hrps_roadshow1.nonexecs

25
Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif “Service Excellence 10/10”

Upload: msahmad

Post on 12-Jun-2015

840 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Haluan Kerjaya Di Dalam TNBEn. Zulkifli Mohamad, Pengurus, Perancangan Sumber Manusia dan Pembangunan, BSMK, TNB

TRANSCRIPT

Page 1: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat

Bagi Pekerja Bukan Eksekutif

“Service Excellence 10/10”

Page 2: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 1

Latar Belakang

Dalam tahun 2001, kajian semula skim gaji pekerja bukan eksekutif ekoran

isu pekerja tidak mendapat kenaikan pangkat dalam tempoh terlalu lama

Lembaga Pengarah TNB pada 12.06.2001 meluluskan skim gaji baru

berkuat kuasa 01.01.2001

Perubahan-perubahan utama dalam skim perkhidmatan bukan eksekutif:

Perkhidmatan bukan eksekutif dibahagikan kepada 9 skim gaji

Teknikal

• Skim Perkhidmatan Teknikal (TT)

• Skim Perkhidmatan Pemandu/Pengendali Kren (TD)

• Skim Perkhidmatan Perubatan (TU)

Page 3: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 2

Latar Belakang

Bukan Teknikal

• Skim Perkhidmatan Pentadbiran (PP)

• Skim Perkhidmatan Sokongan (PS)

• Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT)

• Skim Perkhidmatan Guru Agama/Tadika/Taska (PG)

• Skim Perkhidmatan Sajian/Penginapan (PM)

• Skim Perkhidmatan Keselamatan (PK)

Banded-grade dalam setiap jawatan. Contoh: Juruteknik T/Biasa

diberi gred TT09 & TT10; Kerani T/Biasa gred PP07 & PP08, dsb.

Tiga kaedah peningkatan dalam kerjaya – kenaikan gred, kenaikan

pangkat melalui pengisian jawatan dan kenaikan pangkat khas untuk

penyandang (KUP)

Page 4: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 3

Kaedah-Kaedah Peningkatan Kerjaya – Contoh

PP08

PP07

PP10

PP09

KENAIKAN PANGKAT

MELALUI PENGISIAN

JAWATAN

Kerani Tingkatan

Kanan

Kerani Tingkatan

Biasa

KENAIKAN GRED

PP08

PP07

Kerani Tingkatan

Biasa

PP08

PP07

Kerani Tingkatan

Biasa

KENAIKAN PANGKAT

KUP

PP09

Page 5: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred (Upgrading)

Page 6: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 5

Syarat Kelayakan Ulasan/Perincian

Berada dalam gred terendah (gred B) dalam

band jawatan selama sekurang-kurangnya

5 tahun

Tidak ambil kira tempoh dalam cuti tanpa gaji

dan tempoh di bawah hukuman tatatertib

Tidak dilayakkan bagi Pemandu T/Kanan gred

TD05 kerana jawatan ini adakah KUP

Menyempurnakan semua program latihan

dan pembangunan yang disyaratkan

Bagi pekerja dalam jawatan-jawatan tertentu,

syarat tambahan untuk mengikuti program

peralihan/akademik tertentu semasa

dipindahkan ke skim gaji baru – syarat ini juga

dikenakan untuk kenaikan gred. Contoh:

Kerani/Penyelenggara Stor PP07; Juruteknik;

Tukang TT05 & TT07; Pentadbir Sistem

Prestasi yang memuaskan Sistem prestasi lama, markah 3 dan ke atas

Sistem prestasi baru, KPI = ME atau EE,

kompetensi = RG atau AT

Syarat-Syarat Kelayakan Kenaikan Gred

Page 7: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 6

Syarat Kelayakan Ulasan/Perincian

Bebas daripada tindakan tatatertib dalam

tempoh yang disyaratkan

Jika dikenakan hukuman tatatertib, tempoh

hukuman dan implikasi hukuman juga tidak

diambil kira dalam pengiraan tempoh berada

dalam gred

Diperaku oleh ketua jabatan

Menyandang jawatan substantif

(peruntukan jawatan telah diluluskan, dan

gred jawatan sama dengan gred hakiki

pekerja)

Contoh: Kerani Kanan PP09 mestilah sedang

menyandang jawatan Kerani T/Kanan PP09-10

Tidak dilayakkan kepada pekerja yang

menyandang jawatan secara KUP

Tidak dilayakkan kepada pekerja yang

sedang melanjutkan pelajaran atau

program pendidikan TNB secara sepenuh

masa

Mereka yang melanjutkan pelajaran sepenuh

masa akan dipertimbang kenaikan gred

selepas tamat pengajian dan berkhidmat

semula sekurang-kurangnya 3 bulan, jika

masih belum diberi kenaikan pangkat yang

sesuai dengan kelayakan akademik diperolehi

Syarat-Syarat Kelayakan Kenaikan Gred

Page 8: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 7

Prosedur Kenaikan Gred

Prosedur Perincian

Kekerapan urusan kenaikan

gred

Setiap 3 bulan

Wajar diproses dalam tempoh yang ditetapkan – implikasi

pertimbangan kenaikan pangkat, tawaran ESOS, dsb

Tarikh kuatkuasa Jika diluluskan, tarikh kuatkuasa kenaikan gred ialah pada tarikh

genap 5 tahun berada dalam gred hakiki. Perbezaan tarikh

kuatkuasa bagi mereka yang pernah dikenakan tatatertib atau

mendapat KPI = NI

Bagi pekerja yang tidak berjaya, suatu tempoh penangguhan

akan diberi. Pertimbangan semula dibuat apabila tempoh

penangguhan tamat

Jika berjaya dalam kes ulangan, tarikh kuatkuasa kenaikan gred

ialah pada tarikh selepas tamat tempoh penangguhan

Pelarasan gred & gaji Pekerja yang diberi kenaikan gred tidak perlu memangku, dan

terus diberi kenaikan gred

Kenaikan gaji ialah 10% daripada gaji pokok, tertakluk kepada

minimum kenaikan RM100

Page 9: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 8

Proses Kenaikan Gred

Senaraipendek

Penilaian Ketua

Jabatan

Semakan/Perakuan

Kelulusan

Berdasarkan syarat-syarat kelayakan – Tempoh dalam gred, KPI & kompetensi,

persijilan, program mandatori, tatatertib, dll. Senarai semakan pekerja boleh

didapati dari EHRMS melalui Laporan ZAR 17 (Seniority Report)

Ketua jabatan dikehendaki menilai dan mengesahkan kesesuaian pekerja untuk

diberi kenaikan gred dari segi prestasi, attitude, disiplin kerja, dsb

Ketua Sumber Manusia Bahagian menyemak penilaian yang dibuat oleh ketua

jabatan, dan sediakan kertas kerja dengan perakuan sewajarnya

Ketua Bahagian mempertimbang dan meluluskan calon-calon yang direkomen

oleh Ketua Sumber Manusia Bahagian

Page 10: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 9

Pekeliling-Pekeliling Berkaitan

Pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil. BE 15/2007 bertarikh 24 Julai

2007 bertajuk “Kenaikan Gred Pekerja Bukan Eksekutif”

Pekeliling-pekeliling mengenai haluan kerjaya dalam skim perkhidmatan

bukan eksekutif

Page 11: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Pangkat (Promotion) Melalui Pengisian Jawatan

Page 12: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 11

Prosedur Kenaikan Pangkat

Prosedur Perincian

Kekerapan urusan kenaikan

pangkat

Apabila wujud kekosongan

Tarikh kuatkuasa Tarikh mula menjalankan tugas dalam jawatan baru

Pemangkuan Pekerja yang diberi kenaikan pangkat dikehendaki memangku

selama 4 bulan. Tempoh pemangkuan boleh dilanjutkan selama

3 bulan jika perlu

Pekerja yang bertukar jawatan sebelum tamat tempoh

pemangkuan akan dikehendaki menjalani semula tempoh

pemangkuan

Pelarasan gaji Pekerja yang disahkan kenaikan pangkat akan diberi kenaikan

gaji ialah 15% daripada gaji pokok

Page 13: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 12

Proses Pemilihan Calon (Kenaikan Pangkat)

Iklan

Senaraipendek

Ujian Bertulis

Temuduga

Kelulusan

Pengiklanan yang meluas ke seluruh TNB

Hanya untuk pemohon-pemohon yang disenaraipendek

Senaraipendek calon berdasarkan pencapaian dalam ujian bertulis, dan kriteria

lain yang sesuai

Panel temuduga untuk memilih dan merekomen calon-calon yang sesuai

Ketua Bahagian mempertimbang dan meluluskan calon-calon yang direkomen

oleh panel temuduga

Berdasarkan syarat-syarat kelayakan dalam iklan & perakuan – KPI & kompetensi,

persijilan, program mandatori, tatatertib, penilaian ketua jabatan, dll

Page 14: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 13

Pemilihan/Penempatan/Pemantauan

Pemilihan pekerja yang layak untuk kenaikan gred tetapi belum diproses

kenaikan grednya – jika berjaya, ditafsirkan sebagai dua (2) kenaikan gred dan

memerlukan kelulusan khas BSMK untuk pertimbangan sama ada kenaikan

gred yang diikuti kenaikan pangkat (agregat kenaikan gaji 25%) atau terus

kenaikan 2 gred (kenaikan gaji 20%)

Penempatan calon untuk diberi kenaikan pangkat hendaklah mengambil kira

latar belakang calon, terutama mereka yang pernah dikenakan hukuman

tatatertib di atas kesalahan berat

Pekerja yang memangku dengan tujuan kenaikan pangkat hendaklah dipantau

dengan baik agar pengesahan kenaikan pangkat diproses dalam tempoh yang

ditetapkan – implikasi tawaran ESOS, tuntutan kemudahan/ faedah yang

berkaitan dengan gred baru, hubungan perusahaan jika tidak disahkan

kenaikan pangkat dan pemangkuan ditarik balik (Senarai semakan boleh

didapati dari EHRMS melalui Laporan ZAR 17 – Action Report by Date)

Page 15: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 14

Pekeliling-Pekeliling Berkaitan

Pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil. BE 16/2007 bertarikh 24 Julai

2007 bertajuk “Kenaikan Pangkat Melalui Pengisian Jawatan Bukan

Eksekutif”

Pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil. BE 17/2007 bertarikh 24 Julai

2007 bertajuk “Memangku Dengan Tujuan Kenaikan Pangkat Dalam

Jawatan Bukan Eksekutif”

Pekeliling-pekeliling mengenai haluan kerjaya dalam skim perkhidmatan

bukan eksekutif

Page 16: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan PangkatKhas Untuk Penyandang (KUP)

Page 17: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 16

Objektif Kenaikan Pangkat KUP

Memberi peluang kenaikan pangkat kepada pekerja

yang berada di dalam sesuatu gred dalam tempoh

yang lama

Memberi pengiktirafan (melalui kenaikan pangkat) ke

atas pekerja yang cemerlang walaupun jawatan

kosong tidak mencukupi

Page 18: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 17

Syarat Kelayakan Ulasan/Perincian

Pekerja dilantik tetap sebelum 01.01.2001

Berada dalam gred tertinggi dalam band

jawatan (gred A) selama sekurang-

kurangnya 7 tahun

(Bagi Pemandu TD04 – telah berkhidmat

sebagai Pemandu selama 15 tahun

berturut-turut dan umur 50 tahun ke atas)

Tidak ambil kira tempoh dalam cuti tanpa gaji

dan tempoh di bawah hukuman tatatertib

Tidak dilayakkan kepada pekerja dalam gred

tertinggi dalam kerjaya masing-masing.

Contoh: Kerani Tertinggi PP12, Juruteknik

Tertinggi TT14, Pembantu Sokongan Am PS04,

Pembantu Am TT04, dsb

Baki tempoh perkhidmatan sekurang-

kurang 2 tahun sebelum bersara wajib,

dikira pada tarikh mencapai 7 tahun dalam

gred

Pekerja yang tidak dipilih dalam urusan

pertama akan dipertimbangkan semula dalam

urusan seterusnya walaupun baki tempoh

perkhidmatan kurang dari 2 tahun

Syarat-Syarat Kelayakan KUP

Page 19: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 18

Syarat Kelayakan Ulasan/Perincian

Prestasi yang memuaskan dengan

pencapaian berikut:

KPI – 4 atau 5 (sistem prestasi lama)

atau ME/EE (sistem prestasi sekarang)

dalam lima tahun terakhir, dengan tiga

tahun terakhir mendapat “high ME

(≥85%)”

Kompetensi – Markah tahunan ≥ 75%

dalam lima tahun terakhir, dan tiga kali

daripadanya ≥ 85%

Bagi sistem prestasi lama, markah 5 =

kompetensi ≥ 85%; markah 4 = kompetensi ≥

75%

Bagi 2003/04, pencapaian markah kompetensi

RG atau AT dianggap memenuhi syarat

Menyempurnakan semua program latihan

dan pembangunan yang disyaratkan

Bagi pekerja dalam jawatan-jawatan tertentu,

syarat tambahan untuk mengikuti program

peralihan/akademik tertentu semasa

dipindahkan ke skim gaji baru – syarat ini juga

dikenakan untuk kenaikan pangkat KUP

Contoh: Kerani/Penyelenggara Stor PP07;

Juruteknik; Tukang TT05 & TT07; Pentadbir

Sistem

Syarat-Syarat Kelayakan KUP

Page 20: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 19

Syarat Kelayakan Ulasan/Perincian

Memiliki sijil-sijil kelayakan akademik/

kemahiran, jika kenaikan ke gred jawatan

berkenaan memerlukan pensijilan

Contoh: Tukang T/Kanan TT08 boleh

dipertimbang KUP ke TT09 hanya jika ada sijil

kejuruteraan/PPKJ

Bebas daripada tindakan tatatertib dalam

tempoh yang disyaratkan

Jika dikenakan hukuman tatatertib, tempoh

hukuman dan implikasi hukuman juga tidak

diambil kira dalam pengiraan tempoh berada

dalam gred

Diperaku oleh ketua jabatan

Menyandang jawatan substantif (gred

jawatan sama dengan gred hakiki pekerja)

dalam tempoh 3 tahun terakhir

Contoh: Kerani Kanan PP10 yang menyandang

jawatan Kerani T/Biasa PP07-08 tidak layak

kerana telahpun berada dalam jawatan PP07-08

secara KUP

Tidak dilayakkan kepada pekerja yang

sedang melanjutkan pelajaran atau

program pendidikan TNB secara sepenuh

masa

Contoh: Program sijil, diploma atau sarjana

muda di IPT, atau PPP, PPKK, PPKKT, PPKJ

anjuran TNB

Syarat-Syarat Kelayakan KUP

Page 21: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 20

Prosedur KUP

Prosedur Perincian

Kekerapan urusan KUP Sekali setahun dari Januari – Jun. Proses dimulakan pada

November penilaian prestasi akhir tahun selesai

Tempoh berada dalam gred dikira setakat 1 Januari (inclusive)

tahun urusan kenaikan pangkat KUP

Tarikh kuatkuasa 1 Januari dalam tahun urusan kenaikan pangkat KUP

Kes ulangan Bagi pekerja yang tidak berjaya, pertimbangan semula dibuat

dalam urusan tahun berikutnya

Tarikh kuatkuasa ialah 1 Januari dalam tahun semasa urusan

kenaikan pangkat KUP dibuat dan tidak dikebelakangkan

Pertukaran ke jawatan

substantif

Pekerja yang dinaikkan pangkat KUP boleh diarah bertukar

untuk mengisi kekosongan jawatan

Dalam tempoh 2 tahun jika gagal mematuhi arahan bertukar,

kenaikan pangkat KUP akan ditarik balik

Pekerja juga tertakluk kepada arahan pertukaran untuk mengisi

jawatan kosong selepas tempoh 2 tahun diberi kenaikan

pangkat KUP

Page 22: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 21

Proses Pemilihan Calon KUP

Senaraipendek

Penilaian Ketua

Jabatan

Ujian Pengesahan

Kompetensi

Temuduga

Kelulusan

Berdasarkan syarat-syarat kelayakan – Tempoh dalam gred, baki tempoh

perkhidmatan, KPI & kompetensi, persijilan, program mandatori, tatatertib, dll

Ketua jabatan dikehendaki menilai dan mengesahkan kesesuaian pekerja untuk

diberi kenaikan pangkat KUP dari segi prestasi, attitude, disiplin kerja, dsb

Hanya untuk calon-calon yang diperaku dan disahkan sesuai oleh ketua jabatan

Pengecualian diberi kepada mereka yang memiliki sijil kelayakan

akademik/kemahiran yang diperlukan

Panel temuduga untuk memilih dan merekomen calon-calon yang sesuai

Ketua Bahagian mempertimbang dan meluluskan calon-calon yang direkomen oleh

panel temuduga

Page 23: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 22

Impak Kenaikan Pangkat KUP

Pekerja yang dinaikkan pangkat KUP diberi imbuhan/ganjaran sama

seperti kenaikan pangkat melalui pengisian jawatan kosong – rasa tidak

puashati pekerja yang dinaikkan pangkat melalui pengisian jawatan

kosong kerana tanggungjawab lebih berat dan berpindah ke jabatan baru,

manakala pekerja yang diberi KUP kekal dalam jawatan yang sama

Ketidakseimbangan dalam struktur hirarki pentadbiran – kewujudan

pekerja-pekerja dalam gred yang sama dengan gred penyelianya. Contoh:

Dalam satu unit/stesen, 5 orang Kerani T/Kanan gred PP09 (dinaikkan

pangkat KUP dan kekal dalam jawatan Kerani T/Biasa) melapor kepada

seorang penyelia Kerani T/Kanan PP09

Pengisian jawatan kosong tidak dapat diiklan kerana pekerja KUP akan

diwajibkan mengisi jawatan kosong yang wujud – demotivate pekerja yang

belum cukup syarat KUP tetapi berprestasi cemerlang

Page 24: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 23

Kenapa Syarat Kelayakan & Prosedur?

Calon yang dinaikkan pangkat KUP diberi ganjaran sama dengan mereka

yang dinaikkan pangkat melalui pengisian jawatan – wajar dikenakan

proses-proses yang sama seperti senaraipendek berdasarkan prestasi,

ujian bertulis dan ditemuduga

Syarat-syarat kelayakan dan prosedur yang ketat untuk memastikan:

Pekerja yang dipilih diakui cemerlang

Pilihan mestilah tepat kerana tiada tempoh percubaan dalam kenaikan

pangkat KUP

Syarat baki tempoh perkhidmatan 2 tahun adalah supaya pekerja

dapat memberi sumbangan lagi selepas diberi KUP

Pekerja tidak ambil jalan mudah untuk tunggu kenaikan pangkat KUP

Proses pemilihan yang teliti/ketat dapat mengurangkan impak/isu

kenaikan pangkat KUP

Page 25: HRPS_RoadShow1.NonExecs

Kenaikan Gred & Kenaikan Pangkat Bagi Pekerja Bukan Eksekutif 24

Perlaksanaan Kenaikan Pangkat KUP

Ja

n 2

01

0

Ju

n 2

00

8

Ja

n 2

00

9

Ja

n 2

00

8

URUSAN 2008

Untuk pekerja

yang layak

setakat

01.01.2008

Pekerja

mula

layak

URUSAN 2009

Untuk pekerja

yang layak

sebelum atau

pada 01.01.2009

Ju

n 2

00

9