keapungan

9
Page 1 PEDAGOGI PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN (PPIK) KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH PPIK 2: APUNGAN ,TERAPUNG DAN TENGGELAM Hasil pembelajaran : Menyiasat keadaan yang diperlukan untuk apungan, terapung dan tenggelam Bahan bahan : Dua silinder penyukat, larutan garam,2 biji telur,besen air dan lima ketul plastisin(setiap satu 50 g) Aktiviti : Menyiasat mengapa jasad terapung dan tenggelam di dalam cecair Prosedur: 1. Satu silinder diisi penuh dengan air paip dan satu lagi diisi dengan larutan garam.Telur dimasukkan ke dalam setiap silinder penyukat dan diperhatikan apa yang terjadi. 2. 3 bijibebola plastisin diambil(50g setiap satu). 2 bebola dibentukkan kepada bentuk bot dengan satu sisi rendah dan satu sisi tinggi. 3. 50 g bebola plastisin dan kedua dua bot dimasukkan ke dalam besen air yang diisi dengan air.Pemerhatian direkodkan. ¾ 4. Dua biji bebola 50g dimasukkan perlahan lahan ditengah- tengah bot setiap satu.Pemerhatian direkodkan. 5. Setiap pemerhatian dinyatakan inferens. Pemerhatian : Keputusan : Laporan prosedur 1 : Keapungan telur Mengenalpasti masalah : Adakah cecair yang berlainan jenis ketumpatan akan menghasilkan kesan keapungan yang berlainan. Hipotesis ; Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan objek (telur) Keputusan :

Upload: yushaidy-mohamad-yunus

Post on 17-Jan-2016

154 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Fizik

TRANSCRIPT

Page 1: Keapungan

Page

1

PEDAGOGI PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN (PPIK) KURIKULUM SAINS

SEKOLAH RENDAH

PPIK 2: APUNGAN ,TERAPUNG DAN TENGGELAM

Hasil pembelajaran : Menyiasat keadaan yang diperlukan untuk apungan, terapung dan tenggelam

Bahan –bahan : Dua silinder penyukat, larutan garam,2 biji telur,besen air dan lima ketul plastisin(setiap satu 50 g)

Aktiviti : Menyiasat mengapa jasad terapung dan tenggelam di dalam cecair

Prosedur:

1. Satu silinder diisi penuh dengan air paip dan satu lagi diisi dengan larutan garam.Telur dimasukkan ke dalam setiap silinder penyukat dan diperhatikan apa yang terjadi.

2. 3 bijibebola plastisin diambil(50g setiap satu). 2 bebola dibentukkan kepada bentuk bot dengan satu sisi rendah dan satu sisi tinggi.

3. 50 g bebola plastisin dan kedua – dua bot dimasukkan ke dalam besen air yang diisi dengan ¾ air.Pemerhatian direkodkan.

4. Dua biji bebola 50g dimasukkan perlahan – lahan ditengah- tengah bot setiap satu.Pemerhatian direkodkan.

5. Setiap pemerhatian dinyatakan inferens.

Pemerhatian :

Keputusan :

Laporan prosedur 1 : Keapungan telur

Mengenalpasti masalah :

Adakah cecair yang berlainan jenis ketumpatan akan menghasilkan kesan

keapungan yang berlainan.

Hipotesis ;

Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan objek (telur)

Page 2: Keapungan

Page

2

Keputusan :

Pemerhatian

Air paip + telur Telur tenggelam ke dasar air paip

Larutan garam + telur Telur hanya tenggelam di bawah

permukaan air.

Inferens :

Telur lebih tumpat dari air paip tetapi air paip kurang tumpat berbanding

dengan larutan garam.

Perbincangan :

Telur tenggelam sepenuhnya dalam air paip dan menunjukkan bahawa telur

lebih tumpat daripada air paip tetapi telur berada pada permukaan larutan

garam dan menunjukkan bahawa ketumpatan larutan dan cecair

mempengaruhi daya keapungan telur. Semakin tumpat sesuatu cecair maka

ketumpatan cecair akan menghasilkan daya tujah air yang lebih kuat dan

boleh mengatasi berat suatu objek.Ada beberapa perkara yang dapat

ditambahbaik dalam eksperimen ini iaitu dengan menambah satu jenis larutan

lagi seperti larutan air kolam untuk membandingkan dari segi kepelbagaian

cecair yang digunakan. Ini membolehkan murid dapat mengembangkan lagi

kemahiran dan pengetahuan mereka kerana menggunakan lebih banyak

contoh dan dapat membuat banding beza.

Kesimpulan :

Hipotesis diterima,di mana ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar

keapungan objek. Ini dibuktikan dengan menggunakan larutan garam yang

lebih tumpat kerana terdapat banyak bahan lain seperti garam menambahkan

lagi ketumpatan air dan menyebabkan telur tidak tenggelam sepenuhnya

tetapi berada di bawah permukaan larutan garam sahaja berbanding air paip.

Page 3: Keapungan

Page

3

Laporan aktiviti 2 :

Mengenalpasti masalah :

Adakah bentuk dan ketinggian sisi perahu mempengaruhi kepaungan dan

tenggelam sesuatu objek.

Hipotesis :

Bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan sesuatu objek.

Keputusan :

Pemerhatian Inferens

Perahu sisi rendah Perahu terapung tetapi

apabila bola plastisin

50g diletakkan di dalam

perahu,perahu

tenggelam sepenuhnya

ke dasar besen kerana

tebing perahu dimasuki

air.

Apabila terdapat muatan

yang berat, sisi perahu

tidak dapat menampung

atau menghalang air

masuk dan

menyebabkan perahu

tenggelam. Sisi perahu

rendah sebabkan ia

tenggelam walaupun

pada awalnya perahu

terapung.

Perahu sisi tinggi Perahu terapung dalam

besen. Apabila bola

plastiisb 50g

dimasukkan ,sisi perahu

tenggelam sedikit tetapi

masih terapung. Air

tidak memasuki perahu.

Disebabkan sisi perahu

tinggi,muatan yang

diletakkan tidak akan

menenggelamkan

perahu. Ia masih dapat

menampung berat bola

plastisin 50g.

Page 4: Keapungan

Page

4

Perbincangan :

Eksperimen ini telah membuktikan beberapa faktor yang mmepengaruhi

kepaungan objek. Dapat disimpulan bahawa jisim yang sama iaitu bola

plastisin 50g tetapi dengan bentuk yang berlainan di mana bentuk perahi

bersisi rendah dan tinggi serta sfera tetapi menghasilkan 3 keadaan yang

berbeza.

Eksperimen ini dapat ditambahbaik untuk memperkukuhkan kefahaman dan

teori murid,bentuk plastisin boleh diubah menjadi segi empat,segitiga,bebola

yang dalamnya berongga,tanah liat yang dileperkan menjadi lebih besar. Ini

dapat menambahkan daya tarikan di samping meningkatkan kefahaman.

Kesimpulan :

Hipotesis diterima . Bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi

keapungan sesuatu objek.. Hal ini dibuktikan dalam keputusan di atas. Bola

plastisin berjisim 50g yang berbentuk sfera dan dimampatkan menyebabkan

tenggelam manakala perahu yang ditambah beban 50g bersisi rendah

tenggelam berbanding yang bersisi tinggi.

Page 5: Keapungan

Page

5

Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran ;

1. Mengapa objek terapung atau tenggelam di dalam cecair ?

Setiap objek mempunyai ketumpatannya. Jika cecair lebih tumpat

daripada objek maka objek akan terapung kerana terdapat daya tujahan

yang bertindak dari cecair maka objek tersebut akan tenggelam kerana

daya tujahan cecair tidak mampu untuk mengatasi berat objek. Formula

kepaungan objek F1 = mv iaitu daya apungan adalah berkadar terus

dengan m ,jisim objek dengan v,isipadu.

2. Bolehkah suatu objek yang lebih tumpat daripada air terapung di atas air?

Terangkan.

Objek yang lebih tumpat daripada air akan tenggelam kerana daya tujahan

cecair tidak mampu untuk mengatasi berat objek tetapi terdapat faktor lain

yeng mempengaruhi. Antaranya ialah bentuk objek .objek yang lebih

tumpat boleh terapung dengan syarat diubahsuai bentuknya seperti kapal

yang terapung di permukaan air.

Page 6: Keapungan

Page

6

3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi apungan sesuatu objek.

Faktor keapungan objek :

a. Bentuk – sekiranya bentuk terdapat ruang udara atau bentuk perahu

yang mempunyai sisi maka perahu tersebut terapung. Sekiranya sfera

mungkin akan tenggelam.

b. Ketumpatan – di mana jika cecair lebih tumpat dari objek maka objek

akan timbul tetapi jika cecair kurang tumpat maka objek akan

tenggelam .

4. Apa yang anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti ini?

Saya telah mempelajari konsep keapungan itu berlaku. Keapungan

terdapat 3 faktor iaitu ketumpatan cecair di mana cecair yang lebih tumpat

akan menyebabkan objek timbul manakal sekiranya ketumpatan kurang

akan menyebabkan objek tenggelam . Selain itu, bentuk dan saiz objek

mempengaruhi keapungan iaitu objek yang sama berat tetapi saiz

berlainan akan mendapatkan keputusan yang berbeza.Contohnya sisi

perahu tyang bersisi tinggi dengan bola plastisin berjisim 50g akan

menyebabkan tenggelam.Saya mempelajari ciri kapal yang selamat

seperti mempunyai rongga yang banyak,tebing tinggi dan keadaan tapak

yang tirus. Ini merupakan pengetahuan yang penting keranan

keselamatan adalah bergantung kepada ciri-ciri yang dia atas.

5. Bahagaian yang manakah di dalam Kurikulum sains Rendah mengajar

topik ini?

KSSR Tahun 1 : Tema mengenai mempelajari Dunia sekeliling Kita

(Mengenalpasti bahan yang timbul dan tenggelam)

6. Bincang bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini di dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Page 7: Keapungan

Page

7

Set induksi dan pengukuhan : di mana kita membawa murid kita untuk

memahami bagaimana bahan seperti telur dan plastisin boleh terapung.

Kita juga boleh menambah beberapa objek lain untuk megukuhkan

kefahaman murid tentang apungan dan tenggelam.

7. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

Sebagai guru kita bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing murid

untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Selain itu, kita boleh juga memberi

dorongan untuk murid melakukan aktiviti ini secara individu atau

berkumpulan.

Page 8: Keapungan

Page

8

PPIK 1 : KERJA DAN MESIN

Hasil Pembelajaran :

Membina mesin ringkas dan mesin majmuk

Bahan /alat :

Satah condong , beban , takal, blok kayu

Mengenalpasti masalah :

Mesin ringkas memudahkan

Hipotesis :

Semakin tinggi MA , semakin rendah daya yang dikenakan terhadap rintangan

Aktiviti :

1. Dua set satah condong seperti yang ditunjukkan di bawah disediakan .

A B

10cm10cm

Page 9: Keapungan

Page

9

Cuba tolak beban yang sama di atas kedua-dua satah condong. Yang manakan lebih

mudah ?

Beban yang berada pada satah condong yang lebih landai lebih mudah daripada

yang curam.

Apabila anda menggandakan panjang satah condong ,anda ______________

faedah mekanikal.

2. 4 set takal dibina dengan beban yang sama seperti yang ditunjukkan di bawah.

Set takal yang manakah memerlukan kurang daya untuk mengangkat beban?

Terangkan.

Set takal A. Kerana

3. Mengenalpasti masalah .

Contoh : Bagaimana memetik buah dari pokok yang tinggi.