batikk.da

17
Soalan 1 Pendahuluan Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan daripada penggunaan lilin dan bahan pewarna samada penggunaan pewarna dari alam semulajadi mahupun pewarna moden. Lilin merupakan bahan utama yang digunakan sebagai pemisah warna samaada dilukis menggunakan canting mahupun yang diterap menggunakan blok-blok motif ke atas permukaan tekstil. Kemudiannya warna disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah celupan atau menggunakan berus. Keistimewaan dan keunikan seni batik terletak pada ciri yang berlainan bagi corak dan kesan yang

Upload: ikanbiru

Post on 24-Jun-2015

437 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: batikK.da

Soalan 1

Pendahuluan

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15

Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa

dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain

batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di

negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.

Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud

menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau

menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan

sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di

Kelantan dan Terengganu.

Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan

daripada penggunaan lilin dan bahan pewarna samada penggunaan pewarna dari alam

semulajadi mahupun pewarna moden. Lilin merupakan bahan utama yang digunakan

sebagai pemisah warna samaada dilukis menggunakan canting mahupun yang diterap

menggunakan blok-blok motif ke atas permukaan tekstil.

Kemudiannya warna disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah celupan atau

menggunakan berus. Keistimewaan dan keunikan seni batik terletak pada ciri yang berlainan

bagi corak dan kesan yang terhasil oleh kerana itu tidak ada sehelai batik yang sama dengan

yang lain sekalipun menggunakan canting, blok cap dan warna yang sama.

Page 2: batikK.da

Motif dan corak batik

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap

batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan

Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-

tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Berbalik kepada batik yang telah dipilih seperti dalam gambar, coraknya adalah

berkenaan dengan fauna dan bunga-bungaan. Bunga-bunga yang dicanting pada contoh batik

yang telah dipilih ini adalah motif awan larat dan binatang yang dilukis adalah bermotifkan

ekor merak.

Dengan penggunaan motif-motif etnik yang terdiri daripada imej-imej flora

seperti motif pucuk rebung, bunga cempaka, bunga airmata kasih; manakala motif fauna

seperti motif kala jengking, motif rama-rama, motif burung dan juga motif ayam. Namun

begitu, motif-motif fauna ini telah diubahsuai mengikut daya kreativiti masyarakat dahulu

lakaran yang dihasilkan tidak menyerupai bentuk yang sebenar, kerana menghormati ajaran

agama Islam.

Ragam corak dan warna batik dipengaruhi oleh berbagai pengaruh asing. Awalnya,

batik memiliki ragam corak dan warna yang terbatas, dan beberapa corak hanya boleh dipakai

oleh kalangan tertentu. Namun batik pesisir menyerap berbagai pengaruh luar, seperti para

Page 3: batikK.da

pedagang asing dan juga pada akhirnya, para penjajah. Warna-warna cerah seperti merah

dipopulerkan oleh orang Tionghoa, yang juga mempopularkan corak phoenix. Bangsa

penjajah Eropah juga mengambil minat kepada batik, dan hasilnya adalah corak bebungaan

yang sebelumnya tidak dikenal (seperti bunga tulip) dan juga benda-benda yang dibawa oleh

penjajah (gedung atau kereta kuda), termasuk juga warna-warna kesukaan mereka seperti

warna biru. Batik tradisonal tetap mempertahankan coraknya, dan masih dipakai dalam

upacara-upacara adat, kerana biasanya masing-masing corak memiliki perlambangan masing-

masing.

Jenis Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak

diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut

susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu

ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah

kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan

menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan

meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan

tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.

Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik

dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin

dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi

dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang

Page 4: batikK.da

berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu

warna sahaja.

Kegunaan kain batik

Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh,

pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan

dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan

sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan

lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu

digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering

dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Batik dahulu hanya diperuntukan untuk keluarga raja-raja saja. Seiring dengan

perkembangan zaman, batik turut ikut berkembang menjadi kesenian yang hampir ada di

seluruh nusantara.

Kesenian batik merupakan kesenian gambar di atas kain untuk pakaian yang menjadi

salah satu kebudayaan keluarga raja-raja zaman dulu. Awalnya batik dikerjakan hanya

terbatas dalam istana saja dan hasilnya untuk pakaian raja dan keluarga serta para

pengikutnya. Oleh kerana banyak dari pengikut raja yang tinggal diluar istana, maka kesenian

batik ini dibawa oleh mereka keluar istana dan dikerjakan ditempatnya masing-masing.

Teknik membuat batik tekap atau batik cap

Secara umum proses pembuatan batik melalui 3 tahap iaitu mewarna, melilin pada

kain dan pelepasan lilin dari kain.

Kain putih yang akan dibatik dapat diberi warna dasar sesuai selera kita atau tetap

berwarna putih sebelum kemudian di lilin. Proses melilin ini dapat menggunakan proses batik

tulis dengan canting tangan atau dengan proses cap. Pada bahagian kain yang diberi malam

maka proses pewarnaan pada batik tidak dapat dilakukan kerana tertutup oleh lilin (wax

resist). Setelah dililin, batik dicelup dengan warna. Proses pewarnaan ini dapat dilakukan

beberapa kali sesuai keinginan, berapa warna yang diinginkan.

Page 5: batikK.da

Jika proses pewarnaan dan melilin selesai maka lilin dilunturkan dengan proses

pemanasan. Batik yang telah jadi direbus hingga lilin mencair dan terlepas dari air. Proses

perebusan ini dilakukan dua kali, yang terakhir dengan larutan soda ash untuk mematikan

warna yang menempel pada batik, dan menghindari kelunturan. Setelah perebusan selesai,

batik direndam air dingin dan dijemur.

Pembuatan batik tekap pula menggunakan beberapa alatan seperti blok penerap,

campuran lilin, kain, pencelup serta sebuah meja. Kain benang kapas berwarna putih

merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan

dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan

kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis.

Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang

berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain

batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Page 6: batikK.da

Soalan 2

Bidang/Tajuk Hasil Pembelajaran Objektif Strategi P&P

Memperkenalkan

kraf tradisional

Tajuk:

Corak dan Motif

kain Batik dan

Songket

Aras 1

1. Mengetahui

istilah dalam kraf

tradisional

Aras 2

1. Menyatakan

perbezaan antara

batik dan songket

Aras 3

1. Menghasilkan

kraf tradisonal

dengan dengan

menguasai

kemahiran

menggunakan

alat dan teknik

2. Membuat

pernyataan

tentang hasil

kerja sendiri dan

rakan secara

kritis dan kreatif

Pada akhir

pembelajaran, para

pelajar akan dapat:

1. Menyatakan

perbezaan corak

dan motif kain

batik dan kain

songket

2. Menyatakan

bahan yang

digunakan untuk

menghasilkan

kain batik dan

kain songket

1. Para pelajar dibahagikan

kepada enam kumpulan

2. Guru mengedarkan

contoh kain batik dan

kain songket.

3. Tiga kumpulan mendapat

kain batik dan tiga

kumpulan lagi mendapat

kain songket

4. Setiap kumpulan diminta

untuk memerhatikan

corak yang ada pada kain

batik dan kain songket

masing-masing

5. Para pelajar diminta

melukis kembali corak

tersebut di atas kertas.

6. Guru meminta para

pelajar menyatakan motif

dan corak yang mereka

dapati di atas kain batik

dan songket tersebut

mengikut pemahaman

dan pemerhatian mereka

sendiri

7. Guru menerangkan

mengenai motif dan

corak-corak yang

terdapat pada kain batik

8. Guru menerangkan

mengenai motif dan

corak yang terdapat pada

Page 7: batikK.da

kain songket

9. Pelajar diminta

mencatatkan dalam

kertas jawapan yang

telah diberikan. (Rujuk

Lampiran A)

10. Para pelajar menyatakan

perbezaan antara kain

batik dan kain songket

Nilai:

1. Kerjasama

2. Menghargai

KBKK:

1. Memerhati

2. Membezakan

3. Kreatif

4. Kritis

ABM:

1. Kain batik

2. Kain songket

3. Lampiran A

Membuat corak

dan rekaan

Tajuk:

Membuat corak

Batik

Aras 1

1. Menghasilkan

motif

berdasarkan

penerokaan objek

alam dan objek

buatan manusia

Aras 2

1. Mengolah motif

berdasarkan

objek alam dan

objek buatan

Pada akhir

pembelajaran, pelajar

akan dapat:

1. Menghasilkan

corak batik

mengikut

kreativiti masing-

masing

2. Memupuk nilai

kerjasama, yakin

diri dan sabar

1. Guru menunjukkan

contoh kain batik di

hadapan semua pelajar

2. Guru menerangkan

mengenai motif flora

yang terdapat pada kain

batik tersebut

3. Guru menetapkan tema

motif bunga-bungaan

sebagai tema motif batik

yang perlu dilukis

4. Para pelajar diminta

Page 8: batikK.da

manusia untuk

menghasilkan

corak dan rekaan

Aras 3

1. Mewarnakan

corak

menggunakan

warna yang

sesuai

3. Melatih

penggunaan

warna dan cara

mewarna yang

sesuai

melukis batik dengan

tema bunga-bungaan

mengikut kreativiti dan

rekaan sendiri

5. Guru memilih lukisan

terbaik dan memberikan

hadiah

Nilai:

1. Bersungguh-sungguh

2. Sabar

3. Tanggungjawab

KBKK:

1. Imaginasi

2. Merekacipta

3. Kreatif

ABM:

1. Kain batik

Mengenal kraf

tradisional

Tajuk:

Pembuatan batik

dan songket

Aras 1

1. Mengetahui

istilah dalam kraf

tradisional

Aras 2

1. Menyatakan

perbezaan antara

batik dan songket

Di akhir pembelajaran,

pelajar akan dapat:

1. Mengetahui cara

pembuatan batik

dan songket

2. Menyatakan

perbezaan cara

membuat batik

dan songket

1. Guru mengedarkan

kertas yang mengandungi

soalan-soalan mengenai

pembuatan batik dan

songket (Rujuk Lampiran

B dan Lampiran C)

2. Guru memainkan video

mengenai cara

penghasilan batik dan

songket

3. Pelajar diminta untuk

mengisi ruang-ruang

kosong dalam kertas

jawapan yang telah

diedarkan berdasarkan

Page 9: batikK.da

apa yang mereka tonton

4. Guru meminta pelajar

menerangkan semula

mengenai apa yang

mereka fahami tentang

pembuatan batik

5. Guru meminta pelajar

menerangkan semula

mengenai apa yang

mereka faham tentang

pembuatan songket

6. Pelajar menyatakan

perbezaan mengenai cara

pembuatan batik dan

songket

Nilai:

1. Kerjasama

KBKK:

1. Memerhati

2. Memahami

3. Menceritakan semula

ABM

1. Laptop

2. LCD

3. Lampiran B

4. Lampiran C

Mengenal kraf

tradisional

Tajuk:

Kegunaan batik dan

songket

Aras 1

1. Mengetahui

istilah dalam kraf

tradisional

Aras 2

Menyatakan perbezaan

antara batik dan songket

Di akhir pembelajaran,

pelajar akan dapat:

1. Memahami

kegunaan batik

2. Memahami

kegunaan

songket

1. Guru membahagikan

kelas kepada enam

kumpulan

2. Setiap kumpulan

diberikan majalah-

majalah lama

3. Pelajar diminta mencari

dan menggunting

Page 10: batikK.da

3. Menyatakan

perbezaan antara

kedua-duanya

gambar-gambar yang

menunjukkan pemakaian

kain batik dan kain

songket

4. Pelajar diminta

menerangkan mengenai

kegunaan kain batik

(Rujuk Lampiran D)

5. Pelajar diminta

menerangkan mengenai

kegunaan kain

songket(Rujuk Lampiran

E)

6. Pelajar diminta untuk

menyatakan perbezaan

antara kedua-duanya

Nilai:

1. Menghargai

2. Kerjasama

3. Tolong-menolong

KBKK:

1. Memerhati

2. Menerangkan

3. Membezakan

ABM:

1. Majalah lama

2. Lampiran D

3. Lampiran E

LAMPIRAN A

Nyatakan motif dan corak yang terdapat pada kain batik dan kain songket

Page 11: batikK.da

Kain Batik Kain Songket

LAMPIRAN B

Cara Pembuatan Batik

Page 12: batikK.da

1.

2.

3.

4.

5.

LAMPIRAN C

Page 13: batikK.da

Cara Pembuatan Songket

1.

2.

3.

4.

5.

LAMPIRAN D

Contoh Kegunaan Batik

Page 14: batikK.da

1.

2.

3.

4.

5.

6.

LAMPIRAN E

Contoh Kegunaan Songket

Page 15: batikK.da

1.

2.

3.

4.

5.