mnlsks5 t22011
TRANSCRIPT
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN
MANUAL INSTRUMEN NUMERASI LISAN
SARINGAN 5 (SK / SJKC / SJKT) TAHUN 2
JUN 2011
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
2
KAEDAH PELAKSANAAN
• Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 19 Jun – 22 Julai 2011
• Murid Tahun 2 yang tidak melepasi Saringan 4 mesti menduduki
saringan ini
• Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan menggunakan
bahasa pengantar di sekolah
• Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam
kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)
• Ditadbir mengikut urutan item / konstruk
• Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula
mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid
• Guru disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan
• Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan
tahap kecerdasan murid
• Guru perlu membantu murid memahami tugasan item
• Murid disaring secara telus dan jujur
• Guru mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang
Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang
Instrumen Saringan Numerasi
• Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-
dua item yang mengukur konstruk tersebut
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
3
TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN
Semua murid Tahun 2 yang tidak melepasi Saringan 4 diwajibkan menduduki Saringan 5 (Lisan:19 Jun – 22 Julai 2011), dan mesti mengambil Saringan 5 (Bertulis: 24 – 29 Julai 2011)
Selepas Saringan 5 (Lisan dan Bertulis) dijalankan, murid-murid akan
ditempatkan mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah:
Saringan 5 Tidak Menguasai
Konstruk 1 – Konstruk 2 (dibimbing oleh guru pemulihan khas)
Menguasai Konstruk 1 dan 2 tetapi
Tidak Menguasai mana-mana Konstruk 3 – Konstruk 9
Program LINUS
Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 10
Kelas arus perdana
Murid-murid yang mengikuti Program LINUS selepas Saringan 5 akan
menduduki Saringan 6 Tahun 2 (2011). Program LINUS dilaksanakan oleh guru Matematik.
Proses diagnosis dan program pemulihan LINUS dilaksanakan oleh
guru LINUS kerana hanya guru LINUS yang layak dan wajar melaksanakan tugasan tersebut. Guru LINUS perlu menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk memastikan semua 12 konstruk dikuasai oleh murid.
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
4
PENERANGAN INSTRUMEN SARINGAN 5 TAHUN 2 (LISAN) Item 1 Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
• Guru menunjukkan angka 35 dan 62 seperti dalam instrumen • Guru minta murid menyebut angka-angka tersebut • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyebut
o thirty-f ive / tiga puluh lima (bahasa pengantar di sekolah) o sixty-two / enam puluh dua (bahasa pengantar di sekolah)
Catatan 1. Jika murid gagal menyebut angka 35 dan 62 guru boleh menukar
kepada angka-angka lain yang tidak melebihi 100 2. Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyebut mana-mana
dua angka yang ditunjukkan 3. Guru boleh menukarkan kad angka dengan menulis angka di papan
tulis / helaian kertas
Item 2 Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
• Guru menyediakan kad angka 12, 21, 34, 43, 69 dan 96 atau menulis angka-angka itu di papan tulis
• Guru minta murid mengambil kad angka 12, 43 dan 69 • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya mengambil dan
menunjukkan kad angka dengan betul Catatan 1. Jika murid gagal mengambil kad angka 12, 43 dan 69 guru boleh
mengulang dengan meminta murid mengambil kad angka yang lain (pastikan angka dua digit digunakan dan boleh ditukar kedudukan digit-digitnya adalah tidak melebihi 100)
2. Murid menguasai tugasan ini jika berjaya mengambil mana-mana tiga kad angka yang diminta oleh guru
Item 3 Konstruk 2 : Keupayaan membilang
• Guru menyediakan sekeping gambar • Guru minta murid membilang salah satu jumlah buah yang ada di
dalam gambar • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya membilang dan
menyatakan jumlah 10 durian / 12 betik / 25 mangga Catatan
1. Jika murid gagal, guru boleh minta murid mengulang dengan membilang jumlah buah yang lain
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
5
Item 4 Konstruk 2 : Keupayaan membilang
• Guru menunjukkan gambar manik • Guru minta murid membilang manik tersebut • Guru minta murid sebutkan bilangan kesemua biji manik tersebut • Murid berjaya menguasai tugasan ini jika berjaya menjawab 23
biji manik Catatan
1. Guru boleh menggunakan benda maujud yang lain 2. Jika murid gagal, guru boleh mengulang aktiviti dengan benda
maujud yang kurang daripada 23 Item 5 Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
• Guru menunjukkan petak nombor seperti di dalam instrumen • Guru minta murid menyebut nombor selepas 76 • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyebut nombor 77
dan 78
Catatan 1. Jika murid gagal menyebut nombor 77 dan 78, guru boleh menukar
petak nombor dengan nombor yang lain (nombor tidak melebihi 100)
Item 6 Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
• Guru menyediakan 3 nombor seperti dalam instrumen • Guru minta murid menunjukkan nombor yang paling besar • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memilih nombor 44
Item 7 Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
• Guru menyediakan tiga kad gambar objek yang berbeza ketinggian
• Guru minta murid menyusun kad gambar objek mengikut urutan tinggi ke rendah
• Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyusun kad gambar objek mengikut urutan tinggi ke rendah
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
6
Catatan 1. Guru hendaklah memastikan ketinggian objek dalam kad gambar
adalah berbeza 2. Guru boleh minta murid menyusun kad gambar objek mengikut
urutan rendah ke tinggi 3. Guru boleh menggantikan kad gambar objek dengan objek lain
yang bersesuaian Item 8 Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
• Guru menunjukkan 3 gambar seperti dalam instrumen • Guru minta murid menunjukkan gambar yang mempunyai urutan
kecil ke besar • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menunjukkan gambar
yang mempunyai urutan dari kecil ke besar Catatan 1. Guru boleh menggantikan gambar dengan tiga kumpulan objek lain 2. Tiga kumpulan objek itu hendaklah disusun dalam kumpulan
mengikut gambar yang ditunjukkan dalam instrumen 3. Guru hendaklah memastikan perbezaan saiz objek itu jelas
Item 9 Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
• Guru menyediakan wang kertas Malaysia RM1, RM5, RM10 dan RM50
• Guru minta murid mengambil sekeping wang kertas • Guru minta murid menyebut nilainya • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan nilai mata
wang yang diambil
Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang kertas sebenar 2. Jika murid gagal, guru boleh mengulang aktiviti dengan meminta
murid mengambil wang kertas yang lain
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
7
Item 10 Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
• Guru menyediakan wang kertas Malaysia RM1, RM5, RM10, RM50 dan duit syiling 10 sen, 20 sen, 50 sen
• Guru minta murid memilih wang kertas RM50 dan duit syiling 50 sen
• Murid menguasai tugasan ini jika berjaya mengambil wang kertas RM50 dan duit syiling 50 sen
Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang kertas dan duit syiling sebenar
Item 11 Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
• Guru menunjukkan gambar • Guru minta murid menyatakan aktiviti • Guru minta murid menyatakan masa yang ditunjukkan pada muka
jam • Guru minta murid menyatakan waktu aktiviti itu dilakukan • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan aktiviti
bermain bola sepak, pukul 4 dan waktu siang
Item 12 Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
• Minta murid menyatakan dua nama bulan yang diketahui • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan dua nama
bulan, January, February, March, April, May, June, July, August, September, October, November, December/ Januari, febuari, mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November, Disember
Item 13 Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
• Guru menunjukkan operasi tolak seperti dalam instrumen • Guru minta murid menyatakan operasi yang terlibat • Guru minta murid menyatakan jawapan • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan operasi
tolak dan menyebut 11
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
8
Catatan 1. Guru boleh mengulang dengan menggantikan nombor lain untuk
operasi tersebut (tidak melibatkan pengumpulan semula) 2. Hasil tolak tidak melebihi 100
Item 14 Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
• Guru menyediakan 3 buah bekas lut sinar yang mengandungi 2 biji guli dalam setiap bekas
• Guru menyediakan 2 kad sif ir seperti dalam Lampiran • Guru minta murid membilang jumlah bekas lut sinar tersebut • Guru minta murid menyebut jumlah guli dalam setiap bekas • Guru minta murid memilih kad sif ir yang betul • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyebut 3 bekas lut
sinar, 2 biji guli dan memilih kad sif ir 3 X 2 Catatan
1. Guru boleh menggantikan guli dengan benda maujud yang lain untuk operasi tersebut
Item 15 Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
• Guru menyediakan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen • Guru minta murid mengambil dua keping duit syiling • Guru minta murid menyebut nilai dan jumlah nilai duit syiling • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya mengambil dan
menyebut nilai syiling 30 sen atau 60 sen atau 70 sen Catatan 1. Guru mesti menggunakan duit syiling sebenar
Item 16 Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
• Guru menyediakan wang kertas RM1, RM5, RM10 • Guru menyediakan kad gambar seperti dalam lampiran • Guru minta murid menyatakan dan memilih wang kertas yang
betul • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan dan
memilih RM10
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
9
Catatan
1. Guru hanya boleh menggunakan gabungan dua keping wang kertas 2. Sekiranya murid gagal dalam percubaan pertama, guru boleh
menggantikan dengan nilai wang kertas yang lain Item 17 Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu
• Guru menyediakan gambar 2 botol susu berlainan isipadu seperti dalam lampiran
• Guru minta murid menunjukkan botol yang mana lebih banyak isipadunya
• Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menunjukkan gambar botol A (8ml)
Item 18 Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu
• Guru menyediakan sebatang pembaris panjang dan sebatang pensel
• Guru minta murid mengukur panjang pensel • Murid menguasai tugasan ini jika dapat menyatakan ukuran
panjang pensel dalam bacaan cm
Catatan 1. Guru mesti memastikan bacaan dalam cm adalah dalam nombor
bulat 2. Guru boleh menggantikan pensel dengan objek lain seperti buku,
reben dan straw
Item 19 Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
• Guru menyediakan kad sif ir dan kad gambar seperti dalam lampiran
• Guru menunjukkan kad sif ir kepada murid • Guru minta murid membaca ayat matematik yang ditunjukkan dan
memilih kad gambar yang sesuai • Murid menguasai tugasan ini jika dapat membaca kad sif ir
4 X 2 = 8 dan memilih kad B
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
10
Item 20 Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
• Guru menunjukkan 4 buah bekas dan 20 batang pensel • Guru minta murid memasukkan pensel dengan bilangan yang
sama banyak ke dalam 4 buah bekas • Guru minta murid mengira jumlah pensel dalam kiraan lima-lima • Murid menguasai tugasan ini jika berjaya mengira dalam kiraan
lima-lima Catatan 1. Guru boleh menggantikan pensel dengan objek maujud yang lain
Item 21 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat dan sebaliknya
• Guru membaca situasi seperti dalam instrumen • Guru minta murid memberi jawapan • Murid menguasai tugasan ini jika menjawab ten/ sepuluh
(bahasa pengantar di sekolah) atau menulis angka 10 Item 22 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat dan sebaliknya
• Guru membaca situasi seperti dalam instrumen • Guru minta murid memberi jawapan • Murid menguasai tugasan ini jika menjawab ten/ sepuluh (bahasa pengantar di sekolah) atau menulis angka 10
MNLSK/SJKC/SJKT
Manual Numerasi Lisan Saringan 5 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011
11
Item 23 Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
• Guru membaca situasi seperti dalam instrumen • Guru minta murid memberi jawapan • Murid menguasai tugasan ini jika menjawab 1 hour / 1 jam (bahasa pengantar di sekolah) atau menulis angka 1
Item 24 Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
• Guru membaca situasi seperti dalam instrumen • Guru minta murid memberi jawapan • Murid menguasai tugasan ini jika menjawab RM6