s84166

80
HUBUNGAN ANTARA IKLIM SEKOLAH DAN STRES GURU YUSNIDA BINTI MD YUSOF UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2009

Upload: aduka

Post on 25-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tesis

TRANSCRIPT

  • HUBUNGAN ANTARA IKLIM SEKOLAH

    DAN STRES GURU

    YUSNIDA BINTI MD YUSOF

    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    2009

  • HUBUNGAN ANTARA IKLIM SEKOLAH

    DAN STRES GURU

    Kertas projek ini dikemukakan kepada Kolej Perniagaan

    sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan ijazah

    Sarjana Sains (Pengurusan)

    Universiti Utara Malaysia

    Disediakan oleh:

    YUSNIDA BINTI MD YUSOF

    Yusnida Binti Md Yusof 2009. Hakcipta Terpelihara

  • i

    KEBENARAN MERUJUK KERTAS PROJEK

    Kertas projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan

    pengijazahan program Sarjana Sains (Pengurusan). Saya bersetuju membenarkan pihak

    Perpustakaan, Universiti Utara Malaysia mempamerkan sebagai bahan rujukan. Saya juga

    bersetuju bahawa sebarang bentuk salinan samada secara keseluruhan atau sebahagian

    daripada kertas projek ini untuk tujuan akademik adalah dibolehkan dengan kebenaran

    penyelia kertas projek atau Penolong Naib Cancelor, Kolej Perniagaan. Sebarang bentuk

    salinan dan cetakan bagi tujuan komersil dan membuat keuntungan adalah dilarang sama

    sekali tanpa kebenaran bertulis daripada penyelidik. Penyataan rujukan kepada penyelidik

    dan Universiti Utara Malaysia perlu dinyatakan jika sebarang bentuk rujukan dibuat ke

    atas kertas projek ini.

    Kebenaran untuk menyalin atau menggunakan kertas projek ini hendaklah dipohon

    melalui:

    Penolong Naib Cancelor

    Kolej Perniagaan

    Universiti Utara Malaysia

    06010 Sintok

    Kedah

  • ii

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah swt. atas segala rahmat, taufik

    dan hidayah-Nya. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

    penghulu bagi seluruh nabi dan rasul. Dengan izin dan iradat-Nya kertas projek ini dapat

    disiapkan dengan sepenuhnya.

    Setinggi-tinggi penghargaan ini dirakamkan kepada penyelia kertas projek En.

    Mohd Fauzwadi Bin Mat Ali serta isteri kerana memberi peluang mengadakan sesi

    perbincangan di kediaman mereka takkala kesuntukan masa. Turut tidak dilupakan Dekan

    dan Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan, guru-guru sekolah yang terlibat serta

    pentadbiran serta semua pihak yang telah membantu dalam menyiapkan kertas projek ini

    samada secara langsung ataupun tidak langsung.

    Buat insan yang banyak mengorbankan masa dan keringat, suamiku tercinta,

    Ustaz Muhammad Amin Bin Hassan dalam menguruskan pengedaran dan pengumpulan

    semula buku-buku soal selidik serta menemani saya sepanjang menyiapkan kertas projek

    ini tidak kira siang atau malam. Tidak dilupakan buat mak dan abah yang banyak

    memberi sokongan serta anak-anak tercinta, Zaid dan Rania dalam menyiapkan laporan

    ini.

    Wassalam

    Yusnida Binti Md Yusof

    (No. Matrik: 84166)

    Mei 2009

  • iii

    ABSTRAK

    HUBUNGAN ANTARA IKLIM SEKOLAH DAN STRES GURU

    Yusnida Binti Md Yusof

    Tujuan utama kajian adalah untuk mengkaji hubungan antara iklim sekolah dan stres di

    kalangan guru-guru sekolah rendah di Perlis. Sebanyak 92 daripada 120 guru yang telah

    dipilih secara sistem rawak mudah dan strata telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini.

    Bagaimanapun hanya 58.3% sahaja yang diterima untuk dianalisa. Guru-guru tersebut datang

    daripada 10 buah sekolah sekitar negeri Perlis meliputi dua kawasan utama iaitu di Bandar

    Kangar dan sekolah kawasan kampung. Dalam kajian ini, iklim sekolah diukur dengan

    menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Pashiardis (2000) yang mengandungi

    empat (4) dimensi, iaitu komunikasi (9 item), kerjasama (7 item), pentadbiran & organisasi (8

    item) serta murid (6 item) dengan menggunakan skala Likert 5 point dengan skor skala 1

    untuk sangat tidak setuju hingga skor 5 untuk sangat setuju. Manakala konsep stres diukur

    dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Conley (2000) yang mengandungi

    5 item dengan menggunakan 5 skala Likert dengan skor 1 untuk tidak pernah hingga 5 untuk

    selalu. Kajian mendapati bahawa iklim sekolah dan stres sangat tinggi di sekolah. Analisa

    regresi juga mendapati bahawa iklim sekolah tidak mempengaruhi stres secara signifikan

    walaupun terdapat satu dimensinya mempunyai hubungan signifikan dengan stres. Maka,

    kajian tidak dapat mengesahkan bukti-bukti mengenai pengaruh iklim secara keseluruhan

    terhadap stres. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

    stres dan demografik.

    Kata Kunci: Iklim Sekolah, Stres, Komunikasi, Kerjasama, Pentadbiran & Organisasi,

    Murid, Guru

  • iv

    ABSTRACT

    The main purpose of the study is to examine the relationship between school climate and

    stress among teacher in primary school at Perlis. Out of 92 samples from 254 subordinates

    were selected by using simple and stratified random system (SRS) as a sample in this study

    however only 58.3% only returned and accepted for the analysis. The teachers were selected

    from 10 schools of two different areas, town of Kangar and rural areas around Perlis. In this

    study, school climate has been measured using instrument that was developed by Pashiardis

    (2000). It consists four (4) dimensions; communication (9 items), Cooperation (7 items),

    Organization & Administration (8 items), Student (6 items) with 5-Llikert scale starting from

    1 for totally disagree to 5 for totally agree. The concept of stress has been measured using 5

    item instruments that were adapted by Conley (2000) with 5-Likert scale starting from 1 for

    never to 5 for always. The findings showed that there were high level of school climate and

    also high level of stress among teachers. The regression analysis also showed that by overall

    school climate does not have any significant effect on stress although one of its dimensions

    had. So, the research was unable to confirm any evidence on school climate effect toward

    stress. The research also founds that there was no significant difference between stress and

    demographics factors.

    Keywords: School Climate, Stress, Communication, Cooperation, Organization &

    Administration, Student, Teacher

  • v

    ISI KANDUNGAN

    KEBENARAN MERUJUK KERTAS PROJEK i

    PENGHARGAAN ii ii

    ABSTRAK (BAHASA MELAYU) iii iii

    ABSTRAK (BAHASA INGGERIS) iv

    ISI KANDUNGAN v

    SENARAI JADUAL vii

    SENARAI RAJAH vii

    SENARAI LAMPIRAN viii

    Muka Surat

    BAB I PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Sistem Pendidikan di Malaysia 2

    1.3 Permasalahan Kajian 3

    1.4 Persoalan Kajian 3

    1.5 Objektif Kajian 4

    1.6 Skop Kajian 5

    1.7 Kepentingan Kajian 5

    1.8 Definisi Operasional Kajian 5

    BAB 2 PEMBENTUKAN KERANGKA TEORITIKAL

    DAN HIPOTESIS KAJIAN

    2.1 Pengenalan 8

    2.2 Konsep Stres Guru 8

    2.3 Konsep Iklim Sekolah 10

    2.4 Iklim Sekolah dan Stres Guru 15

    2.5 Kerangka Teoritikal Kajian 16

    2.6 Hipotesis Kajian 17

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 19

    3.2 Populasi dan Sampel Kajian 19

    3.3 Prosedur Pengumpulan Data 20

    3.4 Rekabentuk Persampelan Kajian 20

    3.5 Rekabentuk Instrumen Kajian 22

    3.6 Kajian Rintis dan Ujian Kebolehpercayaan 24

    3.7 Analisa Data 25

  • vi

    BAB 4 PENEMUAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan 27

    4.2 Analisis Deskriptif 27

    4.2.1 Analisis Latarbelakang Demografi Responden 28

    4.2.2 Tahap Stres Guru dan Dimensi Iklim Sekolah 30

    4.3 Analisis Inferensi 31

    4.3.1 Perbezaaan Stres berdasarkan Latarbelakang Individu 31

    4.3.2. Hubungan antara Dimensi Iklim Sekolah dan Stres 36

    4.3.3 Pengaruh Dimensi Iklim Sekolah terhadap Stress

    4.5 Rumusan Penemuan Kajian 38

    BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    5.1 Pengenalan 40

    5.2 Perbincangan 40

    5.3 Implikasi Kajian 42

    5.4 Masalah Kajian 43

    5.5 Cadangan Kepada Penyelidikan Akan Datang 43

    5.6 Kesimpulan 44

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

  • vii

    SENARAI JADUAL

    Jadual Tajuk Jadual Muka Surat

    3.1 Jumlah Populasi dan Sampel Kajian 21

    3.2 Jumlah Item bagi Dimensi Iklim Sekolah 23

    3.3 Tafsiran Tahap Iklim Sekolah dan Dimensi 23

    3.4 Tafsiran Tahap Stres Guru 24

    3.5 Keputusan Ujian Kebolehpercayaan dalam Kajian Rintis dan

    Kajian Sebenar

    25

    4.1 Taburan Latarbelakang Demografi Responden 29

    4.2 Ujian Min Skor dan Sisihan Piawai Stres Guru dan Dimensi Iklim

    Sekolah

    31

    4.3 Keputusan Ujian-t Stres berdasarkan Jantina 32

    4.4 Keputusan Analisis ANOVA sehala Stres berdasarkan Kumpulan

    Umur

    32

    4.5 Keputusan Ujian-t Stres berdasarkan Status Perkahwinan 33

    4.6 Keputusan Ujian-t Stres berdasarkan Tempat Tinggal 34

    4.7 Keputusan Analisis ANOVA sehala Stres berdasarkan Gred,

    Tempoh Perkhidmatan dan Jumlah Masa Mengajar

    35

    4.8 Keputusan Analisis Korelasi Dimensi Iklim Sekolah dan Stres 37

    4.9 Keputusan Analisis Regresi Pengaruh Stres terhadap Iklim

    Sekolah

    38

    4.10 Rumusan Hipotesis Kajian 39

    SENARAI RAJAH

    Rajah Tajuk Rajah Muka Surat

    1 Model Hubungan antara Iklim Sekolah dan Stres 17

  • viii

    SENARAI LAMPIRAN

    No. Perkara

    Lampiran A Lakaran Nombor Rawak yang diakses daripada laman web:

    www.randomizer.org.

    Lampiran B Rekabentuk Set Borang Soal Selidik

    Lampiran C Keputusan Ujian Kebolehpercayaan

    Lampiran D Keputusan Analisis Kajian

  • 1

    BAB SATU

    PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN

    Bagi memenuhi tuntutan keperluan fisiologi kehidupan manusia telah memasuki

    dunia kerjaya. Hubungan yang wujud di dalam sesuatu kerjaya telah mewujudkan suatu

    persekitaran yang rumit. Malah, lapisan-lapisan pengurusan serta ruang lingkup perhubungan

    yang luas di antara individu dengan individu yang lain atau kumpulan dengan kumpulan

    yang lain setelah mengambil kira isu kepelbagaian telah menjadikan persekitaran organisasi

    tersebut semakin kompleks.

    Kita sering kali terdengar atau membaca isu-isu yang berkaitan dengan tekanan atau

    stres. Pelbagai kajian telah dilakukan ke atas pelbagai pihak sejak perkataan stres (stress)

    mula digunakan oleh pelopor teori tekanan iaitu Hans Hugo Bruno Selye (Hellriegel, Slocum

    & Woodman, 2001). Stres tidak memilih mangsa sama ada dalam keadaan ekonomi, taraf

    hidup atau kestabilan politik, maka agak mustahil seseorang itu boleh hidup tanpa ada

    sebarang stres. Malah, berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh World Health

    Organization (WHO) didapati penduduk dunia semakin tertekan.

    Malah salah satu kajian yang dijalankan ke atas 6000 orang sukarelawan di Jepun

    menunjukkan bahawa 147 orang mengalami stres yang hanya berpunca daripada kerjaya

    (Utusan Malaysia, 24 Januari 2008).

  • 2

    1.2 Sistem Pendidikan di Malaysia

    Sebelum negara merdeka, sistem pendidikan di Malaysia adalah berasaskan sistem

    pendidikan kolonial. Tidak dilupakan sistem pendidikan Jepun ketika era pemerintahan

    Jepun. Namun setelah merdeka, Malaysia mula mencorak sistem pendidikan mengikut

    acuannya sendiri. Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan yang agak

    besar, iaitu bermula dengan Penyata Razak, diikuti Penyata Rahman Talib, Laporan Hussien

    Onn, Laporan Mahathir, Akta Pendidikan 1996 dan terkini Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan (PIPP).

    Sejajar dengan kehendak kemajuan, para pemimpin sebelum dan sekarang cuba

    mengetegahkan pelbagai kaedah atau pedagogi yang dipercayai mampu membantu

    meningkatkan kualiti murid yang dikeluarkan oleh sistem pendidikan. Pengenalan

    penggunaan bahasa inggeris dalam pendidikan sains dan matematik merupakan satu

    perubahan dasar yang sangat besar selain penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

    dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Pengenalan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik dalam

    bahasa inggeris telah menimbulkan pelbagai isu di kalangan ahli akademik dan masyarakat.

    Pelbagai pendapat dan pandangan telah dibincangkan dalam media cetak dan juga media

    elektronik. Malah tidak dilupakan demonstrasi yang telah dianjurkan oleh beberapa pihak

    tertentu dalam usaha menggesa pihak kerajaan mengkaji semula pelaksanaannya. Namun isu

    dan pandangan yang dibincangkan lebih memfokus kepada para murid dan bukan kepada

    para guru. Peranan guru sememangnya telah ditambah lagi dengan satu peranan baru iaitu

    memastikan para murid mampu menguasai sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Ia

    bertujuan untuk memantapkan penguasaan sains dan matematik di kalangan generasi baru

    supaya lebih kompetitif untuk bersaing di peringkat global

  • 3

    1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

    Reformasi-reformasi yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan menjadikan

    sistem ini menjadi semakin kompleks. Isu berkaitan tekanan yang dialami guru-guru kini,

    tidak hanya dilaporkan oleh pihak-pihak tertentu yang berminat dengan isu tersebut, malah

    diakui sendiri oleh pihak kerajaan. (Utusan Malaysia, 24 Januari 2008). Selain itu, pihak

    Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga turut bersetuju dengan isu

    tersebut. Kini, pihak Kesatuan Perguruan Kebangsaan juga menyatakan kebimbangan mereka

    dengan peningkatan guru-guru yang menghidap penyakit seperti barah payu dara, darah

    tinggi, sakit jantung, serta penyakit yang berkaitan psikologi.

    Permasalahan seperti disiplin murid yang semakin berleluasa, bebanan tugas hakiki,

    ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat, sikap ibu bapa yang mudah lepas tangan

    dikatakan menjadi penyumbang kepada permasalahan guru. Jesteru itu dalam memahami isu

    stres di kalangan guru, pembolehubah iklim sekolah cuba diketengahkan dalam kajian ini

    bagi menguji perkaitan yang mungkin menjadi penyumbang kepada isu stres di kalangan

    guru di Malaysia.

    1.3 PERSOALAN KAJIAN

    Berdasarkan kepada isu dan permasalahan kajian yang telah diterangkan di atas,

    berikut adalah empat (4) persoalan kajian yang akan dikaji, iaitu:

    a) Sejauhmanakah tahap iklim sekolah beserta dimensi komunikasi, kerjasama,

    pentadbiran & organisasi, murid dan tahap stres guru?

  • 4

    b) Adakah terdapat perbezaan stres guru berdasarkan latarbelakang demografi (jantina,

    umur, status perkahwinan, tempat tinggal, gred gaji, tempoh perkhidmatan dan jumlah

    masa mengajar)?

    c) Apakah terdapat hubungan antara dimensi iklim sekolah (komunikasi, kerjasama,

    pentadbiran & organisasi, murid) dan stres guru?

    d) Apakah dimensi iklim sekolah (komunikasi, kerjasama, pentadbiran & organisasi,

    murid) mempengaruhi stres guru?

    1.4 OBJEKTIF KAJIAN

    Berdasarkan kepada beberapa isu dan persoalan kajian yang telah dihuraikan di atas,

    kajian ini adalah merangkumi kepada empat (4) objektif kajian, iaitu:

    a) Untuk menentukan tahap iklim sekolah berserta empat dimensi utama dan tahap stres

    guru.

    b) Untuk mengkaji perbezaan stres guru berdasarkan demografi (jantina, umur, status

    perkahwinan, tempat tinggal, gred gaji, tempoh perkhidmatan dan jumlah masa

    mengajar).

    c) Untuk mengenalpasti hubungan antara iklim sekolah (dimensi komunikasi, kerjasama,

    pentadbiran dan organisasi, murid) dan stres guru.

    d) Untuk mengkaji pengaruh iklim sekolah (dimensi komunikasi, kerjasama, pentadbiran

    dan organisasi, murid) terhadap stres guru.

  • 5

    1.5 SKOP KAJIAN

    Dalam kajian ini, responden kajian terdiri daripada kumpulan guru-guru daripada

    sekolah rendah di negeri Perlis. Pembolehubah kajian hanya melibatkan pembolehubah

    bebas, iaitu: iklim sekolah yang terdiri daripada dimensi komunikasi, kerjasama, pentadbiran

    dan organisasi, murid serta pembolehubah bersandar, iaitu stres guru.

    1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini dilihat sebagai penting kerana profesion perguruan merupakan satu

    profesion yang memikul peranan besar terhadap masa depan Negara. Dengan pelbagai

    perubahan polisi dan dasar sejak kebelakangan ini seperti isu Pengajaran dan Pembelajaran

    Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), penggunaan teknologi maklumat dalam

    kaedah pengajaran beserta tuntutan untuk memenuhi dasar Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan yang telah diumumkan oleh DatoSeri Hishamudin Tun Hussein, guru-guru

    memikul satu koleksi peranan yang sangat kompleks di dalam persekitarannya. Justeru itu,

    kita perlu tahu apakah tahap iklim sekolah dan stres di sekolah dan mengkaji stress

    berdasarkan latarbelakang mereka serta melihat pengaruh iklim sekolah ke atas stres.

    1.7 DEFINISI OPERATIONAL KAJIAN

    Dalam kajian ini, antara definisi-definisi operasional kajian adalah:

    a) Stres Guru

  • 6

    Stres guru dikatakan berpunca daripada kepelbagaian tuntutan peranan guru-

    guru samada ketika di dalam kelas, oleh pihak pentadbiran dan pengurusan atau oleh

    pihak-pihak lain seperti ibu bapa dan masyarakat (Conley, 2000).

    b) Iklim Sekolah

    Menurut Pashiardis (2000), iklim sekolah sebagai atmosfera yang menyenangkan,

    penuh persaingan, dan ia boleh dirasai sebaik sahaja memasuki kawasan persekitarannya.

    Ia mampu menyubur aspirasi dan impian murid-murid serta ibu bapa selain daripada

    hasrat sekolah itu sendiri.

    c) Dimensi Komunikasi

    Komunikasi membenarkan setiap aspek kehidupan sekolah terus berfungsi.

    Komunikasi merupakan jalinan interakasi di antara guru dan murid, guru dan

    pentadbiran dalam organisasi. Komunikasi juga ditafsirkan sebagai perkongsian

    maklumat dan matlamat. Tanggungjawab menguruskan komunikasi dengan baik terletak

    di bahu pengurusan.

    d) Dimensi Kerjasama

    Kerjasama didefinisikan sebagai peluang untuk setiap guru-guru membuat

    keputusan bersama-sama; sama ada dengan sama kumpulan atau berbeza kumpulan.

  • 7

    e) Dimensi Pentadbiran dan Organisasi

    Pentadbiran dan Organisasi merupakan pihak yang menguruskan sekolah,

    guru dan murid dan merupakan pihak yang bertanggungjawab memastikan guru-guru

    tahu semua matlamat, prosedur dan polisi yang telah ditetapkan.

    Prosedur dan polisi sekolah, ketetapan piawai dan matlamat yang membantu

    guru-guru seharusnya jelas dan supaya diketahui dan difahami guru-guru. Selain itu,

    pentadbiran dan organisasi yang berkesan mampu memberi pulangan positif kepada

    pihak sekolah. Pentadbiran dan organisasi berperanan dalam memastikan setiap

    operasi berjalan lancar selain sebagai mentor kepada guru-guru di sekolah.

    f) Dimensi Murid

    Murid merupakan titik fokus utama sekolah. Murid akan menjadi penanda aras

    bagi setiap pembuatan keputusan. Pengajaran dan pembelajaran merupakan teras

    perniagaan di dalam sistem pendidikan dan murid-murid merupakan pelanggan utama

    yang menjadi titik fokus di dalam setiap aspek yang sedang atau bakal dilakukan.

    Proses pembuatan keputusan juga harus berteraskan murid-murid bagi memastikan

    mereka menerima hasil yang positif daripada keputusan tersebut selain memastikan

    kualiti pendidikan yang ditawarkan sentiasa pada tahap yang maksima.

  • 8

    BAB DUA

    KAJIAN LITERATUR

    2.1 PENGENALAN

    Bab ini, penyelidik akan menerangkan dan menghurai sorotan karya bagi membentuk

    kerangka teoritikal dan hipotesis kajian berdasarkan kepada permasalahan, persoalan serta

    objektif kajian yang berkaitan dengan iklim sekolah dan stres.. Bab ini terdiri daripada teori

    asas kajian, soroton karya tentang iklim sekolah dan stres serta kerangka teoritikal kajian dan

    hipotesis kajian.

    Dalam memastikan pendidikan mampu melahirkan generasi yang benar-benar

    berkualiti, pelbagai kajian terdahulu telah dilakukan oleh para penyelidik seperti Pashiardis

    (2000), Stevenson & Harper (2006), Smither (1994) , Buchanan & Huczynski (2004),

    Johnson & Johnson (1993), Anderson (1992), Sharon Conley (2000), Kyriacou (2001),

    Naseer Ahmad Salfi dan Muhammad Saeed (2002) dan ramai lagi. Kajian-kajian mereka

    merangkumi faktor-faktor yang dilihat boleh memberi kesan sama ada ke atas guru-guru,

    murid-murid, operasi sekolah serta keberkesanan pelaksanaannya.

    2.2 KONSEP STRES GURU

    Khan et al. [1964] dalam Conley dan Woosley (2000) menyatakan bahawa kajian

    mengenai stres adalah sangat penting dan perlu dilakukan dalam memahami kesan

  • 9

    persekitaran kontemporari ke atas individu. Istilah stres mula digunakan sekitar tahun 50-an

    apabila beberapa kajian permulaan mula dilakukan oleh para pengkaji yang berminat dengan

    stres atau tekanan.

    Teori stres guru pula mula diperkenalkan oleh Kyriacou (2001). Stres atau tekanan

    telah diketahui umum mempunyai pelbagai kesan terhadap individu yang mengalaminya.

    Stevenson dan Harper (2006), stres mempunyai dua kesan utama terhadap individu, iaitu

    kesan positif dan kesan negatif. Namun, kedua-dua kesan ini bergantung terhadap bagaimana

    individu menerima stres yang dihadapinya. Tetapi, yang pasti, stres yang berunsur negatif

    mampu menbunuh individu tersebut.

    Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke

    atas permintaan terhadap seseorang di dalam organisasinya (Stevenson dan Harper, 2006).

    Beliau juga mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam

    bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Buchanan dan Huczynski (2004) dalam

    Stevenson dan Harper (2006), stres boleh berlaku akibat persekitaran yang tidak mempunyai

    kelengkapan atau kemudahan yang tidak sempurna, reka bentuk kerja yang tidak sesuai, gaya

    pengurusan yang lemah, serta masa depan yang tidak pasti.

    Tehrani (2002) pula menambah isu-isu berkenaan dengan pembabitan di dalam proses

    pembuatan keputusan, perubahan persekitaran yang drastik, persekitaran yang tidak

    mencabar dan komunikasi yang tidak baik diantara pengurusan dan rakan sekerja (Stevenson

    dan Harper, 2006). Kyriacou (2000) mentafsirkan stres guru sebagai pengalaman seseorang

    guru yang tidak menyenangkan, gangguan emosi negatif, seperti marah, bimbang, tertekan,

    kecewa atau depresi, yang terhasil daripada pekerjaan sebagai seorang guru.

  • 10

    Model asal stres guru yang dibangunkan oleh Kyriacou dalam tahun 1978 seperti

    yang dilaporkan di dalam jurnalnya (2001), beliau menggambarkan stres sebagai pengalaman

    emosi negatif yang dihadapi oleh seseorang guru di mana situasi di dalam profesionnya itu

    telah menjadi satu ancaman terhadap guru tersebut. Apa yang dapat dikatakan, guru-guru

    yang mengalami stres secara berpanjangan dan negatif terhadap dirinya, tanpa sebarang

    sokongan sosial, akan menunjukkan tingkah laku pasif, enggan menyertai sebarang aktiviti

    yang dianjurkan, kurang inisiatif, tidak cekap, cuai, bersikap acuh tidak acuh terhadap tugas

    serta tidak peka terhadap tugas, rakan sekerja dan persekitarannya.

    Sebagai pendidik yang berada di dalam sektor pengeluaran modal insan negara,

    gangguan daripada stres akan mengganggu gugat kualiti generasi yang dihasilkan. Stres akan

    menggangu prestasi guru sekali gus menjadi penghalang kepada wawasan negara. Sekiranya

    ini berlaku, ia akan mewujudkan pertikaian terhadap kredibiliti perguruan serta kemampuan

    sistem pendidikan di Malaysia untuk menjana generasi yang berteknologi dan berdaya saing

    di era yang serba serbi mencabar ini.

    2.3 KONSEP IKLIM SEKOLAH

    Iklim sekolah merupakan faktor kritikal dalam meningkat keberkesanan dan kejayaan

    sesebuah sekolah.

    Creemers et al (1989), di dalam artikel Pashiardis (2008) iklim sekolah merupakan

    salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan operasi sekolah tersebut. Ia juga

    mempengaruhi tingkahlaku dan emosi individu-individu di dalamnya.

  • 11

    Anderson (1982), menyatakan bahawa terdapat empat faktor iklim sekolah iaitu

    ekologi (merangkumi aspek fizikal dan material), kedua aspek populasi, ketiga sistem sosial

    dan yang terakhir budaya. Faktor-faktor disokong dengan menambahkan tiga lagi elemen lain

    iaitu:

    i) persekitaran fizikal sekolah dan bilik darjah yang mesra, selesa,

    menyenangkan dan selamat serta mampu menarik minat guru-guru untuk

    bertugas dan murid-murid untuk belajar.

    ii) Persekitaran sosial sekolah seharus menggalakkan penglibatan dan

    komunikasi serta menjalinkan hubungan dan interaksi dikalangan pesertanya.

    Ini termasuk undang-undang dan polisi yang berkaitan tingkahlaku antara satu

    sama lain.

    iii) Persekitaran P&P menggalakan pembelajaran dan pengisian kendiri serta

    merujuk kepada kualiti arahan bilik darjah dan ia seharusnya boleh ditentukan

    oleh tiga komponen:

    a. Kurikulum(matlamat, struktur, kejelasan isi, penilaian, maklum balas),

    b. Tatacara berkumpulan (kerja individu, pembelajaran berkumpulan),

    c. Tingkahlaku guru (pengurusan bilik darjah, pengetahuan asas,

    penyampaian, latihan, maklum balas, persoalan, kerja rumah).

    Johnson & Johnson (1993), mendefinisikan iklim sebagai apa-apa sahaja daripada

    persekitaran sekolah kepada personaliti pelajar, pendidik termasuk pencapaian akademik,

    aktiviti fizikal, bahan serta proses yang digunakan.

  • 12

    Freiberg (1998), iklim sekolah membantu membentuk pengalaman pembelajaran yang

    sihat dan berkualiti. Iklim sekolah meliputi persekitaran dan suasana bilik darjah.

    Saeed, M, Gondal, M.B dan Bushra (2005) terdapat banyak faktor yang

    mempengaruhi tumbesaran mental kanak-kanak dan antaranya ialah persekitaran sekolah.

    Selain itu, di dalam penulisan mereka juga menyebut mengenai gaya pengurusan,

    persekitaran yang baik guru- guru bersama dengan kerjasama antara ibu bapa dengan pihak

    sekolah akan membantu meningkatkan tahap kepuasan kerja guru seterusnya mempengaruhi

    pembelajaran murid-murid di sekolah.

    Ahmad, N dan Saeed, M (2007) menunjukkan lima aspek utama pembentukan iklim

    sekolah iaitu pentadbiran dan peranan ketua, pengajaran dan penilaian di dalam bilik darjah,

    kerjasama di antara kakitangan serta penglibatan waris di dalam aktiviti sekolah dan keadaan

    kemudahan fizikal sekolah. Kajian mereka juga menunjukkan iklim sekolah mempunyai

    hubungkait yang rapat dengan pencapaian akademik murid-murid di mana turut

    mengaitkannya dengan tingkah laku guru-gurunya. Selain itu sekolah yang mengamalkan

    proses pembuatan keputusan secara bersama-sama, kerap berinteraksi, hubungan erat antara

    pentadbiran dan guru serta waris akan membentuk iklim sekolah yang baik.

    Menurut Pashiardis (2008) iklim sekolah merupakan salah satu faktor yang

    menentukan kejayaan murid-murid yang berada di dalam persekitarannya. Di dalam

    kajiannya juga, iklim sekolah memberi pengaruh yang besar tidak hanya kepada murid-

    murid, tetapi juga kepada guru-guru, kakitangan serta ibu bapa. Iklim sekolah yang positif

    merupakan satu atmosfera di mana, P&P merupakan satu keutamaan dan diberi ganjaran,

  • 13

    semangat berpasukan dan kerjasama yang subur dikalangan kakitangannya, serta pencapaian

    matlamat adalah prinsip asas.

    . Pashiardis (2008), menafsirkan iklim sekolah sebagai atmosfera yang

    menyenangkan, penuh persaingan, dan ia boleh dirasai sebaik sahaja memasuki kawasan

    persekitarannya. Ia mampu menyubur aspirasi dan impian murid-murid serta ibu bapa selain

    daripada hasrat sekolah itu sendiri. Iklim yang positif akan meransang kreativiti guru-guru

    dan murid murid manakala iklim sekolah yang negatif hanya akan menguburkan semangat

    dan aspirasi itu. Beliau telah mengelaskan kesemua elemen-elemen yang berkaitan dengan

    iklim sekolah di bawah empat elemen utama dan ini merupakan kerangka utama kajian ini

    iaitu:

    i) Komunikasi

    Komunikasi membenarkan setiap aspek kehidupan sekolah terus

    berfungsi. Semua pihak berkongsi matlamat yang telah ditetapkan, sama ada

    di peringkat sekolah seperti pencapaian di dalam peperiksaan atau bilik darjah

    seperi objektif di dalam P&P. Tanggungjawab menguruskan komunikasi

    dengan baik diletakkan di bahu pengurusan.

    ii) Kerjasama

    Di dalam usaha untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan,

    sekolah perlu disemai semangat kerjasama sesama ahlinya. Setiap yang

    terlibat seharusnya mempunyai peluang untuk bekerja bersama-sama dengan

  • 14

    yang lain. Persekitaran sekolah seharusnya menyediakan peluang-peluang dan

    galakan untuk guru-guru lebih bermotivasi.

    iii) Pentadbiran dan Organisasi

    Prosedur dan polisi sekolah, ketetapan piawai dan matlamat yang

    membantu guru-guru seharusnya jelas dan diketahui supaya guru-guru. Selain

    itu, pentadbiran dan organisasi yang berkesan mampu memberi pulangan

    kepada pihak sekolah.

    Kimborough dan Burket (1990) telah menyatakan bahawa pengurusan

    seharusnya sebagai ketua berfungsi dalam membangunkan sekolah serta

    matlamat serta misi yang jelas serta berkesan. Selain itu, misi yang disediakan

    perlu mudah difahami agar boleh disampaikan kepada semua pihak termasuk

    murid-murid serta ibubapa mereka. Ini dilihat sebagai satu keperluan supaya

    semua pihak berada di landasan yang betul dan mampu memberi komitmen

    yang padu dalam melaksanakannya.

    Pengurusan perlu memupuk iklim yang dikehendaki berdasarkan

    prinsip kerjasama, bertanggungjawab dan saling mempercayai antara satu

    sama lain di dalam semua proses pembuatan keputusan.

  • 15

    iv) Murid

    Sekolah banyak memberi kesan yang besar terhadap pembentukan

    sikap dan tinggahlaku murid-murid. Jesteru itu, murid-murid merupakan titik

    fokus di dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak sekolah.

    Pihak pengurusan dan guru-guru perlu mempamerkan contoh tingkah

    laku yang baik di hadapan murid-murid. Sekolah bertanggungjawab di dalam

    memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan membentuk koleksi

    pengalaman dalam usaha mencari laluan kehidupan. Setiap keputusan di

    dalam bidang pendidikan seperti program pendidikan, pemilihan bahan-bahan,

    strategi dalam pelaksanaan P&P seharusnya berpusat murid-murid. Selain itu,

    guru dan sekolah juga perlu memastikan proses pembangunan kerjaya murid-

    murid berkualiti dan murid-murid perlu dilengkapi maklumat terkini tentang

    apa yang terbaik untuk masa depan mereka.

    2.4 IKLIM SEKOLAH DAN STRES GURU

    Staples dan Higgins (1998) mengaitkan kepuasan kerja dengan persekitaran kerja . Ini

    kerana persekitaran akan menentukan sama ada individu tersebut akan terus berada di dalam

    persekitaran tersebut atau meninggalkannya. Dalam erti kata lain berhenti atau jika gagal

    berhenti akan menunjukkan sikap memberontak.

  • 16

    Hagedon (1994) di dalam Staples dan Higgins (1998) mendapati keputusan untuk

    terus kekal di dalam sesuatu persekitaran bergantung terhadap perkara-perkara seperti

    sokongan rakan sekerja, kepuasan terhadap pihak pengurusan dan pentadbiran, hubungan

    dengan murid-murid dan secara kolektifnya elemen-elemen tersebut didapati turut

    mempengaruhi tahap stres. Lacy dan Sheehan (1997) turut menyokong pendapat tersebut

    apabila mendapati situasi yang sama berlaku di dalam kajiannya mengenai iklim kerja dan

    kepuasan kerja. (Conley & Woosley ,2000)

    Menurut Dorman (2003) keadaan semulajadi bilik darjah dan tempoh bersama yang

    panjang membuatkan guru-guru terdedah kepada hakisan emosi dan pengalaman yang kurang

    menberansangkan terhadap kesihatan emosi.

    Persekitaran sekolah yang tidak menggalakan serta ketiadaan sistem sokongan sosial

    yang padu daripada semua pihak akan mempengaruhi tingkahlaku guru sehingga membentuk

    simpton-simpton stres. Keadaan ini tidak baik sama ada terhadap guru itu sendiri, pihak

    sekolah malah lebih merumitkan kualiti pendidikan kanak-kanak tersebut.

    2.5 KERANGKA TEORITIKAL KAJIAN

    Berdasarkan kepada sorotan karya di atas, terdapat pelbagai model yang telah

    dibentuk oleh para penyelidik berkaitan dengan iklim sekolah dan stres. Di bawah merupakan

    pembentukan kerangka teoritikal kajian. Pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam

    kajian ini adalah pembolehubah bebas iaitu iklim sekolah yang terdiri daripada empat elemen

    utama dan pembolehubah bersandar pula adalah stres. (Untuk penjelasan, sila rujuk Rajah 1

    di bawah).

  • 17

    Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar

    Rajah 1 : Model Hubungan antara Iklim Sekolah dan Stres Guru

    2.6 HIPOTESIS KAJIAN

    Berdasarkan kerangka teoritikal di atas, penyelidik telah membentuk empat (4) hipotesis

    utama kajian untuk diuji, iaitu;

    Ho1 : Tidak terdapat perbezaan stres guru berdasarkan latarbelakang demografi

    responden.

    Ho1 (a) : Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan kumpulan jantina.

    Ho1 (b) : Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan kumpulan umur

    Ho1 (c) : Tidak terdapat perbezaan stres kumpulan status perkahwinan

    Ho1 (d) : Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan gred gaji

    Ho1 (e) : Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan tempoh bekerja

    Ho2 : Tidak terdapat hubungan antara iklim sekolah dan stres guru.

    Ho2 (a) : Tidak terdapat hubungan antara dimensi komunikasi dan stres guru.

    Ho2 (b) : Tidak terdapat hubungan antara dimensi kerjasama dan stres guru.

    IKLIM SEKOLAH

    Dimensi Komunikasi

    Dimensi Kerjasama

    Dimensi Pentadbiran & Organisasi

    Dimensi Pelajar

    STRES

    GURU

  • 18

    Ho2 (c) : Tidak terdapat hubungan antara dimensi pentadbiran & organisasi dan stres

    guru.

    Ho2 (d) : Tidak terdapat hubungan antara dimensi murid dan stres guru.

    Ho3 : Empat (4) dimensi iklim sekolah (komunikasi kerjasama, pentadbiran & organisasi,

    murid) tidak mempengaruhi stres guru.

  • 19

    BAB TIGA

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 PENGENALAN

    Bab ini menerangkan kaedah kajian yang telah digunakan dalam kajian ini. Bab ini

    mengandungi beberapa sub-topik berkaitan dengan rekabentuk kajian, iaitu; populasi dan

    sampel kajian, rekabentuk persampelan kajian, rekabentuk instrumen kajian, kajian rintis,

    ujian kebolehpercayaan dan analisis data.

    3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

    Kajian ini telah dilakukan terhadap kumpulan guru-guru di sepuluh buah sekolah

    rendah di sekitar negeri Perlis. Sekolah-sekolah tersebut dipilih daripada lima buah sekolah di

    kawasan bandar utama iaitu Bandar Kangar dan lima buah lagi daripada sekolah kawasan

    luar bandar. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Guar Nangka, Sekolah Al-Islahiah, SK Arau,

    SK Tunku Budriah, SK Behor Mali, SK Sena, SK Jalan Raja Syed Alwi, SK Seri Perlis, SK

    Abi dan SK Behor Empiang.

    Justifikasi pemilihan guru-guru matematik dan sains sekolah rendah sebagai sampel

    kajian adalah kerana mereka mewakili kumpulan guru-guru yang paling banyak menerima

    perubahan yang drastik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam tahun-tahun

    kebelakangan ini seperti penggunaan bahasa Inggeris bagi sains dan matematik serta

    penguatkuasaan penggunaan teknologi maklumat di dalam kelas. Selain itu, pergolakan

  • 20

    peranan dapat dilihat apabila guru-guru ini di dalam waktu yang sama memastikan murid-

    murid mampu menguasai kemahiran yang diajar serta menguasai matapelajaran tersebut di

    dalam bahasa Inggeris. Tidak ketinggalan, tugas dan tanggungjawab mereka dalam

    memantapkan diri dengan bahasa Inggeris bagi memastikan kelancaran tugas dan

    tanggungjawab mereka dalam melaksanakan kaedah pengajaran di dalam bahasa tersebut.

    3.3 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

    Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dijalankan secara keratan rentas dengan

    menggunakan borang soal selidik sebagai medium bagi mendapatkan data dan maklumat

    daripada setiap responden. Kaedah ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan

    Pelajaran Negeri Perlis dan dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah serta guru-guru

    yang terlibat. Proses pengedaran dan pengumpulan borang soal selidik ini telah dibantu

    sendiri oleh guru-guru di setiap sekolah yang terlibat. Tempoh mengedarkan borang soal

    selidik mengambil masa selama hampir empat minggu memandangkan ramai reponden

    terlibat dengan pelbagai aktiviti dan tidak berada di sekolah seperti berkursus, dan terlibat

    dengan aktiviti sukan dan permainan. Penyelidik juga terpaksa berulang alik daripada

    sekolah yang terlibat bagi memastikan kadar pemulangan mencapai sasaran yang telah

    ditetapkan bagi memudahkan analisa dibuat.

    .

    3.4 REKABENTUK PERSAMPELAN KAJIAN

    Kajian ini adalah kajian secara keratan rentas dengan menggunakan rekabentuk

    persampelan secara kebarangkalian (probability sampling). Ia dapat digunakan kerana

    mendapat kerjasama daripada pihak pentadbiran sekolah. Senarai maklumat para guru yang

  • 21

    sedang bertugas di sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan di Perlis yang diperolehi

    daripada pihak pentadbiran sekolah masing-masing.

    Berdasarkan kepada kerangka dan maklumat yang diperolehi daripada pihak pihak

    pentadbiran sekolah masing-masing, kaedah persampelan secara kebarangkalian (probability

    sampling) telah digunakan untuk merekabentuk persampelan. Rekabentuk persampelan

    secara rawak mudah (simple random sampling) telah digunakan agar semua guru mempunyai

    kebarangkalian dan peluang yang sama untuk dipilih menjadi sampel dalam kajian ini. Setiap

    responden kajian telah dipilih dan ditentukan secara rawak mudah dengan menggunakan

    perisian yang diakses melalui laman web: http://www.randomizer.org (Untuk penjelasan, sila

    rujuk Lampiran A).

    Jadual 3.1: Jumlah Populasi dan Sampel Kajian

    Nama Sekolah

    Jumlah

    Populasi

    Jumlah

    Sampel

    1. Sekolah Guar Nangka 9 7 2. Sekolah Al-Islahiah 9 7 3. Sekolah Arau

    4. Sekolah Tunku Budriah

    5. Sekolah Behor Mali

    6. Sekolah Sena

    7. Sekolah Jln. Raja Syed Alwi

    8. Sekolah Seri Perlis

    9. Sekolah Abi

    10. Sekolah Behor Empiang

    13

    29

    6

    16

    13

    9

    9

    7

    10

    23

    4

    12

    10

    7

    7

    5

    Jumlah

    120

    92

  • 22

    3.5 REKABENTUK INSTRUMEN KAJIAN

    Dalam kajian ini, borang soal selidik telah digunakan sebagai medium bagi

    mendapatkan data-data maklumat mengenai latarbelakang demografi responden serta

    pengukuran bagi setiap pembolehubah kajian. Dalam membentuk set soal selidik kajian,

    penyelidik telah membahagikan kepada tiga (3) bahagian, iaitu; Bahagian A (Latarbelakang

    Demografi); Bahagian B (Pengukuran Dimensi Iklim Sekolah), dan bahagian C (Pengukuran

    Stres Guru). (Untuk penjelasan, sila rujuk Lampiran B).

    3.6.1 Maklumat Responden

    Bahagian ini adalah bertujuan mengumpul maklumat berkaitan dengan

    latarbelakang individu dan pekerjaan responden. Terdapat tujuh (7) soalan yang

    dikemukakan berkaitan dengan jantina, tempat tinggal, status perkahwinan, umur,

    gred gaji, tempoh perkhidmatan dan jumlah masa mengajar seminggu.

    3.6.2 Iklim Sekolah

    Dalam kajian ini, konsep iklim sekolah merujuk kepada keseluruhan suasana

    sekolah yang menyenangkan, mesra, bersaing dan lain-lain yang dapat dirasai oleh

    seseorang sebaik sahaja berada di kawasan sekolah. Ia mengandungi daripada empat

    (4) dimensi, iaitu; komunikasi, kerjasama, pentadbiran dan organisasi serta murid

    (Pashiardis, 2000).

    Iklim sekolah telah diukur dengan menggunakan instrumen yang telah

    dibentuk oleh Pashiardis (2000) dengan menggunakan skala Likert (1 - 5) iaitu skor 1

  • 23

    untuk sangat tidak setuju hingga skor 5 iaitu sangat setuju. Jadual 3.2 di bawah

    menunjukkan dimensi-dimensi iklim sekolah dan jumlah item masing-masing.

    Jadual 3.2: Jumlah Item bagi Dimensi Iklim Sekolah

    No

    Dimensi Iklim Sekolah

    Jumlah Item

    1 Komunikasi 9

    2 Kerjasama 7

    3 Pentadbiran & Organisasi 8

    4 Murid 6

    Manakala penafsiran bagi tahap iklim sekolah beserta dimensi masing-masing

    dalam kajian ini adalah seperti jadual 3.3 di bawah.

    Jadual 3.3: Tafsiran Tahap Iklim Sekolah dan Dimensi

    Min Skor

    Tafsiran

    0.0 hingga 0.9 Sangat rendah

    1.0 hingga 1.9 Rendah

    2.0 hingga 2.9 Sederhana

    3.0 hingga 3.9 Tinggi

    4.0 hingga 5.0 Sangat tinggi

    3.6.3 Stres Guru

    Stres guru merujuk kepada pengalaman seseorang guru situasi Konsep stres

    telah diukur dengan menggunakan instrumen yang dibentuk oleh Conley (2000) yang

    terdiri daripada lima (5) item dengan menggunakan skala (1 - 5) iaitu skor 1 untuk

    sangat tidak hingga skor 5 iaitu selalu. Ia dibentuk berdasarkan kepada lima (5)

  • 24

    simptom stres yang telah diadaptasi daripada Langner (1962) dan Caplan et al. (1975).

    Manakala penafsiran bagi tahap stress dalam kajian ini adalah seperti jadual 3.4 di

    bawah.

    Jadual 3.4: Tafsiran Tahap Stres Guru

    Min Skor

    Tafsiran

    0.0 hingga 0.9 Sangat tinggi

    1.0 hingga 1.9 Tinggi

    2.0 hingga 2.9 Sederhana

    3.0 hingga 3.9 Rendah

    4.0 hingga 5.0 Sangat rendah

    3.6 KAJIAN RINTIS DAN UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN

    Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis dilakukan bagi mengenalpasti

    pemahaman responden tentang pembentukan struktur ayat dalam set soal selidik dan menguji

    konsisten dalaman iaitu nilai kebolehpercayaan bagi setiap instrumen yang akan digunakan

    dalam kajian sebenar. Kajian rintis telah dilakukan terhadap 38 orang guru sekolah rendah

    dan menengah di negeri Kedah dan Perlis. Berdasarkan kepada keputusan bagi ujian

    kebolehpercayaan dalam kajian rintis, didapati bahawa set soal selidik yang telah dibentuk

    dapat difahami oleh setiap responden dan mempunyai nilai cronbach alpha yang baik.

    Jadual 3.5 di bawah menunjukkan keputusan nilai kebolehpercayaan (cronbach

    alpha) bagi setiap intrumen dalam kajian rintis dan sebenar bagi dimensi iklim sekolah dan

    stres guru. Dalam kajian rintis, nilai kebolehpercayaan (cronbach alpha) bagi dimensi iklim

    sekolah, iaitu; a) dimensi komunikasi adalah 0.88, b) dimensi kerjasama adalah 0.90, c)

    dimensi pentadbiran & organisasi adalah 0.87, dan d) dimensi murid adalah 0.87. Manakala

    pembolehubah stres guru adalah 0.71.

  • 25

    Dalam kajian sebenar, keputusan nilai kebolehpercayaan (cronbach alpha) bagi

    dimensi iklim sekolah adalah seperti berikut: a) dimensi komunikasi (0.92), b) dimensi

    kerjasama (0.86), c) dimensi pentadbiran & organisasi (0.92) dan d) dimensi murid (0.84)

    serta stres guru pula adalah 0.85. (Untuk perjelasan, sila rujuk lampiran C).

    Berdasarkan kepada keputusan tersebut, Cavana et al. (2001) mendapati bahawa nilai

    cronbach alpha yang melebihi 0.80 adalah bagus. Oleh itu, instrumen yang digunakan dalam

    kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang dapat dipertimbangkan sebagai baik dan

    dapat dilakukan analisis-analisis yang selanjutnya.

    Jadual 3.5: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan dalam Kajian Rintis dan Kajian

    Sebenar

    Pembolehubah

    Kajian Rintis

    Kajian Sebenar

    Iklim Sekolah

    Dimensi Komunikasi

    0.88

    0.92

    Dimensi Kerjasama

    Dimensi Pentadbiran & Organisasi

    Dimensi Murid

    0.90

    0.87

    0.87

    0.86

    0.92

    0.84

    Stres Guru

    0.87

    0.85

    3.7 ANALISA DATA

    Kajian ini akan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)

    versi 15 bagi memasukkan data-data yang telah diterima daripada para responden untuk

  • 26

    dianalisis. Analisis deskriptif dan analisis inferensi telah digunakan bagi mencapai objektif

    kajian. Berikut merupakan analisis dan kegunaannya dalam kajian ini;

    a) Ujian frekuensi dan peratusan digunakan bagi mengetahui kekerapan dan peratus

    responden.

    b) Min Skor dan sisihan piawai digunakan bagi menentukan tahap dimensi iklim sekolah

    dan tahap stres guru.

    c) Ujian t-test, digunakan bagi mengkaji perbezaan stres guru berdasarkan jantina,

    tempat tinggal dan status perkahwinan.

    d) Analisis One way ANOVA, digunakan bagi mengkaji perbezaan stres guru

    berdasarkan umur, gred pekerjaan, tempoh perkhidmatan dan jam mengajar.

    e) Analisis correlation matrix digunakan bagi mengenalpasti hubungan antara empat

    (4) dimensi iklim sekolah (komunikasi kerjasama, pentadbiran & organisasi, murid)

    dan stres guru.

    f) Analisis multiple regression digunakan bagi mengkaji pengaruh empat (4) dimensi

    iklim sekolah (komunikasi kerjasama, pentadbiran & organisasi dan murid) terhadap

    stres guru.

  • 27

    BAB EMPAT

    PENEMUAN-PENEMUAN KAJIAN

    4.1 PENGENALAN

    Bab ini akan menghuraikan penemuan-penemuan kajian berdasarkan maklumat yang

    diperolehi daripada borang soal selidik yang telah dikumpul dan dianalisis. Penemuan kajian

    ini telah menguji semua hipotesis yang telah dibentuk dalam bab dua. Bab ini menunjukkan

    secara deskriptif mengenai taburan frekuensi dan peratusan responden kajian serta

    menentukan skor min dan sisihan piawai bagi mengenalpasti tahap dimensi iklim sekolah dan

    stres guru.

    Sementara itu, analisis inferensi juga telah digunakan untuk menguji perbezaan stres

    guru berdasarkan latarbelakang demografi responden, seterusnya mengenalpasti hubungan

    antara dimensi iklim sekolah dan stres guru serta mengkaji pengaruh dimensi iklim sekolah

    dan stres guru.

    4.2 ANALISIS DESKRIPTIF

    Dalam kajian ini, analisis deskriptif telah digunakan untuk mengetahui latarbelakang

    demografi para responden kajian dan tahap pembolehubah kajian. Antara analisis deskriptif

    yang digunakan adalah seperti ujian frekuensi dan peratusan, ujian min dan sisihan piawai.

  • 28

    4.2.1 Analisis Latarbelakang Demografi Responden

    Jadual 4.1 di bawah menunjukkan taburan kekerapan dan peratus ciri-ciri

    latarbelakang peribadi responden yang meliputi jantina, umur, status perkahwinan,

    tempat tinggal, gred gaji, tempoh perkhidmatan dan jumlah masa mengajar

    responden. Taburan jantina menunjukkan responden perempuan merupakan majoriti

    dengan peratusan sebanyak 75.4 % berbanding responden lelaki iaitu sebanyak 24.6

    %. Taburan umur pula menunjukkan majoriti responden terdiri dikalangan mereka

    berumur 40 tahun ke atas dengan peratusan sebanyak 46.3%. Kedua diikuti oleh

    kumpulan mereka yang berumur diantara 34 hingga 39 tahun dengan jumlah

    peratusan sebanyak 37.3% dan kumpulan ketiga merupakan responden yang berumur

    kurang daripada 33 tahun dengan peratusan sebanyak 16.4%. Seterusnya taburan

    status perkahwinan menunjukkan responden yang berkahwin adalah majoriti iaitu

    94.8 % berbanding bujang iaitu 5.2 %.

    Taburan tempat tinggal menunjukkan bahawa 67.6% responden tinggal di

    tempat tinggal kawasan taman perumahan berbanding 32.4% tinggal di kawasan

    kampung. Seterusnya taburan gred kumpulan gaji menunjukkan 65.7% responden

    tergolong di dalam kumpulan gred DG32, 15.8% di dalam kumpulan gred DG41,

    7.1% di dalam kumpulan gred DG29 manakala 2.9% adalah DG34. Berdasarkan kaji

    selidik yang dibuat juga menunjukkan seramai 38.6% responden mempunyai

    pengalaman mengajar diantara 11 hingga 15 tahun, 27.1% telah mengajar selama

    lebih dari 21 tahun, 15.7% mempunyai pengalaman diantara 16 hingga 20 tahun

    manakala 14.3% mempunyai pengalaman kurang dari 10 tahun. Seterusnya, taburan

    berkenaan jumlah waktu mengajar bagi seminggu. Majoriti merupakan responden

    yang mengajar melebihi 21 masa dengan peratusan sebanyak 36.5%, seterusnya

  • 29

    34.9% mempunyai jumlah masa diantara 11 hingga 15 waktu, 15.9% mengajar

    diantara 16 hingga 20 masa manakala 12.7% adalah responden yang mengajar kurang

    dari 10 masa.

    Jadual 4.1: Taburan Latarbelakang Demografi Responden

    Latarbelakang Peribadi

    Bilangan

    Peratus

    Jantina

    Lelaki 17 24.6

    Perempuan 52 75.4

    Umur

    33 tahun ke bawah 11 16.4

    34 39 tahun 25 37.3 40 tahun ke atas 31 46.3

    Status Perkahwinan

    Bujang 3 5.2

    Berkahwin 55 94.8

    Tempat Tinggal

    Kawasan Taman Perumahan 46 67.6

    Kawasan Kampung 22 32.4

    Gred Gaji

    DG41 11 15.8

    DG34 2 2.9

    DG32 46 65.7

    DG29 5 7.1

    Tempoh Perkhidmatan

    10 tahun ke bawah 10 14.3

    11 15 tahun 27 38.6 16 20 tahun 11 15.7 21 tahun dan ke atas 19 27.1

    Jumlah Masa Mengajar

    10 masa dan ke bawah 8 12.7

    11 15 masa 22 34.9 16 20 masa 10 15.9 21 masa dan ke atas 23 36.5

  • 30

    4.2.2 Tahap Stres Guru dan Dimensi Iklim Sekolah

    Jadual 4.2 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi pembolehubah stres guru

    dan dimensi iklim sekolah iaitu, komunikasi, kerjasama, pentadbiran dan organisasi serta

    yang terakhir murid-murid. Keputusan analisis bagi stres guru menunjukkan skor min

    adalah 2.84 dengan sisihan piawai 0.84. Berdasarkan tafsiran tahap stres guru, kajian

    mendapati tahap stres guru adalah tinggi.

    Manakala keputusan analisis dimensi iklim sekolah pula menunjukkan skor min

    bagi dimensi komunikasi adalah 3.65 dan sisihan piawai adalah 0.60. Berdasarkan

    tafsiran tahap dimensi komunikasi didapati tahap dimensi komunikasi adalah sangat

    tinggi.

    Keputusan analisis dimensi kerjasama adalah 3.90 dan sisihan piawai adalah 0.52.

    Berdasarkan tafsiran tahap dimensi kerjasama didapati tahap dimensi kerjasama adalah

    sangat tinggi. Keputusan analisis dimensi pentadbiran dan organisasi adalah 3.74 dan

    sisihan piawai adalah 0.54. Berdasarkan tafsiran tahap dimensi pentadbiran dan organisasi

    didapati tahap dimensi pentadbiran dan organisasi adalah sangat tinggi.

    Keputusan analisis dimensi murid adalah 3.84 dan sisihan piawai adalah 0.50.

    Berdasarkan tafsiran tahap dimensi murid didapati tahap dimensi murid adalah sangat

    tinggi.

  • 31

    Jadual 4.2 : Ujian Min Skor dan Sisihan Piawai Stres Guru dan Dimensi Iklim

    Sekolah

    Pembolehubah

    Skor Min

    Sisihan Piawai

    Stres Guru

    Iklim Sekolah

    Dimensi Komunikasi

    Dimensi Kerjasama

    Dimensi Organisasi & Pentadbiran

    Dimensi Murid

    2.84

    3.65

    3.90

    3.74

    3.84

    0.84

    0.60

    0.52

    0.54

    0.50

    4.3 ANALISIS INFERENSI

    Analisis statistik inferensi digunakan untuk menguji perbezaan dan dimensi iklim

    stres guru sekolah berdasarkan latarbelakang peribadi dan pekerjaan responden (jantina,

    umur, status perkahwinan, tempat tinggal, gred gaji, jumlah masa mengajar dan tempoh

    perkhidmatan). Di samping itu, analisis ini digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara

    iklim sekolah dan stres guru. Antara kajian adalah seperti berikut:

    4.3.1 Perbezaan Stres berdasarkan Latarbelakang Individu

    (a) Perbezaan Stres berdasarkan Jantina

    Jadual 4.3 di bawah menunjukkan keputusan analisis perbezaan stres

    berdasarkan kumpulan jantina lelaki dan perempuan. Keputusan menunjukkan skor

    min dan sisihan piawai bagi lelaki adalah 2.78 (0.85) dan perempuan adalah 2.87

    (0.85). Seterusnya keputusan ujian-t mendapati bahawa nilai t adalah -0.474, pada

    paras signifikan 0.64 , p> 0.05. Ini menunjukkan bahawa kajian tidak dapat

  • 32

    menunjukkan perbezaan stres berdasarkan jantina secara signifikan, maka kajian

    gagal menolak Ho1(a).

    Jadual 4.3: Keputusan Ujian-t Stres berdasarkan Jantina

    Pembolehubah Kumpulan Min Sisihan Piawai T Sig.

    Jantina Lelaki 2.75 0.85 -0.474 0.64

    Perempuan 2.85 0.85

    *p

  • 33

    (c) Perbezaan Stres berdasarkan Status Perkahwinan

    Jadual 4.5 di bawah juga menunjukkan keputusan analisis perbezaan stres

    berdasarkan kumpulan status perkahwinan. Keputusan menunjukkan skor min dan

    sisihan piawai bagi bujang adalah 2.18 (0.83) dan berkahwin adalah 2.86 (0.79).

    Seterusnya keputusan ujian-t mendapati bahawa nilai t adalah -1.67, pada paras

    signifikan p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan stres

    berdasarkan status perkahwinan adalah signifikan, maka kajian telah tidak berjaya

    menolak Ho1(b).

    Jadual 4.5: Keputusan Ujian-t Stres berdasarkan Status Perkahwinan

    Pembolehubah Kumpulan Min Sisihan Piawai T Sig.

    Status Bujang 2.18 0.83 - 1.67 0.05

    Perkahwinan Berkahwin 2.86 0.79

    *p < 0.01, **p < 0.05

    (d) Perbezaan Stress berdasarkan Tempat Tinggal

    Seterusnya analisa ke atas perbezaan stres berdasarkan tempat tinggal seperti

    yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.6. Berdasarkan analisa yang dibuat, kumpulan

    taman perumahan menunjukkan skor min dan sisihan piawai 2.18 (0.83) dan

    kumpulan kampung menunjukkan 2.86 (0.79). Ujian t menunjukkan nilai t = - 1.67

    pada paras signifikan p > 0.05. Dengan ini kajian gagal menolak Ho1(d).

  • 34

    Jadual 4.6: Keputusan Ujian-t Stres berdasarkan Tempat Tinggal

    Pembolehubah Kumpulan Min Sisihan Piawai T Sig.

    Tempat Tinggal Taman 2.78 0.82 - 0.60 0.05

    Kampung 2.91 0.89

    *p < 0.01, **p < 0.05

    (e) Perbezaan Stres berdasarkan Gred (DG/DGA)

    Jadual 4.7 menunjukkan keputusan analisis perbezaan stres berdasarkan

    kumpulan gred dalam organisasi. Keputusan menunjukkan bahawa skor min dan

    sisihan piawai bagi DG 41 adalah 3.27 (0.44), diikuti DG34 adalah 2.80 (0.28), DG32

    adalah 2.84 (0.90) dan DG29 adalah 2.56 (0.68), Keputusan ANOVA sehala

    mendapati bahawa nilai F adalah 1.193, pada paras signifikan 0.32 (p > 0.05). Ini

    menunjukkan bahawa terdapat perbezaan stres berdasarkan gred adalah tidak

    signifikan, maka kajian telah gagal menolak Ho1(e).

    (f) Perbezaan Stres berdasarkan Tempoh Perkhidmatan

    Berdasarkan Jadual 4.7 menunjukkan keputusan analisis perbezaan stres

    berdasarkan kumpulan tempoh perkhidmatan. Keputusan menunjukkan bahawa skor

    min dan sisihan piawai bagi kumpulan 10 tahun dan ke bawah adalah 2.58 (0.79),

    diikuti 11 hingga 15 tahun adalah 3.03 (0.85), 16 tahun hingga 20 tahun adalah 2.98

    (0.66) dan kumpulan 21 tahun dan ke atas adalah 2.69 (0.76). Keputusan ANOVA

    sehala mendapati bahawa nilai F adalah 1.050, pada paras signifikan 0.38 (p > 0.05).

    Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan gred secara

    signifikan, maka kajian telah gagal menolak Ho1(f).

  • 35

    (g) Perbezaan Stres berdasarkan Jumlah Masa Mengajar

    Berdasarkan Jadual 4.7 juga bagi analisis perbezaan stres berdasarkan jumlah

    masa mengajar menunjukkan bahawa skor min dan sisihan piawai bagi kumpulan

    yang mengajar 10 masa dan ke bawah adalah 3.27 (0.44), diikuti 11 masa hingga 15

    masa adalah 2.87 (0.90), 16 masa hingga 20 masa adalah 2.98 (0.66) dan bagi

    kumpulan yang mengajar 21 masa dan ke bawah adalah 2.80 (0.75), Keputusan

    ANOVA sehala mendapati bahawa nilai F adalah 0.349, pada paras signifikan 0.79 (p

    > 0.05). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan gred

    secara signifikan, maka kajian telah gagal menolak Ho1(g).

    Jadual 4.7: Keputusan Analisis ANOVA sehala Stres berdasarkan Gred ,Tempoh

    Perkhidmatan dan Jumlah Masa Mengajar

    Pembolehubah Kumpulan Min

    Sisihan Piawai

    F sig

    Gred DG41 3.27 0.44 1.193 0.36

    DG34 2.80 0.28

    DG32 2.84 0.90

    DG29 2.56 0.68

    Tempoh

    perkhidmatan

    10 tahun dan ke

    bawah 2.58 0.79 1.050 0.38

    11 - 15 tahun 3.03 0.85

    16 - 20 tahun 2.98 0.99

    21 tahun dan ke

    bawah 2.69 0.76

    Jumlah Masa

    Mengajar

    10 masa dan ke

    bawah 2.56 1.30 0.349 0.79

    11 15 masa 2.87 0.90

    16 20 masa 2.98 0.66

    21 masa dan ke atas 2.80 0.75

    *p

  • 36

    4.3.2 Hubungan antara Dimensi Iklim Sekolah dan Stres

    Jadual 4.8 di bawah adalah keputusan analisis korelasi antara dimensi iklim sekolah dan

    stres. Keputusan analisis correlation matrix menunjukkan bahawa hubungan antara

    dimensi komunikasi dan stres adalah pada nilai korelasi (r = - 0.158) dan paras signifikan (p

    > 0.05). Oleh itu, kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

    dimensi komunikasi dan stres, maka kajian telah gagal untuk menolak Ho2 (a).

    Seterus analisa diantara dimensi kerjasama dan stres. Analisa mendapati nilai korelasi

    r = - 0.197 dan paras signifikan (p > 0.05). Kajian mendapati tidak ada hubungan antara

    dimensi kerjasama dan stres secara signifikan, dengan ini Ho2 (b) diterima.

    Analisa seterusnya dibuat diantara dimensi pentadbiran dan organisasi dan stres. Nilai

    korelasi yang diperolehi menunjukkan nilai r = - 0. 298* dengan paras signifikan (p < 0.05).

    Oleh itu, kajian mendapati terdapat hubungan negatif yang signifikan antara dimensi

    pentadbiran dan organisasi dengan stres. Ho2 (c) ditolak.

    Yang terakhir, analisa antara dimensi murid dengan stres. Daripada nilai korelasi yang

    ditunjukkan (r = - 0.04) dan paras signifikan (p > 0.05), tidak terdapat hubungan secara

    signifikan antara dimensi murid dengan stres. Ho2 (d) gagal ditolak.

  • 37

    Jadual 4.8 : Keputusan Analisis Korelasi Dimensi Iklim Sekolah dan Stres

    Pembolehubah

    Dimensi

    Komunikasi

    Dimensi

    Kerjasama

    Dimensi

    Pentadbiran &

    Organisasi

    Dimensi

    Murid

    Stres

    - 0.158 (0.19) - 0.197 (0.10) - 0.298* - 0.040

    Dimensi

    Komunikasi

    - 0.478 (0.00)** 0.803** 0.625**

    Dimensi

    Kerjasama - - 0.660** 0.547**

    Dimensi

    Pentadbiran &

    Organisasi

    - - - 0.694**

    Dimensi murid

    - - - -

    Nota: 1: *p < 0.05, **p < 0.01

    4.3.3 Pengaruh Dimensi Iklim Sekolah terhadap Stres

    Jadual 4.9 di bawah adalah keputusan analisis regresi berganda bagi pengaruh

    pembolehubah bebas iaitu dimensi iklim sekolah terhadap stres. Model kajian ini

    menerangkan varian stres adalah sebanyak 15.3 % dengan nilai F = 2.943 pada paras

    signifikan (p = 0.02). Oleh itu, penemuan kajian mendapati model ini adalah bagus.

    Seterusnya, jadual di bawah juga mendapati bahawa beta bagi dimensi komunikasi

    adalah 0.231 dan pada paras signifikan (p = 0.403), beta bagi dimensi kerjasama adalah

    0.055 dan pada paras signifikan (p = 0.827), beta bagi dimensi pentadbiran dan organisasi

    adalah - 0.957 dan pada paras signifikan (p = 0.010**), beta bagi dimensi murid adalah 0.514

    dan pada paras signifikan (p = 0.065),

  • 38

    Keputusan kajian mendapati bahawa dimensi komunikasi, kerjasama dan murid tidak

    mempengaruhi stres, sebaliknya dimensi pentadbiran dan organisasi mempunyai hubungan

    negatif secara signifikan, maka kajian telah gagal untuk menolak Ho3.

    Jadual 4.9 : Keputusan Analisis Regresi Berganda Pengaruh Stres terhadap

    Dimensi Iklim Sekolah

    Unstandardized

    Coefficients T sig.

    Std. Error

    (Constant) 3.810 0.834 4.569 0.000

    Dimensi Komunikasi 0.231 0.274 0.842 0.403

    Dimensi Kerjasama - 0.055 0.250 -0.219 0.827

    Dimensi Pentadbiran &

    Organisasi

    - 0.957 0.362 -2.645 0.010**

    Dimensi Pelajar 0.514 0.274 1.877 0.065

    Pembolehubah bersandar: Stres

    r2

    = 0.153 F = 2.943*

    4.4 RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN

    Berdasarkan kepada penemuan kajian di atas, kajian ini telah gagal menolak sebelas

    (11) hipotesis nul kecuali hipotesis H02(c) berkenaan dimensi pentadbiran dan organisasi.

    Jadual 4.10 menunjukkan rumusan hipotesis kajian yang telah dilakukan dalam kajian ini.

  • 39

    Jadual 4.10: Rumusan Hipotesis Kajian

    No Hipotesis Nul Keputusan

    Ho1 (a)

    Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan kumpulan

    jantina

    Diterima

    Ho1 (b) Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan kumpulan umur Diterima

    Ho1 (c) Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan status

    perkahwinan Diterima

    Ho1 (d) Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan kawasan tempat

    tinggal Diterima

    Ho1 (e) Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan gred gaji Diterima

    Ho1 (f) Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan tempoh

    perkhidmatan. Diterima

    Ho1 (g) Tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan kumpulan

    jumlah masa mengajar Diterima

    Ho2 (a) Tidak terdapat hubungan antara dimensi komunikasi dan

    stres. Diterima

    Ho2 (b) Tidak terdapat hubungan antara dimensi kerjasama dan

    stres. Diterima

    Ho2 (c) Tidak terdapat hubungan antara dimensi pentadbiran &

    organisasi dan stres. Ditolak

    Ho2 (d) Tidak terdapat hubungan antara dimensi murid dan stres. Diterima

    Ho3 Empat dimensi Iklim Sekolah (komunikasi, kerjasama,

    pentabiran & organisasi, murid) tidak mempengaruhi stres Diterima

  • 40

    BAB LIMA

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    5.1 PENGENALAN

    Bab ini membincangkan secara ringkas mengenai perbincangan tentang implikasi teori

    dan praktis serta kesimpulan penemuan kajian serta membuat beberapa cadangan kepada

    organisasi dan penyelidikan yang akan datang. Bab ini meliputi perbincangan, implikasi teori

    dan praktis iaitu cadangan kepada organisasi dan penyelidikan yang akan datang serta

    kesimpulan kajian.

    5.2 PERBINCANGAN

    Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap iklim sekolah dan stres, mengkaji

    hubungan antara iklim sekolah dan stres, mengkaji pengaruh iklim sekolah terhadap stres dan

    menguji perbezaan stres berdasarkan ciri-ciri peribadi dan pekerjaan responden. Seterusnya

    penemuan-penemuan kajian akan diperbincangkan berdasarkan sorotan-sorotan karya dan

    penemuan-penemuan oleh penyelidik yang lepas.

    5.2.1 IKLIM SEKOLAH DAN STRES GURU

    Berdasarkan kajian yang dijalankan berdasarkan empat (4) objektif utama

    seperti yang dibincangkan di dalam Bab 1 iaitu menentukan tahap iklim sekolah

    beserta dimensi, tahap stres, perbezaan stres berdasarkan latarbelakang demografi dan

  • 41

    pengaruh iklim sekolah ke atas stres. Hasil dapatan kajian mendapati keempat-empat

    dimensi iklim sekolah dan stres yang sangat tinggi dikalangan responden. Keadaan ini

    perlu dipandang serius oleh pihak pentadbiran seperti pihak sekolah dan Jabatan

    Pelajaran Negeri dalam memantau dan menangani permasalahan ini. Jesteru itu,

    sebarang implikasi buruk dapat dibendung daripada terus menular dan seterusnya

    menjejaskan kualiti pendidikan di negara kita.

    Kajian berkenaan dengan perbezaan stres berdasarkan elemen demografik

    guru tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan dengan stres di kalangan

    responden. Keadaan ini menunjukkan bahawa stres boleh berlaku kepada sesiapa

    sahaja baik perempuan mahupun lelaki, berkahwin atau masih bujang tidak kira di

    mana mereka tinggal. Selain itu stres juga boleh berlaku kepada mereka yang

    berpendapatan tinggi walaupun ada pendapat mengatakan bahawa kumpulan

    berpendapatan rendah lebih cenderung untuk mengalami stres.

    Hasil dapatan kajian yang terakhir menunjukkan bahawa, iklim sekolah dan

    tiga (3) dimensinya tidak mempengaruhi stres secara signifikan kecuali dimensi ketiga

    iaitu pentadiran dan organisasi yang mempunyai hubungan negatif dengan stres yang

    signifikan. Hasil dapatan kajian mendapati sekiranya dimensi pentadbiran dan

    organisasi tinggi, maka stres akan menurun, sebalik sekiranya pentadbiran dan

    organisasi menurun, tahap stres akan meningkat. Ini selaras dengan beberapa sorotan

    karya seperti yang dibincangkan di dalam bab tiga. Antaranya Stevenson & Harper

    (2006) dan Tehrani (2002). Pada pandangan mereka, seseorang itu akan mengalami

    stres sekiranya wujud pengurusan dan pentadbiran serta organisasi yang lemah.

  • 42

    5.3 IMPLIKASI KAJIAN

    Dapatan kajian ini akan memberi satu maklumat baru kepada pihak sekolah dalam

    usaha meningkatkan kualiti pendidikan sekolah terutamanya dalam menangani permasalahan

    berkaitan keguruan. Sekiranya pihak pentadbiran sedar akan peranan mereka dan sentiasa

    mengutamakan kebajikan guru tanpa mengabaikan aspek lain, masalah berkaitan dengan isu

    stres atau tekanan guru dapat di atasi.

    Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan sebagai teras pembangunan

    pendidikan kebangsaan perlu dilihat sebagai salah satu titik permulaan memperkasakan

    sistem pendidikan dan juga sebagai salah satu kaedah kerajaan untuk memartabatkan

    profesion perguruan. Sebarang keputusan seharusnya berpusat guru-guru dan murid-murid

    dan tidak hanya memfokuskan satu-satu pihak sahaja. Sebarang pelaksanaan dasar atau

    program baru perlu dikaji sedalam-dalamnya termasuk mengkaji kesan yang bakal terkena

    kepada pihak guru, sama ada aspek positif atau pun negatif. Pelaksanaan yang hanya

    mementingkan sebelah pihak hanya mengundang masalah seperti stres dan lain-lain masalah

    yang banyak kita dengar saban hari. Manakala guru pula, sebagai pihak yang menerima tugas

    dan tanggunjawab untuk mendidik generasi pelapis negara modal insan seharusnya sedar

    dan bijak dalam menangani isu-isu yang boleh menimbulkan masalah kepada diri dan

    tanggunjawab mereka. Guru-guru perlu bijak untuk membebaskan diri dari belenggu masalah

    serta berusaha untuk memartabatkan diri dan profesion yang dipegang mereka. Tugas dan

    tanggungjawab adalah amanah Allah dan merupakan segunung harapan setiap ibubapa.

    Memandangkan hasil kajian menunjukkan tahap stres yang tinggi, maka sewajarnya

    pihak pentadbiran dan pengurusan seperti sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri atau

    Daerah memantau perkara-perkara yang dilihat sebagai punca peningkatan stres dikalangan

  • 43

    guru-guru. Selain itu, pihak Jabatan Pendidikan khususnya perlu membentuk atau

    membangunkan satu kumpulan sokongan sosial terhadap guru. Selama ini sebarang

    permasalahan berkaitan guru hanya diselesaikan oleh guru, tapi kini perlu ada satu instrumen

    berfokus dalam membantu guru-guru yang bermasalah ini.

    5.4 MASALAH KAJIAN

    Secara keseluruhan tiada masalah besar yang dihadapi oleh oleh penyelidik dalam

    menyiapkan penyelidikan ini kecuali kekangan masa terutama apabila melibatkan kerja

    lapangan untuk menghantar dan mengumpul semula borang soal selidik. Ini berlaku kerana

    kurangnya kerjasama diantara guru-guru yang terlibat sebagai responden untuk menjawab

    soalselidik yang dikemukakan. Ada diantara mereka yang menghilangkan borang, tidak

    berminat untuk disoalselidik, dan tidak menjawab beberapa soalan yang ditanya. Ini telah

    memberi sedikit kesan ke atas analisa statistik yang dibuat. Selain itu, masalah yang tidak

    dapat dielakkan seperti guru berkenaan berkursus atau terlibat dengan sukan.

    5.5 CADANGAN KEPADA PENYELIDIKAN AKAN DATANG

    Bagi penyelidikan akan datang yang melibatkan guru-guru, jumlah populasi perlu

    ditambah agar sampel perlu lebih besar dapat diperolehi supaya perolehan data untuk

    dianalisa lebih tepat . Selain itu, penyelidikan ini boleh dilakukan terhadap guru-guru di

    sekolah menengah bagi melihat perbezaan tahap iklim sekolah bagi kedua-dua jenis sekolah

    tersebut dan melihat hubungan stres guru dengan iklim sekolah.

  • 44

    5.6 KESIMPULAN

    Berdasarkan kepada analisis-analisis statistik yang telah dilakukan dalam kajian ini

    dapat dirumuskan bahawa penemuan yang diperolehi dalam kajian ini telah membuktikan

    tidak terdapat perbezaan stres berdasarkan kumpulan demografi responden. Selain itu, kajian

    juga telah mendapati bahawa tahap stres yang sangat tinggi dikalangan guru. Akan tetapi,

    kajian ini telah gagal untuk membuktikan hubungan dan pengaruh iklim sekolah kecuali

    dimensi pentadbiran dan organisasi terhadap stres guru.

  • 45

    RUJUKAN

    Anderson, C.S. (1982).The search for school climate: a review of the research. Review of

    Educational Research. 52 (3).368-420.

    Atwool, N. (1999). Attachement in the school setting. New Zealand Journal of

    Educational Studies, Vol. 34 No. 2, pp. 309-22.

    Azizi Yahaya. Shahrin Hashim, dan Tee, S.K.(2003).Occupational Stress Among

    Technical Teachers in Technical School in Johore, Malacca. Universiti Teknologi

    Malaysia.(akses pada 23 April 2009)

    Azizi Yahaya dan Mazeni Ismail. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stres di kalangan

    Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.(akses pada 23

    April 2009)

    Bandura, A. (1971). Social Learning Theory. Eaglewood Cliffs, New Jersey: Prentice

    Hall.

    Brookover, W.B., Schweitzer, J.H., Schneider, J.M., Beady, C.H., Flood, P.K. dan

    Weisenbaker, J.M.(1978). Elementary School Social Climate and School

    Achievement. American Educational Research Journal.15 (2).301-18.

  • 46

    Bulach, C.R., Malone, B. dan Castleman, C.(1995) An Investigation of Variables Related

    to Student Achievement. Mid-Western Educational Researcher. 6(2)23-9

    Cavana, R.Y., Delahaye, B.L. dan Sekaran, U. (2001). Applied Business Research:

    Qualitative and Quantitative Methods. Australia: John Wiley & Sons Ltd.

    Conley.S, & Woosley. S.A. (2000). Teacher role stress, higher order needs and work

    outcomes. Journal of Educational Administration.38 (2)179- 201.

    Dinham, S. dan Scott, C. (2000). Moving into the third, outer domain of teacher

    satisfaction. Journal of Educational Administration. 38(4).379-396

    Dorman, J. (2003). Testing A Model For Teacher Burnout Australia. Journal Of

    Education & Developmental Psychology, 3, 35-47

    Duyilemi, B.D.(1990).Determinants of the Job Satisfaction Among Nigerian Teachers.

    International Journal of Educational Theory and Practice.

    Fairbrother, K. and Warn, V. (1997), Workplace Dimensions, Stress and Job Satisfaction.

    Journal of Managerial Psycology, 18(1)8-21.

    Freiberg, H.J. (1998). Measuring school climate: let me count the ways. Educational

    Leadership. 56 (1)22-6.

  • 47

    Gallay. L, & Pong.S (2004). School Climate And Students Intervention Strategies.

    Prevention Research Annual Meeting. Quebec City

    Hellriegel, Slocum & Woodman (2001). Organizational Behaviour.9th

    ed. South

    Western.US

    Johnson, W.L. dan Johnson, A.M. (1993). Validity of the quality of school life scale: a

    primary and second-order factor analysis. Educational and Psychological

    Measurement. 53(1).145-53.

    Kimbrough, R. dan Burkett, C. (1990). The Principleship.:Concepts and Practises.

    Prentice-Hall.NJ

    Kyriacou, C. (2001).Teacher stress: directions for future research. EducationalReview.53

    (1) 27-35.

    Kyriacou, C. and Sutcliffe, J (1979). Teacher Stress : Directions For Future Research.

    Journal Of Occupational Psychology, 52, 227-228.

    Maslach, C. & Schaufelli, W. (2000). Job Burnout. Annual Review of Psychology.52.397-

    422.

    Okebukola, P.A. dan Jegede, O.F. (1989)Determinants of Occupational Stress Among

    Teachers in Nigeria. Educational Studies.15(1) 23-36.

  • 48

    Pashiardi, G. (2000).School climate in elementary and secondary schools: views of

    Cypriot principals and teachers. International Journal of Educational Management.

    14(4 ) 224-37.

    Pashiardis, G. (2008) Toward a Knowledge Base for School Climate in Cypruss Schools.

    International Journal of Educational Management. 22(5) 399-416

    Saeed, M., Gondal, M.B., dan Bushra (2005).Assessing achievement of primary grader

    students and factors affecting achievement in Pakistan. International Journal of

    Educational Management. 19(6)486-499.

    Staples, D.S. & Higgins, C.A (1998) A Study of the Impact of Factor Importance

    Weighting on Job Satisfaction. Journal of Business and Psychology.13.211-232

    Stevenson, A. and Harper, S. (2006), Workplace Stress and The Student Learning

    Experience. Quality Assurance Education. 4(2), pp 167-178.

    Sutton, R.I (1984) Job Stress Among Primary and Secondary School Teachers: its

    relationship to ill-being. Work and Occupations. 11(1).7-28

  • 49

    Tehrani, N. (2002), Managing Organisational Stress, CIPD, www.cipd.co.uk (akses

    pada 25 Feb 2009 )

    Urbaniak, G.C., & Plous, S. (2005). Research randomizer [On-line] Available

    http://www.randomizer.org.

  • NO

    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    BORANG SOAL SELIDIK

    Assalamualaikum wr. Wb. dan salam sejahtera.

    Tuan/Puan yang dihormati,

    Borang soal selidik ini dibentuk bertujuan untuk mengkaji iklim sekolah dan tahap stress guru-

    guru. Oleh kerana anda merupakan antara responden terpilih yang akan memberikan gambaran

    yang tepat tentang pengalaman anda di sekolah, maka diharapkan agar anda dapat menjawab

    soalan dengan jujur. Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan akan dirahsiakan.

    Terima kasih di atas kerjasama dan masa anda. Jika ada sebarang pertanyaan, sila rujuk: Yusnida binti Md.Yusof (84166) Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah Darul Aman

  • BAHAGIAN A : Maklumat Peribadi dan Pekerjaan Sila tandakan () pada jawapan yang sesuai. 1. Jantina: 2. Status perkahwinan:

    Lelaki Bujang Perempuan Berkahwin

    Duda / Janda

    3. Umur anda: ____tahun

    4. Gred. Sila nyatakan. DG/DGA _____ 5.. Tempoh perkhidmatan : ____ tahun 6. Kawasan tempat tinggal. Bandar / Taman Kampung

    7. Jumlah masa mengajar Sains dan Matematik. Sila nyatakan._______

  • Bahagian B: Nyatakan tahap persetujuan anda terhadap penyataan yang berkaitan dengan perkara-perkara berikut dengan membulatkan nombor berdasarkan skala berikut:

    Sangat Tidak Setuju

    Tidak Setuju Agak Setuju Setuju Sangat Setuju

    1 2 3 4 5

    1. Saya berasa berpuashati dengan maklumat yang disampaikan oleh pihak pengurusan saya.

    1 2 3 4 5

    2. Saya merasakan maklumat yang telah disampaikan olah pihak pengurusan saya sangat berkaitan dan berguna untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab saya di sekolah.

    1 2 3 4 5

    3. Saya merasa bahawa setiap guru-guru telah disalurkan segala maklumat oleh pihak

    pengurusan sekolah.

    1 2 3 4 5

    4. Semua kakitangan mengetahui tentang ketetapan piawai yang telah ditetapkan oleh pihak

    pengurusan dalam memenuhi kehendak ketetapan piawai sekolah.

    1 2 3 4 5

    5. Semua kakitangan jelas dan faham tentang ketetapan piawai yang telah ditetapkan oleh

    pihak pengurusan dalam memenuhi kehendak ketetapan piawai sekolah.

    1 2 3 4 5

    6. Pihak pengurusan telah menerangkan dengan jelas tentang ketetapan piawai untuk

    arahan bilik darjah termasuk ketetapan piawai sekolah.

    1 2 3 4 5

    7. Setiap pihak yang terlibat dengan sekolah (seperti ibubapa) telah dimaklumkan mengenai

    ketetapan piawai untuk arahan bilik darjah termasuk ketetapan piawai sekolah.

    1 2 3 4 5

  • 8. Pihak pengurusan sekolah mempunyai komunikasi lisan yang baik.

    1 2 3 4 5

    9. Pihak pengurusan sekolah mempunyai komunikasi secara bertulis dengan baik.

    1 2 3 4 5

    10. Saya mendapat peluang untuk bekerjasama dengan rakan sekerja.

    1 2 3 4 5

    11. Saya berpuashati dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan guru

    sama gred dengan saya.

    1 2 3 4 5

    12. Saya berpuashati dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan guru

    berbeza gred dengan saya.

    1 2 3 4 5

    13. Semua keputusan bagi menyelesaikan masalah dibuat secara bekerjasama dengan rakan-

    rakan guru sama gred. 1 2 3 4 5

    14. Semua keputusan bagi menyelesaikan masalah dibuat secara bekerjasama dengan rakan-

    rakan guru berbeza gred. 1 2 3 4 5

    15. Saya mendapat peluang untuk menyuarakan pendapat yang boleh digunapakai oleh

    rakan sekerja saya. 1 2 3 4 5

    16. Saya berasa dihargai dan diiktiraf.

    1 2 3 4 5

    17. Peraturan dan polisi sekolah banyak membantu saya.

    1 2 3 4 5

  • 18. Saya merasakan maklum balas lisan yang diterima daripada pihak pengurusan berguna

    untuk kerja saya.

    1 2 3 4 5

    19. Saya merasakan maklum balas bertulis yang diterima daripada pihak pengurusan

    berguna untuk kerja saya.

    1 2 3 4 5

    20. Saya merasakan maklum balas bertulis yang diterima daripada penilai/pemantau berguna

    untuk kerja saya.

    1 2 3 4 5

    21. Saya merasakan maklum balas lisan yang diterima daripada penilai/pemantau berguna

    untuk kerja saya.

    1 2 3 4 5

    22. Sekolah memberi peluang untuk mengambil inisiatif dan tanggungjawab.

    1 2 3 4 5

    23. Saya bebas mengatur tugasan saya sendiri.

    1 2 3 4 5

    24. Semua keputusan dibuat di tahap yang sepatutnya di dalam sistem pendidikan.

    1 2 3 4 5

    25. Tindakan yang dibuat di sekolah berpusatkan murid-murid.

    1 2 3 4 5

    26. Kualiti pendidikan yang ditawarkan adalah baik untuk murid-murid.

    1 2 3 4 5

  • 27. Guru-guru telah berusaha menunjukkan prestasi yang sebaik mungkin.

    1 2 3 4 5

    28. Pendidikan yang ditawarkan membantu pembangunan kerjaya murid-murid.

    1 2 3 4 5

    29. Pendidikan yang ditawarkan membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran

    seperti kaedah pembelajaran sendiri dan penyelesaian masalah.

    1 2 3 4 5

    30. Persekitaran sekolah adalah sangat menyeronokkan dan sesuai untuk murid-murid.

    1 2 3 4 5

    BAHAGIAN C: Nyatakan tahap kekerapan anda melalui situasi-situasi berikut dengan membulatkan nombor berdasarkan skala berikut:

    Tidak pernah Pernah Kadang-kadang Kerap Selalu

    1 2 3 4 5

    1. Keletihan sehingga tidak berdaya untuk meneruskan kerja lagi.

    1 2 3 4 5

    2. Penggunaan kekuatan fizikal secara maksimum sehingga ke penghujung hari.

    1 2 3 4 5

  • 3. Emosi yang sangat letih akibat daripada bekerja.

    1 2 3 4 5

    4. Perasaan ketandusan upaya akibat daripada kerja

    1 2 3 4 5

    5. Kepenatan dan berasa tidak sihat setelah tamat bekerja.

    1 2 3 4 5

    Terima kasih.

  • Perbezaan Stres Guru berdasarkan Jantina

    Group Statistics

    Jantina N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

    stres Lelaki 17 2.7529 .85009 .20618

    perempuan 52 2.8654 .84827 .11763

    Independent Samples Test

    .112 .738 -.474 67 .637 -.11244 .23711 -.58572 .36084

    -.474 27.208 .639 -.11244 .23737 -.59932 .37443

    Equal variances

    assumed

    Equal variances

    not assumed

    stresF Sig.

    Levene's Test for

    Equality of Variances

    t df Sig. (2-tai led)

    Mean

    Difference

    Std. Error

    Difference Lower Upper

    95% Confidence

    Interval of the

    Difference

    t-test for Equality of Means

  • Perbezaan Stres Guru berdasarkan Tempat Tinggal

    Group Statistics

    46 2.7783 .82000 .12090

    22 2.9091 .88743 .18920

    kaw.tempat tinggal

    taman

    kampung

    stres

    N Mean Std. Deviation

    Std. Error

    Mean

    Independent Samples Test

    .003 .958 -.599 66 .551 -.13083 .21827 -.56662 .30496

    -.583 38.645 .563 -.13083 .22453 -.58512 .32346

    Equal variances

    assumed

    Equal variances

    not assumed

    stresF Sig.

    Levene's Test for

    Equality of Variances

    t df Sig. (2-tai led)

    Mean

    Difference

    Std. Error

    Difference Lower Upper

    95% Confidence

    Interval of the

    Difference

    t-test for Equality of Means

  • Perbezaan Stres Guru berdasarkan Status perkahwinan

    Group Statistics

    3 2.0667 .83267 .48074

    55 2.8545 .79392 .10705

    status perkahwinan

    bujang

    berkahwin

    stres

    N Mean Std. Deviation

    Std. Error

    Mean

    Independent Samples Test

    .007 .936 -1.671 56 .100 -.78788 .47154 -1.73249 .15673

    -1.600 2.203 .239 -.78788 .49252 -2.73040 1.15464

    Equal variances

    assumed

    Equal variances

    not assumed

    stresF Sig.

    Levene's Test for

    Equality of Variances

    t df Sig. (2-tai led)

    Mean

    Difference

    Std. Error

    Difference Lower Upper

    95% Confidence

    Interval of the

    Difference

    t-test for Equality of Means

    Perbezaan Stres Guru berdasarkan Kumpulan Umur

    Descriptives

    s tres

    11 2.5091 .68331 .20602 2.0500 2.9681 1.00 3.20

    25 3.1200 .94692 .18938 2.7291 3.5109 1.00 4.80

    31 2.7419 .76104 .13669 2.4628 3.0211 1.60 4.00

    67 2.8448 .84410 .10312 2.6389 3.0507 1.00 4.80

    1

    2

    3

    Total

    N Mean Std. Dev iat ion Std. Error Lower Bound Upper Bound

    95% Conf idence Interv al f or

    Mean

    Minimum Maximum

  • Test of Homogeneity of Variances

    stres

    .942 2 64 .395

    Levene

    Statistic df1 df2 Sig.

    ANOVA

    stres

    3.461 2 1.731 2.542 .087

    43.565 64 .681

    47.026 66

    Between Groups

    Within Groups

    Total

    Sum of

    Squares df Mean Square F Sig.

    Perbezaan Stres Guru berdasarkan Kumpulan Gred

    Descriptives

    stres

    12 3.2667 .43762 .12633 2.9886 3.5447 2.80 3.80

    2 2.8000 .28284 .20000 .2588 5.3412 2.60 3.00

    45 2.8400 .90111 .13433 2.5693 3.1107 1.00 4.80

    5 2.5600 .68411 .30594 1.7106 3.4094 1.40 3.20

    64 2.8969 .81804 .10226 2.6925 3.1012 1.00 4.80

    DG41

    DG34

    DG32

    DG29

    Total

    N Mean Std. Deviation Std. Error Lower Bound Upper Bound

    95% Confidence Interval for

    Mean

    Minimum Maximum

  • Test of Homogeneity of Variances

    stres

    2.165 3 60 .101

    Levene

    Statistic df1 df2 Sig.

    ANOVA

    stres

    2.373 3 .791 1.193 .320

    39.787 60 .663

    42.159 63

    Between Groups

    Within Groups

    Total

    Sum of

    Squares df Mean Square F Sig.

    Perbezaan Stres Guru berdasarkan Tempoh Perkhidmatan

    Descriptives

    stres

    10 2.5800 .78571 .24846 2.0179 3.1421 1.00 3.60

    27 3.0296 .85342 .16424 2.6920 3.3672 1.00 4.60

    11 2.9818 .99380 .29964 2.3142 3.6495 1.20 4.80

    19 2.6947 .76411 .17530 2.3264 3.0630 1.60 3.80

    67 2.8597 .84496 .10323 2.6536 3.0658 1.00 4.80

    1

    2

    3

    4

    Total

    N Mean Std. Deviation Std. Error Lower Bound Upper Bound

    95% Confidence Interval for

    Mean

    Minimum Maximum

  • Test of Homogeneity of Variances

    stres

    .251 3 63 .860

    Levene

    Statistic df1 df2 Sig.

    ANOVA

    stres

    2.243 3 .748 1.050 .377

    44.878 63 .712

    47.121 66

    Between Groups

    Within Groups

    Total

    Sum of

    Squares df Mean Square F Sig.

    Perbezaan Stres Guru berdasarkan Jam Mengajar

    Descriptives

    stres

    8 2.5750 1.29808 .45894 1.4898 3.6602 1.00 4.80

    22 2.8727 .90616 .19319 2.4710 3.2745 1.20 4.60

    10 2.9800 .65625 .20753 2.5105 3.4495 1.80 4.00

    23 2.8000 .75076 .15654 2.4753 3.1247 1.00 4.00

    63 2.8254 .86247 .10866 2.6082 3.0426 1.00 4.80

    1

    2

    3

    4

    Total

    N Mean Std. Deviation Std. Error Lower Bound Upper Bound

    95% Confidence Interval for

    Mean

    Minimum Maximum

  • Test of Homogeneity of Variances

    stres

    2.103 3 59 .109

    Levene

    Statistic df1 df2 Sig.

    ANOVA

    stres

    .805 3 .268 .349 .790

    45.315 59 .768

    46.119 62

    Between Groups

    Within Groups

    Total

    Sum of

    Squares df Mean Square F Sig.

  • Keputusan Ujian Kebolehpercayaan

    Reliability: Stres Guru

    Case Processing Summary

    N %

    Cases Valid 70 100.0

    Excluded(a)

    0 .0

    Total 70 100.0

    a Listwise deletion based on all variables in the procedure. Reliability Statistics

    Cronbach's Alpha N of Items

    .853 5

    Item-Total Statistics

    11.6714 12.485 .625 .833

    11.0571 11.823 .544 .858

    11.2000 11.467 .765 .798

    11.5143 10.659 .764 .794

    11.3000 11.778 .653 .825

    stress

    stress

    stress

    stress

    stress

    Scale Mean if

    Item Deleted

    Scale

    Variance if

    Item Deleted

    Corrected

    Item-Total

    Correlation

    Cronbach's

    Alpha if Item

    Deleted

  • Reliability: Dimensi Komunikasi

    Case Processing Summary

    N %

    Cases Valid 66 94.3

    Excluded(a)

    4 5.7

    Total 70 100.0

    a Listwise deletion based on all variables in the procedure.

    Reliability Statistics

    .923 9

    Cronbach's

    Alpha N of Items

    Item-Total Statistics

    29.2879 22.424 .726 .914

    29.1970 23.084 .694 .916

    29.4091 22.061 .792 .910

    29.4242 22.679 .714 .915

    29.5455 22.313 .709 .915

    29.4091 22.492 .723 .914

    29.5909 22.799 .657 .919

    29.3939 21.566 .715 .916

    29.2273 22.024 .796 .910

    komunikasi