oumm3202

17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN _______________________________________________________ ________ KOD KURSUS: OUMM3203 SEMESTER MEI 2013 TAJUK: PROFESSIONAL ETHICS _______________________________________________________ ________ Disediakan Oleh: MOHD IMRAN BIN NORDIN No. Matrik 820109035949001 No. Kad Pengenalan 820109035949 Email : [email protected]

Upload: ashamilah-mohamed

Post on 27-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: oumm3202

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

_______________________________________________________________

KOD KURSUS: OUMM3203

SEMESTER MEI 2013

TAJUK: PROFESSIONAL ETHICS

_______________________________________________________________

Disediakan Oleh:

MOHD IMRAN BIN NORDIN

No. Matrik

820109035949001

No. Kad Pengenalan

820109035949

Email :

[email protected]

No. Telefon :

014-8111311

Tarikh Hantar: 17 Julai 2013

Page 2: oumm3202

PENGENALAN

Dalam sesebuah masyarakat, baik di mana mereka berada, di Timur atau di Barat ,

kejadian jenayah adalah suatu perkara yang tidak boleh dielakkan. Jenis-jenis jenayah yang

dilakukan oleh individu adalah berbeza-beza mengikut kaum, bangsa, status sosial, umur dan

jantina. Dalam sesebuah masyarakat, jenayah rasuah merupakan jenayah yang dihadapi oleh

kebanyakan negara. Gejala rasuah ini terjadi disebabkan kurangnya nilai- nilai etika dan moral

dalam diri seseorang individu.

Gejala rasuah yang semakin berleluasa telah merunsingkan semua pihak. Dengan ini

timbul beberapa cadangan dalam mengatasi masalah ini. Masalah rasuah yang berkaitan dengan

tingkah laku seseorang telah mencetuska idea tentang kegunaan konsep dan teori etika sebagai

pendekatan kepada penyelesaian permasalahan ini. Sesetengah berpendapat bahawa, etika ini

dapat membentuk tingkah laku seseorang. Dalam tugasan ini kita akan mengupas sejauh mana

kepentingan dan fungsi etika sebagai panduan dalam membuat keputusan kepada tindakan

terhadap permasalahan ini.

DEFINISI

Definisi etika

Perkataan etika berasal daripada perkataan yunani “ethos” yang bermaksud watak atau

adat. Etika biasanya berkait rapat perkataan moral yang berasal dari perkataan Latin “mos” atau

“mores”iaitu yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang melakukan perkara

baik(kesusilaan) dan menghindari hal-hal tindakan yang buruk. Etika dan moral mempunyai

pengertian yang hampir sama dan apa yang membezakan kedua-dua istilah ini adalah moral

berkaitan dengan penilaian perbuatan yang dilakukan manakala etika pula digunakan untuk

pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Etika adalah satu cabang falsafah tentang pandangan

dan persoalan dalam bidang moral yang di ungkap dalam bentuk moral seperti, baik, buruk,

malu, jahat, suci, tanggungjawab dan sebagainya. Menurut kamus Oxford (2005), ethics

bermaksud “ beliefs about what is morally correct or acceptable” iaitu berkenaan sesuatu yang

benar dan penerimaan dari sudut moral. Manakala menurut Kamus Dewan edisi ketiga , etika

Page 3: oumm3202

bermaksud prinsip moral (akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang

individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, perkejaan dan lain-lain).

Kamus Elektronik Brainy pula mendefinisikan ethics sebagai “ morals; treating of the

moral feelings or duties; containing percepts of morality” dan definisi ini membawa maksud

yang sama dengan definisi yang diberi oleh Profesor Francis Ng, FRICS, FHKIS, JP President of

Hong Kong Institute of Surveyors (2000), iaitu “ the studies of human duties, moral principles

and rules of conduct.” Atau dengan kata lain yang lebih difahami iaitu prinsip-prinsip moral dan

peraturan berkenaan tata kelakuan kemanusiaan

Gluck (1986:176) telah mendefinisikan etika sebagai “ kajian filosofikal terhadap

morality”. Shea (1988: 17) telah mendefinisikan etika sebagai “ prinsip-prinsip bertingkahlaku

yang mengawal individu atau profesion” dan sebagai “ satu standard tingkahlaku.”

Terdapat beberapa orang lagi ahli falsafah yang memberikan definisi berdasarkan

pandangan masing-masing. Menurut Drs. H. Burhanudin Salam, etika adalah cabang falsafah

yang berbicara mengenai nilai dan norma moral yang menentukan perilaku manusia dalam

hidupnya. Menurut Drs. O.P.Simorangkir pula, etika atau etik sebagai pandangan manusia dalam

perilaku menurut ukuran dan nilai yang baik. Aristoteles didalam bukunya yang berjudul “Etika

Nikomacheia” menjelaskan pengertian etika terbahagi kepada dua iaitu Terminius Technicus;

yang bererti etika dipelajari untuk ilmu pengetahuan tentang masalah perbuatan atau tindakan

manusia, dan Manner Custom iaitu etika berkaitan dengan tatacara dan kebiasaan ( adat) yang

terikat dengan pengertian “baik dan buruk tingkah laku atau perbuatan manusia. Daripada

kesemua definisi ini, dapat disimpulkan bahawa etika secara umumnya membawa maksud

prinsip kelakuan individu-individu yag boleh diterima dari segi

Dari sudut pandangan Islam pula, moral dan etika membawa maksud kepada akhlak iaitu

tabiat, adab, maruah dan lain-lain perbuatan mulia atau positif yang dilakukan oleh sesorang

individu. Atau dari segi istilah, akhlak bermaksud keadaan kejiwaan yang akan membentuk

tingkah laku manusia.

Etika professional pula digunakan untuk menilai prinsip moral untuk sesuatu kumpulan

yang direka atau dibuatuntuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas

Page 4: oumm3202

atau penggunaan sumber yang mereka ada dan berpegang teguh pada aturan professional dan

nilai semasa dalam membuat keputusan yang bertindak mengikut etika yang ditentukan.

Definisi rasuah

Rasuah boleh ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang tertentu dengan

niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya atau kepentingan diri. Pemberian

ini termasuklah samaada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji

manis dan sebagainya. Pemberian yang diberi dengan niat agar mendapat suatu balasan atau

impalan orang tertentu yang diberi sogokan sedangkan orang lain yang sepatutnya mendapat/

memiliki hak tersebut.

Definisi rasuah atau corruption dari bahasa Latin iaitu ‘ corruption daripada kata kerja

corrumpere yang bermaksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik dan menyogok.

Daripada istilah bahasa Melayu pula, perkataan rasuah sebenarnya berasal daripada perkataan

Arab iaitu “ al risywah yang mana di dalam Al-Quran perkataan ini digolongkan dalam kata

umum batil iaitu meliputi jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

Walaubagaimanapun, ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang

pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary, P.G. Osborne member definisi

‘bribery’ dan ‘corruption’ sebagai perbuatan “ giving offering any reward to any person to

influence his conduct; or receipt of such reward” yang membawa maksud memberi atau

menawarkan sebarang ganjaran kepada seseorang untuk mempengaruhi kelakuannya atau

menerima sesuatu ganjaran. John B. Saunder pula dalam kamus Mozley dan Whiteley’s Law

Dictionary memberi definisi “ the taking or giving money for performance or non performance

of public duty” atau lebih senang difahami sebagai menerima atau memberi wang untuk prestasi

atau bukan prestasi dalam tugasan. Secara umumnya rasuah boleh dikategorikan kepada

beberapa jenis iaitu politik wang, pecah amanah, penipuan dan salah guna kuasa

Walau apapun definisi yang diberikan rasuah merupakan satu jenayah kolar putih yang

patut dielakkan kerana ianya boleh menjejaskan sesuatu organisasi malah boleh meruntuhkan

sesebuah negara.

Page 5: oumm3202

Kes Rasuah dan Hubungkait Dalam Etika dan Moral

Rasuah atau jenayah kolar putih semakin berleluasa sekarang bukan sahaja di negara kita

malah di negara lain juga. Kes rasuah ini sangat berkait rapat etika dan moral seseorang. Ini

kerana jika seseorang yang tidak mengamalkan etika dalam kerja akan mudah terpengaruh

dengan gejala ini. Orang atau individu yang terlibat dengan gejala rasuah ini adalah orang yang

tidak beretika dan mempunyai nilai-nilai moral . Jika individu tersebut mengikut etika kerja yang

di tetapkan, gejala rasuah ini dapat dibendung.

Dari sudut pandangan moral pula, rasuah merupakan sesuatu perbuatan yang tidak baik.

Ini kerana orang yang melakukan rasuah ini adalah bertujuan untuk kepentingan sendiri semata-

mata dan tidak mengambil peduli tentang hak dan kepentingan orang lain. Perbuatan rasuah ini

boleh memberi kesan kepada keruntuhan akhlak dan moral seseorang. Untuk kepentingan dan

kesenangan hidup, sesorang itu lupa tentang tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan

masyarakat. Jika tidak dibendung, gejala rasuah ini boleh meruntuhkan sesebuah negara. Jadi

terdapat beberapa teori dalam etika yang boleh dijadikan panduan untuk membuat keputusan

dalam menangani perbuatan rasuah ini.

Analisis Masalah Etika (Rasuah) Dalam Pengurusan

Analisis Ekonomi

Terdapat dua teori yang digunakan dalam kaedah analisis ini iaitu microekonomi dan

makroekonomi. Teori mikroekonomi bergantung kepada pilihan antara ekonomi dan prestasi

social. Bagi membuat keputusan terhadap masalah rasuah ini kita harus membuat analisis

kesannya terhadap ekonomi dan pengurusan.

Jika semua perkara terpaksa melalui sogokan, sistem pentadbiran sesuatu institusi

mahupun negara akan lumpuh dengan mudah. Dari segi ekonomi dan pembangunan negara

sahaja, gejala rasuah ini akan menjejaskan daya saing, menghakis keyakinan pelabur dan

menjejaskan daya saing perniagaan. Cuba bayangkan jika setiap gerak laku, sama ada yang

berkaitan mendapatkan perkhidmatan dari jabatan kerajaan, mendapatkan tender, mendapatkan

kelulusan permit dan lessen perniagaan, mendirikan kilang, mendapatkan sesuatu jawatan atau

Page 6: oumm3202

bermacam- macam lagi terpaksa melalui sogokan atau rasuah. Jika perkara ini berlaku, ia boleh

melemahkan ekonomi negara. Sebagai contoh, kegiatan rasuah ini boleh merugikan kerajaan dan

negara seperti perlepasan cukai oleh kerajaan dan juga pengurangan pelaburan domestic dan

pelaburan asing. Selain itu kesan rasuah yang lain adalah boleh meningkatkan kos pengurusan.

Rasuah juga boleh mengakibatkan salah agihan kemahiran dan bakat. Misalnya dalam

pengambilan pekerja, jika pegawai kanan menerima rasuah dari seseorang individu utuk suatu

jawatan berbading orang lain yang lebih mahir dan layak, kesannya mutu kerja yang diperolehi

kurang memuaskan.

Daripada kesan-kesan rasuah ini, maka jelaslah bahawa jika system pengurusan perlu

dibaiki dan gejala rasuah perlu dibenteras, Individu yang terlibat dengan gejala rasuah ini

mungkin boleh dibuang kerja atau dilucutkan jawatan. Selain itu pihak pengurusan juga boleh

mengambil inisiatif lain seperti menaikkan gaji pekerja. Kenaikan gaji ini mungkin dapat

mengelakkan individu tersebut dari terjebak dengan gejala rasuah. Selain itu ia juga dapat

menaikkan pretasi kerja dan secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti dan memberi

keuntungan kepada syarikat.

Pembelajaran dan latihan etika dalam organisasi syarikat pula dapat memandu individu

mengikut garis panduan yang dihendaki oleh agama, kehendak social dan pekerjaan mereka.

Individu yang beretika dalam bidang pekerjaan akan menolak segala bentuk amalan yang

menyalahi etika seperti amalan rasuah. Etika dalam kerja dapat melahirkan tenaga kerja yang

berkualiti dan cemerlang.

Analisis Undang-Undang

Berdasarkan analisis ini, sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang

boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini. Undang-undang bermaksud satu set dokumen

bertulis yang mengandungi peraturan dan telah diwartakan dalam sesebuah masyarakat.

Tujuannya adalah untuk mengawal tingkah laku seseorang individu di dalam sesebuah

masyarakat.

Bagi masalah rasuah ini, tindakan undang-undang perlu diambil kerana ia perbuatan yang

salah dan boleh dianggap sebagai jenayah. Rasuah boleh mendatangkan kesan negatif bukan

Page 7: oumm3202

sahaja kepada individu yang terlibat, malah masyarakat dan juga sesebuah negara. Bagi

mengatasi gejala rasuah ini beberapa akta dan badan NGO telah ditubuhkan.

Di Malaysia misalnya, kawalan undang-undang rasuah adalah melalui peguatkuasaan

Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Rasuah 1997, Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat No 22,

1970, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Kanun Keseksaan dan Akta kastam 1997. Kesemua akta

ini ditubuhkan bagi membanteras gejala rasuah. Seseorang yang terlibat dengan rasuah ini akan

dihukum sama ada denda atau penjara. Sebagai contoh Akta Mencegah Rasuah 1997, pesalah

rasuah jika disabitkan akan dikenakan hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan maksimum 20

tahun dan denda lima kali ganda suapan yang diterima atau RM10 000 atau yang mana lebih

tinggi.

Selain undang-undang,sebuah biro Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

telah ditubuhkan dan dipertanggung jawab sepenuhnya untuk membendung dan menangani

masalah ini.

Analisis etika

Dalam kaedah analisis etika, masalah etika boleh dilihat dari sudut struktur falsafah

normative iaitu setiap orang mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat mestilah

mendapat layanan yang adil.

Teori etika merupakan cara yang digunapakai sebagai panduan untuk menyelesaikan dan

membuat keputusan dalam beretika samada tindakan itu betul atau salah. Dengan kaedah analisis

yang berpandukan teori dalam etika, keputusan bagi masalah ini dapat di buat. Terdapat 5 teori

yang sering digunakan.

a) Teori Eternal Law (Undang-undang abadi)

Dalam teori ini jika seseorangmempunyai hak untuk “ hidup, kebebasan dan mengejar

kebahagiaan”, kemudian mereka juga ada kewajipan untuk menjamin hak yang sama

untuk orang lain. Teori ini berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Setiap

keputusan dan tindakan, apa yang betul dan salah dalam teori ini bergantung kepada

pegangan agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat dan kaum. Setiap agama telah

Page 8: oumm3202

menetapkan hukum dan peraturan untuk setiap kaumnya dan mereka harus

mematuhinya. Walaubagaimanapun teori ini mempunyai masalah kerana hukum ini

mempunyai tafsiran berbeza-berbeza untuk setiap pegangan (agama) malah ada juga di

dalam agama yang sama berlaku penafsiran yang berbeza.

Di dalam kes rasuah ini, individu yang terlibat dengan rasuah ini telah berlaku tidak adil

kepada orang lain iaitu dengan mengambil hak yang bukan haknya untuk kepentingan

diri. Individu yang terlibat mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu

sedangkan orang lain berkerja keras untuk mendapatkan haknya.

b) Teori Etika Teologikal Klasik

Teori ini lebih tertumpu kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal menyusul hasil

keputusan yang dibuat. Teori ini lebih memfokuskan kepada kesan sekarang berbanding

niat seseorang individu.

Menurut pandangan Jeremy Bentham dan J.S. Mill nilai moral kelakuan peribadi dapat

ditentukan dari kelakuannya. Sekiranya kelakuan atau tindakan memberikan manfaat

kepada orang lain maka dianggap baik atau betul. Tindakan tersebut dikira salah

sekiranya ia menyebabkan berlakunya kerosakan kepada orang lain. Pengagihan

kesaksamaan teori ini mengunakan suara majority dan lebih memberikan manfaat kepada

majority berbanding minoriti. Sesuatu tindakan boleh dinilaikan secara positif dan

negatif. Sebarang kebaikan dan keburukan perlu dinilai secara seimbang untuk

mendapatkan kesan-kesan dari tindakan yang akan dilakukan.namun begitu system ini

mempunyai kelemahan kemungkinan ianya boleh diekploitasi. Teori ini juga gagal untuk

menentukan moral sesuatu tindakan kerada tidak ada keseimbangan faedah yang diterima

oleh minoriti berbanding majority. Berdasarkan teori ini, rasuah adalah perbuatan yang

salah kerana faedah yang diperolehi hanya untuk diri sendiri dan berlakunya kerosakan

pada orang lain iaitu tidak adil dengan mengambil hak orang lain yang bukan haknya.

c) Teori Deontologi Klasik (Universalism)

Pendekatan deontology atau univerlism terhadap etika adalah terbalik dari teori teleology.

Deontology dari istilah bahasa Greek yang merujuk kepada tugas atau komitmen

terhadap seseorang individu. Teori ini berdasarkan niat seseorang itu dan bukannya

Page 9: oumm3202

bergantung kepada hasil tindakan. Mengikut teori ini jika niat seseorang itu baik, maka

kesan daripada hasil tindakannya akan menjadi baik dan begitu juga sebaliknya. Dalam

teori ini, sekiranya seseorang itu mempunyai niat yang baik terhadap orang lain, ini

menunjukkan dia mempunyai moral yang patut dipuji walaupun secara tidak sengaja dia

sering kali menyakiti orang lain dengan sikapnya yang cuai. Berdasarkan teori ini, rasuah

boleh dianggap salah dan juga boleh dianggap betul bergantung kepada niat si pelaku.

Jika niatnya untuk kepentingan dirinya semata-mata dia dianggap salah tetapi jika niatnya

untuk kepentingan orang lain, ianya betul walau pada hakikatnya dia bersalah. Menurut

teori ini, setiap orang patut menerima hak dan layanan yang sama.

d) Teori Pengagihan Keadilan

Kedua teori yang disebut sebelum ini iaitu utilitarianism dan univerlisme tidak dapat

mengadili sesuatu tindakan adalah berprinsip moral dalam semua keadaan. Akibatnya

system yang moden telah dibangunkan berdasarkan konsep nilai tambah berbanding

konsep berprinsip. Teori pengagihan keadilan ini menekankan kepada pengagihan yang

adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia

mementingkan kerjasama antara satu institusi atau masyarakat. Pengagihan keadilan ini

adalah berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan

seseorang. Namun begitu, teori ini masih mempunyai kekurangan dimana ia

memperkecilkan usaha individu lain walaupun usaha itu tidak ditolak atau diendah.

Sebagai contoh, dalam kes rasuah ini. Misalnya dalam pengambilan kerja, pegawai yang

menerima rasuah telah mengambil calon tanpa melihat kelayakan dan kebolehan sebelum

membuat keputusan sedangkan masih ramai lagi yang berkelayakan. Keputusan yang

dibuat adalah dianggap tidak adil pada orang lain.

e) Teori Kebebasan Diri

Teori ini dicadangkan oleh Robert Nozick yang berdasarkan kepada kebebasan atau hak

seseorang individu. Menurut teori ini pendirian atau adat yang mencabuli kebebasan

individu atau undang-undang harus ditolak walaupun ia akan memberikan kebahagiaan

dan manfaat kepada yang lain. Kebebasan peribadi dapat diperluaskan kepada suatu

sistem etika untuk membuat penilaian terhadap kelakuan. Individu –individu mestilah

Page 10: oumm3202

dibenarkan membuat pilihan sepenuhnya untuk memandu kearah kebajikannya sendiri.

Pilihan ini akan mengambilkiran “ adil (just)”, “betul (right)” atau “wajar (proper)” selagi

peluang membuat pilihan yang sama diberikan kepada orang lain. Apa yang dimaksudkan

di sini ialah seseorang itu mempunyai hak dan kebebasan untuk tidak berkongsi apa yang

dimiliki ataupun memberinya kepada sesiapa yang disukainya. Dalam kes rasuah, pelaku

bebas membuat keputusan untuk memberi atau menerima sogokan. Seperti teori lain,

teori ini juga mempunyai kelemahan dimana ia mempunyai definisi yang sempit tentang

kebebasan yang mana member impak negative kepada orang lain.

Kesimpulan

Dapat dirumuskan bahawa rasuah mempunyai saling kaitan antara satu sama lain. Ini

kerana kewujudan rasuah berdasarkan kejatuhan nilai etika sesorang. Hampir semua negara

menghadapi masalah rasuah ini. Gejala rasuah ini perlu ditangani segera kerana ia akan

membawa kesan yang negative bukan saja kepada individu tersebut, malah kepada masyarakat

dan juga negara. Kesan rasuah ini boleh merosakkan negara, melemahkan ekonomi negara,

menjatuhkan sesebuah kerajaan dan menghakiskan kepercayaan terhadap kerajaan atau

seseorang individu atau sesebuah organisasi.

Etika sangat penting dalam membentuk tingkah laku dan akhlak seseorang. Dalam

menangani dilema rasuah ini, kita boleh menggunakan konsep dan teori dalam etika membuat

keputusan. Teori –teori etika ini termasuklah teori Hukum Abadi, Teologikal Klasik, teori

Deontologi Klasik, teori pengagihan keadilan dan teori kebebasan diri. Kesemua teori etika ini

sering digunakan sebagai panduan dalam membuat keputusa terhadap masalah etika yang

dihadapi.

Dalam tugasan ini juga turut membincang bagaimana tindakan terhadap masalah etika itu

dibuat. Penilaian suatu tindakan ini dibuat menggunakan kaedah analisis iaitu dari segi analisis

ekonomi yang mengambil kira factor mikroekonomi, analisis undang-undang dan analisis etika.

Daripada tugasan ini dapat disimpulkan bahawa nilai etika harus dipupuk dalam diri setiap

individu. Jika seseorang itu beretika gejala rasuah ini mungkin dapat dielakkan. Selain itu

perlaksanaan undang-undang yang ketat juga boleh membantu mengurangkan gejala ini

(2640 patah perkataan)

Page 11: oumm3202

Bibliografi

DBP. Kamus Dewan Edisi Ketiga 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Prof. Dr Ansary Ahmad et al. (2007). Open University Malaysia: OUMM3203 – Professional

Ethics. Kuala Lumpur

Majid Fakhry (1994). Ethical Theories In Islam. New York. E.J. Brill.

Thiroux Jacques P (2001). Ethics: Theory and Practice. Saddle River. Prantice Hall.

Mohd Janib Johari (2001). Etika Professional. Skudai. Penerbit University Teknologi Malaysia.

Dr Yusuf Qardawi (2007) Sistem Masyarakat Islam Dalam Al-Quran dan Sunnah publish at