forensic.docx

22
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Menjelang Abad ke -21 bidang Forensik telah menjadi sangat popular hampir diseluruh dunia, Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangunkan juga tidak terkecuali. Bidang forensik sama seperti bidang sains tulen atau sains gunaan telah lama wujud namun setelah sekian lama tumpuan mula diberikan. Pandangan orang ramai bahawa bidang forensik adalah suatu bidang yang baru ditonjolkan adalah tidak benar kerana bidang ini sebenarnya telah wujud sejak berkurun lamanya. 3 Semuanya bermula dengan seorang saintis ulung yang bernama Dr.Edmond Locard. Beliau merupakan perintis dalam bidang sains forensik yang bermula pada tahun 1910 dengan menubuhkan ‘Crime Laboratory’ laboratorium penyiasatan pertama di Lyon Perancis .Beliau berkelulusan doktor perubatan dan undang-undang. Kesungguhan beliau mempelopori bidang forensik telah mengembangkan penggunaan sains forensik dalam teknik penyiasatan polis pada awal tahun 1900-an. Beliau juga telah menggunakan teknik-teknik saintifik untuk membantu dalam siasatan pihak berkuasa. 3

Upload: nithiyah-maniam

Post on 27-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

pelayanan forensik

TRANSCRIPT

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang

Menjelang Abad ke -21 bidang Forensik telah menjadi sangat popular hampir diseluruh

dunia, Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangunkan juga tidak terkecuali. Bidang

forensik sama seperti bidang sains tulen atau sains gunaan telah lama wujud namun setelah

sekian lama tumpuan mula diberikan. Pandangan orang ramai bahawa bidang forensik adalah

suatu bidang yang baru ditonjolkan adalah tidak benar kerana bidang ini sebenarnya telah wujud

sejak berkurun lamanya.3

Semuanya bermula dengan seorang saintis ulung yang bernama Dr.Edmond Locard.

Beliau merupakan perintis dalam bidang sains forensik yang bermula pada tahun 1910 dengan

menubuhkan ‘Crime Laboratory’ laboratorium penyiasatan pertama di Lyon Perancis .Beliau

berkelulusan doktor perubatan dan undang-undang. Kesungguhan beliau mempelopori bidang

forensik telah mengembangkan penggunaan sains forensik dalam teknik penyiasatan polis pada

awal tahun 1900-an. Beliau juga telah menggunakan teknik-teknik saintifik untuk membantu

dalam siasatan pihak berkuasa.3

2

1.2 Tujuan

Tujuan penyusunan paper ini antara lain memberikan informasi pelayanan forensik di

Malaysia serta perbandingannya dengan di Indonesia.

1.3 Manfaat

Diharapkan paper ini dapat memberikan tambahan pengetahuan tentang Ilmu Forensik di

Malaysia baik bagi penulis maupun bagi yang ingin mempelajari tentang forensik.

3

BAB 2

PEMBAHASAN

2.1. Pengenalan Kepada Perubatan Forensik

Perubatan Forensik adalah satu bidang ilmu yang mengasimilasi fakta, pengetahuan dan

kemahiran perubatan untuk membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes-kes kematian yang

melibatkan proses perundangan. Forensik secara mudahnya membawa maksud pengaplikasian

ilmu saintifik dalam prosedur perundangan di mahkamah. Bahan bukti akan dikumpul dan

dianalisis menggunakan peralatan yang canggih dan moden untuk menghasilkan laporan yang

sahih yang akan membantu sistem perundangan Malaysia untuk menyelesaikan kes pendakwaan

di mahkamah. 1

Berdasarkan laporan yang diberikan oleh pengamal forensik, Mahkamah boleh membuat

keputusan dalam menjatuhkan hukuman atau membebaskan seseorang yang didakwa. Cabang

ilmu ini dapat membantu pihak yang berkenaan mendapatkan gambaran sebenar akan perihal

kejadian sesuatu jenayah. Ini juga dapat membantu pihak perundangan dan mahkamah mencapai

pertimbangan yang lebih adil kepada penjenayah dan mangsa jenayah tersebut. Selain itu,

maklumat yang diperolehi daripada proses ilmu ini juga boleh digunapakai dalam urusan-urusan

berkaitan takaful dan ansuransi.1

2.2. Peranan Perubatan Forensik

Peranan seorang pengamal forensik sangat penting kerana laporan mereka memberi

impak yang besar dalam sesuatu keputusan penghakiman. Di setiap tempat kejadian individu

yang terlibat dengan perlakuan salah atau jenayah tidak terkecuali daripada meninggalkan kesan

atau bukti fizikal yang surih tanpa disedari. 2

Pengamal forensik mempunyai tanggungjawab mengesan dan mengumpulkan bahan

bukti tersebut di tempat kejadian. Bahan bukti tersebut akan dihantar ke Makmal Forensik dan

akan melalui beberapa siri penganalisaan bergantung kepada jenis bahan bukti tersebut. Bahan

bukti yang biasa ditemui ditempat kejadian adalah seperti darah, bendalir badan, helaian rambut,

cap jari, kesan tapak tangan, kaki atau kasut, mayat dan lain-lain lagi yang difikirkan akan

membantu siasatan oleh pegawai penyiasatan tempat kejadian. 2

4

Kes-kes jenayah berat seperti bunuh dan rogol seringkali bergantung kepada bukti dari

segi saintifik untuk membawa individu yang bersalah ke muka pengadilan. Dalam kes-kes begini

pelbagai kepakaran bidang forenisk diperlukan yang bergantung kepada jenis bahan bukti yang

ditemui. Di tempat kejadian kebiasaannya mangsa yang ditemui masih hidup tetapi ada juga

yang tidak bernasib baik yang dijumpai telah mati.2

Perkhidmatan Perubatan Forensik di Kementerian Kesihatan Malaysia diterajui oleh

Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) yang berpusat di Hospital Kuala Lumpur. Institusi ini

yang dipecahkan mengikut wilayah-wilayah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

berperanan dalam menyediakan perkhidmatan patologi forensik, klinikal forensik dan juga sains

forensik. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:-2

1. Patologi Forensik/Pemeriksaan Bedah siasat (Postmortem)

Keadaan di dalam bilik bedah siasat dengan seorang kakitangan sedang menyediakan kelengkapan yang diperlukan

5

Pemeriksaan bedah siasat (postmortem) ke atas mayat/jenazah akan dilakukan jika ada

keperluan – didasari oleh arahan Polis DiRaja Malaysia. Bedah siasat akan hanya dijalankan

sekiranya pihak berkuasa melalui Pegawai Penyiasat Polis mengeluarkan Borang Polis 61 –

Permintaan Pemeriksaan Mayat. Pemeriksaan ini tidak hanya melibatkan pembedahan ke atas

mayat/jenazah tetapi adakalanya hanya melibatkan pemeriksaan luaran mayat/jenazah sahaja

(jika tiada keperluan untuk pembedahan).3

Pemeriksaan bedah siasat ini akan dijalankan oleh pegawai-pegawai yang terlatih dalam

bidang Perubatan Forensik. Kebiasaannya semasa pemeriksaan bedah siasat dijalankan, seorang

Pakar Perubatan Forensik akan mengetuai operasi dengan dibantu oleh Pegawai Perubatan,

Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang terlatih. Pegawai

Penyiasat Polis dan kakitangannya yang berkenaan juga perlu hadir bersama.3

Di antara tujuan pemeriksaan bedah siasat adalah untuk:

mengenalpasti identitas si mati (bangsa, jantina, dsb)

menganggarkan masa kematian

mengenalpasti dan merekodkan keadaan yang membawa kepada kematiannya

(kecederaan pada keadaan fizikalnya)

menentukan sebab kematian dan membantu mengenalpasti cara kematian sama ada

akibat penyakit semulajadi, kemalangan, bunuh diri ataupun dibunuh. mengumpul

sampel sebagai bahan bukti

mengenalpasti sama ada terdapat pengaruh dadah atau racun kepada kematiannya

Proses pemeriksaan bedah siasat ini akan dijalankan dengan teliti dan mengikut garis

panduan yang telah disediakan agar pegawai yang menjalankan proses ini sentiasa bersikap

profesional dan menjaga batas-batas yang ditetapkan oleh undang-undang dan agama.3

6

2. Klinikal Forensik

Peti simpanan mayat untuk menempatkan mayat-mayat sama ada untuk menunggu pemeriksaan bedah siasat dijalankan atau menunggu dituntut oleh waris.

Pemeriksaan Klinikal Forensik adalah pemeriksaan ke atas mangsa-mangsa yang telah

diserang secara fizikal ataupun seksual oleh penjenayah sama ada dalam kes keganasan

rumahtangga, penderaan kanak-kanak, pergaduhan, rogol, liwat, cabul dan sebagainya. Ia

dilakukan oleh doktor pakar dengan dibantu pegawai perubatan dan lain-lain kakitangan.4

Tujuannya adalah untuk mengenalpasti dan merekodkan kecederaan mangsa serta

mengumpul bahan bukti (biologi dan fizikal) dari tubuh mangsa.4

7

3. Sains Forensik

Seorang saintis forensik sedang menyediakan sampel untuk dianalisa di makmal.

Perkhidmatan Sains Forensik melibatkan pemeriksaan melalui analisia di makmal. Bahan

bukti atau sampel biologi diambil daripada si mati (seperti darah, air kencing dan organ/tisu

badan) untuk dijalankan analisa bagi mengenalpasti kandungan bahan kimia atau mengesan

indikator biokimia dan patologi yang terdapat di dalam tubuh si mati sebelum, semasa atau

selepas kematian berlaku.4

8

2.3. Perkhidmatan Yang Disediakan

Dengan perkembangan dalam bidang ini, maka bertambahnya bilangan Pegawai Sains

(Forensik) yang ditempatkan di hospital-hospital dalam negara yang tidak lain matlamatnya

sebagai satu pasukan yang mampu membantu untuk melengkapkan keperluan pakar semasa kes

bedah siasat dan kes mediko-legal yang lain berlaku.5

Jawatan ini telah ditempatkan di beberapa buah hospital di beberapa negeri di

Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Penempatan ini termasuklah Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur Hospital Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau

Pinang, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Penempatan pegawai tersebut ditetapkan di

setiap negeri adalah mengikut kekosongan dan keperluan. Di antara analisis yang dijalankan

adalah toksikologi (analisia berkaitan racun dan bahan-bahan kimia berbahaya), antropologi

(analisia tulang), histopatologi (analisia tisu/organ) dan entomologi (analisis serangga).5

Sains forensik merupakan satu aplikasi daripada bidang sains dan teknologi yang

mempunyai spectrum yang meluas untuk mengenal pasti dan mengesahkan kronologi sesuatu

kejadian berdasarkan kepada bukti-bukti saintifik yang diperolehi. Ini lebih menjurus kepada

pelaksanaan undang-undang di mana sains forensik ini berkait dengan undang-undang jenayah

dan juga awam. Secara umumnya bidang sains forensik ini adalah luas, iaitu boleh dibahagikan

kepada forensik fisiologikal, forensik sosial, kriminalistik, digital, dan bidang lain yang

berkaitan.5

Sebagai memenuhi keperluan kepada analisis forensik lanjutan daripada kes bedah siasat

yang dijalankan, Pegawai Sains Forensik di Kementerian Kesihatan Malaysia memyediakan tiga

perkhidmatan yang utama di Makmal Perubatan Forensik di hospital yang telah dilengkapi

dengan kemudahan berteknologi tinggi iaitu toksikologi forensik, histopatologi forensik, dan

juga antropologi forensik.5

Untuk analisis toksikologi forensik, analisis alkohol dalam darah dan juga ujian dadah

dalam urin akan dijalankan. Analisis alkohol dalam darah dapat dijalankan dengan menggunakan

Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS) yang memakai teknik Headspace khususnya

untuk analisis bahan meruap yang telah banyak membantu dalam perubatan forensik untuk

mengenal pasti sebab kematian. Manakala, analisis dadah dalam urin pula adalah menggunakan

9

High Performance Liquid Chromatography (HPLC) yang dilengkapi dengan pengesan Photo

Diode Array (PDA) untuk menganalisa dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Analisis yang dijalankan di Kementerian Kesihatan Malaysia membantu mengurangkan masa

menunggu untuk mendapatkan keputusan kimia bagi setiap kes bedah siasat yang dijalankan.6

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah 1:-

i) Narkotik

Identifikasi dan analisis dadah-dadah berbahaya seperti heroin, kanabis, candu, dadah

psikotropik dan juga ATS (“amphetamine typestimulants”).

ii) Serologi / DNA

Pemeriksaan serologi dan pemprofilan DNA.

iii) Toksikologi

Kes-kes keracunan manusia dan haiwan, analisis alkohol dalam darah dan air

kencing, dan juga analisis dadah dalam cecair badan.

2.4. Jenis-jenis Bedah Siasat Mayat

A.Bedah siasat Klinikal 7

Bedahsiasat mayat dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit

atau kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini

tidakberkait dengan kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di

wad. Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat keizinan dari waris sebelum membuat

bedahsiasat. Dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan umum seperti kes di bawah

Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bedahsiasat mayat

dibolehkan tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.

B.Bedahsiasat Medikolegal 7

Bedahsiasat ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes Polis seperti kemalangan, mati

lemas, kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/ tidak pasti sebabnya.

Majistret atau Polis akan mengeluarkan arahan (Borang Polis 61) kepada Pegawai

10

Perubatan Kerajaan untuk menjalankan bedahsiasat mayat tanpa perlu merujuk atau

mendapat keizinan waris.

2.5. Proses Pengurusan Mayat8

11

2.6. Autopsi Mengikut Pandangan Agama Islam

Pendekatan yang diambil oleh para ulama dan pemikir-pemikir Islam di seluruh dunia

dalam membicarakan perihal bedah siasat dan hubungkaitnya dengan Islam adalah secara

kritikal. Asal hukum pembedahan ke atas mayat adalah haram tetapi disebabkan oleh keadaan

dharuriyyat yang mencengkam, ia menjadi sesuatu yang diharuskan selagi tidak melampaui batas

dan menganiaya mayat bagi tujuan yang selainnya.2

Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1989 telah menfatwakan seperti berikut:2

“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan

(dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem

atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan

kandungannya masih hidup”

Oleh yang demikian, berdasarkan kefahaman para ulama dan pemikir Islam ini,

pemeriksaan bedah siasat boleh dilakukan ke atas mayat si mati atas tujuan-tujuan seperti yang

telah dibincangkan di Perkara 3. di atas. Pemeriksaan bedah siasat itu juga perlu mengikut

garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambilkira

etika-etika yang perlu dipatuhi dalam menghormati mayat semasa mengendalikan pemeriksaan

bedah siasat ini.2

2.7. Perbedaan Ilmu Kedokteran Forensik di Malaysia & Indonesia8

MALAYSIA INDONESIA

Penyidik - Pegawai Jabatan Kimia

- Polis Diraja Malaysia

- Polisi

- Pegawai Negeri Sipil

Sistem medikolegal - Coroner - Continental

Autopsi medikolegal - Tidak perlu persetujuan

waris pada kasus

kecelakaan, mati lemas.

- Perlu persetujuan waris

12

2.8. Kepentingan Autopsi Medikolegal

Semua kematian karena penyebab alami dan kematian yang diyakini karena penyebab

alami tapi di mana penyebab medis kematian tidak pasti atau dikenali dikenakan suatu

pemeriksaan. Tujuan dari pemeriksaan adalah untuk memastikan fakta-fakta yang berkaitan

dengan kematian. Hal ini dicapai dengan penyelidikan dan pada kesimpulan dari pemeriksaan

tiba apakah kematian itu disebabkan oleh alam, kecelakaan, bunuh diri atau penyebab

pembunuhan. Sebuah pemeriksaan ini bukan pengadilan. Tidak ada pengadu atau terdakwa dan

pada kesimpulan dari pemeriksaan tidak ada penilaian dilewatkan. Sistem pemeriksaan ada di

semua bagian dunia. 9

Dalam sistem hukum Inggris, orang yang melakukan suatu pemeriksaan yang disebut

Coroner. Di Skotlandia, dia disebut prokurator Fiskal. Amerika Serikat menggunakan sistem

Medical Examiner. Pemeriksaan postmortem mungkin menjadi perlu dalam kematian tertentu.

Dalam situasi ini otoritas yang melakukan pemeriksaan akan memesan dokter untuk melakukan

otopsi (medico-legal otopsi). Untuk melakukan otopsi medis-hukum, persetujuan dari kerabat

dari almarhum tidak diperlukan. Dalam kematian mendadak yang tak terduga, hanya seorang

dokter setelah postmortem sebuah pemeriksaan mungkin dapat menentukan penyebab kematian.

Namun, sering salah diasumsikan bahwa tujuan pemeriksaan postmortem hanya untuk

memastikan penyebab kematian.9

Di Malaysia, kematian yang terjadi dibawah ketentuan yang dikemukakan dalam Chapter

XXXII of the Criminal Procedure Code of Malaysia diharuskan untuk dilakukan pemeriksaan

seperti :9

1. Semua kematian yang tidak alami dan diragukan penyebab kematian, contoh

pembunuhan, semua tipe kecelakaan dan bunuh diri;

2. Kematian yang berpunda dari alamiah tetapi dimana penyebab kematian secara medis

tidak diketahui

3. Kematian diakibatkan oleh anestesi, operasi atau mana-mana prosedur investigasi medis;

4. Kematian dalam tahanan seperti tahanan polisi, remand prison, penjara, pusat

rehabilitasi, detention camp, dan lain-lain;

5. Kematian dalam institusi mental dan rumah sakit jiwa, dan lain-lain;

13

6. Kematian yang berasiosiasi dengan kehamilan, aborsi, persalinan dan lain-lain;

7. Kematian yang berhubungan dengan penyakit akibat kerja.

Ahli patologis yang mengkonduksi pemeriksaan post-mortem medikolegal menarge tujuan

ini, disamping untuk mengkonfirmasi penyebab kematian :9

1. Mengenalpasti korban;

2. Mendokumentasi kecederaan, deskripsi, alami dan distribusi;

3. Memastikan sekiranya kecederaan dan distribusi adalah konsisten dengan riwayat yang

diceritakan;

4. Rekonstruksi peristiwa kematian bila saksi mata kejadian tidak ada;

5. Memutuskan untuk menerima atau menolak saksi mata;

6. Menemukan penyebab atau penyakit lain yang berkontribusi dalam kematian;

7. Memastikan kemungkinan aksi volunter yang dilakukan oleh korban selepas

mengalami kecederaan;

8. Memastikan jika luka dialami sebelum atau selepas kematian

9. Mengumpul bahan bukti pada korban yang mungkin membantu menyelesaikan

jenayah.

14

BAB 3

KESIMPULAN

Sains forensik masih merupakan bidang baru di Malaysia dari segi pandangan

masyarakat, namun kewujudan sains forensik di Kementerian Kesihatan Malaysia sebenarnya

sudah menjangkau usia 13 tahun sejak graduan pelajar sulung dari Universiti Sains Malaysia

Kampus Kesihatan Kubang Kerian menjadi peneraju bidang sains forensik di Kementerian

Kesihatan Malaysia. Dengan perkembangan dalam bidang ini, maka bertambahnya bilangan

Pegawai Sains (Forensik) yang ditempatkan di hospital-hospital dalam negara yang tidak lain

matlamatnya sebagai satu pasukan yang mampu membantu untuk melengkapkan keperluan pakar

semasa kes bedah siasat dan kes mediko-legal yang lain berlaku.

Sebagai satu bidang yang semakin berkembang, perkhidmatan sains forensik juga

mempunyai halatuju ke hadapan dan perancangan teliti bagi memantapkan lagi perkhidmatan

sains forensik ini di Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara perancangan yang telah disasarkan

untuk dilaksanakan secara berperingkat adalah menyediakan makmal analisis yang dilengkapi

dengan komponen toksikologi, histopatologi, antropologi dan juga entomologi di setiap negeri

dengan adanya instrumen berteknologi tinggi. Ini sedikit sebanyak telah dimulakan dengan

beberapa orang pegawai telah melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan bagi menyediakan

kepakaran dalam bidang yang tersebut. Setiap negeri perlu mempunyai makmal analisis bagi

menampung jumlah analisis sampel yang semakin bertambah.

Secara keseluruhannya, perkhidmatan sains forensik di Kementerian Kesihatan Malaysia

telah membantu bidang perkhidmatan perubatan forensik di mana kedua-dua perkhidmatan

saling menyokong antara satu sama lain. Sebagai cara untuk memantapkan lagi perkhidmatan

sains forensik di Kementerian Kesihatan Malaysia, semua pihak harus menggembleng tenaga

dan pengetahuan bagi mencurahkan idea untuk menambahbaik perkhidmatan yang telah sedia

ada sebagai satu pasukan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

15

DAFTAR PUSTAKA

1. Prof.Dr. Amri Amir Sp.F(K), DFM, SH, Sp.Ak. Rangkaian Ilmu Kedokteran Forensik,

Edisi Kedua. Bagian Ilmu Kedokteran Forensik Dan Medikolegal FK USU Medan. Hal

1-26; 28-29.

2. Prof. Dr. Amri Amir Sp.F(K), DFM, SH, Sp.Ak. Autopsi Medikolegal. Edisi

Kedua.Medan. Hal1-8.

3. Forensik. Jabatan Kimia Malaysia. Available from :

http://www.kimia.gov.my/bm/fungsi-bahagian/forensik.html Read on 18 Juli 2014

4. Forensik Sebagai Kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Available from :

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/forensik/forensik-sebagai-kerjaya-di-

kementerian-kesihatan-malaysia Read on 18 Juli 2014.

5. Handbook of Forensics Services. US Department of Justice. Federal Bureau of

Investigation Laboratory Division. Revised 2003.

6. Kasinathan Nadesan (1997), The Importance of The Medico-legal Autopsy, Malaysia J

Pathol 1997; 19 (2) : 105-109

7. Peranan Perubatan Forensik di Malaysia. Jabatan Kimia Malaysia. Available on http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/forensik/peranan-perubatan-forensik-di-kkm?format=pdf Read on 18 Juli 2014.

8. Hal Ehwal Forensik. Jabatan Kimia Malaysia. Available on http://www.kimia.gov.my/ Read on 18 Juli 2014.

9. Siapa yang Bertanggungjawab. Available from http://www.kimia.gov.my/bm/fungsi-

bahagian.html Read on 18 Juli 2014.