t.psikoanalitik

Upload: sitiharijah

Post on 14-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

chill

TRANSCRIPT

1. Teori PsikoanalitikTeori ini telah dipelopori oleh seorang tokoh yang bernama Sigmund Freud. Ha..ni gambar beliau...

Konsep utamapandangan terapi psikoanalitik terhadap kejadian sifat manusia Pada umunya didapati bahawa pendekatan psikoanalitik telah melihat manusia sebagai individu yang telah ditentukan masa depannya. Kenyataan ini telah disokong oleh beberapa orang tokoh terkenal.Antaranya amir Awang (1987) yang menyatakan bahawa pendekatan ini telah meletakkan manusia itu lahir bersama-sama dengan naluri-naluri kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupannya telah ditentukan sejak awal-awal lagi oleh naluri-naluri tersebut. Naluri ini akan mempengaruhi tingkah laku yang tidak logik dan tidak rasional.

Prinsip Utama Tingkah Laku Manusia1. Prinsip keseronokan2. Prinsip realiti3. Prinsip mengurangkan ketegangan4. Prinsip poraliti5. Prinsip pengulangan aktivitiAlam sedar, prasedar dan tidak sedar Alam sedarBahagian iceberg yang timbul paling atas dikenali sebagai tahap sedar. Pada tahap ini, ia merangkumi perkara-perkara yang kita sedari pada satu masa tertentu. Pada pendapat Freud, manusia sememangnya menyedari dan mengetahui apa-apa peristiwa yang berlaku dan telah berlaku di persekitarannya. Alam prasedarManusia tidak sesungguhnya tidak menyedari dan tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya kecuali ia diberi perhatian secara sedar terhadap apa yang berlaku. Kedudukan ini dianggap sebagai peringkatmonitoringdan bukan peringkat seseorang itu memberi perhatian dengan sepenuhnya. Alam tidak sedarPada tahap ini, seseorang individu sememangnya tidak sedar langsung apa yang berlaku di sekelilingnya. Sebagai contohnya perubahan-perubahan emosi kita yang disebabkan sesuatu perkara. Kita juga tidak sedar perjalanan darah dalam tubuh badan kita dan sistem saraf. Bagi Freud, keadaan ini dipanggil sebagai alam tidak sedar dan dalam analogi ini, ia terletak pada bahagian iceberg di bawah permukaan air.

Id, ego dan superego

IdIa merupakan dorongan naluri yang berkaitan dengan prinsip keseronokan tanpa mempedulikan tentang realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logikal. Matlamatnya hanyalah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata. Ia tidak pernah matang walaupun umur seseorang itu telah lanjut. Dalam usaha id untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan kesakitan, ia telah menggunakan dua cara utama iaitu :1. Gerakan pantulanIa berkaitan dengan tindakan yang tidak disengajakan dan berhubung dengan sistem saraf. 2. Sistem primer

Proses ini merupakan proses psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan ketegangan dengan membayangkan objek yang dikehendaki. EgoBertindak sebagai kuasa eksekutif bagi mengawal personaliti seseorang dan sebagai pengawal kepada jenis-jenis tindakan yang sesuai dengan persekitaran. Ego bertindak berdasarkan kepada realiti. Dengan itu, segala tindak tanduk yang dilakukan adalah setelah membuat pertimbangan mengikut realiti yang wujud pada ketika itu. Ego juga dapat menghasilkan pemikiran yang logik dan rasional untuk merancang serta melaksanakann segala tindakan bagi mengurangkan ketegangan dan kerisauan. Ia juga mempunyai kawalan terhadap personaliti. SuperegoIa lebih bersifat sosial dan bermoral. Ia bertanggungjawab terhadap sesuatu sama ada baik atau buruk, betul atau salah. Superego bertindak untuk menyekat ego daripada mematuhi sebarang tindakan id. Superego berfungsi sebagai hakim bagi menentukan ganjaran dan dendam. Fungsi utamanya ialahh untuk menyekat desakan-desakan id terutamanya berkaitan dengan seks. Ia juga berfungsi bagi menggantikan matlamat realistik dengan tujuan moral di samping berusaha ke arah kesempurnaan kendiri. Superego mempunyai dua sistem iaitu hati nurani yang menunjukkan pembentukan superego hasil daripada dendaan atau hukuman.

Mekanisme bela diriCorey (2005) mendefinisikan MBD sebagai pengherotan terhadap realiti yang boleh mengurangkan kesan kesakitan dan konflik melalui tindak balas lazim yang automatik. Ia bertujuan untuk mengurangkan penderitaan egi yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan membantu ego mempertahankan dirinya dari desakan dan dorongan yang kuat dari id.

Diantara helah bela diri yang digunakan ialah :1. Represi2. Sublimasi3. Regresi4. Identifikasi5. Penyangkalan6. Pembentukan reaksi7. Projeksi8. Penyaluran9. Pampasan10. Undoing11. Penarikan12. Keafresifan13. Intelektualisasi14. Kelekatan15. Tingkah laku provokatif16. PenukaranPeringkat-peringkat perkembangan personaliti1. peringkat mulut atau oral ( 0 hingga 1 tahun )2. Peringkat dubur atau anal ( 2 hingga 3 tahun )3. Peringkat zakar dan faraj (4 hingga 5 tahun )4. Peringkat Latensi ( 6 hingga 12 tahun )5. Peringkat syahwat ( 12 tahun ke atas )Teknik yang selalui digunakan ialah :1. Perkaitan bebas2. Pentafsiran3. Tafsir mimpn4. Analisa penahanan5. Analisa pemindahan6. Teori Psikoanalitik7. Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud (Rajah 4.6). Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantaraan yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis prosesproses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visua l.Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka.8. 9. Rajah 4.6: Sigmund Freud10. Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Sigmund Freud11. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. Selari dengan ini, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing kanakkanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga.12. Contohnya, dalam kajian kes Jarboe (2008) terhadap seorang kanak-kanak13. berumur 5 tahun yang bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku aneh apabila dia menghadapi perubahan. Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal. Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget. Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang lebih besar di sekeliling bulatan pertama. Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar dalah ibunya. Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dirinya berada di dalam perut. Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati bahawa umur mental Bridget adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan daripada ibunya.14. Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya. Bridget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan enyatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya. Bridget mengatakan bahawa ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh daripadanya. Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan yang tidak terlalu bergantung kepada ibunya.15. 2.6Persepsi dan Representasi16. Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik yang telah dibincangkan sebelum ini. Pengendalian corak-corak visual menunjukkan tahap perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa yang dilihat. Manakala representasi visual pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita mencerminkan diri dalam seni.17. Kanak-kanak jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Salah satu daripada teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanakkanak dalam seni visual ialah teori kognitif yang mengatakan bahawa kanakkanak melukis apa yang mereka tahu dan bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa lebih matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.