syrhnkafa

3
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. Sekalung terima kasih diucapkan kepada Tuan/Puan Pengerusi majlis, barisan hakim penjunjung kesaksamaan, dif-dif kehormat, kelompok pendidik bistari, seterusnya, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Saya ingin tahu, abang saya ingin tahu, ustazah saya ingin tahu, setiap abad, setiap tahun, setiap hari, setiap detik, semua manusia ingin tahu. Sekarang, penonton yang berada di sini juga ingin tahu, orang ini cakap apa ya? Ya, hadirin hadirat sekalian. Saya di sini ini akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “ANAK SOLEH HARAPAN IBU BAPA” Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : ” ³ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya³. Anak soleh, anak soleh, tuan-tuan dan puan-puan. Adakah hanya pada ketika Hari Raya saja kita menunjukkan kebaikan? Adakah dengan janji wang ringgit setelah berpuasa sebulan yang belum tentu hujung –pangkal yang dikejarkan? Adakah setelah disuap dengan pakaian indah lagi berseri membuahkan senyuman? Di manakah keikhlasan? Biar kecil-kecil anak, biar sebesar bapak, biar tadika, biar sekolah KAFA, biar mengaji Iqra’, biar Qur’annya buruk, yang penting ikhlas. Yang

Upload: shah-arul

Post on 12-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

syarahan teks

TRANSCRIPT

Page 1: syrhnkafa

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada Tuan/Puan Pengerusi majlis, barisan hakim penjunjung kesaksamaan, dif-dif kehormat, kelompok pendidik bistari, seterusnya, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Saya ingin tahu, abang saya ingin tahu, ustazah saya ingin tahu, setiap abad, setiap tahun, setiap hari, setiap detik, semua manusia ingin tahu. Sekarang, penonton yang berada di sini juga ingin tahu, orang ini cakap apa ya? Ya, hadirin hadirat sekalian. Saya di sini ini akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “ANAK SOLEH HARAPAN IBU BAPA”

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

” ³ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya³.

Anak soleh, anak soleh, tuan-tuan dan puan-puan.

Adakah hanya pada ketika Hari Raya saja kita menunjukkan kebaikan? Adakah dengan janji wang ringgit setelah berpuasa sebulan yang belum tentu hujung –pangkal yang dikejarkan? Adakah setelah disuap dengan pakaian indah lagi berseri membuahkan senyuman? Di manakah keikhlasan? Biar kecil-kecil anak, biar sebesar bapak, biar tadika, biar sekolah KAFA, biar mengaji Iqra’, biar Qur’annya buruk, yang penting ikhlas. Yang penting cakap beralas. Yang penting senyumnya puas. Yang penting cakap tak berkias.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Ibu bapa boleh menjaga anak yang 10 orang, tetapi alangkah malangnya, 10 orang anak tu jugaklah yang tak boleh menjaga ibu bapanya. Seorang ibu boleh menjaga perutnya selama 9 bulan, tetapi alangkah malangnya, 9 bulan jugalah seorang anak tak pulang jenguk ibunya. Seorang bapa boleh berkejar ke Maybank mengirimkan wang, tetapi alangkah malangnya seorang anak berkejar ke pondok telefon hari-hari minta wang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Page 2: syrhnkafa

Ibu bapa menjaga kita bagaikan menatang minyak yang penuh. Sekali tumpah, membawa musibah. Sekali terkurang, membawa malang. Apakah malu sangat, seorang anak mencium ibunya? Mengapa perlu bersembunyi, mengapa perlu curi-curi, mengapa perlu sorok-sorok,mengapa perlu olok-olok. Kita demam, siapa yang sibuk? Tak dapat permainan, siapa yang merajuk? Ingatlah, sematkanlah, selagi ada ibubapa, jagalah, ambil tahulah. Saat mereka hilang, baru kita terasa seorang. Mereka tiada, kita merana. Sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Adakah dengan menjadi seorang anak yatim baru kita nak tahu peritnya takda mak ayah? Cubalah.

Warga dewan sekalian.

Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa dengan kasih sayang, menurut Nabi s.a.w., adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)

Hati ibu bapa terhibur jika anak tahu hormati mereka dan hormati pandangan mereka. Kalaupun ada perkara yang anak tidak setuju, dia masih tunjuk rasa hormat, tidak membangkang. Nabi s.a.w. banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk. Baginda juga tekankan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk masuk bilik mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Apakah dengan senyuman, dan kata lemah lembut, menyahut, mengiyakan dan mengangguk begitu sukar nak dilakukan? Ya. Memang sukar. Itulah hakikatnya manusia pada zaman sekarang. Orang tua mereka dibentak, diherdik, ditidakkan, dilawan, dibangkang, malahan ada yang sampai ke tahap kurang ajar dan kebiadaban maksima, memukul dan mencederakan, malahan membunuh, hanya sekadar mahu RM10? Ingatlah, betapa beratnya dosa seorang anak walau hanya mengatakan ‘Ah!’ inikan pula benda-benda tadi, nauzubillahi min zalik. Ampunkah dosaku ya allah.

Akhir kata, saya ingin sudahi syarahan saya ini dengan serangkap lagu :

“Kini kau lupakan ibu,Lupakan juga ayahmu,Mengapa kau begitu, setelah sinar kau ketemu..Tidakkah kau kasihan,Ibumu sendirian,Di sini bukan syurga patut kau campakkan.Wabillahi taufik, walhidayah,

Assalamualaikum warahmatulahhi ta’ala, wabarkatuh. Sekian, terima kasih.