bermaksud.docx

3
Bermaksud “ Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang,oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setip-tiap puak diantara mereka,supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama,dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka,mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah.)( at- Taubah:122) Asbabul Nuzul (sebab turun ayat) Di riwayatkan oleh Ibn Abi Hatim yang bersumberkan daripada Ikrimah katanya, ketika turun ayat Bermaksud: “Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (at-Taubah:39) beberapa orang penduduk kampung yang jauh dari Bandar tidak menyertai peperangan kerana mengajar kaumnya tentang ilmu. Lalu Orang-orang munafiq berkata: “Celakalah orang-orang di kampung itu kerana ada segelintir yang tidak turun ke medan perang”. Lalu turun ayat ini ً ةَ ّ افَ وا كُ رِ ف نَ يِ لَ ونُ نِ م وُ م ل اَ انَ ا كَ مَ وhingga akhirnya. Dalam satu riwayat yang lain juga diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Abdullah bin Abidullah bin Amir berkata: “Orang-orang Islam diberi galakkan supaya berjihad, apabila Rasulullah s.a.w. menghantar bala tentera ke medan perang mereka akan keluar beramai-ramai. Pada masa yang sama mereka meninggalkan Nabi s.a.w. di Madinah dengan beberapa orang sahaja. Lalu ayat itu di turunkan. Hukum hakam dan pengajaran yang berkait dengan ayat di atas.

Upload: arief-munandar

Post on 17-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bermaksud Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang,oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setip-tiap puak diantara mereka,supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama,dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka,mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah.)( at-Taubah:122)

Asbabul Nuzul (sebab turun ayat)Di riwayatkan oleh Ibn Abi Hatim yang bersumberkan daripada Ikrimah katanya, ketika turun ayatBermaksud: Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (at-Taubah:39) beberapa orang penduduk kampung yang jauh dari Bandar tidak menyertai peperangan kerana mengajar kaumnya tentang ilmu. Lalu Orang-orang munafiq berkata: Celakalah orang-orang di kampung itu kerana ada segelintir yang tidak turun ke medan perang. Lalu turun ayat ini hingga akhirnya.Dalam satu riwayat yang lain juga diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Abdullah bin Abidullah bin Amir berkata: Orang-orang Islam diberi galakkan supaya berjihad, apabila Rasulullah s.a.w. menghantar bala tentera ke medan perang mereka akan keluar beramai-ramai. Pada masa yang sama mereka meninggalkan Nabi s.a.w. di Madinah dengan beberapa orang sahaja. Lalu ayat itu di turunkan.

Hukum hakam dan pengajaran yang berkait dengan ayat di atas.1) Keluar ke medan perang adalah fardhu kifayah.Ayat di atas menerangkan kepada kita, bahawa orang-orang mukmin itu tidaklah semuanya diperintahkan pergi berjihad,ini adalah kerana berperang itu hukum asalnya adalah fardu kifayah.Apabila sebahagian orang-orang mukmin telah mengerjakannya maka gugurlah kewajipan itu atas yang lain.Kecuali jika pihak pemerintah mengeluarkan arahan supaya pergi ke medan perang. Pada saat ini hukumnya adalah wajib.Seperti yang berlaku di dalam peperangan Tabuk.Rasulullah s.a.w memerintahkan semua penduduk Madinah pergi ke medan jihad dan dikecualikan kepada beberapa golongan antaranya orang tua ,orang uzur dan kanak-kanak.

2) Kewajipan menuntut ilmu. Allah Taala memerintahkan sebahagian masyarakat pergi berperang dan sebahagian lagi mesti menuntut ilmu. Menuntut ilmu juga penting berbanding keluar ke medan jihad. Tidak seharusnya mementingkan kepada berjuang semata-mata dan meninggalkan tuntutan menuntut ilmu pengetahuan. Ini kerana golongan yang berilmu berkewajipan menyampaikan ilmu yang berkait dengan hukum hakam dan sebagainya kepada golongan yang keluar berjihad apabila mereka pulang.

Sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah dalam sebuah peperangan yang tidak disertai oleh Baginda, seluruh sahabat semuanya turun ke medan perang sehinggakan meninggalkan Baginda dengan beberapa orang sahaja di kota Madinah. Lalu Allah Taala memberi arahan supaya tidak sepatutnya Rasulullah s.a.w ditinggalkan di madinah bersama dengan beberapa orang sahaja.

3. pengertian (hendaklah kamu mendalami ilmu) di dalam ayat ini memberi makna mendalami dan mempelajari ilmu pengetahuan yang menyeru manusia kepada al-haq (kebenaran). Ilmu itu adalah untuk memberi peringatan dan membimbing para pejuang agama Allah kepada agama yang sebenar. Memberi amaran kepada mereka tentang bahaya sifat jahil dan hendaklah menjauhkan perkara-perkara maksiat kepada Allah Taala.

SIASAH ( POLITIK) PEPERANGAN DALAM MEMERANGI ORANG KAFIR

Bermaksud Wahai orang-orang yang beriman!Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu,dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan(serta ketabahan hati) yang ada pada kamu dan ketahuilah,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolongannya).(at-Taubah:123)

Tafsir dan Keterangan Ayat.

1) Di dalam ayat ini Allah taala meyeru kepada orang-orang yang beriman supaya memerangi kaum kafir yang paling hampir dengan tempat mereka dan seterusnya yang paling hampir selepas daripada itu. Yang dekat itu lebih berhak dan lebih utama sebelum menyerang tempat yang jauh. Inilah suatu siasah peperangan yang diajar oleh Allah taala kepada kita.2) Siasah peperangan itu ialah orang-orang kafir dapat merasai sikap pejuang-pejuang tentera Islam yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, gagah perkasa, penuh kesabaran dan sebagainya ketika berperang.Ini adalah fitrah dan adat peperangan serta maslahah peperangan. Firman Allah taala. At-taubah 73Bermaksud: Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka.3) Ketahuilah , Allah Taala bersama orang orang yang bertakwa iaitu mereka akan diberi kemenangan, serta diberi perlindungan dan bantuan oleh Allah Taala.Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang menjalankan segala perintah Allah, di kerjakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang.