resepi.doc

6
Bahan-bahan ( 1 Biji Kek ) 250 gram Cream Cheese 250 gram Krim Segar 1 tin susu sejat manis (apa-apa jenama) Sebungkus biskut Marie perisa coklat (apa-apa biskut pown boleh jer...lau biskut dah manis, kurangkan susu sejat manis....) Parutan Cheese Cheddar Cara-cara 1. * BAHAN A : Putar Cream Cheese, Krim Segar, susu sejat manis hingga sebati dalam blender.... 2. Sementara itu, sediakan bekas yang sesuai...x kisah bekas ape2 pown janji boleh...(alaskan bahagian bawah bekas dengan kertas aluminium) 3. Susun biskut marie selapis dan curahkan adunan BAHAN A di atasnya. Letak biskut marie lagi dan curahkan lagi adunan tadi...buat sampai semua biskut marie habis dan adunan tadi pun menutup keseluruhan biskut marie.... 4. Akhir sekali tabur Cheese Cheddar menutup lapisan atas kek supaya kelihatan macam salji..... 5. Walaa......siap sudah kek kita...simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam sebelum menikmatinya.... PiZzA seDaP Bahan-bahan ( 2org ) 3 1/2 tepung gandum....2 sudu gula....2 sudu yis....1 sudu garam...air suam ataupun susu tepung suam utk sos: sos pasta topping: keju,sosej atau apa2 yg disukai Cara-cara 1. masukkan tepung gandum,air@ susu tepung suam(utk bg hidup),gula,yis,garam...gaulkan shgga mnjadi doh 2. kmudian lembabkan kain bersih...letakkan diatas permukaan bekas adunan yg ada doh tadi..tunggu shgga doh mnjadi besar 2xkali ganda dari saiz asal

Upload: fizalomi-tajuddin

Post on 24-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: resepi.doc

Bahan-bahan ( 1 Biji Kek )

250 gram Cream Cheese

250 gram Krim Segar

1 tin susu sejat manis (apa-apa jenama)

Sebungkus biskut Marie perisa coklat (apa-apa biskut pown boleh jer...lau

biskut dah manis, kurangkan susu sejat manis....)

Parutan Cheese CheddarCara-cara

1. * BAHAN A : Putar Cream Cheese, Krim Segar, susu sejat manis hingga

sebati dalam blender....

2. Sementara itu, sediakan bekas yang sesuai...x kisah bekas ape2 pown

janji boleh...(alaskan bahagian bawah bekas dengan kertas aluminium)

3. Susun biskut marie selapis dan curahkan adunan BAHAN A di atasnya.

Letak biskut marie lagi dan curahkan lagi adunan tadi...buat sampai semua

biskut marie habis dan adunan tadi pun menutup keseluruhan biskut marie....

4. Akhir sekali tabur Cheese Cheddar menutup lapisan atas kek supaya

kelihatan macam salji.....

5. Walaa......siap sudah kek kita...simpan dalam peti sejuk selama lebih

kurang sejam sebelum menikmatinya....

PiZzA seDaP

Bahan-bahan ( 2org )

3 1/2 tepung gandum....2 sudu gula....2 sudu yis....1 sudu garam...air

suam ataupun susu tepung suam

utk sos: sos pasta topping: keju,sosej atau apa2 yg disukaiCara-cara

1. masukkan tepung gandum,air@ susu tepung suam(utk bg

hidup),gula,yis,garam...gaulkan shgga mnjadi doh

2. kmudian lembabkan kain bersih...letakkan diatas permukaan bekas

adunan yg ada doh tadi..tunggu shgga doh mnjadi besar 2xkali ganda dari saiz

asal

3. setelah doh mnjadi kembang,angkat dan uli..leperkan shgga mnipis sedikit

4. utk akhir sekali ltakkan sos pasta dan bahan2 seperti sosej ataupun

keju..bakar selama 20minit pada suhu 180'c

Page 2: resepi.doc

Ayam Masak Phat Phet

bahan-bahan ( 5 orang makan )

7-8 ketul ayam ( kalau lebih pun tak apa,asalkan boleh bajet dgn kuah)

3cm kunyit

3cm lengkuas

6 ulas bawang putih

2 batang serai

5helai daun limau purut

2cm belacan

kacang panjang

7 biji cili ( kalau yang suka pedas,.boleh tambah)

garam, gula dan serbuk perasaCara-cara

1. kunyit, lengkuas, bwg putih, serai, cili, daun limau purut -dikisar

2. panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yang dikisar hingga naik

bau

3. masukkan belacan dan beberapa helai lagi daun limau purut yg dikoyak-

koyakkan/ dipotong

4. masukkan ayam yang telah digoreng tanpa perasa @ digoreng tawar

5. masukkan pula kacang panjang

6. akhir sekali,.perasakan dgn gula,garam dan serbuk perasa.

Broccoli & Macaroni Bakar

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 sudu besar minyak zaitun

1 labu bawang besar,potong dadu

1 tin tomato dah siap potong

1 sudu besar butter

600ml susu segar

sedikit serbuk buah pala atau sedikit serbuk kayu manis

sepeket macaroni

1 broccoli sederhana,dipotong menjadi pokok2 kecik

1/2 cawan cheddar cheese,diparut

garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

1/4 cawan tepung gandumCara-cara

Page 3: resepi.doc

1. Masak macaroni dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam dan

beberapa titis minyak zaitun selama lebih kurang 10minit.Setelah masak,toskan

airnya

2. Rebus broccoli selama 3-4minit sekadar lembut sedikit je.Toskan.

3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang hingga

wangi.Masukkan tomato potong dan perasakan dengan garam dan serbuk lada

hitam

4. Masak selama 10minit sambil dikacau hingga sos memekat.

5. Dalam periuk lain,masukkan butter,tepung,serbuk buah pala dan

susu.Didihkan dan kacau dengan pemukul telur smpai sekata dan

pekat.Masukkan 3/4 daripada cheese yang diparut dan kacau sebati

6. Gaulkan macaroni yang telah dimasak,broccoli,bersama sos cheese tadi

dan masukkan separuh daripada campuran ni dalam oven dish

7. Lapiskan sos tomato yang dimasak tadi diaatas campuran

macaroni,menutupi keseluruhan bahagian atasnya

8. Setelah itu,masukkan baki macaroni tadi diatas lapisan sos tomato.Akhir

sekali,taburkan sekata baki parutan cheese

9. Grill dalam oven selama 5-8minit hingga atasnya kekuningan.

Kerabu Ikan Rebus

Bahan-bahan ( Semangkuk )

3 ekor ikan kembung (direbus dengan asam keping + Hancurkan isi)

2 biji tomato (Buang biji + potong memanjang)

1 biji bawang besar (potong)

3 camca serbuk beras (beras goreng + kisar kasar)

1 camca kerisik

2 camca air asam / air limau nipis

Bahan-bahan ditumbuk :

5 biji cili padi (Kalau nak pedas lebihkan lagi)

2 biji cili besar

Sedikit belacan

Sedikit garamCara-cara

1. Gaul semua bahan sehingga menepati citarasa tekak anda dan hidang

dengan nasi panas-panas.

Page 4: resepi.doc

Roti Pizza Simple

Bahan-bahan ( ikut sukatan sendiri )

Beberapa keping roti potong

Sayur 3 beradik (Jagung, kacang peas & lobak merah)

Sosej - dihiris kepingan tipis

Kepingan slice cheese - dipotong memanjang

Cili sos

Mayonis

Serbuk lada hitam & serbuk lada sulah (Optional)Cara-cara

1. Sapu permukaan roti dengan sos cili.

2. Tabur sayur tiga beradik dan kepingan sosej.

3. Paipkan mayonis di atasnya. Susun slice cheese seperti dalam gambar.

4. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah di atasnya. Bakar lebih

kurang 15 minit atau sehingga cheese mencair.

5.

Gambar sebelum kejadian...

Gambar setelah kejadian

Roti Pita dengan Daging

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

3 ulas bawang putih dipotong kecil

1 bawang besar dipotong kecil

4 cendawan (dalam tin) dipotong kecil

200g daging (atau ayam) kisar

3 sudu besar Sos BBQ Heinz

2 sudu besar Sos Tomato

1/2 sudu besar gula

2 sudu besar air

Cabbage dan tomato (yang dihiris kecil-kecil)

Serbuk lada secukup rasa

4 roti pitaCara-cara

1. Potong bawang putih, bawang besar dan cendawan kecil-kecil.

2.

Page 5: resepi.doc

Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali dan tumis bawang putih dan

bawang besar. Masukkan cendawan.

3. Selepas goreng seketika, masukkan daging kisar dan goreng sehingga

masak. Daging akan bertukar menjadi warna kelabu.

4. Masukkan sos BBQ, sos tomato dan air. Goreng sehingga sebati.

5. Potong roti pita kepada dua. Potong tengahnya. Sapukan mentega pada

bahagian dalam roti pita tersebut.

6. Masukkan daging dan sayur ke dalam roti pita tersebut. Pastikan tak

mengoyak roti pita itu.

7. Bakar di dalam oven kecil selama 10-15 minit sehingga ia rangup.

8. Nota :

- Sayur lain seperti lobak boleh digoreng bersama daging tersebut. Tetapi harus

dipotong kecil

- Keju juga boleh diletakkan untuk menjadikannya lebih sedap

murtabak maggie special punya

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

1 bungkus maggie perisa kari (dgn perencahnya sekali)

2 biji telur ayam

sedikit sayur kobis (hiris halus)

3-4 batang sausage/salami (hiris nipis)

cheddar cheese (yg disiap hiris)

sedikit lada hitam

sedikit susu fresh milk

minyak

sos ciliCara-cara

1. rebus maggie dan toskan.letak tepi.

2. masukkan sausage/salami ke dlm microwave selama 3-4 minit.biar

setengah masak.kemudian ketepikan.

3. dalam satu mangkuk besar,tuangkan maggie yg telas ditoskan td,bersama

sausage/salami.masukkan perencah kari maggie.kesemuannya.

4. kacau sebati.kemudian,masukkan 2 biji telur ke dlm mangkuk yg sama

beserta sedikit fresh milik.gaul sebati.jika tidak mahu menggunakan susu,boleh

tambah 1 biji telur lagi.

5. masukkan sayur kobis yg dicincang halus dan cheese juga. akhir sekali

taburkan sedikit serbuk lada hitam.gaul sebati.

Page 6: resepi.doc

6. panaskan kuali dan tuangkan minyak.tuangkan adunan maggie td ke

dalam kuali.ratakan adunan di dalam kuali.jgn biarkan adunan di satu tempat

sahaja.

7. setelah agak garing,bolehlah terbalikkan murtabak maggie utk bahagian

sebelah masak pula. siap!boleh la dihidangkan bersama sos cili.