680 integration2010 proceedings

17
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 680 REKABENTUK PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB BAGI TAJUK TOPOLOGI RANGKAIAN DALAM PENDIDIKAN Norashikin Sahadan, Helyawati Baharudin Fakulti Teknologi & Sains Informasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 43600 Bandar Seri Putra Bangi Selangor [email protected], [email protected] Abstrak Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web bagi tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan (PBSnet) mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah diasaskan oleh Jean Lave pada sekitar akhir 80an. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya merupakan aktiviti, konteks dan budaya di mana ia berlaku. Ini bertentangan dengan kebanyakan aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang hanya menitikberatkan pengetahuan yang terlalu abstrak dan tidak bertepatan kepada konteks sebenar. Interaksi sosial dinyatakan sebagai salah satu komponen kritikal di dalam PBS, di mana pelajar menyertai “latihan dalam komuniti “ di mana ia diperlukan dalam kehidupan sebenar. Lave dan Wanger (1991), menyatakan proses tersebut merupakan “legitimate peripheral participation”. Terdapat juga ciri-ciri yang dinyatakan oleh Jan Herrington et al.,(2000) di mana PBS dapat mewujudkan persekitaran yang autentik, yang mana menitikberatkan pengalaman sebenar, selain daripada membolehkan refleksi berlaku dan pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan penyertaan berkumpulan. Kata Kunci: pembelajaran berasaskan situasi, pembelajaran berasaskan masalah, teori pembelajaran, rekabentuk antaramuka. 1.0 Pengenalan Perkembangan dunia yang menuju kepada pengaplikasian secara menyeluruh bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin menampakkan impak yang besar dalam kehidupan manusia dan juga bidang pendidikan. Sebagaimana yang diramal oleh Mohd Yusof dalam penulisan Nin (2005), masa hadapan pembangunan sesebuah negara banyak didominasikan perkembangan sains dan teknologi dan teknologi yang banyak mendominasi kehidupan kini pula adalah ICT. Salah satu daripada pendekatan pembelajaran menggunakan ICT ialah pembelajaran melalui web. Persekitaran pembelajaran melalui web adalah berasaskan pendekatan hipermedia, di mana pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik dan animasi, audio dan video boleh dirangkaikan dalam pelbagai bentuk (Muhamad Kasim, 2002). Menurut Hashim et al., (2002), keberkesanan pembelajaran berasaskan web merujuk kepada kebolehan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Keadaan ini membolehkan pelajar mendapatkan maklumat dengan mudah kerana persekitaran pembelajaran berasaskan web ini kaya dengan pelbagai maklumat dan sesuai dengan semua tahap pengetahuan pengguna dan mengandungi berbagai aktiviti pembelajaran (Liaw, 2001). Aktiviti pembelajaran ini bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada matapelajaran-matapelajaran tertentu malah matapelajaran yang berkaitan dengan ICT ataupun teknologi rangkaian yang semakin penting dalam

Upload: khirulnizam-abd-rahman

Post on 16-Apr-2015

29 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 680

REKABENTUK PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN

SITUASI MENERUSI WEB BAGI TAJUK TOPOLOGI RANGKAIAN DALAM

PENDIDIKAN

Norashikin Sahadan, Helyawati Baharudin

Fakulti Teknologi & Sains Informasi

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

43600 Bandar Seri Putra Bangi Selangor

[email protected], [email protected]

Abstrak

Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pembelajaran

berasaskan situasi menerusi web bagi tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan (PBSnet)

mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Pendekatan

pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah diasaskan oleh Jean Lave pada sekitar akhir

80an. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya merupakan aktiviti, konteks dan

budaya di mana ia berlaku. Ini bertentangan dengan kebanyakan aktiviti pembelajaran di

dalam kelas yang hanya menitikberatkan pengetahuan yang terlalu abstrak dan tidak

bertepatan kepada konteks sebenar. Interaksi sosial dinyatakan sebagai salah satu komponen

kritikal di dalam PBS, di mana pelajar menyertai “latihan dalam komuniti “ di mana ia

diperlukan dalam kehidupan sebenar. Lave dan Wanger (1991), menyatakan proses tersebut

merupakan “legitimate peripheral participation”. Terdapat juga ciri-ciri yang dinyatakan

oleh Jan Herrington et al.,(2000) di mana PBS dapat mewujudkan persekitaran yang

autentik, yang mana menitikberatkan pengalaman sebenar, selain daripada membolehkan

refleksi berlaku dan pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan penyertaan berkumpulan.

Kata Kunci: pembelajaran berasaskan situasi, pembelajaran berasaskan masalah, teori

pembelajaran, rekabentuk antaramuka.

1.0 Pengenalan

Perkembangan dunia yang menuju kepada pengaplikasian secara menyeluruh bidang

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin menampakkan impak yang besar dalam

kehidupan manusia dan juga bidang pendidikan. Sebagaimana yang diramal oleh Mohd

Yusof dalam penulisan Nin (2005), masa hadapan pembangunan sesebuah negara banyak

didominasikan perkembangan sains dan teknologi dan teknologi yang banyak mendominasi

kehidupan kini pula adalah ICT.

Salah satu daripada pendekatan pembelajaran menggunakan ICT ialah pembelajaran

melalui web. Persekitaran pembelajaran melalui web adalah berasaskan pendekatan

hipermedia, di mana pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik dan animasi, audio dan

video boleh dirangkaikan dalam pelbagai bentuk (Muhamad Kasim, 2002). Menurut Hashim

et al., (2002), keberkesanan pembelajaran berasaskan web merujuk kepada kebolehan pelajar

mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Keadaan ini membolehkan pelajar

mendapatkan maklumat dengan mudah kerana persekitaran pembelajaran berasaskan web ini

kaya dengan pelbagai maklumat dan sesuai dengan semua tahap pengetahuan pengguna dan

mengandungi berbagai aktiviti pembelajaran (Liaw, 2001). Aktiviti pembelajaran ini bukan

sahaja boleh diaplikasikan kepada matapelajaran-matapelajaran tertentu malah matapelajaran

yang berkaitan dengan ICT ataupun teknologi rangkaian yang semakin penting dalam

Page 2: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 681

pendidikan.

Transformasi teori dalam pelaksanaan sistem p&p bermula dari teori tingkah laku

kepada teori kognitif dan seterusnya kini teori konstruktivisme. Kaedah pengajaran dan

rekabentuk pengajaran juga turut mengalami revolusi di mana perlaksanaan aktiviti-aktiviti

yang melibatkan pelajar secara aktif dan berpusatkan pelajar semakin diambil kira dalam

pembangunan rekabentuk sesuatu bahan pengajaran. Teori pembelajaran secara amnya

merupakan satu teori yang memfokuskan kepada penerangan dan penjelasan bagaimana

proses pembelajaran itu berlaku dalam diri seseorang (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir,

2003). Manakala strategi pengajaran pula adalah pendekatan yang digunakan ke dalam

pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran boleh dicapai (Hazimah,

2001). Antara strategi pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam merekabentuk bahan

pembelajaran ialah strategi pembelajaran koperatif, kolaboratif, anjal (fleksibel), aktif,

refleksi, penemuan bersepadu dan banyak lagi. Menurut Dick (1989), proses membangunkan

dan merekabentuk bahan p&p banyak dipengaruhi oleh teori dan strategi pembelajaran

kerana dua bidang ini saling mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain.

2.0 Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS)

Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah diasaskan oleh Jean Lave

pada sekitar akhir 80an. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya merupakan

aktiviti, konteks dan budaya di mana ia berlaku. Ini bertentangan dengan kebanyakan aktiviti

pembelajaran di dalam kelas yang hanya menitikberatkan pengetahuan yang terlalu abstrak

dan tidak bertepatan kepada konteks sebenar. Interaksi sosial dinyatakan sebagai salah satu

komponen kritikal di dalam PBS, di mana pelajar menyertai “latihan dalam komuniti “ di

mana ia diperlukan dalam kehidupan sebenar. Lave dan Wanger (1991), menyatakan proses

tersebut merupakan “legitimate peripheral participation”. Terdapat juga ciri-ciri yang

dinyatakan oleh Jan Herrington et al.,(1997) di mana PBS dapat mewujudkan persekitaran

yang autentik, yang mana menitikberatkan pengalaman sebenar, selain daripada

membolehkan refleksi berlaku dan pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan penyertaan

berkumpulan. Ini bergantung kepada model yang disaran dan digunakan dalam

membangunkan bahan pembelajaran yang berasaskan PBS.

Terdapat model-model PBS yang telah diketengahkan beberapa pihak yang pada

asalnya diasaskan oleh Jean Lave dan Wanger. Antara model yang menepati kepada

rekabentuk pembangunan multimedia adalah oleh Herrington dan Oliver (1997). Mereka

telah mengenalpasti ciri-ciri serta elemen yang menjadi kunci utama kepada PBS.

3.0 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS)

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Herrington et. al (2000), terdapat

sembilan ciri kritikal yang boleh dijadikan panduan dalam membangunkan persekitaran

pembelajaran web atau atas talian. Antara elemen-elemen yang diambil kira adalah seperti

berikut :

i. Gambaran konteks sebenar atau autentik yang menggambarkan situasi di mana

pengetahuan akan digunakan

ii. Aktiviti yang autentik : di mana aktiviti yang ill-define yang menggambarkan aktiviti

sebenar di dunia nyata.

Page 3: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 682

iii. Capaian kepada pakar : capaian kepada pakar dalam pelbagai peringkat melalui

saluran komunikasi seperti emel dan sebagainya.

iv. Pelbagai peranan dan perspektif : pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran dari

pelbagai perspektif serta boleh menggunakan pengetahuan dalam pelbagai cara.

v. Pengetahuan yang dikonstruk secara kolaborasi : kolaborasi boleh digalakkan dengan

mewujudkan tugas yang bersesuaian melalui teknologi komunikasi (Brown et al.,

1989).

vi. Refleksi : refleksi yang digunakan haruslah menggunakan contoh ataupun tugasan

sebenar yang dapat dikaitkan dengan dunia nyata.

vii. Articulation : untuk mewujudkan peluang ini tugas yang diberi hendaklah bersifat

semulajadi (Collins et al., 1989; Lave & Wenger, 1991).

viii. Coaching & Scaffolding : dalam mewujudkan elemen coaching dan scaffolding,

persekitaran pembelajaran hendaklah mempunyai elemen pembelajaran kolaboratif

yang mana membenarkan lebih ramai kumpulan yang membantu dalam membimbing

pengguna.

4.0 Rekabentuk dan Strategi Pembelajaran PBSnet

Dalam pembangunan strategi pembelajaran PBSnet, terdapat tiga bahagian utama:

i) Reka bentuk Informasi

ii) Reka bentuk Interaksi

iii) Rekabentuk Antaramuka atau persembahan

Setiap proses kerja dalam reka bentuk ini saling berhubungan di antara satu

sama lain dan diperlukan bagi memastikan perisian yang dihasilkan menepati ciri-ciri

serta kualiti yang dikehendaki (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Proses

kerja yang sama juga boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan laman web.

Berikut dijelaskan ketiga-tiga reka bentuk yang dinyatakan dan bagaimana ianya

diaplikasikan dalam proses reka bentuk sistem pembelajaran berasaskan situasi

menerusi web di dalam projek ini.

4.1 Rekabentuk Informasi / Strategi Pembelajaran

Bagi mereka bentuk informasi sistem pembelajaran projek ini,

pendekatan pembelajaran berasaskan situasi berdasarkan ciri – ciri yang

dicadangkan oleh Herrington et al (2000) telah digunakan . Ini kerana ciri- ciri

Page 4: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 683

yang diusulkan oleh beliau meliputi elemen – elemen multimedia yang

merangkumi aspek pembangunan yang menjurus kepada konsep ICT.

Ciri –ciri yang disarankan oleh beliau dalam mengatur maklumat dan

isi kandungan pembelajaran yang ingin disampaikan ialah :

4.1.1 Gambaran konteks sebenar atau autentik yang menggambarkan situasi

di mana pengetahuan akan digunakan

Proses pembelajaran melalui PBSnet ini akan membenarkan pelajar

belajar menggunakan situasi yang autentik dan gambaran suasana

sebenar di mana pengetahuan berkaitan topologi rangkaian

sememangnya akan berlaku. Ini dapat dilihat seperti rajah 4.0 dan 4.1,

di mana pengguna diberikan situasi yang realistik yang mana boleh

membuatkan pengguna merasai situasi tersebut. Walaupun pengguna

berhak memilih sama ada ingin memulakan pembelajaran dengan

situasi atau tida, tetapi dengan pendekatan yang memberikan pilihan

kepada pengguna, memberikan kebebasan untuk mereka membuat

keputusan terhadap pembelajaran mereka.

Rajah 4.0: Paparan Antara Muka Situasi 1

Page 5: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 684

Rajah 4.1: Paparan Antara Muka Situasi 2

4.1.2 Aktiviti yang autentik : di mana aktiviti yang ill-define yang

menggambarkan aktiviti sebenar di dunia nyata.

Jika dilihat pada konteks aktiviti yang autentik pula, yang mana

melibatkan aktiviti sebenar pada dunia nyata, dapat dilihat contohnya

pada paparan simulasi telefon dan email (rujuk Rajah 4.2 dan 4.3) yang

melibatkan pengguna dengan aktiviti pencarian maklumat dalam dunia

sebenar yang realistik. Pada dunia sebenar, maklumat sering dicapai

dengan pelbagai cara antaranya melalui enjian carian, email,

menelefon pakar dan sebagainya. Oleh itu, merujuk kepada ciri-ciri ini,

aktiviti yang menyerupai dunia sebenar ini wujud dalam persekitaran

sistem PBSnet ini.

Page 6: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 685

Rajah 4.2 Paparan Antara Perbualan Telefon

Rajah 4.3 Paparan Simulasi E-Mail

4.1.3 Capaian kepada pakar : capaian kepada pakar dalam pelbagai peringkat

melalui saluran komunikasi seperti emel dan sebagainya

Page 7: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 686

Jika dilihat pada capaian pakar, sistem PBSnet menghubungkan

pengguna dengan saluran-saluran kepada pakar seperti Juruteknik,

rakan-rakan dan refleksi seperti email dan sebagainya.

Rajah 4.4 Paparan Capaian kepada pakar

4.1.4 Pelbagai peranan dan perspektif : pelajar boleh mengakses bahan

pembelajaran dari pelbagai perspektif serta boleh menggunakan

pengetahuan dalam pelbagai cara.

Bagi memastikan pengguna merasai situasi sebenar dalam persekitaran

PBSnet, dua situasi yang membawa watak berbeza telah diwujudkan.

Ini bagi memastikan pengguna membuat pilihan watak yang ingin

digunakan oleh mereka. Dengan adanya kepelbagaian watak dan

perspektif situasi, mereka secara tidak langsung dapat

memanipulasikan pengetahuan mereka dalam pelbagai peranan dan

perspektif masalah atau keadaan pada dunia sebenar.

4.1.5 Pengetahuan yang dikonstruk secara kolaborasi : kolaborasi boleh

digalakkan dengan mewujudkan tugas yang bersesuaian melalui

teknologi komunikasi

Kolaborasi boleh diwujudkan dengan alat yang mewujudkan interaksi

sosial contohnya ruangan forum. Di sini pengguna boleh berhubung

dengan pengguna lain menggunakan perbincangan pada ruangan

forum. Ini menggalakkan kepada pembentukan kolaborasi di antara

pengguna. (rujuk Rajah 4.5)

Page 8: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 687

Rajah 4.5 Paparan Forum

4.1.6 Refleksi : refleksi yang digunakan haruslah menggunakan contoh

ataupun tugasan sebenar yang dapat dikaitkan dengan dunia nyata

Apabila memperkatakan tentang refleksi, PBSnet membenarkan

pengguna membuat refleksi secara terus. Ini menggambarkan kepada

kesinambungan pencarian maklumat yang membawa kepada refleksi

dalam dunia nyata. Contohnya pada situasi 1(rujuk Rajah 4.0), setelah

mendapatkan maklumat daripada pakar atau juruteknik, dan mencari

bahan pada enjian pencarian Google, pengguna akan dihubungkan

dengan paparan refleksi sebenar di mana pengguna perlu membalas

email tersebut dan dalam masa yang sama pengguna perlu menandakan

jawapan kepada persoalan pada ruangan penghantaran email.

Pengguna boleh membuat refleksi secara terus tanpa perlu menunggu

hingga kepada akhir pembelajaran.

Page 9: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 688

Rajah 4.6 Paparan Refleksi Email

4.1.7 Articulation : untuk mewujudkan peluang ini tugas yang diberi

hendaklah bersifat semulajadi

Sepertimana yang dilihat pada aspek kolaborasi melalui forum, aktiviti

melalui email dan menelefon pakar yang dibincangkan sebelum ini,

aspek articulation secara tidak langsung telah wujud dalam

persekitaran PBSnet ini.

4.1.8 Coaching & Scaffolding

Coaching & Scaffolding merupakan ciri-ciri yang membimbing dan

memandu pengguna sepanjang proses pembelajaran. Jika dilihat pada

PBSnet ini, proses pembelajaran pengguna dalam sistem pembelajaran

ini akan di pandu oleh satu fungsi “Arahan” untuk memandu pengguna

melayari dan menjelajah sistem pembelajaran yang dibangunkan

supaya pengguna tidak sesat semasa melayari laman web ini.

Pengguna akan memilih sumber maklumat mana yang diperlukan

dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Terdapat

juga panduan lain yang memandu pengguna contohnya arahan butang

seterusnya dan sebelumya yang memastikan pengguna tidak sesat

sepanjang melayari sistem PBSnet ini.

4.1.9 Penilaian yang autentik

Dalam aspek penilaian autentik, PBSnet mewujudkan persekitaran di

mana pengguna boleh membuat penilaian kepada diri sendiri melalui

Page 10: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 689

aktiviti refleksi. Contoh yang telah dibincangkan ialah melalui refleksi

email yang menilai pengguna secara autentik pada situasi sebenar dan

masa nyata.

Jika dilihat pada situasi yang digunakan dalam sistem pembelajaran ini, ia melibatkan

penyesuaian dan berpandukan kepada elemen-elemen yang terkandung dalam pembelajaran

berasaskan situasi dalam persekitaran multimedia oleh Herrington et al.,(1997). Ini dapat

dilihat pada Rajah 4.7 di mana ciri-ciri yang disarankan dibentuk dalam keseluruhan bahan

pembelajaran yang berunsur multimedia dibangunkan. Pada elemen IMM iaitu Interactive

Multimedia Program terdapat empat ciri diintegrasikan iaitu konteks autentik, aktiviti yang

autentik, capaian kepada pakar dan daripada pelbagai sudut dan persepektif dan mungkin

juga pelbagai peranan. Manakala pada Learner terdapat aktiviti refleksi, kolaborasi dan

artikulasi dan pada keseluruhan pelaksanaan sistem pembelajaran pula konsep scaffolding,

modelling dan coaching telah dimasukkan.

Rajah 4.7 : Elemen – Elemen dalam Pembelajaran Berasaskan Situasi dalam

Persekitaran Multimedia ( Herrington et al., 1997)

4.2 Rekabentuk Interaksi

Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran menerusi web ini adalah berbentuk

struktur komposit (Rujuk Rajah 4.8). Menurut Jamalludin dan Zaidatun

(2003), struktur komposit ini sering digunakan dalam aplikasi multimedia

pendidikan. Ia juga bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan dapat

dicapai dengan lebih mudah mengikut keperluan pengguna dan juga keperluan

semasa.

Page 11: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 690

Rajah 4.8: Struktur Komposit (Jamalludin & Zaidatun, (2003)

Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran ini juga memberi kuasa

kawalan kepada pengguna bagi membolehkan pengguna berkomunikasi atau

berinteraksi dengan sistem selain menentukan sendiri laluan penerokaan (di

bawah kawalan pengguna) yang ingin digunakan. Menurut William (1996),

kawalan pengguna merujuk kepada suatu rekabentuk pengajaran di mana

pelajar mempunyai kebebasan membuat keputusan semasa proses

pembelajaran seperti kawalan aliran, laluan dan peristiwa Ini boleh dilihat

dalam situasi yang diberikan dalam sistem pembelajaran ini di mana pelajar

berhak membuat pilihan sama ada ingin menggunakan nota ringkas yang telah

disediakan atau menggunakan situasi dalam sistem pembelajaran ini dalam

memahamkan konsep topologi dalam rangkaian. Dalam situasi yang diberikan

pula pelajar berhak menggunakan pautan sumber bahan yang diwujudkan

seperti telefon, ruangan sembang Yahoo Messanger dan komputer untuk

mendapatkan sumber bahan bagi pembelajaran topologi rangkaian. Oleh itu,

dapat dilihat pelajar tidak perlu mengikut aturan dalam mencari maklumat

berkaitan pembelajaran topologi rangkaian ini. Mereka juga bebas membuat

pilihan sama ada akan memperolehi bahan secara mudah atau perlu melalui

beberapa peringkat dalam situasi untuk mendapatkan bahan akhir

pembelajaran. Di sini akan dapat dilihat aktiviti autentik di mana pelajar

melibatkan diri sepenuhnya dalam pencarian maklumat.

Dalam sistem pembelajaran ini dapat dilihat terdapat metafora yang

digunakan bagi memudahkan pelajar membuat perkaitan di antara benda atau

alat pada dunia nyata dengan gambaran situasi yang diberikan (Rujuk Rajah

4.9).

Page 12: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 691

Rajah 4.9 Paparan Antara Muka Metafora CD dan Komputer

Manakala pada butang navigasi yang berbentuk pautan teks yang telah

diintegrasikan dengan elemen mouse over membenarkan pelajar mengetahui

bahawa terdapat pautan pada setiap butang navigasi yang akan diklik. Pada

pautan sumber bahan yang melibatkan simulasi pula, pelajar akan dapat

melihat Objek Pembelajaran Digital (OPD) (Rujuk Rajah 4.10 dan 4.11)

dalam paparan pop up window, di mana elemen seperti ini yang berskala kecil

dan konsep pengadaptasian yang fleksibel mengekalkan paparan web

dibelakang bahan tersebut. Ini akan membantu pelajar dalam mengaitkan nota

dengan simulasi yang diperolehi dalam sistem pembelajaran ini.

Page 13: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 692

Rajah 4.10 Paparan Simulasi OPD yang terkumpul

Rajah 4.11 Paparan Simulasi OPD yang boleh dibesarkan

Page 14: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 693

4.3 Rekabentuk Antara Muka

Rajah 4.12 : Paparan Montaj Pengenalan Sistem Pembelajaran

Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, penggunaan montaj (Rujuk

Rajah 4.12) di awal persembahan adalah untuk menarik perhatian pelajar

menggunakan bahan pembelajaran ini. Penggunaan elemen audio yang ringkas

dan ringan akan digunakan supaya menampakkan permulaan persembahan

yang segar dan bertenaga. Penggunaan montaj digunakan oleh pembangun di

awal sistem pembelajaran ini bagi menarik perhatian pengguna dan bagi

merangsang pengguna untuk menerokai maklumat yang terkandung di dalam

sistem pembelajaran ini. Penggunaan audio di awal persembahan sistem

pembelajaran sebagai montaj akan menjadikan reka bentuk antara muka

kelihatan nyata pada deria pendengar pengguna dan mampu menghidupkan

keadaan semasa pengguna menggunakan sistem pembelajaran berasaskan

situasi menerusi web ini. Penggunaan skema warna biru bagi warna latar

belakang dan warna putih mewakili warna teks memudahkan pengguna

menggunakannya kerana terdapat kontra di antara warna latar belakang dan

teks yang akan membuatkan penglihatan pengguna lebih jelas. Teks jenis

Verdana dari jenis Sans Serif digunakan bagi menarik perhatian pengguna

pada maklumat yang hendak di sampaikan dan meningkatkan ke boleh bacaan

pengguna.

Susun atur menu pilihan pengguna bagi antara muka sistem

pembelajaran ini akan di letakkan di bahagian tengah skrin komputer kerana

menurut Baharuddin et al., (2002) lazimnya pergerakan mata seseorang

pengguna itu akan pergi ke bahagian kiri tengah skrin komputer, kemudian

akan ke bahagian kiri-atas skrin komputer. Kemudian ke bahagian kanan

skrin komputer akan menurun secara melintang ke bahagian bawah–kiri skrin

komputer dan akhir sekalu bergerak mendatar ke sebelah kanan skrin

komputer.

Page 15: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 694

Reka bentuk antara muka yang dibangunkan ini membolehkan pelajar

mengakses keseluruhan bahan pengajaran sepenuhnya dan pelajar boleh

mengkonstruk pembelajaran sendiri selain paparan teks yang ringkas dan

bernas, maklumat yang pelbagai dan penggunaan grafik yang digunakan dapat

mendorong pelajar terus membuat penjelajahan terhadap setiap ruang di dalam

sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web ini dan meningkatkan

minat serta motivasi pelajar.

5.0 Kesimpulan

Kertas kerja ini telah mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi(PBS)

yang sesuai digunakan dalam pembangunan sistem pembelajaran menerusi web bagi

tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan (PBSnet). PBSnet juga melibatkan

penyesuaian dan berpandukan kepada elemen-elemen yang terkandung dalam

pembelajaran berasaskan situasi dalam persekitan multimedia oleh Herrington et al

(2000).

Rujukan

Adnan bin Ahmad dan Mohd Faisal Ibrahim (2004).”Interactive and Animated Web Based

Course Development”. Persidangan e Pembelajaran Kebangsaan 2004.

Ahmad Muhaimin Mohamad (2004 ). “Pembinaan dan Penilaian Laman Web Interaktif

Berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai. Tesis Sarjana : Universiti Teknologi Malaysia

( UTM).

Albion, P.R. (2000). “Developing Interactive Multimedia Using A Problem Based Learning

FrameWork”. Kertas Kerja di bentangkan di ASET / HERDSA Conference,

Toowoomba.

Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir.(2001) Sistem

Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing

Baharudin Aris, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Noraffandy Yahaya

(2002).“Pembangunan dan Penilaian Perisian Alat Will (Web-Based Integrated

Learning Tool): Kajian Pola Interaksi Pelajar dalam Persekitaran Pembelajaran

melalui Web. Vote No : VOT 71604. Universiti Teknologi Malaysia.

Bransford, J. D., Sherwood, R. D., Hasselbring, T. S., Kinzer, C. K. and Williams, S. M.

(1990).Anchored instruction: Why we need it and how technology can help. In D. Nix and R.

Spiro (Eds.),Cognition, education and multimedia: Exploring ideas in high

technology, Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum, pp. 115-141.

Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated Cognition and The Culture of Learning.

Educational Researcher

Chang, R.K.C ( 2004 ). Teaching computer networking with the help of personal

computer networks. Proceeding of the 9th Annual SIGCSE conference on Innovation and

technology in computer science education ITiCSE ’04 June 2004 United Kingdom

ACM Press, 208-212

Dick ,W., Dan Reiser, R.A. (1989). “Planning Efective Instruction.” Prentice-Hall.

Griffin, M. M. (1995). You can’t get there from here: Situated learning, transfer and map

skills.Contemporary Educational Psychology, Vol. 20, pp. 65-87.

Hashim Asman, Azizah Aziz, Mohd. Hidzir Abdul Rashid. Samudin Kassan (2002).

“Educational Learning Management System (ELMaS) : Model Generik Sistem

Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web Untuk Latihan Perguruan”. Seminar

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, Maktab Perguruan Batu

Lintang, Sarawak.

Page 16: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 695

Hazimah Hj Samin (2001). Teknologi Komunikasi Dan Maklumat: Teori Dan Realiti.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. [Atas Talian] :

http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/ge6433/ge6433_tugasan4_1.html

Hazimah Hj Samin, 2001. “Teori Dan Strategi Pengajaran Pembelajaran Dalam

Merekabentuk Perisian Kursus PPBK”. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Bangi. [Atas Talian] :

http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/ge6663/ge6663_tugasan4_1.html

Heinich, R., Molenda, M., Russel, J. D. dan Smaldino, S. E. (1999). Instructional Media and

Technology for Learning, 6th ed., Upper Saddle River, NJ : Prentice Hall.

Herrington, J.,Oliver, R., Herrington, T., & Sparrow, H(2000). Towards a new transition of

online instruction: using situated learning theory to design web-based units. Paper

presented at the ASCILITE 2000 CONFERENCE, December 9-14 2000, Coffs

Harbour, Australia

Herrington, J.,Oliver, R.,(1997). Critical Characteristics of Situated Learning: Implications

for the Instructional Design of Multimedia.

Ibrahim Ahmad (2005).”Pembangunan Prototaip Perisian Multimedia Interaktif Sistem

Komputer dan Aplikasinya Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan

Masalah”. Tesis Sarjana, UTM.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000). “Pengenalan Kepada Multimedia.” Venton

Publishing (M) Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). “Pembangunan Perisian

Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik”. Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). “Multimedia dalam Pendidikan.” PTS

Publications and Distributors Sdn Bhd.

Jamalludin Harun (2003). “Pembinaan Dan Penilaian Keberkesanan Sistem Pembelajaran

Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Program Perguruan”. Tesis PhD UTM

Jonassen, D.H. (1991). “Objectivism versus Constructivism : Do We Need a New

Philosophical Paradigm? Educational Technology Research and Development

Juliyana Baharudin (2006).“Pembangunan dan Penilaian Sistem Pembelajaran Berasaskan

Masalah Menerusi Web bagi Tajuk Grafik Digital Dalam Pendidikan. Tesis Sarjana :

Universiti Teknologi Malaysia ( UTM).

Lave, J. and Wenger, E. (1991). Situated learning: Legitimate peripheral participation.

Cambridge:Cambridge University Press.

Liaw, S.S. (2001). “Designing The Hypermedia-Based Learning Environment.” Strategising

Teaching and Learning in the 21st Century. Universiti Teknologi Malaysia.

Muhamad Kasim Basir (2002). “Pembelajaran Konsep Sains Menggunakan Perisian Web

Dalam Konteks Sekolah Bestari”. Tesis PhD, Universiti Teknologi Malaysia.

Nin Hayati Mohd Yusoff (2005 ). “Keperluan Pembelajaran Berbantu Multimedia Bagi

Subjek Sistem Elektronik I di Politeknik Malaysia. Tesis Sarjana : Kolej Universiti

Teknologi Tun Hussein Onn ( KUiTTHO)Pusat Pekembangan Kurikulum (2002).

“Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Grafik Berkomputer”

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). ”ICT Dalam Pendidikan, Satu Tanda Tanya”. Edisi

Khas. Kementerian Pendidikan Malaysia

Rio Sumarni Shariffuddin, Widad Othman dan Tang Howe Eng (2002).”Iventori Proses

Kognitif (IPK) Berasaskan Web Untuk Menguji Kemahiran Berfikir Secara Kritis

(KBK) Dan Penilaian Stail Pembelajaran Pelajar”. Kertas Kerja Seminar

Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, UTM

Page 17: 680 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 696

Saifullizam Puteh, Ahmad Rizal Madar dan Mohd Zairulniza Jaludi(2005).”Pembelajaran

Melalui Simulasi Komputer Dalam Membangunkan Proses Kognitif”. Kertas Kerja

Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan 2005.

Shaharom Noordin (1996). “ Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran Kendiri

di Sekolah Menengah.” Jurnal Akademik

Tripp, D. S. dan Bichelmeyer, B. (1990). Rapid Prototyping : An Alternative Instructional

Design Strategy, Educational Technology Research and Development, 38 (1), ms.

31-44.

Wan Salihin Abdullah dan Mohd. Yusof Arshad (1996). “Penggunaan Teknologi Maklumat

Sebagai Alat Kognitif Dalam Pendidikan Sains”. Jurnal Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia.

Wiley, David A. (2000). The Instructional Use of Learning Objects. Bloomington, IN

AECT.[atas talian] http://reusability.org/read/