nowjhhghgh

13
Soalan 1 Konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran. Sejak kelahiran kita sentiasa mengalami proses pembelajaran dari semasa ke semasa , sama ada secara formal atau tidak formal . Semasa kecil lagi, kita mempelajari kemahiran menggunakan deria-deria serta anggota untuk mengetahui dan menyesuaikan diri dalam alam sekitar kehidupan. Apabila tiba masa masuk sekolah kita mempelajari kemahiran mendengar,membaca,menulis dan mengira dengan menggunakan kemahiran-kemahiran ini kita juga mempelajari ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai matapelajaran. Jadi dalam cerita Taare Zameen Paar ini Ishaan merupakan seorang murid yang mengalami kesukaran mengenal huruf dan membaca. Kesukaran ini juga lebih dikenali sebagai Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh seperti Ishaan juga yang tidak dapat menumpukan perhatian semasa menyiapkan kerja sekolah. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Contohnya cikgunya Ram Shankar Nikumbh semasa berjumpa dengan ayahnya untuk menerangkan keadaan Ishaan dengan mengatakan bahawa pelajar yang dapat membaca perkataan ‘Apple’ sekaligus dan membayangkannya. Tetapi Ishaan tidak dapat berbuat demikian. Seterusnya, alam belajar merangkumi sistem sosial yang merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan murid-muridnya. Sehubungan dengan itu bilik darjah dan kawasan sekolah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktivit-aktiviti yang dirancangkan berlandaskan strategi pengajaran dan pembelajaran. Melalui cerita ini , keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebagai alam belajar yang banyak bergantung kepada cara interaksi Ishaan dengan cikgunya Ram yang memberikan layanan yang baik kepadanya dan guru-guru lain yang tidak melayannya dengan baik. Bahan-bahan pembelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam alam belajar Ishaan kerana cikgu-cikgu lain tidak menunjukkan kelainan semasa mengajar tetapi

Upload: thillai-nayagi

Post on 30-Sep-2015

272 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nmnm

TRANSCRIPT

Soalan 1Konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.Sejak kelahiran kita sentiasa mengalami proses pembelajaran dari semasa ke semasa , sama ada secara formal atau tidak formal . Semasa kecil lagi, kita mempelajari kemahiran menggunakan deria-deria serta anggota untuk mengetahui dan menyesuaikan diri dalam alam sekitar kehidupan. Apabila tiba masa masuk sekolah kita mempelajari kemahiran mendengar,membaca,menulis dan mengira dengan menggunakan kemahiran-kemahiran ini kita juga mempelajari ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai matapelajaran. Jadi dalam cerita Taare Zameen Paar ini Ishaan merupakan seorang murid yang mengalami kesukaran mengenal huruf dan membaca.Kesukaran ini juga lebih dikenali sebagai Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh seperti Ishaan juga yang tidak dapat menumpukan perhatian semasa menyiapkan kerja sekolah. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Contohnya cikgunya Ram Shankar Nikumbh semasa berjumpa dengan ayahnya untuk menerangkan keadaan Ishaan dengan mengatakan bahawa pelajar yang dapat membaca perkataan Apple sekaligus dan membayangkannya. Tetapi Ishaan tidak dapat berbuat demikian.Seterusnya, alam belajar merangkumi sistem sosial yang merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan murid-muridnya. Sehubungan dengan itu bilik darjah dan kawasan sekolah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktivit-aktiviti yang dirancangkan berlandaskan strategi pengajaran dan pembelajaran.Melalui cerita ini , keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebagai alam belajar yang banyak bergantung kepada cara interaksi Ishaan dengan cikgunya Ram yang memberikan layanan yang baik kepadanya dan guru-guru lain yang tidak melayannya dengan baik. Bahan-bahan pembelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam alam belajar Ishaan kerana cikgu-cikgu lain tidak menunjukkan kelainan semasa mengajar tetapi cikgu Ram ini telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang maujud dan menarik untuk mendidik Ishaan yang menghadapi masalah pembelajaran. Faktor-faktor yang telah mempengaruhi cara dan suasana interaksi di dalam sekolah sebagai alam belajar pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal,faktor kemanusiaan dan faktor teknikal.Faktor fizikal merupakan keadaan fizikal pula termasuklah keadaan fizikal bilik darjah, bahan-bahan bantu mengajar dan persekitaran.Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar. Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif suatu suasana yang selesa perlu disediakan dalam cerita ini cikgu tersebut mengajar Ishaan dalam keadaan yang sangat selesa dengan menggunakan ruang yang besar untuknya contohnya semasa untuk mengatasi masalah mengira yang dihadapi oleh Ishaan cikgu tersebut mengajar operasi penambahan dan penolakan di tangga.Seterusnya suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih membolehkan pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang.Persekitaran sebegini membolehkan pelajar memberi tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Contohnya dalam cerita ini cikgu ini akan membawa pelajar-pelajarnya ke tepi tasik secara kebetulan Ishaan akan pergi ke sana tiap-tiap hari dan duduk di sana. Disebabkan persekitaran tersebut kondusif untuk alam belajarnya dia dapat menghasilkan satu kapal kecil yang dapat terapung di atas permukaan air dan mendapat pujian daripada cikgunya.Faktor kemanusiaan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu suasana sosial dan suasana emosi. Suasana sosial dalam cerita ini merujuk kepada hubungan dan corak interaksi di antara Ishaan dan murid-murid lain khasnya di bilik darjahnya. Murid-murid di kelas Ishaan suka mentertawakan Ishaan disebabkan kelemahannya menguasai pembelajaran. Murid-murid di kelas tersebut juga tidak berkawan dengan Ishaan kerana status sosial mereka tidak setaraf .Suasana emosi dalam cerita ini merujuk kepada perasaan murid-murid di sekolah tersebut terhadap guru-guru mereka. Misalnya , mereka berasa sangat takut dan gelisah apabila cikgu seni yang mengajar sebelum cikgu Ram bertindak agresif terhadap Ishaan dengan memukulnya.Ishaan yang sudah lama mempunyai bakat melukis sejak kacil juga tidak dapat mengeluarkan bakatnya dalam bidang melukis semasa cikgu tersebut mengajar kerana cikgu tersebut bertindak agresif terhadapnya. Sebaliknya apabila Ram Shankar Nikumbh menggantikan tempat cikgu agresif tersebut Ishaan dapat meluahkan bakat melukisnya dengan menjadi johan dalam pertandingan melukis yang dianjurkan khas oleh cikgu Ram untuknya. Guru yang bersifat peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana emosi kegembiraan dan kekitaan dalam bilik darjah. Pelajar-pelajar sekelas Ishaan juga akan menunjukkan minat yang mendalam semasa cikgu tersebut mengajar.Setiap guru di seluruh pelosok dunia harus mencontohi Ram Shankar Nikumbh kerana beliau merupakan seorang guru yang penyayang,peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil. Beliau sering mendampingi Ishaan yang mempunyai masalah pembelajaran dan mengambil inisiatif untuk memberikan yang terbaik kepadanya sekaligus cikgu tersebut dapat memberi alam belajar yang berkesan kepadanya. Disebabkan sifat-sifat yang mulia dan positif ini , murid-murid sedia menerima ajaran guru tersebut dalam suasana yang riang dan gembira. Jadi suasana emsoi yang kondusif seperti ini akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ataupun di dalam kawasan sekolah.Selain itu saya juga menyedari bahawa bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk belajar. Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat pelajar.Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira ilmu pengetahuan pelajar dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik darjah. Dalam cerita ini cikgu tersebut telah menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang berbeza untuk meyempurnakan alam belajar Ishaan. Cikgu tersebut juga juga menggunakan teknik didik hibur semasa mengajar dan memberikan kata-kata semangat kepada pelajar. Kreativiti yang wujud dalam bilik darjah telah menjadikan Ishaan lebih berminat dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu, pertandingan melukis yang dianjurkan oleh cikgu tersebut telah merangsang minat Ishaan dan satu menjadi satu platform kepadanya untuk menunjukkan bakatnya kepada cikgunya-cikgunya yang menganggapnya sebagai seorang pelajar yang bermsalah dan tidak berguna. Cikgu Ram juga memberikan ganjaran kepada Ishaan tetapi cikgu lain hanya memberikan hukuman kepadanya jadi perkara-perkara begini telah menjejaskan alam belajar Ishaan. Antara kaedah-kaedah yang digunakan oleh cikgu Ram untuk meningkatkan perkembangan alam belajar Ishaan dan pelajar-pelajar lain:

Teknik didik hibur

Mengajar Ishaan dengan penuh kasih sayang

Mengajar Ishaan menulis di pasir sebagai persediaan pramenulis

Sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada Ishaan dan pelajar-pelajarnya

Secara kesimpulannya,persekitaran dan sosial banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah-tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar dengan memahami keadaan pelajar dan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi mereka.

Soalan 2Teori pembelajaranCerita Taare Zameen Paar memaparkan Teori (behavioris), setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam cerita ini cikgu tersebut telah mengunakan pendekatan menulis di atas pasir, menulis di atas awan, membentuk huruf abjad dengan mengunakan tanah liat, mendengar sebutan yang betul melalui kaset, pengunaan tangga bagi menyelesaikan masalah mudah matematik.Cara penyampaian pengajaran yang baik dan kreatif menyebabkan Ishaan memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah pengunaan bahan-bahan maujud yang berwarna warni dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku terhadap Ishaan juga positif. Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu Ishaan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai huruf dan nombor dan berasa seronok. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila cikgu Ram memberikan ganjaran kepada ishaan apabila dia telah berjaya membentuk huruf menggunakan tanah liat, dia mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran cerita ini, guru tersebut telah memahami tingkahlaku-tingkahlaku Ishaan yang dapat meningkatkan pembelajarannya. Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkahlaku pelaziman yang dikemukakan oleh Pavlov boleh diaplikasikan dalam cerita ini. Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Cikgu tersebut memberikan latihan yang mencukupi kepada Ishaan supaya masalah pembelajaran yang dihadapinya selesai. Pelajar yang menerima peneguhan positif seperti bagus , anda berjaya , jawapan anda betul akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian. Tetapi dalam cerita ini cikgu Ram akan memuji Ishaan dengan memberikan tepukan kepadanya apabila dia berjaya membuat model kapal terbang semasa matapelajaran seni. Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian dan rangsangan setiap kali murid mendapat hasil yang baik , maka gerak balas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan seperti dalam cerita ini. Guru seharusnya peka terhadap setiap rangsangan yang telah mereka berikan kepada pelajar. Hal ini kerana penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tersebut tidak memberikan rangsangan dan peneguhan kepada Ishaan , lama-lama nanti dia tidak akan percaya dan berharap pada guru tersebut lagi maka berlakulah proses penghapusan. Perbezaan individuKonsep perbezaan individu boleh diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial dalam kalangan individu. Mengikut Dictionary of Psychology (1993), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat, dan lain;lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.Huraian ini menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.Menurut Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah individual differences are the variations observe among members of any group in particular characteristics, such as temperament, energy level, friendship patterns and parental- child attachment. Hensin dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching menyatakan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah ( contohnya seperti takut melakukan kesilapan takut bertanya).Sebagaimana yang telah dibincangkan ,faktor-faktor genetik dan pesekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani,intelek ,emosi dan sosial di antara satu yang lain.Ini bermakna,setiap orang pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Sama seperti Ishaan walaupun dia mempunyai masalah pembelajaran tetapi dia pandai melukis itu merupakan satu bakat yang sangat unik.Oleh itu,guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut perbezaan potensi individu. Sehubungan ini, guru harus gunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,pemulihan,pengayaan dan sebagainya,untuk melayan pelajar yang berbeza dari aspek jasmani,intelek,emosi dan sosialnya. Dalam cerita ini cikgu Ram menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk Ishaan yang mengalami masalah pembelajaran iaitu Disleksia. Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat keputusan diri sendiri dan kurang memahami konsep yang abstrak. Oleh itu, ramai murid menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Contohnya Ishaan tidak dapat menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh gurunya kerana ianya bersifat abstrak dan susah bagi dirinya yang menghadapi masalah pembelajaran. Seperti mana yang telah dihuraikan,murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek,jasmani,rohani,emosi,pengalaman,minat,bakat dan sebagainya.Oleh yang demikian,kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza.Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid,perbezaan perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat ,guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam keadaan ini, murid murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh mengikuti apa yang diajarkan oleh guru.Akibatnya,murid murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran kemahiran asas yang ditentukan.Ishaan telah bersekolah selama dua tahun namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil bagi memastikan terjadi sesuatu perubahan kepada rekod kemajuaannya. Malahan hampir memasuki tahun yang ke tiga Ishaan masih tidak boleh membaca dan menulis. Sekiranya pentadbiran sekolah yang efektif, pentadbiran boleh melaksanakan pendidikan khas masalah pembelajaran ataupun memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Contohnya, apabila guru melaporkan masalah Ishaan kepada Guru Besar secara bertubi-tubi menyebabkan Guru Besar hilang tumpuan dan tidak lagi memberi dorongan kepada guru untuk mengajar Ishaan. Malahan, mengambil keputusaan untuk mengeluarkan Ishaan dari sekolah tersebut bagi mengelakkan Ishaan menganggu masa pembelajaran rakan-rakannya. Tambahan pula, kelemahan Guru Besar tidak mengambil alternatif lain untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para guru untuk berkursus bagi meningkatkan tahap kebolehan pelbagai serta memantapkan pendekatan yang optimis kepada murid-murid. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian dan bimbangan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis.Murid murid dalam golongan ini biasanya kurang bermotivasi untuk belajar,tidak tahu cara belajara,termasuk cara menyelesaikan masalah,di samping tidak berdisiplin semasa belajar.Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa.Mereka biasanya kurang cerdas , lambat berfikir dan bertindak,serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru,sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Contohnya, apabila Ishaan keliru dengan huruf b dan d. Kadangkala, mengeja dengan tidak konsisten, sering menambah dan meninggalkan huruf pangkal dan hujung perkataan serta masalah dalam susunan huruf. Selain itu, menulis perkataan dengan terbalik atau salah. Contohnya top dan pot. Selain daripada itu, daya ingatan lemah, lemah dalam penyelesaian matematik dan keliru terhadap simbol dan tanda. Tetapi apabila cikgu Ram telah memberi tumpuan kepadanya dan mengajarnya secara individu Ishaan dapat menguasainya dengan baik.Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.Gaya pembelajaranGaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan. (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat , mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya. Menurut Dunn & Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Ada pelajar yang gemar cara belajar sendiri. Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang. Steward & Felicetti (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh belajar. Oleh itu, gaya pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dibelajari malahan menekankan bagaimana seseorang itu belajar.Jadi dalam cerita ini iaitu Taare Zameen Paar ini gaya pembelajaran Ishaan ialah gaya pembelajaran kinestetik. Dalam gaya pembelajaran ini murid dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Selain itu, murid jenis pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka. Sebagai contohnya, semasa waktu Pendidkan Seni dalam cerita ini, guru tersebut membawa murid-murid keluar dari kelas dan pergi ke tasik. Murid-murid diberi peluang menyentuh dan merasai barang-barang di sekeliling seperti rumput batu dan sebagainya. Selepas itu, Ishaan dapat menghasilkan satu kapal yang boleh terapung di permukaan air menggunakan bahan buangan. Selain itu Ishaan juga mempelajari operasi penambahan dan penolakn dengan menaiki dan menurun tangga.Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Oleh itu, selepas mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif.MotivasiAhli-ahli psikologi mazhab behavoris berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Maka kajian mereka adalah bertumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Hasil kajian mereka menunjukkan perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan menggunakan motivasi yang sesuai.Menurut mazhab ini guru-guru harus mencipta suasana pendidikan yang memberikan motivasi terhadap murid-murid secara konsisten untuk mencapai kejayaan akademik. Antara situasi pendidikan yang perlu diberi penekanan oleh guru tersebut ialah;memastikan penglibatan aktif Ishaan dalam semua aktiviti pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Penglibatan ini telah melahirkan perasaan ingin tahu yang merupakan naluri semulajadi kanak-kanak dalam diri Ishaan.Guru tersebut memberikan tugasan yang bersesuaian dengan kemampuan tahap kemampuan Ishaan agar matlamat pembelajaran tercapai. Ishaan berusaha mencapai matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru tersebut.Selain daripada mempelbagaikan strategi pembelajaran berasaskan kuiz, permainan, lakonan dan sebagainya, guru tersebut juga menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk murid-murid dapat meningkatkan motivasi murid-murid. Guru yakin dengan menggunakan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dapat meningkatkan pencapaian murid-murid. Teknik-teknik motivasi yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran, dapat meningkatkan penglibatan dan penyertaan anak murid di dalam bilik darjah. Lantas, dapat menyerlahkan potensi yang tersembunyi pada diri mereka dan dapat meningkatkan pencapaian akademik.Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dengan guru-guru yang sering mengambil berat serta guru-guru yang menghiburkan dapat menarik minat murid-murid untuk mengikut proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membina kepercayaan dan ikatan dengan murid-murid. Untuk mencapainya para guru mesti mempunyai komunikasi yang positif. Misalnya, memberikan senyuman dan mengangguk kepala apabila berinteraksi dengan murid seperti dalam cerita ini.

Soalan 3Dalam cerita ini guru tersebut telah menggunakan pendekatan pendekatan eklektik. Pendekatan ini adalah satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Segala ciri-ciri baik yang terdapat dalam pendekatan tertentu akan digabung dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tertentu. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan sesuai untuk pelajar-pelajar seperti Ishaan yang mempunyai masalah pembelajaran.Pengajaran eklektik ini amat membantu Ishaan dalam meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca.Pendekatan eklektik juga digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.Bentuk pengajaran yang menggunakan pendekatan eklektik ini adalah menggabungkan elemen-elemen daripada kedua-dua pendekatan iaitu induktif atau deduktif. Rasional amalan pendekatan induktif dan deduktif dalam sesi pengjaran dan pembelajaran ialah kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai aras dan kebolehan. Ada pelajar yang senang atau mudah memahami isi pelajaran jika diberi contoh dahulu dan ada pula pelajar yang mudah faham jika dibuat generalisasi terlebih dahulu dan diakhiri pengajaran pada hari itu dengan mengemukakan contoh-contoh bagi menjelaskan maksud atau konsep sesuatu perkara.Seterusnya strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam cerita ini adalah strategi pemusatan bahan. Di bawah strategi pemusatan bahan pelajaran,bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan menggunakan strategi ini ,guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah,lebih menarik serta lebih berkesan ,manakala murid murid pula boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.Terdapat pelbagai langkah pembelajaran dan bahan pembelajaran yang bermakna dan menyeronokan telah diambil oleh guru tersebut iaitu memulihkan kecelaruan pandangan dan penglihatan serta membina semula tahap keyakinan diri dan emosi Ishaan yang terganggu. Antaranya adalah seperti mengunakan pendekatan menulis di atas pasir, menulis di atas awan, membentuk huruf abjad dengan mengunakan tanah liat, mendengar sebutan yang betul melalui kaset, pengunaan tangga bagi menyelesaikan masalah mudah matematik. Strategi ini menekankan perkembangan kognitif,jasmani,sosial dan emosi.Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.Melalui latihan penggunaan bahan pembelajaran,murid dapat membina kemahiran mereka dengan penggunaan bahan pelajaran yang canggih.Di samping itu,mereka dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Sebagai seorang guru yang berdedikasi adalah guru yang sentiasa peka serta mencari pendekatan yang lebih berkesan dan mengunakan pelbagai strategi yang efektif untuk membantu kesulitan yang dihadapi oleh murid. Manfaat cerita ini adalah terdapat guru yang terlatih dengan pendidikan khas akan melakukan yang terbaik serta berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuan bagi mengatasi dan merawat masalah yang dihadapi. Cerita ini memaparkan guru seni yang bertanggungjawab dan baik hati telah menemui ibu bapanya, mengumpul semua hasil kerja dan buku kerja Ishaan sebagai rujukan untuk membantu guru membuat tindakan seterusnya dengan menggunakan bahan pembelajaran yang berwarna warni untuknya kerana Ishaan minat matapelajaran Seni.