unit 5

22
UNIT 5 Pengaruh Persekitaran Terhadap proses pengumpulan Berita 1

Upload: bertha-dunlap

Post on 30-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

UNIT 5. Pengaruh Persekitaran Terhadap proses pengumpulan Berita. Media massa adalah medium yang memikul tanggungiawab dalam menyebar berita , menganalisis keadaan dan membentuk pendapat umum . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 5

UNIT 5

Pengaruh Persekitaran

Terhadap proses pengumpulan Berita

1

Page 2: UNIT 5

Media massa adalah medium yang memikul

tanggungiawab dalam menyebar berita, menganalisis

keadaan dan membentuk pendapat umum.

Seharusnya, media massa adalah bebas daripada

sebarang pengaruh terutama dalam proses

pengumpulan berita.

2

Page 3: UNIT 5

Namun begitu, ia tidak terjadi sebegitu. Faktor-faktor

persekitaran seperti politik, ekonomi, sosial dan

teknologi amat mempengaruhi proses pengumpulan

berita di sesebuah organisasi media.

3

Page 4: UNIT 5

A. Pengaruh politik

Ia terbahagi kepada 2 pengaruh iaitu:-

1. Secara langsung

Pengaruh politik secara langsung adalah dalam bentuk pemilikan akhbar sama ada secara terus oleh parti dan pemimpin kerajaan.

4

Page 5: UNIT 5

Sebagai contoh: akhbar arus perdana sentiasa

dikaitkan dengan pemilikan oleh parti politik kerajaan.

Di peringkat nasional, parti politik utama seperti

UMNO dan MCA sejak sekian lama telah berusaha

untuk menguasai akhbar. Akhbar seperti New Straits

Times, Berita Harian, dan Utusan Malaysia sering

dikaitkan dengan UMNO manakala The Star dikaitkan

dengan MCA.5

Page 6: UNIT 5

Tujuan Pengaruh Politik Secara Langsung Ke atas Media

1. Akhbar yang dikuasai oleh kerajaan ini akan bersikap press

rakan, dan tidak akan bertindak untuk berseteru dengan

kerajaan.

2. Mereka boleh mengarahkan bahan yang boleh disiarkan dan

tidak boleh disiarkan.

6

Page 7: UNIT 5

3. Melalui TV, suratkhabar, radio dan Internet parti-parti politik

mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan,

penerangan bagi mengukuhkan sokongan mereka.

4. Menyebarkan maklumat kepada umum demi meraih

kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap parti

masing-masing.

7

Page 8: UNIT 5

2. Secara Tidak Langsung

Secara tidak langsung adalah merujuk kepada pengaruh

organisasi sendiri iaitu pemilik organisasi atau penerbit. Menurut

Ahmad Sebi (1996) setiap media massa ada polisinya.

Polisi ini dapat membantu media menentukan arah dan tujuan,

tugas dan tanggungjawabnya. Polisi kebanyakan media

ditentukan oleh pengarang atau lembaga pengarang yang

memimpin jabatan pengarang yang ditentukan berita yang patut

disiarkan dan yang tidak patut disiarkan.

8

Page 9: UNIT 5

B. Pengaruh Ekonomi

1. Pemegang Saham

Menurut Mus Chairil (2000) organisasi media sebagai sebuah entiti

komersial terpaksa mengambil kira kepentingan pemilik sahamnya.

Pemilik saham sebagai tuan punya sebenar sesebuah organisasi itu

boleh menetapkan perkara-perkara yang bakal disiarkan dalam

sesebuah akhbar. Ini adalah untuk memastikan pelaburan itu

mendatangkan pulangan yang wajar. Ini kerana pemegang saham

mahu melihat keuntungan yang bertambah melalui peningkatan

jumlah jualan (Ahmad Sebi,1996).

9

Page 10: UNIT 5

2. Pengiklan

Pengiklan juga berpengaruh dalam menentukan berita atau

rencana yang disiarkan oleh media massa.

Bobbitt dan Sullivan (2005), komitmen berkaitan pengiklanan

kepada pihak editor sebagai pertukaran untuk liputan berita.

Sumber berita bersetuju membeli iklan paling minimum, dan

sebagai pertukaran, penerbit akan menyiarkan berita yang positif.

Strategi “buy an ad, get a story” adalah kebiasaan dalam

kalangan penerbitan.

10

Page 11: UNIT 5

Menurut Chamil (2008) editor akan bekerjasama dengan bahagian

periklanan masing-masing untuk mengetahui syarikat yang

banyak berbelanja untuk iklan di media berkenaan. Faktor

komersial ini dilihat telah mempengaruhi bilik-bilik berita di negara

ini.

Syarikat yang banyak mendapat publisiti dalam segmen

perniagaan media massa tertentu berkemungkinan mempunyai

hubungan yang baik dengan peneraju editorial atau banyak

membelanjakan untuk ruangan iklan dalam media berkenaan.

11

Page 12: UNIT 5

Contoh: wujud konflik antara syarikat pengeluar roti Gardenia

dengan TV3 kerana stesen ini menyiarkan berita yang meragui

mengenai status halal produk tersebut.

Penyiaran berita tersebut telah menyebabkan mereka

membatalkan penempahan iklan di TV3 menyebabkan stesen

televisyen swasta tersebut kehilangan sumber pendapatan.

Walau bagaimanapun, mereka mengiklankan semula selepas

menyedari tindakan tersebut merugikan diri sendiri.

12

Page 13: UNIT 5

Kajian menunjukkan pengiklan mempunyai pengaruh yang kuat

ke atas pengumpulan berita. Kajian menunjukkan bahawa

pengaruh faktor ini kuat kerana pihak pengamal media mengakui

bahawa mereka menerima arahan daripada pihak atasan seperti

Ketua Pegawai Eksekutif yang meminta mereka membuat liputan

berkenaan organisasi-organisasi tertentu, khususnya pengiklan

besar yang telah menyumbang dalam bentuk iklan yang

berjumlah berbilion ringgit

13

Page 14: UNIT 5

C. Pengaruh Sosial (Pembaca, pendengar & penonton)

Golongan 3P juga amat berpengaruh dalam proses pengumpulan

& penulisan berita. Mereka lebih tertarik terhadap cerita “ringan”,

atau “escapism”, yang boleh membawa mereka jauh daripada

kebosanan tugas seharian. Jika tidak menyajikan cerita begini

mereka berhenti membeli dan rating akan merosot.

Pengaruh sosial ini memberi kesan kepada:-

14

Page 15: UNIT 5

1. Jenis Berita yang diterbitkan

Kajian oleh Abd. Halim dan Zarin (2009), mendapati bahawa

remaja kini kerap memilih membaca berita hiburan dan

kandungan berita yang mempunyai unsur-unsur hiburan dan

berita ringan. Berita hiburan mudah untuk difahami dan tidak

membebankan fikiran sepertimana membaca berita politik dan

ekonomi

15

Page 16: UNIT 5

2. Corak Liputan

Liputan merujuk pada nisbah ruangan yang melebihkan

ruangan hiburan berbanding maklumat. Contohnya, Mus Chairil

dan Samsudin (1995), mendapati Berita Harian merupakan

akhbar yang paling banyak menyiarkan artikel hiburan. Remaja

cenderung membaca berita hiburan dalam Berita Harian

selama tujuh jam seminggu (Samsudin, 1994).

16

Page 17: UNIT 5

3. Aspek bentuk

Aspek bentuk melihatkan penggunaan gambar dan

grafik yang berwarna warni. Raeymaeckers (2004),

mendapati penggunaan warna dalam reka letak

mampu menarik perhatian remaja.

17

Page 18: UNIT 5

4. Gaya Liputan

Merujuk pada liputan cerita tentang golongan

selebriti dan artis. Ini kerana, golongan 3P sukakan

kisah sensasi, gaya hidup artis (Johansson, 2008), di

samping gambar-gambar wanita yang dieksploitasi

(Wasserman, 2008).

18

Page 19: UNIT 5

5. Aspek trend kesedaran

Merujuk pada maklumat terkini tentang fesyen, gaya

berpakaian dan sebagainya untuk menarik perhatian

remaja yang mementingkan gaya penampilan.

19

Page 20: UNIT 5

D. Pengaruh Teknologi

Pengumpulan berita melalui teknologi terkini adalah

penggunaan Internet (International Networking) Antara

aplikasinya:-

1.Mel elektronik (e-mail).

2.Aplikasi rangkaian sedunia (WWW)

3.Laman jaringan sosial seperti Facebook

4.Blog.

5. Groupware dll.

20

Page 21: UNIT 5

Pengaruh teknologi ini memberi kesan kepada pengumpulan

berita dari segi:-

A. Kesan Positif

1.Melalui teknologi, maklumat mudah diperolehi apabila

diperlukan oleh pihak pengurusan.

2.Kelebihan bersaing dengan media yang lain dari segi

penerbitan berita, memperluaskan berita dan meningkatkan

pencapaian organisasi ke peringkat global.

21

Page 22: UNIT 5

B. Kesan Negatif

1. Walaupun Internet membekalkan maklumat, akan tetapi bukan semua wartawan yang celik mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat supaya maklumat yang diingini akan diperolehi.

2. Masalah kurang pengetahuan menggunakan Internet dalam mencari maklumat.

3. Batasan pengetahuan mengenai masalah-masalah teknikal.

22