perbezaan_individu

13
PERBEZAAN INDIVIDU 1.0 PENGENALAN Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.Selain itu,perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu yang mempunyai kepelbagaian wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaliknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya guru untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran murid yang wujud di dalam kelas. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. 2.0 SEBAB-SEBAB PEMERHATIAN Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri ini saya telah memilih dua orang murid

Upload: sitiharijah

Post on 11-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

chill

TRANSCRIPT

PERBEZAAN INDIVIDU1.0 PENGENALANSetiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.Selain itu,perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu yang mempunyai kepelbagaian wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaliknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya guru untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran murid yang wujud di dalam kelas. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.2.0 SEBAB-SEBAB PEMERHATIAN Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri ini saya telah memilih dua orang murid sebagai responden untuk permerhatian berkenaan perbezaan individu. Dalam tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ini, saya telah memilih dua orang murid yang berlainan jantina (seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan) dari Sekolah Kebangsaan Seri Puteri,Batu Pahat Johor iaitu Nur Muhd Faiz Dinie Bin Azizan dan Erina Fazira Binti Rohan.Murid-murid yang telah dipilih oleh saya adalah dalam kalangan pelajar Tahun 5.Sebab-sebab mengapa saya memilih kedua-dua orang murid ini ialah kerana mereka menepati kriteria jantina yang dikehendaki dalam kajian ini iaitu seorang murid perempuan dan seorang murid lelaki. Justeru, saya bertekad untuk memilih responden yang berlainan jantina supaya kajian yang bakal dijalankan menepati hasil kajian atau laporan yang bakal saya hasilkan.Selain itu, berdasarkan kriteria murid yang hendak dilpilih mestilah sekitar 7 hingga 12 tahun iaitu kanak-kanak tahun 1 hingga murid Tahun 6. Faiz dan Erina bertepatan dengan kriteria umur yang dikehendaki. Malah, saya memilih mereka selari dan bersesuaian dengan tahap perkembangan yang saya uji dan laksanakan terhadap mereka. Di samping itu,semasa saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri ini,saya telah diberi amanah untuk mengganti kelas Tahun 5 Bestari dari hari pertama(20 Julai 2014) sehinggalah hari kelima(24 Julai 2014) berikutan guru Bahasa Melayu kelas mereka mengikuti Kursus LINUS di daerah Johor Bahru.Justeru,saya telah memilih tahun 5 kerana saya lebih mengenali mereka.

Gambar 2.0 merupakan gambar saya bersama murid-murid Tahun 5 Bestari.Seterusnya,perkara menarik yang menyebabkan saya tertarik Faiz dan Erina sebagai peserta kajian saya ialah mereka mesra dan mematuhi arahan yang diberikan dan mereka juga dalam kalangan pelajar kelas pertama bagi Tahun 5 iaitu Kelas Bestari. Malah, mereka merupakan peserta kajian yang mencadangkan diri sendiri untuk menjadi reponden dalam pemerhatian perbezaan individu.Hal ini menjadikan segala pelaksanaan dan proses menjalankan kajian mudah dan berjalan dengan baik.

2.1 BIODATA MURID-MURID YANG DIPILIH

Nama: Muhd Faiz Dinie Bin Azizan

Tarikh Lahir: 22 Mei 2003

Umur: 11 Tahun

Jantina:Lelaki

Hobi : Bermain Bola Sepak

Cita-Cita:Polis

Warna Kesukaan:Merah

Makanan Kegemaran:Nasi Goreng Ayam

Minuman Kegemaran:Jus Oren

Bil.Adik Beradik:4 Orang(Merupakan anak ke-3)

Tinggi:132 cm

Berat:36 kg

Saiz Baju:M

Keputusan Peperiksaan Setengah Tahun:Bahasa Melayu(Pemahaman): 80 A

Bahasa Melayu (Penulisan): 78 B

Bahasa Inggeris: 75 B

Matematik: 86 A

Sains: 88 A

Jawatan Di Sekolah:Pengawas

Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah:Persatuan : Sains

Unit Beruniform: Pengakap

Permainan: Bola Sepak

Nama: Nur Erina Fazira Binti Rosdi

Tarikh Lahir: 17 September 2003

Umur: 11 Tahun

Jantina:Perempuan

Hobi : Melukis

Cita-Cita:Guru

Warna Kesukaan:Hijau

Makanan Kegemaran:Bihun Sup

Minuman Kegemaran:Air Laici

Bil.Adik Beradik:5 Orang(Merupakan anak bongsu)

Tinggi:127 cm

Berat:30 kg

Saiz Baju:S

Keputusan Peperiksaan Setengah Tahun:Bahasa Melayu(Pemahaman): 84 A

Bahasa Melayu (Penulisan): 92 A

Bahasa Inggeris: 82 A

Matematik: 72 A

Sains: 80 A

Jawatan Di Sekolah:Pustakawan

Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah:Persatuan : Bahasa Melayu

Unit Beruniform: Puteri Islam

Permainan: Bola Jaring

2.11 PERKEMBANGAN KANAK-KANAKRohani Abdullah(2001:6) mengatakan bahawa perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya.Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain.Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran dalam penulisan juga semakin berkembang. Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih awal.Menurut Rohani Abdullah(2001: 37),ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.

2.2 ASPEK FIZIKALAspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Melalui aspek fizikal kita dapat memerhatikan perbezaan individu dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Muhd Faiz Dinie Bin Azizan atau nama panggilannya Faiz,saya mendapati bahawa Faiz merupakan kanak-kanak yang sihat.Dia tidak mempunyai sebarang penyakit yang membahayakan .Faiz juga merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai BMI yang normal iaitu 20.7 dengan ketinggian 132 cm dan berat sebanyak 34 kg.Faiz juga memakai saiz baju M dan mempunyai susuk badan yang agak sihat tetapi normal dan mempunyai kemahiran jasmani untuk bermain bola sepak.Seterusnya, berdasarkan pemerhatian saya terhadap Nur Erina Binti Rosdi pula ialah saya mendapati bahawa Erina juga kanak-kanak yang sihat. Dia juga tidak mempunyai sebarang penyakit yang membahayakan .Erina merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai BMI yang normal iaitu 18.5 dengan ketinggian 127 cm dan berat sebanyak 30 kg serta memakai saiz baju S dan mempunyai susuk badan yang kurus tetapi normal dan mempunyai kemahiran jasmani untuk bermain bola jaring.2.3 ASPEK KOGNITIFSetiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Murid-murid juga mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran yang melibatkan penulisan.Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Faiz,saya mendapati bahawa Faiz merupakan kanak-kanak yang pintar dan petah berbicara.Semasa temubual bersamanya,saya mendapati bahawa Faiz seorang kanak-kanak lelaki yang suka belajar dan memberikan idea dalam kelas.Keupayaannya untuk berfikir cepat dan sering memberikan idea apabila diajukan soalan di dalam kelas.Hal ini menunjukkan bahawa Faiz mempunyai daya pemikiran yang tinggi.Apabila diadakan sesi temubual bersamanya,Faiz mengatakan bahawa cara pembelajarannya di rumah adalah dipantau oleh keluarganya.Dia sukakan cara belajar yang santai dan menyeronokkan dengan adanya gambaran berbanding tulisan.Saya juga mendapati bahawa Faiz suka menggaris buku rujukan yang dibacanya untuk mencari isi-isi penting.Semasa Peperiksaan Setengah Tahun,Faiz telah berjaya memperoleh 3A 2B dalam subjek yang penting untuk UPSR bagi tahun hadapan iaitu pada tahun 2015.Selain itu,Faiz mempunyai bakat dalam bermain bola sepak apabila dia dikatakan oleh guru PJKnya dan guru kelasnya juga mengatakan bahawa dia pernah mewakili sekolah untuk persatuan Sains dalam pertandingan reka cipta.Tambahan pula,Faiz merupakan pengawas sekolah yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Manakala Erina pula,saya mendapati bahawa dia merupakan kanak-kanak perempuan yang pintar tetapi pemalu.Semasa temubual bersamanya,saya mendapati bahawa Erina seorang kanak-kanak perempuan yang pemalu namun bijak melontarkan idea.Keupayaannya untuk berfikir pula memerlukan penerangan yang jelas kemudian barulah Erina akan memberikan idea apabila ditanya itupun dalam keadaan yang pemalu.Hal ini menunjukkan bahawa Erina mempunyai daya pemikiran yang tinggi namun perlu diasah lagi keyakinan dirinya. Semasa Peperiksaan Setengah Tahun pula,Faiz telah berjaya memperoleh 4A 1B dalam subjek yang penting untuk UPSR bagi tahun hadapan iaitu pada tahun 2015.Apabila diadakan sesi temubual bersamanya,Erina mengatakan bahawa cara pembelajarannya di rumah adalah dalam keadaan yang senyap.Dia sukakan cara belajar yang tenang dalam suasana yang sunyi.Saya juga mendapati bahawa Erina suka melukis dan dia juga adalah seorang pustakawan.Berdasarkan pemerhatian saya,Erina juga memilih untuk menjadi pustakawan kerana sukakan tugas itu dan berpendapat boleh mengulangkaji pelajaran di dalam suasana pusat sumber yang senyap.2.4 ASPEK EMOSIMurid-murid juga mempunyai tahap emosi yang berlainan. Hal ini demikian kerana mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat aktif daripada kanak-kanak perempuan. Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru juga perlu merancang pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran (pdp) dengan mengikut personaliti murid-murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan. Berdasarkan pemerhatian terhadap Faiz,dia seorang kanak-kanak yang petah berbicara dan aktif.Emosinya pula stabil dan suka gelak dengan kawan-kawannya.Faiz juga berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Bapanya seorang pegawai bank dan ibunya pula seorang kerani di sekolah.Maklumat ini saya perolehi daripada rekod maklumat murid yang ada bersama guru kelas Tahun 5 Bestari.Semasa saya menjalankan PBS di sekolah SK Seri Puteri ini,apabila saya mengganti kelas ini dan melakukan aktiviti kuiz di dalam kelas,saya mendapati bahawa Faiz seorang murid yang cekap dan agresif untuk menjawab soalan kuiz itu.Justeru,Faiz merupakan murid yang petah berbicara dan ceria.Berdasarkan pemerhatian terhadap Erina,dia seorang kanak-kanak perempuan yang pemalu namun dikatakan diam-diam ubi berisi.Emosinya pula pemalu namun sentiasa senyum.Erina juga berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik dan pendidikan yang tinggi.Ibu bapanya pula merupakan guru Sekolah Menengah Dato,Bentara Luar dan Sekolah Rendah Tengku Mariam,Batu Pahat Johor. Maklumat berkaitan dirinya ini juga saya perolehi daripada rekod maklumat murid yang ada bersama guru kelas Tahun 5 Bestari.Semasa saya menjalankan PBS di sekolah SK Seri Puteri ini,apabila saya mengganti kelas ini dan melakukan aktiviti kuiz di dalam kelas,saya mendapati bahawa Erina seorang murid yang pemalu untuk menjawab soalan namun akhirnya dia memberanikan diri untuk mengangkat tangannya memberikan idea apabila jawapan bagi soalan itu diketahuinya.Justeru,Erina merupakan murid yang pemalu namun bijak dalam idea yang dilontarkan cuma memerlukan dorongan untuk dirinya berkongsi ideanya.2.5 TINGKAH LAKUTingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Rohani Abdullah (2001: 40), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa dan kebudayaan. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Faiz dan Erina,mereka berdua mempunyai tingkah laku yang baik.Apabila berjumpa dengan guru kelas mereka iaitu Puan Maizatul Binti Sarifudin,beliau mengatakan bahawa Faiz dan Erina bebas daripada rekod disiplin dan mempunyai kehadiran yang cemerlang.Pergaulan dan interaksi antara mereka pula berbeza.Faiz kerana Faiz dikatakan peramah dengan rakan-rakannya manakala Erina pula hanya ramah dengan rakan baiknya dan dikatakan pemalu apabila berhadapan dengan murid lelaki.Hal ini mungkin disebabkan Erina telah mencapai kematangan umur apabila telah akil baligh sebagai seorang perempuan dan cukup matang dalam menguruskan dirinya berbanding Faiz yang masih keanak-anakan namun petah berbicara.Semasa aktiviti sosial pula,telah dikatakan bahawa Faiz lebih menyerlah berbanding Erina dalam menjawab soalan kerana Erina seorang yang pemalu namun Erina bijak dalam menyelesaikan soalan dan lebih minat melukis berbanding Faiz yang sukakan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti jawab soalan di hadapan kelas dan Erina pula sukakan aktiviti yang melibatkan pemikiran dalam pelajaran.Hal ini juga diprngaruhi oleh latar belakang keluarga dan mempengaruhi cita-cita mereka apabila dewasa nanti.Contohnya,Faiz yang aktif minat untuk menjadi polis kerana abangnya seorang polis dan Erina yang pemalu lebih suka menjadi guru kerana ibu bapanya guru namun perlu diasah lagi keyakinan diri Erina agar menjadi tinggi dan layak untuk bergelar seorang guru suatu hari nanti.Insyaallah.3.0 RUMUSANKesimpulannya, setiap manusia dicipta dengan unik begitu juga dengan murid-murid di sekolah.Mereka adalah unik dari segi perbezaan individu dan mempunyai pelbagai kebolehan. Justeru,peranan guru sebagai pendidik amat penting dalam mengenalpasti perbezaan individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah untuk setiap murid-murid . Namun, guru perlu merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan murid. guru juga perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat memotivasi murid yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Sebagai pendidik yang bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu. Semua aspek yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar untuk memegang tampuk pemerintahan pada masa akan datang.