xvtyb2345

8
CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) MINGGU 1 / Tarikh: 29 Mac hingga 02 April 2015. (Ahad – Khamis) 1. ISU/ perkara yang di fokus; LATIHAN SUKAN DAN PERMAINAN 1. Jadual latihan pasukan bola sepak sekolah untuk ke pertandingan peringkat MSSD yang akan diadakan pada 14 hingga 16 April 2015. . . 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. 1. Menyediakan jadual guru bertugas untuk melatih pemain bola sepak sekolah bagi memastikan pasukan sekolah mantap sebelum ke pertandingan peringkat MSSD yang akan diadakan pada 14 hingga 16 April. Guru-guru lelaki di tugaskan membantu En. Asmar bin Buntat melatih pasukan sekolah bermula jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi setiap hari mengikut waktu ‘free’ guru tersebut. Tugas saya menyusun jadual supaya bukan hanya seorang sahaja guru yang terlibat. Pada masa yang sama, tidak ada kelas yang tiada guru. Oleh sebab itulah diberikan giliran kepada guru yang tiada kelas pada waktu pagi. 2. Untuk latihan di sebelah petang pula, tugas melatih diberikan kepada juru latih pasukan sekolah melaksanakannya secara intensif.

Upload: johnkopey

Post on 03-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

soklan xtvt

TRANSCRIPT

Page 1: xvtyb2345

CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 1 / Tarikh: 29 Mac hingga 02 April 2015. (Ahad – Khamis)

1. ISU/ perkara yang di fokus;

LATIHAN SUKAN DAN PERMAINAN

1. Jadual latihan pasukan bola sepak sekolah untuk ke pertandingan

peringkat MSSD yang akan diadakan pada 14 hingga 16 April 2015.

.

.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.

1. Menyediakan jadual guru bertugas untuk melatih pemain bola sepak

sekolah bagi memastikan pasukan sekolah mantap sebelum ke

pertandingan peringkat MSSD yang akan diadakan pada 14 hingga 16

April. Guru-guru lelaki di tugaskan membantu En. Asmar bin Buntat

melatih pasukan sekolah bermula jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi setiap

hari mengikut waktu ‘free’ guru tersebut. Tugas saya menyusun jadual

supaya bukan hanya seorang sahaja guru yang terlibat. Pada masa yang

sama, tidak ada kelas yang tiada guru. Oleh sebab itulah diberikan giliran

kepada guru yang tiada kelas pada waktu pagi.

2. Untuk latihan di sebelah petang pula, tugas melatih diberikan kepada juru

latih pasukan sekolah melaksanakannya secara intensif.

3. Menghantar surat permohonan balik awal sekolah agama petang untuk

menjalani latihan bermula pukul 5.00 petang.

4. Menguruskan tuntutan makan untuk pasukan catur sekolah yang akan

menyertai pertandingan di peringkat MSSD yang akan diadakan di dewan

SMK Anjung Batu Mersing pada 06 April 2015.

5. Memberikan tugas kepada jurulatih dan pengurus pasukan untuk

memastikan pelajar telah cukup bersedia dari segi mental dan fizikal

sebelum hari pertandingan.

6. Memberikan semangat dan dorongan kepada peserta yang akan

mengambil bahagian.

7. Memantau perjalan latihan mereka setiap hari sepanjang minggu.

Page 2: xvtyb2345

Kekuatan

1. Jadual yang disediakan dipatuhi tanpa rungutan demi untuk melihat

kejayaan pasukan sekolah dalam kokurikulum terutama kepada pasukan

bola sepak sekolah.

2. Mempunyai jurulatih yang berpengalaman dan mahir.

Kelemahan

1. Tidak semua guru terlibat dalam satu-satu masa. Ada juga guru yang

tidak terlibat langsung kerana waktu pagi mereka mempunyai jadual kelas

yang padat dan tidak berpeluang melatih pasukan sekolah.

3. Cadangan Penambahbaikan

1. Memulakan latihan lebih awal, sebaik-baiknya dari bulan Januari, supaya

peserta menguasai setiap kemahiran dengan baik dan dapat memberikan

persembahan yang cemerlang ketika beraksi di padang, serta dapat

meraih satu pingat untuk sekolah.

Page 3: xvtyb2345

CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 2 / Tarikh: Isnin – 06 April 2015

1. ISU/ perkara yang di fokus;Pengurusan pasukan catur sekolah ke pertandingan di peringkat MSSD

Mersing.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.1. Menguruskan tuntutan makan untuk pasukan catur sekolah yang akan

menyertai pertandingan di peringkat MSSD yang akan diadakan di dewan SMK Anjung Batu Mersing.

2. Memberikan tugas kepada jurulatih dan pengurus pasukan untuk

memastikan pelajar telah cukup bersedia dari segi mental dan fizikal

sebelum hari pertandingan.

3. Membuat dan menghantar surat cuti sekolah agama untuk pelajar yang

terlibat dalam pertandingan seramai 10 orang peserta yang melibatkan 5

buat sekolah agama di sekitar Mersing.

4. Memberikan semangat dan dorongan kepada peserta yang akan

mengambil bahagian.

5. Memantau perjalan latihan mereka setiap hari sepanjang minggu.

Kekuatan1. Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru sebagai jurulatih dan pengurus

pasukan sekolah amat baik sekali.

2. Minat murid yang mendalam dalam sukan catur melayakkan sekolah luar

bandar ini menyertai pertandingan walaupun tidak dapat menjuarai

pertandingan tersebut.

Kelemahan

1. Tidak mempunyai jurulatih yang benar-benar mahir dalam permainan

catur.

2. Tidak semua pelajar dan guru mendapat peluang melibatkan diri.

4. Cadangan Penambahbaikan

Page 4: xvtyb2345

1. Pihak sekolah akan membuat cadangan kepada PIBG dalam mesyuarat

jawatankuasanya agar pihak PIBG dapat menyumbangkan tenaga melatih

pasukan catur sekolah pada masa akan datang kerana pihak sekolah

dimaklumkan ada pakar dalam permainan tersebut di kalangan AJK PIBG

sendiri.

2. Memberikan peluang kepada pelajar yang berminat dengan permainan

catur menyertai persatuan/kelab catur yang baru ditubuhkan oleh unit

kokurikulum sekolah.

Page 5: xvtyb2345

CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 3 / Tarikh: 14-16 April 2015 (Selasa hingga Khamis)

1. ISU/ perkara yang di fokus;

Menguruskan Kejohanan Bola Sepak MSSD Mersing yang diadakan di zon

Endau.

.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.

1. Menyediakan pengangkutan untuk pemain pergi ke tempat pertandingan

menepati masa/jadual pertandingan yang telah ditetapkan.

2. Memastikan semua peserta dalam keadaan selamat pergi dan balik dari

pertandingan.

3. Menyediakan makanan dan minuman untuk peserta setiap hari

pertandingan.

4. Melantik pengurus pasukan dan guru pengiring yang akan mengawal

murid sepanjang pertandingan.

Kekuatan

1. Latihan yang cukup dan mantap.

2. Murid yang terlibat cukup bersedia dari aspek fizikal dan mental sebelum

pertandingan.

3. Berjaya menjadi johan kumpulan dan mara ke peringkat separuh akhir.

Kelemahan

Pasukan sekolah hanya mampu meraih tempat ketiga sahaja.

3. Cadangan Penambahbaikan

Mulakan sesi latihan lebih awal serta membuat saringan bagi memilih pemain

sekolah untuk tahun hadapan pada hujung tahun ini. Latihan akan diadakan

pada waktu cuti persekolahan3

Page 6: xvtyb2345

CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 4 / Tarikh: Khamis – 23 April 2015

1. ISU/ perkara yang di fokus;

Pelaksanaan Program Kem Membaca 1 Malaysia

.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.

Perjalanan Program menepati masa yang dirancang.

Kekuatan

Taklimat ringkas dengan senarai jawatankuasa yang lengkap telah dibuat

seminggu lebih awal dari tarikh program dilaksanakan. Guru-guru yang

terlibat memberikan komitmen yang sangat baik untuk menjayakan program.

Terdapat juga pihak ibubapa yang hadir dan membantu menyediakan

persiapan untuk anak-anak mereka menyertai beberapa pertandingan.

Kelemahan

Kekurangan kelengkapan PA system yang baik menyebabkan perjalanan

majlis tergendala beberapa kali.

3. Cadangan Penambahbaikan

Mencadangkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk mencari dana bagi

membeli set PA system yang lebih baik kerana kelengkapan yang ada sudah

terlalu lama dan kadangkala tidak dapat digunakan dengan sempurna.