modul_ppg_pim3106_pgsr_punya_02

Upload: rk9608

Post on 05-Apr-2018

495 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    1/181

    ii

    Cetakan Jun 2010Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

    MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJARYANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAMPENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAHSARJANA MUDA PERGURUAN.

    MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    2/181

    iv

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Falsafah Pendidikan Guru

    Notis Hak Cipta

    Kata-Alu-aluan Rektor

    i

    i

    ii

    iii

    kandungan iv

    Panduan Pelajar vi

    Pengenalan

    Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)

    vii

    viii

    Tajuk 1: Pengenalan konsep sirah dalam Islam

    1.0 Sipnosis

    1.1 Hasil Pembelajaran

    1.2 Kerangka Tajuk

    1.3 Konsep Sirah

    1.4 Objektif Pengajian Sirah

    1.5 Sumber Pengajian Sirah1.6 Keistimewaan Pengajian Sirah

    1.7 Tajuk-Tajuk secara umum dalam Pengajian

    Sirah

    Tajuk 2: Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan

    Islam sekolah rendah

    2.0 Sipnosis

    2.1 Hasil Pembelajaran

    2.2 Kerangka Tajuk2.3 Sebelum Kebangkitan Sebagai Nabi

    2.4 Pemasyhuran Kenabian dan Dakwah

    Islamiah

    2.5 Hijrah ke Madinah dan Peristiwa-Peristiwa

    Berkaitan

    1

    1

    1

    2

    2

    3

    45

    6

    9

    9

    9

    1010

    11

    11

    KANDUNGAN

    MUKASURAT

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    3/181

    v

    2.6 Pembukaan Kota Mekah dan Peristiwa-

    Peristiwa Berkaitan

    Tajuk 3: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah

    Rendah tahun 1 dan tahun 2

    3.0 Sipnosis

    3.1 Hasil Pembelajaran

    3.2 Kerangka Tajuk

    3.3. Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w.

    3.3.1 Sebelum Kelahiran3.3.2 Semasa Kelahiran

    3.3.3 Selepas Kelahiran

    3.3.4 Kesan Tanda-tanda Kenabian Nabi

    Muhammad s.a.w

    3.4. Salasilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w

    3.5. Penyususuan Nabi Muhammad s.a.w

    3.6. Nabi dididik dalam Masyarakat Desa

    3.6.1 Keadaan Masyarakat Arab Tempat NabiDibesarkan

    3.6.2 Tujuan Nabi di Hantar ke Desa

    3.6.3 Nilai-nilai Murni Masyarakat Desa

    3.6.4 Kesan Pembentukan Diri dan Pengalaman di

    Desa

    3.7. Kewafatan Bapa dan Ibu Nabi

    3.7.1 Peristiwa Kewafatan Bapa Nabi

    3.7.2 Peristiwa Kewafatan Ibu Nabi

    3.7.3 Kesan Kewafatan Bapa dan Ibu

    3.7.4 Menghargai Jasa Ibu Bapa

    3.7.5 Anak-anak Yatim di dalam Islam

    3.8. Kematian Datuk Nabi

    3.8.1 Pengalaman Nabi Bersama Datuk

    12

    14

    14

    15

    16

    16

    2021

    21

    22

    23

    26

    28

    28

    28

    29

    30

    31

    31

    32

    33

    35

    36

    37

    37

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    4/181

    vi

    3.8.2 Peristiwa Kematian Datuk Nabi

    3.8.3 Kesan Kematian Datuk ke atas Diri Nabi

    3.8.4 Pengajaran dari Peristiwa yangMendukacitakan Nabi

    3.8.5 Menyayangi Datuk dan Nenek

    3.9. Pemeliharaan Nabi Oleh Bapa Saudara

    3.9.1 Keperibadian Abu Talib

    3.9.2 Pengalaman yang Diperolehi Nabi semasa

    Bersama Beliau

    3.9.3 Keadaan Nabi di Pelihara oleh Bapa Saudara

    Baginda3.9.4 Kesan Pengalaman Nabi Bersama Bapa

    Saudaranya.

    Tajuk 4 : Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah

    Rendah tahun 3 dan tahun 4

    4.0 Sipnosis

    4.1 Hasil Pembelajaran

    4.2 Kerangka Tajuk4.3 Pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w

    4.3.1 Semasa Kecil Membantu Bapa Saudara

    4.3.2 Semasa Dewasa: Berniaga/ Usahawan

    4.4 Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w

    4.5 Peristiwa Hajarul Aswad

    4.6 Peristiwa Di Gua Hira

    4.6.1 Permulaan Wahyu

    4.6.2 Pengajaran Kisah

    4.7 Mukjizat al-Quran

    4.7.1 Makna al-Quran

    4.7.2 Mukjizat al-Quran

    4.8 Dakwah Nabi Muhammad s.a.w Secara Sulit dan

    Terang

    37

    38

    39

    40

    41

    41

    41

    42

    42

    45

    44

    45

    4646

    46

    48

    50

    54

    56

    56

    59

    60

    60

    61

    62

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    5/181

    vii

    4.8.1 Orang Terawal Memeluk Islam

    4.8.2 Dakwah Nabi Secara Sulit

    4.8.3 Dakwah Nabi Secara Terang-terangan4.8.4 Pengajaran Kisah

    Tajuk 5: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah

    Rendah tahun 5 dan tahun 6 Pengenalan konsep

    sirah dalam Islam

    5.0 Sipnosis

    5.1 Hasil Pembelajaran5.2 Kerangka Tajuk

    5.3 Peristiwa Isra dan Mikraj

    5.3.1 Sebelum Isra dan Mikraj

    5.3.2 Semasa Isra dan Mikraj

    5.3.3 Pengajaran Daripada Isra dan Mikraj

    5.4 Perjanjian Aqabah

    5.4.1 Perjanjian Aqabah Pertama

    5.4.2 Perjanjian Aqabah Kedua5.4.3 Pengajaran Kisah

    5.5 Hijrah Ke Madinah

    5.5.1 Latar Belakang Hijrah

    5.5.1 Faktor Berlakunya Hijrah

    5.6 Piagam Madinah

    5.6.1 Konsep Piagam Madinah dan Isi-isinya

    5.6.2 Kesan Positif Setelah Piagam Madinah

    Termeterai

    5.6.3 Pengajaran Daripada Pembentukan Piagam

    Madinah

    5.7. Perjanjian Hudaibiyah

    5.7.1 Latar Belakang Perjanjian dan Faktor-

    Faktornya

    63

    64

    6566

    69

    69

    6970

    70

    70

    71

    77

    79

    79

    8183

    84

    84

    85

    90

    90

    91

    92

    93

    93

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    6/181

    viii

    5.7.2 Hikmah Perjanjian Hudaibiyah

    5.8 Pembukaan Kota Suci Mekah

    5.8.1 Latar Belakang Sejarah Pembukaan Makkah5.8.2 Sebab-sebab yang Membawa Pembukaan

    Makkah

    5.8.3 Pihak Musyrikin Ingin Memperbaharui

    Perjanjian

    5.8.4 Pergerakan Tentera Islam Ke Arah Makkah

    5.9 Pembinaan Masjid Pertama

    5.9.1 Masjid Quba Masjid Pertama Dalam Islam

    5.9.2 Pembinaan Masjid Al-Nabawi5.9.3 Pengajaran Daripada Pembinaan Masjid

    Pertama

    5.10. Persaudaraan Muhajirin dan Ansar

    5.10.1 Konsep Program Persaudaraan

    5.10.2 Objektif Program Persaudaraan

    5.10.3 Pengajaran Daripada Program Persaudaraan

    5.11 Pembentukan Negara Madinah

    5.11.1 Langkah-Langkah Bagi PembentukanNegara

    5.11.2 Analisa Umum Pembentukan Negara dan

    Piagamnya

    5.12 Perkembangan Islam di Zaman Nabi s.a.w

    5.12.1 Senario Selepas Pembukaan Kota Makkah

    5.12.2 Pengajaran Daripada Sirah

    5.13 Haji Perpisahan dan Kewafatan Nabi

    5.13.1 Haji Perpisahan

    5.13.2 Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W

    Tajuk 6: Aplikasi Strategi pengajaran dan pembelajaran

    sirah tahun 1- 6.

    6.0 Sipnosis

    96

    97

    9797

    100

    103

    111

    111

    114116

    117

    117

    118

    120

    122

    122

    123

    125

    125

    128

    129

    129

    132

    134

    134

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    7/181

    ix

    6.1 Hasil Pembelajaran

    6.2 Kerangka Tajuk

    6.3 Konsep Pendekatan, kaedah, strategi dan teknik6.4 Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah

    Rendah

    6.5 Tajuk-tajuk Sirah Tahun 1 hingga Tahun 6 :

    6.6 Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah

    6.6.1 Kaedah Bercerita

    6.6.2 Kaedah Perbincangan

    6.6.3 Kaedah Lakonan

    6.7 Huraian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

    Sirah

    6.8 Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

    Sekolah Rendah

    6.9 Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

    Sirah

    6.9.1 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan

    Pembelajaran Sirah Tahun 1

    6.9.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan

    Pembelajaran Sirah Tahun 2

    6.10 Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Sirah

    134

    135

    135136

    138

    139

    141

    145

    146

    149

    152

    155

    155

    158

    161

    Bibliografi 165

    Panel Penulis Modul

    Panel Pemurni Modul

    167

    168

    Ikon Modul 169

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    8/181

    iii

    KATA ALU-ALUAN REKTOR

    Bismillahi al-Rahmani al-Rahim,

    Syukur Alhamdulillah kerana Institut Pendidikan Guru Kementerian PelajaranMalaysia (IPG KPM) telah berjaya memulakan sesi pengajian Ijazah SarjanaMuda Perguruan kepada guru-guru dalam perkhidmatan melalui ProgramPensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Kohort pertama PGSR bermuladengan Ambilan November 2008. Kejayaan melaksanakan programpensiswazahan guru dalam perkhidmatan ini mencipta suatu lakaran sejarahbaru kepada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Bahagian Pendidikan Guru(BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Buku Panduan Pembelajaran untuk Program Pensiswazahan Guru SekolahRendah ini disediakan bagi membantu pelajar mengurus dan melaksanakanpembelajaran kendiri selaras dengan keperluan sukatan pelajaran peringkatijazah. Pengurusan pembelajaran kendiri merupakan sebahagian daripada waktupembelajaran pelajar-pelajar di peringkat ijazah seperti mana yang dikehendakioleh Malaysian Qualification Framework(MQF) untuk tujuan Jaminan Kualiti.

    Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah adalah secaramod Kursus Dalam Cuti (KDC) yang memerlukan pelajar berinteraksi secarabersemuka yang berlangsung sewaktu cuti persekolahan dan meneruskanpembelajaran secara kendiri apabila pelajar kembali bertugas di sekolah semula.Buku Panduan Pembelajaran ini juga membantu pelajar melaksanakanpengajian akademik mengikut spesifikasi kurikulum yang ditetapkan oleh IPGKPM dan Bahagian Pendidikan Guru.

    Tugasan terarah yang disediakan di dalam Buku Panduan Pembelajaran inimembantu pelajar memahami kandungan kursus yang mereka ikuti danmemperoleh pengalaman pembelajaran secara optimum. Memang menjadihasrat IPG dan BPG untuk melahirkan guru-guru berijazah yang profesional danberkualiti.

    Saya percaya Buku Panduan Pembelajaran ini dapat membantu dan mendorongpelajar melalui proses pembelajaran dengan berkesan demi mencapai matlamat

    program ini.

    Sekian, selamat maju jaya.

    RektorInstitut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    9/181

    x

    Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agaranda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untukbelajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkintidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluangkepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumberpembelajaran, dan masa anda.

    Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

    Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

    Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksibersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajukdalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modulini.

    Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkankepada anda makna-makna ikon tersebut.

    Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

    Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan

    diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi keperpustakaan.

    2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

    pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membacamodul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yangdicadangkan.

    3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengirasasaran pembelajaran anda.

    4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahamipembacaan anda.

    5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima.

    6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

    7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

    PANDUAN PELAJAR

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    10/181

    xi

    Pengenalan Modul

    Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Pedagogi Pendidikan Islam

    Sekolah Rendah (KBSR) untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

    (PGSR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Ia ditulis sebagai

    bahan pembelajaran untuk membantu anda mendapatkan maklumat dan

    menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri.

    Modul ini dibina dalam bentuk tajuk, di mana setiap tajuk dipecahkan kepada sub

    tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri pelaja

    Tajuk 1: Pengenalan konsep sirah dalam Islam

    Tajuk 2: Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah

    Tajuk 3: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan

    Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 1 dan tahun 2Tajuk 4: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan

    Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 3 dan tahun 4

    Tajuk 5: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam SukatanPelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 5 dan tahun 6

    Tajuk 6: Aplikasi Strategi pengajaran dan pembelajaran sirah tahun 1- 6.

    Tajuk 7: Penyediaan rancangan pengajaran sirah tahun 1-6

    Tajuk 8: Amali Pengajaran Sirah dan Aplikasi Bahan Sumber Pengajaran

    Sirah Sekolah Rendah

    Di akhir setiap unit ,disediakan beberapa soalan penilaian untuk mengukur sejauh mana

    kefahaman pelajar terhadap isi modul. Pelajar dikehendaki menyediakan jawapan

    kepada soalan-soalan tersebut yang mana akan dibincangkan bersama dengan

    pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul

    ini, pelajar digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi

    menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang disediakan.

    ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH!Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3106

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    11/181

    xii

    AGIHAN TAJUK

    Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15/30 jaminteraksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksibersemuka atau pembelajaran melalui modul.

    (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    12/181

    xiii

    Bil. Tajuk/Topik InteraksiBersemuka

    (jam)

    Modul(jam)

    Jum.Jam

    1 Pengenalan konsep sirah dalam Islam- Definisi konsep sirah- Perbezaan Sirah dan sejarah- Kepentingan sirah

    2 2 4

    2 Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islamsekolah rendah

    - Konsep sirah dalam Pendidikan Islam- Asas pelajaran sirah- Pengenalan tajuk pelajaran sirah- pelaksanaan pelajaran sirah sekolah rendah.- Kesan pengajaran sirah

    2 2 4

    3Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalamSukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendahtahun 1 dan tahun 2

    - Perincian isi kandungan tahun 1 dan 2

    6 3 9

    4 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalamSukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendahtahun 3 dan tahun 4

    - Perincian isi kandungan tahun 3 dan 4

    6 3 9

    5 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalamSukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendahtahun 5 dan tahun 6

    - Perincian isi kandungan 5 dan 66 3 9

    6 Aplikasi Strategi pengajaran dan pembelajaran sirah

    tahun 1- 6.- Strategi dan pendekatan pengajaran sirah- Kaedah dan teknik pengajaran sirah

    - Aplikasi kaedah yang sesuai untukpengajaran sirah

    6 2 8

    7 Penyediaan rancangan pengajaran sirah tahun 1- 6 :- Rancangan pengajaran Harian (RPH)- Penjelasan umum mengenai konsep

    rancangan kerja :- Semester- Mingguan- Harian

    - Refleksi dan Penambah-baikan.- Permurnian RPH untuk pengajaran makro

    7 7

    8 Amali Pengajaran Sirah dan Aplikasi Bahan SumberPengajaran Sirah Sekolah Rendah

    - Pelaksanaan pengajaran tahun 1 hinggatahun 6

    - Mengaplikasikan bahan-bahan pengajaransirah tahun 1 hingga tahun 6

    - Refleksi pengajaran.

    10 10

    JUMLAH 45 15 60

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    13/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    1

    TAJUK 1 PENGENALAN KONSEP SIRAH DALAM ISLAM

    1.0 SINOPSIS

    Dalam tajuk ini akan membincangkan mengenai konsep sirah menurutIslam. Ia merangkumi perbezaan antara sirah dan sejarah, sumberpengajian sirah, objektif pengajian, keistimewaan sirah dankandungan pengajian sirah secara umum.

    1.1 HASIL PEMBELAJARAN

    Melalui pengajian tajuk ini, para pelajar akan dapat menguasai beberapaperkara seperti berikut ;

    1. Menguasai dan menerangkan perbezaan antara sirah dan sejarahdengan baik bersama hujah-hujah.

    2. Menyenarai dan menjelaskan sumber-sumber pengajian sirahdalam Islam.3. Menguasai dan menjelaskan objektif dan keistimewaan sirah dalam

    Islam.4. Memahami dan menghuraikan kandungan isi dalam subjek

    pengajian sirah dengan baik

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    14/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    2

    1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

    1.3 Konsep Sirah

    Perkataan berasal daripada perkataan ( kata kerja kala lepas),

    (kata kerja kala kini) dan (kata nama terbitan). Ia bermaksud

    perjalanan.

    Sementara maksud dari segi istilah pula ialah satu pengajian yang bukan

    sekadar mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, melihat kebaikan dan

    kelemahannya. Sebaliknya ia mengkaji peribadi Nabi saw dalam bentuk realiti

    hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hukum-

    hukumnya.

    Oleh itu, jika dibandingkan dengan pengajian sejarah kedua-duanya mempunyai

    perbezaan yang nyata, di mana pengajian sejarah pula ia merupakan satu

    pengajian yang mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, mengkaji kekurangan dan

    kebaikan yang terdapat dalamnya.

    Keistimewaan

    Pengajian Sirah

    Sumber Pengajian

    SirahTopik-Topik

    Pengajian Sirah

    Secara Umum

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    15/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    3

    1.4 Objektif Pengajian Sirah

    Pengajian sirah bukan sahaja mengkaji peristiwa dan mengabaikan

    pengajaran yang terdapat di dalamnya, sebaliknya pengajian ini lebih

    kepada meletakkannya sebagai asas dan panduan dalam hidup. Oleh itu,

    melalui pengajian sirah ini, beberapa objektif berikut akan tercapai ;

    1. Memahami peribadi Nabi saw yang meliputi kehidupan hariannya untuk

    mengukuhkan kefahaman bahawa Nabi saw bukan sahaja seorang yang

    yang hebat dalam kalangan kaumnya, malahan baginda juga mendapat

    bimbingan daripada Allah sebelum kerasulannya.

    2. Orang ramai (manusia seluruhnya) akan mendapati contoh teragong

    dalam kehidupan mereka.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    16/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    4

    3. Untuk memahami al-Quran dan menjiwai roh dan tujuannya, kerana

    terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa yang

    dilalui oleh Nabi saw.

    4. Memahami Islam dengan tepat sama ada yang berkaitan dengan aqidah,

    perundangan dan akhlak.

    5. Menjadi contoh dan teladan kepada para pendakwah Islamiah dan para

    guru dalam proses dakwah dan tarbiah.

    1.1 Berdasarkan pengajian dan pengalaman anda, bincangkan secara

    terperinci objektif pengajian sirah yang diamalkan dari dahulu sehingga

    sekarang

    1.5 Sumber Pengajian Sirah

    Pengajian Sirah tidak sama dengan pengajian sejarah. Objkektif utama

    pengajian sirah adalah untuk menjadikan Nabi saw sebagai model dan

    contoh kepada umatnya. Oleh itu sumber pengajiannya pastinya adalah

    yang terbaik dan dan tanpa keraguan. Para ulama menggariskan sumber -

    sumber berrikut dalam pengajian sirah.

    a) Al-Quran

    Ia merupakan sandaran utama dalam memahami ciri-ciri umum mengenai

    kehidupan Nabi saw

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    17/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    5

    b) Al-Hadith Nabi saw

    Kitab-kitab yang ditulis para Muhaddithin yang terkenal kebenaran danamanah mereka.

    c) Syair zaman kenabian

    Terdapat ramai kalangan orang-orang Mukmin yang menjadi penyair

    mempertahankan Nabi saw daripada cercaan dan tomohan penyair

    Musyrikin

    d) Buku-buku sirah

    Terdapat banyak buku-buku sirah yang ditulis oleh para penulis Islam

    yang terkenal dengan amanah dan kebenarannya. Antara mereka ialah

    Sirah Ibn Hisyam, al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir.

    1.6 Keistimewaan Pengajian Sirah

    Pengajian sirah bukan semata-mata menumpukan kepada peristiwa-peristiwa

    yang berlaku, sebaliknya pengajaran dan pengiktibaran yang lebih diutamakan.

    Oleh demikian terdapat beberapa keistimewaan tersendiri berbanding dengan

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    18/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    6

    pengajian-pengajian disiplin ilmu lain. Antara keistimewaan tersebut adalah

    seperti berikut ;

    i. Ia merupakan sirah yang paling sahih mengenai sejarah Nabi saw. Sirah

    tersebut diriwayatkan dengan kaedah ilmiah yang paling kuat lagi tepat. Ia

    langsung tidak meninggalkan sebarang keraguan mengenai peristiwa-

    peristiwa terkemuka.

    ii. Kehidupan Nabi saw begitu jelas sekali dalam setiap peringkat. Bermula

    dengan perkahwinan bapanya dan ibunya sehingga ke zaman kewafatan

    Nabi saw. Segala-galanya diceritakan dengan begitu jelas.iii. Sirah Nabi saw diceritakan sebagai seorang manusia dimuliakan oleh

    Allah swt dengan penganugerahan risalah dakwah. Ia tidak keluar

    daripada batasan seorang manusia dan tidak juga diselaputi dengan

    dongengan-dongengan melampau serta tidak juga dikaitkan dengan unsur

    ketuhanan pada diri Nabi saw.

    iv. Sirah Nabi saw meliputi semua aspek kemanusiaan. Ia menceritakan

    kehidupan Nabi semasa kecil sebelum dibangkitkan dengan risalahNya,

    Nabi sebagai pendakwah, sebagai ketua negara,sebagai suami,bapa dan

    sebagainya.

    v. Sirah Nabi saw satu-satunya sumber benar dan tepat yang menceritakan

    tentang bukti kenabian dan kerasulannya.

    1.7 Tajuk-Tajuk secara umum dalam Pengajian Sirah

    Antara kandungan Pengajian Sirah

    a) Daripada kelahiran sehingga kebangkitan

    i. Keturunan, kelahiran dan penyusuan.

    ii. Kunjungan pertama ke negeri Syam dalam mencari rezki

    iii. Perniagaan dengan harta Khadijah

    iv. Penyertaan dalam pembinaan Kaabah

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    19/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    7

    v.

    vi. Penerimaan Wahyu

    b) Daripada kebangkitan sehingga Hijrah

    i. Peringkat-peringkat dakwah

    ii. Dakwah secara sembunyi

    iii. Dakwah secara terbuka

    iv. Penderitaan

    v. Penghijrahan pertama

    vi. Rombongan pertama berjumpa Nabi saw

    vii. Tahun dukacita

    viii. Hijrah al-Rasul ke Taif

    ix. Al-Isra dan Mikraj

    x.

    xi.

    xii. Hijrah ke Madinah

    xiii. Mendatangi rumah Abu Ayyub

    c) Asas pembinaan masyarakat baru

    i. Pembinaan masjid

    ii. Persaudaraan sesama Islam

    iii. Penulisan perjanjian

    d) Peringkat peperangan

    i. Peperangan pertama yang dihadiri Nabi saw

    ii. Peperangan Badar pertama

    terhadap orang Islam

    iii. Peperangan Ahud

    iv. Yawm al- - ah

    v. Bani al-Nadhir

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    20/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    8

    Cuba anda fikir dan bincang dengan rakan anda mengenai bahan-bahan

    rujukan dalam pengajian sirah tradional dan bahan-bahan kontemporary.

    vi. Peperangan Bani al-Mustalaq

    vii. Peperangan al-Ahzab (al-Khandaq)

    viii. Peperangan Bani Qurayzah

    e) Pembukaan Kota Mekah

    i. Perjanjian Hudaybiyyah

    ii. -Ridhwan

    iii. Peperangan Khaybar

    iv. Kepulangan Jaafar bin Abu Talib dari Habasyah

    v.vi. Pe

    vii. Pembukaan Kota Mekah

    viii. Peperangan Hunaian

    ix. Peperangan Tabuk

    x. Abu Bakar menunaikan haji bersama orang ramai

    xi. Masjid Dhirar

    xii. Rombongan Thaqif memeluk Islam

    xiii. Beberapa golongan memeluk Islam

    xiv.

    xv. Utusan Nabi saw kepada orang ramai untuk mengajar Islam

    xvi. Usamah bin Zayd diutuskan ke al-

    xvii. Rintihan dan Kewafatan Nabi saw.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    21/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    9

    TAJUK 2 SIRAH DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN

    ISLAM SEKOLAH RENDAH

    2.0 SINOPSIS

    Dalam bahagian ini akan membincangkan tajuk-tajuk Pendidikan

    Sirah yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah.

    2.1 HASIL PEMBELAJARAN

    Melalui pengajian bahagian ini, diharapkan para pelajar akan dapat

    menguasai beberapa perkara seperti berikut ;

    1. Menguasai dan menerangkan tajuk-tajuk Pendidikan Sirah yang akan

    dipelajari oleh murid Sekolah Rendah.

    2. Menyenarai dan menjelaskan pembahagian tajuk-tajuk Pendidikan Sirah

    dengan baik.

    3. Menguasai dan menjelaskan isi-isi dan kandungan setiap tajuk PendidikanSirah dengan baik.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    22/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    10

    2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

    2.3 Sebelum Kebangkitan Sebagai Nabi

    Nabi Muhammad saw. Adalah manusia luar biasa. Kehidupan baginda amatberbeza daripada manusia lain dari dahulu sehingga sekarang. Oleh demikian

    dalam bahagian ini pelajar akan didedahkan dengan tajuk-rajuk yang berkaitan

    dengan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan kehidupan Nabi saw sebelum

    dibangkit menjadi Nabi/Rasul saw. Antara tajuk-tajuk berikut adalah seperti

    berikut.

    1. Tanda-tanda kenabian2. Salasilah keturunan Nabi3. Penyusuan dan Pemelihraan Nabi4. Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni5. Kematian bapa dan ibu Nabi6. Kematian Datuk7. Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara8. Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa9. Pekhawinan Nabi10. Peritiwa Hajarul al-Aswad

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    23/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    11

    2.4 Pemasyhuran Kenabian dan Dakwah Islamiah

    Tajuk ini adalah bahagian kedua daripada perjalanan kenabian. Dalam bahagian

    ini perbincangan tertumpu kepada beberapa peristiwa yang berkaitan dengan

    tajuk-tajuk berikut.

    1. Peristiwa di Gua Hira2. Mukjizat Al-Quran3. Dakwah Rasulullah (sulit dan terang)

    4. Hijrah ke Habsyah5. Pembesar Mekah terima Rasulullah6. Tentangan terhadap Rasulullah7. Israk dan Mikraj8. Perjanjian Aqabah

    2.5 Hijrah ke Madinah dan Peristiwa-Peristiwa Berkaitan

    Dalam bahagian ini perbincangan tertumpu kepada beberapa tajuk yangberkaitan dengan peristiwa besar Hijrah dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan

    dengannya. Antara tajuk-tajuk tersebut adalah seperti berikut.

    1. Hijrah ke Madinah2. Pembinaan Masjid pertama3. Persaudaraan Muhajirin dan Ansar4. Pembentukan Negara Madinah5. Mempertahankan Madinah

    6. Piagam Madinah7. Perjanjian Hudaibiah

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    24/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    12

    2.6 Pembukaan Kota Mekah dan Peristiwa-Peristiwa Berkaitan

    Dalam bahagian ini, para pelajar akan didedahkan dengan beberapa tajuk yang

    berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pembukaan kota

    Mekah sehingga kewafatan Nabi saw. Antara tajuk-tajuk yang berkaitan dengan

    bahagian ini adalah seperti berikut.

    1. Pembukaan Kota Mekah2. Perkembangan Islam Zaman Rasul3. Haji Wida4. Kewafatan Rasulullah S.A.W.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    25/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    13

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    26/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    14

    TAJUK 3ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SIRAH DALAM

    SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH

    RENDAH TAHUN 1 DAN 2

    3.0 SINOPSIS

    Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih dan membincangkan

    mengenai isi kandungan sirah Tahun Satu dan dua. Kandungan sirah Tahun

    satu yang akan dibincangkan adalah mengenai sirah Nabi pada peringkat awal

    iaitu mengenai tanda-tanda kenabian Rasulullah s.a.w yang berlaku sebelumdan selepas baginda dilahirkan. Kemudian, kita akan membicarakan pertalian

    nasab Rasulullah s.a.w yang sewajarnya kita mengetahuinya supaya kita dapat

    melihat susur galur nasab Nabi Muhammad s.a.w yang sampai kepada Nabi

    Ismail a.s. Pendedahan yang terakhir dalam topik sirah Tahun Satu ini adalah

    berkaitan dengan penyusuan baginda yang banyak pengajaran dapat kita ambil.

    Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalan sirah tahun dua adalah berkaitan

    peristiwa awal yang berlaku dalam kehidupan nabi khususnya berkaitan dengan

    kehidupan baginda semasa masih kecil di desa. Ia juga akan membincangkan

    kesan peristiwa kematian bapa dan ibu nabi serta kehidupan baginda bersama

    datuk dan bapa saudara terutamanya yang berkaitan tentang kesan

    pemeliharaan mereka terhadap kehidupan baginda.

    Di harapkan melalui pembacaan tajuk-tajuk tersebut akan membantu pelajar-

    pelajar sekelian memahami isi kandungan pelajaran sirah tahun satu dan dua

    dan menganalisis sukatan pelajaran sirah bagi tahun satu dan dua.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    27/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    15

    3.1 HASIL PEMBELAJARAN

    1. Mengenalpasti tajuk-tajuk sirah tahun satu dan tahun dua

    2. Memperincikan dan menghuraikan isi kandungan sirah dalam sukatan

    pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah tahun satu dan dua

    3. Merumuskan pengajaran yang dapat diteladani dari pelajaran sirah tahun

    satu dan dua.

    4. Mengaplikasi teknik mengajar dengan berkesan;

    5. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan topik.

    Pelajar-pelajar sekelian, Sebelum anda meneroka tajuk-tajuk Sirah secara

    terperinci , Anda perlu menganggap bahawa pelajaran bahagian sirah

    merupakan bahagian yang paling mudah untuk diterangkan kepada para pelajar.

    Ini kerana para guru amat mudah menerangkannya melalui bentuk cerita, nasyid,

    syair dan lakonan yang amat diminati pelajar. Ini akan membantu guru

    melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian sejauh

    mana kefahaman pelajar berkaitan dengan tajuk yang telah diajar. Pelajaran

    Sirah lebih berbentuk cerita dan pengamalan. Justeru itu, kita mudah menilai

    sejauh mana penghayatan seorang pelajar terhadap Sirah Nabawiyyah. Oleh itu,

    para guru perlu menerangkan konsep asas Sirah dengan cara mudah dan jelas

    seperti bercerita dan bernasyid supaya pelajar mudah memahami serta

    menghayatinya.

    Perbincangan seterusnya adalah mengenai tajuk-tajuk sirah tahun satu dan

    tahun dua. Pelajaran sirah tahun satu sepertimana dalam peta minda berikut;

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    28/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    16

    3.2 KERANGKA TAJUK

    Peta minda di atas menyatakan topik-topik yang akan dibincangkan dalam sirah

    tahun satu dan tahun dua. Namun begitu, jangan anda mengambil mudah

    tentang topik-topik itu, kerana sebagaimana yang saya jelaskan bahawa bukan

    sahaja cerita yang hendak kita fahami dengan baik tetapi juga pengajaran di

    sebalik peristiwa yang berlaku. Ini akan membantu anda semasa proses

    pengajaran.

    3.3 TANDA-TANDA KENABIAN NABI MUHAMMAD S.A.W

    Saya akan memberikan hasil pembelajaran pada setiap topik yang kita

    bincangkan supaya anda nampak skop perbincangan dan bersesuaian dengan

    kehendak huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam:

    Sukatan Pelajaran Sirah

    Tahun 2Tahun 1

    Salasilah Keturunan NabiMuhammad s.a.w

    Tanda-tanda Kenabian NabiMuhammad s.a.w

    Nabi dididik dalamMasyarakat Desa

    Kewafatan Bapa dan Ibu Nabi

    Penyususuan NabiMuhammad s.a.w

    Kematian Datuk Nabi

    Pemeliharaan Nabi OlehBapa Saudara

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    29/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    17

    Sebelum kita membicarakan tentang tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad

    s.a.w, adalah lebih baik kita menceritakan latar belakang kelahiran baginda s.a.w.

    Nabi Muhammad bin Abdullah merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh

    Allah s.w.t kepada sekelian umat hingga hari kiamat. Baginda menjadi yatim

    semasa dua bulan dalam kandungan ibunya, kerana bapanya Abdullah bin Abdul

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    30/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    18

    Muththalib telah wafat di Yathrib. Baginda dilahirkan di kota Mekah pada hari

    Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah, yakni tahun dimana Abraham atau Abrahah

    al-Asyram berusaha menyerang Mekah dan menghancurkan kabah. Peristiwa

    ini telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Fil:

    Maksudnya: Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi MahaPenyayang. Apakah kamu tidak memperhati kan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah. 1. Bukankah Diatelah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan kabah)itu sia-sia 2. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yangberbondongbondong 3. Yang melempari mereka dengan batu yang

    berasal dari tanah yang terbakar 4. Lalu Dia menjadikan merekaseperti daun-daun yang dimakan ulat 5.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    31/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    19

    Buku Rujukan

    Kisah Abrahah memang sudah diketahui umum, kerana adanya banyak kitab-

    kitab tafsir yang menceritakan tentang kisahnya; Saya mencadangkan anda

    supaya membaca kisahnya di dalam kitab-kitab yang mutabar seperti Tafsir

    Ibn Kathir, Tafsirul Munir, Tafsir Pimpinan ar-Rahman dan sebagainya

    sebagai bahan rujukan anda dalam memahami kisah ini.

    Saya akan menjelaskan kepada anda berkenaan dengan tanda-tanda kenabian

    yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Baginda s.a.w dilahirkan. Semasa

    anda memberi penerangan kepada murid, anda perlu menekankan ketiga

    keadaan ini supaya mereka dapat melihat tanda-tanda kenabian yang berlaku

    kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan lebih jelas dan tersusun. Di bawah ini

    saya tunjukkan secara grafik bagi membantu anda dalam memahami perkara di

    atas:

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    32/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    20

    Dari grafik di atas, kita akan bincangkan kesemua peringkat masa (sebelum,

    semasa dan selepas kelahiran). Anda perlu memahami peristiwa yang berlaku

    dan yang lebih penting lagi adalah mengetahui pengajaran disebalik peristiwayang berlaku.

    3.3.1 Sebelum Kelahiran

    (a) Api Sembahan Kaum Majusi di Parsi Terpadam

    Kaum majusi adalah golongan yang menyembah api, mereka menggangap api

    adalah tuhan mereka. Di Parsi (Iran) mereka telah membina satu obor yang

    besar dan api yang mereka nyalakan di dalam obor berkenaan menjadi tuhan

    mereka dan meyakini bahawa api tersebut tidak akan padam buat selama-

    lamanya. Namun tanggapan mereka silap kerana semasa Nabi s.a.w hendak

    dilahirkan, secara tiba-tiba api sembahan mereka terpadam dan ini

    menyebabkan semua masyarakat Parsi terkejut, maka rahib mereka menyatakan

    bahawa ia adalah suatu petanda satu perkara besar telah berlaku.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    33/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    21

    (b) Aminah Bermimpi Supaya Anak dalam Kandungan Diberi Nama

    Muhammad

    Ibu kepada Nabi s.a.w, Aminah bt. Wahab adalah seorang wanita yang solehah,

    beliau kerap bermimpi bertemu dengan seorang berjubah putih dan meminta

    beliau memberi nama anak dalam kandungannya dengan nama Muhammad

    (yang terpuji). Sememangnya nama itu tidak ada sebelum kelahiran baginda

    s.a.w. Apabila baginda dilahirkan, semua orang memuji nama tersebut kerana

    keindahannya dan belum ada seorang pun waktu itu yang bernama Muhammad.

    3.3.2 Semasa Kelahiran

    Sewaktu Baginda dilahirkan, telah berlaku perkara yang luar biasa (mukjizat) ke

    atas Nabi s.a.w iaitu:

    a) Kedua tapak tangan Baginda melekap di atas bumi dan kepala Baginda

    mendongak ke langit.

    b) Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan.

    c) Baginda bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, dijawab oleh malaikat

    yarhamukaLLah dan Baginda menjawab lagi yahdina

    wayahdikumuLLah.

    3.3.3 Selepas Kelahiran

    (a) Dada Baginda s.a.w Dibedah

    Sewaktu kecil, Baginda s.a.w telah di jaga oleh ibu susuannya iaitu Halimatus

    Sadiah dari kabilah Saad. Suatu hari ketika Baginda sedang bermain dengan

    kawan-kawannya, telah datang kepadanya seorang lelaki (malaikat Jibril a.s)

    bertemu dengan Baginda. Orang itu membaringkan Baginda dan telah

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    34/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    22

    membedah dada Baginda tanpa bantuan alatan moden, dikeluarkan hati Baginda

    dan dibasuh dengan air zam-zam dalam bekas emas. Kanak-kanak yang sedang

    bermain bersama Baginda merasa ketakutan lalu pergi memberitahu peristiwa

    yang berlaku kepada Halimatus Sadiah. Terkejut dengan cerita yang sukar

    dipercayai itu, Halimatus Sadiah telah bergegas mendapatkan Muhammad s.a.w,

    apabila beliau sampai di tempat kejadian, orang yang membedah dada Baginda

    sudah tiada dan Muhammad s.a.w kelihatan terkejut dengan apa yang terjadi

    kepada Baginda. Selepas peristiwa berkenaan, Halimatus Sadiah dengan berat

    hati telah menghantar Baginda s.a.w ke pangkuan ibunya kerana bimbang

    peristiwa sama akan berulang kembali.

    (b) Kumpulan Awan Memayungi Baginda Ketika Berjalan

    Nabi s.a.w sentiasa berjalan dan dipayungi oleh awan, inilah satu mukjizat

    terhadap Baginda. Sebagaimana yang diceritakan oleh Maysarah, orang

    kepecayaan Khadijah, semasa mengikuti rombongan perniagaan ke Syam

    bersama Nabi s.a.w. Beliau menyatakan bahawa semasa dalam perjalanan

    bersama Muhammad s.a.w keadaan di sekitarnya redup kerana dibayangi oleh

    awan yang sentiasa mengekori Baginda s.a.w.

    3.3.4 Kesan Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w

    i. Kesan Terhadap Keluarga Baginda

    (a) Mereka mengagumi dengan tanda-tanda kelahiran Baginda.

    (b) Keluarga sentiasa menjaga kedudukan Baginda.

    (c) Memberi sokongan dan perlindungan kepada Baginda.

    Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali Allah akan berselawat

    (merahmati) kepadanya sepuluh kali (Maksud Hadis).

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    35/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    23

    ii. Kesan Terhadap Masyarakat Arab

    (a) Bangsa Arab turut kagum dengan tanda-tanda kelahiran Baginda.

    (b) Mengakui keistimewaan dari Baginda s.a.w

    (c) Memudahkan masyarakat mempercayai Baginda.

    3.4 SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W

    Hasil Pembelajaran

    Nasab keturunan adalah satu ilmu dalam masyarakat Arab, ilmu Nasabadalah

    merupakan satu ilmu untuk mengenal keturunan. Sebab itulah dalam topik ini

    kita akan melihat nasab Rasulullah s.a.w yang dikatakan nasabyang terbaik dan

    sampai nasabnya kepada Nabi Ismail a.s. Nasab baginda s.a.w ialah

    Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthathalib bin Hashim bin Abdul

    Manaf bin Qushayyi bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    36/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    24

    Fihr bin Malik bin an-Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin

    Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Muiddu bin Adnan.

    Inilah batas nasabRasulullah s.a.w yang telah disepakati. Selebihnya dari yang

    telah disebutkan masih diperselisihkan. Tetapi yang disepakati bahawa Adnan

    adalah salah seorang dari anak Ismail a.s bin Ibrahim a.s Khalilullah. NasabNabi

    s.a.w yang disebutkan di atas adalah nasab yang umum, sekarang saya nak

    tunjukkan bagaimana nasab bapa dan ibu Nabi s.a.w bertemu. Untuk

    memudahkan anda saya akan menerangkan dalam bentuk grafik:

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    37/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    25

    Kalau kita perhatikan kepada perkembangan nasab Nabi Muhammad s.a.w, kita

    akan dapati bahawa Allah s.w.t telah memilih baginda dari qabilah yang paling

    bersih, keturunan yang paling suci dan utama. Tiada sedikit pun kecacatan

    jahiliyyah yang menyusup masuk dalam nasab Baginda.

    Imam Muslim telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Rasulullah s.a.w.

    Baginda telah bersabda yang bermaksud:

    Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari anak Ismail dan memilihQuraisy dari Kinanah, kemudian memilih Hasyim dari Quraisy, dan memilih ku

    dari Bani Hasyim.

    Dalam hadis di atas, membuktikan bahawa Allah mengutamakan bangsa Arab

    dari semua manusia, dan mengutamakan Quraisy dari semua qabilah yang lain.

    Ketahuilah, bahawa diantara maksud mencintai Rasulullah s.a.w itu adalah

    termasuk juga mencintai kaum dan qabilah di mana baginda s.a.w dilahirkan,

    bukan dari segi individu dan jenis tetapi dari segi hakikat semata. Ini kerana

    hakikat Arab Quraisy telah mendapat kehormatan dengan bernasabnya

    Rasulullah s.a.w kepada qabilah tersebut.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    38/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    26

    3.5 PENYUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W

    Setelah dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah menyusu dari ibunya selama tiga hari,

    kemudian baginda telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaituThuwabatul Islamiyyah selama beberapa hari. Abu Jahal gembira dengan

    keadaan itu dan telah memerdekakannya. Selepas daripada itu baginda s.a.w

    telah disusui pula oleh HalimatusSadiah selama empat tahun. Kisah penyusuan

    yang paling masyhur ialah kisah penyusuan Rasulullah s.a.w dengan ibu

    susuannya Halimatus Sadiah.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    39/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    27

    Secara ringkasnya, saya memberikan sedikit sinopsis untuk anda memahami

    kisah penyusuan baginda dengan Halimatus Sadiah. Sememangnya menjadi

    budaya orang Arab bangsawan akan menyerahkan anak-anak mereka kepada

    orang-orang kampung untuk disusui bila mereka melahirkan anak. Golongan

    bangsawan Arab menghantar anak-anak mereka ke kampung-kampung adalah

    bertujuan:

    1. Memberi biahyang segar di kampung.

    2. Melatih mereka dengan bahasa Arab yang fasih.

    3. Mengajar anak-anak dengan sifat keberanian.

    Puak Bani Saad termasuklah Halimatus Sadiah telah datang mencari anak kecil

    untuk disusui, akhirnya beliau mendapat seorang anak yatim yang bernama

    Muhammad. Semasa membawa Nabi s.a.w pulang ke rumahnya, beliau

    mendapati payudaranya yang sebelah kanan penuh berisi susu, sedangkan

    sebelum ini, ia memang tiada susu. Semenjak Nabi Muhammad s.a.w tinggal

    bersamanya banyak berlaku perkara-perkara yang luar biasa, diantaranya ialah

    kambing ternakannya membiak dengan banyaknya dan juga peristiwa dada Nabi

    s.a.w dibedah.

    Membuat Nota

    Rehat dulu !

    Perbincangan seterusnya adalah mengenai tajuk-tajuk sirah tahun dua. Anda

    boleh rehat dulu.

    Sila buat satu catatan berupa sirah dalam tiga topik yang dibincangkan di

    atas.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    40/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    28

    3.6 NABI DIDIDIK DALAM MASYARAKAT DESA

    3.6.1 Keadaan Masyarakat Arab Tempat Nabi Dibesarkan

    Nabi dibesarkan dalam suasana masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai murni

    dan berakhlak mulia. Menjadi kebiasaan masyarakat di desa hidup

    dalamkeadaan bersatu padu dan berkerjasama antara satu sama lain serta

    mempunyai ikatan persaudaraan yang kukuh dan kuat.

    Di samping itu, masyarakat desa juga diasuh dengan akhlak yang mulia.Kehidupan di desa mengajar masyarakatnya hidup berdikari, mempunyai

    perasaan bertanggungjawab serta melahirkan insan yang mempunyai jati diri.

    Mereka juga menguasai bahasa Arab begitu baik berbanding dengan

    masyarakat kota.

    Justeru itu, masyarakat desa terkenal dengan lembut tutur kata, mempunyai

    perasaan timbang rasa serta bersifat amanah dan sabar dalam menghadapi

    ujian dan cabaran hidup. Di samping itu, masyarakat desa juga dapat menguasai

    bahasa Arab dengan baik, pandai mengembala kambing serta pergaulan yang

    baik dalam masyarakat. Oleh itu, Nabi telah diasuh dan dibesarkan dalam

    suasana masyarakat yangberakhlak mulia dan dipenuhi dengan nilai-nilai murni

    yang memberikan kesan yang amat baik kepada kehidupan Nabi.

    3.6.2 Tujuan Nabi di Hantar ke Desa

    Pada kebiasaan golongan bangsawan Arab, setiap kanak-kanak yang dilahirkan

    ketika usianya lapan hari, kanak-kanak tersebut dihantar menyusu dan diasuh di

    desa. Apabila berumur tujuh atau lapan tahun, maka barulah dibawa pulang.

    Tujuannya ialah supaya:

    1. Tubuh kanak-kanak itu menjadi sihat, cergas dan kuat, kerana di desa

    udaranya lebih bersih daripada di kota.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    41/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    29

    2. Kanak-kanak itu mempelajari bahasa Arab asli (Arab fusha) dan boleh

    bertutur dengan fasih, kerana di kota, khususnya kota Makkah, bahasa

    Arabnya sudah tercemar dengan terdapatnya ramai bangsa asing di situ.

    3. Kanak-kanak itu terlatih dengan kesusahan. Apabila dewasa nanti dia

    akan merasa lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.

    Latihan

    (a) Terangkan suasana masyarakat Arab tempat Nabi dibesarkan.

    (b) Nyatakan tujuan Nabi di hantar ke desa.

    3.6.3 Nilai-nilai Murni Masyarakat Desa

    Pada kebiasaannya kehidupan masyarakat desa penuh dengan nilai-nilai

    murni,masyarakat yang bersatu padu dan berkerjasama serta memiliki

    persaudaraan yang kukuh. Mereka juga mempunyai akhlak yang mulia dan

    bertanggungjawab. Masyarakat desa juga terkenal dengan hidup berdikari dan

    mempunyai jatidiri yang tinggi. Di samping itu, mereka juga fasih berbahasa Arab

    asli.

    Di antara nilai-nilai murni masyarakat desa ialah:

    1. Rajin Berkerja.

    Ibu-ibu susuan ini biasanya dari kawasan pergunungan dan gurun yang jauh darikota. Mereka biasanya datang sendiri secara berkumpulan ke kota Makkah untuk

    mencari kanak-kanak yang bakal diasuh itu. Di antara yang paling masyhur

    menjalankan urusan penyusuan ialah qabilah Bani Saad.

    2. Semangat yang Tinggi

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    42/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    30

    Kebetulan tahun kelahiran Nabi ialah tahun kemarau dan kesempitan hidup.

    Untuk mendapat upah yang lumayan sudah tentu Halimah binti Dhuaib tidak

    memilih seorang anak yang yatim seperti Nabi untuk diasuh. Dengan

    bersemangat Halimatus-Sadiah berkata kepada suaminya: Aku tidak suka

    kembali bersama para sahabatku tanpa seorangpun bayi, Aku akan mengambil

    anak yatim itu. Ya, lakukanlah kata suaminya ,barangkali Allah

    menjadikannya suatu barakah kepada kita.

    3. Kasih Sayang

    Apabila sampai dua tahun berada di pangkuan Bani Saad sepatutnya Nabi

    diserahkan semula kepada keluarganya. Ini kerana masa susuannya telah

    selesai. Tetapi ibu susuan Nabi masih sayang untuk menyerahkan Nabi kepada

    keluarganya dan meminta izin memanjangkan tempoh asuhannya.

    4. Bertanggungjawab dan Amanah

    Apabila berlaku peristiwa pembedahan dada Nabi dan keinginan beberapa orang

    lelaki Habsyah yang mahu membawa Nabi ke negeri mereka.Keluarga susuan

    Nabi merasa bimbang dengan keselamatan baginda dan meletakkan

    tanggungjawab menjaga keselamatan Nabi ke atas diri mereka. Justeru itu,

    mereka mahu menyerahkan anak susuannya kepada keluarganya.

    3.4.4. Kesan Pembentukan Diri dan Pengalaman di Desa

    Ketika diasuh di desa Nabi dididik dengan akhlak yang mulia dan mempelajari

    pelbagai ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, Nabi menjadi seorang yang

    lembut tutur kata, bersifat timbang rasa, amanah dan sabar. Di samping itu, Nabi

    juga memperolehi pelbagai kemahiran. Antaranya ialah dapat menguasai bahasa

    Arab dengan baik, pandai mengembala kambing dan pandai bergaul dengan

    masyarakat.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    43/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    31

    Dalam tempoh beberapa tahun bersama-sama keluarga Halimatus-Sadiah dan

    saudara-saudara susuannya, memelihara kambing serta bersama-sama

    menjalani kehidupan orang Badwi, telah meninggalkan kesan tarbiyyah yang

    mendalam kepada diri Nabi. Sehingga biasalah Baginda dengan kesederhanaan

    yang jauh dari sifat-sifat kepura-puraan.

    Mengenai keadaan hidup yang dilengkongi oleh fitrah serta kefasihan bahasa

    yang menjadi keistimewaan Bani Saad, Nabi pernah bersabda:

    Akulah orang yang paling berada dalam suasana keaslian Arab, aku seorang

    dari Quraisy, aku menyusu di kalangan Bani Saad bin Bakr.

    (Sirah Ibn Hisham)

    3.7 KEWAFATAN BAPA DAN IBU NABI

    3.7.1 Peristiwa Kewafatan Bapa Nabi

    Riwayat Abdullah tidak banyak di catat dalam sejarah. Namun begitu, kisah

    menarik mengenainya ialah ketika beliau masih kanak-kanak, beliau hampir

    dikorbankan untuk berhala. Tuhan telah menyelamatkannya apabila bapanya

    Abd Muttalib menggantikannya dengan 100 ekor untuk mengelakkan kejadian itu

    berlaku. Abdullah terkenal sebagai seorang ahli perniagaan. Beliau sering

    berulang-alik dari Makkah ke Syam untuk menguruskan perniagaannya.

    Selepas beberapa bulan berkahwin beliau meneruskan perniagaannya ke Syam.

    Sekembalinya dari Syam beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia di

    Yathrib (Madinah), pada ketika itu isterinya sedang mengandungkan Nabi

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    44/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    32

    selama kira-kira dua bulan. Abdullah meninggal dunia ketika berusia 25 tahun

    dan jenazahnya dikebumikan di Madinah juga. Beliau meninggalkan sedikit harta

    untuk bekalan anaknya yang akan lahir itu iaitu lima ekor unta, beberapa ekor

    kambing dan seorang pembantu rumah yang bernama Ummu Aiman. Jika diukur

    daripada harta yang ditinggalkan itu, jelaslah bahawa Abdullah bukanlah seorang

    yang terlalu kaya atau seorang yang terlalu miskin tetapi keadaannya sederhana

    sahaja.

    3.7.2 Peristiwa Kewafatan Ibu Nabi

    Setelah beberapa tahun yang penuh dengan keberkatan dan kesan baik di

    dalam jiwa bersama-sama dengan keluarga Halimahtus-Sadiah, maka Nabi

    pulang kepangkuan bondanya. Suatu ketika Aminah berhajat untuk menziarahi

    pusara suaminya yang meninggal di Yathrib. Di kalangan keluarganya Bani an-

    Najar dengan diiringi oleh khadamnya Ummu Aiman menuju ke tempat yang

    jauhnya 500 km perjalanan dengan kenderaan di masa itu. Sudah tentu

    pengembaraan itu merupakan perjalanan yang jauh kepada seorang perempuan

    dan anaknya. Setelah sebulan berada di sana, mereka pun berangkat pulang ke

    Makkah. Dalam perjalanan pulang Aminah telah jatuh sakit lalu meninggal dunia

    di satu tempat bernama Abwa, maka tinggallah Nabi menjadi yatim piatu dan

    pulang ke Makkah bersama-sama Ummu Aiman.

    Cuba anda ceritakan semula peristiwa kematian ibu dan bapa Nabi.

    Aktiviti 7.2

    3.7.3 Kesan Kewafatan Bapa dan Ibu

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    45/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    33

    Kesan dari peristiwa ini, Nabi telah hidup tanpa sokongan ibu dan bapa. Baginda

    hanya bangkit memikul tanggungjawab dengan bantuan seluruhnya dari Allah.

    Nabi juga telah menjadi seorang yang tabah menghadapi ujian, disayangi dan

    dihargai oleh anggota keluarga yang lain serta pandai hidup berdikari.

    1. Disayangi dan Dihargai

    Perasaan kasih sayang Abdul Muttalib terhadap cucunya semakin mendalam.

    Layanan istimewa telah diberikan kepada Nabi. Kemana saja dia pergi Nabidibawa bersamanya. Sehinggalah di dalam majlis perjumpaan di kalangan

    pembesar Quraisy pun dia membawa cucunya bersama. Ketika duduk

    berhampiran kaabah bersama-sama pembesar Quraisy Abdul Muttalib

    membenarkan Nabi berada di atas hamparannya. Keadaan inilah menyebabkan

    Baginda merasa terhibur dan perasaan sedih serta hibanya beransur pulih.

    Kesemuanya ini adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada Baginda, Seperti

    firman:

    Bukankah Dia mendapatimu seorang yang yatim, lalu Dia melindunginya

    (Surah al-dhuha : 6)

    2. Ketinggian Peribadi

    Kewafatan bapa dan ibu Nabi menyebabkan Baginda mendapat tarbiyyah ilahi

    secara terus. Oleh itu, Nabi sentiasa dipelihara oleh Allah dari segi ketinggian

    peribadi dan akhlak sehingga Baginda tidak boleh ditembusi sedikit pun oleh

    telatah orang-orang muda di zamannya. Ketinggian maruah dan kemurniaan

    akhlaknya telah menjadi buah mulut penduduk Makkah. Mereka mengelarnya

    dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud orang yang sangat dipercayai.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    46/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    34

    3. Hidup Berdikari

    Nabi menghadapi alam remajanya dengan tarbiyyah meletakkan diri Baginda

    tidak bergantung kepada orang lain. Di mana Nabi pernah memelihara kambing

    untuk nafkah hidup. Baginda pernah bersabda:

    Aku memelihara kambing di kawasan pengembalaan Makkah.

    Begitu juga dengan sabda Nabi:

    Tiada Nabi melainkan mengembala kambing

    Para sahabat bertanya:

    Adakah engkau juga ya Rasulullah

    Nabi menjawab:

    Dan begitu juga aku

    Sesungguhnya mencari nafkah dengan titik peluh sendiri itulah rezeki yang

    paling berkat di sisi Allah.

    Nyatakan kesan daripada peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi.Semak Kendiri 7.2

    3.7.4 Menghargai Jasa Ibu Bapa

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    47/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    35

    Di dalam al-Quran terdapat suruhan supaya seseorang berbuat baik dan berbakti

    kepada ibu bapanya yang telah tua, tetapi berbakti terhadap ibu lebih diberi

    keutamaan. Nabi pernah bersabda:

    Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu

    Di antara adab dan hak terhadap ibu bapa ialah:

    1. Mentaati ibu dan bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan

    maksiat.

    2. Berbicara dengan keduanya dengan sopan dan lemah lembut.3. Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang.

    4. Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang.

    5. Memelihara nama, kehormatan serta harta benda mereka.

    6. Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka pinta.

    7. Berbincang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan.

    8. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka.

    9. Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka.

    10.Tidak mengangkat suara dihadapan mereka.

    11.Tidak memotong percakapan mereka.

    12.Tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka.

    13.Tidak memeranjatkan mereka jika mereka sedang tidur.

    14.Tidak melebihkan isteri dan anak dari mereka berdua.

    15.Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu yang tidak

    memuaskan.

    16.Tidak tertawa di dalam majlis mereka jika tidak ada sebab yang menarikuntuk ketawa.

    17.Tidak memakan makanan yang ada disisi mereka.

    18.Tidak memakan makanan dalam satu hidangan mendahului mereka.

    19.Tidak berbaring atau tidur sedangkan mereka masih lagi duduk kecuali

    mereka mengizinkannya.

    20.Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    48/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    36

    21.Tidak berjalan mendahului mereka.

    22.Menyahut panggilan mereka serta merta apabila mereka memanggil.

    23.Memuliakan sahabat mereka khususnya sesudah mereka mati. Doanya

    seperti dalam al-Quran:

    Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara kamu

    dengan penuh kasih sayang pada waktu kecil

    (Al-Isra - 24)

    3.7.5 Anak-anak Yatim di dalam Islam

    Mengenai anak-anak yatim pula, Islam memerintahkan bahawa seseorang

    penjaga hendaklah memperlakukan anak yatim di bawah jagaan mereka seperti

    anak mereka sendiri. Anak-anak yatim perlu di bimbing dan di beri nasihat yang

    baik dan benar. Sekiranya mereka mempunyai wang, wang itu hendaklahdipergunakan untuk mereka dengan cara yang terbaik dan tidak

    membelanjakannya secara boros sebelum mereka meningkat dewasa.

    Sekiranya penjaganya miskin dia dibenarkan mengambil sedikit upah dari

    kekayaan anak yatim itu untuk mengendalikannya. Tetapi sekiranya penjaga itu

    bukan orang miskin, dia mesti menahan diri dari mengambil harta anak yatim

    tersebut. Anak yatim itu mestilah diberikan hartanya setelah dia dewasa dan

    dapat mengendalikan urusan hidupnya sendiri.

    3.8 KEMATIAN DATUK NABI

    3.8.1 Pengalaman Nabi Bersama Datuk

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    49/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    37

    Apabila Baginda dikembalikan ke Makkah, datuknya yang sangat tua

    memeliharanya dengan baik dan memberikan perhatian serta kasih sayang

    terhadapnya. Orang tua itu mempunyai sebuah kerusi panjang bagi dirinya yang

    terletak di bawah lindungan Kaabah dan semua anaknya kerap datang ke situ

    serta duduk di atas tanah sekelilingnya sebagai tanda hormat. Tetapi apabila

    Nabi datang, datuknya mendudukannya di atas kerusi panjang itu bersamanya

    dan meletakkannya di atas bahu serta menunjukkan tanda cinta dan sayang

    kepada cucunya. Sehingga tiada seorang pun yang berani mencadangkan

    kepada orang tua itu agar meletakkan Nabi di bawah bersama bapa saudaranya.

    3.8.2 Peristiwa Kematian Datuk Nabi

    Selepas ibunya dikebumikan, Nabi pun kembali dengan perasaan yang sangat

    sedih bersama hambanya Ummu Aiman ke Makkah. Tidak lama kemudian,

    datuknya yang telah terlalu tua dan sangat mengasihi serta memberi perhatian

    yang besar terhadapnya pun meninggal dunia ketika Baginda berusia lapan

    tahun. Nabi berasa begitu sedih sehingga Baginda mengikuti keranda datuknya

    yang sedang di usung sambil menangis di sepanjang jalan. Kematian Abdul

    Muttalib merupakan satu pukulan ke atas Bani Hashim kerana tiada seorang pun

    dari anak-anak lelakinya yang dapat mengantikan tempat beliau. Tidak ada

    seorang Quraisy pun yang dapat menandingi sifat-sifatnya dari segi pemikiran,

    keperibadian, keadilan dan kekuatan. Di samping itu, tiada seorang pun yang

    mendapat kedudukan yang begitu tinggi dan dimuliakan oleh bangsa Arab.

    Sebelum kematiannya, Abdul Muttalib telah mengamanahkan anaknya Abu Talibsupaya menjaga Nabi dengan baik.

    Latihan

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    50/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    38

    1. Nyatakan pengalaman Nabi bersama datuknya.

    2. Ceritakan peristiwa kematian datuk Nabi.

    3.8.3 Kesan Kematian Datuk ke atas Diri Nabi

    Nabi menerima ujian Allah dengan sabar dan yakin apa yang berlaku ke atas

    dirinya mempunyai hikmah. Walaupun Nabi sayang kepada datuknya, kesedihan

    Baginda tidak berpanjangan. Bahkan Baginda tabah menghadapi dugaan yang

    besar itu. Di samping itu, Baginda menjadikan peristiwa tersebut sebagai

    cabaran untuk meneruskan kehidupan selepas itu.

    1. Bersifat Sabar

    Walaupun Nabi berasa begitu sedih sekali dengan peristiwa kematian datuknya

    sehingga Baginda mengikuti keranda datuknya yang sedang di usung sambil

    menangis sepanjang jalan. Namun, Baginda tetap bersabar dan tidak bersedih

    sepanjang masa.

    2. Bersifat Tabah

    Ketabahan Nabi ketika berhadapan ujian dan dugaan dalam usia begitu muda.

    Apabila Baginda telah kehilangan tempat bergantung dan tidak dapat di

    bayangkan pilu serta sedihnya hati Nabi pada waktu itu.Kesedihan terhadap

    kehilangan bapanya masih belum hilang di hati,ibunya pula yang meninggal.

    Selepas itu, datuk yang begitu menyayangi Baginda pula meninggal seperti

    pepatah Melayu:

    3. Menjadikan Peristiwa itu Sebagai Cabaran

    Sudah jatuh di timpa tangga

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    51/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    39

    Kematian datuk yang dikasihi dan menjadi tempat Nabi berteduh telah menjadi

    cabaran kepada kehidupan Baginda. Namun begitu, Nabi telah menjadikan

    peristiwa kematian datuknya sebagai satu cabaran bagi meneruskan kehidupan.

    Soalan Latihan

    1. Nyatakan kesan kematian datuk Nabi

    2. Senaraikan pengajaran-pengajaran daripada peristiwa yang

    mendukacitakan Nabi.

    3.8.4 Pengajaran dari Peristiwa yang Mendukacitakan Nabi

    Menurut Al-Buti di dalam kitabnya Fiqh Al Sirah: Bahawa peristiwa-peristiwa

    kewafatan ayahanda, kemudian bonda dan berikutnya datuknya bukanlah secara

    kebetulan semata-mata, tetapi mengandungi hikmah-hikmah yang besar yang di

    takdirkan oleh Allah yang maha mengetahui. Di sana tidak ada alasan bagi

    orang-orang yang mahu mengambil kesempatan bagi memperkecilkan Islam dan

    Nabi, kalau-kalau mereka boleh menuduh dan mempunyai alasan kononnya

    dakwah dan sifat-sifat yang dimilikinya adalah pengaruh dari ayah, ibu dan

    datuknya yang menjadi bangsawan Arab ketika itu. Bagaimanakah perkara ini

    boleh berlaku sesudah orang-orang tuanya meninggal dunia secara bertalu-talu.

    Kemudian ia dipelihara di kalangan Bani Saad. Tiada gangguan manusia dalam

    mentarbiyyahkan Nabi, tetapi di tarbiyyahkan oleh Tuhan yang maha suci dari

    segala kecurangan dan kelemahan. Dalam suasana yang jauh dari perasaan

    tamakkan pangkat dan harta dunia atau kepentingan duniawi yang lain.

    3.8.5 Menyayangi Datuk dan Nenek

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    52/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    40

    Nabi menunjukkan contoh bagaimana baginda melayan orang-orang tua dengan

    baik dan menghormati mereka.

    Allah berfirman:

    Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang

    dan ucapkanlah Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana

    mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil

    (Al-Isra -24)

    Di antara adab dengan orang tua ialah:

    1. Memberi salam kepada yang beragama Islam dan ucap selamat kepada

    bukan Islam.

    2. Membantu mereka dalam kesusahan.3. Gunakan perkataan yang baik ketika berbual.

    4. Berdiri menghormati kehadiran mereka.

    5. Tidak meninggikan suara terhadap mereka.

    6. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka.

    7. Tidak mencela perbuatan mereka.

    8. Sentiasa mengembira dan menyenangkan mereka.

    9. Tidak menganggu ketika mereka sedang tidur.

    10. Memuliakan mereka.

    11. Memilih masa yang sesuai untuk berbual atau memberi teguran.

    Senarai semak

    (a) Menyenaraikan perbuatan yang perlu dilakukan sebagai tanda menyayangi

    datuk dan nenek.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    53/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    41

    Aktiviti

    3.9 PEMELIHARAAN NABI OLEH BAPA SAUDARA

    3.9.1 Keperibadian Abu Talib

    Abu Talib memelihara Nabi bersama-sama anaknya. Beliau bersungguh-

    sungguh menunaikan janjinya untuk memelihara dan menjaga Nabi seperti yang

    diharapkan oleh Abdul Muttalib. Walaupun Abu Talib mempunyai ramai anak,

    namun beliau tetap menyayangi dan bertanggunggjawab ke atas anak

    saudaranya itu. Abu Talib memang sudah terkenal sebagai seorang manusiayang baik hati dan penuh bertanggungjawab terhadap kaum keluarganya.

    Walaupun beliau bukanlah seorang yang kaya dan mewah. Dengan sebab itulah

    Abdul Muttalib menyerahkan Nabi kepada beliau. Sikap kasih-sayang Abu Talib

    terhadap Nabi tidak ubah seperti kasih-sayang Abdul Muttalib terhadap Nabi.

    Ketika bersamanya Nabi tidak pernah berkecil hati terhadap Abu Talib, malahan

    Baginda sentiasa membantunya dalam urusan di rumah dan di luar rumah.

    Perbincangan

    1. Bincangkan tentang peribadi Abu Talib.

    2. Nyatakan pengalaman-pengalaman yang diperolehi oleh Baginda semasa

    di dalam asuhan Abu Talib

    3.9.2 Pengalaman yang Diperolehi Nabi semasa Bersama Beliau

    Di antara pengalaman yang diperolehi Nabi semasa tinggal bersama bapa

    saudara Baginda ialah:

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    54/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    42

    1. Baginda telah berkerja sebagai pengembala kambing untuk mendapatkan

    upah. Daripada upah itu Baginda dapat juga meringankan beban yang di

    tanggung oleh Abu Talib.

    2. Pergi ke negeri Syam untuk menguruskan perniagaannya di sana. Usia

    Baginda pada ketika itu 12 tahun.

    3. Pemergian Baginda ke Syam telah memberikan pengajaran dan

    pengalaman yang cukup banyak kepada Baginda. Selain berpeluang

    melihat tempat-tempat menarik di sana, Baginda juga berpeluang

    mengenali masyarakat luar dan mengikuti berita-berita orang Rom. Di

    samping itu, Baginda juga dapat meninjau sejauh mana kebenarannyaagama Nasrani dan agama-agama lain yang dianuti oleh penduduk Syam.

    4. Baginda juga melakukan perniagaan di Makkah dan di pasar-pasar yang

    berdekatan seperti Ukaz, Majannah dan Dhu al-Majaz. Di sana Baginda

    berkesempatan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pidato, syair

    dan sajak daripada pemidato-pemidato dan penyair-penyair Arab, Yahudi

    dan juga Nasrani.

    3.9.3 Keadaan Nabi di Pelihara oleh Bapa Saudara Baginda

    Semasa berada di bawah pemeliharaan bapa saudara, Baginda telah di asuh

    dan di jaga dengan baik. Perubahan positif telah banyak berlaku dalam pelbagai

    segi ke atas diri Baginda samaada kecerdasan akal, perkembangan jasmani,

    mempunyai sakhsiah yang unggul dan kekuatan kerohaniah.

    1. Kecerdasan Akal

    Baginda telah menyaksikan peristiwa perjanjian al-Fudul yang dimenterikan di

    rumah Abdullah bin Jadan. Di dalam perjanjian tersebut mereka berjanji

    memberi pertolongan kepada orang yang lemah dan dizalimi di Makkah serta

    berusaha untuk membasmikan kezaliman di Makkah. Nabi sungguh kagum

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    55/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    43

    dengan perjanjian ini walaupun berlaku di zaman jahiliah. Ini membuktikan Nabi

    mempunyai kecerdasan akal untuk memilih kebenaran walaupun masih remaja.

    2. Perkembangan Jasmani

    Dalam lengkongan usia 14 atau 15 tahun, Nabi telah menyertai peperangan di

    antara Quraisy dengan Qais. Baginda menyertai peperangan tersebut dengan

    memungut anak-anak panah musuh untuk bapa saudaranya. Pengalaman ini

    mentarbiyyahkan Nabi dengan sifat kepahlawanan dan kesabaran di medan

    perang.

    3. Kekuatan Rohaniyyah

    Dapat dilihat ketika Baginda menghadapi ujian, di mana Nabi menjadi orang

    yang paling tahan menghadapinya, samaada ujian tekanan atau ujian

    kemewahan. Ketika menghadapi musuh dan segala ancaman, Bagindalah orang

    yang paling berani dan tahan cabaran. Ketika Islam memperolehi kemenangan

    terdapat banyak kemewahan dan kekayaan. Namun dengan kekuatan roh

    menjadikan Baginda tidak bergelumang dan cenderung serta tidak dapat

    dipengaruhi oleh sesiapapun supaya tunduk kepada kebendaan. Hati Baginda

    hanya bergantung kepada Allah.

    4. Sakhsiah yang Unggul

    Semasa Nabi mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Baginda

    mula bertungkus-lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian

    menternak kambing. Nabi pernah menceritakan: Dahulu pernah aku menternakkambing penduduk Makkah dengan upahnya beberapa karat sahaja

    Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan Nabi. Oleh itu Baginda

    tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain dan berhubung dengan

    hal ini Baginda sendiri menceritakan kepada kita mafrumnya: Aku tidak pernah

    teringat hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    56/181

    PIM 3106PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    44

    orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah.

    Lepas itu aku tak ingat-ingat lagi hinggalah aku diutuskan

    3.9.4 Kesan Pengalaman Nabi Bersama Bapa Saudaranya.

    1. Baginda memahami erti keperitan dan ujian dalam kehidupan.

    2. Mempunyai sifat yang mulia, akhlak yang baik, bencikan kemungkaran,

    berani dan menerima segala kebaikan.

    3. Mempunyai daya juang dan jati diri yang utuh.4. Baginda lebih suka hidup berdikari berbanding dengan mengharapkan

    bantuan orang lain.

    5. Baginda berminat dalam bidang perniagaan dan menternak kambing.

    6. Baginda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan terutama pidato,

    syair dan sajak.

    RUMUSAN

    Sebagai rumusannya, topik ini merupakan asas untuk anda memahami

    pentingnya memahami sirah Rasulullah s.a.w dari awal iaitu sebelum baginda

    dilahirkan. Sirah Rasulullah s.a.w bukanlah cerita sejarah yang kadang-kadang

    faktanya di selewengkan. Tetapi sirah adalah satu riwayat yang benar dan sahih.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    57/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    45

    TAJUK 4ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SIRAH DALAM

    SUKATAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAHUN 3

    DAN 4

    4.0 SINOPSIS

    Dalam topik ini, kita akan mempelajari tajuk-tajuk sirah dari Sukatan Pelajaran

    Pendidikan Islam tahun tiga dan tahun empat. Pelajaran sirah tahun tiga

    membincangkan mengenai pekerjaan Nabi Muhammad S.A.W. Ini termasuklahzaman kanak- kanak Baginda sehingga ke zaman dewasa iaitu semasa

    Baginda menjadi seorang usahawan. Kemudian, topik ini juga membincangkan

    tentang perkahwinan Nabi Nabi Muhammad S.A.W, peristiwa Hajarul Aswad dan

    -tajuk sirah tahun empat pula ialah berkaitan Mukjizat

    al-Quran, Dakwah Rasulullah secara sulit dan terang, Hijrah ke Habsyah,

    Pembesar Mekah menerima seruan Rasulullah s.a.w. dan tentangan terhadap

    Rasulullah s.a.w, Pelajar bolehlah merujuk kepada bahan sumber yang lain

    untuk menambah maklumat dan kefahaman berkaitan tajuk-tajuk tersebut seperti

    Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam dan buku-buku teks Pendidikan

    Islam dalam bahagian sirah.

    4.1 HASIL PEMBELAJARAN

    1. Mengenalpasti tajuk-tajuk sirah tahun tiga dan tahun empat

    2. Memperincikan dan menghuraikan isi kandungan sirah dalam sukatan

    pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah tahun tiga dan tahun empat

    3. Merumuskan pengajaran yang dapat diteladani dari pelajaran sirah tahun

    tiga dan tahun empat.

    4. Mengaplikasi teknik mengajar dengan berkesan;

    5. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan topik.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    58/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    46

    4.2 KERANGKA TAJUK

    4.3 PEKERJAAN NABI NABI MUHAMMAD S.A.W

    4.3.1 Semasa Kecil Membantu Bapa Saudara

    Semasa Muhammad b. Abdullah berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah

    meninggal dunia. Oleh itu, NabiMuhammad dipelihara oleh datuknya Abdul

    Muttalib ketua Mekah. Walaupun, Abdul Muttalib ketua Mekah, tetapi hidupnyamiskin kerana hartanya dihabiskan memberi khidmat dan melayan

    tetamutetamuKaabah.

    Daripada itu, boleh dikatakan sejak kecil Nabi Muhammad belajar kehidupan

    fakir miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak serta berhemah tinggi.

    Nabi Muhammad juga menjadi orang yang benarbenar tahu bagaimana

    Sukatan Pelajaran Sirah

    Tahun 4Tahun 3

    Perkahwinan NabiMuhammad s.a.w

    Pekerjaan Nabi Muhammads.a.w

    Mukjizat al-Quran

    Dakwah Nabi Muhammads.a.w Secara Sulit danTerang

    Peristiwa Hajarul Aswad

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    59/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    47

    kehidupan fakir miskin.Nabi Muhammad sentiasa menemani datuknya Abdul

    Muttalib dalam majlis-majlisnya. Selama dua tahun Nabi Muhammad menghadiri

    semua majlis Abdul Muttalib yang sentiasa menerima kunjungan demi kunjungan

    daripada semua pembesar Arab. Ini merupakan suatu persediaan Allah kepada

    junjungan besar S.A.W belajar cara bersosial.

    Selepas Nabi Muhammad berumur lapan tahun, Abdul Muttalib pula meninggal

    dunia. Nabi Muhammad dibela pula oleh bapasaudaranya AbuTalibyang juga

    ketua Mekah, menggantikan ayahnya Abdul Muttalib. Abu Talib, disebabkan

    beliaumempunyai tangggungan anak yang ramai, kehidupannya lebih miskinkalau dibandingkan dengan kehidupan ayahnya.Ramai anak-anak beliau yang

    bekerja untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ayah

    mereka, termasuklah juga junjungan S.A.W yang bekerja dengan sepupu

    Baginda,mengembala kambing. Baginda tidaklah dibesarkan dalam kehidupan

    yang mewah, tetapi dalam kehidupan yang susah, Baginda terpaksa berdikari

    sejak daripada Baginda kecil lagi. Ini menjadikan Baginda seorang yang

    berhemah tinggi serta tidak mengharapkan pertolongan dan bantuan orang lain.

    Tugasan Baginda menyebabkan Baginda sentiasa berada diluar kota Mekah,di

    padang pasir untuk menjaga kambing-kambing peliharaan Baginda. Kadang-

    kadang berhari-hari dan bermalam-malam Nabi Muhammad tidak balik ke Mekah.

    Hidup dipadang pasir berseorangan jauh dari pada kesibukan dan hiruk-pikuk

    orang ramai adalah juga suatu proses pendidikan kepada Baginda S.A.W.

    Baginda akan belajar mengasihi haiwan atau binatang-binatang ternakan.

    Rajah 4.1: Menggembala kambing mempunyai signifikan yang khusus dalam

    pembentukan sahsiah seorang nabi

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    60/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    48

    Selain daripada itu, kebanyakan masa Baginda berseorangan, ini memberi

    peluang kepada Baginda untuk memerhati serta memikirkan tentang kebesaran

    pencipta dengan memerhatikan kejadian matahari, bulan, bintang, pertukaran

    siang dan malam serta segala disekelilingnya. Dalam masa yang sama, dapat

    menilai diri sendiri.Ini menjadikan Baginda seorang yang banyak berfikir serta

    bijak dan peka dalam menilai diri serta perubahan sekeliling. Jika Baginda

    berada di kota atau di bandar Mekah kesibukan kehidupan dan hiruk pikuk

    bising di bandar tidak memberi ruang kepada Baginda untuk memerhati serta

    memikirkan kejadian alam, apatah lagi untuk menilai diri sendiri.

    4.3.2 Semasa Dewasa: Berniaga/ Usahawan

    Bapa saudara Baginda, AbuTalib dalam masa yang sama sibuk berniaga. Ketika

    Baginda berumur 12 tahun, AbuTalib telah bercadang untuk keluar berniaga ke

    Syam. Apabila Nabi Muhammad S.A.W mengetahui rancangan bapa saudara

    Baginda, Baginda meminta keizinan untuk bersama-sama menyertai misi

    perdagangan bapa saudara Baginda. Memahami keinginan Baginda, Abu Talib

    akhirnya membenarkan Baginda samasama menyertai misi dagang teresbut.

    Inilah merupakan kali pertama Rasullullah keluar dari pada kota Mekah. Sebelum

    sampai ke Syam, rombongan dagang tersebut telah berhenti rehat berhampiran

    gereja, iaitu rumah ibadat Kristian. Ketika itu, ketua paderi gereja tersebut iaitu,

    Buhaira telah memerhati rombongan tersebut daripada jauh. Beliau merasa amat

    pelik,ini kerana sepanjang perjalanan,rombongan tersebut sentiasa diliputi awan.

    Buhaira yang merasa kehairanan, betul-betul ingin berkenalan dengan ahli-ahli

    rombongan tersebut dan mengetahui rahsia di sebalik kejadian awan yang

    sentiasa memayungi mereka. Lantas, beliau mengarahkan orang-orangnya

    menyediakan makanan yang banyak dan menjemput semua ahli rombongan

    makan ditempatnya. Beliau juga berpesan semua ahli rombongan dijemput tanpa

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    61/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    49

    ada pengecualian seorangpun. Semua ahli rombongan telah menyertai jamuan

    makan Buhaira kecuali Rasullulah, ini memandangkan Bagindalah yang paling

    muda, maka Baginda ditinggalkan untuk menjaga barangbarang mereka.

    Buhaira telah memerhati satu persatu setiap ahli rombongan, tiada seorangpun

    yang menarik perhatian beliau,lantas beliau menanyakan kepada ketua

    rombongan tentang kedatangan kesemua ahli rombongan. Kemudian mereka

    teringat tentang seorang budak muda yang ditinggalkan untuk menjaga

    barangbarang mereka. Buhaira meminta supaya dijemput sama budak tersebut

    untuk samasama menyertai jamuantersebut.

    Memang benar, apabila Buhaira berjumpa sahaja dengan Rasulullah, beliau

    merasai keistimewaan yang terdapat pada diri Baginda. Apabila beliau berbual

    dengan Nabi Muhammad, Buhaira ada bertanyakan beberapa soalan kepada

    Baginda, oleh kerana kebiasaan orang Arab untuk bersumpah dengan al-Latta

    dan al-Uzza, Buhaira menggunakan sumpah ini apabila bertanya Rasulullah

    sekalipun beliau sendiri tidak beriman dengan al-Latta dan al-Uzza.Buhaira

    -Latta dan al-

    -

    Latta dan al-Uzza, demi Tuhan tidak ada yang paling aku benci lebih daripada al-

    Latta dan al-

    berhala sejak kecil walaupun itulah suasana kehidupan keluarga dan kaumnya

    ketika itu.

    Banyak soalan yang telah ditanya oleh Buhaira, kesemuanya membenarkan apa

    yang disangka-sangka oleh Buhaira. Akhir sekali Buhaira meminta melihat

    belakang Nabi Muhammad. Sahlah sangkaannya, Buhaira dapat melihat

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    62/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    50

    Khatamun Nubuwwah iaitu tanda lahir Allah mengutuskan nabi dan rasul untuk

    manusia yang ada di belakang Muhamamad.

    Abu Talib mengatakan,

    Di situ Buhaira menasihatkan AbuTalib supaya membawa Nabi Muhammad bin

    Abdulah segera pulang ke Mekah, ini kerana dibimbangi jika Baginda dibawa ke

    Syam, orang-orang Yahudi akan menemui Baginda dan akan membunuhnya.

    Disebabkan misi perdagangannya belum selesai, Abu Talib telah mengupah

    orang untuk membawa kembali Rasullulah ke Mekah dan dia meneruskan

    perjalanan hingga ke Syam tanpa membawa bersama Rasullulah.

    4.4 PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD S.A.W

    Siti Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita kaya daripada keturunan

    suku Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab di Mekah ketika itu. Kekayaan Siti Khadijah

    adalah menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Kejujuran dan

    keperibadian mulia Rasullulah telah menarik hati Siti Khadijah untuk

    menawarkan Baginda menguruskan perniagaan beliau ke Syam. Rasullulahtelah menerima tawaran tersebut dan telah bertolak ke Syam dengan ditemani

    salah seorang pekerja Siti Khadijah iaitu Maisarah.Benarlah kata orang, jika

    ingin mengenali peribadi sebenar seseorang itu, dengan musafir bersama-sama.

    Sepanjang perjalanan Maisarah telah merasai keunggulan akhlak Rasullulah.

    Sifat penyayang,serta berlemah lembut dengan setiap orang yang ditemui

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    63/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    51

    sepanjang pergaulan Baginda dengan mereka telah betulbetul menarik perhatian

    Maisarah. Maisarah juga telah melihat kejadian yang lebih pelik sepanjang

    perjalanan, iaitu awan sentiasa menaungi mereka dari pada panas terik matahari.

    Dalam perjalanan ke Syam itu, rombongan yang bersama dengan Rasullulah,

    telah berhenti rehat berdekatan dengan rumah ibadat paderi Buhaira yang

    ditemui Baginda sebelum ini, semasa Baginda menyertai misi dagang dahulu

    bersamasamaAbu Talib, bapa saudara Baginda. Tapi ketika ini, Buhaira telah

    meninggal dunia.Paderi lain yang telah menggantikan Buhaira, paderi itu juga

    meyedari perkara yang sama, iaitu awan sentiasa mengiringi perjalananRasullulah dan Maisarah. Rasullulah juga tidak berhenti di tempat biasa yang

    rombongan dagang biasanya berhenti rehat, tetapi Baginda berhenti rehat di

    tempat lain, iatu disebatang pokok yang berdekatan. Apabila Baginda bernaung

    di bawahnya, paderi tersebut telah melihat dahan dan ranting-ranting pokok

    bergerak menaungi Rasullulah daripada cahaya matahari.

    Cuba sama-sama kita fikir

    Semua Rasul yang diutuskan akan membuat pekerjaan mengembala kambing.

    Apakah kepentingan pekerjaan ini kepada pembentukkan sahsiah seorang

    Rasul.

    Perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada paderi tersebut, siapakah

    gerangan mereka ini, lalu paderi telah datang untuk bertemu dengan Maisarah

    dan pelbagai soalan telah ditanya pada Maisarah. Paderi tersebut kemudiannya

    menunjukkan kepada Maisarah pokok yang menjadi tempat Nabi Muhammad

    berteduh.

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    64/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    52

    Maisarah menjadi bertambah pelik mendengar hal ini. Bahkan di sepanjang

    perjalanan dan sepanjang mereka berada di Syam, pelbagai perkara ajaib yang

    disaksikan oleh Maisarah. Akhlak Baginda,kasih sayang Baginda, kemampuan

    Baginda berhadapan dengan semua lapisan semua orang, belas kasihannya

    kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan semua orang datang

    kepadanya.

    Hasil daripada pergaulan yang mesra, jujur dalam tutur kata, prihatin dengan

    keperluan pelanggan menyebabkan misi perniagaan Siti Khadijah kali ini yang

    diterajui oleh Rasullulah telahmencapai objektif dan berjaya meraih keuntunganyang berlipat kali ganda mengatasi rombongan dagang lain. Misi kali

    mencatatkan keuntungan tertinggi berbanding dengan misi perniagaan yang

    dihantar sebelumnya.

    Kita telah lihat Rasulullah telah dilatih oleh Allah untuk menghadapi situasi yang

    pelbagai, antaranya; pergaulan dengan orang miskin, dengan pembesar iaitu

    semasa Baginda bersama dengan datuk Baginda, Abdul Muttalib, situasi dalam

    peperangan , semasa Baginda tinggal bersamasama dengan Abu Talib yang

    merupakan ketua Quraisy ketika itu, menggembala kambing, cabaran hidup

    berdikari, interaksi dengan hamba atau pekerja bawahan, dan alam sekitar iaitu

    semasa perjalanan Baginda bersama-sama Maisarah, dan seterusnya

    mengendalikan harta atau perniagaan. Ini merupakan antara persediaan Allah

    untuk memantapkan lagi keperibadian Baginda untukmemikul tanggungjawab

    suci di kemudian hari sebagai seorang rasul,utusan Allah.

    Hasil daripada perniagaan kali ini, menjadikan Siti Khadijah sangat senag hati

    dengan Rasullulah.Ini ditambah pula dengan cerita-cerita yang dibawakan oleh

    Maisarah tentang ketinggian akhlak serta kebijaksanaan Rasullulah dalam

    menguruskan perniagaan. Pengalaman-pengalaman semasa perjalanan mereka

    juga diceritakan Maisarah kepada Siti Khadijah. Ini menambahkan lagi

    kekaguman beliau kepada Rasullulah. Kekaguman ini, menarik hati Siti Khadijah

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    65/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    53

    untuk menjadi isteri kepada Rasullulah. Rasulullah ketika itu masih lagi bujang

    dan umur Baginda dua puluh lima tahun, sementara umur Siti Khadijah adalah

    empat puluh tahun, seorang janda yang sudah kematian dua orang suami

    sebelum ini.

    Siti Khadijah adalah seorang wanita mulia, baik hati,cantik,kaya dan daripada

    golongan bangsawan. Segala keistimewaan terdapat pada beliau, ini menarik

    ramai pembesar Mekah berminat untuk memperisterikan beliau, tetapi beliau

    menolaknya.Tetapi kekaguman beliau dengan keunggulan peribadi Rasullulah

    telah membuka hati Siti Khadijah untuk berkahwin. Beliau kemudiannyamenghantar wakil kepada Rasullullah untuk menyampaikan hasrat beliau.

    Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasullulah. Abu Talib yang

    menguruskan perkahwinan bagi pihak Rasullulah dan mengetuai majlis akad

    nikah. Tempoh perkahwinan Rasullullah dengan Siti Khadijah sehingga Siti

    Khadijah kembali ke rahmatullah berlangsung adalah selama dua puluh lima

    tahun. Dalam tempoh perkahwinan ini, Rasullulah hanya beristerikan Siti

    Khadijah. Hanya selepas kematian Siti Khadijah dan umur Baginda ketika itu

    lima puluh tahun barulah Rasullullah berkahwin dengan isteri-isteri Baginda yang

    lain.

    Hasil perkahwinan Baginda dengan Siti Khadijah, Baginda dianugerahi dua

    orang anak lelaki, Qasim dan Abdullah dan empat orang perempuan. Anak lelaki

    ketiga Baginda dilahirkan oleh Mariah Qibtiah. Kesemuanya meninggal semasa

    mereka kecil lagi. Manakala, anak-anak perempuan pula adalah Ruqayah,Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah. Kesemuanya mereka hidup sampai ke

    zaman Islam.

    Siti Khadijah adalah seorang isteri yang sangat banyak berkorban kepada

    Rasullulah dan perjuangan suci Islam. Dengan harta dan kedudukan yang

    dipunyai beliau, beliau banyak membantu ke arah perjuangan suci suaminya

  • 7/31/2019 modul_ppg_PiM3106_PGSR_punya_02

    66/181

    PIM 3106

    PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

    54

    dalam menyebarkan ajaran suci Islam. Selepas mengahwini Siti Khadijah,

    Rasullulah terus menguruskan perniagaan istei Baginda, tetapi