kertas internship

Download Kertas Internship

Post on 10-Jan-2016

41 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TELOK DATOK42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASIDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN2015

TARIKH:10 OGOS 2015 - 04 SEPTEMBER 2015

1.0 PENDAHULUAN

Internship ialah peringkat transisi professional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman professional pelajar dengan tugas guru. Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan oleh warga pendidik.Guru dikehendaki merancang,melaksana dan menilai aktiviti atau projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini guru perlu membentuk sifat kepimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan kearah melahirkan guru yang berkesan.Hal ini bertujuan agar produk yang kita hasilkan(murid) adalah sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara. Justeru, keberhasilan sesebuah proses pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauh mana kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkar sekolah.

2.0 RASIONALRasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran di dalam kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat pelajar terhadap penggunaan power point dan seterusnya memberi pendedahan pemgetahuan yang secukupnya dalam sesuatu tajuk. Dengan ini projek ini dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru. Guru sebagai medium untuk menterjemahkan hasrat kepimpinan nasionalbagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Justeru, guru yang menjadi penggerak kelancaran segala program sekolah, perlu menjadi agen pembaharuan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pendidikan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mencapai objektif pembelajaran .3.2 Menggalakkan penglibatan murid secara maksimum.3.3 Menampilkan ciri-ciri kepimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan3,4 Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses pengajaran dan pembelajaran yang membosankan3.5 Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.3.6 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integrati dalam melaksanakan tugas.3.7 Dapat mencungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar3.8 Menunjukkan insiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan3.9 Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran d luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan

4.0 SASARAN Murid Tahun 4 Valluar

5.0 CADANGAN TARIKH 10.08.2015 - 03.09.2015

6.0 TEMPAT Di bilik sains atau komputer SJK (T) Telok Datok

7.0 STRATEGI PELAKSANAANAKTIVITI

1.Perbincangan dengan Penolong Kanan Pentadbiran. Menentukan objektif

2.Berbincang dengan guru mentor tentang program inovasi Mendapat idea dan membuat perancangan program inovasi

3.Mengenalpasti tajuk,Standard kandungan dan pembelajaran

4.Memilih inovasi yang sesuai untuk standard pembelajaran yang telah dipilih. Penggunaan Ms Power Point

5.Membuat kertas cadangan Projek Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6.Persediaan untuk pengajaran menggunakan inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sediakan Rancangan Pelajaran Harian Sediakan bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran

8.Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dengan menggunakan kaedah inovasi Ms Power Point

78. Membuat laporanRefleksi Kekuatan Projek Kelemahan Projek Cadangan Penambahbaikan

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BILBAHANKUANTITI x HAGA SEUNITJUMLAH (RM)

1Kertas A4 berwarna15 X 0.304.50

2Kertas A41 Rim X 9.009.00

3Printer Cartridge4 X 936.00

4Fotastat bahanRm 8.008.00

5CD kosong2 X 24.00

JUMLAH61.50

9.0 PENUTUP

Program yang dicadangkan ini adalah satu usaha untuk meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara sepenuhnya. Ia juga dapat menarik minat semua murid serta membantu untuk mencapai objektif pembelajaran dalam tajuk sistem suria dimana ia mampu memudahkan pemahaman isi pelajaran dengan mudah. .Inovasi ini secara langsung dan tidak langsung berkait rapat dengan pencapaian dan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya projek inovasi MS Power Point ini memerlukan kreativiti pemikiran yang luar jangkaan..Perbincangan dengan guru mentor memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..(AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMY)GURU PPG, IPG KAMPUS RAJA MELEWARLAPORAN PROJEK INOVASIDALAM PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR:AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMYNO. KAD PENGENALAN:68065-05-5688PRORAM:PPG SEMESTER 8NAMA SEKOLAH:SJKT SJK(T) TELOK DATOK, BANTING.NAMA PROJEK:PROJEK AKADEMIK ( PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN INOVASI )

TEMPOH PELAKSANAAN: 03 SEPTEMBER 2015 1.0 OBJEKTIF:a. Dapat mengetahui cara mengurus sesuatu projek.b. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kreativiti dalam bidang sains.c. Memupuk minat murid dalam mata pelajaran sainsd. Mengenal pasti tahap pengetahuan dan kreativiti murid dalam bidang Bumi dan Angkasa.e. Memastikan kecemerlangan akademik murid tidak terabai.

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN:a. Berbincang dengan mentor tentang program inovasib. Membuat persediaan projek dengan menyediakan segala bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaramc. Melaksanakan projek yang dicadangkand. Menambah baik projek yang telah dijalankane. Membuat refleksi berdasarkan pelaksanaan projek f. Melengkapkan portfoliog. Membuat laporan projekPENGENALAN Kajian tentang Bumi dan Angkasa Lepas merupakan kajian yang amat luas skopnya. Perbincangan tentang asal usul Bumi juga melibatkan ssistem-sistem di angkasa lepas yang lain termasuklah sistem suria kita. Pada 4 September 2015, saya telah menjalankan pengajaran untuk mata pelajaran Sains Tahun 4. Tajuk yang dipilih ialah sistem suria. Saya telah menggunakan teknologi komputer persembahan power point sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran tersebut.

Saya telah memilih penggunaan MS Power Point untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam tajuk sistem suria. Harap projek inovasi yang dipilih ini berkesan melibatkan diantaranya penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia, yang disediakan atau yang dIubahsuaikan oleh guru sendiri.

. Dengan bantuan rakan sekerja,,rakaman sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Daripada rakaman saya dan maklum balas daripada rakan sekerja saya telah mendapat kekuatan dan kelemahan pengajaran tersebut

3.0 REFLEKSI

a) KEKUATAN PROJEK Penyampaian pelajaran yang menggunakan teknologi komputer iaitu persembahan power point dalam pengajaran dan pembelajaran telah menarik perhatian murid-murid. Dengan menggunakan ICT murid lebih memahami isi pelajaran yang dijalankan kerana murid lebih nampak gambaran sebenar.Kekuatan projek bahan ini adalah menarik, murah dan senang digunakan. Penggunaan ICT tidak banyak memerlukan kos untuk menghasilkan projek inovasi ini. Projek ini senang digunakan di mana guru hanya menggunakan video, slaid, visual gambar dan animasi pergerakan planet-planet dalam penggunaan Power Point dan movie maker untuk membangunkan projek ICT ini. Murid lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi yang boleh menarik minat murid. Melalui penggunaan komputer dan LCD, guru dapat mengaitikan pengajaran dan pembelajaran Sains dengan kehidupan seharian. Murid lebih bersemangat dan memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi pengajran dan pembelajaran.Gambar-gambar atau slaid-slaid yang digunakan adalah keistimewaan utama dalam projek ini. Dengan memasukkan atau menggabungkan kesan seperti bunyi , gambar animasi yang sesuai ia menjadi satu tarikan kepada murid untuk mengetahui lebih lanjut lagi dalam tajuk sistem suria. Penggunaan ICT dapat menunjukkan keadaan yang sebenar planet-planet dalam sistem suria.Melalui projek ini, saya dapat memahami sebagai seorang guru sains perlu menyediakan, mengubahsuaikan, mengulas dan memilih pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran untuk diguna pakai ketika interaksi dengan murid. Di dapati bahan bantu mengajar yang inovatif ini memang dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran sains, walaupun saya berasa terbeban dengan perancangan dan persediaan pengajaran sains yang rapi.Apabila murid dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan tepat maka saya telah memberikan pujian yang membina memndorongkan murid untuk berusaha dengan lebih tekun lagi. Selain itu murid juga bersemangat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Interaksi mesra semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran juga telah memberi galakkan. Murid berasa selesa, tidak tertekan dan merangsang pemikiran untuk melahirkan idea yang lebih bernas dan tersusun.Murid dapat memberikan kerjasama semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi dua hala iaitu di antara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar.Melalui projek ini juga saya telah mempelajari sambil meningkatkan taraf akademik berasaskan program komputer. Selari dengan perkembangan teknologi penggunaan ICT, projek ini dapat merangsangkan proses pembelajaran dengan sistematik kerana maklumat yang ada pada projek ini adalah memadai untuk menjelaskan tentang ahli-ahli dalam sistem suria, susunan planet serta ciri-ciri planetnya. KELEMAHAN PROJEKKelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam menyediakan projek ini ialah masa. Penyediaan projek ini mengambil masa yang panjang untuk mengumpul maklumat dan gambar-gambar yang berkaitan. Sebagai pelajar dan guru di sekolah, kekangan masa ini memang tidak dapat dielakkan. Masa untuk menyediakan projek ini dalam bentuk slaid dan video juga mengambil masa lama kerana perlu memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimasukkan dalam tayangan slaid atau video atau animasi yang sesuai dan memilih kesan muzikal yang menarik. .Penelitian yang lebih dalam menyediakan projek menyebabkan ia mengambil masa untuk disiapkan. Kerlemahan seterusnya ialah kemahiran ICT. Saya sebenarnya tidaklah mempunyai kemahiran ICT yang tinggi. Kekurangan ini menyebabkan saya mengambil masa yang lama untuk menyediakan projek ini. Kelemahan ini juga menyebabkan saya hampir putus asa untuk menggunakan projek ICT. Gangguan projector juga menyebabkan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid berbuat bising dan bercakao sementara menunggu guru mempersembahkan slaid power point.Cabaran seterusnya ialah penyediaan bahan-bahan seperti slaid, lembaran kerja, kuiz dalam kedua-dua bahasa iaitu bahasa Tamil dan bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam bahasa Ibunda tetapi sebagai bukti pelaksanaan dikehendaki dalam bahasa Melayu untuk kefahaman pensyarah menyebabkan mengambil masa untuk disiapkan.Selain daripada itu, masa untuk mengimplimentasikan projek ini amat singkat. Ia dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran..Segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi menggelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya terggangu atau terlewat. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan setiap langkah pengajaran tidak seirng. Dalam menjawab aktiviti kuz pula telah menggunakan lebih daripada 10 minit.Terdapat beberapa orang murid bermain semasa aktiviti berjalan dalam kelas. Mereka tidak menumpukan perhatian pada pelajaran, Kawalan kelas juga tidak terkawal ketika saya mengarahkan mereka untuk bekerja secara berkumpulan.Terdapat beberapa murid bermain alatan komputer sedangkan murid lain menjalankan aktiviti disuruh oleh saya. Murid tersebut berasa ingin tahu dan hendak cuba menggunakan alatan komputer yang dilihat oleh mereka.Selain daripada itu, didapati arahan yang diberikan oleh guru murid cepat lupa kerana guru tidak memberikan arahan berbentuk kertas supaya murid senang merujuki jika lupa .Dengan ini masa juga terbuang begitu sahaja kerana melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran daripada diteruskan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKANDaripada kelemahan yang dikesan saya memikirkan beberapa cara untuk menambahbaik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Guru perlu memperbanyakkan aktiviti yang berkaitan dengan teknologi untuk menambahkan ilmu dan kemahiran menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Gangguan akan timbul jika guru tidak mahir dalam mengendalaikan komputer sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di samping itu, saya akan meningkatkan mutu pengendalian dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada yang berinovasi.Masa yang digunakan perlu berkesan dan diopitmumkan sepenuhnya supaya masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang disampaikan. Masalah kebisingan adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Oleh itu, saya akan mengurus masa dengan lebih baik dengan membuat persediaan perancangan dan mengenal pasti alat bantu mengajar dalam keadaan baik.

Selain daripada ini, saya berharap agar mendapat masa yang lebih untuk menjalankan projek seperti ini. Hal ini kerana penyediaan projek mengambil masa yang lama. Jika diberi masa yang lama maka perancangan yang lain dapat dibuat dengan mudah dan ini akan memberi peluang untuk mendekati murid dengan lebih mudah. Penglibatan dan minat murid semasa pengajaran dan pembelajaran menunujukkan projek sebegini perlu diadakan selalu.Ia akan memberi satu sokongan untuk murid belajar dengan lebih baik serta menanam minat terhadap pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains. Ini adalah kerana aktiviti ini merupakan suatu aktiviti yang dapat mencungkil bakat yang terpendam.pada murid. Di samping itu, saya akan meningkatkan mutu pengendalian dan penyedian bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada yang berinovasi

.Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa persediaan bahan pengajaran dan pembelajaran akan memainkan peranan penting .Jika lewat memulakan persediaan maka guru akan mengalami tekanan emosi dan sebagainya kerana banyak lagi perkara lain harus dilakukan selepas itu. Persediaan rapi haruslah dirangka dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Saya telah memulakan pengajaran dan pembelajaran saya 10 minit lewat kerana peralatan ICT tidak berfungsi. Setelah menimbulkan keadaan kelas yang bising. Kesannya saya terpaksa mengambil masa 10 minit daripada matapelajaran lain. Namun segalanya berjalan seperti yang dirancang tetapi pengurusan masa yang saya terhadap sesuatu projek haruslah dirancang dengan rapi untuk mengelak segala kesulitan.Perhatian dan bimbingan guru perlu diteruskan untuk membantu murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Selain daripada itu, saya juga akan merancang satu sistem peneguhan berdasarkan tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru juga perlu dijgalakkan memberi ganjaran kepada murid yang memberi tumpuan dan aktif disepanjang proses pengajartan dan pembelajaran.

KESIMPULANMelalui projek ini saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama ini, saya mengajar murid dengan bahan sumber pengajaran yang biasa seperti bahan realia, bahan simulasi ataupun bahan bukan projeksi pandang dengar tetapi dalam projek ini saya telah menggunakan ICT dalam persembahan power point iaitu bahan multi media dan bahan sumber internet. Ini merupakan satu pengalaman baru untuk saya. Saya juga telah mempelajari cara menyediakankan satu projek pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi. Ia memberi peluang kepada murid-murid untuk berfikir secara kreatif.Walau bagaimanapun dengan adanya kekangan dan cabaran- cabaran ini menjadikannya saya lebih bersemangat dan belajar mengurus serta memperbaiki kelemahan saya sendiri sebagai guru dan pelajar. Untuk melahirkan guru yang berinovasi, saya akan menggunakan dan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang saya pelajari dengan sepenuhnya pada masa kelak. Harap projek inovasi ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran sains dikalangan murid sekolah rendah

Disediakan oleh,(AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMY)GURU PPG, IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

MAKLUMAT TAMBAHAN PROJEK INOVASIPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nilai inovasi yang terdapat dalam projek inovasi adalah seperti berikut:

a) Boleh diubah suai mengikut kesesuaian topik sainsBahan projek yang digunakan ini boleh diubah mengikut kesesuaian topik sains dari tahun satu hingga tahun lima. Selain daripada topik sistem suria, topik sains yang lain boleh menggunakan papan elektronik sebagai bahan bantu mengajar.

b) Boleh digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaranPenggunaan power point dalam sistem suria ini juga boleh digunakan untuk mata pelajaran lain terutama mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, projek inovasi ini boleh digunakan untuk menambahkan pengetahuan tentang angkasa lepas dan memperkenalkan nama-nama planet.

c) Boleh dipraktikan dalam pengajaran Kemahiran Proses Sains seperti memerhati dan membuat inferensPenggunaan projek inovasi ini juga boleh dipraktikkan dalam Kemahiran Proses Sains. Memerhati ialah proses mengumpul maklumat berkaitan manakala membuat inferens pula ialah penerangan atau interprestasi sesuatu pemerhatian. Melalui persembahan power point dalam sistem suria ini, murid dapat menggunakan pemerhatian mereka tentang nama-nama planet, kedudukan planet dari matahari, saiz planet dan ciri-ciri planet yang berhampiran dengan matahari akan mengalami suhu yang tinggi dan cuaca yang amat panas.

d) Merangsang minat dan kreativiti murid dalam bidang inovasi Persembahan power point merupakan satu program yang amat berguna untuk mewujudkan satu gambaran yang sebenar yang mempunyai daya komunikatif dan dapat merangsang minat dan kreativiti murid dalam bidang inovasi .

e) Bersesuaian dengan standard kandungan dan standard pembelajaran sains tahun empatPersembahan power point dalam sistem suria amat sesuai digunakan kerana bertepatan dengan standard kandungan sistem suria dengan standard pembelajaran mata pelajaran KSSR sains tahun 4. Malahan untuk standard pembelajaran murid diminta membuat pemerhatian ahli-ahli dalam sistem suria menerusi pelbagai media bertepatan dengan meminta murid memerhati slaid-slaid yang disediakan dalam bentuk power point.

Di samping itu daripada pemerhatian yang dibuat murid akan membuat urutan planet dalam sistem suria mengikut kedudukan dari matahari. Maka tahap kefahaman murid akan meningkat dan seterusnya objektif pelajaran pada hari tersebut akan tercapai.

BAHAGIAN A

MAKLUMAT DIRI

BIODATA PELAJAR SURAT PENGENALAN DIRI SALINAN KEHADIRAN INTERNSHIP (LAM-PT05-09)

BAHAGIAN BMAKLUMAT PROJEK INOVASI

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PdP

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)MINGGUAN

LAPORAN PROJEK INOVASI CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

BAHAGIAN C

AMALAN REFLEKSI

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

BAHAGIAN D

LAIN-LAIN

MAKLUMAT TAMBAHAN PROJEK INOVASI PdP

RAKAMAN VIDEO YANG DISIMPAN DALAM CAKERA PADAT(CD)

BORANG REFLEKSI AMALAN PROFESIONAL (LAM-PT05-12)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJA MELEWARSEREMBAN, NEGERI SEMBILANPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)AMBILAN FEBRUARI 2012PORTFOLIO INTERNSHIP(10 OGOS 2015 04 SEPTEMBER2015)

NAMA PELAJAR : AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMYNO. KAD PENGENALAN : 680625-05-5688KUMPULAN / UNIT : SAINS NAMA SEKOLAH : SJK(T) TELOK DATOKNAMA MENTOR :NANTHA KUMAR A/L SIVAPERUMALBIODATA PELAJAR

NAMA : AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMY ANGKA GILIRAN : 2012151360337 NO.KAD PENGENALAN : 680625055688 KUMPULAN : PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 UNIT/OPSYEN : SAINS SEMESTER : 8 ALAMAT RUMAH : NO.25, JALAN JUJUR 4, TAMAN MANGGIS JAYA,42700, BANTING

NAMA PENYELIA : PN HAJAH ASMAH BINTI SAMIN NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : CHE AZMI BIN HARUN

1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami: IPRM 05/04 Jld.33 ( 87 ) Tarikh : 30 Jun 2015 Guru Besar

SJK(T) TELOK DATOK 42700 BANTINGTuan/Puan, PROGRAM INTERNSHIP PROGRAM PERSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN FEBRUARI 2012 MULAI 10 OGOS 2015 hingga 04 SEPTEMBER 2015 (04 MINGGU) Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pelajar berikut yang sedang mengikuti kursus Program Persiswazahan Guru ambilan Februari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar akan menjalani program Internship di sekolah tuan/puan mulai 10 Ogos 2015 hingga 04 September 2015 (04 minggu). 3. Maklumat guru berkenaan adalah seperti berikut:- Nama :AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMY No.Kad Pengenalan :680625-05-5688.Opsyen:SAINS 4. Kerjasama, perhatian dan tindakan pihak tuan/puan amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Cintai Bahasa Kita

Saya yang menurut perintah

(ABU BAKAR BIN SAHARI)Pengarah Institut Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar SerembanLAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Minggu Pertama)

1.Isu / Perkara yang difokus :Penggunaan power point untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam tajuk sistem suria

2. Analisis isu / perkara yang difokus

2.1 Kekuatan : Murid berasa seronok belajar apabila guru menerangkan kedudukan, ciri dan keistimewaan planet-planet melalui persembahan power point. Pengajaran yang digunakan adalah lebih berpusat kepada murid-murid menyebabkan murid berasa lebih yakin dalam memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru.Murid lebih bersemangat dan memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi aktiviti pada langkah tiga.

2.2 Kelemahan : Set induksi merupakan bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran bertujuan untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid. Gambar keluarga yang ditunjukkan kepada murid tidak mencabar dan menyeronokkan apabila beberapa soalan ditujukan kepada mereka walaupun ia berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid.Ini menyebabkan murid tidak bersemangat dan memberikan tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran seterusnya.

3.Cadangan penambahbaikan : Bagi meningkatkan motivasi murid agar mereka menunjukkan tanda bersedia terhadap pelajaran yang akan saya sampaikan dalam set induksi haruslah memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan ini alat membantu yang menarik dapat mengurangkan masalah disiplin murid kerana murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran seterusnya..

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Minggu Kedua)

1.Isu / Perkara yang difokus :Penggunaan power point untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam tajuk sistem suria

2. Analisis isu / perkara yang difokus

2.1 Kekuatan : Penggunaan ICT dalam persembahan power point sangat berkesan apabila murid ditayangkan slaid animasi yang menjelaskan tentang ahli ahli dalam sistem suria dalam langkah dua..Ini adalah kerana penggunaan gambar-gambar sebenar adalah keistimewaan utama dalam pengajaran menyebabkan ia menjadi satu takrikan kepada murid untuk ingin mengetahui lebih lanjut lagi perkara perkara lain dalam tajuk yang diajar. Murid menunjukkan tingkah laku positif dan dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan tepat. Murid berasa selesa, tdak tertekan dan merangsang pemikiran idea yang lebih bernas dan tersusun.2.2 Kelemahan : Guru kurang mahir menggunakan peralatan komputer. Oleh kerana projektor di bilik sains tidak berfungsi maka ini mengambil masa untuk memperbaikikan.Ganggunan tersebut telah menyebabkan saya menggunakan lebih masa dalam langkah tersaebut. Selain itu, ia juga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Murid berbuat bising dan bercakap sementara menunggu guru mempersembahkan slaid power point.

3.Cadangan penambahbaikan : Guru harus memperbanyakkan pengetahuan teknologi untuk menambah ilmu dan kemahiran menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Gangguan akan timbul jika guru tidak mahir dan murid akan jad tidak terkawal dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi tidak menarik.

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Minggu Ketiga)

1.Isu / Perkara yang difokus :Penggunaan power point untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam tajuk sistem suria

2. Analisis isu / perkara yang difokus

2.1 Kekuatan : Penggunaan visual gambar-gambar planet dalam power point yang sebenar dapat menarik minat dalam aktiviti yang diberikan.Aktiviti dalam langkah tiga ini sangat efektif apabila proses pengajaran dan pembelajaran melibartkan banyak aktiviti komunikasi diantara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar.Murid juga menunjukkan ekspresi muka yang senyum, yakin, aktif, tenang dan bersemangat apabila diberi ganjaran untuk mematuhi peraturan dan bertingkah laku baik pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran2.2 Kelemahan : Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hali-hal lain yang menyebabkan masa yang diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Selain itu, saya juga tidak sempat membuat penutup kerana tidak cukup masa.

3.Cadangan penambahbaikan : Masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan. Masa pengajararan yang dirancang harus sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Oleh itu, saya akan menguruskan masa dengan membuat persediaan dan perancangan dalam keadaan baik.

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Minggu Keempat)

1.Isu / Perkara yang difokus :Penggunaan power point untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam tajuk sistem suria

2. Analisis isu / perkara yang difokus

2.1 Kekuatan : Murid lebih berminat untuk belajar apabila set induksi yang menggunakan tayangan video klip tentang matahari telah menarik perhatian murid apabila tayangan tersebut dapat mengaitkan dengan kehidupan seharian kita. Aktivti berunsur hiburan kuiz dalam tayangan slaid telah menarik perhatian murid. Dalam aktiviti ini, murid menunjukkan ekspresi muka yang bersungguh-sungguh semasa menjawab soalan yang disetkan dalam komputer dengan mengendalikan komputer masing-masing.. Murid lebih bersemangat untuk menjawab soalan yang dipaparkan dalam komputer. Di antara enam murid tiga daripadanya telah mendapat 100% Ini bermakna murid telah mencapai objektif pembelajaran dengan memahami isi kandungan atau pelajaran yang disampaikan oleh guru.

2.2 Kelemahan : Aktiviti yang dijalankan dalam langkah dua tidak berkesan kerana aktivitinya lebih kepada lisan menyebabkan murid tidak tentu arah dan cepat lupa kerana guru tidak memberikan gambaran atau situasi yang jelas untuk menjawab soalan yang diberikan. Ada diantara murid bermain alatan komputer sedangkan murid lain menjalankan aktiviti yang disuruh oleh saya.Murid tersebut berasa ingin tahu dan hendak cuba menggunakan alatan komputer.

3.Cadangan penambahbaikan : Bimbingan dan arahan guru adalah sangat penting dalam membantu murid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Bagi meningkatkan motivasi murid aagar mereka menunjukkan tanda bersedia terhadap pelajaran, saya akan sampaikan serta memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Soalan yang ditujukan haruslah mencabar dan setiap murid yang berjaya memberi jawapan yuang betul, perlulah diberikan sedikit ganjaran untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya..Satu interaksi mesra semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran juga haruslah diwujudkan supaya murid berasa selesa dan tidak tertekan.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MIGGGU PERTAMA13.08.2015

MINGGU KEDUA20.08.2015

MINGGU KETIGA27.08.2015

MINGGU KEEMPAT3.09.2015

SJK (T) TELOK DATOK, 42700 BANTING

Borang Penilaian InternshipProgram Pensiswazahan Guru (PPG)Ambilan Februari 2012Unit : Sains

Mentor : En.Nantha Kumar A/L Sivaperumal