat penting bagi guru-guru untuk memberi peluang murid-murid
berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan terdaya.
Peringkat-peringkat kemahiran mendengar
Peringkat awal
(a) Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi
(b) Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai-kata dan ayat-ayat
(c) Melakukan sesuatu yang disuruh
(d) Menjalankan perintah dan permintaan
(e) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
(f) Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara
tepat
Peringkat pertengahan
(a) Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 15
(b) Mengenal informasi-informasi spesifik (maklumat khusus)
(c) Mengesan urutan
(d) Mengenal sebab dan akibat
(e) Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
(f) Mengenal sikap dan" perasaan orang yang bercakap
Peringkat maju
(a) Mengenal isi-isi penting
(b) Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap
(c) Mentafsirkan maksud orang yang bercakap
(d) Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi
(e) Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar
(f) Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
(g) Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk
struktur nahu
Kemahiran Bertutur
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. la merupakan kemahiran
berinteraksi dalam suasana berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di
peringkat produksi. la bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Oleh
kerana itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model-model yang
baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan.
KONSEP-KONSEP PERTUTURAN
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 16
(a) Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang
dilafazkan.
(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
(c) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada
kecerdasan otaknya.
(d) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi
kemahiran bertutur.
(e) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada
aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
ASPEK-ASPEK PERTUTURAN
Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru dalam
kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, intonasi, jeda, mora,
nada, tatabahasa dan sebagainya.
(a) Sebutan: Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan
bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.
Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas.
Mereka juga harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan
makna.
(b) Tekanan: Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau
ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 17
tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras
atau lembut sesuatu pengucapan.
(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu
bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab.
Unsur ini biasanya tidak jelas dalam bahasa Melayu dan kalau adapun ia
tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam
bahasa Inggeris dan Arab.
(d) Jeda (persendian): Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan,
rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda
digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang
berbeza jika ia digunakan.
(e) Intonasi: Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun
sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadang kala disebut sebagai nada
suara. Intonasi ayat dalam bahasa Malaysia biasanya tidak sama dan
berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. la boleh menaik,
menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai
intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai
intonasi yang menurun.
(f) Nada: Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu
sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita
dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, P, dan Do. Setiap nada
ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat
fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa Cina.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 18
(g) Tatabahasa: Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau
undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat.
Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri
daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan
walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk
memperoleh kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan
aspek ini haruslah ditekankan.
(h) Kelancaran: Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau
bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak
menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu
berlangsung.
(i) Kefasihan: Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja
dalarn bentuk yang kemas, licin, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh
membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan
itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur
jati yang terpelajar.
Laras bahasa: Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh
menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks. suasana dan situasi
yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan
bahasa itu untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 19
Peringkat-peringkat kemahiran bertutur
Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila
(b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu
(t) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
(g) Memberi arahan
(h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan
sebagainya
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar
Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi
seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 20
(f) Membaca Man, peraturan-peraturan (g) Memberi ucapan pendek dan
mudah (h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah (i) Memberi komen
secara mudah Mem6uat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara
mudah
Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog
(d) Bertanya untuk mendapatkan. maklumat
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan (f) Memberitahu
arah atau hala sesuatu tempat
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan)
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan. lain-lain
(i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan 0) Mendeklamasi puisi
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan. sebagainya
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 21
Adakah anda terfikir aspek-aspek yang terkandung dalam kemahiran lisan?
AKTIVITI 5.4
Bandingbeza aspek-aspek kemahiran lisan berikut :-
Kemahiran mendengar
Kemahiran bertutur
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 22
Apakah teknik-teknik pengajaran lisan?
Teknik lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temu
ramah atau temu bual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk
aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamalkan atau menggunakan
bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi
kehidupan sehari-hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri
prosodi dapat dipraktikkan. Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan
rangsangan atau model aktiviti lisan seb4gal aktiviti lanjutan di dalam kelas.
Teknik Perbualan
Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan
se~uatu tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual
dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta
murid-murid sendiri memilih kawannya. Mereka akan berbual-bual mengenai
tajuk yang telah ditetapkan oleh guru bahasa mereka. Dengan ini setiap
murid berpeluang bercakap dalam satu waktu.
Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri
yang menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk
yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan
menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu.
Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi:
1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid murid dalam
perbualan itu.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 23
2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk
dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang
tajuk yang hendak dibincangkan itu, yang dijangka akan dikemukakan oleh
murid-murid. Jika tajuk itu tidak disebut oleh murid-murid guru bolehlah
kemukakan soalan-soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancang itu.
Teknik Bercerita
Dalam pengajaran. lisan, bercerita memainkan peranan yang penting,
bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah juga di kalangan orang-orang
dewasa.
OBJEKTIF BERCERITA
(a) Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak: Kanak-kanak boleh secara
imaginasi memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah
mereka yang terlibat. Misalnya, menjadi angkasawan, gergasi dan haiwan.
(b) Membina rasa hati: Dalam cerita sering didapati watak-wataknya
menemui kejayaan atau mengalami bahaya-bahaya yang menyebabkan
penderitaan. Keadaan ini dapat membantu dalam perkembangan emosi
kanak-kanak. Sikap mereka terhadap manusia, pendapat-pendapat,
perkara-perkara dan lain-lain dalam kehidupan secara am boleh diubah
dengan cara. guru membawa mereka kepada tema cerita itu.
(c) Menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid: Semasa cerita
disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid dibangkitkan. Mereka
digalakkan menyoal, mengemukakan pandangan dan memberi komen
terhadap, peristiwa dan watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti ini boleh
diikuti dengan perbincangan selanjutnya.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 24
(d) Menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid: Dengan cara
memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat, peribahasa, teka-teki dan
sebagainya perbendaharaan kata murid-murid boleh diperluaskan.
(e) Asas untuk pendidikan agama: Ada setengah-setengah cerita mempunyai
pengajaran atau contoh yang baik. Melalui cerita-cerita seperti ini, terutama
cerita-cerita yang mengandungi pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku
dan sikap yang baik akan dapat disemai di kalangan murid-murid.
PRINSIP-PRINSIP BERCERITA
(a) Cerita harus mempunyai tema yang sesuai. Aristotle dalam Politics ada
menyebut bahawa pendidik hendaklah berhati-hati dalam memilih cerita yang
akan disampaikan, terutama kepada kanak-kanak. Ini bermakna cerita dari
segi tema atau jalan cerita, bahasa dan lain-lain hendaklah bersesuaian
dengan umur, latar belakang dan pengalaman murid-murid.
'(b) Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. Ini bermaksud bahasa.
perlulah mudah, tepat dan jelas serta tidak mengandungi perkataan atau
rangkai kata yang boleh mengelirukan. Perkataan atau rangkai kata yang
mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan.
(c) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Episod tersusun dan ada
kesudahan. Semasa menyampaikannya, guru perlu menggunakan aneka
gaya, menggunakan gerak isyarat, pergerakan, pernyataan, menggunakan
cakap ajuk, lakonan dan sebagainya.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 25
(d) Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan
intelek, emosi dan kadang-kadang fizikal murid semasa sesi bercerita. Ini
diikuti dengan aktiviti-aktiviti sebagai gerak kerja lanjutan.
(c) Hentian: Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mendengar
secara imaginatif memikirkan masalah dan isu-isu yang disampaikan.
DASAR PEMILIHAN CERITA
(a) Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman, latar belakang, peringkat u ' mur, kebolehan otak, kecenderungan an dan minat kanak-kanak.
(b) Cerita-cerita itu harus menggunakan bahasa yang baik, mudah dan tidak
berbelit-belit serta betul pula tatabahasanya.
(c) Isi atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pendidikan,
terutarna dari segi pendidikan akhlak dan budi pekerti,
(d) Cerita yang dipilih itu sebaik-baikinya biarlah daripada cerita-cerita yang
boleh dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis.
(e) Plot cerita seharusnya menarik dan mudah difahami.
(t) Cerita-cerita yang dipilih itu juga semestinya tidak menyinggung
mana-mana agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan,
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 26
(g) Cerita-cerita juga tidak seharusnya menyentuh dasar kerajaan atau
bertentangan dengan dasar tersebut.
(h) Cerita harus ada unsur-unsur perpaduan kebangsaan.
Teknik Berlakon
Lakonan bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan
baik malah dapat juga mendorongkan mereka beraksi dengan gerak-geri
yang bersahaja. Jenis lakonan yang boleh digunakan ialah:
(a) Lakonan bisu
(b) Lakonan berkait
(c) Lakonan berseni kata dan menggunakan pergerakan
(d) Lakonan menggunakan patung
LAKONAN BISU
Lakonan ini hanya menggunakan pergerakan anggota tanpa berkata
apa-apa. Dengan berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain
diminta meneka apakah yang dibuat oleh pelakon itu. Dalam hal ini,
murid-murid akan sentiasa berfikir dan memerhatikan dengan teliti
perhubungan pergerakan itu. Murid-murid yang berlakon itu pula berpeluang
memikirkan sesuatu yang hendak dilakonkannya dan menghubungkannya
pula dengan sesuatu kejadian itu.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 27
Lakonan jenis ini adalah satu cara untuk melepaskan tenaga yang berlebihan
atau melepaskan emosi yang meluap-luap di kalangan mereka. Guru
bolehlah terlebih dahulu berunding dengan murid-murid yang akan
mengambil bahagian dan meminta mereka melakonkannya. Murid-murid lain
diminta memerhatikan setiap pergerakan yang dilakonkan oleh rakan-rakan
mereka.
LAKONAN BERKAIT
Lakonan ini amat sesuai dijalankan pada peringkat rendah. Guru menyebut
sesuatu perkataan sambil melakonkannya sekali, misalnya duduk, tidur, saya
buka buku, saya menulis di papan hitam, saya bersikat dan sebagainya.
Kanak-kanak akan dapat menangkap perkaitan antara percakapan dengan
lakonan dan akan membuatnya berulang-ulang kali.
LAKONAN BERSENIKATA DAN MENGGUNAKAN PERGERAKAN
Lakonan jenis ini biasanya dijalankan dengan dua cara,
i. Lakonan yang tidak bersengaja
ii. Lakonan yang bersengaja
i. Lakonan yang tidak bersengaja:
Kanak-kanak melakonkannya selepas mendengar sesuatu cerita atau
kejadian dengan tidak memerlukan persediaan yang panjang lebar. Guru
memberi nasihat dan cadangan sahaja. Kanak-kanak berlakon bebas dan
menggunakan perkataan-perkataan mereka sendiri.
Lakonan yang bersengaja:
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 28
Lakonan jenis ini biasanya disediakan khas daripada buku-buku cerita.
Murid-murid dilatih dan diberi tugas untuk menjayakannya. Biasanya guru
akan menyediakan seni kata untuk mereka.
Lakonan berseni kata ini boleh dijalankan seperti berikut:
(a) Terangkan dahulu apa yang patut dibuat oleh murid-murid sama ada
dengan menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberi seni
katanya.
(b) Selepas itu guru bolehlah memilih pelakon-pelakonnya. Semasa
pemilihan dibuat, pastikan peluang berlakon itu diberi kepada semua. Guru
tidak seharusnya bergantung kepada murid-murid yang pandai sahaja.
(c) Guru kemudian memberi arahan atau petunjuk bagaimana seharusnya
diperbuat oleh setiap orang pelakon.
(d) Kanak-kanak melakonkannya dengan bebas sebagaimana yang
dikehendaki oleh jalan ceritanya. Jangan diganggu kanak-kanak semasa
berlakon walaupun didapati tidak memuaskan. .
(e) Setelah itu baharulah guru membetulkan kesilapan mereka dan jika perlu
mereka diminta melakonkannya sekali lagi sebelum memberi peluang
kepada kanak-kanak lain berlakon.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 29
(f) Guru hendaklah memberi perangsang iaitu jangan mengkritik atau
menyalahkan kanak-kanak sehingga boleh membunuh semangat dan minat
mereka untuk berlakon.
(g) Perlu juga guru menyediakan alat-alat seperti topeng dan pakaian. yang
sesuai supaya lakonan itu menjadi lebih realistik dan berkesan.
LAKONAN MENGGUNAKAN PATUNG
Lakonan patung ialah lakonan. antarabangsa yang tertua. la boleh
juga digunakan untuk menyampaikan pelajaran bahasa Malaysia di
sekolah-sekolah. Jenis-jenis patung yang boleh digunakan ialah:
i. Patung kayu: Gambar binatang atau manusia diwarnakan dan kemudian
dilekatkan kepada kayu.
ii. Patung sarung tangan: Kepala berjenis hidup-hidupan yang diperbuat
daripada pelbagai alat dan diberi pakaian.
iii. Patung tali: Anak-anak patung itu digerakkan dengan menggunakan
kuasa tali yang diikatkan kepadanya.
Guru akan menunjukkan lakonan patung itu kepada murid-murid dan
melaluinya kanak-kanak dapat membetulkan kesalahan bahasanya. Pada
peringkat da~ah 5 dan 6, murid-murid akan digalakkan mengarang
lakonannya sendiri dan meminta mereka sendiri melakonkannya. Guru
hanya memberi nasihat dan arahan kepada apa yang difikirkan berfaedah.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 30
Teknik Berpuisi
Puisi tidak boleh dipisahkan daripada pelajaran bahasa. Sama ada
secara langsung atau tidak, puisi terpaksa diperkenalkan kepada
kanak-kanak sejak kelas permulaan lagi. Pengajaran puisi mempunyai
beberapa faedah dan tujuan:
(a) Untuk memahirkan lagi kanak-kanak dalam pelajaran bahasa kerana
puisi selalunya mengandungi bahasa yang indah, lembut dan menarik.
(b) Untuk memberi hiburan dan menyukakan hati murid-murid.
(c) Untuk memahirkan dan melancarkan sebutan serta intonasi dan
menggunakan bahasa dengan betul.
(d) Untuk melatih kanak-kanak menikmati irama, keindahan bunyi dan seni
bahasa.
(e) Untuk menarik minat kanak-kanak kepada pelajaran bahasa dan
menyuburkan lagi imaginasi mereka.
(f) Puisi merupakan satu daripada bahan kesusasteraan dan ia perlu
diajarkan kepada kanak-kanak.
(g) Untuk memperluaskan lagi perbendaharaan kata.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 31
(h) Untuk memberikan kefahaman mengenai adat resam dan kebudayaan.
LANGKAH-LANGKAH MENGAJAR PUISI
1. Persediaan
Permulaan hendaklah dibuat dengan cara yang menarik. Guru boleh
memulakan pelajaran itu dengan bercerita atau menerangkan latar belakang
mengenai puisi itu. Murid-murid harus telah bersedia untuk mendengar puisi
tersebut.
Beberapa perkataan dan rangkai kata di dalam. puisi itu. hendaklah
dihuraikan dan difahami oleh murid. Ini akan memudahkan mereka
memahami apa yang terkandung di dalamnya. Guru juga boleh berbincang
mengenai perkara-perkara yang ada kaitan dengan tajuk puisi. Gunakan
gambar dan ilustrasi.
2. Guru membaca puisi
Guru hendaklah membaca dengan penuh perasaan sehingga murid-murid
dapat menangkap maksud sebenar puisi tersebut Guru memperdengarkan
puisi itu dan murid-murid mengikuti dengan teliti.
3. Perbincangan dalam kelas
Dari segi perbincangan intelektual, makna puisi pada setiap baris
dibincangkan dan perkataan serta rangkai kata dihuraikan dengan
selengkapnya. Dari segi perbincangan nilai rasa pula, puisi itu dilihat dari
segi bentuk, keindahan, nada serta rentak bunyinya.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 32
4. Pembacaan kali kedua
Pembacaan kedua dibuat oleh guru atau murid yang betul-betul
berkebolehan. Ini akan memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid.
Selepas itu peluang membaca seterusnya harus dibuka kepada
individu-individu yang berminat.
5. Penutup
Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pusi.
Teknik Bercakap Berdasarkan Gambar
Tujuan yang penting dalam pelajaran ini ialah untuk memberi
dorongan supaya kanak-kanak berani dan lancar mengeluarkan fikirannya.
Gambar hanya sebagai alat bagi menyuburkan minat kanak-kanak. Oleh itu
perkara-perkara seperti di bawah ini harus diberi perhatian.
(a) Gambar yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna.
(b) Bahan yang dijadikan objek gambar itu mestilah ada perkaitan
(c) Bagi pelajar-pelajar kelas tinggi, perkara yang diutamakan ialah cara
mereka melahirkan pendapat dan perasaan.
(d) Bagi kanak-kanak kelas rendah, memadailah sahaja disoal
perkara-perkara yang mudah-mudah seperti nama benda, warna dan
lain4ain.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 33
(e) Kanak-kanak hendaklah dibiasakan memakai ayat-ayat yang lengkap
tetapi tidak menuturkannya seperti orang membaca atau menyanyi.
(f) Bunyi sebutan, intonasi dan bentuk ayat hendaklah selalu diperhatikan
dan jika terdapat kesalahan guru harus segera membetulkannya.
(g) Hasil perbincangan atau. soal jawab boleh juga dijaclikan sebagai latihan
karangan bertulis.
Teknik Melapor Berita (Berita Harian)
Pelajaran ini sangatlah perlu. bagi melatih kanak-kanak supaya suka
memerhatikan sesuatu, terutama perkara-perkara yang kritis dan dapat pula
menyampaikannya kepada orang lain. Selain daripada itu ia juga boleh
membantu pelajaran-pelajaran y4ng memerlukan pemerhatian seperti
sejarah, geografi dan sains. Perkara-perkara penting yang harus diberi
perhatian ialah:
(a) Kanak-kanak digalakkan memerhati dan mencatat segala peristiwa yang
dialami, dilihat dan didengar seperti kejadian rumah terbakar, pertandingan
bola sepak, kemalangan jalan raya, pesta dan keramaian dan sebagainya.
(b) Perkara-perkara yang berlaku setiap hari itu disampaikan kepada
kawan-kawan sekelas melalui soal jawab cerita bergambar atau
menceritakannya secara lisan.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 34
(c) Murid boleh juga menggunakan potongan akhbar, gambar dan lain4ain
bagi menguatkan lagi perkhabaran yang hendak disampaikan itu.
(d) Bagi pelajar-pelajar kelas tinggi, perkhabaran ini boleh juga ditulis dalam buku atau
ditampalkan di papan kenyataan.
Langkah-langkah untuk menyampaikan pelajaran berita boleh dibuat seperti
berikut:
(a) Permulaan
Pada peringkat ini guru boleh bersoal jawab secara bebas mengenai sesuatu
atau mengenai apa-apa berita yang murid-murid tahu, dengar atau baca di
akhbar.
(b) Penyampaian
- Suruh murid bercakap mengenai sesuatu yang berlaku di persekitaran
sekolah, rumah dan kampung halaman mereka.
- Bercakap apa sahaja yang mereka dengar, lihat atau alami.
- Guru membimbing menimbulkan berita yang tidak disebut oleh murid.
- Murid-murid lain membuat ulasan mengenai berita yang telah diberitakan
oleh kawan-kawan mereka.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 35
(c) Penutup
Boleh dibuat dengan cara melukis gambar atau melekatkan gambar-gambar
berita.
Menulis berita , Membuat surat khabar kelas.
Teknik Siaran Radio
Siaran radio adalah salah satu daripada aktiviti lisan yang biasa dijalankan di
sekolah-sekolah. la bertujuan:
(a) melatih kanak-kanak supaya dapat menggunakan pendengarannya
dengan baik dan teliti.
(b) untuk menukar cara belajar supaya murid-murid tidak merasa jemu dan
bosan terhadap pelajaran yang disampaikan,
(c) sebagai alat hiburan untuk menyemai kegemaran dan kesukaan
mempelajari sesuatu yang berfaedah.
Teknik lisan melalui siaran radio ini boleh dijalankan seperti berikut:
(a) Guru menerangkan dahulu kepada murid-murid mengenai apa yang patut
didengar nanti berdasarkan penerangan yang diberi oleh pengelola
rancangan.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 36
(b) Sekiranya pelajaran nyanyian, guru hendaklah menyalin seni katanya
dahulu.
(c) Semasa siaran udara sedang berjalan, guru hendaklah mengawasi
murid-muridnya dari segi tatatertib supaya tidak mengganggu pelajaran itu.
(d) Guru perlu juga mencatat perkara-perkara yang hendak diterangkan
kepada murid-murid selepas siaran nanti.
(e) Setelah tamat siaran, guru haruslah menyoal murid-murid mengenai
pelajaran yang telah didengar oleh mereka.
(f) Di akhir pelajaran, boleh juga diberi latihan menyanyi, berlakon atau
menyalin perkara-perkara yang diperlukan ke dalam buku rampaian.
Teknik Berbahas dan Bersyarah
Berbahas dan bersyarah amatlah perlu dijalankan dan ini dapat melatih
kanak-kanak menggunakan bahasa lisan dengan baik dan teratur. Di antara
tujuannya yang penting ialah:
(a) supaya kanak-kanak dapat melahirkan fikiran dengan berani, tegas dan
teratur yakni tidak berbelit-belit yang boleh membosankan pendengar.
(b) boleh memahami atau, menangkap segala isi daripada apa yang
ditut-urkan oleh oran& lain.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 37
(c) boleh menguasai bahasa dan mengeluarkan hujah-hujah dengan cara
yang logik dan menarik hati.
Cara menjalankannya:
(a) Bawalah kanak-kanak menghadiri majlis perbahasan atau syarahan
terutarna mereka yang di dalam kelas yang tinggi.
(b) Latih mereka mengambil isi atau mencatat perkara-perkara penting yang
mereka dengar. Ujilah kecekapan mereka manakala balik ke kelas.
(c) Terangkan cara-cara yang baik untuk berbahas atau bersyarah.
Terangkan peraturannya dan juga perkara-perkara penting seperti isi,
bahasa, gaya, kelancaran dan sebagainya.
(d) Latihan murid-murid berlatih atau bersyarah di dalam kelas. Mulakan
dengan perkara-perkara mudah. Tajuk yang dipilih mestilah sesuai dengan
peringkat umur dan minat mereka.
(e) Berilah galakan dan kritikan yang membina.
Teknik Menyanyi
Menyanyi adalah aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari dan
aktiviti ini boleh digabungkan dan dibawa masuk ke dalam kelas sebagai
satu kegiatan lisan yang menarik dan memikat. Kanak-kanak suka menyanyi,
malahan orang-orang dewasa juga
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 38
turut bergembira dengannya. Bagi kanak-kanak yang masih belajar, mereka
menganggap menyanyi lebih kepada bentuk bermain dan berehat. Melalui
nyanyian-nyanyian yang diperdengarkan, mereka akan terhibur dan dapat
menenangkan fikiran. Dalam konteks mengukuhkan pengajaran hsan, aktiviti
menyanyi merupakan satu kegiatan yang dapat membantu guru mencapai
matlamat tersebut. 1-ni adalah kerana nyanyian itu sendiri mernerlukan
penyebutan bunyi-bunyi yang jelas dan betul, mengikut rentak dan irama
serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu.
DASAR PEMILIHAN LAGU
(a) Elakkan daripada memilih lagu-lagu yang mempunyai susunan kata yang
tidak betul dan salah dari segi tatabahasa.
(b) Pilihlah lagu-lagu yang mempunyai melodi yang mudah di pelajari dan
diingat.
(c) Pilihlah lagu yang sederhana kelajuannya, tidak terlalu cepat dan tidak
pula terlalu lambat.
(d) Lagu-lagu itu akan. lebih berkesan jika di dalamnya terdapat unsur-unsur
pengulangan.
(e) Lagu-lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita,
menggambarkan pandangan atau pendapat, pernyataan perasaan dan
sebagainya.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 39
(f) Lagu-lagu itu juga harus sesuai dengan. umur, minat dan kecerdasan
murid-murid.
Teknik Perbincangan
Perbincangan adalah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan dan
ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan
seorang guru. Sewaktu berbincang, murid-murid diberi peranan aktif untuk
menyatakan segala pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu
topik. Sambil itu guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan
mereka itu ke satu prinsip idea yang menyeluruh.
Melalui aktiviti mengajar begini, murid-murid dapat memperkembangkan
pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir
dengan jelas, mengutarakan idea-idea bernas dan logik serta bekerjasama
dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan
masalah perbincangan. Aktiviti perbincangan biasanya dapat menggalakkan
penglibatan mereka secara aktif dan dinamik.
PRINSIP PERBINCANGAN
(a) Guru haruslah memilih tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pengalaman
dan latar belakang murid-murid. la juga harus mengambil kira minat, umur,
kecerdasan dan keupayaan berbasa mereka
(b) Bahan-bahan yang dipilih mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang
tidak sensitif kepada mana-mana kaum atau agama atau menyentuh dasar
kerajaan.
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 40
(c) Bahan-bahan mestilah mempunyai skop yang khusus dan sesuai dengan
masa yang diperuntukkan.
(d) Berikan galakan supaya murid-murid berminat untuk bekerjasama,
beramah mesra sesama mereka. Guru tidak digalakkan menyebelahi
mana-mana pihak sewaktu mereka membincangkan sesuatu isu.
(e) Guru harus mengelakkan diri daripada mengambil peranan yang utama
dalam perbincangan murid.
(f) Tinggalkan sedikit masa untuk mengulas perbincangan.
CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI"BERBINCANG
Sebenarnya ada beberapa cara menjalankan aktiviti perbincangan.
Cara ini adalah satu kaedah yang boleh dilakukan oleh guru;
(a) Guru menarik perhatian murid kepada rangsangan atau tajuk
perbincangan yang akan dibincangkan.
(b) Guru menerangkan prosedur dan cara untuk melaksanakan
perbincangan.
(c) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan
kemudian memilih seorang ketua daripada setiap kumpulan yang boleh
dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 41
dapat dijalankan dengan sempurna. Seorang pencatat mungkin juga perlu
untuk memungut isi perbincangan.
(d) Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat
dengan. cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan mereka.
(e) Ketika perbincangan berjalan, guru harus bergerak daripada satu
kumpulan ke kumpulan lain untuk menyelia.
(f) Setelah tamat perbincangan, guru mestilah meminta laporan daripada
setiap kumpulan. Hasil perbincangan dibincangkan. Kemudian guru bolehlah
menjalankan. aktiviti-aktiviti susulan.
Adakah anda terfikir apakah teknik-teknik dalam pengajaran lisan?
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 42
AKTIVITI 5.5
Huraikan initipati teknik-teknik pengajran lisan berikut :-
1. Teknik Perbualan
2. Teknik Bercerita
3. Teknik Berlakon
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 43
RUMUSAN
Unit ini telah membincangkan secara khusus tentang pengajaran
lisan serta teknik-teknik yang sesuai digunakan dalam pengajaran
ini. Unit ini telah mendedahkan kepada pelajar tentang aspek
lisan dan kepentingannya. Selain itu, pelajar juga didedahkan
tentang tujuan mengajar lisan, aspek-aspek yangpenting dalam
pengajaran jenis ini dan yang paling penting ialah pendedahan
tentang teknik pengajaran lisan.
KATA KUNCI
Kemahiran mendengar : Kemahiran mendengar adalah
keupayaan pelajar mendengar dan memahami perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, soal-
jawab, perbualan dan sebagainya.
Kemahiran Bertutur : Kemahiran bertutur adalah kegiatan
malafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan
atau dikenali sebagai artikulator.
PENILAIAN KENDIRI
1. Aktiviti yang berikut boleh dikaitkan dengan salah satu teknik mengajar
kemahiran lisan di bawah
Bertujuan untuk melatih pengamatan, pemahaman dan penakulan serta pemindahan idea
-
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 44
Pelajar tidak perlu melakonkan tetapi memadai menggunakan perlakuan atau lakonan, pergerakan badan dan mimik muka tanpa dialog
Membantu pelajar yang malu dan lemah.
A. Mimos B. Simulasi C. Improvisasi D. Teater membaca
2. Berikut adalah antara strategi guru untuk meningkatkan kemahiran
mendengar sebelum aktiviti mendengar dilaksanakan
I. Menetapkan tujuan mendengar II. Membuat rumusan secara lisan atau bertulis III. Mengenal pasti tahap kesediaan mendengar IV. Melatih pelajar menggunakan teknik TQLR
A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, III, dan IV sahaja
3. Pilih panduan yang boleh meningkatkan kemahiran mendengar dalam
menggunakan strategi membuat inferens semasa mendengar.
I. Gunakan sistem mengambil nota yang formal II. Minta pelajar catatkan perkara-perkara baru yang didengar III. Berikan garis kasar, peta, carta, atau geraf untuk dilengkapkan ketika
mendengar IV. Berikan soalan-soalan terlebih awal dan ingatkan pelajar menumpukan
pendengaran terhadap kemungkinan-kemungkinan jawapan
A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, III, dan IV