sakpkr1311

Upload: apai-mfar

Post on 10-Feb-2018

612 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    1/17

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    2/17

    2

    2.2. Bagi melaksanakan arahan tersebut, prosedur dan kaedah penyediaanperakuan bayaran sedia ada perlu disemak semula supaya proses bagisemua bayaran kepada kontraktor dapat dipercepatkan, di samping

    memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan atau lebihan bayaran.

    1.0 PENYERAGAMAN PENYEDIAAN BAYARAN BAGI KONTRAK KERJA

    3.1 Penyediaan bayaran interim bagi Kontrak Kerja termasuk BayaranPendahuluan dan Akaun Muktamad hendaklah mengikut peraturan yangtelah ditetapkan dengan merujuk kepada Buku Panduan PentadbiranKontrak Kerja Rayadi dalam Laman Web Rasmi Cawangan Kontrak danUkur Bahan di alamat:http://rakan.jkr.gov.my/ckub/ .

    3.2 Pemakaian semua proses kerja dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)JKR bagi Kontrak Kerja adalah diwajibkan melalui Surat Arahan KPKRbertarikh 12 April 2004. Semua proses kerja bagi bayaran interim,Bayaran Pendahuluan dan Akaun Muktamad boleh merujuk kepadaprosedur Pentadbiran Kontrak [JKR.PK(O).04A] dalam Laman Web RasmiJKR di alamat:http://spk.jkr.gov.my/.

    2.0 PENAMBAHBAIKAN KEPADA PROSEDUR PENYEDIAAN BAYARAN

    4.1. Bayaran Pendahuluan

    4.1.1. Penyediaan Perakuan Bayaran Wang Pendahuluan

    i) Perakuan bagi Bayaran Wang Pendahuluan disediakanapabila kontraktor mengemukakan permohonan bersertadengan Jaminan bagi Bayaran Pendahuluan dalam tempohtiga (3) bulan dari tarikh milik tapak.

    ii) Perakuan Bayaran Wang Pendahuluan hendaklahdisediakan menggunakan Borang JKR 66 di dalam SKALAWorkflow bagi memastikan bayaran Wang Pendahuluantelah dibuat kepada kontraktor dan bagi tujuan pemantauanbayaran balik Wang Pendahuluan.

    http://rakan.jkr.gov.my/ckub/http://rakan.jkr.gov.my/ckub/http://rakan.jkr.gov.my/ckub/http://spk.jkr.gov.my/http://spk.jkr.gov.my/http://spk.jkr.gov.my/http://spk.jkr.gov.my/http://rakan.jkr.gov.my/ckub/
  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    3/17

    3

    iii) Bagi membantu mempercepatkan penyediaan danpengeluaran Wang Pendahuluan kepada kontraktor, SenaraiSemakan SPK berikut hendaklah digunapakai dan disimpan

    sebagai bukti pematuhan SPK:

    Penyediaan Bayaran Pendahuluan[Borang JKR.PK(O).04A-1]

    4.1.2. Bayaran Balik Wang Pendahuluan

    i) Apabila Wang Pendahuluan telah dibayar kepada kontraktor,Pegawai Penguasa/Pengarah Projek (P.P.) atau Wakil P.P.hendaklah memastikan potongan bagi bayaran pendahuluan

    dibuat melalui Perakuan Bayaran Interim yang kena dibayarkepada Kontraktor apabila nilai kerja dilaksanakan termasuknilai bahan/barang tak pasang mencapai 25% danpemotongan bagi bayaran balik hendaklah dibuatsepenuhnya apabila nilai kerja dilaksanakan termasuk nilaibahan/barang tak pasang telah mencapai 75% daripadaNilai Kerja Pembina. Tempoh pembayaran balik BayaranPendahuluan ini tidak boleh melebihi keseluruhan tempohkontrak.

    ii) P.P. hendaklah sentiasa berhati-hati dan memastikantempoh sah laku Jaminan bagi Bayaran Pendahuluan tidakluput selagi pembayaran balik wang tersebut belumdiselesaikan sepenuhnya. Jika berlaku kelewatan dalampenyiapan projek, tindakan serta merta hendaklah diambiluntuk memastikan tempoh sah laku Jaminan dilanjutkanoleh kontraktor mengikut tempoh yang diperuntukkan dalamJaminan. Sekiranya pihak kontraktor gagal melanjutkantempoh sah laku Jaminan tersebut, baki BayaranPendahuluan yang belum dibayar balik hendaklah dituntutdaripada Penjamin yang mengeluarkan Jaminantersebut dalam tempoh sah laku Jaminan.

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    4/17

    4

    4.2. Bayaran Interim

    4.2.1 Waran Peruntukan atau Sub-Waran

    i) Adalah didapati prosedur penyediaan bayaran interim di JKRmasih tidak seragam walaupun pemakaian proses kerja didalam SPK JKR telah diwajibkan. Ini adalah kerana dasarmengenai penyaluran waran peruntukan atau sub-waranadalah berbeza-beza di antara Cawangan-Cawangan JKRdan juga Agensi-agensi Pelanggan yang menyebabkanproses kerja SPK JKR tidak dapat dipatuhi sepenuhnya.

    ii) Bagi tujuan penyeragaman dan supaya tidak melewatkan

    proses bayaran interim bagi kontrak Kerja dalam tempohyang ditetapkan, adalah wajar waran peruntukan atausub-waran disalurkan terus ke pejabat Wakil PegawaiPenguasa/Pengarah Projek Utama (Wakil P.P. Utama)yang dilantik oleh P.P. melalui Surat Perwakilan Kuasasupaya bayaran boleh diuruskan oleh pejabat berkenaan.Mengikut Surat Arahan KPKR Bil. 6/2009, Wakil P.P. KerjaUtama adalah diberi kuasa menandatangani PerakuanBayaran Interim (Borang JKR 66).

    4.2.2 Carta Aliran Bayaran Interim

    Carta Aliran Penyediaan Bayaran Interim telah disediakanmengikut proses kerja SPK [JKR.PK(O).04A] denganmengambilkira di mana waran peruntukan disalurkan, Syarat-Syarat Kontrak JKR yang baru dan peraturan baru tempohbayaran interim kontrak Kerja [SAKPKR Bil. 9/2011] seperti diLampiran A.

    4.2.3 Penilaian Kerja di Tapak

    i) Tempoh aliran kerja bermula dari tarikh akhir penilaian ditapak dilaksanakan. Tarikh akhir penilaian ini hendaklahdinyatakan sebagai Tarikh Penilaiandalam Borang JKR 66.

    ii) Mengikut kehendak Syarat-syarat Kontrak JKR 203/203A,penilaian kerja di tapak hendaklah dibuat sekurang-kurangnya setiap bulan (atau lebih kerap atas budi bicara

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    5/17

    5

    P.P./Wakil P.P. Utama), dengan syarat nilai kerja yangdilaksanakan termasuk bahan/barang tak pasang di tapaktelah mencapai nilai minimum yang ditetapkan dalamkontrak. Penilaian kerja hendaklah dibuat tanpa perlumenunggu tuntutan dibuat oleh pihak Kontraktor.

    iii) P.P./Wakil P.P. Utama hendaklah menetapkan TarikhPenilaian Bersama yang dipersetujui oleh Wakil P.P.Utama/Jurutera Tapak dengan semua Wakil P.P.Pakar/Wakil P.P.(Ukur Bahan) dan Kontraktor bagi menilaikerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor berdasarkankemajuan kerja di tapak.

    iv) Sekiranya penilaian kerja-kerja pakar termasuk kerjamekanikal dan elektrik tidak dapat dibuat pada TarikhPenilaian Bersama yang ditetapkan, penilaian di tapak bagikerja-kerja pakar hendaklah dibuat sebelumpenilaian kerjalain dibuat dan pengesyoran dikemukakan kepada Wakil P.PUtama/Wakil P.P. (Ukur Bahan) selewat-lewatnya padaTarikh Penilaian Bersama.

    v) Semua Wakil P.P. Pakar yang bertanggungjawab (PegawaiPenilai) hendaklah mengesahkan (Pengesahan PegawaiPenilai) pada ringkasan butiran penilaian (summary page)bahawa kerja-kerja yang disyorkan untuk bayaran telahdilaksanakan dengan sempurna mengikut Lukisan,Spesifikasi dan peruntukan Kontrak. Dalam membuatpenilaian kerja yang dilaksanakan, Pegawai Penilai/PegawaiPengesyor hendaklah juga merujuk kepada LaporanKetidakpatuhan Produk (NCR)yang dijadikan sebahagiandaripada Minit Mesyuarat Tapak. Sebarang LaporanKetidakpatuhan hendaklah ditutup dahulu sebelum sesuatubayaran interim disyorkan.

    vi) Bagi projek yang diselia oleh perunding, pihak perunding

    dikehendaki membuat deklarasi untuk mengesahkanbahawa pihaknya telah melawat tapak dan kerja-kerja yangdilaksanakan oleh kontraktor telah menepati Lukisan danSpesifikasi seperti di dalam Kontrak (rujuk Surat ArahanKPKR bertarikh 30 September 2000).

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    6/17

    6

    vii) Deklarasi perunding ini hendaklah dicatatkan padaringkasan butiran penilaian (summary page) bayaran interimyang disediakan oleh perunding dan ditandatangani oleh

    jurutera/arkitek yang bertauliah daripada firma perundingberkenaan dan diserahkan kepada P.P./Wakil P.P. bersama-

    sama Perakuan Bayaran Interim (Borang JKR 66).

    viii) Penilaian bagi pelarasan perubahan turun naik harga(V.O.P.) dan kerja-kerja perubahan termasuk tuntutankontraktor hendaklah dibuat mengikut peruntukan di dalamKontrak dan peraturan semasa Jabatan.

    ix) Projek Reka dan Bina

    a. Mengikut peruntukan Kontrak, penilaian kerjahendaklah dibuat setiap bulan oleh P.P./Wakil P.P.,dengan syarat, bagi bayaran interim pertama, pihakKontraktor telah mengemukakan kepada Kerajaansalinan Perjanjian Perunding (Consultancy Agreement)selaras dengan Fasal 35.1 Syarat-syarat Kontrak.

    b. Kontraktor hendaklah mengemukakan tuntutannyasecara bertulis kepada P.P./Wakil P.P. mengikut tarikhdan format yang ditetapkan yang pada pendapatnyaadalah amaun yang patut dibayar kepadanya.

    c. Selaras dengan Fasal 53.2 Syarat-syarat Kontrak,permohonan kontraktor hendaklah mengandungiperkara-perkara berikut:

    1. nilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan dengansempurna;

    2. amaun yang dinilai bagi kerja-kerja perubahanyang diluluskan oleh P.P. (Fasal 24);

    3. amaun yang dinilai bagi Wang PeruntukanSementara yang dibelanjakan selaras denganFasal 25;

    4. nilai bahan/barang-barang tak pasang mengikutperuntukan di dalam Kontrak; dan

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    7/17

    7

    5. Laporan Penyeliaan Perunding yang telahditentusahkan dan diperakukan oleh perundingyang dilantik oleh kontraktor selaras denganFasal 13.1 Syarat-syarat Kontrak.

    Laporan Penyeliaan Perunding ini adalahmenjadi syarat terdahulu kepada apa-apabayaran yang layak dibayar kepadakontraktor. Sekiranya kontraktor gagalmemenuhi syarat ini, Kerajaan berhakmenahan bayaran kepada kontraktor.

    4.2.4 Penyediaan Borang JKR 66

    i) Perakuan Bayaran Interim hendaklah disediakan

    menggunakan Borang JKR 66 di dalam SKALA Workflow.Format Perakuan Bayaran Interim [Borang JKR 66(Pin.1/2011)] sedia ada seperti di Lampiran B masihdigunapakai, dengan sedikit pindaan di mana berkenaan.Bagi mempercepatkan pengiraan bayaran, adalahdisarankan Pakej komputer bagi Bayaran Interim digunakanyang boleh diperolehi melalui Pakej ICT Ukur Bahan diLaman Web Rasmi Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan dialamat:http://rakan.jkr.gov.my/ckub/ .

    ii) Perakuan Bayaran Interim hendaklah disyorkan danditandatangani oleh Pegawai Pengesyordi dalam tempohtidak melebihi enam (6) hari dari Tarikh Penilaiankerja ditapak.

    iii) Pegawai Pengesyor hendaklah yang dilantik oleh P.P.melalui Surat Perwakilan Kuasa (Wakil P.P. Pakar) ataupunJurutera Daerah (J.D.)/Ketua Bahagian (K.B.), sekiranyaJ.D/K.B. bukan W.P.P. Utama.

    iv) Pelarasan Harga Kontrak hendaklah disediakan seberapasegera bagi memastikan Harga Baru Kontrak sentiasadikemaskini dan mencukupi untuk dibuat bayaran sepertiyang diperakukan.

    http://rakan.jkr.gov.my/ckub/http://rakan.jkr.gov.my/ckub/http://rakan.jkr.gov.my/ckub/http://rakan.jkr.gov.my/ckub/
  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    8/17

    8

    v) Bagi memastikan penyediaan dan pengeluaran PerakuanBayaran Interim (Borang JKR 66) adalah lengkap dan teraturserta mengelakkan kelewatan, Senarai Semakan berikuthendaklah digunapakai dan disimpan sebagai buktipematuhan SPK :

    Penyediaan Bayaran Interim [Borang JKR.PK(O).04A-3]

    4.2.5 Kelulusan Borang JKR 66

    i) Mengikut Surat Arahan KPKR Bil. 6/2009, kuasa untukmemperakukan Perakuan Bayaran Interim boleh diturunkankepada Wakil P.P. Kerja Utama. Bagi mempercepatkankelulusan Perakuan Bayaran Interim, Wakil P.P. KerjaUtama hendaklah diberi kuasa untuk meluluskan Borang

    JKR 66 dan waran/sub-waran dihantar kepada pejabat yangmemperakukan bayaran.

    ii) Perakuan Bayaran Interim hendaklah diperakukan danditandatangani oleh Pegawai Yang Diberi KuasaMemperakukandi dalam tempoh tidak melebihi sepuluh(10) hari dari Tarikh Penilaiankerja di tapak.

    4.2.6 Penyediaan Baucar

    Baucar hendaklah disediakan dan ditandatangani oleh PegawaiPelulus Yang Diberi Kuasa di dalam tempoh tidak melebihidua belas (12) hari dari Tarikh Penilaiankerja di tapak.

    4.2.7 Pihak Pembayar

    Cek (ataupun urusan pindah masuk akaun Penerima) olehPejabat Akauntan hendaklah disediakan dan diluluskan di dalamtempoh tidak melebihi empat belas (14) hari dari TarikhPenilaiankerja di tapak.

    4.2.8 Rekod Tindakan Kerja Bagi Bayaran Interim

    i) Bagi tujuan memantau pematuhan proses kerja dan tempohyang diambil, borang Rekod Tindakan Kerja BagiBayaran Interim seperti di Lampiran C hendaklah

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    9/17

    9

    dikepilkan bersama dengan Borang JKR 66dan disimpandalam fail bayaran.

    ii) Setiap pegawai yang bertanggungjawab hendaklah

    menandatangani di borang tersebut setelah tindakan diambil.Sebarang catatan atau penjelasan (sekiranya tidakmematuhi tempoh yang ditetapkan) hendaklah dicatat didalam ruang Catatan supaya sekiranya berlaku kelewatandalam bayaran, puncanya dapat dikesan.

    iii) Mengikut peraturan baru SAKPKR Bil. 9/2011, semuapejabat yang bertanggungjawab bagi mengendalikanbayaran kemajuan projek dikehendaki menyediakan laporanstatus bayaran interim dan dihantar ke pejabat Project

    Office Negeri setiap dua (2) minggu untuk dikumpul danseterusnya dikemukakan kepada Portfolio Office(PROKOM) di Ibu Pejabat JKR pada setiap bulan mengikutformat yang ditetapkan oleh PROKOM.

    4.2.9 Lejar Kontrak

    Bagi tujuan merekod dan memantau semua urusniaga bayarankepada kontraktor, Lejar Kontrak yang seragam hendaklahdisediakan dan dikemukakan bersama-sama Borang JKR 66.Format Lejar Kontrak serta panduan pengisiannya adalah sepertidi Lampiran D.

    4.3 Perakuan Muktamad

    4.3.1 Mengikut Surat Arahan KPKR bertarikh 20 September 2000,Perakuan Muktamad hendaklah dikeluarkan dalam tempoh enam(6) bulanselepas Perakuan Siap Kerja (PSK) dikeluarkan.

    4.3.2 Bagi memastikan Kontraktor dibayar dalam tempoh masa yangditetapkan, semua penilaian perubahan kerja, pengukuransemula kuantiti sementara dan pelarasan-pelarasan yang perludibuat di bawah Kontrak termasuk Pelarasan Harga Kontrakhendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan dari tarikhPSK dikeluarkan.

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    10/17

    10

    4.3.3 Walau bagaimanapun, sekiranya kualiti kerja tidak memuaskandan terdapat kecacatan yang ketara yang tidak dibaiki olehKontraktor di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh PSK serta P.P.mempunyai asas bahawa kemungkinan Kontraktor gagalmembaiki kecacatan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan di

    dalam Kontrak, maka P.P. bolehlah membuat potongan dari wangyang akan dibayar kepada Kontraktor sebagai kos membaikikecacatan dengan mengambilkira amaun kesusutan nilai Kerjaoleh sebab adanya kecacatan tersebut.

    4.3.4 Di mana terdapat tuntutan-tuntutan kontraktor yang memenuhiSyarat-syarat Kontrak dan boleh dipertimbangkan, P.P.hendaklah menyediakan Laporan serta Perakuan Tuntutan dalamtempoh 3 bulan selepas menerima butir-butir serta bukti-buktituntutan daripada kontraktor, tanpa menunggu sehingga projek

    siap sepenuhnya (rujuk Surat Arahan KPKR Bil 6/2008). Jumlahtuntutan, setakat mana yang boleh dinilai mengikut Syarat-syaratKontrak dan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tuntutan,hendaklah diambilkira dalam penyediaan Perakuan Muktamad.

    4.3.5 Sekiranya P.P. mempunyai asas untuk menahan sejumlah amaundaripada bayaran kepada kontraktor seperti di para 4.3.3 di atasserta masih terdapat tuntutan-tuntutan kontraktor yang belumdiselesaikan seperti di para 4.3.4 di atas, maka PerakuanMuktamad Sementara (Provisional Final Account) hendaklahdisediakan dalam tempoh 6 bulan selepas PSK dikeluarkan bagimemastikan kontraktor dibayar bagi semua kerja-kerja dan kosyang layak dibayar kepadanya mengikut Kontrak.

    4.3.6 Bagi memastikan penyediaan dan pengeluaran PerakuanBayaran Akaun dan Bayaran Muktamad (Borang JKR 66A)adalah lengkap dan teratur serta mengelakkan kelewatan,Senarai Semakan berikut hendaklah digunapakai dan disimpansebagai bukti pematuhan SPK:

    Penyediaan Perakuan Bayaran Muktamad [BorangJKR.PK(O).04A-10]

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    11/17

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    12/17

    LAMPIRAN A

    1/1(SA KPKR Bil. 13/2011)

    Proses

    Kerja SPK Ali ran Ker ja Perinc ian Ker ja

    Tempoh

    (hari)

    Pegawai

    Bertanggungjawab

    Penilaian Bersama di Tapak -

    Pegawai Penilai

    (Jurutera Tapak/

    WPP Pakar)

    Pengesahan kesempurnaan kerja

    (Pengesahan Pegawai Penilai) oleh

    WPP Pakar

    1Pegawai Penilai/

    WPP Pakar

    Penyediaan Borang JKR 66 melalui

    SKALA4 Pegawai Penilai

    Tidak

    Kelulusan Pegawai Pengesyor 1 Pegawai Pengesyor

    Ya 6

    Tidak

    Semakan audit teknik (jika Pengarah

    adalah WPP)2

    Juruukur Bahan

    (Pejabat Pengarah)

    Ya

    Semak peruntukan & rekod bayaran 1

    WPP Utama/Pejabat

    yang menguruskan

    bayaran

    Tidak

    Kelulusan & Perakuan Bayaran oleh

    Pegawai Yang Diberi Kuasa

    Memperakukan

    1Pegawai Yang Diberi

    Kuasa Memperakukan

    Tidak 4

    Penyediaan baucar bayaran oleh

    Pegawai Pentadbir Kewangan (melalui

    eSPKB).

    1Pegawai Pentadbir

    Kewangan

    Kelulusan Pegawai Yang Diberi Kuasa

    Melulus (atas talian)1

    Pegawai Yang Diberi

    Kuasa Melulus

    Hantar kepada Pihak Pembayar (atas

    talian)-

    Pegawai Pentadbir

    Kewangan

    2

    Tidak

    Semakan Baucar 1 Pejabat Akauntan

    Ya

    Pengeluaran cek bayaran / pindah

    masuk akaun Penerima1 Pejabat Akauntan

    2

    Cek bayaran kepada Kontraktor

    Jumlah 14 dari Tarikh Penilaian

    CARTA ALIRAN PENYEDIAAN BAYARAN INTERIM

    1

    5a

    4a

    3c

    3a

    2c

    5b

    4c

    4b

    3b

    2b

    2a

    (3)

    KelulusanBorang JKR

    66

    (2)

    PenyediaanBorang JKR66 (SKALAWorkflow)

    (1)Penilaian

    Kerja

    (4)

    PenyediaanBaucar

    Bayaran daneSPKB

    (5)

    PihakPembayar

    6

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    13/17

    LAMPIRAN B

    Muka 1/2

    JKR 66 (Pin.1/2011)

    KERAJAAN MALAYSIAJABATAN KERJA RAYA

    PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO:

    PERUNTUKAN PEMBANGUNAN: MAKSUD: BUTIRAN:

    TAJUK KERJA:

    NAMA DAN ALAMAT KONTRAKTOR:

    NO. KONTRAK:

    HARGA ASAL KONTRAK: RM

    JUMLAH BERSIH TAMBAHAN/POTONGAN: RM

    HARGA BARU KONTRAK: RM

    A. BUTIR-BUTIR BAYARAN DAN POTONGAN

    1. TARIKH PENILAIAN:

    2. NILAI KERJA DILAKSANAKAN DAN AMAUN-AMAUN LAIN YANG KENA DIBAYAR* RM

    3. KURANGKAN Bayaran Interim Yang Terdahulu No... RM

    4. NILAI BERSIH KERJA SEMASA : RM

    5. POTONGAN

    a. Bayaran Balik Wang Pendahuluani) Amaun Terkumpul RM RMii) Amaun Terdahulu RMiii) Amaun Semasa RM

    b. Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (amaun terdahulu) RMc. Gantirugi Tertentu Dan Ditetapkan @ RM .

    Selamahari RMd. Potongan lain jika ada RM

    Jumlah Potongan RM RM

    BAYARAN DISYORKAN RM

    Tarikh :. (Pegawai Pengesyor)

    B. PERAKUAN BAYARAN

    1. Bayaran Interim

    a) Kepada Kontraktor Utama RM

    b) Kepada Subkontraktor/Penerima Bayaran(seperti di LAMPIRAN A) RM

    Jumlah Bayaran Interim RM RM

    2. Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (10% dari Bayaran Disyorkan

    sehingga 5% Harga Kontrak) RM

    BAYARAN DIPERAKUKAN RM

    (Ringgit Malaysia:...)

    Adalah disahkan bahawa semua peraturan kewangan dan kehendak di bawah Kontrak telah dipatuhi.

    ...

    Tarikh :. (Pegawai Yang Diberi Kuasa Memperakukan)

    CATATAN OLEH PEGAWAI YANG MENYEDIA BAUCAR

    Jumlah amaun yang dibayar di bawah Perakuan ini ialah RM

    (Sesalinan Perakuan hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pengesyor).

    * Termasuk Barang Tak Pasang, Pelarasan Turun Naik Harga, Tuntutan Bayaran Tambahan yang diluluskan.

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    14/17

    LAMPIRAN B

    Muka 2/2

    LAMPIRAN AJKR 66 (Pin.1/2011)

    PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO:

    Amaun-amaun yang kena di bayar kepada Subkontraktor/Pembekal Dinamakan, Penerima Hak dan

    Pegawai Penyelia di Tapakbina.

    Ruj.

    (1)

    Penerima Bayaran

    (2)

    Jenis Kerja atau

    Bulan

    (3)

    Jumlah

    Harga

    (4)

    Jumlah

    Bayaran

    Terdahulu

    (5)

    Amaun yang

    Diperakukan

    (6)

    A. Subkontraktor Dinamakan

    i)

    ii)

    iii)

    Jumlah Kecil:

    B. Pembekal Dinamakan

    i)

    ii)

    iii)

    Jumlah Kecil:

    C. Penerima Hak

    Jumlah Kecil:

    D. Pegawai Penyelia

    i)

    ii)

    iii)

    Jumlah Kecil:

    ..

    (Pegawai Pengesyor)

    Nota:

    (2) Isikan nama subkontraktor/penerima bayaran yang berkenaan.

    (3) Nyatakan jenis kerja subkontraktor atau bekalan atau bulan yang berkenaan bagi kategori pegawai

    penyelia. Tidak berkenaan bagi penerima hak.

    (4) Isikan jumlah harga subkontraktor/jumlah yang diserahhak. Tidak berkenaan untuk kategori pegawaipenyelia.

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    15/17

    LAMPIRAN C

    1/1(SA KPKR Bil. 13/2011)

    Pejabat Yang Mengendalikan Bayaran :

    Bil Proses Kerja

    Tarikh

    Mula/

    Terima

    Tarikh

    Siap/

    Hantar

    Jumlah

    Hari

    Pegawai

    Bertanggung-

    Jawab

    Tanda

    tanganCatatan

    1 Penilaian di tapak Pegawai Penilai

    2Pengesahan kesempurnaan kerja

    (Pengesahan Pegawai Penilai)Pegawai Penilai

    3 Penyediaan Borang JKR 66 Pegawai Penilai

    4 Kelulusan Pegawai PengesyorPegawai

    Pengesyor

    5 Semakan Audit Teknik Juruukur Bahan

    6 Semak peruntukan & rekod bayaran Pejabat WPP

    7 Kelulusan & Perakuan Bayaran PP/WPP

    8 Penyediaan Baucar Bayaran

    Pegawai

    Pentadbir Kew.

    (PPKew.)

    9 Kelulusan Pegawai Pelulus Pegawai Pelulus

    10 Hantar kepada Pihak Pembayar PP(Kew.)

    11 Semakan Baucar Pej. Akauntan

    12Pengeluaran cek bayaran/pindah

    masuk akaun PenerimaPej. Akauntan

    N.B. 1) Borang ini hendaklah dikepilkan bersama Borang JKR 66 dan disimpan dalam fail bayaran

    2) Silakan kembalikan Borang ini kepada Pejabat yang mengendalikan bayaran setelah bayaran dibuat.

    REKOD TINDAKAN KERJA BAGI BAYARAN INTERIM

    JUMLAH TEMPOH KESELURUHAN

    Pegawai Penguasa :Wakil Pegawai Penguasa (Utama) :

    Tajuk Kerja :

    No. Kontrak :

    Bayaran Interim No. :

    JUMLAH TEMPOH

    JUMLAH TEMPOH

    JUMLAH TEMPOH

    JUMLAH TEMPOH

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    16/17

    LAMPIRAN D

    1/2

    (SA KPKR Bil. 13/2011)

    LEJAR KONTRAK

    1) Nama Kontraktor : 7) Harga Asal Kontrak : 12) Bayaran Pendahuluan :

    2) Nama Projek : 8) Harga Baru Kontrak : 13) Kadar LAD/Hari :

    3) No. Kontrak : 9) Nilai Kerja Pembina : 14) Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) :

    4) Tarikh Milik Tapak :10) Wang Peruntukan

    Sementara (WPS) :(Baki selepas pelepasan 50% WJP) :

    5) Tarikh Siap Asal : 11) Wang Kos Prima (WKP):

    6) Tarikh Siap Lanjutan (EOT NO.__ ) :

    Nilai KerjaDilaksanakan DanAmaun Lain Kena

    Bayar

    Bayaran Balik WangPendahuluan

    Kontraktor

    Bayaran Diperakukan

    No.Interim

    TarikhPenilaian

    LADTerkumpul

    BayaranDisyorkan

    WJP

    KontraktorUtama

    PenerimaBayaran

    JumlahDiperakukan

    JumlahTerkumpul

    Tarikh& No.

    Baucar

    t.tUnitKew.PTJTerkumpul

    % dariNilai KerjaPembina

    Semasa Terkumpul Semasa Terkumpul

    (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)J + L + M

    A B C D E F G H J K L M N P Q R

    Nota Untuk Kolum A :

    * Perakuan Bayaran Pendahuluan

    ** Perakuan Bayaran Pendahuluan untuk Sub Kontraktor Dinamakan

    *** Pelepasan WJP

  • 7/22/2019 SAKPKR1311

    17/17

    LAMPIRAN D

    2/2

    PANDUAN PENGISIAN BORANG LEJAR KONTRAK

    KOLUM PERKARA HURAIAN

    A No. Interim Nombor berturutan bilangan Perakuan Bayaran Interim mengikut Borang JKR 66

    B Tarikh Penilaian Tarikh penilaian kemajuan Kerja di tapak bina mengikut Perkara A.1, Borang JKR 66

    C

    D

    Nilai Kerja Dilaksanakan& Amaun lain Kena bayar

    Terkumpul

    % Dari Nilai KerjaPembina

    Nilai terkumpul kemajuan kerja yang dilaksanakan mengikut Perkara A.2, BorangJKR 66

    Peratus (%) nilai kemajuan kerja yang dilaksanakan (C) berbanding Nilai KerjaPembina (Mengikut Perkara 9, Borang Lejar Kontrak)

    E

    F

    Bayaran Balik WangPendahuluan Kontraktor

    Semasa

    Terkumpul

    Nilai potongan semasa bayaran balik Bayaran Pendahuluan mengikut

    Perkara A.5a(iii) Borang JKR 66

    Nilai potongan terkumpul Bayaran Pendahuluan yang perlu dibuat dalam setiapPerakuan Bayaran Interim mengikut Perkara A.5a(i), Borang JKR 66.Potongan bagibayaran balik Bayaran Pendahuluan dibayar balik sepenuhnya apabila nilai kerjamencapai 75% daripada nilai kerja

    G LAD TerkumpulNilai terkumpul Denda Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan bagi setiap Bayaran Interim(jika ada) mengikut Perkara A.5c, Borang JKR 66.

    H Bayaran DisyorkanJumlah bayaran yang disyorkan oleh Pegawai Pengesyor bagi setiap PerakuanBayaran Interim mengikut Perkara A, Borang JKR 66

    J

    K

    L

    M

    Bayaran Diperakukan

    WJP Semasa

    WJP Terkumpul

    Kontraktor Utama

    Penerima Bayaran

    Nilai bersih potongan Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) yangperlu dibuat dalam setiap Perakuan Bayaran Interim mengikut perkara B.2 BorangJKR 66

    Jumlah amaun potongan terkumpul Kredit Akaun Deposit Wang JaminanPelaksanaan sehingga penilaian interim tersebut (tertakluk kepada nilai maksimum5% daripada Harga Kontrak).

    Amaun bersih bayaran diperakukan kepada Kontraktor Utama sahajaMengikut Perkara B.1(a), Borang JKR 66.

    Jumlah pukal bayaran kepada Subkontraktor/Penerima Bayaran dan lain-lainMengikut Perkara B.1(b), Lampiran A, Borang JKR 66. Penerima bayarantermasuklah kepada Perunding sekiranya bayaran dibuat terus kepada Perundingberkaitan (Projek Reka & Bina).

    N Bayaran DiperakukanJumlah bayaran semasa yang diperakukan oleh Pegawai Yang Diberi KuasaMemperakukan mengikut Perkara B, Borang JKR 66

    P Jumlah TerkumpulJumlah amaun terkumpul Bayaran Yang Diperakukan oleh Pegawai Yang DiberiKuasa Memperakukan

    Q Tarikh & No. Baucar Tarikh dan Nombor Baucar yang diterima daripada Unit Kewangan, PTJ.

    R t.t Unit Kew.PTJ Tandatangan Unit Kewangan Pusat Tanggungjawab (PTJ).

    _________________________________________________________

    Nota: Rujukan kepada Sijil Perakuan Bayaran Interim, Borang JKR 66 (Pind.1/2011)