ppoint peraturan bilik sains.ppt
TRANSCRIPT
Disediakan oleh :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kenalpasti kesilapan yang berlaku di dalam bilik sains
PERATURAN BILIK SAINS
• Peraturan bilik Sains perlu dipatuhi ketika berada di dalam bilik sains bagi menjamin keselamatan guru dan murid.
• Langkah-langkah keselamatan mestilah dipatuhi semasa berada dalam Bilik Sains atau bilik persediaan
PERATURAN BILIK SAINS
• murid hanya dibenarkan masuk ke dalam Bilik Sains dan bilik persediaan dengan kebenaran guru
• hanya buku dan peralatan untuk pelajaran Sains sahaja dibenarkan dibawa masuk ke Bilik Sains semasa pengajaran dan pembelajaran Sains
PERATURAN BILIK SAINS
• amali boleh dijalankan hanya dengan pengetahuan guru• sebarang aktiviti di Bilik Sains hendaklah di bawah
pengawasan guru• kebersihan Bilik Sains dan bilik persediaan perlu dijaga
setiap masa• alatan dan bahan kimia hanya boleh digunakan dengan
pengetahuan guru
PERATURAN BILIK SAINS• Semua cermin tingkap mesti dibuka dan kipas
dipasang supaya pengaliran udara bersih• Rambut yang panjang hendaklah diikat rapi• Basahkan bahan terbakar sebelum dibuang• Nyalakan penunu bunsen menggunakan
pemetik api• Peti pertolongan cemas lengkap dan mudah
dilihat
PERATURAN BILIK SAINS
• Bahan buangan pepejal dibuang ke dalam bakul sampah
• Bahan buangan cecair dibuang ke dalam singki dengan paip yang mengalir
• Jangan hidu atau sentuh bahan tanpa kebenaran guru.
PERATURAN BILIK SAINS• penunu mudah alih hendaklah dinyalakan dengan
pemetik api khas• semua radas hendaklah dibersihkan selepas digunakan• semua peralatan dan bahan sains hendaklah dikembalikan
ke tempat asalnya setelah digunakan• alatan dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari
Bilik Sains dan bilik persediaan hanya dengan kebenaran guru
PERATURAN BILIK SAINS• alatan yang rosak atau pecah perlulah dilaporkan segera
kepada guru atau staf Bilik Sains• sampah dan sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam
bekas yang disediakan.• penggunaan bahan dan alat Peti Pertolongan Cemas
hendaklah dengan kebenaran dan pengawasan guru• spesimen biologi yang masih hidup hendaklah
dikembalikan semula ke habitatnya.• semua kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan
kepada Ketua Panitia Sains dan Guru Besar serta dicatatkan dalam Buku Rekod Kemalangan.
BUKU REKOD DI DALAM BILIK SAINS
• Rekod penggunaan bilik sains• Rekod kerosakan/kehilangan dan kemalangan• Rekod pinjaman peralatan• Rekod penggunaan peralatan dan bahan
KESELAMATAN
• Aspek keselamatan sememangnya diberi penekanan utama semasa aktiviti dalam Bilik Sains. Guru hendaklah sentiasa peka dan berhati-hati ketika
mengendalikan kerja amali untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan atau kecederaan.
• Peraturan semasa kerja amali, langkah keselamatan dan panduan pertolongan cemas adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian.
Langkah-Langkah KeselamatanKeselamatan Bilik Sains• memastikan keadaaan Bilik Sains selamat digunakan• mendedahkan maklumat keselamatan makmal kepada
muridPelan Laluan Kecemasan/kebakaran.• menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas dan• mudah difahami• mempamerkan pelan laluan kecemasan di Bilik Sains• mengadakan latihan kecemasan untuk mengenalpasti pelan laluan kecemasan
Langkah-Langkah Keselamatan
Alat Pemadam Api / Pondok Pemadam Api• memastikan alat pemadam api tersebut ada di tempat
tempat tertentu• memastikan alat tersebut dalam keadaaan baik dan
selamat digunakan• mengadakan latihan untuk memahirkan penggunaan alat pemadam api (selimut penahan api, baldi perisi pasir)
Langkah-Langkah Keselamatan
Jika ada kebakaran:• hebahkan kebakaran kepada umum• arahkan murid ke tempat lapang dan selamat mengikut
pelan laluan kecemasan• usahakan memadam kebakaran dengan alat pemadam api
dalam masa yang sama dapatkan perkhidmatan Bomba
Langkah-Langkah Keselamatan
Pertolongan Cemas• Semasa menghadapi kecemasan, setiap kemalangan yang
berlaku dalam Bilik Sains hendaklah dilaporkan dengan segera.
• guru mengambil tindakan segera serta mengawal keadaaan memberi bantuan dan rawatan awal jika perlu
melaporkan kepada pentadbir sekolah atau pihak-pihak tertentu jika perlu.
Langkah-Langkah KeselamatanJenis kecederaan atau kemalangan• luka• lemas• pengsan• melecur• kejutan elektrik• mata dimasuk bendasing• gigitan binatang dan serangga berbisa
Langkah-Langkah KeselamatanRawatan Luka• kenalpasti sama ada luka itu ringan atau parah• memberi rawatan awal seperti mencuci, menyapukan
ubat dan membalutkan luka• jika luka itu parah, berikan rawatan untuk mencegah
kehilangan darah dengan menggunakan teknik tornike dan membawa pesakit ke hospital dengan segera.
Langkah-Langkah Keselamatan
Melecur dan melepuh• kenalpasti punca kecederaan -melecur - air panas, minyak panas -melepuh - logam panas dan api• tutup bahagian yang cedera dengan kain yang lembut
untuk melindungi dari tiupan angin bawa pesakit ke hospital.
Langkah-Langkah Keselamatan
Kejutan elektrik• jangan sekali-kali menyentuh pesakit• tutup suis utama atau punca kuasa bekalan elektrik, jika
gagal,pisahkan pesakit dari punca kejutan dengan menggunakan objek penebat seperti kayu kering.
• rehatkan pesakit di tempat yang selesa dan berudara bersih, kemudian longgarkan pakaiannya. Beri rawatan pernafasan sekiranya perlu bawa pesakit ke hospital
Langkah-Langkah Keselamatan
Mata dimasuki benda asing
• tegah murid daripada menggosok mata yang dimasuki benda asing.
• arahkan murid supaya membuka dan menutup matanya di dalam air mengalir dan bersih untuk mengeluarkan benda asing sekiranya gagal, bawa murid ke hospital
Langkah-Langkah Keselamatan
Gigitan dan sengatan haiwan berbisa• kenalpasti tempat gigitan atau sengatan• keluarkan sengat serangga jika ada• sapukan dengan minyak mencegah bisa• tahan darah supaya bisa gigitan atau sengatan tidak
merebak ke jantung• bawa pesakit berjumpa doktor dengan segera jika
kesakitan itu serius
KEBERSIHAN BILIK SAINS
• Pastikan tiada air yang bertakung di dalam bilik sains• Alatan radas yang rosak hendaklah diasing dan
dikumpulkan dan dilupuskan mengikut prosedur• Langsir bilik sains hendaklah dicuci sekurang-kurangnya
setahun sekali
KECERIAAN BILIK SAINS
• Bilik Sains hendaklah disusunatur, dilengkapi dan dihiasi dengan menarik bagi mewujudkan suasana yang boleh meningkatkan keberkesanan P & P serta mendorong minat murid kepada mata pelajaran Sains.- Mural- Istilah saintifik- Pokok di kaki lima
KECERIAAN BILIK SAINS
Perkara-perkara berikut perlu dilengkapi dalam Bilik Sains:• Papan Kenyataan• Keratan akhbar, berita mengenai sains dan hasil kerja murid
dipamerkan di papan kenyataan.• Peralatan audio-visual seperti televisyen, perakam vieo,
OHP, projektor slaid dan set komputer• Bahan bantu mengajar seperti model, carta, gambar dan
poster