lmck1621

23
LMCK1621 ETIKA & PROFESIONAL (Tugasan Berkumpulan) Nama Ahli : 1. Claudia Christy Binti Blaise A150721 2. Nur Amira Irdeena Binti Mohd Rafi A151153

Upload: mohd-izzuddin-che-azahari

Post on 21-Dec-2015

5 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ETIKA & PROFESIONAL

TRANSCRIPT

Page 1: LMCK1621

LMCK1621

ETIKA & PROFESIONAL

(Tugasan Berkumpulan)

Nama Ahli   :

1.               Claudia Christy Binti Blaise                   A150721

2.               Nur Amira Irdeena Binti Mohd Rafi       A151153

3.               Nur Hafizah Binti Abdul Aziz                A151163

4.               Nur Fatihah Binti Abdul Rahman           A151131

5.               A.S. Nor Farah Fadzila Binti Ibrahim    A15123

Page 2: LMCK1621

1.0  Pengenalan

Kita sebagai manusia haruslah sentiasa beretika. Etika merujuk kepada kajian dan pembangunan

standard etika seseorang (Fall 1987). Tujuan kita perlu beretika dalam teknologi adalah untuk

mendapatkan konsep yang sama mengenai penilaian baik dan buruk bagi teknologi mahupun

manusia.

Pertama, etika merujuk kepada standard yang diasaskan benar dan  salah dengan menetapkan apa

yang manusia perlu lakukan, biasanya dari segi hak, halangan, faedah kepada masyarakat,

keadilan, atau nilai-nilai tertentu. Etika, sebagai contoh, merujuk kepada piawaian yang

mengenakan kewajipan yang munasabah untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara

yang dilarang seperti; rogol, mencuri, pembunuhan, serangan, fitnah dan penipuan. Standard

etika juga termasuk orang-orang yang menyuruh berbuat kebaikan kejujuran, belas kasihan, dan

kesetiaan. Selain daripada itu, standard etika juga termasuk piawaian yang berhubungan dengan

hak, seperti hak untuk hidup, hak untuk bebas daripada kecederaan, dan hak untuk privasi.

Piawaian tersebut adalah standard etika yang mencukupi kerana ia disokong oleh sebab-sebab

yang konsisten dan berasas. Etika bukan sahaja bermaksud beretika di kalangan manusia dan

alam sekitar, malah, juga di dunia teknologi.

Teknologi pula membawa maksud ilmu pengetahuan yang dikhaskan untuk mencipta alat,

tindakan memproses dan mengekstrak bahan. Istilah 'Teknologi" adalah luas dan setiap orang

mempunyai cara mereka sendiri untuk mentafsir makna teknologi. (Karehka Ramey 2013).

Teknologi juga merupakan aplikasi sains untuk menyelesaikan masalah. Tetapi apa yang kita

perlu tahu adalah bahawa teknologi dan sains adalah mata pelajaran yang sama pentingnya dan

berkait rapat untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang khusus atau menyelesaikan sesuatu

masalah. Kita menggunakan teknologi dalam hampir semua yang kita lakukan dalam kehidupan

kita, kita menggunakan teknologi di tempat kerja,  kita menggunakan teknologi untuk

komunikasi, pengangkutan, pembelajaran, pengeluaran, mewujudkan artifak, mendapatkan data,

dan banyak lagi. Teknologi adalah pengetahuan manusia yang melibatkan alat, bahan dan sistem.

Penggunaan teknologi menyebabkan artifak atau produk. Jika teknologi ini juga digunakan, ia

boleh memberi manfaat kepada manusia, tetapi jika ia salah digunakan, ia boleh menyebabkan

kemudaratan kepada manusia.

Page 3: LMCK1621

Seperti mana yang kita tahu, kita sebagai manusia tidak seharusnya beretika kepada sesama

manusia sahaja, malah juga terhadap teknologi, yang kita sedang gunakan sekarang. Dalam

beberapa aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), terdapat hubungan yang rapat

dengan etika profesional, terutama dalam memahami dan menghormati budaya kerja yang sedia

ada, memahami profesion dan kedudukan, memahami peraturan syarikat dan organisasi, serta

memahami undang-undang. Etika profesional yang juga perlu difahami adalah kod etika dalam

bidang ICT, di mana pengguna perlu memilih program atau perisian yang mereka akan gunakan;

sama ada ia adalah sah di sisi undang-undang atau tidak sah, kerana semua program atau system

akan kebiasaanya akan wujud penggunaan tatacara atau perjanjian lesen.

Page 4: LMCK1621

2.0 Perbincangan

Seperti mana yang kita tahu, pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi dalam dunia teknologi,

maka, punca masalah ini juga dikaji dan dinyatakan di dalam laporan yang berkenaan etika

dalam teknologi ini. Setelah itu laporan ini juga akan membincangkan masalah tersebut serta

langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya. Langkah-langkah tersebut diperlulah

diambil oleh semua pihak supaya ianya akan berkesan.

Selain daripada itu juga, terdapat juga kesan-kesan baik dan buruk yang dibincangkan di dalam

laporan ini. Kesan-kesan tersebut termasuklah kesan kepada pelajar, masyarakat dan negara.

Page 5: LMCK1621

KEPENTINGAN TEKNOLOGI

        Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat

penting. Teknologi ini sudah menguasai dunia ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat manusia

menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai

dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan

ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung.

Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

        Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tenti sekali mendatangkan kebaikan serta

keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada

pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan

pengurusan dan pentadbiran negara kearah lebih sistematik dan teratur. Segala urusan baik

kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja

menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT

sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih

cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta

nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan

sbagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan danya ICT, dapat diproses dan disimpan dengan

segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teller atutomatik (ATM) dan

internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar.

        Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran

dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika

dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai ‘kompas’

semasa belayar. Jika dahulu ada yang merujuk keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca

ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena

alam dapat diramal dengan lebih tepat secara terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar

awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal

dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa.

        Banjir, ribut taufan, tsunami dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang

tidak dapat kita jangka. Kita sebagai manusia, perlu mengawalnya dengan membuat persediaan

rapi kerana kita perlu mengambil sikap siap siaga dan perlu sediakan paying sebelum hujan.

Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan

Page 6: LMCK1621

awal. Sebagai contoh, system satelit aeronautic (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang

melintasi Lautan Atlantika dan Pasifik. Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam

system pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem

Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping

berfungsi sebagai panduan.  

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini

dapat dibuktikan apabila ICT dapat mempercepatkan hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan

menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh

dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan dunia tanpa sempadan. Kita dapat

berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, system pesanan ringkas

(SMS), Skype dan sbagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia

dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yag berlaku di

seluruh dunia juga dapat diikuti dengan serta merta seperti siaran langsung konsert artis popular,

perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakir. Acara sukan, persidangan dan sebagainya

yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea, di Jepun, mahupun di Amerika Syarikat

dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet,

dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung kepada ICT untuk

membolehkan kita merasai nikmat tersebut. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui

teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka laluan yang luas kepada

masa depan yang gemilang.

        Kewujudan ICT juga turut membantu dalam system pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar

boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau

projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan

generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau institusi lebih bercirikan pendidikan

jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan

celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendikiawan.

Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung boleh

menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di

institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah

Page 7: LMCK1621

dapat dipelajari melalui modul pembelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca

sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

        Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam system pendidikan, ICT juga menjadi

penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang

semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar

tertutup (CCTV) Banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino,

lapangan terbang dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk

menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara

terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawasi

keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku

dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan CCTV juga, kes

disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak sekolah. Selain itu juga, sebagai

pelajar institusi tinggi juga, ICT berperanan penting. Contohnya, saya sendiri, sekarang sedang

menuntut ilmu di University Kebangsaan Malaysia. Boleh dikatakan 80% pembelajaran di sini

menggunakan ICT. Jika pensyarah tidak dapat hadir ke kelas, mereka hanya akan melakukannya

melalui online sahaja. Atau dipanggil sebagai ‘blended learning’. Di sini, dapat dilihat dengan

terangnya bahawa penggunaa ICT sangat penting kepada masyarakat kini.

Page 8: LMCK1621

ISU DAN MASALAH

Penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian telah berleluasa. Dunia kini telah maju,

semua informasi berada di hujung jari. Walaupun begitu, pengunaan teknologi dalam kehidupan

seharian juga telah menimbulkan isu dan juga masalah kepada individu, masyarakat dan negara.

Pengguna teknologi kini terdiri daripada pelbagai lapisan rakyat, berbeza umur, latar

belakang dan pendapat. Salah satu masalah yang timbul akibat kurangnya etika dalam

penggunaan teknologi adalah percanggahan pendapat. Situasi ini sering berlaku, misalnya di

laman sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya. Percanggahan pendapat akan mendapat

banyak “view” dan kemudian, tanpa sedar akan menjadi topik terhangat dalam “trending list”.

Percanggahan pendapat mampu mengocak keamanan di alam maya, dan menyebabkan

ketidakselesaan kepada pengguna alam maya yang lain.

Selain itu, isu penyebaran maklumat yang tidak sahih juga menjadi isu besar dalam

penyalahgunaan   teknologi. Melalui laman sosial, ramai individu yang tidak bertanggungjawab

akan mengambil peluang untuk menyebarkan maklumat palsu dan tidak sahih. Antara kes

terhebat yang pernah menggegar dunia ialah penyamaran salah seorang individu melalui sosial

media Instagram, yang mengaku bahawa beliau merupakan salah seorang ahli keluarga mangsa

MH370. Ini menunjukkan bertapa ceteknya pemikiran warga pengguna teknologi dalam negara

kita.

Tanpa kita sedari, masyarakat kini lebih berat tulang dalam penyempurnaan kerja.

Memandangkan semua maklumat berada di hujung jari, ramai yang menjadi samba lewa dan

leka dalam hal-hal seharian. Apabila individu tersebut dilanda masalah, tanpa ragu-ragu lagi,

beliau akan bergantung pada teknologi dan internet. Semakin banyak solusi kepada

permasalahan yang berada di hujung jari, semakin malas kita untuk memikirkan sendii

penyelesaian masalah.

Konklusinya, masalah yang ditimbulkan oleh pengguna pengguna teknologi akan tidak

berakhir kerana teknologi merupakan sesuatu hal yang akan tidak berhenti berkembang. Salah

satu cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu ini adalah meningkatkan pendedahan

tentang etika dalam alam teknologi maklumat.

Page 9: LMCK1621

PUNCA PERMASALAHAN ETIKA

“Kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang.”

Konsep ini diaplikasikan dalam permasalahan etika teknologi dan maklumat. Salah satu

faktor besar ialah kurangnya pendedahan etika dalam teknologi dan maklumat. Kurangnya

pendedahan etika salam teknologi meyebabkan pengguna membuta tuli sahaja jika timbulnya

permasalahan etika dalam teknologi.

Selain itu, faktor besar yang menyumbang kepada masalah etika teknologi adalah

penggunaan tanpa pemantauan. Dunia kini lebih cepat mendewasakan diri. Zaman ini, sekiranya

golongan kanak-kanak membesar tanpa telefon pintar di tangan, ‘tablet’ menjadi sumber

hiburan, komuniti kita melihat itu sebagai satu kekurangan. Jika kanak-kanak seawal usia

membaca pun didedahkan dengan teknologi, tidak hairanlah jika kanak-kanak tersebut akan

mengembara ke alam maya sendiri, tanpa pemantauan dewasa. Tanpa pemantauan, pelbagai

etika akan diabaikan.

Konklusinya, punca pengunaan teknologi harus dikenalpasti dan diselesaikan.

Page 10: LMCK1621

KEBURUKAN TEKNOLOGI KEPADA REMAJA DAN MASYARAKAT

Kemajuan teknologi menunjukkan cara yang lebih cekap untuk melakukan perkara-perkara dan

memproses. Sebagai contoh, pendidikan telah maju dengan hebat dengan kemajuan teknologi

komputer. Pelajar dapat belajar pada skala global tanpa perlu meninggalkan bilik darjah mereka.

Proses pertanian yang diperlukan dengan berpuluh-puluh pekerja manusia kini boleh menjadi

automatik. Terima kasih kepada kemajuan dalam teknologi. Penemuan perubatan juga berlaku

pada kadar yang lebih pesat. Terima kasih kepada mesin dan komputer yang membantu dalam

proses penyelidikan dan membolehkan penyelidikan pendidikan menjadi lebih sengit dalam hal-

hal perubatan. Namun, terdapat beberapa keburukan teknologi terhadap para remaja dan

masyarakat.

Teknologi boleh menjadi alat yang berguna untuk mendidik remaja. Apabila digunakan secara

sederhana, ia boleh membantu pelajar dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, terlalu kerap

menggunakan teknologi seperti telefon bimbit, komputer dan televisyen juga boleh

membahayakan dalam beberapa cara. Pemantauan penggunaan teknologi di kalangan remaja

adalah perlu untuk memastikan dia kekal selamat dan sihat.

Sel-sel badan remaja masih berkembang dan mereka perlu mengadakan rutin kesihatan yang

mereka akan ikuti kerana mereka akan menjadi orang dewasa . Mengikut kajian, ramai remaja

menghabiskan sebanyak 21 jam seminggu di hadapan televisyen. Kanak-kanak zaman sekarang

lebih cenderung untuk makan lebih makanan sambil menonton televisyen. Ini menyumbang

kepada obesiti kanak-kanak yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius masa

hadapan.Kanak-kanak lebih cenderung untuk melaksanakan lebih banyak tugas dalam satu masa,

seperti menghantar teks atau memeriksa e-mel, semasa menonton televisyen. Ini adalah jauh

lebih berbeza daripada orang yang lebih tua. Walaupun ini membantu mengajar remaja

bagaimana untuk ‘multi-tasking’, ini amat membimbangkan akan mengehadkan kebolehan

remaja untuk memberi tumpuan seterusnya memberi kesan kepada prestasi mereka dalam

pelajaran.

Page 11: LMCK1621

Remaja juga sering mengalami proses mencari identiti mereka sendiri dan mudah terpengaruh.

Teknologi, terutamanya imej yang remaja lihat di internet dan di televisyen serta filem,

mempunyai kesan yang kuat ke atas proses ini. Imej di televisyen dan filem sering

mempengaruhi mereka dan ini amat membimbangkan ibu bapa dan juga guru-guru sekolah yang

berusaha membentuk identiti dan imej remaja demi masa depan mereka yang cerah.

Selain itu, budaya bahaya mengenai "sexting" sejak kebelakangan ini juga makin meningkat.

Walaupun kadang kala hal ini dipertikaikan, masih terdapat beberapa isu mengenai remaja

menghantar imej seks yang jelas dan video mereka sendiri daripada telefon bimbit mereka.

Dalam satu kes yang jelas, remaja berkongsi gambar-gambar ini dan ini boleh didakwa sebagai

pornografi kanak-kanak. Remaja juga berisiko menjadi sasaran atas talian oleh pemangsa seksual

dalam ‘chatroom’ atau di laman rangkaian sosial.

Tambahan lagi, ‘anti-sosial’ dicirikan oleh kurang menjalinkan hubungan dengan orang lain

dalam kehidupan harian biasa seperti tempat kerja, dengan rakan-rakan dan aktiviti social.

Mereka mengasingkan diri dengan melayan perasaan di dunia mereka sendiri, mendengar iPod

mereka atau merenung skrin telefon mudah alih walaupun kita berada di sekeliling orang lain.

Ada juga kajian telah mengatakan bahawa orang-orang yang terasing secara sosial akan

mengalami kehidupan yang lebih pendek.

Penggunaan media sosial dalam talian menyebabkan kita kurang bertemu secara berhadapan

menyebabkan kurangnya kemahiran sosial yang amat penting dalam setiap diri masyarakat.

Mereka hilang keupayaan untuk membaca bahasa badan dan isyarat sosial pada orang lain

apabila mereka kurang bergaul. Ramai juga orang yang menggunakan masa lapang untuk

permainan video, berbincang dengan rakan-rakan dalam talian dan menonton video lucu di

YouTube, mereka menghabiskan masa yang kurang aktif untuk bersenam. Juga kemungkinan

makan makanan yang tidak sihat dan berkhasiat serta tidak member sebarang kebaikan badan

mereka.

Konklusinya, teknologi mencipta resipi yang sempurna untuk kemurungan dengan kekurangan

hubungan sesama manusia, makan berlebihan dan kurang bersenam. Terdapat satu sebab

penggunaan antidepresan semakin meningkat dan disalahgunakan tidak boleh dibuang

sepenuhnya oleh syarikat-syarikat farmaseutikal. Mereka tidak meminta orang masuk ke dalam

pejabat doktor dan memeriksa mereka makan pil. Ini bukan untuk mengatakan bahawa

Page 12: LMCK1621

kemurungan bukan masalah sebenar, tetapi sesetengah orang boleh menyembuhkan kemurungan

mereka dengan hidup gaya hidup yang lebih sihat.

Cara mengatasi masalah moral melalui jaringan sosial

Pihak ibu bapa

Ibu bapa perlulah sentiasa memantau setiap pergerakan anak anak sama ada dengan siapa mereka

berkawan dilaman social mahupun apa yang ditulis di statusnya. Memandangakn sekarang ini

mempunyai banyak laman social seperti facebook, twitter, Instagram dan sebagainya, ibu bapa

perlu memberi perhatian terhadap apa yang dimuat naik. Jika mereka memuat naik sesuatu yang

tidak baik, ibu bapa perlu menegur dengan baik supaya mereka tahu bahawa mereke talah

melalukan kesalahan. Menegur secara baik kerana remaja sekarang jika diberi eguran dengan

cara yang salah, mereka akan memberontak seterusnya bertindak diluar jangkaan.  

Selain itu, untuk mengatasi masalah moral ini, ibu bapa perlu mengisi masa anak anak mereka

dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti berfaedah tidak kira bersama keluarga, rakan rakan

mahupun masyarakat. Salah satu aktiviti berfaedah bersama keluarga ialah berkelah di tempat

tempat yang jarang dilawati ataupun ke tempat tempat menarik seperti di air terjun ataupun di

tepi pantai. Selain itu, aktiviti berfaedah bersama kawan pula ialah belajar ecara berkumpulan

sama ada membincangkan tentang pelajaran ataupun melakukan sesi mencerita tentang sesuatu.

Manakala bersama masyarakat ialah menyertai kempen kempen seperti berbasikal ataupun

aktiviti memberi makan kepada gelandangan.

Aktiviti aktiviti tersebut bukan sahaja dapat menyihatkan malah dapat merapatkan hubungan

sesame keluarga, rakan rakan ataupun masyarakat. Ibu bapa juga perlulah menghadkan

penggunaan laman social terhadap anak anak mereka. Melayari laman social merupakan sesuatu

yang boleh membuat seseorang ketagih dan ingin selalu melayari laman social. Oleh itu,

menghadkan masa untuk melayari internet adalah sangat penting supaya anak anak tidak

membuang masa dan dapat menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran dan dunia reality. Ibu

bapa memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah moral melalui jaringan sosial.

Kesan baik jaringan sosial

Terdedah dengan manfaat teknologi baru. Melalui penggunaan laman web sosial, pelajar yang

dapat membiasakan diri mereka dengan fungsi baru internet yang dapat memberi banyak manfaat

Page 13: LMCK1621

bagi mereka yang ingin mengambil peluang.  Kebanyakan pelajar mengadaptasikan media digital

ini sebagai tempat untuk mereka berdialog, sebagai sumber utama isu semasa, sokongan serta

bantuan akademik dari rakan sepegajian dan membangunkan komuniti maya.

Mudah untuk membuat hubungan Seperti yang diketahui fungsi utama laman sosial ini adalah

untuk bersosial, dan keupayaan media ini telah mengembangkan hubungan antara rakan-rakan

atau ahli keluarga mereka. Fungsi ini memberi peluang kepada para pelajar untuk membina

hubungan baru, atau membaiki hubungan mereka dengan rakan mereka yang kurang rapat ketika

offline atau di dalam kuliah. Melalui kaedah ini mereka juga dapat menerokai masalah yang

mereka hadapi dengan rakan yang mungkin mempunyai masalah yang sama atau hanya mencari

bantuan akademik, ini secara tidak langsung memperkuatkan kemahiran komunikasi mereka

sekaligus meningkatkan pengetahuan mereka. Ini kerana ada kajian yang dilakukan oleh pelajar

dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat pada tahun 2007 “Pelajar yang agak keberatan untuk

bercakap di dalam kelas melibatkan diri mereka dalam perbincangaan melalui blog dan juga

mereka menulis untuk audien internet.” Di sini kita dapat lihat, lahirnya laman web sosial dapat

membantu pelajar yang mungkin lemah dalam kelas, tetapi hakikatnya mereka berkembang dari

segi pembelajaran mereka.

Tidak lagi keseorangan serta berhubung dengan dunia luar. Tidak semua pelajar seorang yang

memiliki kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik di kalangan rakan mereka atau jenis yang

pemalu atau pendiam. Atau bagi mereka yang memiliki masalah untuk berhubung dengan orang

lain atas sebab tersendiri, seperti kurang berkeyakian, malu dengan penampilan diri dan

sebagainya. Laman web sosial memberi alternatif untuk mereka berkomunikasi dan dengan

interaksi yang konsistan mampu untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk berhadapan

dengan masyarakat dan mengadakan hubungan susualan yang baik dengan mereka di dunia yang

nyata. Dalam laporan kajian yang dikeluarkan oleh Jacobsen & Forste pada tahun 2011, mereka

telah menemui laman web sosial dan komunikasi telefon mudah alih menyumbang kepada

interaksi sosial secara face to face, dan bukan mengambil alih peranan itu.  (Ann, 2010)

Kesan buruk jaringan sosial

Menjadi seorang yang anti-sosial Menurut satu kajian yang dijalankan, penggunaan masa yang

kerap dan tanpa batas dalam melayari laman web sosial boleh menjadikan seseorang pelajar itu

jauh dari perhubungan dengan masyarakat luar atau sesama pelajar. Keadaan ini akan menjadi

lebih buruk kepada meraka yang memang sifatnya adalah seorang yang agak pemalu, pendiam

Page 14: LMCK1621

dan selalu menyendiri di kampus atau kuliah. Ini adalah kesan dari masa yang panjang di laman

sosial, boleh meningkatkan tekanan, kesunyian dan menjadikan hubungan sosial mereka terbatas

samada antara rakan-rakan mereka ataupun ahli keluarganya sendiri. Jika mereka tidak dipantau

atau dibimbing denga panduan yang betul dalam penggunaan laman sosial maka boleh memberi

kesan kepada kehidupan peribadi mereka. Kesan ini dipanggil penurunan hypotesis.  (Peter,

2009)

Ketagihan penggunan laman sosial dan internet  Kerana terlalu aysik dengan keseronokan

melayari laman web sosial, menemui rakan baru atau berdialog dengan mereka boleh

menjadikan seorang pelajar itu ketagihan untuk bersosial secara maya. Ini kerana mereka

merasakan mereka mendapat tumpuan yang lebih hasil dari interaksi yang langsung. Seperti

apabila mereka berhubung dengan kenalan yang baru, kenalan tersebut juga cenderung untuk

berkomunikasi dengannya dan menjadikan dia ketagih untuk memuaskan keinginan sosialnya

yang tidak didapatinya di tempat lain.

Menurut kajian yang ditulis di dalam buku, Internet Addiction: A Handbook and Guide oleh

Kimberly S. Young, jika ketagihan ini tidak dibendung maka boleh menjadikan seseorang pelajar

itu merosakan atau kehilangan hubungan yang signifikan di dunia sebenar seperti isteri, ibu bapa

atau sahabat karib.  (Kimberly S. Young, 2010)

Page 15: LMCK1621

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kita sebagai manusia perlulah sentiasa beretika sama ada bersama manusia

mahupun benda yang tidak hidup. Alam teknologi adalah luas dan penuh cabaran, dan pelbagai

cabaran yang dihadapi dalam dunia teknologi ini, maka kita perlulah menghargai setiap benda.

Semua pihak perlu bertungkuss lumus untuk kembalikan unsur nilai & kerohanian dalam

teknologi. Cabaran etika berkaitan baik & buruk bergantung pada niat, sumber, penggunaan dan

matlamat.

Page 16: LMCK1621

RUJUKAN

Fall. 1987. Issues in Ethics 1

Karehka Ramey. 2013. What Is Technology – Meaning of Technology and Its Use